sejarah melayu dari srikandi

Upload: effandi-abu-bakar

Post on 07-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Sejarah Melayu Dari Srikandi

    1/9

    SEJARAH MELAYU DARI SRIKANDI

    Posted on June 23, 2010 byizhamnayan.

    Categories:Wacana Melayu.

    Penyakit Buta Sejarah

    Apakah kepentingan sejarah ? Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan dan puan-puansemua.Apakah kepentingan sejarah kepada manusia khasnya kepada bangsa ?Adakah sejarah hanya sebagai cerita-ceriti sahaja untuk didengar ? Dibaca ? Atauhanya sebagai subjek untuk lulus SPM ?

    Cuba tanyakan kepada para pemimpin yang buta sejarah. Atau para sejarahwan kitayang pemalas dan menganggap bidang sejarah ini hanya sebagai periuk nasi mereka,bukan tanggungjawab kepada bangsa. Saya akan memberitahu kesan buruk penyakit

    buta sejarah dari seorang pelajar sekolah sehinggalah kepada satu bangsa. Seorangpelajar sekolah yang buta sejarah akan menghadapi kegagalan dalam subjek sejarah.Jika dia gagal dalam subjek itu, keputusan peperiksaannya akan cacat walaupun diamendapat semua A dalam subjek lain. Namun siapa yang kisah? Kerana dia pun bolehke universiti jika gagal dalam subjek sejarah. Seorang sejarahwan yang buta sejarah(ini agak mustahil tapi benar) akan membuat kesimpulan yang salah dalam jurnalnyakerana malas membuat kajian sendiri atau setidak-tidaknya berusaha membuat cross-reference dengan para sarjana lain. Dia akan mengikut sahaja sejarah kontemporariyang ditulis oleh penjajah. Dia hanya terperuk sahaja dalam pejabat dan jikamengajar,akan mengajarkan silibus sejarah versi penjajah,meneruskan programmengkerdilkan jiwa dan jatidiri bangsanya. Tapi siapa yang kisah, jika mengajar

    bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan atau orang gua sekalipun,duit gaji tetapmasuk tiap-tiap bulan.

    Seorang pemimpin yang buta sejarah lagi dasyat. Dia akan meneruskan polisimembutakan sejarah bangsanya, jika tidak sebab dirinya yang buta sejarah,mungknsengaja membutakan matanya sendiri demi mencapai agenda politik sempitnya.Mungkin tapak-tapak bersejarah diarahkan untuk dimusnahkan atas namapembangunan,atau dibiarkan bersemak-samun tanpa berjaga. Inilah yang berlakukepada para pemimpin kita tidak terkecuali kaum kerabat raja-raja Melayu. Ini berlainanpula dengan orang luar,misalnya raja Kemboja Norodom Sihamoni misalnya,adalahseorang yang amat mencintai hasil budaya dan seni Kemboja. Kerajaan Kemboja pula

    sanggup berusaha bermati-matian mempertahankan tapak bersejarah Preah Viheardari dikebas oleh Thailand. Kerana apa tuan-tuan? Kerana sejarah itu amat pentingbagi mereka. Kerana suatu hari nanti mereka tidaklah sedungu sesetengah orangMelayu di Malaysia yang percaya bangsanya adalah hamba sahaya raja SiamAyutia.Dan percaya bahawa nama bangsanya adalah ciptaan penjajah!

    Satu bangsa yang buta sejarah akan ditipu hidup-hidup oleh orang lain. Akhirnyasesuatu bangsa itu akan hilang jatidiri dan tidak mustahil tanahair, apabila tempat

    http://izhamnayan.blog.friendster.com/2010/06/sejarah-melayu-dari-srikandi/http://izhamnayan.blog.friendster.com/author/izhamnayan/http://izhamnayan.blog.friendster.com/author/izhamnayan/http://izhamnayan.blog.friendster.com/author/izhamnayan/http://izhamnayan.blog.friendster.com/category/wacana-melayu/http://izhamnayan.blog.friendster.com/category/wacana-melayu/http://izhamnayan.blog.friendster.com/category/wacana-melayu/http://izhamnayan.blog.friendster.com/category/wacana-melayu/http://izhamnayan.blog.friendster.com/author/izhamnayan/http://izhamnayan.blog.friendster.com/2010/06/sejarah-melayu-dari-srikandi/
  • 8/6/2019 Sejarah Melayu Dari Srikandi

