sejarah bab 12

21
PEMBINAAN NEGARA BANGSA Pembangunan Sosial Bahasa Kebangsaan - Kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam perkara 152. - Di bawah peruntukan ini, bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu yang mengikut peruntukan mesti digunakan untuk maksud – maksud rasmi dan dalam bentuk tulisan yang di tetapkan oleh undang – undang persekutuan - Langkah member taraf bahasa kebangsaan kepada bahasa melayu telah member pelbagai kesan. - Antara kesannya ialah bahasa melayu secara otomatis menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi - Selain itu ia juga dapat menyatukan rakyat berbilang kaum melalui penggunaan satu bahasa yang sama - Pada tahun 1967, Akta Bahasa Kebangsaan telah digubal dan ini menyebabkan bahasa melayu menjadi bahasa rasmi yang tunggal. Pada tahun 1969, bahasa melayu diubah menjadi Bahasa Malaysia - Mulai tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah – sekolah rendah aliran Inggeris mula di tukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat – peringkat - Pada ini juga, Universiti Kebangsaan Malaysia di wujudkan menunjukkan bahasa melayu mampu menjadi bahasa ilmu - Dasar Kebudayaan Kebangsaan - Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah untuk mengukuhkan perpaduaan melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan serta memperkaya danm eningkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian supaya seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

Upload: shahrouq-asmeer-khan

Post on 20-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

stpm

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Bab 12

PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Pembangunan Sosial

Bahasa Kebangsaan

- Kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam perkara 152.

- Di bawah peruntukan ini, bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu yang mengikut peruntukan mesti digunakan untuk maksud – maksud rasmi dan dalam bentuk tulisan yang di tetapkan oleh undang – undang persekutuan

- Langkah member taraf bahasa kebangsaan kepada bahasa melayu telah member pelbagai kesan.

- Antara kesannya ialah bahasa melayu secara otomatis menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi

- Selain itu ia juga dapat menyatukan rakyat berbilang kaum melalui penggunaan satu bahasa yang sama

- Pada tahun 1967, Akta Bahasa Kebangsaan telah digubal dan ini menyebabkan bahasa melayu menjadi bahasa rasmi yang tunggal. Pada tahun 1969, bahasa melayu diubah menjadi Bahasa Malaysia

- Mulai tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah – sekolah rendah aliran Inggeris mula di tukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat – peringkat

- Pada ini juga, Universiti Kebangsaan Malaysia di wujudkan menunjukkan bahasa melayu mampu menjadi bahasa ilmu

-

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

- Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah untuk mengukuhkan perpaduaan melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan serta memperkaya danm eningkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian supaya seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

- Dasar Kebudayaan Kebangsaan di gubal dengan mengambil kira latar belakang sejarah serantau dan kedudukan Malaysia sebagai pusat tamadun, pusat pertemuan dan perdagangan sejak dari dahulu.

- DKB berdasarkan tiga prinsip iaitu :-1. Berteraskan kebudayaan rakyat Negara asal2. Penduduk di rantau ini berasal daripada keturunan yang sama3. Islam menjadi unsure penting dalam pembentukan kebudayaan

kebangsaan seiring kedudukan Islam.

Page 2: Sejarah Bab 12

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan serta memperkaya dan meningkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian.

Digubal dengan mengambil kira latar belakang sejarah serantau dan kedudukan Malaysia.

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dianggap penting untuk Negara yang penduduknya berbilang kaum seperti Malaysia dan dibentuk berlandaskan tiga perinsip berikut, iaitu :

o Berteraskan kebudayaan rakyat asal.

o Penduduk di rantau ini berasaldaripada keturunan yang sama.

o Islam menjadi unsure penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan seiring kedudukan Islam.

RUKUN NEGARA

Ideologi Rukun Negara ini digubal sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyatukan rakyatdan membimbing mereka kearah perpaduan.

