sudut maklumat sejarah bab 7-10

21
BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA Sudut Maklumat Teori Prinsip yang merupakan asas pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan, pendapat atau pertanyaan yang dikemukakan oleh seseorang untuk menerangkan sesuatu perkara. Bukti tambahan tentang kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab Kebanyakan kitab agama yang dikarang dalam bahasa Melayu pada peringkat awal menggunakan bahasa serta gaya penulisan yang dipengaruhi oleh bahasa Arab. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur. Tiada unsure India atau China dalam kitab yang dikarang oleh ulama tempatan pada peringkat awal. Kitab tempatan seperti tauhid, tafsir al-Quran dan hadis didapati menggunakan bahasa Arab dan sumber rujukan dari Semenanjung Tanah Arab. Catatan karya tempatan tentang pengislaman raja di Asia Tenggara Hikayat Merong Mahawangsa: Raja Kedah telah diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani Hikayat Acheh: Syed Abdullah Arif telah berusaha mengembangkan Islam di Sumatera Sejarah Kepulauan Sulu: Mubaligh Islam berketurunan Arab seperti Sharif Hassan dan Awlia telah menyebarkan Islam ke Kepulauan Sulu. Bukti tambahan tentang kedatangan Islam dari China Pada tahun 1953 sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan ayat- ayat al-Quran Batu Bersurat Terengganu Dijumpai pada tahun 1899 M.. Batu bersurat ini bertulisan jawi dan bertarikh hari Jumaat, 4 haribulan Rejab, 702 H. Bersamaan 22 Februari Mahmudah Sifat terpuji seperti bersopan santun, ikhlas, dan lemah lembut

Upload: adhaz

Post on 05-Jul-2015

597 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sudut Maklumat Sejarah Bab 7-10

BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARASudut MaklumatTeori Prinsip yang merupakan asas pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan, pendapat atau pertanyaan yang dikemukakan oleh seseorang untuk menerangkan sesuatu perkara.

Bukti tambahan tentang kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab

Kebanyakan kitab agama yang dikarang dalam bahasa Melayu pada peringkat awal menggunakan bahasa serta gaya penulisan yang dipengaruhi oleh bahasa Arab. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur.

Tiada unsure India atau China dalam kitab yang dikarang oleh ulama tempatan pada peringkat awal.

Kitab tempatan seperti tauhid, tafsir al-Quran dan hadis didapati menggunakan bahasa Arab dan sumber rujukan dari Semenanjung Tanah Arab.

Catatan karya tempatan tentang pengislaman raja di Asia Tenggara

Hikayat Merong Mahawangsa: Raja Kedah telah diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani

Hikayat Acheh: Syed Abdullah Arif telah berusaha mengembangkan Islam di Sumatera

Sejarah Kepulauan Sulu: Mubaligh Islam berketurunan Arab seperti Sharif Hassan dan Awlia telah menyebarkan Islam ke Kepulauan Sulu.

Bukti tambahan tentang kedatangan Islam dari China

Pada tahun 1953 sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan ayat-ayat al-Quran dan kalimah Arab yang bertarikh 1028 M. Telah ditemui di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang.

Penemuan ini menunjukkan bahawa Islam telah sampai ke kawasan Pantai Timur Tanah Melayu sebelum abad ke – 13.

Pandangan ini mendakwa bahawa Islam telah dibawa oleh mubaligh China Islam

Batu Bersurat Terengganu Dijumpai pada tahun 1899 M..

Batu bersurat ini bertulisan jawi dan bertarikh hari Jumaat, 4 haribulan Rejab, 702 H. Bersamaan 22 Februari tahun 1303 M..

Tulisan ini telah ditafsirkan oleh ahli intelektual tempatan, Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas. Mengikutnya catatan pada batu bersurat itu mengatakan tentang kewajipan menjalankan hukum, syarak, peraturan dan undang-undang kekeluargaan, hukuman terhadap penzina, dan hukuman terhadap mereka yang tidak membayar hutang.

