sejarah t4 - bab 3

52

Upload: cik-rina

Post on 30-Jun-2015

1.339 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

1. a)

Dari segi geografi, Asia Tenggara dibahagikan kepada 2 : Tanah Besar Asia Tenggara Contoh : - Angkor - Chenla - Ayuthia - Funan - Sukhotai Kepulauan Asia Tenggara Dibahagikan kepada 2 - Tanah Melayu Indonesia Contohnya : - Kedah Tua - Gangga Negara - Langkasuka

b)

- Kepulauan Contohnya : - Sirivijaya - Majapahit - Singhasari - Mataram

Sudut Maklumat Bukti kewujudan tamadun awal di Asia Tenggara Sumber China KangTai dan Chu Ying - sebagai Utusan China Dihantar ke Funan pada tahun 245-250. Raja Funan Houen-Tien atau Kaundinya G. Coedes Kerajaan Melayu tertua di Asia Tenggara ialah * Funan Abad pertama masihi - Kerajaan Melayu ke-2 tertua ialah * Champa Akhir abad ke-2 (137 M.) * Dikenali sebagai Lin-Yin

c) Sumber Bertulis dan Artifak Arkeologi tentang kewujudan tamadun awal Asia Tenggara Sumber China Kewujudan kerajaan Funan pada pertengahan abad ke-3. Data Arkeologi Kewujudan Funan bermula sejak abad ke-3 Masihi Buktinya : Jumpaan seni arca berunsur Hindu dan Buddha dengan langgam Amaravati. * Merupakan lokasi seni pahatan arca yang berkembang di India. * Terletak di tepi Sungai Kistna. * Amaravati berkembang sebagai pusat pahatan yang lebih tertumpu kpd arca agama Buddha. * Arca yang mempunyai ciri kesamaan pada Amaravati dikaitkan dengan Pengaruh Amaravati

d) Hubungan Diplomatik Tamadun di Asia Tenggara menjalin - Hubungan diplomatik dengan China. - Hubungan kebudayaan dengan India. Hubungan antara kawasan petempatan wujud sejak Zaman Logam. Buktinya : Penemuan artifak gendang gangsa Dongson. Dihasilkan di Dongson, Vietnam Utara. Turut ditemui di Batu Buruk, Besut (terengganu), Sungai Tembeling (pahang), Sungai. Kelang (selangor), Thailand, Indonesia dan Myanmar. Hubungan Perdagangan dengan Rom. Buktinya : Persamaan artifak manik yang dijumpai di Kuala Selinsing (perak), Kota tinggi dan Muar (johor), pantai barat selatan Thailand.

d) Petempatan awal di Asia Tenggara berperanan sebagai : - Pembekal bahan mentah seperti bijih timah *Bijih Timah diproses menjadikan gendang di Dongson. - Pelabuhan Pembekal Petempatan awal tersebut belum diiktiraf sebagai kerajaan kerana pemerintahnya belum bergelar raja. e) Perkembangan Perdagangan Maritim Berkembang selaras dengan kemahiran membuat kapal layar dan perahu. Tanpanya, perdagangan maritim mungkin sukar untuk wujud. Perdagangan maritim mungkin kurang berperanan.

f) Bukti Arkeologi Jumpaan manik dan tembikar menunjukkan perkembangan maritim di Asia Tenggara telah berkembang sejak abad ke-5 sebelum Masihi. Sementara, tamadun awal berlaku pada abad ke-2 atau ke-3 Masihi. Proses pembentukan kerajaan mengambil masa lebih kurang 600 700 tahun.

-

ManikMerupakan artifak perdagangan. Mendapat sambutan kerana peranannya. Peranannya ialah sebagai hiasan, status, lambang, tujuan keagamaan dan tujuan sosial. Ada yang diperbuat daripada batu, tulang ikan,kaca, dan bahan lain. Terdapat dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna.

