sebuah versi baru hikayat misa melayu berdasarkan ms or ... filesebuah versi baru hikayat misa...

15
International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 1(1), 2013: 3 - 17 Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library JELANI HARUN ABSTRAK Misa Melayu dikenali sebagai salah sebuah karya besar yang lahir dalam sejarah Negeri Perak. Karya nukilan Raja Chulan pada abad ke-18 tersebut memperlihatkan suatu contoh ketinggian seni penulisan pengarang tradisi Melayu pada masa silam. Penerbitan Misa Melayu oleh R.O. Winstedt pada 1919 telah mengenengahkan karya tersebut kepada pembaca dengan pelbagai tafsiran dibuat terhadapnya oleh para sarjana. Walau bagaimanapun, penelitian penulis ke Cambridge University Library telah menemui sebuah manuskrip (MS Or. 832) yang agak jarang dibicarakan oleh para peneliti manuskrip Melayu sebelum ini. Manuskrip mengandungi beberapa perbezaan ketara berbanding dengan teks Misa Melayu terbitan Winstedt termasuk judulnya yang bermula dengan Hikayat Misa Melayu. Penulisan ini bermatlamat untuk membicarakan MS Or. 832 yang tersimpan di Cambridge University Library sebagai sebuah versi baru teks Misa Melayu dan seterusnya membuka ruang perbincangan terhadap kepentingannya dalam sejarah Negeri Perak. Kata kunci: Misa Melayu, seni penulisan, manuskrip Melayu, versi baru, sejarah ABSTRACT Misa Melayu is known as one of the greatest historical works from Perak. This masterpiece from the pen of Raja Chulan during the 18 th century became the solidary example of how the art of writing was done by traditional Malay writers in the past. The publication of Misa Melayu by R.O. Winstedt in 1919 has taken interest among scholars to study in depth the value of this work and some have made various claims about this work. Nevertheless, this article is written with an advantage and support of an old Malay manuscript (MS Or. 832) kept within the Cambridge Unversity Library which was not very often read by scholars. During this research, a few key differences has been revealed between the text Misa Melayu published by R.O. Winstedt and the one kept in the Cambridge University Library which includes the title of the work, Hikayat Misa Melayu. This article aims to discuss MS Or. 832 kept within Cambridge Unversity Library walls as a new version of Misa Melayu and therefore open a new discussion regarding the importance of this work in the history of Perak. Key words: Misa Melayu, art of writing, Malay manuscript, new version, history PENGENALAN Negeri Perak memiliki sejumlah manuskrip yang pernah dihasilkan oleh pengarang dan penyalin manuskrip Melayu sekitar abad ke-18 sehingga awal abad ke-20 yang lalu. Sebahagian besar daripada koleksi manuskrip yang berasal dari Negeri Perak tersebut kini tersimpan di Perpustakaan School of Oriental and African Studies (SOAS) dan Royal Asiatic Society (RAS), London. Manuskrip- manuskrip telah diberikan kepada institusi tersebut oleh pegawai-pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti W.E. Maxwell, R.J. Wilkinson dan R. O. Winstedt. Selain London, terdapat juga beberapa buah manuskrip dari Negeri Perak yang tersimpan di Cambridge University Library, Leiden University Library, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Za’ba (Universiti Malaya), Pusat Manuskrip Melayu (Perpustakaan Negara Malaysia) dan Pusat Dokumentasi Melayu (Dewan Bahasa dan Pustaka), Kuala Lumpur. Daripada keseluruhan manuskrip yang telah ditemui, dapat dirumuskan Hikayat Misa Melayu sebagai sebuah karya besar atau Karya Agung yang lahir daripada tradisi kepengarangan silam Negeri Perak. Karya tersebut menjadi aras tanda kebesaran sejarah persuratan Negeri Perak yang lahir daripada buah tangan pengarang Negeri Perak dan berhubungan secara terus dengan sejarah institusi kesultanan Negeri Perak pada abad ke-18. Keutamaan Hikayat Misa Melayu tercerna melalui isi kandungannya yang merakam pelbagai corak kehidupan sosio-budaya masyarakat Negeri Perak yang penuh dengan tradisi dan amalan adat istiadatnya.

Upload: haduong

Post on 10-May-2019

277 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or ... fileSebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library JELANI HARUN ABSTRAK Misa

Jelani Harun 3International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 1(1), 2013: 3 - 17

Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library

JELANI HARUN

ABSTRAK

Misa Melayu dikenali sebagai salah sebuah karya besar yang lahir dalam sejarah Negeri Perak. Karya nukilan RajaChulan pada abad ke-18 tersebut memperlihatkan suatu contoh ketinggian seni penulisan pengarang tradisi Melayupada masa silam. Penerbitan Misa Melayu oleh R.O. Winstedt pada 1919 telah mengenengahkan karya tersebutkepada pembaca dengan pelbagai tafsiran dibuat terhadapnya oleh para sarjana. Walau bagaimanapun, penelitianpenulis ke Cambridge University Library telah menemui sebuah manuskrip (MS Or. 832) yang agak jarang dibicarakanoleh para peneliti manuskrip Melayu sebelum ini. Manuskrip mengandungi beberapa perbezaan ketara berbandingdengan teks Misa Melayu terbitan Winstedt termasuk judulnya yang bermula dengan Hikayat Misa Melayu. Penulisanini bermatlamat untuk membicarakan MS Or. 832 yang tersimpan di Cambridge University Library sebagai sebuahversi baru teks Misa Melayu dan seterusnya membuka ruang perbincangan terhadap kepentingannya dalam sejarahNegeri Perak.

