sejarah pembentangan bab 2 penggal 3 (thanushah)

17
Bab 6 : Penentangan Terhadap Kuasa Asing Nama Pembentang : Thanushah A/P P Soniyasee Tingkatan : 6 AK1 SEJARAH TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT

Upload: thanushah-soniyasee-96

Post on 07-Aug-2015

175 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)

Bab 6 : Penentangan Terhadap Kuasa Asing

Nama Pembentang : Thanushah A/P P SoniyaseeTingkatan : 6 AK1

SEJARAHTEMA 2 : TRANSFORMASI

MASYARAKAT

Page 2: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)

Campur tangan British telah meninggalkan kesan yang cukup besar kepada masyarakat tempatan.

Sultan menjadi pemerintah mutlak dengan dibantu oleh pembesar di peringkat negeri dan daerah di bawah sistem pentadbiran tradisi. Namun, keadaan ini berubah apabila Tanah Melayu didatangi kuasa asing.

Selepas pengenalan Sistem Residen, sistem pentadbiran tradisi mula mengalami perubahan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat tempatan terutamanya golongan pembesar yang kehilangan hak dan kuasa untuk memungut cukai. Golongan pembesar kehilangan sumber pendapatan kerana dirampas hak memungut cukai.

Residen bukan hanya menjadi penasihat Sultan, tetapi mula terlibat secara langsung dalam pentadbiran negari.

Keadaan ini menyebabkan munculnya gerakan penentangan di beberapa buah negeri di Tanah Melayu.

PENGENALAN

Page 3: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)

Kekacauan yang berlaku di Perak membimbangkan British terhadap campur tangan asing. Akibatnya, Gabenor Negeri-negeri Selat, Andrew Clarke telah mengambil langkah campur tangan di Perak.

Satu rundingan telah diadakan sejak 17 Januari 1874 dan hasil rundingan tersebut, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874.

Mengikut Perjanjian Pangkor, Sultan Abdullah diiktiraf sebagai Sultan. Baginda bersetuju menerima seorang Residen sebagai penasihat dalam semua hal pentadbiran kecuali adat resam orang Melayu dan hal ehwal agama Islam.

J.W.W. Birch telah dihantar sebagai Residen yang pertama pada 1 November 1874. Kehadiran Birch telah menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan dan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Pelantikan tersebut menandakan bermulanya campur tangan British secara langsung di Perak.

PENENTANGAN TERHADAP KUASA BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU

PENENTANGAN DI PERAK

Page 4: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)

Campur tangan dalam pewarisan takhta dan adat resam tempatan. Penghapusan sistem perhambaan. Memperkenalkan sistem perundangan Barat dan cukai-cukai baharu. British berjaya mengalahkan orang Melayu dan menawan Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Seputum

digantung sampai mati. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles

di Lautan Hindi. Raja Yusof ditabalkan sebagai Sultan dan Hugh Low menjadi Residen

British.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN DI PERAK

Page 5: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)

J.P. Rodger memegang jawatan Residen British di Pahang PADA TAHUN 1888.

Pengenalan sistem Residen di Pahang ditentang oleh pembesar-pembesar Melayu yang kehilangan kuasa dan keistimewaan mereka.

Penentangan sistem Residen oleh orang Melayu di Pahang berkesudahan dengan satu pemberontakan yang meletus pada tahun 1891

PENENTANGAN TERHADAP KUASA BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU

PENENTANGAN DI PAHANG

Page 6: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)

Perasaan tidak puas hati Sultan Ahmad kerana beliau berasa kecewa apabila kekuasaannya semakin berkurangan.

Perasaan tidak puas hati dalam kalangan pembesar tempatan seperti Dato’ Bahaman dan Tok Gajah kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan tidak diberi elaun yang setanding dengan elaun Orang Besar Berempat.

Perasaan tidak puas hati rakyat kerana pengenalan beberapa perubahan oleh British seperti sistem lesen dan permit Sebagai contoh, mereka terpaksa memperolehi lesen atau permit bagi mendapatkan hasil hutan seperti kayu dan daun rembia dan mereka juga tidak dibenarkan memakai keris yang selama ini merupakan sebahagian daripada pakaian tradisional mereka.

Perasaan benci orang asing dalam kalangan rakyat tempatan kerana kesombongan orang Eropah dan Cina yang terlibat dalam perusahaan perlombongan serta kejahilan mereka terhadap adat resam tempatan telah menyinggung perasaan orang Melayu.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN DI PAHANG

Page 7: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)

Melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909, kuasa Kelantan telah dipindahkan oleh Siam kepada Kerajaan British.

James Scott Mason dilantik sebagai Penasihat British yang pertama di Kelantan pada Julai 1909.

Pada tahun 1910, British secara rasmi menguasai hubungan luar negeri Kelantan melalui Perjanjain Inggeris-Kelantan.

Perjanjian ini juga menegakkan hak British untuk melantik seorang Penasihat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV dan baginda dikehendaki mematuhi nasihat Penasihat British dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam orang Melayu.

Perubahan sosio ekonomi yang dibawa oleh British telah mengakibatkan pemberontakan di daerah Pasir Putih.

PENENTANGAN TERHADAP KUASA BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU

PENENTANGAN DI KELANTAN

Page 8: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)

Kemerosotan kuasa Engku Besar Jeram Tuan Ahmad. Hal ini kerana beliau telah kehilangan hak memungut cukai sebaliknya, beliau terpaksa membayar cukai ke atas tanah yang menjadi hak miliknya seperti rakyat biasa. Engku Besar Jeram juga tidak puas hati dengan sistem pentadbiran British.