MahmudahSifat terpuji seperti bersopan santun, ikhlas, dan lemah lembut

Page 2: Sudut Maklumat Sejarah Bab 7-10

menerusi Laut Selatan, ke Phang Rang di Indo China, dan ke Pekan, Pahang.

Syahbandar Syahbandar ialah

pentadbir pelabuhan yang bertanggungjawab berurusan dengan setiap pedagang tentang hal perdagangan.

Syahbandar amat penting kerana beliaulah yang menentukan kemajuan perdagangan.

Kejujuran syahbandar dan kebijaksanaannya mengurus para pedagang dari pelbagai tempat inilah yang menentukan kejayaan tersebut.

Kerajaan Perlak Kesultanan Perlak ialah

kesultanan Islam yang pertama di Asia Tenggara. Kerajaan ini telah ditubuhkan pada tahun 840 dan sultan yang pertama ialah Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah.

Pada tahun 1292, kerajaan ini telah menjadi sebahagian kerajaan Samudera-Pasai di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Malik al-Zahir.

Kitab al-Dur al-Manzum Dikarang oleh Abu

Ishaq (al-Syirazi) Membincangkan

tentang sifat-sifat Allah Didapati sesuai untuk

disebarkan kepada masyarakat. Oleh itu, kitab ini dihantar ke Pasai untuk diterjemahkan.

Makhdum Patakan bertanggungjawab menterjemahkannya.

Hamzah al-Fansuri Beliau telah mengarang

beberapa buah buku dalam bentuk prosa dan puisi.

Antara buku karangan beliau termasuklah Syarabul Asyikin dan Asrarul Arifin.

Karya puisi beliau termasuklah Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syair Dagang, Syair Burung Pungguk dan Syair Sidang Fakir.

Wali SongoWali Songo merujuk kepada Sembilan orang ulama. Pada umumnya, mereka hidup pada zaman yang sama, iaitu pada sekitar awal abad ke-15 M. hingga awal abad ke-16 M..

Cara Wali Sango berdakwah Menimbulkan

kesedaran dan menanamkan semangat kepada masyarakat tentang maksud bekerja dan beramal dalam erti kata sebenar.

Berusaha menghapuskan pengangguran dengan mengikis sifat malas.

Mengelakkan hidup secara mewah dan membazir.

Zaman Baru Asia Tenggara Professor Syed

Muhammad Naquib al-Attas memberikan

Dewa-raja Konsep dewa-raja menegaskan

bahawa raja merupakan keturunan atau penjelmaan

Undang-undang syariahUndang-undang berdasarkan al-Quran dan sunah Nabi Muhammad s.a.w..

Page 3: Sudut Maklumat Sejarah Bab 7-10

istilah zaman baru kepada Asia Tenggara setelah Asia Tenggara menerima Islam.

Cara hidup, kepercayaan, dan amalan masyarakat Asia Tenggara berubah selepas Islam tersebar. Islam berjaya mempengaruhi keseluruhan aktiviti kehidupan masyarakat Asia Tenggara.

Sumber:Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1963.

daripada tuhan-tuhan Hindu. Istilah raja diketepikan selepas

kedatangan Islam, sebaliknya, digunakan istilah sultan. Perkataan sultan berasal daripada bahasa Arab yang bermakna kewibawaan, atau pemerintah. Perkataan sultan berasal daripada bahasa Arab yang bermakna kewibawaan, atau pemerintah.

Kanun Mahkota Alam Menerangkan tentang

tanggungjawab raja sebagai pemerintah.

Mencatatkan adat istiadat dan peraturan tradisi Acheh, misalnya, Balairung Seri dipimpin oleh Sultan manakala Balai Majlis Mahkamah Rakyat diketuai oleh Kadi Malik al-Adi.

Tokoh ulama Pattani – Syeikh Daud Pattani

Nama penuh beliau ialah Syeikh Daud bin Idris al-Pattani

Menerusi kitab karangan beliau, masyarakat Melayu dapat mempelajari agama Islam dan juga bahasa Melayu, khususnya tulisan jawi.