Kata kunci: Misa Melayu, seni penulisan, manuskrip Melayu, versi baru, sejarah

ABSTRACT

Misa Melayu is known as one of the greatest historical works from Perak. This masterpiece from the pen of RajaChulan during the 18th century became the solidary example of how the art of writing was done by traditional Malaywriters in the past. The publication of Misa Melayu by R.O. Winstedt in 1919 has taken interest among scholars tostudy in depth the value of this work and some have made various claims about this work. Nevertheless, this article iswritten with an advantage and support of an old Malay manuscript (MS Or. 832) kept within the Cambridge UnversityLibrary which was not very often read by scholars. During this research, a few key differences has been revealedbetween the text Misa Melayu published by R.O. Winstedt and the one kept in the Cambridge University Library whichincludes the title of the work, Hikayat Misa Melayu. This article aims to discuss MS Or. 832 kept within CambridgeUnversity Library walls as a new version of Misa Melayu and therefore open a new discussion regarding the importanceof this work in the history of Perak.

Key words: Misa Melayu, art of writing, Malay manuscript, new version, history

PENGENALAN

Negeri Perak memiliki sejumlah manuskrip yangpernah dihasilkan oleh pengarang dan penyalinmanuskrip Melayu sekitar abad ke-18 sehingga awalabad ke-20 yang lalu. Sebahagian besar daripadakoleksi manuskrip yang berasal dari Negeri Peraktersebut kini tersimpan di Perpustakaan School ofOriental and African Studies (SOAS) dan RoyalAsiatic Society (RAS), London. Manuskrip-manuskrip telah diberikan kepada institusi tersebutoleh pegawai-pegawai Inggeris yang pernahberkhidmat di Tanah Melayu seperti W.E. Maxwell,R.J. Wilkinson dan R. O. Winstedt. Selain London,terdapat juga beberapa buah manuskrip dari NegeriPerak yang tersimpan di Cambridge UniversityLibrary, Leiden University Library, Arkib NegaraMalaysia, Perpustakaan Za’ba (Universiti Malaya),

Pusat Manuskrip Melayu (Perpustakaan NegaraMalaysia) dan Pusat Dokumentasi Melayu (DewanBahasa dan Pustaka), Kuala Lumpur.

Daripada keseluruhan manuskrip yang telahditemui, dapat dirumuskan Hikayat Misa Melayusebagai sebuah karya besar atau Karya Agung yanglahir daripada tradisi kepengarangan silam NegeriPerak. Karya tersebut menjadi aras tanda kebesaransejarah persuratan Negeri Perak yang lahir daripadabuah tangan pengarang Negeri Perak danberhubungan secara terus dengan sejarah institusikesultanan Negeri Perak pada abad ke-18.Keutamaan Hikayat Misa Melayu tercerna melaluiisi kandungannya yang merakam pelbagai corakkehidupan sosio-budaya masyarakat Negeri Perakyang penuh dengan tradisi dan amalan adatistiadatnya.

Page 2: Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or ... fileSebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library JELANI HARUN ABSTRAK Misa

4 Jelani Harun

Dari sudut genre, Hikayat Misa Melayutergolong sebagai sebuah karya sastera sejarah atauhistoriografi Melayu. Walau bagaimanapun, ciri-ciripenulisan Hikayat Misa Melayu agak berbezadengan karya sastera sejarah yang lazim sepertiSulalat al-Salatin (Sejarah Melayu) atau HikayatMerong Mahawangsa, kerana Hikayat MisaMelayu adalah berpaksikan kepada zamanpemerintahan Sultan Iskandar Dzulkarnain Shah(1750-1765). Sebahagian besar daripada isi naskhahadalah memperlihatkan kehebatan dan keagunganSultan Iskandar Dzulkarnain selaku seorang puteraraja dan Sultan Pemerintah Negeri Perak. MenurutV.I. Braginsky (1993: 58), ciri-ciri penulisan yangmenyanjung seseorang tokoh sejarah ini adalahbertepatan dengan gaya penceritaan yang bercorakpanaegrycal. Contoh-contoh karya panaegrycalyang lain ialah Hikayat Aceh yang menyanjungkehebatan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam danHikayat Keturunan Raja-Raja Negeri Deli yangmengagung-agungkan Gocah Pahlawan dalamsejarah kesultanan Deli.

Sehingga kini, puluhan kajian terhadap HikayatMisa Melayu telah pun dilakukan oleh para sarjana,antara lain oleh R.O. Winstedt (1919), Buyong Adil(1972), B. W. Andaya (1979), P. Sullivan (1982),Ahmad Fauzi Mohd. Basri (1992), Abdullah ZakariaGhazali (1994), A. Ceridwen (2001), danterbaharunya oleh Arba’iyah Mohd Noor (2011) danMardiana Nordin (2011). Antara lain, kajian yangdilakukan oleh B. W. Andaya dengan judul Perak,The Abode Of Grace (1979) telah memperlihatkankekuatan hasil karangan Raja Chulan tersebut dalammemerikan keadaan sosial, ekonomi dan politikNegeri Perak sekitar abad ke-18 yangdirumuskannya seperti berikut (Andaya, 1979: 159):

Each achievement or state occasion in SultanIskandar’s reign is one pearl in the necklace,one flower in the garland, one diamond in thecrown, together, they make up the splendour ofthe zaman.

