sejarah dari bawah- pembentangan

6
AJ1113 PRINSIP, KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH NAMA : HERWIN RONNY BIN SIMBUN NO. MATRIK : HT2006-4322 TUTOR : EN. SAFFIE B. ABD. RAHIM TEMA : SEJARAH DARI BAWAH DAN DARI ATAS TAJUK : “Sejarah dari bawah merupakan sumber sejarah yang penting dalam aktiviti penulisan sejarah”. Bincangkan beserta contoh. Definisi Sejarah dari bawah adalah penulisan karya sejarah yang memberikan penumpuan kajian terhadap rakyat bawahan atau golongan bawahan. Pelbagai istilah - Asa Briggs = ”Sejarah Orang Biasa” dan ”Sejarah muka-muka di kalangan orang ramai” - Hobsbawm = ”Sejarah Sosial” - G. M. Tevelyan = ”Sejarah masyarakat tanpa politiknya” Kajian merangkumi bidang kebudayaan, kesenian, kesusasteraan, ekonomi, pendidikan, perundangan, pemikiran, keluarga, wanita, etnik dan sebagainya di kalangan rakyat atau golongan biasa. Perkembangan Mula penting pada zaman Perang Dunia Ke-2 apabila George Lefevre membuat kajian tentang Revolusi 1789 dan memperkenalkan istilah “sejarah dari bawah” ini. Wujud 2 kumpulan yang bertentangan dalam aliran ini i) Golongan Elitis - Menganggap orang-orang bawah hanya mempunyai motivasi material, bersikap difensif dan mundur. Orang atasan pula berpandangan ke ’hadapan’. - George Rude merupakan sejarawan yang tergolong dalam kumpulan ini. Beliau menekankan kepentingan ”autonomi orang ramai dan motivasi peserta” dalam sesuatu revolusi.

Upload: herwin-ronny

Post on 16-Sep-2015

312 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Aspek Pengajaran Sejarah dari pandangan Masyarakat

TRANSCRIPT

AJ1113 PRINSIP, KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH

AJ1113 PRINSIP, KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAHNAMA: HERWIN RONNY BIN SIMBUN

NO. MATRIK : HT2006-4322

TUTOR: EN. SAFFIE B. ABD. RAHIMTEMA: Sejarah Dari Bawah dan Dari AtasTAJUK: Sejarah dari bawah merupakan sumber sejarah yang penting dalam aktiviti penulisan sejarah. Bincangkan beserta contoh.Definisi

(Sejarah dari bawah adalah penulisan karya sejarah yang memberikan penumpuan kajian terhadap rakyat bawahan atau golongan bawahan.

( Pelbagai istilah

-Asa Briggs = Sejarah Orang Biasa dan Sejarah muka-muka di kalangan orang ramai

-Hobsbawm = Sejarah Sosial

-G. M. Tevelyan = Sejarah masyarakat tanpa politiknya

(Kajian merangkumi bidang kebudayaan, kesenian, kesusasteraan, ekonomi, pendidikan, perundangan, pemikiran, keluarga, wanita, etnik dan sebagainya di kalangan rakyat atau golongan biasa.Perkembangan

( Mula penting pada zaman Perang Dunia Ke-2 apabila George Lefevre membuat kajian tentang Revolusi 1789 dan memperkenalkan istilah sejarah dari bawah ini.(Wujud 2 kumpulan yang bertentangan dalam aliran ini

i) Golongan Elitis

- Menganggap orang-orang bawah hanya mempunyai motivasi material, bersikap difensif dan mundur. Orang atasan pula berpandangan ke hadapan.

-George Rude merupakan sejarawan yang tergolong dalam kumpulan ini. Beliau menekankan kepentingan autonomi orang ramai dan motivasi peserta dalam sesuatu revolusi.

-Hobsbawm, mengkaji tentang revolusi bawahan, menumpukan kajian kepada pergerakan perburuhan dan perkembangan idea sosialis dan pertubuhan mereka.