Dihasilkan melalui penyatuan idea dan pemikiran pelbagai kaum yang peka terhadap keperluan untuk mewujudkan sebuah negara.

Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sebagaisatu susunan prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan.

Objektif Rukun Negara

Mewujudkan perpaduan yang lebih erat dalam masyarakat.

Memelihara cara hidup yang demokratik.

Mencipta satu masyarakat yang adil.

Membentuk satu sikap yang liberal.

Membina sebuah masyarakat progresif.

Kelima-lima objektif di atas terkandung dalam lima perinsip Rukun Negara.

o Ini membantu usaha kearah melahirkan perpaduan yang kukuh.

Page 3: Sejarah Bab 12

Perinsip-perinsipRukun Negara

Kepercayaan Kepada Tuhan

Agama merupakan ciri penting dalam kehidupan bermasyarakat kerana tanpa agama, keperibadian individu, bangsa, dan Negara sukar dibentuk.

Walaupun Islam ditetapkan sebagai agama rasmi bagi Persekutuan, tetapi agama lain masih boleh diamalkan dengan bebas.

Ini membuktikan bahawa Malaysia menghormati kebebasan beragama dan menolak sebarang pegangan yang tidak mempercayai tentang kewujudanTuhan.

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan sistem beraja dengan YDPA menjadiketua Negara dan juga sebagai raja berperlembagaan.

Setiap warganegara hendaklah member sepenuhnya taat setia kepada YDPA.

Keluhuran Perlembagaan

Adalah undang-undang tertinggi negara yang berperanan untuk member perlindungan, hak dan keistimewaan kepada setiap orang yang menjadi warganegara.

Kedaulatan Undang-Undang

Malaysia berpegang kepada prinsip keadilan yang berasaskan kedaulatan undang-undang.

Kesopanan dan Kesusilaan

Setiap orang dan kumpulan dalam masyarakat dikehendaki bertindak dan berkelakuan secara bersopan dan bertatasusila.

12.2 PEMBANGUNAN EKONOMI

Dasar Pembangunan Luar Bandar

Kerajaan mula memandang serius akan hal ini sejak 1950-an. Hasilnya, pelbagai kemudahan infrastruktur yang telah kawasan luar bandar nikmati kini.

Kesannya, menunjukkan penurunan kadar kemiskinan dari 58.7% kepada 19.3% dari 1970 hingga 1990.

Page 4: Sejarah Bab 12

Kerajaan tetap meneruskan usaha dalam membangunkan luar bandar kerana tiada pihak lain seperti sektor swasta yang ingin membangunkannya kerana usaha tersebut langsung tidak membawa keuntungan kepada mereka.

Halacara Baru Pembangunan Kampung dan Luar Bandar merupakan salah satu usaha yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-4 Malaysia dan para pegawai tinggi kerajaan dalam usaha membangunkan luar bandar pada 10 April 1984.

Objektif Peningkatan taraf hidup melalui pembasmian kemiskinan serta dapat

meninggikan pendapatan para petani dan penduduk desa. Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui penggunaan teknik-

teknik baharu, dan teknologi moden. Contohnya, penanaman padi 2 kali setahun, penanaman di luar musim, dan kemudahan parit dan tali air.

Menggalakkan petani menukar lapangan kegiatan sektor yang rendah kepada sektor yang pengeluaran yang menguntungkan. Contoh, projek perikanan dan pertanian moden, perusahaan dan perkhidmatan moden, serta mendapatkan bimbingan dan latihan.

Membaiki taraf hidup penduduk di luar bandar. Contoh, projek perumahan awam, kemudahan pengangkutan yang lebih murah, perkhidmatan kesihatan, serta peluang mendapatkan pelajaran.

Program-program Luar Bandar

Pembangunan Industri Kecil , program khas kerjasama kerajaan dengan Bank Dunia, diperkenalkan sejak penubuhan Lembaga Kemajuan Perusahaan Luar Bandar (RIDA).