Manuskrip asal Hikayat Misa Melayu mungkinsudah tidak dapat ditemui lagi pada masa kini.Manuskrip yang ada hanyalah dalam bentuk salinanyang telah dibuat oleh beberapa orang penyalinnaskhah Melayu pada tarikh dan tempat yangberlainan. Sehingga kini, sekurang-kurangnya enambuah salinan manuskrip Hikayat Misa Melayu telahberjaya ditemui yang dinamakan sebagai NaskhahA, Naskhah B, Naskhah C, Naskhah D, Naskhah Edan Naskhah F seperti berikut:

Naskhah A

Sebuah salinan manuskrip Hikayat Misa Melayuyang tersimpan di Cambridge University Library(MS Or. 832) bertarikh 21 Disember 1909.Manuskrip merupakan pemberian Sultan IdrisMurshidul’azam Shah (1887-1916) kepada R. J.Wilkinson yang kemudiannya diserahkan pula olehR. J. Wilkinson kepada Cambridge UniversityLibrary pada tahun 1910. Pada halaman pertamaMS Or. 832 tersebut terdapat catatan “Bahawa inilahHikayat Misa Melayu Sultan Idris ibn AlmarhumIskandar Shah iaitu Keturunan Peraturan Isti‘adatSegala Raja-Raja Yang Kerajaan Negeri Perak,maka beta hadiahkan kepada seri paduka sahabatbeta Tuan R.J. Wilkinson, sekretari Tuan ResidenPerak adanya”. Besar kemungkinan catatan tersebutadalah daripada Sultan Idris Murshidul’azam Shahsewaktu baginda menyerahkan salinan manuskripitu kepada R. J. Wilkinson yang ketika itu berkhidmatsebagai Setiausaha kepada Residen Inggeris diNegeri Perak.

Manuskrip Or. 832 memperlihatkan penampilanyang istimewa, berjilid kemas dengan kertas kadbodberwarna putih dan berukuran 32.5 cm x 20.5 cm.Terdapat 23 baris ayat pada satu halaman yangtertulis pada kertas yang bergaris biru. Tulisan Jawimenggunakan dakwat berwarna hitam dan merahserta tertulis dalam petak-petak empat segi bergariswarna merah berukuran 21 cm x 12.5 cm. TulisanJawi dibuat dalam bentuk khat yang menarik danmemperlihatkan kemahiran seni khat penyalinnya.Keseluruhan manuskrip terdiri daripada 250halaman.

Manuskrip Or. 832 mengandungi teks HikayatMisa Melayu yang lengkap, iaitu judul dan faharasat(hlm. 1-4), bahagian prosa (hlm. 5-166), bahagiansyair (hlm. 167-218) dan bahagian prosa serta kolofon(219-244). Bahagian faharasat (senarai tajuk) diberijudul “Maka inilah yang boleh menghuraikanperkataan hikayat ini.” Bahagian syair tertulis dalampetak-petak bergaris merah berukuran 20 cm x 11.5cm dengan judul “Ikat-ikatan Raja ke Laut”.Manuskrip diakhiri dengan sebuah lakaran gambarrajah yang mengandungi salasilah kerajaan Perak(hlm. 245-250) bermula dari Sultan Muzafar Shahibn Sultan Mahmud Shah (Marhum Tanah Abang)sehinggalah zaman pemerintahan Sultan IdrisMurshidul’azam Shah, sultan ke-28 bagi kerajaanNegeri Perak. Senarai salasilah raja-raja Perak initernyata merupakan tambahan yang dibuat sendirioleh penyalinnya, Muhammad Ghauath. Walaubagaimanapun, salasilah raja-raja tersebut adalah

Page 3: Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or ... fileSebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library JELANI HARUN ABSTRAK Misa

Jelani Harun 5

menyamai senarai raja-raja yang memerintah NegeriPerak sekarang.

Manuskrip Or. 832 mencatatkan sekurang-kurangnya tiga tarikh yang berkaitan denganpenyalinan dan penulisan Hikayat Misa Melayutersebut. Tarikh yang pertama tercatat pada halaman242 manuskrip dalam mana penyalin mencatat tarikhpada 8 Zulhijjah 1327 yang bersamaan dengan 21Disember 1909. Tarikh yang kedua pula terdapatpada rangkap syair yang terakhir (MS Or. 832, hlm.218), dalam mana penyalin menyatakan tarikhmanuskrip disalin seperti berikut:

Tamat surat ini adanya,Akhir sembah habis kalamnya,Zulhijjah -8- harinya,Dengan tahun 1327 sanatnya (1909).

Sebuah lagi tarikh dicatatkan oleh penyalin padabahagian kolofon manuskrip, iaitu tahun 1202 H,yakni tarikh Hikayat Misa Melayu dikarang olehRaja Chulan, yang bersamaan dengan tahun 1784.Keseluruhan kolofon manuskrip adalah sepertiberikut (hlm. 242):

Adapun yang mengarang hikayat salasilahaturan adat kerajaan Raja Chulan ibn Raja Hamid.Maka ialah yang bijak bestari kepada mengarangsurat-surat sebagainya kepada zaman YangMaha Mulia Sultan Muzafar Shah Almarhum HajiAllah dan baginda Sultan Iskandar ‘Inayat al-Shah Yang Dipertuan Negeri Perak. Maka lalusampai kepada baginda Sultan ‘Ala al-DinMansur Shah Iskandar Khalifat al-Rahimkerajaan Perak sampai kepada tahun sanah 1202seribu dua ratus dua di dalam Negeri Perak Daral-Ridhuan adanya. Amin, amin, amin ya Rab al-‘Alamin. Adanya tamat kepada 8 Zulhijjah sanah1327 (21-12-1909).