    2/9

    tinggalnya didakwa milik orang lain lain dahulu. Kaji tuntutan Filipina ke atas Sabah.Kaji tuntutan Kepulauan Spratly. Kaji kekalahan Malaysia dalam isu Pulau Batu Putih.Kaji Singapura yang sengaja terlepas dari tangan kita. Kaji status Hong Kong setelahtamat penjanjian koloni British. Kaji status Macau setelah tahun 1999 dengan Portugis.Lihat,tanah dan negeri boleh bertukar tangan atas sebab-sebab sejarah, bukan

    penguasaan ekonomi atau politik. ANDA NAMPAK RAHSIA INI?

    Namun siapa yang peduli? Biar bangsa tergadai asal perut sendiri kenyang.

    Kita pernah mendengar ada orang mencuri barang, meragut beg, merompak bank danlain-lain lagi, namun pernahkah kita mendengar ada orang mencuri sejarah,meragutsejarah orang lain atau merompak sejarah orang lain? Inilah yang cuba dilakukan olehorang-orang yang mahukan tanahair kita ini. Contoh yang paling terbaik setakat iniadalah percubaan yang dilakukan oleh blogsejarahnagarakedah. Terima kasih kepadapenulis blog itu yang menyedarkan kita bahawa kini taktik merompak sejarah orang lainsebenarnya memang berkesan ke atas orang-orang Melayu yang dungu sepertimana

    kejayaan menipu orang Melayu dalam MLM (sistem jualan langsung) sejak sekianlama.Saya merasa amat sedih melihat wajah orang-orang Melayu yang kecewa danmurung ketika kes Island Red Cafe tempoh hari. Saya mahu menjerit sahaja kepadaorang-orang Melayu itu,mengapa terlampau bodoh sehingga sanggup ditipu oleh oranglain? Saya percaya harta-benda beratus ribu yang dikumpul oleh orang-orang Melayuuntuk menyertai MLM itu adalah harta yang halal dan jujur (bukan hasil judi atau loteri)namun sedihnya dikebas sebegitu mudah oleh orang lain yang kaya-raya ataskesedihan orang Melayu. Kini bukan sahaja segenap benda di Malaysia ini bolehdijadikan modal untuk berniaga,namun kebodohan orang Melayu itu sendiri mampudijadikan modal berniaga dan menjana wang beratus-ratus ribu!

    Fikirkan. Sampai bila mahu hidup dalam keadaan bodoh dan dungu sehinggakansejarah bangsa sendiri minta diajarkan oleh orang luar? Saya sudah membaca majalahREALITI yang diterbitkan oleh geng-geng blogsejarahnagarakedah (saya kenalbeliau).Dalam ruangan Menjejak Bani Jawi,memang dinyatakan kesimpulan yang samadalam laman sesawang milik mereka, mengatakan nama Melayu adalah ciptaan danagenda British. Ini adalah percubaan yang amat berbahaya. Kerana jika semua orangMelayu percaya dakwaan ini,maka soalannya: Apakah nama asal orang Melayusebenar sebelum kedatangan British?