Peranan institusi pendidikanIstana merupakan tempat bagi ulama membicarakan hukum Islam dengan sultan dan pembesar negeri. Di sini jugalah ulama menyampaikan ilmu pengetahuan Islam dan menasihati sultan.

Surau ialah tempat pengajaran al-Quran secara tidak formal dan gurunya mengajar secara tidak tetap.

Madrasah ialah tempat melaksanakan sistem pendidikan formal.

Sistem pendidikan pondok Pondok merupakan

pusat pengajian Islam. Di Pattani dan Tanah Melayu, pusat pengajaran ini dinamakan pondok, di Jawa, dinamakan pesantren dan di Acheh, dinamakan dayah.

Kedudukan wanita pada zaman pemerintahan Sultanah Safiatudin

Seramai 22 orang wanita menganggotai Majlis Rakyat Acheh yang mempunyai 73 orang ahli.

Sembilan orang wanita menjadi ahli

Terdapat undang-undang yang melindungi hak wanita sebagai anak, isteri dan ibu tunggal.

Bahasa dan tulisan Pada abad ke-17,

bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebagai bahasa Istana, bahasa surat menyurat, bahasa perhubungan antara wilayah, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa untuk berdakwah dan

Page 4: Sudut Maklumat Sejarah Bab 7-10

Mata pelajaran yang diajar di pondok ialah Fikah, Usuludin, Tasauf, Hadis dan Tafsir. Bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu dan bahasa Arab.

Keperluan asas di pondok seperti makan minum, disediakan oleh pelajar sendiri.

bahasa untuk pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum Islam, terdapat pelbagai tulisan yang digunakan di Asia Tenggara seperti Kawi, Jawa Kuno, Batak dan Rencong. Di Melaka, perkembangan tulisan jawi telah memajukan penulisan dan penterjemahan hasil kesusteraan dan agama. Antara hasil kesusteraan Arab dan Parsi yang diterjemahkan termasuklah Hikayat Perang Badar, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Wafat, dan sebagainya.

Sumber baitulmal Harta yang diperoleh

daripada zakat seperti zakat fitrah dan zakat harta.

Harta milik negara, iaitu sumber kekayaan alam seperti minyak.

Pelaburan dan saham yang dijual kepada umat Islam melalui institusi yang ditubuhkan oleh baitulmal.

Page 5: Sudut Maklumat Sejarah Bab 7-10

BAB 8 PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARATSudut MaklumatGelaran “bayangan Allah di muka bumi”Merupakan warisan dan lanjutan amalan para pemerintah kerajaan Abbasiyah dan Saljuk di Baghdad, Mamluk di Mesir, Uthmaniyah di Turki, dan Khilji serta Moghul di India.

Sistem pemerintahan dan pentadbiranTerdapat tiga lapisan asas dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Melayu, iaitu:

1. Pemerintahan pusat yang diketuai oleh sultan.

2. Pemerintahan daerah yang ditadbir oleh pembesar daerah.

3. Pemerintahan kampung yang diketuai oleh penghulu.

Sultan Alaudin Riayat Shah (1477-1488)Sangat diingati dan dihormati kerana tindakan baginda menangkap pencuri yang sangat berleluasa di Melaka pada waktu itu. Tindakan ini telah membawa keamanan di negeri Melaka dan meninggikan kewibawaan sultan Melaka tersebut.

DaulatBermaksud bahawa seseorang raja atau sultan itu mempunyai kuasa tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja yang melanggar arahannya (derhaka) akan menerima akibat (tulah).

DaulahDaulah berasal daripada bahasa Arab yang bermakna kuasa atau kerajaan.

Adat pepatihAnak buah memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang, Undang memilih Yamtuan atau Yang Dipertuan Besar.

12 suku dalam Adat PepatihAnak Acheh, Anak Melaka, Batu Belang, Batu Hampar, Biduanda, Mungkal, Paya Kumbuh, Seri Lemak, Seri Melenggang, Tanah Datar, Tiga Batu dan Tiga Nenek.