Tamatlah hikayat ketinggian salasilah aturan‘adat dan isti‘adat kerajaan Negeri Perak ini yangkemudian daripada Almarhum Jalilullah sampaikepada Duli Yang Maha Mulia Paduka SeriSultan ‘Ala al-Din Mansur Shah Iskandar MudaKhalifat al-Rahim pada hijrah Nabi sallallahu‘alaihi wassalam sanah 1202.

Naskhah B

Sebuah salinan Hikayat Misa Melayu berdasarkanmanuskrip yang pernah dimiliki oleh Raja MudaYusuf yang kini berada di Royal Asiatic Society,London (MS Maxwell 25). Manuskrip dijilid dengankulit berwarna merah dan memiliki kesan-kesanhiasan corak tekan timbul serta kemasan berwarnakeemasan. Tulisan Jawi berwarna hitam dan ungu

tertulis dengan kemas dan bersih. Manuskripberukuran 29.5 cm x 20.5 cm dan terdiri daripada121 halaman. Kertas memiliki tera air (watermarks)tiga bulan sabit (three cresents). Isi kandungannyaterbahagi kepada tiga bahagian Hikayat MisaMelayu yang lengkap, iaitu bahagian prosa (hlm. 1-74), bahagian syair (hlm. 74-113) dan bahagian prosaserta kolofon (hlm. 113-121).

Pada halaman awal MS Maxwell 25 yangtersimpan di Royal Asiatic Society ini terdapatcatatan bahawa manuskrip tersebut adalah salinandaripada manuskrip milik Raja Muda Yusuf padatahun 1877. Raja Muda Yusuf kemudiannya menjadiSultan Perak ke-27 antara tahun 1876-1886 dengangelaran Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzafar Shah.Keterangan awal tentang penemuan manuskripHikayat Misa Melayu tersebut telah diberikan olehW. E. Maxwell dalam JSBRAS pada tahun 1878yang merupakan pertama kali nama karya “MisalMelayu” muncul dalam sejarah persuratan Melayu.

Naskhah C

Sebuah manuskrip Hikayat Misa Melayu dalamsimpanan Royal Institute of Linguistics andAnthropology, Leiden (KITLV Or. 70). Manuskripterdiri daripada 103 halaman dalam kertas bersaiz34 cm x 21 cm. Manuskrip berada dalam keadaanyang baik, berjilid kertas kadbod dengan tulisan Jawiberdakwat hitam yang terang dan jelas. Kertasberwarna kekuningan dan biru tanpa sebarang teraair. Pada halaman 76, terdapat catatan dengan pensilseperti berikut: “Dikarang 11 March 86 di dalamnyaitu banyak lagi berkerajaan yang lain-lain adanya.”Catatan mungkin diberikan kemudiannya olehpenyalin atau pemilik manuskrip. Pada satu halamanmanuskrip terdapat catatan nama “Prof. Dr. G.K.Niemann”.

Isi kandungan manuskrip KITLV Or. 70 terdiridaripada Hikayat Misa Melayu bahagian prosa (hlm.1-64), bahagian syair (hlm. 64-97) dan bahagianakhiran prosa (97-103). Pada bahagian akhirmanuskrip terdapat lampiran 25 halaman bersaiz 21.5cm x 17 cm yang mengandungi pelbagai petikanHikayat Misa Melayu dalam tulisan Jawi dancatatan dalam bahasa Belanda. Paling menariknya,catatan dimulai dengan judul “Hikayat Misa Melayu”.

Naskhah D

Sebuah salinan manuskrip Hikayat Misa Melayuyang kini tersimpan di Perpustakaan NegaraMalaysia, Kuala Lumpur (MS 6). Manuskrip masih

Page 4: Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or ... fileSebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library JELANI HARUN ABSTRAK Misa

6 Jelani Harun

berada dalam keadaan yang sangat baik, terdiridaripada 145 halaman dan berukuran 35 cm x 21cm. Tulisan menggunakan dakwat berwarna hitamdan dakwat berwarna merah bagi beberapaperkataan tertentu. Penerbitan keseluruhan salinanmanuskrip Jawi bagi naskhah ini telahdiselenggarakan oleh Abdullah Zakaria Ghazali danditerbitkan oleh Yayasan Penataran Ilmu pada tahun1994. Nama penyalin dan tempat manuskrip disalintiada dinyatakan, tetapi manuskrip mempunyai tarikh1252 Hijrah yang bersamaan tahun 1836 Masihi.

Naskhah E

Sebuah salinan Hikayat Misa Melayu yangtersimpan di Muzium Pusat Jakarta (ML 423).Nombor katalog bagi naskhah ini dicatatkan dalamKatalog Induk Naskah-Naskah Nusantara,Perpustakaan Nasional Republik Indonesiasusunan T.E. Behrend (1998: 290) denganmenyatakan judulnya sebagai “Hikayat MisaMelayu”. Naskhah berukuran 34.5 cm x 22 cm,mengandungi 37 baris pada satu halaman dankeseluruhannya terdiri daripada 84 halaman. TulisanJawi kemas dan boleh dibaca dengan mudah.Naskhah mengandungi teks Hikayat Misa Melayuyang lengkap iaitu bahagian prosa (hlm. 1-51),bahagian syair (hlm. 52-78) dan bahagian akhiranprosa (hlm. 79-84).