Kerajaan Awal Asia TenggaraFunan Champa Langkasuaka Tan Tan Chien-cha (Kedah Tua) Molo-yu (Jambi Sumatera) Kutei (Borneo) Po-ni (Kalimantan) Kantoli (Selatan Sumatera) Tun Sun (Selatan Thailand) Chih-Tu (Kelantan) Sirivijaya (Palembang Sumatera) Dvaravati (Selatan Thailand) Sailendra (Jawa Tengah) Gangga Negara Fo-lo-an (Kuala Berang) Peng-keng (Pahang) Teng-ya-nung (Terengganu) Temasik (Singapura)

Kerangka Masa

Abad ke-2 ke-5 Sebelum Masihi

Abad ke-6 Sebelum Masihi

Abad ke-7 Sebelum Masihi

Selepas Abad ke-7 Sebelum Masihi (Berdasarken tulisan Paul Wheatley dalam buku The Golden

2. Bentuk-Bentuk Kerajaan Awal Dibahagikan kepada 2 : - Kerajaan Agraria - Kerajaan Maritim Pembahagian ini adalah berasaskan aspek kedudukan geografi dan sosioekonomi.

Kerajaan AgrariaCiri-ciri Menjalankan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai kawasan pertanian yg subur (lembah sungai) Kerajaan Dvaravati di Sg. Menam (Thailand) Sg. Irrawaddy (Myanmar), Kerajaan Sg. Merah (Vietnam) Kerajaan Sg. Mekong (Kemboja, Laos& Vietnam) Kawasan Pedalaman : kawasan berbukit dan di lereng tanah berapi. Kerajaan Taruma di Tanah Tinggi Dieng (Indonesia)

Lokasi

Sailendra (Jawa Tengah) Kerajaan Agraria Terawal Angkor (Kemboja) yg Sukhotai (Thailand) terkenal

Perkembangan

ada kerajaan Agraria yg kemudiannya

Kerajaan MaritimCiri-ciri Fungsinya Menjalankan ekonomi berasaskanperdagangan dan kelautan.

Sebagai pelabuhan. persisiran pantai

Lokasi

lembah sungai kepulauan. Kerajaan Sirivijaya di Sg. Musai, Kerajaan Kedah Tua di Sg. Merbok dan Sg. Muda, Kerajaan Tiumah di Pulau Tioman (Pahang)

a)

Kerajaan Agraria Wujud di lembah sungai, tanaman utama diusahakan ialah padi. Kawasan itu mendapat bekalan air yang mencukupi. Padi Huma ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres dan relung. Tanaman sampingan diusahakan oleh masyarakat agraria. Contohnya : Jagung, keledek, Pisang dan Sayursayuran.

Menghasilkan pelbagai jenis rempah & mengumpul hasil hutan. Contohnya : cengkih, lada hitam, kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana & buahbuahan.

Lada Hitam buahan

tanduk

buah-

Sarang Burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan. Terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai. Ada juga berusaha mendapatkan kulit kura-kura.

Sudut MaklumatPetempatan awal dan peranan sungai sebelum kemunculan kerajaan awal Asia tenggara. Bukti wujudnya di sungai-sungai utama Asia Tenggara. Wujud semenjak Zaman Logam adalah : - Beikhtha-no di Lembah Sungai Irrawaddy (Myanmar) - Chasen di Lembah Sungai Chao Praya (Thailand) - Dongson di Lembah Sungai Merah (Vietnam) - Lembah Bernam (Perak) Bukti penanaman padi di Asia Tenggara Padi diusahakan semenjak Zaman Logam di Asia Tenggara. Buktinya berdasarkan jumpaan sekam dan bijian padi di beberapa tapak arkeologi. Contohnya : Ban Kao dan Spirit Cave (Thailand) Lembah Tembeling (Pahang) Gua Sirih (Sabah) Gua Cha (Kelantan

Kegiatan menternak binatang diusahakan. Contohnya : Lembu, Kerbau, Kambing, dan Ayam.

Pada tahap awal, pertanian bertujuan untuk menyara diri sahaja. Apabila terdapat lebihan hasil ternakan dan tanaman, lebihan tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan. Tujuannya untuk memenuhi keperluan penduduk yang tidak terlibat dalam pertanian. (masyarakat bandar atau kerajaan maritim)

Perkembangan pertanian dipengaruhi oleh pembinaan sistem pengairan yang baik. Contohnya, perkembangan pertanian di Funan dan Angkor. Sebabnya : Terdapat sistem pengairan yang bersumber dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. Sistem pengairan yang baik dapat dilaksanakan kerana raja sendiri terlibat dalam pembinaannya. Kerajaan bertanggungjawab dalam pengurusan sistem pengairan. Contohnya : Zaman pemerintahan Indravarman I (877M). Beliau membina sistem pengairan dan baray Tujuan : mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar. Kesannya : hasil padi kawasan tersebut dapat menampung keperluan beras kerajaan Angkor.