    Maka orang Siam akan mengatakan orang Melayu dahulu bergelar Siam, sarjana Indiamengatakan asal-usul orang Melayu adalah orang Malayalam (ini amat melucukan) dan

    Ultrakiasu-Komunis berserta sejarahwan pemalas akan mendakwa orang Melayuberasal dari Cina. Saya sudah terangkan bukti-bukti amat jelas dari pelbagai batubersurat,juga dari rekod Maharaja Cina, bahawa sebelum kedatangan orang Eropah keAsia Tenggara, terdapat dua nama panggilan orang luar terhadap kaum-kaumNusantara.Teks-teks berbahasa Pali dan Sinhala menyebut kita sebagai Jawaka.TeksSanskrit menyebutkan kita sebagai Malai. Manuskrip,prasasti dan legenda Khmermenyebutkan kita sebagai Melayu atau Mala. Rekod-rekod Cina menyebutkan kita

  • 8/6/2019 Sejarah Melayu Dari Srikandi

    3/9

    sebagai Mo-lo-yu,'Ma-li-yueh,'Mo-li-yu-er dan pelbagai lagi bentuk sebutan meng ikutdialek atau lidah orang yang menulisnya.

    Jawaka, Cheava atau Chawa adalah nama umum kepada seluruh kaum dari AlamMelayu begitu juga Mala,'Malai,'Mo-lo-yu dan sebagainya adalah panggilan umum

    kepada kaum-kaum Malayo-Polinesian di Nusantara.Tidak ada pula terjumpa perkataanSiam,'Ayutthaya atau Monggol-Kedah pada zaman purba.TIDAK ADA. Memang tidakada.

    Orang Arab memanggil orang Melayu pada zaman purba sebagai Zaba atau

    Zabag iaitu satu versi penyebutan lidah orang-orang Arab kepadaperkataan Jawak atau Cheava. Seorang pedagang Arab bernama Sulaiman

    yang singgah di Asia Tenggara pada tahun 851 Masehi telah mencatatkanbahawa Maharaja Zabag telah menjadi maharaja bagi seluruh kepulauan. Jadi dari manakah munculnya idea bahawa nama Melayu itu sendiri adalah

    rekaan penjajah semata-mata orang Inggeris memanggil kita Malay bukanSiam?

    Namun tidak mengapa jika anda membeli majalah itu, ia tiada kaitan dengan penipuansejarah oleh mereka. Malah saya sarankan belilah majalah itu kerana banyak perkaralain yang boleh anda baca selain ruangan Menjejak Bani Jawi itu. Bantulah perniagaanorang Islam. Jika mereka kaya,mereka akan bayar zakat dan Insya Allah,wang itukembali kepada orang Islam khasnya bangsa Melayu.

    Mengkaji asal-usul Melayu, mestilah mengkaji SEJARAH ASIA TENGGARAKESELURUHANNYA. Tidak boleh anda hanya mengkaji sesempit Malaysia sahaja.

    Jangan sesekali menulis sejarah Melayu hanya bermula dari Kesultanan MelayuMelaka. INI ADALAH KESILAPAN PALING BESAR PARA SEJARAHWAN KITA. Inikerana sejarah empayar yang didirikan oleh orang Melayu adalah sejauh 500 tahunSebelum Masehi (500 B.C)! Ini bukan saya yang kata,tetapi kajian para sarjana Tamilyang mengungkapkan wujud bukti perdagangan antara India dan Nusantara (merekamerujuknya sebagai Srivijaya) sejauh 5 abad sebelum kelahiran Nabi Isa a.s.Lihat,jikatiada orang Melayu yang tahu asal-usul dirinya sekalipun, para sarjana dari seluruh

  • 8/6/2019 Sejarah Melayu Dari Srikandi

    4/9

    dunia akan tampil memberikan bukti bahawa kita dahulu pernah membina empayarperdagangan yang hebat.

    Saya sendiri terpaksa berhempas pulas mempelajari bahasa Sanskrit bagi memahamisegala gelaran raja-raja Melayu dahulukala di Indochina khususnya di Ligor (Nagara SriDharmaraja) dan Kemboja. Walaupun hanya asas dan terlampau singkat masapembelajaran saya itu (akibat kesibukan kerja) namun itu semua sudah cukupmemberikan saya kunci-kunci rahsia kehadiran darah keturunan Melayu di dalam istanaAngkor. Bertuahnya,para sarjana Khmer yang membantu saya adalah amat jujurdengan sejarah dan tidak malu mengaku pengaruh keturunan Srivijaya (Melayu) yangmengalir dalam diri para pembina Angkor Wat. Buat pengetahuan umum,orang Khmeramat anti dengan orang Thai kerana orang Thai adalah pakar dalam mencuri,menipudan merompak sejarah dan warisan orang lain (ini bukan saya kata,tetapi orang Khmer

