sej stpm sem1

4
8. Huraikan kesan Revolusi Industri yang tercetus di Jerman dalam bidang politik, social, dan ekonomi. (20m) Revolusi Perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman. Ciri utama Revolusi Perindustrian tahap kedua ialah kapital kewangan mengatasi kapital industri. Antara teknologi yang digunakan dalam tahap kedua ialah berasaskan pelbagai bahan, sumber dan bentuk. Muncul industri baharu seperti elektrik, kimia dan petroleum di zaman ini. Menjelang abad ke-19, ahli kimia dan metalurgi Jerman mencipta teknologi baharu untuk menghasilkan barangan daripada arang dan besi. Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam bidang teknologi. Antara perubahan yang berlaku dalam teknologi adalah seperti tenaga elektrik digunakan untuk membekalkan caaya dan mengendalikan jentera, petroleum menggantikan arang batu untuk mengendalikan enjin dan keluli menggantikan besi sebagai galian utama. Selain daripada itu, kemajuan dalam teknologi menyebabkan berlaku perubahan dalam kaedah penciptaan. Kilang membina makmal penyelidikan dan menggunakan peralatan mahal untuk menghasilkan ciptaan baharu. Saintis yang terlatih dan berpengalaman direkrut untuk menghasilkan barangan baharu. Sebagai contoh, ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin menyebabkan pengeluaran keluli meningkat. Ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens menyebabkan syarikatnya terkenal dalam bidang kejuruteraan elektrik. Menjelang tahun 1913, Jerman muncul sebagai negara pertama menghasilkan barangan elektrik di dunia. Di samping itu, kajian tentang permintaan pasaran dijalankan bagi menghasilkan produk yang sesuai dengan kehendak pasaran. Revolusi Perindustrian menyebabkan penyelidikan dijalankan dengan giat untuk memajukan bidang perindustrian. Hasil daripada penyelidikan ini, pelbagai jenis bahan kimia dihasilkan seperti ubat-ubatan dan bahan letupan. Di samping itu, bahan kimia untuk menyuburkan tanah dan membunuh serangga perosak juga dihasilkan. Revolusi Perindustrian menyebabkan pengeluaran secara besar-besaran berlaku. Antara barangan yang dihasilkan dalam skala besar ialah jam tangan, mesin basuh, basikal dan kereta. Pengeluaran secara besar-besaran menyebabkan berlaku peningkatan dalam gaji pekerja. Peningkatan gaji membolehkan mereka mempunyai kemampuan membeli barangan yang dihasilkan secara besar-besaran. Revolusi perindustrian menyebabkan muncul persaingan dalam kalangan negara industri untuk menguasai pasaran dan bahan mentah. Persaingan ini menyebabkan negara industri melakukan penjajahan bagi