RIDA ditugaskan merancang ekonomi penduduk di luar bandar. Matlamatnya ialah membangunkan penduduk di luar bandar melalui pembangunan ekonomi, sosial, dan infrastruktur.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP), ditubuhkan pada 1956. Antara tugasnya ialah membuka tanah baharu untuk penempatan semula, menambah pengeluaran pertanian, dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar badar.

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar ditubuhkan pada 1959 untuk menyelarasdan menjayakan pembangunan luar bandar. LkKTP dan MARA berada di bawah tanggungjawab kementerian ini.

Rancangan Malaya Kedua (1961-1965), banyak menyediakan kemudahan asas dan menggalakkan kepelbagaian ekonomi. Antara matlamatnya:

i. Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup.ii. Mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk luar bandar.

iii. Mempelbagaikan kemudahan asas.iv. Mempelbagaikan pertanian dengan menekankan pertanian lain.

Page 5: Sejarah Bab 12

RM Pertama (1965-1970), bertujuan mengadakan rancangan pembukaan tanah secara besar-besaran dan menyediakan kemudahan infrastruktur secukupnya. Sebanyak RM4 500 juta diperuntukkan demi melaksanakan rancangan ini.

Beberapa pertubuhan seperti Pertubuhan Peladang, Koperasi Luar Bandar, dan Bank Pertanian Malaysia ditubuhkan bagi membantu petani yang ditindas orang tengan dengan menyediakan bantuan kredit luar bandar.

Antara agensi di bawah RM Pertama ialah Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) yang ditugaskan membantu FELDA, serta Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) yang bertangungjawab menjalankan penyelidikan dan pengeluaran hasil-hasil tanaman, kecuali getah.

RMK-2 (1971-1975), berusaha memodenkan kehidupan penduduk di luar bandar dengan mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi. Menubuhkan agensi pembangunan wilayah seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA).

Antara agensi meningkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar ialah Lembaga Padi dan Beras Negar (LPN), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebub-pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

RMK-3 (1976-1980), mula memberi tumpuan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport. Ia bertujuan untuk meninggikan pendapatan dan daya pengeluaran.

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar menubuhkan Bahagian Industri Kampung (BIK) pada 1982 untuk mempergiat program-program industri di luar bandar.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dijalankan untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga serta memberi rawatan kepada ibu dan anak. Lebih 1.4 juta wanita di peringkat umur kesuburan telah mendapat faedah di klinik LPPKN di seluruh negara.

Dasar Ekomomi Baru

Penjajahan British menyebabkan ekonomi negara suatu ketika dahulu mewarisi struktur ekonomi yang disebut sebagai ekonomi dualisme, ekonomi yang bersifat moden dan pesat membangun di kawasan bandar sahaja, manakala ekonomi bersifat tradisional berpusat di kawasan luar bandar.

Kesan yang ketara akibat daripada dasar yang dijalankan ini menyebabkan berlakunya jurang perbezaan ekonomi antara kaum. Kaum Melayu lebih tertumpu di kawasan kampung menjalankan kegiatan pertanian dan perikanan, kaum India pula bekerja buruh kasar dan pekerja di ladang. Manakala, kaum Cina menjadi pelombong bijih timah dan peniaga di kawasan bandar.

Corak penglibatan kaum yang berbeza menyebabkan hubungan antara kaum menjadi semakin renggang dan agak terbatas.

Page 6: Sejarah Bab 12

Keadaan sebegini berterusan walaupun selepas kemerdekaan dan diburukkan lagi dengan peristiwa berdarah yang berlaku kerana rusuhan kaum iaitu pada 13 Mei 1969.

Objektif Dilaksanakan bagi memperbaiki keadaan sosioekonomi yang tidak seimbang

antara kaum. Dilaksanakan dari tahun 1970-1990 untuk memenuhi dua objektif utama:

i. Mengurangkan dan seterusnya menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum.

ii. Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia supaya dapat menghapuskan pengenalan kaum melalui fungsi-fungsi ekonomi.