Naskhah F

Perpustakaan SOAS, London turut memiliki sebuahsalinan manuskrip Hikayat Misa Melayu yangterbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama(MS 48165/ 1) terdiri daripada 96 halaman dan bersaiz33 cm x 20 cm. Manuskrip tertulis dengan kemasdan bersih dalam bentuk buku berkulit kertas kadboddengan dakwat berwarna hitam dan merah. Naskhahdisalin di Matang, Perak pada 7 Muharram 1326 H(1908 M). Naskhah hanya mengandungi bahagianprosa sahaja tanpa bahagian syairnya. Pada halamanawal manuskrip terdapat tanda tangan R.O. Winstedtdan tarikh 3/2/20 serta catatan “MS B of mySingapore edition of the Misa Melayu”. Padabahagian kolofon tertulis tarikh 1252 Hijrah(bersamaan tahun 1836 Masihi) seperti berikut (MS48165/1, hlm. 95):

Adapun kepada zaman baginda Sultan AlauddinMansur Shah Iskandar Muda Khalifatur-Rahimbanyak lagi perkataannya tiadalah fakir sebutkankerana panjang perkataannya takut membawa

kepada dusta di belakang hari tertentu kenaqisas.

Telah tamatlah hikayat raja ke laut ini selesaikemudian daripada Almarhum Jalilullah sampaikepada Sultan Alauddin Mansur Shah IskandarMuda Khalifatur Rahim pada hijrat Nabisallallahu ‘alaihi wassalam seribu dua ratus limapuluh dua tahun. Tamat.

Bahagian kedua pula (MS 48165/ 2)mengandungi syair yang berjudul Ikatan Raja keLaut. Syair tertulis dalam 30 halaman dengankeseluruhannya menggunakan dakwat hitam. Bentuktulisan Jawi adalah sama dengan tulisan Jawi yangterdapat pada MS 48165/ 1 dan adalah dipercayaikedua-dua manuskrip daripada penyalin yang sama.Terdapat catatan daripada R.O. Winstedt “MS C ofmy Singapore edition of the Misa Melayu” dantarikh 3/2/20.

Secara keseluruhannya, Naskhah B, C, D, Edan F mempunyai isi kandungan yang hampir-hampirsama antara satu sama lain, kecuali beberapaperbezaan dari segi penggunaan bahasa danperincian peristiwa. Hal ini memberi gambaranbahawa penyalinan naskhah-naskhah tersebutadalah berpunca daripada sebuah manuskrip sumberyang sama. Walau bagaimanapun, Naskhah Amemperlihatkan suatu versi salinan Hikayat MisaMelayu yang agak berlainan daripada naskhah-naskhah yang lain, termasuk berbanding dengan teksterbitan R. O. Winstedt pada tahun 1919. Bagimaksud makalah ini, perbandingan-perbandinganantara Naskhah A (MS Or. 832) akan dibuat denganNaskhah B (MS Maxwell 25) dan juga dengan teksterbitan R.O. Winstedt (1919).

Antara lain, Hikayat Misa Melayu ini (MS Or.832, hlm. 5) dimulai dengan kisah tiga orang puteraRaja Suran dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnainbernama Enchi’ Tarum, Enchi’ Jali dan Paldu Taniyang muncul di Bukit Seguntang Mahabiru danbertemu dengan Demang Lebar Daun. Enchi’ Tarumkemudian menukar nama menjadi Kasran Pendita,Enchi’ Jali menjadi Nila Pahlawan dan Paldu Tanibergelar Nila Utama. Kasran Pendita kemudiannyamenjadi raja di Hijaz, Nila Pahlawan di Minangkabausementara Nila Utama di Johor, Singapura danMelaka. Keturunan daripada Nila Utamakemudiannya telah menjadi raja di Negeri Perak dandi beberapa buah negeri Melayu yang lain.Penceritaan kemudian diteruskan dengan menyebutSultan Muzafar Shah selaku sultan yang pertama diNegeri Perak yang dikenali dengan panggilanAlmarhum Tanah Abang.

Page 5: Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or ... fileSebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library JELANI HARUN ABSTRAK Misa

Jelani Harun 7

Permulaan Hikayat Misa Melayu di atasternyata tiada ditemui dalam salinan-salinan naskhahyang lain termasuk dalam Naskhah B dan teksterbitan R. O. Winstedt pada tahun 1919. Kesemuanaskhah yang lain bermula dengan catatan ringkastentang zuriat keturunan Raja Iskandar Zulkarnaindan diikuti dengan pemerintahan Almarhum Jalilullah,sultan yang ke-10 dalam salasilah kesultanan Perak.Penyebutan nama-nama tiga orang anak rajaketurunan Iskandar Zulkarnain dalam Naskhah Aamat penting kerana memperlihatkan pertalian yangberterusan tentang jurai keturunan raja-raja Perakyang awal. Diceritakan keturunan raja-raja Perakadalah berasal-usul daripada zuriat Nila Utama.Petikan keseluruhan mukadimah Naskhah A danNaskhah B adalah seperti berikut:

Ini hikayat yang kepada zaman Sultan IskandarZulqarnain Khalifat al-Rahman Johan Berdaulatzillullah fi al-‘alam.1 Bahawasanya maka adalahdaripada asal raja-raja itu dicheterakan olehorang yang empunya chetera dahulukaladaripada hijrah Raja Iskandar Zulqarnain2 yangmenjalani daripada matahari masuk ke mataharinaik dan nasafnya daripada Raja Nasarwan ‘Adil3

dan anak cucu cicit raja4 yang turun ke dalamlaut jatuh ke negeri Raja Fatr ar-Radhi. Makaanaknya tajalli di Bukit Seguntang Mahabiru.5Maka lalulah turun-temurun ganti-bergantikhalifah Allah beberapa julat sudah dahuludaripada zaman ini maka sampailah sekarang.