-golongan ini juga menulis tentang sejarah kaum, sejarah wanita.

ii) Sejarawan Kaki Ayam (menentang gol. Elitis)

-menumpukan kajian terhadap orang bawahan biasa yang mereka anggap sebagai mangsa sejarah.

-mereka berpendapat sejarah itu adalah subjektif.

-menggangap mereka lebih demokratik dan merupakan sebahagai daripada pergerakan sosial dan kebudayaan untuk mengubah dan membebaskan masyarakat yang ada.

-Popular di Jerman.(Di Eropah, perkembangan dipengaruhi oleh perkembangan politik akibat perang dunia kedua.

(Di Asia & Afrika, dipengaruhi oleh kehendak utk memahami sejarah tempatan dari sudut pandangan orang tempatan itu sendiri.(Perkembangan penulisan Sejarah dari bawah di Malaysia

-Kurang mendapat perhatian. Hanya menular lewat pada tahun 1970-an.

-Jabatan sejarah di universiti2 tempatan menggalakkan pelajar mereka supaya membuat kajian dan penyelidikan tentang sejarah tempatan (sejarah mikro).

-Kajian memfokus kepada masalah sosial berhubung dengan isu jantina, kelas, dan perkauman.

Sumber-Sumber (Sukar utk menghasilkan penulisan Sejarah dari Bawah kerana kekurangan sumber (Sangat kurang disentuh dalam penulisan buku-buku sejarah awal). (Menggunakan sumber2 asli seperti yang terdapat di Pejabat Tanah Jajahan di London, Pejabat Setiausaha Negeri2 Melayu, Pejabat Daerah, Laporan tahunan.

(Kebanyakan sumber adalah dari sumber lisan seperti temu bual dengan orang setempat yang terlibat dan masih mengingati peristiwa yang dikaji.

(Contoh sumber lisan:

-Mitos, lagenda dan penglipur lara, peribahasa, nyanyian rakyat, teka-teki

(Menceritakan watak bodoh, lucu dan tamak tapi ada unsur teladan

(Sudah dicetak secara sistematik (boleh dianggap sbg sumber sejarah)

(Contoh, cerita Pak Pandir, Lebai Malang dan Pak Belalang.

-Cerita jenaka

(Pencerita memberi gambaran tentang kehidupan masyarakat yang dilihatnya dan menggunakan cerita sbg medium utk menyatakan pendirian dan mengkritik masyarakatnya

(Kritikan terhadap pemerintah (raja) dngan menggunakan watak2 bodoh utk menghina raja.

(Contoh, cerita Pak Kadok dan Si Luncai.

-Sblm mnjd sumber yang boleh digunakan, cerita2 rakyat ini harus dikumpul dan dianalisis sbg hasil sastera terlebih dahulu.

(Kewajaran Cerita rakyat sebagai sumber masih diragui kerana

-Sumber yang digunakan adalah sumber relatif dan sukar utk buktikan fakta2 sejarah.

-Fokus kajian menggunakan pemikiran masyarakat lampau yg tidak boleh diukur kebenarannya.

-Sumber dalam bentuk lisan.

Contoh penulisan Sejarah Dari Bawah(Emot Rahmat Taendiftia, Syamsudin Mustafa & Afmanani R. (1996), menulis buku Gado-gado Betawi.

-Menceritakan hal-hal kebudayaan masyarakat ini

-Dengan membaca buku ini, kita dapat mengetahui

(Asal-usul dan latar belakang masyarakat ini

(Kehidupan masyarakat

(Sumber pendapatan (aktiviti ekonomi)

(Adat-istiadat (perkahwinan)

(Kesenian & Kebudayaan

( Amalan berpakaian

(Wan Hashim (1982), menulis buku Kesedaran Kelas Dan Konflik Kelas Dalam Sesebuah Nelayan

-Kajian kes mengenai gerakan kelas pekerja di kalangan nelayan di Pulau pangkor (Perak) dengan tumpuan khusus kepada gerakan protes yang di lancarkan oleh nelayan2 iaitu pekerja melayu terhadap majikan mereka (Dis 1972-Feb 1973).