Pelbagai program yang dilaksanakan demi menyeluruhkan penglibatan kaum bumiputera dalam semua jenis dan peringkat pekerjaan serta dalam semua segi ekonomi.

DEB juga ingin memperbaiki ketidakseimbangan antara kaum dari segi corak gunatenaga, pendapatan relatif, perkongsian pemilikan, serta kawalan kekayaan negara.

DEB termasuk di dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP), iaitu dengan mengambil tempoh merangkumi 20 tahun pelaksanaan.

Antara langkah yang diambil meningkatkan paras pendapatan, menambahkan peluang pekerjaan, mewujudkan masyarakat usahawan bumiputera, dan mempercepatkan serta mengimbangi pertumbuhan kegiatan perbandaran.

Ia dilaksanakan melalui dasar yang ingin memodenkan kehidupan, mengutamakan pendidikan dan latihan, mempergiatkan proses perbandaran, dan mewujudkan ekonomi seimbanga antara kawasan.

Dasar Pembangunan Nasional

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamadpada17 Jun 1991.

Pelaksanaan DPN penting dalam konteks pembangunan di Malaysia kerana dasar ini digubal untuk menggantikan DEB yang tempohnya berakhir pada tahun 1990.

Objektif

DPN masih menjadikan perpaduan negara sebagai matlamat akhir dasar itu kerana masyarakat yang bersatu dilihat penting untuk mengukuhkan lagi kestabilan social dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.

DPN mengekalkan strategi atas DEB untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat sebagai usaha memperbaik ketidakseimbangan social dan ekonomi antara kaum yang dilihat dapat mengukuhkan lagi perpaduan negara.

DPN bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang dan merangkumi aspek-aspek berikut:

Keseimbangan di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan

Page 7: Sejarah Bab 12

Pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saing melengkapi antara sektor bagi memaksimakan pertubuhan.

Mengurangkan ketidaksamaan social dan ekonomi negara sebagai langkah untuk menggalakkan perkongsian yang lebih adil dan saksama dalam kalangan semua rakyat.

Perubahan pendekatan telah dilakukan menerusi beberapa dimensi baharu dalam pembangunan ,terutamanya usaha untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Antara dimensi baharu itu ialah:

Menekankan usaha menghapuskan kemiskinan dalam kalangan golongan miskin tegar,disamping mengurangkan kemiskinan relatif

Membangunkan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera untuk meluaskan penyertaan mereka dalam kegiatan ekonomi

Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam penyusunan semula masyarakat.

Program Pelaksanaan

DPN mengamalkan pendekatan terpilih untuk memastikan pencapaian hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dasar ini menekankan bidang pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan.

DPN memberi perhatian dalam meningkatkan kemasukan pelabur dan pengusaha dari luar untuk meluaskan urusan meraka di Malaysia.

DPN menekankan dasar yang liberal untuk menggalakkan sektor swasta bersedia menghadapi risiko yang berkaitan.

DPN dilaksanakan dengan berlandaskan dua strategi utama,iaitu: Menggalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan potensi

kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi yang teguh Meningkatkan ketahanan negara untuk mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan

ekonomi dunia. DPN menyediakan latihan untuk golongan belia di luar bandar. Dasar ini menyediakan beberapa kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan, dan

kemudahan awam. DPN meneruskan usaha untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi

ekonomi dan menyusun semula hak milik untuk meningkatkan taraf social dan ekonomi bumiputera. Antara usaha yang dilakukan ialah menyediakan latihan dalam pengurusan harta dan etika perniagaan untuk menjadikan usahawan bumiputera lebih berdaya saing.

DPN menggunakan program penswastaan sebagai cara untuk meluaskan penyertaan kaum bumiputera dalam sektor swasta dan menyusun semula modal saham.