Kerajaan Angkor Ciri-ciri Lokasi Faktor kekuatan Kerajaan Agraria yang kuat dan agung. Lembah Sungai Mekong. Kedudukan berhampiran dengan Tasik Tonle Sap. Air Tasik Tonle Sap datang dari Sungai Mekong. Tanah yang subur. Iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Sumber ikan air tawar dari Tasik Tonle Sap. Tasik Tonle Sap untuk bekalan minuman dan punca air yang mengairi sawah padi.

Bergantung pada

Sudut MaklumatBaray Tempat takungan air buatan manusia. Merupai tasik yang luas. Pada musim hujan, air ditakung Tujuannya : * Supaya dapat disalirkan pada musim kemarau. * Mengairi sawah padi dan dijadikan air minuman.

Kepentingan Tonle Sap1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Bekalan sumber air minuman. Pada musim banjir, limpahan air dari Sg. Mekong mengalir ke Tasik Tonle Sap. Pada musim hujan, keluasan tasik menjadi 300.78 km persegi. Pada musim kemarau, kawasan sekitar Tasik Tonle Sap akan menjadi subur disebabkan mendapan lumpur yang subur. Membekalkan sumber protein seperti ikan kpd penduduk. Air dapat disalirkan ke kawasan penanaman padi dengan menggunakan terusan dan sistem pengairan Menampung keperluan penanaman padi untuk bekalan beras dan mengambang peranan kerajaan Angkor.

b) Kerajaan Maritim Terletak di lembah sungai, persisiran pantai dan kepulauan. Contoh kerajaan Maritim utama : * Langkasuka (Sungai Yarang) * Kataha/ Cheh-cha/ Kedah Tua (Sungai Merbok dan Sungai Muda) * Chih-tu (Sungai Kelantan) * Sirivijaya (Sungai Musi), Mo-Lo-Yu (Sungai batang Hari) * Kalah (Sungai Takuapa) * Fo-lo-an (Sungai Terengganu) * Peng-keng (Sungai Pekan, Pahang) * Tiumah (Pulau Tioman)

Pada peringkat awal, masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut. Kemudian berkembang menjadi perkampungan nelayan. Ada antara petempatan merupakan kawasan pengeluar bijih logam seperti emas dan timah. Hasil lebihan diperdagangkan di kalangan petempatan. Petempatan tersebut berkembang dengan peranannya sebagai tempat berdagang. Seterusnya, kawasan tersebut menjadi pelabuhan pembekal.

Pelabuhan Pembekal.

Pembekal hasil tempatan

Logam Emas dan Timah Hasil hutan contoh : kayu gaharu, rotan, damar, Hasil Laut dan makanan.

Ciri-ciri Peranan

Pelabuhan disinggahi oleh para pedagang Mendapatkan bekalan hasil tempatan Jenderam Hilir & Klang (Selangor) Kuala Berang (Kuala Terengganu) Kuala Selinsing (Perak)

Lokasi

Sesetengah pelabuhan ini telah berkembang dan maju serta mendapat status pelabuhan kerajaan.

Pelabuhan KerajaanPeranan Sebagai pelabuhan pembekal. Tempat Berdagang Champa Kedah Tua Langkasuka Sirivijaya

Contoh lokasi pelabuhan

Menjadi tarikan Persisiran pantai pedagang dari Teluk Siam, kemboja dan Vietnam. China Selatan, India dan Barat.

Sebabnya

Pelabuhan seperti Kedah Tua dan Sirivijaya terletak di Selat Melaka & Selat Sunda menjadi kawasan perdagangan amat strategik. Kedudukan di laluan perdagangan di antara China dan India.

Kedudukan di laluan perdagangan di antara China dan India menyumbang kepada menjadi pelabuhan entrepot.

Pelabuhan Entrepot Memperdagang kan hasil bumi seperti Logam Hasil Laut dan Hutan Hasil daripada kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya. Logam emas dan timah telah menarik pedagang asing. Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali sebagai Suvarnadvipa (Semenanjung Emas) dan Suvarnabhumi (Bumi Emas).

Hasilnya menyebabkan

Dalam catatan Yunani oleh Ptolemy, terdapat nama Golden Khersonese yang memberi nama Semenanjung Emas. Bukti-bukti itu menunjukkan bahawa orang India dan Yunani telah mengatahui bahawa Semenanjung Tanah Melayu merupakan kawasan kaya dengan emas sejak awal abad Masihi.