DiatHukuman yang berbentuk denda atau ganti rugi berupa harta. Hukuman ini dikenakan kepada pembunuh yang membunuh tanpa sengaja.

Hukum Kanun MelakaTerdapat 44 fasal dalam Hukum Kanun Melaka dan hukum ini mempunyai 46 naskah salinan yang disebut dengan pelbagai nama. Undang-Undang Laut pula mengandungi 24 fasal.

Undang-Undang PahangDigubal sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur Muhyddin yang memerintah antara tahun 1592-1614.

Undang-Undang KedahMempunyai empat bahagian iaitu undang-undang pelabuhan, undang-undang tentera yang bertarikh 1667, Hukum Kanun Dato’ Star, dan Undang-Undang 1784

Undang-Undang PerakTurut dikenali sebagai Undang-Undang 99 yang dibawa oleh seorang Arab bernama Sayyid Husain al-Furadz pada abad ke-17.

Undang-Undang JohorBertarikh 1789 dan didasarkan pada Undang-Undang Laut dan Hukum Kanun Melaka.

TasawufPerkataan tasawuf tidak mempunyai makna yang tetap. Namun demikian, oleh sebab perkataan ini

PondokPerkataan pondok berasal daripada perkataan Arab, al-Funduq yang bermakna rumah

Page 6: Sudut Maklumat Sejarah Bab 7-10

diambil daripada kata Safa, maka, pengertian yang sering digunakan ialah jernih atau suci

tumpangan.Sistem pendidikan pondok dikenali sebagai pesantren di Jawa dan rangkang di Acheh.

Tuk Ku Pulau ManisNama sebenarnya Syaikh Abdul Malik bin Abdullah, lahir di Kampung Pauh pada tahun 1650-an dan merupakan anak murid ulama terkenal di Acheh, iaitu Abdul Rauf Singkel. Selepas menamatkan pengajiannya di Acheh, beliau menyambung pengajiannya di Makkah pada tahun 1680-an dan kembali ke Tanah Melayu pada 1690-an sewaktu berumur 40-an. Beliau mempunyai hubungan yang erat dengan Sultan Terengganu.

AvalokitesvaraAvalokitesvara digambarkan pada seni arca sebagai dewa yang dihiasi dengan pakaian dan perhiasan yang indah. Ciri utamanya ialah sebuah arca kecil bergelar Amitabha (bapa rohani) yang terletak di bahagian tengah mahkotanya. Sekiranya dewa tersebut memegang sebuah teratai merah di tangannya, dewa itu digelar Padmapani.

MihrabSuatu ceruk atau tonjolan di hadapan yang menunjukkan arah kiblat serta tempat untuk imam dalam solat jemaah.

MimbarPentas di masjid, iaitu tempat khatib atau imam berkhutbah.

Bentuk rumah MelayuBoleh dibahagikan kepada beberapa jenis:

1. Rumah Perabung Panjang merupakan reka bentuk rumah Melayu yang tertua.

2. Rumah Tiang 123. Rumah Perabung 5 yang

banyak terdapat di Melaka dan Johor.

4. Rumah Melaka5. Rumah Minangkabau6. Rumah Limas/Muar

Tulisan khatAntara jenis tulisan khat termasuklah khat thuluth, diwani (ad-diwari), kufi, diwani Jali (al-Jali ad-diwari), farisi (al-Farsi), nasakh dan riq’ah (rakaah) dan al-ijazah. Tulisan kufi berasal dai Kufah, Iraq. Bentuk asasnya adalah lurus dan menegak sementara jenis nasakh, pula berbentuk melengkung dan geometri. Jenis ini telah muncul pada abad ke-11 di Baghdad.

RibaFaedah atau pertambahan bayaran dalam urusan perjanjian hutang piutang.