    yang saya temuramah). Jadi fikirkan dengan warisan raja terakhir Ayutthaya yang larike selatan Tanah Melayu akibat pemberontakan di dalam kota Ayutthaya sendiri,bersembunyi di kampung-kampung Melayu,masuk Islam dan menjadi Melayu.Hari iniorang Thai Ayutthaya yang berubah menjadi Melayu Islam masih berdegil mahumerompak sejarah orang lain walaupun cuba dinasihati berkali-kali.

    Saya mengkaji dinasti Ketolamala, Mahawangsa, Mahidhara, Kamara sertaWirawangsa. Saya juga mengkaji gelaran Maulimalaraja, 'Kambojaraja danParamakamboja yang dirujuk oleh pakar sejarah Khmer sebagai berasal dariKepulauan Melayu.Saya juga membaca sejarah dinasti Padmavamsa (wangsa bungaseroja) iaitu nama keluarga bagi Chandrabanu, seorang Raja Melayu Tambralingga

    yang pernah menyerang Sri Lanka. Menariknya saya telah membaca jurnal kajian pakarsejarah Khmer tentang Funan (umum mengetahui orang Khmer bermati-matianmempertahankan bahawa Funan adalah kerajaan mutlak orang Khmer) yang membuatkesimpulan bahawa seorang raja Funan bernama Fan Man atau Fan Shih Man (namadalam rekod China) adalah berasal dari Kepulauan Melayu kerana mempunyai ge laranSri Man Dharmaraja yang ditemui dalam inskripsi di Dong -duong. Para sejarahwanKemboja mengenalpasti bahawa gelaran itu adalah gelaran khas yang biasa dipakaioleh istana Kamara dari kerajaan Melayu Ligor. Seterusnya mereka mengaitkannya

  • 8/6/2019 Sejarah Melayu Dari Srikandi

    5/9

    dengan satu dinasti Melayu iaitu Paramakamboja di mana Sri Kambu,iaitu satu lagiwatak legenda penubuhan Kemboja,berasal. Menarik bukan?

    Ini bukan untuk menuntut Angkor Wat atau Kemboja adalah milik Malaysia.Tetapi INIADALAH SEKADAR MEMBERITAHU REALITI SEJARAH KEMELAYUAN SEBENAR.

    Biarlah Angkor Wat atau Kemboja ditangan orang Khmer, saudara jauh Melayu itu,namun jangan sesekali anak-anak Melayu merasa rendah diri dengan bangsa mereka.

    Saya juga mengkaji asal-usul dinasti paling berkuasa di Asia Tenggara, Sailendra.Umum mengatakan mereka adalah dinasti Jawa yang memerintah Jawa. Ya,betulmereka adalah pemerintah Jawa. Namun bukan orang Jawa! Kajian dari pakar sejarahIndonesia mendapati mereka adalah dinasti Melayu, mungkin dari Sumatera atauSemenanjung. Ini kerana semua prasasti atau batu bersurat yang mencatatkan namadinasti ini sama ada dalam bahasa Sanskrit atau Melayu Tua (Old Malay). PrasastiLigor ada mencatatkan nama Sailendra ini dalam bahasa Sanskrit, manakala di Jawa,prasasti-prasasti oleh keluarga pemerintah ini ditulis dalam bahasa Melayu Tua!

    Bagaimana satu dinasti yang kononnya dikatakan adalah raja-raja Jawa menuliskemegahan dinastinya dan nama keluarganya dalam bahasa Melayu Tua!