Ciri lain kerajaan maritim : Penduduknya terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan pedagang luar. Menggunakan lebih daripada 1 bahasa. Bahasa perhubungan atau lingua franca ialah Bahasa Melayu di Asia Tenggara. Sebab : pada zaman kerajaan awal, orang Melayu merupakan pelaut, pedagang dan peneroka yang terulung di Asia Tenggara. Orang Melayu Mempunyai pelabuhan yang - lengkap dengan pelbagai kemudahan - kedudukan yang strategik - petempatan mereka muncul sebagai kuasa politik seperti Champa & Sirivijaya.

Sudut MaklumatPelabuhan Pembekal Pelabuhan terawal antara pelbagai jenis pelabuhan. Peranannya : Membekalkan bahan logam tempatan seperti - timah dan emas - bekalan makanan kepada pedagang yang singgah untuk mendapatkannya. Pelabuhan yang pada asalnya merupakan pelabuhan pembekal. Menjadi pelabuhan kerajaan apabila petempatan tersebut berkembang menjadi sebuah nageri.

Pelabuhan Kerajaan

Pelabuhan Entrepot Berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya. Membeli barangan daripada pedagang antarabangsa dan mengedarkan kepada pedagang yang datang drpd pelabuhan sekitarnys & kawasan takluknya.

Lingua Franca Bahasa yang dituturkan secara meluas. Digunakan dalam pelbagai urusan. Pada tahap awal di Asia Tenggara, bahasa Melayu dituturkan dalam urusan perdagangan Perkembangannya juga dapat dilihat pada batu bersurat di Sirivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masihi menggunakan bahasa melayu

Perkembangan kerajaan maritim didorong oleh semangat masyarakat untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat di luar kawasannya. Mereka mampu belayar untuk berdagang ke kawasan yang jauh. Sebabnya : mempunyai kemahiran membuat perahu & kapal layar. Perahu dibina untuk perdagangan jarak dekat Kapal Layar dibina untuk perdagangan jarak jauh. Mereka juga tahu kaedah untuk menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit.

Kerajaan Sirivijaya Dari abad ke-7 hingga ke-13 Masihi, Srivijaya merupakan kerajaan maritim terulung di Asi Tenggara. Memiliki bala tentera laut yang besar Dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat termasuk orang laut. Tentera laut : mengawal perdagangan di selat melaka. mengawal keselamatan kerajaan. Pelabuhan yang baik. Kedudukan yang strategik di selat melaka. Menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India dan China.

Ciri-ciri

Terdapat hasil dan barangan untuk perdagangan antarabangsa yang dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya dan wilayah Menurut catatan Itakluknya. Tsing pada tahun 671M., pelabuhan Sirivijaya dikenal kerana mampu menghasilkan kapal Kuasa maritim utama si Asia Tenggara.

Peranannya

besar.

Kedah Tua (Chieh-cha / Kataha) Terletak di Lembah Bujang. Berkembang antara abad ke-5 hingga ke-13 Masihi. Kemunculannya berkaitan dengan kerajaan Sirivijaya. Sirivijaya dan Kedah Tua pernah disebut secara bersamaan dengan name Shih-li-fo-shi / Kataha pada zaman kebangkitan Kedah Tua. Kerajaan ini menjadi pelabuhan entrepot sejak abad ke-5 Masihi lagi. Kerajaan Sirivijaya yang muncul pada abad ke-7 Masihi turut mempengaruhi peranan Kedah Tua sehingga abad ke-13 Masihi. Kerajaan Kedah Tua terletak si Sungai Mas dari abad ke-5 hingga ke-11 Masihi Sebelum beralih ke lembah bujang dari abad ke-11 hingga ke-13 Masihi

Pada abad ke-5 hingga ke-10 Masihi, penduduknya menganut agama Buddha. Selepas abad ke-11 masihi, mereka menganuti agama Hindu Buktinya : Tinggalan candi berunser Buddha dan Hindu serta arca Hindu-Buddha. Di utara kerajaan Kedah Tua ialah kerajaan Kalah yang terletak di Sungai Takuapa. Merupakan pelabuhan dan kerajaan yang tertua di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Buktinya : - Berperanan sebagai pelabuhan entrepot sebelum Melaka. - Jumpaan tembikar China Zaman Dinasti Tang (abad ke7 Masihi) - Zaman Dinasti Song (abad ke-10 masihi) - Zaman Dinasti Yuan (abad ke-10 hingga abad ke-13 masihi) - Jumpaan pelita tembaga & tembikar dari Timur Tengah (abad ke-9 & ke-10 Masihi. - Pelbagai jenis manik serupa barang dagangan dari