Maka adapun Raja Suran itu beristerikan anakRaja Fatr ar-Radhi yang bernama PuteriHamayun. Maka ia berputera tiga orang laki-laki,yang tuhanya bernama Enchi’ Tarum dan yangtengahnya bernama Enchi’ Jali, dan yangbongsunya [6] Paldu Tani namanya. Maka anakraja tiga orang inilah yang tajalli di NegeriPalembang di Bukit Seguntang Mahabiru kepadaseorang Demang Lebar Daun, isterinya bernamaWan Po’ Dang Malini. Maka tatkala anak rajatiga orang ini sampai ke dalam negeri itu telah iaberubah namanya. Maka yang tuhanya Enchi’Tarum itu bergelar Kasran Pendeta, dan yangtengahnya Enchi’ Jali itu bergelar Nila Pahlawan,dan yang bongsunya Paldu Tani itu bergelarNila Utama. Maka adapun Kasran Pendeta itu iapergi ke Tanah Hijaz iaitu Negeri Arab, dan yangtengahnya Nila Pahlawan itu ia pergi ke TanahMinangkabau iaitu Pulau Percha, dan yangbongsunya Paldu Tani itu ia pergi ke TanahJohor, Singapura dan Melaka. Maka nasaf NilaUtama itulah yang jadi raja di dalam Negeri Perakserta jadi baginda di Negeri Daik dan bendaharadi Negeri Pahang dan temenggong di NegeriJohor. Demikianlah yang tersebut di dalam

Salasilah Sejarah Melayu kedatangan peraturansegala raja-raja ini.

(MS Or. 832, hlm. 5-6)

Al-kisah ini hikayat yang kemudian kepadazaman Sultan Iskandar Zulkarnain Khalifat al-Rahman Johan Berdaulat zillu ‘llahi fi ‘l-‘alami.Ada pun asalnya raja-raja itu dichetera olehorang yang empunya chetera dahulukalanyadaripada hijrat Raja Iskandar Zulkarnainmenjalani matahari masuk ke matahari terbit, dannasafnya daripada Raja Nasharwan ‘Adil dananak cucu-cicit Raja Julan yangturun ke dalamlaut jatuh ke negeri Raja Aftarar al-Ardhi, makaanaknya tajalli di Bukit Saguntang MaharuaBirua, maka lalu turun-temurunlah ganti-bergantikhalifatullah beberapa julat sudah dahuludaripada [2] zaman ini, maka sampailah sekarang.

Ada pun pada zaman raja-raja ini dalam NegeriPerak Darul Ridzuan, pertama Marhum Jalilullah,berputerakan Marhum Besar dan MarhumMangkat di Pulau Tiga, dan Shah Alam Muda,dan Shah Alam Bongsu.

(MS Maxwell 25, hlm. 1-2)

Agak menarik diberi perhatian, kisah asal-usulraja-raja Negeri Perak yang tertera dalam NaskhahA dicatatkan bersumber daripada SalasilahSejarah Melayu. Penulis kurang pasti tentangnaskhah yang dinamakan sebagai SalasilahSejarah Melayu ini, tetapi besar kemungkinannyapengarang atau penyalin Hikayat Misa Melayumerujuk kepada Sulalatus Salatin / SejarahMelayu susunan Tun Seri Lanang pada tahun 1612.Sekiranya andaian ini benar, hal ini menunjukkanbagaimana Sulalatus Salatin / Sejarah Melayutelah dijadikan bahan rujukan bagi memerikan asal-usul raja-raja Negeri Perak. Menurut Hikayat MisaMelayu nama tiga orang putera raja yang mendaratdi Palembang ketika itu ialah Enchi’ Tarum (bergelarKasran Pendeta), Enchi’ Jali (bergelar NilaPahlawan) dan Paldu Tani (bergelar Nila Utama).Dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu (2009:21), penyebutan nama bagi ketiga-tiga orang anakraja tersebut memang wujud dengan variasi ejaannyayang berbeza seperti berikut:

Maka syahut orang muda-muda tiga orang itu,“Adapun kami ini bukan daripada bangsa jindan peri. Bahawa kami daripada anak cucu RajaIskandar Zulkarnain. Nisab kami daripada RajaNusyirwan, raja masyrik maghrib, pancar kamidaripada Raja Sulaiman ‘alaihissalam. Nama kamiMancitram seorang, Paladutani seorang, NilaTanam seorang.”

Page 6: Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or ... fileSebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library JELANI HARUN ABSTRAK Misa

8 Jelani Harun

Sudah menjadi kelaziman para penyalinmanuskrip Melayu masa silam menyalin manuskripdengan mengikut gaya penggunaan bahasa masing-masing. Demikian juga yang terjadi kepada HikayatMisa Melayu yang memiliki ciri-ciri penggunaanbahasa dan cara ejaannya yang tersendiri. Antaralain, Naskhah A ini memperlihatkan penggunaanejaan yang seragam bagi perkataan azmat (azamat),bomor (bomoh), herti (erti), hulas (ulas), Kumis Sari(commissary), luchin (loceng), murit (murid),penjajab (penjajap), rung (balairung), setinggar(istinggar), Barhaman Indera (Berahman Indera),dan sebagainya. Secara umumnya, gaya bahasadalam Naskhah A adalah berbeza berbanding dengansemua naskhah yang lain.