Dasar Perindustrian Negara

Latar Belakang

Pada tahun 1950-an dan 1960-an, program perindustrian di Malaysia dilaksanakan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang ketika itu terlalu bergantung kepada getah dan bijih timah. Dasar perindustrian ketika itu lebih tertumpu pada industry bercorak gantian import.

Mulai tahun 1980-an, program perindustrian negara mula beralih kepada industry berat bertujuan untuk mengukuhkan asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat dalam bidang teknologi yang lebih tinggi.

Page 8: Sejarah Bab 12

Eksport barangan pembuatan Malaysia terlalu bergantung pada industry tertentu sahaja seperti elektrik dan elektronik serta tekstil. Mutu keluaran juga tidak begitu memuaskan dan tidak dapat bersaing dengan keluaran negara asing.

Sektor perindustrian terus memainkan peranan utama dalam pembangunan negara, matlamat jangka panjang yang disokong dengan dasar dan strategi pembangunan yang baharu perlu diwujudkan.

Dua buah kajian telah dijalankan pada tahun 1983, iaitu Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk Perindustrian(PIP). KDPM bertujuan untuk menyemak dan mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang sedia ada serta mengkaji semula galakan pelaburan dan dasar peningkatan eksport.

PIP ditujukan untuk menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenalpasti strategi untuk sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh dengan pesat.

RASIONAL DAN OBJEKTIF

Kemelesetan ekonomi Negara pada tahun 1985-1986 memperlihatkan kelemahan dalam struktur industri negara.

Sektor pembuatan boleh memainkan peranan lebih dinamik dalam perkembangan ekonomi, terutamanya dalam penambahan eksport, penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan, latihan teknikal, dan kemahiran.

Objektif Pelan Induk Perindustrian yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada 3 Februari 1986 telah menggariskan tiga matlamat berikut, iaitu:

Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan perindustrian negara.

Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara. Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan teknologi tempatan sebagai asas

bagi Malaysia menjadi sebuah Negara perindustrian. PIP telah mengenalpasti 12 sektor industry untuk diberi penekanan berasaskan potensi untuk

mencapai matlamat meluaskan asas industri Negara,iaitu: Tujuh sektor dalam industri berasaskan sumber tempatan, iaitu industry berasaskan

getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus, dan keluaran galian bukan logam.

Lima sektor dalam industri bukan berasaskan sumber, iaitu elektrik dan elektronik, mesin dan kejuruteraan, peralatan pengangkutan, logam ferus serta tekstil dan pakaian.

PIP mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil, iaitu: Melaksanakan dasar perindustrian yang berorientasi keluar dengan member tumpuan

kepada pengeksportan keluaran perkilangan secara besar-besaran. Memajukan secara intensif industry berasaskan sumber untuk tujuan eksport dan

mempelbagai industri-industri bukan berasaskan sumber untuk eksport. Memajukan industry berat terpilih untuk menyokong industry eksport bagi

memastikan kejayaannya kerana melibatkan pelaburan yang banyak.

Dasar Pertanian Negara

Page 9: Sejarah Bab 12

Dasar Pertanian Negara (DPN) telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Musa Hitam selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Pertanian Negara.

DPN bertujuan untuk member garis panduan bagi membantu kerajaan dan sector swasta dalam menggiatkan lagi sektor pertanian meliputi sektor kecil tanaman, ternakan, perikanan, serta perhutanan dan ekonomi Negara secara keseluruhan.

Sumber Negara telah digunakan untuk membangunkan sector pertanian dengan menyediakan infrastruktur dan meluaskan khidmat sokongan pertanian.

OBJEKTIF

DPN disusun sebagai garis panduan pembangunan pertanian untuk meningkatkan pendapatan daripada sumber pertanian melalui penggunaan sumber-sumber Negara dengan lebih cekap dan mempergiatkan semula sektor tersebut secara keseluruhan.

DPN digubal untuk menggariskan pendekatan bersepadu yang tidak berasaskan sesuatu komoditi tertentu serta memastikan persaingan dalam penggunaan sumber-sumber tanah dan buruh.