Perkembangan pelabuhan Kedah Tua turut dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti : Gunung jerai menjadi panduan kapal pedagang yang keluar masuk terutama pada waktu malam melalui nyalaan api. Kedudukan yang strategik si laluan Selat Melaka Terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya & timur laut. Adanya kemudahna menyimpan barangan dagangan dan kekayaan hasil hutan & sumber bumi.

Kebergantungan Kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim Kedua-dua kerajaan ini saling bergantungan. Contohnya : - Kerajaan agraria seperti Sailendra di Jawa Tengah mempunyai penduduk yang ramai. - membekalkan tenaga kerja yang mencukupi - mempunyai sistem pertanian yang baik sehingga dapat menghasilkan sumber makanan utama iaitu beras. - dapat membekalkan beras kepada kerajaan maritim yang lain. Beras menjadi barangan dagangan utama. Kerajaan agraria bergantung pada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan mewah dari luar seperti China dan India. Sebagai tukarannya, kerajaan agraria telah membekalkan keperluan makanan & hasil hutan kepada kerajaan maritim.

Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal Sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha, masyarakat Asia Tenggara mengamalkan kepercayaan animisme Mulai abad ke 3, wujud hubungan antara India dan Asia Tenggara Akibatnya menerima dan mengamalkan kebudayaan India spt sistem kepercayaan dan agama, sistem pemerintahan beraja, kesenian dan kesusasteraan yang berkekalan sehingga kini Cthnya agama Buddha masih diamalkan di Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam

Cara-cara Kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha Golongan Ksyatria Golongan tentera atau Ksyatria yang menyebarkan agama Hindu semasa membentuk tanah jajahan di Asia Tenggara.

Golongan Vaisya Golongan pedagang atau Vaisya membawa agama Hindu semasa datang berdagang di Asia Tenggara.

Golongan Brahmin Golongan pendeta atau Brahmin datang ke Asia Tenggara dan mengajar agama Hindu di kalangan penduduk Asia Tenggara.

Perdagangan Perdagangan dua hala wujud apabila pedagang India datang ke Asia Tenggara untuk dapatkan bekalan emas apabila Maharaja Vespian dari Rom hentikan penjualan emas kepada India kerana kekurangan bekalan.

SUDUT MAKLUMAT Bukti kemasukan pengaruh kebudayaan dari India Kemasukan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara juga dapat dilihat berdasarkan peninggalan data arkeologi seperti candi di Lembah Bujang yang menunjukkan ciri Hindu dan Buddha, candi di Srivijaya yang menunjukkan ciri Buddha, candi di Angkor yang menunjukkan ciri Hindu dan Buddha. Perkembangan agama Buddha di Srivijaya juga didukung dengan data catatan I-Tsing pada tahun 671 M. yang menyatakan di Srivijaya terdapat sekitar 1000 bhiksu yang mempelajari agama Buddha dan nahu Sanskrit sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke Nalanda. Bahkan Atisa, guru agama Buddha dari Tibet, pernah belajar di Srivijaya selama 12 tahun.

Percampuran unsur tempatan dengan unsur daripada India Jika dilihat hasil daripada seni agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara jelas menunjukkan terdapat campuran antara ciri luar dengan ciri tempatan atau merupakan adunan ciri tempatan dengan pengaruh India. Antara contohnya termasuklah Candi Borobudur dan Candi Prambanan di Indonesia, Candi Angkor Wat di Kemboja, candi di Lembah Bujang, Kedah dan candi Padang Lawas dan Muara Takas di Sumatera.

SUDUT MAKLUMAT Maharaja Vespian (ROM) Maharaja Vespian merupakan maharaja Rom dan juga pengasas kepada Dinasti Flavian. Pemerintahan zaman Vespian bermula dari tahun 69 79 M.. Selepas kematiannya, beliau diganti oleh dua orang anaknya, iaitu Titus dan Domitian.

Derhaka Derhaka ialah konsep yang digunakan dalam menjelaskan hubungan antara raja dengan rakyat, iaitu rakyat mesti taat dan tidak boleh menentang raja.