Tahukah Anda?Tulisan jawiPeri pentingnya tulisan jawi ini dalam Sejarah Melayu terserlah kerana terdapat ayat dalam bahasa Sanskrit, tetapi ditulis

Mata wangPortugis di Melaka telah memperkenalkan mata wang yang bernama bastardos, soldos dan dinheiros. Sewaktu Belanda di Melaka pula, mata wang yang digunakan ialah ducats, lion dollars,

Page 7: Sudut Maklumat Sejarah Bab 7-10

dalam tulisan jawi (bukan lagi tulisan Pallava).

rix dollars dan syiling Belanda.

BAB 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH

Page 8: Sudut Maklumat Sejarah Bab 7-10

Sudut MaklumatMagyarSuku kaum yang terbesar di Hungary dan merupakan campuran antara suku kaum Urgila dengan Turki. Kaum ini telah menduduki Hungary mulai abad kesembilan Masihi dan menjadi ancaman kepada Eropah Barat. Mereka akhirnya dikalahkan oleh Raja Otto 1 dalam Pertempuran Lechfeld pada tahun 955 M..

VikingSuku kaum daripada Norway, Sweden dan Denmark. Mulai abad kesembilan Masihi gerombolan mereka ini mula bergerak ke arah Rusia dan juga Eropah Utara. Peringkat awal pergerakan itu, mereka merompak dan mengancam pusat-pusat pemerintahan yang ada pada ketika itu. Dalam pergerakan seterusnya, mereka telah melakukan penaklukan dan penjajahan

Francesco Petratch (1304-1374)Minat beliau terhadap ilmu membawa kepada penubuhan sebuah perpustakaan. Perpustakaan ini mengandungi koleksi karya agung zaman Yunani dan Rom yang telah diterjemahkan oleh cendekiawan Islam dan sesetengahnya pula oleh paderi-paderi Katolik. Setelah membaca karya-karya tersebut, beliau mendapati wujud pelbagai pandangan dan pendapat yang bercanggah. Dengan ini, Petratch memutuskan bahawa apabila terdapat pencanggahan idea, penyelesaian terbaik adalah dengan memerhati sendiri perkara yang telah dan akan ditulis. Dengan ini wujud kaedah baru, iaitu sistem pemerhatian dalam penilaian dan penulisan.

Niccolo Machiavelli (1469-1527)Dalam bukunya The Prince (Penguasa), Machiavelli menyarankan seseorang raja atau pemerintah harus mempunyai kuasa mutlak. Raja atau pemerintah harus ditakuti dan bukan disayangi oleh rakyatnya. Rakyat harus memberikan kesetiaan sepenuhnya kepada raja atau pemerintah kemudian barulah kepada Gereja Katolik.

Falsafah politik Machiavelli yang penuh kontroversi ini telah mengukuhkan

PatronSumbangan penaung ini kepada warisan sejarah bandar-bandar di Eropah dapat kita lihat pada hari ini. Sekiranya wujud penaung seperti itu di Malaysia, kita akan dapat memulihara warisan negara.

Perselisahan Galileo Galilei (1564-1642)Galileo telah memanjang idea yang dibawa oleh Nicholas Copernicus (1473-1543) bahawa matahari merupakan pusat alam. Pertentangan ini telah menyebabkan beliau dijatuhi hukuman tahanan dalam rumah pada tahun 1633.

Page 9: Sudut Maklumat Sejarah Bab 7-10

nasionalisme dan membuka jalan ke arah pembentukan negara bangsa di Eropah.Katedralmerupakan gereja besar di bawah bidang kuasa seorang biskop

Leonardo da Vinci (1452-1519)Leonardo menjadi contoh terbaik manusia Renaissance yang ideal dalam membangunkan dan membina bakat seseorang. Beliau adalah versatil, menguasai kesemua bidang ilmu termasuk seni bina, seni lukis, seni ukir, kejuteraan, botani, falsafah, geografi serta perang dan strategi ketenteraan. Beliau telah mendahului zamannya serta mempunyai semangat inkuiri dan ingin mencari jawapan bagi segala kejadian alam.