DPN bermatlamat untuk memaksimakan pendapatan para pengusaha atau pekebun kecil melalui peningkatan daya pengeluaran supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan taraf hidup keluarga boleh diperbaik.

DPN bertujuan untuk memaju dan meningkatkan hasil serta mutu komoditi yang mempunyai potensi besar untuk dieksport atau dijadikan bahan gantian import serta komoditi terpilih untuk bahan makanan dan perindustrian.

STRATEGI PELAKSANAAN

Antara strategi itu termasuklah pembukaan tanah baharu, pembangunan institusi, perkhidmatan sokongan pertanian serta pembangunan social dan institusi.

Pembukaan tanah baharu bertujuan untuk menyediakan peluang pekerjaan, membolehkan penubuhan unit kebun yang lebih ekonomi, mewujudkan amalan pertanian yang lebih cekap, dan mengimbangkan taburan penduduk.

Pembangunan institusi ialah rancangan untuk menambahkan daya pengeluaran pertanian dengan memperbaik kemudahan infrastruktur, program penanaman semula, menyelesaikan masalah saiz tanah yang tidak ekonomi, tanaman yang kurang menguntungkan, dan tahap produktiviti yang rendah.

Program-program pemulihan kawasan tertentu seperti Pembangunan Pertanian Bersepadu di bawah Kementerian Pertanian atau melalui projek khas seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), dan perbadanan-perbadanan pembangunan wilayah.

Perkhidmatan sokongan pertanian adalah berkaitan dengan penyelidikan gunaan dalam bidang pembangunan bahan komoditi dan kejenteraan bagi menambahkan hasil dan mutu pengeluaran.

Penyelidikan pertanian terus dipertingkatkan bagi komoditi eksport menerusi institusi seperti Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) dan Institut Penyelidikan

Page 10: Sejarah Bab 12

Getah Malaysia (RRI) dan juga komoditi makanan melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Pembangunan sosial dan intstitusi pula melibatkan usaha memupuk semangat berdikari, bantu-membantu antara sesama petani ,dan meningkatkan khidmat sosial di desa untuk memikat hati meraka agar terus menetap di sana. Program ini bertujuan untuk member khidmat latihan dan bimbingan melaui institusi pertanian yang sedia ada.

Dasar Pertanian Negara, satu jentera penyelaras sector awam dan swasta telah ditubuhkan yang bertindak dalam menyelaraskan kegiatan pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan dengan bidang pertanian secara bersepadu.

12.3 Sumbangan Tokoh.

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTERA AL-HAJ

LATAR BELAKANG

Dilahirkan pada 8 februari 1903 di Alor Setar, Kedah. Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan

Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah

gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand

Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar

sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School).

Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School.

Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge

Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930

Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931,

Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya.

Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah.

KERJAYA POLITIK

Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star.

Page 11: Sejarah Bab 12

Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.

Tunku telah meyertai UMNO dan beliau dipilih menjadi ketua UMNO negeri kedah.

Pada 26 ogos 1951, Tunku dipilih menjadi presiden UMNO. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun. Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk

memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya.

Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan.

Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.

Pada bulan Mei 1961, Tunku mencadangkan gagasan Malaysia yang meliputi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara dan brunei.

Kesemua wilayah ini bersetuju untuk bergabung kecuali Brunei. Pada 9 ogos 1965 Singapura berpisah daripada Malaysia. Pada 22 september 1970 Tunku meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

SUMBANGAN

Sumbangan terbesar kepada negara ialah merintis perjuangan untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajahan secara aman.

Bertanggungjawab dalam pembentukan persekutuan Malaysia. Perdana menteri pertama yang bertindak menggubal pelbagai dasar dan rancangan

pembangunan. Tunku juga mengasaskan penubuhan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

dalam usaha memelihara warisan negara Mengilhamkan penubuhan Persatuan Asia Tenggara. Tunku juga menentang keras dasar diskriminasi kaum yang diamalkan di Afrika

selatan.