Upload: deborahkong9900

Post on 03-Sep-2015

262 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sej sem1 bab8

TRANSCRIPT

8. Huraikan kesan Revolusi Industri yang tercetus di Jerman dalam bidang politik, social, dan ekonomi. (20m)

Revolusi Perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman. Ciri utama Revolusi Perindustrian tahap kedua ialah kapital kewangan mengatasi kapital industri. Antara teknologi yang digunakan dalam tahap kedua ialah berasaskan pelbagai bahan, sumber dan bentuk. Muncul industri baharu seperti elektrik, kimia dan petroleum di zaman ini. Menjelang abad ke-19, ahli kimia dan metalurgi Jerman mencipta teknologi baharu untuk menghasilkan barangan daripada arang dan besi. Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam bidang teknologi. Antara perubahan yang berlaku dalam teknologi adalah seperti tenaga elektrik digunakan untuk membekalkan caaya dan mengendalikan jentera, petroleum menggantikan arang batu untuk mengendalikan enjin dan keluli menggantikan besi sebagai galian utama. Selain daripada itu, kemajuan dalam teknologi menyebabkan berlaku perubahan dalam kaedah penciptaan. Kilang membina makmal penyelidikan dan menggunakan peralatan mahal untuk menghasilkan ciptaan baharu. Saintis yang terlatih dan berpengalaman direkrut untuk menghasilkan barangan baharu. Sebagai contoh, ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin menyebabkan pengeluaran keluli meningkat. Ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens menyebabkan syarikatnya terkenal dalam bidang kejuruteraan elektrik. Menjelang tahun 1913, Jerman muncul sebagai negara pertama menghasilkan barangan elektrik di dunia. Di samping itu, kajian tentang permintaan pasaran dijalankan bagi menghasilkan produk yang sesuai dengan kehendak pasaran. Revolusi Perindustrian menyebabkan penyelidikan dijalankan dengan giat untuk memajukan bidang perindustrian. Hasil daripada penyelidikan ini, pelbagai jenis bahan kimia dihasilkan seperti ubat-ubatan dan bahan letupan. Di samping itu, bahan kimia untuk menyuburkan tanah dan membunuh serangga perosak juga dihasilkan. Revolusi Perindustrian menyebabkan pengeluaran secara besar-besaran berlaku. Antara barangan yang dihasilkan dalam skala besar ialah jam tangan, mesin basuh, basikal dan kereta. Pengeluaran secara besar-besaran menyebabkan berlaku peningkatan dalam gaji pekerja. Peningkatan gaji membolehkan mereka mempunyai kemampuan membeli barangan yang dihasilkan secara besar-besaran. Revolusi perindustrian menyebabkan muncul persaingan dalam kalangan negara industri untuk menguasai pasaran dan bahan mentah. Persaingan ini menyebabkan negara industri melakukan penjajahan bagi mengukuhkan pengaruh di Asia dan Afrika. Perkembangan ini menyebabkan lahir satu fenomena yang dikenali sebagai imperialisme baharu. Imperialisme baharu menyebabkan negara industri bersaing untuk menguasai Afrika dan mendapatkan konsesi di China. Negara-negara industri menggunakan teknologi untuk menghasilkan senjata untuk menguasai negara lain. Menjelang abad ke-19, Jerman muncul sebagai sebuah negara industri yang agresif dengan memulakan Perang Dunia Kedua. Perkembangan dalam bidang perindustrian menyebabkan sektor ini memerlukan sokongan kerajaan. Kerajaan mengenakan cukai yang tinggi bagi barangan import. Tujuannya supaya barangan tersebut tidak bersaing dengan barangan tempatan. Kerajaan menggubal undang-undang untuk mengawal perniagaan dan buruh, Menyediakan pendidikan untuk melahirkan lebih ramai golongan professional dan Pasaran baharu dibuka bagi menjamin pembekalan bahan mentah dan bahan api. Bismark mendapat tekanan daripada Liga Koloni Jerman, iaitu sebuah pertubuhan yang terdiri daripada sebuah pertubuhan yang terdiri daripada ahli perniagaan dan penjelajah Jerman. Pertubuhan tersebut menekan Bismark supaya meluaskan tanah jajahan Jerman untuk mendapatkan sumber dan meluaskan perdagangan antarabangsa Jerman. Desakan perluasan jajahan menyebabkan Jerman memeteraikan perjanjian dalam Persidangan Koloni Berlin pada tahun 1884. Pada tahun 1884, Jerman telah berjaya mengambil alih bahagian barat daya Afrika, Togolang, dan Cameron serta menguasai Tanganyika dan Afrika Timur. Jerman memluaskan perdagangan dan kegiatan mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik dengan menguasai sebahagian New Guinea dan pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884. Pada tahun 1897, Jerman telah meluaskan hubungasn perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan mewujudkan pangkalan tentera laut di pinggir laut China. Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman. Tugas D Bank ialah menguruskan kewangan serta menggalakkan penggabungan perniagaan di Jerman. Di Bank turut menggalakkan hubungan Jerman dengan Negara-negara luar serta aktif di Timur Jauh, Amerika Latin, Eropah Selatan, dan Timur Tengah. Perkembangan dalam sistem perbankan telah membawa kepada kemunculan kelas pengusaha industri baharu di Jerman pada abad ke-18 kerana mereka mendapat bantuan modal bank. Bantuan modal yang dikeluarkan oleh bank-bank Jerman telah mempercepatkan perkembangan perindustrian di Jerman pada tahun 1870. Seterusnya, penubuhan kartel di Jerman telah banyak membantu perkembangan perindustrian. Matlamat penubuhan kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan. Sekolah pertukangan dan teknikal Jerman diiktiraf sebagai pengeluar tenaga mahir oleh Negara-negara lain. Bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan, Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insurans sosial yang dikuatkuasakan pada tahun 1883. Fungsinya ialah menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa kemalangan sewaktu bertugas. Merupakan insurans kesihatan. Memberi jaminan terhadap keadaan tidak boleh bekerja akibat kemalangan yang membawa kecacatan dan jaminan hari tua. Pada tahun 1884, parlimen (reichstag) meluluskan undang-undang insurans kemalangan. Pembayaran bagi rawatan perubatan. Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk meningkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi Jerman. Mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel, dan bank-bank Jerman. Jerman juga terkenal dalam bidang ketenteraan.Pengeluaran barangan melebihi permintaan menyebabkan kilang-kilang menghentikan pengeluaran. Tambahan pula, kilang-kilang perindustrian juga mengambil langkah untuk mengurangkan pekerja. Perkembangan ini menyebabkan berlaku kemelesetan ekonomi dan pekerja-pekerja mengalami kesukaran hidup. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk menjaga kebajikan golongan pekerja. Sebagai contoh, Bismarck telah memperkenalkan Undang-undang Insurans Sosial pada tahun 1883. Undang-undang ini bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja apabila mereka ditimpa kemalangan sewaktu bekerja. Pada tahun 1884, Undang-undang Insurans Kemalangan telah diluluskan oleh Parlimen Jerman. Undang-undang ini membolehkan pekerja mendapat rawatan perubatan yang ditanggung oleh majikan. Selain itu, pencen diberikan kepada pekerja industri yang dihentikan kerja akibat penyakit. Penggantian bahan dari besi kepada keluli telah menyebabkan perkembangan pesat dalam sektor pengangkutan khususnya pembinaan jalan kereta api. Jalan kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870 dan firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman. Revolusi perindustrian di Jerman telah meninggalkan dua jenis kesan terhadap negara tersebut. Kesan dari segi ekonomi dan sosial. Antara kesan ekonomi yang dapat dilihat ialah pengeluaran besar-besaran, kemajuan penyelidikan serta lahirnya kuasa imperialisme baharu. Dari segi sosial pula, kesan yang dapat dilihat ialah kemelesetan ekonomi akibat pengeluaran yang berlebihan serta kebajikan pekerja yang dijaga oleh kerajaan Jerman. Kesan yang berlaku di Jerman membawa perubahan perkembangan di Jerman dari semua aspek. Revolusi perindustrian di Jerman telah menjadikan Jerman sebuah kerajaan yang maju.