(Kehidupan Masyarakat Nelayan di pulau pangkor, Malaysia

(Sistem pemilikan perkakas

(Sistem pembahagian pendapatan

(Organisasi pekerjaan

(Yap Beng Liang (1993), menulis buku Orang Bajau Pulau Omadal.

-Menceritakan tentang masyarakat bajau di Pulau Omadal di Daerah Semporna, Sabah.

(Sistem kekrabatan

(Kehamilan-kelahiran dan pemeliharaan anak

(Perkahwinan

(Kematian

(Sistem kepercayaan dan Agama

(Raymond Boin Tombung (1991), menulis buku Keluarga Dusun.

(Apa dusun & apa kadazan

(Rangkaian Keluarga dusun di Sabah

(Peta lokasi dialek2 di Sabah

(Nama2 tempat suku2 dusun di Sabah

(Lai Ah Eng, menulis berkenaan dengan golongan petani, golongan marhaen dan pelacur Cina di Tanah Melayu semasa pemerintahan British.

(Cheah Boon Kheng (1988), menulis buku yang menceritakan tentang perompak2 di Kedah.Kepentingan Sejarah Dari Bawah(Menyedarkan orang ramai tentang sumbangan nenek moyang yang tidak pernah mendapat sanjungan terhadap sesuatu peristiwa sejarah yang penting.

(Saluran untuk menyuarakan kritikan dan memperjuangkan hak-hak golongan bawahan (rakyat).

Contoh, Buku tulisan Wan Hashim yang memperkatakan tentang kewujudan kelas dalam kehidupan sebagai nelayan dan penindasan oleh majikan.(Mempopularkan sejarah supaya ia menjadi lebih terbuka kepada masyarakat umum.

(Mengekalkan dan memperkenalkan kebudayaan sesebuah kaum atau kumpulan masyarakat tertentu kepada pengetahuan ramai. Contoh, buku tulisanYap Beng Liang (Orang Bajau Pulau Omadal), Emot Rahmat Taendiftia, Syamsudin Mustafa & Afmanani R. (Gado-gado Betaw)i dan Raymond Boin Tombung (1991), menulis buku Keluarga Dusun.Kesimpulan

Walaupun kebanyakan sumber yang berlandaskan kepada cerita rakyat telah dianalisis dan disusun terlebih dahulu subelum dibukukan, namun kewajaran sumber ini sebagai sumber sejarah yang boleh digunakan masih dipersoalkan. Walau bagaimanapun, usaha ke arah ini (mengesahkan) sudah dilakukan. Kewujudan sumber sejarah dari bawah sebagai sumber yang sah melengkapkan sumber-sumber sejarah yang kita ada dalam bidang ilmu pensejarahan. Sejarah dari bawah adalah wakil golongan bawahan untuk menyuarakan sebarang pendapat atau kritikan.Sumber RujukanBadriyah Haji Salleh & Tan Liok EE. (1997). Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hulu Kelang, Selangor.

Emot Rahmat Taendiftia, Syamsudin Mustafa & Afmanani R,. (1996). Gado-Gado Betawi: Masyarakat Betawi Dan Ragam Budayanya. PT Grasindo. Jakarta, Indonesia.

Wan Hashim. (1982). Kesedaran Kelas Dan Konflik Kelas Dalam Sesebuah Nelayan. Faculty Sciences And Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yap Beng Laing. (1993). Orang Bajau Pulau Omadal: Aspek-Aspek budaya. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ampang, Selangor.

Raymond Boin Tombung. (1991). Keluarga Dusun. SQS Printing SDN. BHD. Kota Kinabalu, Sabah.