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan Dewa-raja Raja dianggap sebagai bayangan tuhan di bumi yang turut memiliki kuasa sakti.

Gelaran Gelaran raja mula digunakan selepas kedatangan pengaruh agama Hindu-Buddha.

Kedudukan Raja Raja mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan.

Kuasa Mutlak Raja mempunyai kuasa mutlak dalam segala hal pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan, dan khazanah negara.

Undang-Undang Semua perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan.

Derhaka Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja kerana percaya raja adalah bayangan tuhan di bumi.

Pertabalan Upacara pertabalan diadakan mengikut adat agama Hindu oleh golongan Brahmin untuk membezakan raja dengan golongan yang diperintah.

Orde Kosmos Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta dengan mendirikan kompleks kota yang melambangkan alam semesta.

SUDUT MAKLUMAT Orde kosmos Negara dianggap sebagai suatu alam semesta. Sehubungan itu raja dan ibu kotanya ialah pusat alam dan pusat pemerintahan. Raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan negara dan rakyat selaras dengan Dharma.

Mengangkat Sumpah di Srivijaya Dalam upacara angkat sumpah, datu akan meminum air yang disiram pada batu bersurat itu. Air dikumpulkan di bahagian bawah batu bersurat tersebut supaya dapat diminum. Tujuannya adalah untuk menetapkan pembesar agar memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja. Upacara ini diketuai oleh Brahmin dan disertai doa yang akan menimpakan bencana kepada sesiapa sahaja yang mengkhianati persetujuan atau sumpah tersebut.

Sistem Pentadbiran di Angkor Dalam kerajaan Angkor, raja dianggap sbg dewa raja Berada di puncak sistem pemerintahan Di bantu oleh golongan pembesar Cthnya di setiap daerah ada pembesar daerah atau gabenor Golongan Brahmin penting dalam upacara keagamaan Raja dibantu juga oleh pegawai tentera dan hakim

Sistem Pentadbiran di Srivijaya Dalam pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra. Seorang daripada 3 orang anak raja boleh menjadi raja kecuali raja putra kerana dia merupakan anak gundik. Di bawah anak raja terdapat senapati, ketua pentadbiran pusat. Daerah ditadbir oleh golongan datu yang dilantik oleh raja iaitu parvanda (keturunan raja) & bhupati (orang kaya). Wujud amalan berhubung dengan taat setia dan setiap orang yang dilantik menjadi datu hendaklah mengikut upacara angkat sumpah yang dilaksanakan di sebuah tempat suci bernama Telaga Batu di Palembang.

SUDUT MAKLUMAT Telaga Batu Telaga Batu adalah antara tempat suci di Palembang. Di situ terdapat sebuah perigi tua. Pada tahun 1979, dijumpai di situ, arca agama Buddha daripada tanah liat dan inskripsi.

Inskripsi Srivijaya Batu bersurat utama yang ditemui di Srivijaya kesemuanya berjumlah tujuh buah, antaranya :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Batu Batu Batu Batu Batu Batu Batu Bersurat Bersurat Bersurat Bersurat Bersurat Bersurat Bersurat Kedukan Bukit 604 Saka (682 M.) Talang Tuwo 606 Saka (684 M.) Kota Kapur 608 Saka (686 M.) Telaga Batu Karang Berahi Palas Pasemah Bawang

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan Kesusasteraan Monumen Binaan atau bangunan buatan batu untuk memperingati orang ternama atau perisitwa penting Berupa candi, kuil, wat, stupa, acra dan patung

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan KesusasteraanKEPENTINGAN CANDI

Ibadat Menjadi rumah ibadat bagi agama Hindu dan Buddha.

Memperingati Untuk memperingati orang ternama seperti raja dan peristiwa penting.

Abu Jenazah Raja Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya.

Patung Utama Tempat menyimpan patung dewa utama.

Lambang Keagungan Menjadi lambang keagungan seseorang raja berdasarkan kehebatan seni bina seperti Angkor Wat oleh Raja Suryavarnam II.

Angkor Wat di Kemboja Terletak enam km ke utara Siem Reap Tingginya 213 meter dan keluasannya 208 hektar Tempat pemujaan pada bahagian tengah setinggi 39 meter dengan teres bertingkat empat. Setiap sudut ada menara Bahagian luarnya ada tembok yang dibina daripada batu laterit dan batu pasir. Dindingnya ada ukiran epik Ramayana dan Mahabharata.