Nama penyalin manuskrip Hikayat MisaMelayu tercatat pada rangkap syair yang ke-400dan 401 sebagai Muhammad Ghauath yangmerupakan seorang Peranakan Perak (MS Or. 832,hlm. 216). Sehingga kini, identiti Muhammad Ghauathini masih belum dapat dikenal pasti dengan tepat.Walau bagaimanapun, sebagai seorang penyalinmanuskrip, ternyata beliau seorang yang begitu telitimenyalin peristiwa-peristiwa yang terdapat dalamHikayat Misa Melayu. Malah, MuhammadGhauath juga dikesani banyak memberikan huraian-huraian yang panjang lebar terhadap perjalanansesuatu peristiwa atau amalan adat istiadat istanaberbanding dengan naskhah-naskhah yang lain,menggambarkan pengetahuan luasnya dalam urusanadat istiadat di istana Negeri Perak ketika itu. IdentitiMuhammad Ghauath tercatat dalam syair sepertiberikut:

Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia,Patik Tuanku hamba yang sedia,Dengan qudrat Tuhan yang kaya,Muhammad Ghauath menyurat dia.

Suratan buruk bukan buatan,Menjunjung titah Baginda Sultan,Banyak tersilap hikayat ikatan,Peranakan Perak ampunya khatan.

Sebuah lagi perbezaan ketara MS Or. 832berbanding dengan manuskrip-manuskrip yang laintergambar melalui keterangan ringkas tentang jamraksa yang digunakan oleh kerabat istana NegeriPerak pada masa lalu. Diceritakan istana NegeriPerak ketika itu memiliki sebuah jam besarberloceng yang diperbuat daripada kaca dan raksaserta dikawal secara rasmi oleh pengawal-pengawalistana. Antara lain, jam digunakan sebagai penandawaktu bagi membunyikan semboyan (tembakanmeriam adat istiadat) sempena menyambut bulan

Ramadhan, perayaan Hari Raya Puasa dan HariRaya Haji serta acara-acara rasmi istana yang lain.Jam tersebut mungkin satu-satunya jam besar yangada di Negeri Perak masa itu yang diperolehi olehraja-raja Perak daripada pihak Belanda atau Inggeris.Catatan tentang jam besar tiada ditemui dalamsemua naskhah yang lain termasuk dalam MisaMelayu terbitan R. O. Winstedt pada tahun 1919.Keseluruhan keterangan tentang jam tersebut adalahseperti berikut (MS Or. 832, hlm 56-57):

Maka ada jamnya yang dipakai oleh kerajaankepada zaman itu jam gelas yang berisi serbukkaca yang halus. Maka dimulainya daripadamasuk matahari. Maka dirempuhnya sekali turundan sekali naik sampai tiga rempuh turun naik.Maka dipukulnya gong besar tiga kali dan luchintiga kali. Demikianlah ikut rempuhnya pukul limadan pukul tujuh dan pukul sembilan sampaikepada kelima kalinya hendak dipukulnya cukuprempuhnya. Maka dipukulnya pula gong besartiga kali bersambutan dengan bunyi gendangNobat Subuh. Maka hari pun sianglah. Kepadatiap-tiap dipukulnya gong besar itu makadiikutnya dengan luchinnya tiga-tiga kali.

Adapun jam itu dijagai orang pertungguan duabelas muqim iaitu kepada satu muqim dua belasorang dan gilirannya sebulan kepada satumuqim, dikepalakan seorang imam dan orangbaik-baik serta ianya. Maka telah cukup gilirnyamaka memeriksa keduanya [57] dari bawah istanahingga sampai ke halaman penanggah raja. Telahsudah nyata kedua mereka itu maka balik kehadapan balai besar berdiri berbaris, makaberjabat tangan kedua pihaknya, sebaris tinggaldan sebaris pergi kembali ke tempatnya, selamatyang pergi, sejahtera yang tinggal, kata keduapertukaran itu.

Sehingga kini, kewujudan judul Misa Melayumasih menjadi tanda tanya sama ada judul tersebuttelah diberikan oleh Raja Chulan atau merupakansuatu judul yang diberikan oleh orang lainkemudiannya. Nama Misa Melayu tiada tercatatdalam senarai 69 buah manuskrip Melayu yangdiberikan oleh Werndly pada tahun 1736 (Winstedt1920: 163-165). Sepanjang yang diketahui, judul MisaMelayu tiada pernah tercatat dalam manuskrip-manuskrip yang telah ditemui kecuali judul HikayatMisa Melayu yang terdapat pada halaman awal MSOr. 832 seperti dinyatakan dalam keteranganNaskhah A di atas.

Permasalahan judul ini mungkin adahubungannya dengan ketiadaan bahagian mukadimahyang jelas bagi manuskrip-manuskrip Misa Melayu

Page 7: Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or ... fileSebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library JELANI HARUN ABSTRAK Misa

Jelani Harun 9

yang ada. Pada andaian penulis, pengarang istanaseperti Raja Chulan pasti ada memberikan judul bagisebuah karya yang menceritakan sejarah, salasilahdan adat istiadat kesultanan Negeri Perak yangdikarangnya. Selaku ahli sejarah istana pula, bagindapastinya mengetahui sejarah asal-usul dan pengasaskesultanan Perak, dan dirasakan sangat tidak wajarbagi baginda menulis sejarah kesultanan NegeriPerak bermula dengan Almarhum Jalilullah (SultanMudzafar Shah II, 1636-1653) yang berasal dari Siak.Ada kemungkinannya, salinan naskhah-naskhahMisa Melayu yang ada sekarang (Naskhah B, C,D, E, F) dan teks Misa Melayu terbitan R. O.Winstedt tahun 1919 dibuat berdasarkan naskhahyang tiada mempunyai bahagian mukadimahnyayang lengkap.