    Nama Sailendra juga dikenali dalam kesusasteraan Indochina. Sri Ksetra di Burmaadalah warisan Srivijaya, kemudian oleh dinasti Sailendra. Saya baru sahajamencantumkan misteri Sri Ksetra di Burma yang dikatakan pernah diduduki olehEmpayar Melayu Srivijaya. Dalam Batu Bersurat Talang Tua tahun 684 masehi yangditulis dalam bahasa Melayu Tua ada mencatatkan:

    Pada tarikh 23 Mac 684 Masehi, pada ketika itulah taman ini yangdinamakan Sriksetra dibuat di bawah pimpinan Sri Baginda Sri Jayanasa.

    Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini, pohon kelapa, pinang,aren, sagu, dan bermacam-macam pohon, buahnya dapat dimakan,

    demikian pula pokok buluh, waluh, dan pattum, dan sebagainya; dansemoga juga tanaman-tanaman lainnya dengan bendungan-bendungan dan

    kolam-kolamnya, dan semua amal yang beta berikan, dapat digunakanuntuk kebaikan semua makhluk, yang dapat pindah tempat dan yang tidak,

    dan bagi mereka menjadi jalan terbaik untuk mendapatkan kebahagiaan.Jika mereka lapar waktu beristirehat atau dalam perjalanan, semoga merekamenemukan makanan serta air minum

    Dalam jurnal yang diterbitkan oleh sekumpulan pakar sejarah Khmer, ada menyebutkanistana raja-raja Sailendra di Sri Ksetra dan puzzle dari rekod penulis China adamenyebutkan berdekatan Sri Ksetra adalah dua kerajaan Kunlun;Kunlun Kecil danKunlun Besar.Dari rekod Sin Tang Chou:

    Dari Mi-tchen,kami tiba di Kouen-lang di mana hidup satu puak dari Kunlun Kecil;rajanya bernama Mang-si-yue;budayanya sama seperti Mi-tchen.Dari Kouen-lang,kami telah di Lou-yu di mana ia adalah kerajaan bagi raja Kunlun Besar.Rajanya

  • 8/6/2019 Sejarah Melayu Dari Srikandi

    6/9

    bernama Seu-li-po-po-na-ta-chan-na.Negerinya lagi besar dari Mi-tchen.Dari sini kamitiba di Tcha iaitu di Moti-pa dalam masa separuh hari.

    Perkataan Lou-yu adalah versi sebutan penulis Cina bagi Melayu. Seterusnya penulisCina itu menyebutkan Grand King of Kunlun yang menunjukkan status Maharaja. Ini

    adalah merujuk kepada Maharaja Jayanasa atau maharaja-maharaja Srivijaya yanglain. Bukti lain adalah dari tradisi Burma yang menyebut pengasas Sri Ksetra adalahDattabaung dan ini adalah dalam bahasa Pyu yang bermaksud maharaja.Ini barusahaja jajahan Kunlun (Melayu) di Indochina, belum lagi di kawasan kepulauan di manapara pengembara Arab menyebutnya sebagai Maharaja bagi seluruh kepulauan. Lihat,begitu luas pengaruh Empayar Melayu Srivijaya dalam sejarah Asia Tenggara.

    Selepas mengkaji sebahagian kesusasteraan dan prasasti Khmer, Thai dan Monsayabenar-benar terkedu dan hampir-hampir menitiskan air mata apabila mendapati bahawadahulu raja-raja Melayu begitu berpengaruh dalam istana Angkor dan sejarah Kemboja.Patutlah nama Kemboja itu sendiri amat dekat dengan orang Melayu. Legenda Khmer

    mengatakan bahawa sejarah mereka dibentuk oleh The Father of Brahmin dan TheMother of Soma. Dan apabila saya mengkaji jurnal-jurnal dari sejarahwanIndonesia,saya menemui bahawa nama keluarga (dinasti) bagi Dharmasetu, seorangmaharaja Srivijaya antara terawal diketahui adalah dari Dinasti Soma! Semua inidengan bukti bahawa Sri Kambu, seorang lagi legenda Khmer yang dikatakan camefrom grass-root of Malay Archipelago menunjukkan beribu-ribu tahun dahulu, orangMelayu pernah mendominasi seluruh Asia Tenggara malah adalah pribumi juga!