Peraturan baharu yang diperkenalkan oleh Bristish dan tiada pengecualian.

Sikap kasar pegawai Bristish yang mengutip cukai. Engku Besar kemudiannya mengarahkan Tok Janggut menjalankan

kempen agar penduduk Jeram dan seluruh jajahan Pasir Putih jangan membayar cukai.

Tok Janggut terkorban dan Engku Besar Jeram melarikan diri ke Siam. Akhirnya, Bristish bertapak kukuh di Kelantan.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN DI KELANTAN

Page 9: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)

Seperti Negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu, Sabah juga dijajahi oleh British melalui Kompeni Berpiagam Borneo Utara.

Di bawah pemerintahan kompeni, rakyat Sabah telah bangkit menentang kerana tindakan pegawai kompeni yang melanggar adat mereka.

Antara penentangan yang terkenal ialah penentangan oleh Mat Salleh dan penentangan oleh Antanum.

PENENTANGAN TERHADAP KUASA BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU

PENENTANGAN DI SABAH

Page 10: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)

Pegawai kompeni melanggar adat masyarakat tempatan. Mat Salleh telah bangkit menentang Kompeni Berpiagam kerana

kompeni campur tangan di kawasannya. Pengenalan cukai-cukai baharu. Penentangan rakyat tempatan kerana dilarang menebas hutan rimba

untuk membuka tanah pertanian dan mereka terpaksa membina jalan raya di kawasan pedalaman tanpa dibayar gaji .

Cukai ke atas minuman tuak dan pengenalan cukai ladang serta cukai-cukai lain.

Penentangan Mat Salle disebabkan pengenalan peraturan baharu dan perkampungannya dibakar oleh SBUB.

Kebangkitan orang Murut dipimpin oleh Antanom. Beliau dan pengikutnya berjaya membina sebuah kubu di Sungai Selangit namun kubu itu diserang oleh orang kompeni (SBUB) di mana Antanom turut terkorban.

SBUB mengukuhkan kuasanya di Sabah.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN DI SABAH

Page 11: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)

Sarawak di bawah pemerintahan Brooke telah berlaku banyak perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Perubahan ini telah menyebabkan penduduk pribumi bangun untuk menentangnya kerana perubahan ini telah melanggar adat dan kepercayaan mereka.

Antara penentangan yang terkenal ialah penentangan Syarif Masahor, Rentap dan Banting.

PENENTANGAN TERHADAP KUASA BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU

PENENTANGAN DI SARAWAK

Page 12: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)

1. Penentangan Linggir 1849 disebabkan oleh penaklukan kawasan oleh James Brooke.

2. Penentangan Sharif Masahor disebabkan :

a. kedudukanny sebagai Gabenor Sarikei diancam.

b. pakatan dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur untuk menentang Brooke.

c. pembinaan kubu di Kanowit.

3. Syarif Masahor dibuang negeri ke Singapura manakala Datu Patinggi Abdul Ghafur ditangkap oleh Belanda dan dipenjarakan di Betawi.

4. Penentangan Rentap disebabkan oleh :

d. Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang.

e. perjuangan tersebut mendapat sokongan daripada orang Iban.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN DI SARAWAK

Page 13: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)

5. Penentangan Banting disebabkan oleh :

a. keengganan membayar cukai.

b. penindasan oleh Residen British.

6. Banting mnyerang Sungai Skrang dan Brooke menggunakan kekerasan.

7. Akhirnya, Banting ditewaskan pada tahun 1908.

Page 14: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)

Sebab-sebab penentangan di Naning :

1. British mencabar kedaulatan Naning dan kepimpinan Dol Said.

2. Pelaksanaan undang-undang British.

3. Pelaksanaan cukai baharu yang membebankan.

4. Sistem pemilikan tanah.

5. British menduduki Taboh dan menakluki Naning.

6. British menjadikan Naning sebahagian dari Melaka.

PENENTANGAN TERHADAP KUASA BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU

PENENTANGAN DI NANING

Page 15: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)

Usaha British meluaskan kuasanya di Terengganu menyebabkan rakyat bangkit menentang British antara tahun 1922-1928.

Pelaksanaan sistem pentadbiran dan undang-undang bercorak Barat dan cukai-cukai baru yang membebankan rakyat seperti cukai tanah dan pas kerajaan untuk membuka tanah dan mengambil hasil hutan.

Pemimpin ulama penentangan ini ialah seorang ulama yang bernama Haji Abdul Rahman Limbong.

PENENTANGAN TERHADAP KUASA BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU

PENENTANGAN DI TERENGGANU

Page 16: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)

Pengenalan peraturan baharu. Penduduk perlu mendapat kebenanaran untuk membuka tanah,

menebang kayu dan mengambil hasil hutan. Melarang penduduk tempatan memburu haiwan liar. Mewajibkan setiap penduduk mendaftar tanah untuk memperoleh surat

hak milik. Peraturan baharu yang bertentangan dengan amalan biasa dan

mengganggu kehidupan harian penduduk. Pengaruh gerakan penentangan di Pahang. Kebangkitan rakyat di Pahang menaikkan semangat masyarakat

tempatan untuk menentang penjajah. Pengaruh golongan ulama seperti Haji Musa bin Abdul Ghani dan Haji

Abdul Rahman Limbong. Seruan golongan ulama supaya penduduk tempatan tidak mematuhi

peraturan baharu penjajah dan penegasan bahawa tanah hak Allah dan rakyat bebas mengerjakannya, tanpa pembayaran cukai kepada kerajaan.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN DI TERENGGANU

Page 17: Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)