TUNKU ABDUL RAZAK BIN DATO HUSSIEN

LATAR BELAKANG

Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976.

Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang serta merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud.

Page 12: Sejarah Bab 12

Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu.

Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles,Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.

Selepas peperangan, beliau pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang.

Sewaktu menuntut di England, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya.

Abdul Razak menjadi Ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK).

beliau juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-

persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut di Malaya. Pada tahun 1950, beliau menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.

KERJAYA POLITIK

Selepas kepulangannya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik.

Beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian,

Pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.

Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Selepas pilihan raya umum 1959, beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pertahanan Menteri. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah".

Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, demokrasi berparlimen digantung. Beliau dilantik menjadi Pengarah Majlis Gerakan Negara Pada 22 September 1970, beliau mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana

Menteri Malaysia yang kedua.

SUMBANGAN

Memainkan peranan dalam menyeragamkan semua jenis sekolah di seluruh negara ke dalam satu sistem pembelajaran.

Terlibat dalam merangka Dasar Pelajaran Kebangsaan. Diberi gelaran Bapa Pembangunan kerana sumbangannya dalam pembangunan. Menyediakan asas infrastruktur untuk pembangunan di kawasan luar bandar. Menyumbang dalam meningkatkan taraf hidup penduduk di seluruh negara.

Page 13: Sejarah Bab 12

Mengetuai gerakan memerangi kegiatan gerila komunis yang berlangsung selama 9 tahun.

Berjaya membangunkan sebuah keselamatan yang kuat. Berusaha untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Menubuhkan Barisan Nasional pada tahun 1974 menggantikan Parti Perikatan.

Tun Hussein bin Dato Onn

Latar Belakang

Dilahirkan pada 12 Februari 1992 di Johor Bahru. Anak sulung daripada lapan orang adik-beradik. Pendidikan awal di Singapura dan pelajaran menengah di English College, Johor Bahru. Beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor pada tahun

1940. Setahun kemudian beliau dihantar menjalani latihan ketenteraan di Akademik Tentera di

Dehradun, India. Beliau diserap dalam Pasukan Tentera India di bawah Regimen ke-19 Hyderabad. Ketika

perang dunia tercetus beliau dihantar bertugas di Timur Tengah seperti Mesir, Syria, Palestin, Iran dan Iraq.

Beliau ditukarkan ke cawangan Perisikan. Beliau ditugaskan melatih para pejuang gerila untuk dihantar pulang ke Tanah Melayu bagi menetang Jepun.

Sekembalinya beliau ke tanah Melayu, beliau dilantik sebagai Komandan Polis Depot Johor Bahru. Beliau kemudiannya meninggalkan bidang ketenteraan dan menyertai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Segamat. Beliuan ditukarkan ke Selangor sebagai Pegawai Daerah Kelang dan Kuala Selangor.

Kerjaya Politik

Beliau meletakkan jawatan sebagai Pegawai Daerah untuk berjuang bersama-sama bapanya dalam UMNO.

1949, beliau dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama dan kemudian dilantik menjadi Setiausaha Agung UMNO. Beliau juga melantik menjadi Ahli Majlis Undangan Persekutuan dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor.

1951, beliau meninggalkan UMNO untuk menyertai bapanya yang menubuhkan sebuah parti baru, iaitu Parti Kemerdekaan Malaya. Parti itu tidak mendapat sambutan, beliau berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn dan lulus sebagai peguam bertauliah 1958. Beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai peguam dengan Firma Skrine & Co., di Kuala Lumpur.

1968, desakan daripada Tun Abdul Razak beliau menyertai semula UMNO dan bergiat aktif dalam bidang politik. 1969, beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan beliau memenangi pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Johor Bahru Timur.