    Perkataan Melayu itu sendiri memiliki harganya yang tertentu. Ada orang berebut-rebutmahu dikatakan Melayu atas sebab Islam dan budaya. Kaum-kaum lain yang masukagama Islam secara tidak langsung terpengaruh dengan budaya dan bahasa Melayu

    sehingga lama-kelamaan anak-anak mereka menjadi Melayu sepenuhnya selepas satugenerasi misalnya. Inilah punca apa yang dikatakan jika masuk Islam, maka dia jugaakan masuk Melayu. Ini terjadi ke atas golongan India Muslim Malaysia (konotasiumum:Mamak) yang mahu lari dari bayang-bayang Hindu dan keIndiaan, mahubergabung dengan orang Melayu sepenuhnya untuk meningkatkat taraf perhubungan

    sosial. Ada yang mahu dikatakan Melayu atas sebab subsidi dan hak-hak peribumi.Kesampingkan dengan makna-makna negatif yang dikaitkan dengan nama Melayusehingga ada yang mengeluh aku malu bernama Melayu, kerana ramai lagi yangberlumba-lumba mahu masuk Melayu kerana sebab-sebab tertentu.

    Jika ada yang malu mengaku Melayu, ini tidaklah menghairankan tetapi bukan dua

    nama ini:Bani Jawi dan Srivijaya. Ini adalah dua nama yang memiliki harga palingmahal di Asia Tenggara malah menjangkaui seluruh dunia. Saya akan mulakan denganSrivijaya. Ini telah diketahui seluruh dunia bahawa satu-satunya empayar maritim yangamat-amat berjaya. Bangsa-bangsa lain yang diketahui profesion mereka adalah di lautseperti Phoenicia dan Viking (Norsemen) tidak pernah membina rangkaianperdagangan dan empayar maritim sehebat Srivijaya. Tetapi orang Melayu telahmembinanya. Tetapi cerita mereka bukan di Malaysia, tetapi di luar negara. Sebab ituorang Melayu Malaysia bersama para sejarahwan dan pemimpin politik mereka hanya

  • 8/6/2019 Sejarah Melayu Dari Srikandi

    7/9

    melompat-lompat dan berteriak dengan sejarah Melaka sahaja. Maka jadilah sejarahorang Melayu bermula di Melaka sahaja. Sebelum itu? Sebelum itu orang Melayumenjadi bangsat atau duduk di dalam gua sahaja. Benar-benar menyedihkan.

    Satu fakta yang memang tidak diketahui oleh Melayu Malaysia yang dungu;bahawa sejarah Srivijaya mereka cuba dipecahkan sekeping demi sekeping

    dan dituntut oleh pelbagai negara. Thailand mendakwa Srivijaya bermula diLigor. Kemboja mendakwa Srivijaya adalah dinasti raja-raja Khmer

    dahulukala. Sarjana India mendakwa Srivijaya dimulakan oleh anak rajaIndia atau orang-orang Malayalam, Indonesia mendakwa Srivijaya bermula

    di Palembang dan Siam Ayutthaya mendakwa Srivijaya dimulakan olehketurunan mereka. Mengapa banyak orang cuba menuntut hak mereka keatas Srivijaya?

    INI KERANA SRIVIJAYA ADALAH SATU-SATUNYA EMPAYAR YANG PALING

    EFFEKTIF, YANG BENAR-BENAR ADA DALAM SEJARAH ASIA TENGGARA

    SETAKAT INI.

    Srivijaya adalah satu-satunya kerajaan yang bertindak sebagai empayar yang memilikisistem federation. Maksudnya semua kerajaan dan tanah di Asia Tenggara tunduk danbernaung di bawah raja-raja Melayu Srivijaya, untuk bersama-sama menyertaiperdagangan maritim yang dibuka oleh Srivijaya. Bukan konsep imperialisme dariBarat. Tetapi konsep perdagangan maritim yang benar-benar memeningkan ramaisarjana Eropah bagaimana orang Melayu boleh membina empayar bukan semutlaknya

  • 8/6/2019 Sejarah Melayu Dari Srikandi

    8/9

    di atas penguasaan tentera dan peperangan tetapi lebih kepada hegemoniperdagangan dan prestij.