Candi Borobudur Dibina di Jawa Tengah untuk agama Buddha Mahayana. Ia terbahagi kepada 3 tingkat yang melambangkan 3 peringkat kehidupan iaitu sila, samadhi dan panna. Di tingkat pertama ada ukiran mengenai kehidupan Gautama Buddha. Dibina dalam masa 75 tahun

Candi di Lembah Bujang Dijumpai James Low 1840an Semua candinya bersaiz kecil dan dijumpai tapaknya sahaja. Candi Hindu terbahagi kepada 2 iaitu vimana, bahagian suci yang diletakkan patung utama dan mandapa, bahagian luar.

SUDUT MAKLUMAT Monumen dan Akta di Malaysia Monumen di Malaysia yang berumur lebih daripada 100 tahun terletak di bawah Akta Benda Purba 1979. Mana-mana monumen yang didaftar di bawah Akta Benda Purba tidak boleh diganggu tanpa kebenarnya daripada pegawai yang diberi kuasa oleh kerajaan yang bertanggungjawab terhadap benda purba, iaitu ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia. Pembuatan monumen keagamaan dan seni arca keagamaan India adalah berasaskan kitab Silpasastera sebagai rujukan dan peraturan untuk membuatnya.

Gaya Patung Gaya patung agama yang terdapat di Asia Tenggara melambangkan salah satu pengaruh, sama ada Amaravati, Gupta, Pallava, dan Cola merupakan tahap utama dalam perkembangan seni agama di India. Pengaruh setiap tahap itu muncul dalam seni agama Asia Tenggara.

SUDUT MAKLUMAT Lembah Bujang Keluasannya sekitar 400 kilometer persegi. Kawasannya meliputi kawasan tanah tinggi seperti Gunung Jerai, Bukit Choras, dan Bukit Batu Pahat. Lembah Bujang kaya dengan hasil pertanian dan bijih timah. Nama Lembah Bujang berasal daripada Bhujangga yang bermaksud ular atau cobra dan perkataan Phujangga yang bermaksud cerdik pandai. Lembah ini diairi oleh dua sungai utama, iaitu Sungai Merbok dan Sungai Muda. Oleh sebab Lembah Bujang banyak mewariskan tinggalan seperti tembikar tanahm tembikar China, barangan kaca, manik, patung agama Hindu dan Buddha, serta pelbagai jenis bahan binaan dan struktur binaan, Jabatan Muzium dan Antikuiti telah membina sebuah muzium yang terletak di Bukit Batu Pahat di Merbok dan dikenali sebagai Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Muzium tersebut telah dibuka pada tahun 1980.

SUDUT MAKLUMAT

Candi di Lembah BujangCandi di Lembah Bujang dinamai berdasarkan sistem penomboran dan juga nama tempat candi itu ditemui. Ini dapat dilihat pada contoh sembilan buah candi di Lembah Bujang yang telah dapat dibina kembali struktur lantainya.1. 2. 3. 4. 5. 6. Estet Sungai Batu : Candi Tapak 11/3 dan tapak 5 Candi Tapak 8 Candi Tapak 16 Candi Tapak 17 Candi Tapak 31 Candi Tapak 19, 21 dan 22

Bukit Batu Pahat : Kampung Pendiat : Bukit Pendiat : Permatang Pasir : Pangkalan Bujang :

Pengaruh Bahasa Sanskrit Keturunan Raja Batu Bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja.

Amaran Raja Inskripsi di Palembang pula berkaitan dengan amaran raja kepada rakyat supaya tidak menderhaka.

Bidang Intelek Meningkatkan pencapaian intelek masyarakat kerana batubatu bersurat mempunyai maklumat tentang undang-undang dan pemerintahan raja.

Kemahiran Membuktikan masyarakat tempatan mempunyai kemahiran yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu bersurat.

Dalam Bahasa Melayu Ia mengalami perubahan dalam bahasa Melayu seperti dukkha duka ; manusia manusia ; dan dorhaka derhaka.

Ilmu & Komunikasi Ia juga berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara.

Kesusasteraan Kesusasteraan India seperti Ramayana dan Mahabharata serta Puranas menyumbang kepada unsur mitos dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara. Cthnya dalam puisi dan prosa Jawa spt Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarna

Hikayat Mahabharata diadun dengan unsur tempatan menjadi Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Samba manakala Ramayana menjadi Hikayat Seri Rama.