1970, beliau menjadi Menteri Pelajaran. 1972, beliau dipilih menjadi salah seorang Naib Pengerusi UMNO. 13 Ogos 1973, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia bagi menggantikan Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman. 15 Januari 1976, beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak.

Sumbangan

Page 14: Sejarah Bab 12

Menyelesaikan beberapa isu mengenai pelajaraan seperti kekurangan guru, isu keciciran pelajar, penyediaan mata pelajaran Sains dan Teknologi dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan serta menjadikan bidang mata pelajaran sebagai alat perpaduan kaum dan integrasi nasional di Malaysia.

Menekankan kepentingan sains dan teknologi sebagai asas kepada pembangunan negara yang dilaksanakan melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan..

Membaiki perbezaan taraf hidup bumiputera di bandar dengan melalui penubuhan lebih banyak sekolah.

Menetapkan sistem kuota untuk membolehkan pelajar bumiputera diberi peluang memasuki universiti.

Perpaduan kaum menjadi sebahagian daripada agenda utama dalam kerjaya politik beliau. Menguruskan kewangan negara bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara berada pada

tahap yang stabil.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Latar Belakang

Dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Anak bongsu daripada sembilan orang adik-beradik kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak. Kemudiannya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sehingga ke peringkat Senior Cambridge. 1948, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya di Singapura dan lulus memperoleh ijazah Sarjana Muda Perubatan.

Selepas itu, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Kemudiannya, beliau menjadi Pegawai Perubatan di Hospital Alor Setar, 1956. Beliau ditukarkan ke langkawi untuk selama 6 bulan sebelum berhenti daripada perkhidmatan kerajaan.

1957, Dr. Mahathir membuka klinik sendiri iaitu Klinik MAHA di Jalan Tunku Ibrahim,Alor Setar. Berpindah ke Pekan Melayu, Alor Setar dan kekal sehingga kini. Beliau orang melayu pertama membuka klinik swasta di Alor Setar.

Kerjaya Politik

Memainkan peranan aktif sebagai penyokong kerajaan dengan mengemukakan pelbagai pandangan terhadap dasar-dasar kerajaan pusat di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Pilihan raya umum 1969, Dr. Mahathir kalah kepada calon pas. Akibat perbezaan pendapat dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau dipecat daripada jawatan ahli Majlis Tertinggi dan disingkirkan daripada UMNO dalam bulan Julai 1969.

Dr.Mahathir telah diterima semula menyertai UMNO pada bulan Mac 1972 dan dilantik menjadi Ahli Dewan Negara setahun kemudian. Pada bulan November 1972, beliau dilantik sebagai Pengarah dan kemudiannya Pengerusi Kumpulan FIMA, sebuah syarikat milik kerajaan yang terlibat dalam industri pemprosesan makanan.

Pilihan raya 1972, beliau menang tanpa bertanding bagi parlimen kubang pasu dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Sumbangan

Page 15: Sejarah Bab 12

Beliaun menghasilkan sebuah buku, The Malay Dilemma. Beliau mengkaji masalah kemunduran ekonomi yang dihadapi oleh orang Melayu sejak zaman penjajah. Buku itu diharamkan, tetapi Tun Abduk Razak dikatakan menggunakannya sebagai asas dalam menyusun semula ekonomi negara.

Beliau memperkenalkan skim pinjaman buku-buku teks untuk membantu para pelajar di sekolah bantuan penuh kerajaan.

Beliau mengetuai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kabinet untuk mengkaji semula pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan.

Cetusan idea dan perspektif mindanya tidak begitu difahami oleh rakyat Malaysia kerana beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan mendahului zaman.

Krisis ekonomi melanda dunia, beliau telah mengawal kegawatan ekonomi. Beliau, menyediakan asas yang kukuh kepada negara untuk bersaing di peringkat

antarabangsa dalam sektor perindustrian. Memberi sumbangan besar kepada perkembangan ekonomi islam. Beliau memperluas dan mempelbagaikan kegiatan ekonomi Malaysia.