    Mengapa paling effektif ? Kerana budaya dan bahasa Malayo-Polinesian yangberkembang dari Madagaskar sehingga ke Kepulauan Pasifik, pelbagai prasasti dan

    batu bersurat, binaan candi-candi seperti Borobudur yang merupakan antara Wondersdi Asia Tenggara, catatan dan bukti dari sarjana asing, penggunaan bahasa Melayusebagai lingua franca sehinggalah ke hari ini (Malaysia,Indonesia,Brunei) danpenguasaan wilayah oleh kaum-kaum Malayo-Polinesian adalah bukti paling nyatakewujudan empayar ini. Walaupun banyak bangsa dan negara cuba menuntut hakmereka terhadap Srivijaya, namun mereka tidak mampu menafikan hakikat palingpenting ini. Apakah hakikat itu ?

    BAHAWA RAJA-RAJA SRIVIJAYA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI

    BAHASA MEREKA.

    Raja-raja Srivijaya menuliskan dengan megah kerajaan mereka pada prasasti-prasastidalam bahasa Melayu Tua. Jangan haraplah mereka mahu menggunakan bahasa SiamAyutthaya kerana ketika itu nenek moyang raja Naresuan ataupun Traikolanat masih dialam arwah lagi dan bangsa mereka masih berada di Nanchao, Shan atau Yunnan.Tulisan Siam pun tiada lagi dan bahasa Thai pun mungkin masih tiada dan kaum-kaumdi Shan dan Nanchao kemungkinan berbahasa Sino-Tibetan seperti Hokkien dan lain-lain.

    Sebab itu pride Kemelayuan itu masih ada setidak-tidaknya masih tertinggal pada raja-raja Melayu.

    Keduanya Bani Jawi. Jika dikatakan Melayu, mungkin ada yang memandang sinis dantidak mahu mengaku Melayu terutama para nasionalis Jawa dan Indonesia. Begitu jugaorang Siam Celup yang mati-mati mahu menegakkan teori Siam-Islamnya. Namunapabila dikeluarkan istilah Bani Jawi, maka berebut-rebut tidak kira Siam Islam, JawaIslam mahupun pendatang India Muslim dan Bangladesh mahu mendakwa merekaadalah sebahagian dari Bani Jawi ini. Mengapa begitu sekali istimewa istilah Bani Jawiini? Semua ini berpunca dari kajian salasilah para sarjana Arab dahulakala yangmenyebutkan orang Melayu itu berasal dari apa yang dinamakan Bani Jawi yang jikaditelusuri asal-usulnya bersambung dengan salasilah Nabi Ibrahim.

  • 8/6/2019 Sejarah Melayu Dari Srikandi

    9/9

    Saya akan keluarkan iklan tentang ATBM version 3.5 akan datang. Saya akan ceritakankepada anda kisah-kisah menakjubkan dari Indochina. Saya akan buktikan bahawakonotasi Alam Melayu itu benar-benar ada dalam hikayat-hikayat Melayu dahulukala.Saya akan bukakan satu persatu misteri gelaran dan nama-nama raja-raja Melayu diKemboja yang berselindung dalam nama Sanskrit mereka. Saya akan ceritakanmengapa orang Melayu masih wujud bernegara dan beraja walaupun empayar maritimmereka yang berusia sejak 500 tahun Sebelum Masehi telah lenyap, tidak sepertibangsa Assyria, Chaldea dan Akkadia yang lenyap tidak bersisa hari ini.

    Tk. Srikandi Mistis.

    http://3.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/TAXeiTjWujI/AAAAAAAACSI/LxH2QLTeqYs/s1600/pontoh_sult.jpg