Tokoh-tokoh Zaman RenaissanceMuzikJohann Sebastian Bach (1685-1750)

LukisanMichelangelo (1475-1564)Raphael (1483-1520)

UkiranGhiberti (1378-1455)

SainsNicholas Copernicus (1473-1543)Galileo Galilei (1564-1642)

Tokoh Counter ReformationSt. Ignatius Loyola (1491-1556)Merupakan bekas askar. Beliau menjadi paderi setelah menghabiskan banyak masa membaca tentang kehidupan orang agama semasa menjalani rawatan kecederaan ketika berperang. Beliau telah mengamalkan disiplin diri dan hidup secara sederhana. Amalan ini menjadi ikutan paderi muda yang lain. Mereka ini dikenali sebagai Jesuit dan menjadi pemimpin dalam kerja kebajikan dan pendidikan. Seorang tokoh Jesuit terkenal yang ditugaskan menyebarkan agama tersebut ke Timur ialah St. Francis Xavier (1506-1552).

Pemerintahan Sepanyol dan PortugalRaja Sepanyol – Ratu Isabella dan Ferdinand Aragon

Raja Portugal – Putera Henry yang terkenal sebagai Henry Pelaut (1394-1460)

Pangkalan penjajahBandar pelabuhan utama di sepanjang laluan kapal dari Timur ke Barat dan bangsa Eropah yang menguasainya:

1. Goa: Portugis2. Madras: Inggeris3. Calcutta: Inggeris4. Pulau Pinang: Inggeris5. Singapura: Inggeris6. Melaka: Portugis/

Belanda/ Inggeris7. Batavia: Inggeris8. Macao: Portugis

Contoh revolusi politik1789-Revolusi Perancis:Perubahan daripada sistem monarki kepada demokrasi

Sistem penggiliran tanamanLord Townshend (1674-1738), tuan punya ladang yang luas, telah mengubah kaedah

Rekaan mesin dalam industri tekstil1733-Flying Shuttle rekaan John Kay (1704-1764) telah

Page 10: Sudut Maklumat Sejarah Bab 7-10

borjuis.

1911-Revolusi China: Perubahan daripada sistem monarki ke sistem republik.

1917-Revolusi Rusia: Perubahan daripada sistem monarki kepada sistem komunis.

1949-Revolusi Indonesia: Perubahan daripada sistem kolonial kepada sistem peribumi.

perladangannya dengan mencuba sistem penanaman secara bergilir. Daripada percubaannya, beliau mendapati semanggi, clover, dan turnip amat sesuai ditanam secara bergilir dan beliau memperoleh pulangan yang lumayan daripada sistem tersebut.Beliau juga mendapati turnip merupakan tanaman terbaik berbanding semanggi. Beliau telah menggalakkan para petani menggunakan sistem ini dengan menanam turnip sebagai salah satu tanaman yang digilirkan.Thomas William Coke (1752-1842) pula telah memperbaik sistem penggiliran itu dan mendapati hasil pertanian dan pulangannya berlipat ganda.

mempercepat kerja menenun kain. Rekaan ini menyebabkan bekalan benang untuk kerja tenunan perlu dipertingkatkan. Oleh itu, mesin pemintalan berikut telah direka.1765-Spinning Jenny -oleh James Hargreaves (1720- 1778)1765-Water Frame-oleh Sir Richard Arkwright (1732- 1792)1790-Mule-oleh Samuel Crompton (1753-1827)

Menjelang tahun 1790, dengan perantaraan mesin-mesin di atas, pengeluaran tekstil telah meningkat sepuluh kali ganda dibandingkan dengan pengeluaran pada tahun 1770.

