sejarah bab 7

15
7.2 Dol said pahlawan di Naning Latar belakang tokoh • Nama sebenar ialah Dato' Naning Abdul Said •dikenali sebagai Dol Said •Penghulu Naning faktor penentangan • mempertahankan kemerdekaan Naning . • menentang bayaran cukai. • menentang perlaksanaan British. Peristiwa penentangan •tahun 1831, British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka. •British menghantar kapten Wyllie untuk menyarang Naning tetapi ditewaskan. •Dol said menggunakan perang gerila dan mendapat bantuan dariSeri Menanti, Sungai Ujong, Johol, Muar dan Yamtuan Muda Ali. •tahun 1832, Kolonel Herbert yang dibantu oleh Rembau berjaya mengalahkan naning. Taboh ditawan dan rumah penduduk Naning dibakar. •Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada pihak British. Kesan/ kesudahan •British menyatukan Naning dengan Melaka. •Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka. •British kerugian sebanyak 100 000 paun sterling.

Upload: sarah-najiha

Post on 30-Jul-2015

215 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Bab 7

7.2 Dol said pahlawan di Naning

Latar belakang tokoh• Nama sebenar ialah Dato' Naning Abdul Said •dikenali sebagai Dol Said •Penghulu Naning

faktor penentangan• mempertahankan kemerdekaan Naning . • menentang bayaran cukai. • menentang perlaksanaan British.

Peristiwa penentangan

•tahun 1831, British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka. •British menghantar kapten Wyllie untuk menyarang Naning tetapi ditewaskan. •Dol said menggunakan perang gerila dan mendapat bantuan dariSeri Menanti, Sungai Ujong, Johol, Muar dan Yamtuan Muda Ali. •tahun 1832, Kolonel Herbert yang dibantu oleh Rembau berjaya mengalahkan naning. Taboh ditawan dan rumah penduduk Naning dibakar. •Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada pihak British.

Kesan/ kesudahan

•British menyatukan Naning dengan Melaka. •Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka. •British kerugian sebanyak 100 000 paun sterling.

Page 2: Sejarah Bab 7

7.3 Rentap Wira Sarawak : Agi Idup, Agi Ngelaban

Latar belakang tokoh

• Nama asal ialah Libau yang bermaksud pengoncang dunia. • dikenali sebagai Rentap • juga digelar Raja Darat. • Merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas

faktor penentangan

• pemerintahan keluarga Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun. • James Brooke membina kubu di Nanga Skrang untuk mengawal pergerakan orang Iban. • Tindakan james Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang.

Peristiwa penentangan

• Tahun 1853, Rentap berjaya menyerang kubu James Brooke di Nganga Skrang • Seorang pegawai Brooke, Allan Lee terbunuh. Tahun 1854, James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap. •Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu. • Tahun 1857, Charles Brooke gagal menawan kubu Rentap di Bukit Sadok. • Tahun 1863, james Brooke menyerang Rentap di Bukit Sadok. Rentap ditewaskan.

Kesan/ kesudahan•Rentap berundur ke Entabai dan meninggal dunia di sana

Page 3: Sejarah Bab 7

7.4 Sharif Masahor Wira Sarawak

Latar belakang tokoh

• Seorang pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang • Dilantik oleh Sultan Abdul Mu'mien •Beliau sangat berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang.

faktor penentangan

• Sarikei diletakkan dibawah pentadbiran British. • James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada Sultan Brunei. • Pembinaan kubu di kanowit dan perlantikan Henry Steele dianggap telah mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor

Peristiwa penentangan

• Tahun 1855, beliau mengetuai 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran Matusin. • James Brooke melucutkan kuasa Sharif Masahor di Sarikei • Sharif Masahor, Datu patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim membuat pakatan sulit. • James Brooke memaksa Sultan Brunei menyerahkan Mukah dan menahan Sharif masahor.

Kesan/ kesudahan

•Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura. • Pentadbiran Brooke menghadapi kebangkitan daripada pemimpin Banting dan Penghulu Asun.

Page 4: Sejarah Bab 7

7.5 Dato’ Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak

Latar belakang tokoh • Beliau seorang Orang Besar Berlapan Perak. • Penghulu di Pasir Salak.

faktor penentangan

•Residen mengambil hak pungutan cukai pembesar dan sultan. • Residen mencabar ketuanan Melayu dengan mendesak Sultan Abdullah menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. • Birch mencabuli adat resam dengan mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Malayu. •Residen memperkenalkan pelbagai cukai baru.

