sejarah lisan

3
SJH 3043 | SEJARAH LISAN & PENDOKUMENTASIAN SJH 3043 | http://notappismpsejarah.blogspot.com/ Sejarah Lisan > Kepentingan Sejarah Lisan KEPENTINGAN SEJARAH LISAN Di Malaysia, serupa juga di negara-negara lain, cerita-cerita dan pengalaman zaman lampau akan lenyap dengan cepatnya. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang di mana manusia boleh berhubung dengan cepat melalui telefon, faks, email atau bertemu muka, tradisi menulis surat-surat y ang panjang, penyimpanan catatan-catatan harian dan persediaan memo y ang lengkap sudah menjadi kurang mustahak. Dalam keadaan seperti ini, Sejarah Lisan boleh menentukan supaya tidak semua perkembangan-perkembangan dilupai atau hilang sebagai bukti sejarah. Satu daripada kelemahan yang besar di dalam usaha untuk menulis semula sejarah Malaysia ialah kekurangan sumber-sumber sejarah yang asal. Misalnya bagi sejarah negeri-negeri Melayu. Cuma beberapa negeri sahaja yang mempunyai sumber-sumber asli yang berkaitan dengan perkembangan sejarah negeri tersebut, tetapi itupun hany a terhadap kepada kurun yang ke-19 sahaja. Masalah ini lebih serius kerana di Malaysia tidak terdapat satu tradisi menyimpan catatan harian, menulis dokumen-dokumen yang lain atau menulis riwayat hidup. Di dalam hal ini Sejarah Lisan boleh memainkan peranan yang besar dalam memelihara dan menambahkan sumber-sumber yang ada untuk Sejarah Malaysia di abad ini. Di dalam usaha untuk memajukan penulisan sejarah Malaysia tidak semestinya penulisan ditumpukan kepada tokoh-tokoh ternama dan peristiwa-peristiwa utama yang berlaku di sesuatu zaman. Sesungguhnya perkara ini penting, tetapi kita tidak boleh melupakan bahawa sejarah itu merangkumi juga cerita dan peristiwa rakyat biasa. Maka tajuk-tajuk yang bercorak sejarah tempatan dan juga sejrah negeri perlu diberi tempat yang sewajar. Di sinilah Sejarah Lisan sangat berguna kerana rakyat biasa tidak meninggalkan sumber-sumber bertulis. Di Malaysia sungguhpun tradisi bertulis berkurangan tetapi ia kaya dengan tradisi lisan. Peluang untuk merakamkan warisan ini boleh dilaksanakan melalui projek Sejarah Lisan.

Upload: siti-fironika-hj-abd-rahman

Post on 02-Jun-2015

745 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah lisan

SJH 3043 | SEJARAH LISAN & PENDOKUMENTASIAN

SJH 3043 | http://notappismpsejarah.blogspot.com/

Sejarah Lisan > Kepentingan Sejarah Lisan

KEPENTINGAN SEJARAH LISAN

Di Malaysia, serupa juga di negara-negara lain, cerita-cerita dan pengalaman zaman

lampau akan lenyap dengan cepatnya. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang di mana

manusia boleh berhubung dengan cepat melalui telefon, faks, email atau bertemu

muka, tradisi menulis surat-surat y ang panjang, penyimpanan catatan-catatan harian

dan persediaan memo y ang lengkap sudah menjadi kurang mustahak. Dalam

keadaan seperti ini, Sejarah Lisan boleh menentukan supaya tidak semua

perkembangan-perkembangan dilupai atau hilang sebagai bukti sejarah. Satu

daripada kelemahan yang besar di dalam usaha untuk menulis semula sejarah

Malaysia ialah kekurangan sumber-sumber sejarah yang asal. Misalnya bagi sejarah

negeri-negeri Melayu.

Cuma beberapa negeri sahaja yang mempunyai sumber-sumber asli yang berkaitan

dengan perkembangan sejarah negeri tersebut, tetapi itupun hany a terhadap kepada

kurun yang ke-19 sahaja. Masalah ini lebih serius kerana di Malaysia tidak terdapat

satu tradisi menyimpan catatan harian, menulis dokumen-dokumen yang lain atau

menulis riwayat hidup. Di dalam hal ini Sejarah Lisan boleh memainkan peranan yang

besar dalam memelihara dan menambahkan sumber-sumber yang ada untuk Sejarah

Malaysia di abad ini.