Gabungan daya rekaan dan kegiatan keusahawananJames Watt (1736-1819)Pada tahun 1763 James Watt telah berupaya membaiki enjin rekaan Thomas Newcomen (1663-1729). Hasilnya, enjin itu telah dapat mengeluarkan tenaga dengan lebih efisien.Kemudian Watt telah menubuhkan syarikat bersama Matthew Boulton (1728-1808). Menjelang lewat tahun 1780-an, syarikat mereka berjaya mengeluarkan enjin berkuasa wap yang lebih baik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.Usaha mencipta, kegigihan menyelidik, dan semangat keusahawanan yang ditunjukkan oleh Watt inilah

Enjin berkuasa wap NewcomenPada tahun 1702 Thomas Newcomen telah mencipta enjin berkuasa wap yang kemudiannya telah digunakan dengan meluas dalam bidang perlombongan arang batu. Dengan rekaan enjin ini pam telah dapat digunakan untuk mengatasi masalah rembesan dan takungan air. Lantas, kerja melombong arang batu menjadi lebih mudah dan kuantiti produk dapat dipertingkatkan.

Implikasi dan faedah daripada rekaan NewcomenPeningkatan penghasilan arang batu amat membantu proses Revolusi Perindustrian di Britain.Arang batu merupakan sumber utama untuk mengendalikan enjin berkuasa wap.Oleh itu, peningkatan pengeluaran arang batu telah memberikan faedah kepada pelbagai bidang perusahaan lain seperti bidang pembuatan, perusahaan besi dan keluli serta pengangkutan.

Page 11: Sudut Maklumat Sejarah Bab 7-10

yang patut diteladani oleh generasi masa kini.Kegunaan kuasa enjin wap dan perkembangan pengangkutan kereta apiAwal tahun 1800-an : Enjin berkuasa wap digunakan untuk memacu bot di air.

Tahun 1820-an : Enjin berkuasa wap mula digunakan untuk memacu kenderaan di darat.

Tahun 1829 : Lokomotif rekaan George Stephenson dengan jayanya dipacu menggunakan enjin berkuasa wap. Lokomotif tersebut, Rocket, bergerak selaju 16 batu sejam di atas rel yang baru dibina di antara Liverpool dan Manchester.

Tahun 1840-an : Menjelang dekad ini era pembinaan kereta api dan rel telah bermula di Eropah dan Amerika Syarikat.

Tahun 1879 : Kereta api pertama beroperasi di Tanah Melayu di antara Port Weld dan Taiping.

Pergerakan LudditeGerakan pekerja di Britain pada tahun 1810 yang membantah penggunaan kaedah pengeluaran baru di kilang-kilang dan yang ingin mengekalkan kaedah tradisional.

Akta Parlimen bagi membela nasib pekerjaPada tahun 1833, Akta Kilang telah digubal. Mengikut akta tersebut, kanak-kanak di bawah umur sembilan tahun dilarang bekerja dan mereka dimestikan bersekolah. Bagi kanak-kanak yang layak bekerja, had masa bekerja mereka ditetapkan tidak melebihi sembilan jam sehari. Para majikan, dikehendaki memastikan keselamanat para pekerja mereka di kilang.

Akta Lombongtelah diperkenalkan pada tahun 1842. Akta ini telah melarang penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu.

Akta Sepuluh Jam telah diperkenalkan pada tahun 1847. Akta ini telah menetapkan agar pekerja wanita dalam perusahaan tekstik tidak bekerja lebih daripada sepuluh jam sehari.

TarifCukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barangan import.

BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Page 12: Sudut Maklumat Sejarah Bab 7-10

Sudut MaklumatEkonomi sara diriEkonomi sara diri merujuk pada aktiviti ekonomi yang tida menghasilkan lebihan produk untuk tujuan pemasaran.

Amalan sebelum melombongAda kalanya, sebelum sesuatu kawasan diusahakan untuk tujuan perlombongan bijih, kawasan ini akan disemah terlebih dahulu oleh pawang. Kononnya, untuk mengelakkan perkara yang tidak baik seperti kecederaan atau malapetaka berlaku semasa melombong.