Peristiwa penentangan

• Julai 1875, Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato' Maharaja Lela bermesyuarat di Durian Sebatang. Ia mengambil keputusan untuk membunuh Birch. • 2 November 1875, Birch dan rombongannya tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai •kesempatan ini diambil oleh Dato' Maharaja Lela dan pengikutnya untuk membunuh JWW Birch. • Pembunuhan Birch telah menyebabkan British menyerang Pasir Salak. • Dato' Maharaja Lela dan Dato' Sagor berjaya mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban. • Perang Perak berlanjutan selam hampir setengah tahun. • Dengan bantuan tentera dari Hong Kong dan India, British berjaya mengalahkan pejuang Perak.

Kesan/ kesudahan

• Tahun 1877, Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Pandak Indut, dan Sepuntum dijatuhi hukuman gantung sampai mati. • Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles. • Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.

Page 5: Sejarah Bab 7

7.6 Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti

Latar belakang tokoh•Dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875

faktor penentangan

•Yamtuan Antah tidak bersetuju dangan tindakan Dato' Kelana menandatangani perjanjian dengan British. •Beliau tidak mengiktiraf Dato' kelana sebagai perintah Sungai Ujong.

Peristiwa penentangan

•Pertempuran antara Yamtuan Antah dan pihak British berlaku kerana pertikaian Yamtuan Antah tentang Dato' Kelana yang mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya. •Disember 1875, pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi dan membina kubu di situ. • British berjaya menawan semula Paroi setelah mendapat bantuan tentera dari NNS.

Kesan/ kesudahan

•Mei 1876, Yamtuan Antah berunding dengan pihak dengan Gabenor NNS, William Jervois. •Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. •Rundingang tersebut membuka peluang British untuk meluaskan kuasanya.

Page 6: Sejarah Bab 7

7.7 Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang

Latar belakang tokoh

•Dianugerahi gelaran Orang Kay Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan •Anugerah diberikan kerana kegagahan dan keberaniannya sewaktu perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor. •Dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara.

faktor penentangan

•Dato' Bahaman kehilangan hak mengutip cukai. •Pembinaan balai polis di Lubuk Terua mengancam kedudukan beliau. •Beliau dilucutkan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

Peristiwa penentangan

•16 Disember 1891, Perang tercetus apabila British menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Beliau dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua. •26 Disember 1891, pasukan Hugh Clifford gagal menawan semula Lubuk Terua lalu berundur dan meminta bantuan dari Singapura. •Januari 1892, British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang dengan menubuhkan Gerakan Sultan. Gerakan ini menawan 11 buah kubu Dato' Bahaman di Bentong. •Mac 1892, Dato' Bahaman menawan semula Lubuk Terua. Dato' Bahaman turut mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau. •8 Mei 1892, British sekali lagi menyerang Lubuk Terua. Pejuang Pahang mendapat semangat berjihad menentang British daripada Ulama Tok Ku Paloh. •14 Jun 1894, Dato Bahaman dan pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. •British menghantar Kolonel walker menawan semula Jeram Ampai. •Penentangan berakhir apabila beliau, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan.

Page 7: Sejarah Bab 7

Kesan/ kesudahan•British menanggung hutang yang banyak. •Sultan Ahmad dipaksa membayar 7 200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Page 8: Sejarah Bab 7

7.8 Mat Salleh Menyanggah SBUB

Latar belakang tokoh

•Dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungai Sugut. •Berketurunan Bajau dan Suluk. •Mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang.

faktor penentangan

•Semangat perjuangan jihad orang sulu menentang Sepanyol. •SBUB memperkenalkan peraturan baru yang amat membebankan rakyat. •Percubaan Mat Salleh untuk berunding dengan SBUB gagal. •SBUB membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh.

Peristiwa penentangan

•Julai 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya. •November 1897, Mat Salleh menyerang Ambong. •Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan melalui rundingannya antara Cowie. •SBUB menyerang kubu Mat Salleh di Kampung Teboh secara besar-besaran.

Kesan/ kesudahan•Januari 1900, SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh. Beliau terkorban dalam pertempuran itu.

Page 9: Sejarah Bab 7

7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar

Latar belakang tokoh

•Ketua kaum Murut di Rundum. •Nama sebenar ialah Ontoros anak lelaki Antanom. •Dilahirkan pada 1875. •Beliau telah memimpin orang Murut menentang SBUB ketika berumur 30 tahun.

faktor penentangan

•Orang Murut dijadikan buruh paksa. •SBUB menzalimi keluarga kaum Murut. •SBUB menceroboh kawasan hutan untuk pembinaan jalan. •Hak orang Murut diceroboh apabila SBUB telah melarang mereka membuka tanah baru. •SBUB telah mengenakan pelbagai cukai yang membebankan.