Di dalam usaha untuk memajukan penulisan sejarah Malaysia tidak semestinya

penulisan ditumpukan kepada tokoh-tokoh ternama dan peristiwa-peristiwa utama

yang berlaku di sesuatu zaman. Sesungguhnya perkara ini penting, tetapi kita tidak

boleh melupakan bahawa sejarah itu merangkumi juga cerita dan peristiwa rakyat

biasa. Maka tajuk-tajuk yang bercorak sejarah tempatan dan juga sejrah negeri perlu

diberi tempat yang sewajar. Di sinilah Sejarah Lisan sangat berguna kerana rakyat

biasa tidak meninggalkan sumber-sumber bertulis. Di Malaysia sungguhpun tradisi

bertulis berkurangan tetapi ia kaya dengan tradisi lisan. Peluang untuk merakamkan

warisan ini boleh dilaksanakan melalui projek Sejarah Lisan.

Page 2: Sejarah lisan

SJH 3043 | SEJARAH LISAN & PENDOKUMENTASIAN

SJH 3043 | http://notappismpsejarah.blogspot.com/

Penggunaan Sejarah Lisan sebagai satu alat pengajaran belum digunakan dengan

sepatutnya. Sejarah Lisan berdasarkan kepada kenang-kenangan seseorang yang

terlibat dalam peristiwa-peristiwa yang penting dan maklumat-maklumat ini sungguh

bernlai di dalam memahami perisitwa-peristiwa yang saling berkait dari sudut yang

luas. Sejarah Lisan adalah unitk kerana ia dapat menghubungkan zaman yang lalu

dan zaman sekarang melalui rakaman pengalaman-pengalaman yang bersejarah. Pita

rakaman dan transkrip sejarah lisan boleh menghidupkan cara mengajar di sekolah-

sekolah dan di institusi-institusi lain.

Muzium misalnya memberikan gambaran tambahan kepada penuntut-penuntut

melalui pameran, bahan-bahan yang dipetik dari buku-buku dan filem-filem. Cara ini

tidak dinafikan sebagai satu cara pengajaran yang berguna di dalam kelas. Walau

bagaimanapun, nilainya terhad kepada keadaan pameran yang statik. Di sebaliknya

pita-pita rakaman wawancara dengan tokoh-tokoh tertentu y ang pernah memainkan

peranan yang penting di dalam masy arakat boleh memberi suatu gambaran yang

berkesan untuk memahami masa yang lalu itu. Rakaman-rakaman ini boleh

menggambarkan perkara-perkara bersejarah yang telah berlaku di samping ianya

dapat menggambarkan aspek-aspek masy arakat y ang sukar untuk dipamerkan.

Peranan dan kegiatan persatuan-persatuan sejarah negeri di Malay sia akan dapat

diperkembangkan lagi sekiranya persatuan-persatuan tersebut menjalankan projek-

projek sejarah lisan. Persatuan-persatuan Sejarah yang ditubuhkan bukan sahaja

untuk menggalakkan pengajian dan menambahkan minat orang ramai terhadap

tempatan tetapi juga mempunyai tanggungjawab untuk memelihara kesan-kesan

sejarah negeri-negeri masing. Di dalam hal ini mereka terlibat dalam pengumpulan,

pemeliharaan dan penyediaan bahan-bahan tersebut untuk penyelidik. Persatuan-

persatuan sejarah patut memelihara alat-alat dan gambar-gambar mengenai

kehidupan masy arakat di masa yang lalu dan muzium negeri yang telah lama tertubuh

itu boleh mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada orang ramai.

Page 3: Sejarah lisan

SJH 3043 | SEJARAH LISAN & PENDOKUMENTASIAN

SJH 3043 | http://notappismpsejarah.blogspot.com/

Begitu juga bagi tapak-tapak bersejarah y ang patut dipelihara dan dibina semula dan

dikekalkan untuk dilawati oleh orang ramai. Persatuan Sejarah akan dapat

menggiatkan lagi penyelidikan yang telah dijalankan. Sejarah lisan pula boleh

menambahkan rancangan-rancangan persatuan sejarah khasnya di dalam memenuhi

jurang-jurang yang terdapat dalam sejarah tempatan. Jadi melalui cara ini maklumat

yang tidak selalunya dimasukkan ke dalam rekod-rekod tertulis akan dapat diperolehi.