Penghasilan gambirGambir dihasilkan dengan merebus daun gambir. Setelah hamper kering, baka air yang tinggal akan ditapis dan direbus lagi hingga menjadi pekat. Seterusnya, air gambir yang pekat itu dituang ke dalam acuan dan dibiarkan kering. Selepas itu, barulah dipotong-potong kecil dan dijual. Gambir merupakan salah satu bahan untuk dimakan bersama sirih dan untuk mewarnakan belulang.

Sistem Kangcu Sistem pajakan tanah

kepada pengusaha dari China ke Johor.

Dalam sistem ini, setiap ladang dikenali sebagai kangkar.

Saiz setiap satu kangkar ialah sekitar 2500 ekar hingga 20000 ekar.

Setiap kangkar akan dibahagikan pula kepada beberapa kawasan kecil antara 50-250 ekar.

Setiap kawasan kecil ini akan diusahakan oleh 3-10 orang buruh dari China.

Perlombongan emas Lombong emas yang

terawal terdapat di Kuala Selinsing, di Sungai Jelai, Pahang dan diusahakan secara kecil-kecilan.

Kaedah mendulang atau melampan merupakan kaedah perlombongan yang digunakan pada masa itu.

Perlombongan emas mula diusahakan secara komersial di Raub, Pahang.

Di Sarawak, emas telah dilombong di Bau pada tahun 1820-an oleh orang Cina yang kemudiannya telah diambil alih oleh

Kheh-thauIndividu yang bertanggungjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum dibawa ke pelabuhan.

Page 13: Sudut Maklumat Sejarah Bab 7-10

Syarikat Borneo yang dimiliki oleh British.

Sin KhehImigran miskin dari China yang tidak mampu membiayai perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu.

Sistem KontrakPerjanjian yang dibuat oleh buruh dari India dengan bakal majikannya di Tanah Melayu.

KompradorPemodal yang mempunyai talian yang rapat dengan British.

Sistem Pentadbiran TanahSebelum pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, setiap negeri Melayu mempunyai sistem tanahnya sendiri dan dikendalikan oleh Residen di negeri berkenaan. Hanya pada tahun 1897, Enakmen Tanah Persekutuan yang berasaskan Sistem Torrens yang dijalankan di Australia telah diperkenalkan untuk menyelaraskan dan menyeragamkan perundangan dan peraturan tanah di Negeri-Negeri Melayu.

Undang-Undang Tanah Simpanan Melayu diluluskan pada 25 November 1913 dan menjadi Enakmen Tanah Simpanan Melayu No. 15 Tahun 1913. Undang-undang ini mempunyai 16 seksyen kesemuanya.

PeribumiMerujuk pada penduduk asal satu kawasan sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat. Di Malaysia, peribumi merujuk kepada orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung dan pelbagai kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak.Peribumi Sarawak – Iban, Bidayuh, Melayu, Melanau, Murut, Kenyah, Kelabit, Kayan, Bisayah, Penan dan sebagainya.Peribumi Sabah – Kadazan, Dusun, Bidayuh, Murut, Bajau,Kedayan, Iranun dan sebagainya.

Sekolah aliran InggerisSekolah aliran Inggeris mula ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat. Antaranya termasuklah Penang Free School yang dibuka pada tahun 1816. Malacca Free School pula dibuka pada tahun 1826. Sekolah aliran Inggeris di Negeri Melayu yang lain ditubuhkan agak lewat. Contohnya, King Edward VII School di Taiping dibuka pada tahun 1883. Victoria Institution pula ditubuhkan pada tahun 1894 di Kuala Lumpur.

Ekonomi perdanaMerujuk pada kegiatan ekonomi yang utama dalam sesebuah negara, contohnya, perindustrian dan pertanian.

Penyakit berjangkitAntara penyakit yang mudah berjangkit termasuklah malaria, taun, beri-beri, demam campak dan batuk kering. Antara tahun 1910-1920, penyakit malaria telah

Page 14: Sudut Maklumat Sejarah Bab 7-10

mengorbankan sekitar 200000 orang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Sumber: The Encyclopedia of Malaysia.