Peristiwa penentangan

•Februari 1915, Antanom menyerang Persidangan dan membakar bangunan kerajaan di situ. •Mac 1915, Antanom menyerang Rundum. Pusat pentadbiran telah dimusnahkan. kejayaan ini menaikkan semangat ornag Murut. •April 1915, SBUB menyerang kubu Antanom. Pertempuran berlaku selama 6 minggu.

Kesan/ kesudahan

•Anatanom dan pengikutnya terkorban dalam mempertahankan Rundum. •SBUB mengenakan tindakan tagas terhadap pengikut Antanom. •Orang Murut telah berpindah ke pendalaman Kalimantan.

Page 10: Sejarah Bab 7

7.10 Tok Janggut Pejuang Jihad

Latar belakang tokoh

•Nama sebenar ialah Haji Mat Hassan bin Munas. Dikenali sebagai Tok Janggut. •Dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram Pasir Petuh, Kelantan. •Mendapat pendidikan pondok di Kelanatan dan Makkah. •Menyipan janggut hingga ke paras dada. •Mahir dalam ilmu persilatan. •Menetap di Kampung Kering dan bekerja sebagai petani dan peniaga.

faktor penentangan

•Peraturan tanah baru. •Pelbagai cukai yang membebankan. •Perasaan anti-British. •Tempat bayaran cukai jauh dan menyusahkan. •Sikap biadap pegawai British.

Peristiwa penentangan

•28 April 1915, Sarjan Che Wan diarahkan menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai. Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut. •29 April 1915, Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya. •Ungku Besar Jeram, Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh. •Tok Janggut sebagai Perdana Menteri.

Kesan/ kesudahan

•Tok Janggut terkorban sebagai pahlawan. •Penduduk Pasir Puteh didenda. •British mengukuhkan penguasaan di Pasir Puteh.

Page 11: Sejarah Bab 7

7.11 Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani

Latar belakang tokoh

•Nama sebanar Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid •Dikenali Haji Abdul Rahman Limbong kerana kerap ke Limbong, Kemaman untuk mengajar agama. •Beliau berjuang untuk membela nasib petani yang ditindas.

faktor penentangan

•Penguatkuasaan undang-undang binatang buas. •Peraturan baru yang mewajibkan penduduk mendaftar tanah mereka. •Pas kebenaran yang membebankan kehidupan petani yang sedia ada miskin. •Pengaruh pemimpin agama.

Peristiwa penentangan

•Petani Kuala Telemong menentang peraturan baru dengan membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran. •British menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah tetapi gagal kerana hujah Haji Abdul Rahman Limbong. •Orang petani membersihkan tanah milik Tengku Nik Maimunah dan kerajaan kerana mengetahui British akan memberi tanah tersebut kepada saudagar Cina. •British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong. •Petani mengisytiharkan perang terhadap British dan mengibarkan bendera merah. •British meminta bantuan tentera dari NNMB.

Kesan/ kesudahan

•12 orang petani terkorban. Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap. •Haji Abdul Rahman Limbong dibuang negeri ke Makkah.

Page 12: Sejarah Bab 7

7.1 Perjuangan Mengmbalikan Kedaulatan Kedah

Tokoh yang terlibat

•Tunku Abdullah •Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin) •Tunku Long •Tunku Muhammad Saad •Tok Mo Ris •Syeikh Abdul Kadir

faktor penentangan •Penjajahan Siam yang kejam.

Peristiwa penentangan

•Serang Tunku Abdullah untu membebaskan Kedah gagal kerana British membantu Siam. •British menghantar lima buah kapal perang untuk mengepung perairan Kedah dan Tengku Kudin terkorban. •Pihak British berjaya mengesan rancangan Sultan Ahmad Tajuddin dan beliau ditangkap. •Kebangkitan menentang Siam di Kedah berjaya menawan selatan Kedah tetapi sekali lagi, Siam berjaya menguasai Kedah semula.

Kesan/ kesudahan

•Sultan Kedah menghantar puteranya, Tunku Daei untuk berunding dengan pihak Siam. •Siam mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddi. •Wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah.

Page 13: Sejarah Bab 7

Pendahuluan

Campur tangan British telah mengugat system politik, ekonomi dan

social penduduk tempatan. Perubahan dalam sistem pentadbiran telah

menyebabkan sultan kehilangan kedaulatan dan pembesar kehilangan

kuasa. British telah memperkenalkan pelbagai cukai yang

membebankan dan menindas rakyat. Keadaan ini akhirnya

mencetuskan kebangkitan rakyat untuk menetang British. Rakyat

tempatan telah memimpin rakyat berjuang dengan gigih demi

mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air.