Judul Misa Melayu hanya mula muncul dalamsejarah persuratan Melayu melalui sebuah tulisanoleh W.E. Maxwell pada tahun 1878 berjudul“Notes on Two Perak Manuscripts”. Dalam tulisantersebut, W.E. Maxwell memperkenalkan dua buahmanuskrip yang baru diperolehinya di Perak ketikaitu. Pertama, sebuah manuskrip yang mengandungisalasilah kesultanan Perak yang berasal usul daripadajurai keturunan raja-raja Melaka. Manuskripdiperolehi oleh W.E. Maxwell daripada Raja Osmanyang merupakan Raja Bendahara di Negeri Perak.Kedua, adalah sebuah manuskrip yang diberi namaoleh W.E. Maxwell sebagai “Misal Melayu or AnExample for Malays” hasil karangan Raja Chulan.Inilah kali pertama judul tersebut diketahui wujuddalam sejarah persuratan Melayu yang kemudiannyatelah diubah oleh W.E. Maxwell menjadi MisaMelayu pada tahun 1884.

Sehingga kini, maklumat yang lebih lengkaptentang judul Hikayat Misa Melayu, sejarah asal-usul raja-raja Perak dan tarikh penulisan naskhah(1202 / 1784) hanya terdapat dalam MS Or. 832,sebuah salinan naskhah yang bersumber daripadamanuskrip yang pernah dimiliki oleh Sultan IdrisMurshidul’azam Shah. Apakah maklumat inimenyarankan maksud bahawa MS Or. 832 adalahsebuah salinan Hikayat Misa Melayu yangbersumber daripada manuskrip milik Sultan IdrisMurshidul’azam Shah yang lebih tua? Atau, apakahmaklumat-maklumat tersebut hanya tokok-tambahyang dibuat kemudian oleh penyalinnya, MuhammadGhauath? Persoalan-persoalan ini akan terus menjaditanda tanya sehinggalah manuskrip asal yang pernahmenjadi milik Sultan Idris Murshidul’azam Shah, ataupun manuskrip Hikayat Misa Melayu yang lebihtua ditemui pada masa hadapan.

Pada tahun 1919, R.O. Winstedt telahmenerbitkan transliterasi Rumi bagi teks MisaMelayu di bawah penerbitan Methodist PublishingHouse, Singapura. Penerbitan tersebutmenggunakan sumber sebuah manuskrip utama yangdinamakannya sebagai Naskhah A dan dua buahmanuskrip yang tersimpan di SOAS sebagaiNaskhah B dan Naskhah C (Naskhah F dalam kajianini). Pada bahagian kolofon Misa Melayu terbitanR.O. Winstedt tersebut (1919: 155) mencatatkannama penyalinnya sebagai Haji Uthman yang tinggaldi Mukim Bandar dan tarikh penyalinannya pada 25Jamadil Awal tahun 1326 Hijrah yang bersamaandengan 25 Jun 1908. Judul naskhah dicatatkandengan jelas sebagai “Hikayat Misal Melayu” sepertiberikut:

Ini-lah akhir zaman kebesaran dan kerajaannegeri Perak Daru’r-ridzwan. Termaktub iniHikayat Misal Melayu pada 25 Jamadi’l-awaltahun 1326 di dalam Mukim Bandar, Haji Uthman.

Satu masalah timbul dalam menentukanmanuskrip utama yang dinamakan sebagai NaskhahA oleh R.O. Winstedt semasa beliau menerbitkanMisa Melayu pada tahun 1919. Sehingga kini, judul“Hikayat Misal Melayu” dan nama penyalin HajiUthman yang tinggal di Mukim Bandar tiada ditemuidalam keenam-enam manuskrip yang telah ditemui,termasuk MS 48165/1 dan MS 48165/2 yangtersimpan di SOAS. Walaupun R. O. Winstedt (1919:3) ada mencatatkan Naskhah A yang digunakannyaadalah daripada manuskrip milik Sultan Idris yangtelah diberikan oleh baginda kepada R. J. Wilkinson,tetapi ternyata isi kandungannya tidak sama denganMS Or. 832 yang kini tersimpan di CambridgeUniversity Library. Besar kemungkinannya, NaskhahA yang digunakan oleh R. O. Winstedt adalah sebuahsalinan “Hikayat Misal Melayu” yang masih belumdiketahui lokasinya, yang telah disalin oleh HajiUthman di Mukim Bandar pada 25 Jamadil Awal1326 (25 Jun 1908), yakni tarikh salinan yang lebihawal daripada MS Or. 832.

Pada tahun 1962, Pustaka Antara Kuala Lumpurtelah menerbitkan semula transliterasi yang dibuatoleh R.O. Winstedt pada tahun 1919 tersebut, denganulang cetaknya pada tahun 1965, 1966, 1968 dan1991. Transliterasi oleh R.O. Winstedt kemudiannyatelah diterbitkan semula oleh Ahmad Fauzi Mohd.Basri pada tahun 1992 di bawah penerbitan DewanBahasa dan Pustaka dengan menggunakan sistemejaan baharu Bahasa Malaysia. Di bawah terbitanyang baharu ini (Ahmad Fauzi Mohd. Basri 1992:138), judul “Hikayat Misal Melayu” yang digunakan

Page 8: Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or ... fileSebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library JELANI HARUN ABSTRAK Misa

10 Jelani Harun

oleh R.O. Winstedt telah diubah menjadi “HikayatMisa Melayu”.

Berkaitan dengan judul Hikayat Misa Melayu,perkataan “Misa” itu sendiri telah menimbulkanberbagai-bagai pandangan dan tanggapan parasarjana. Pada tahun 1878, W.E. Maxwellmenyarankan judul tersebut mungkin ada kaitannyadengan pengaruh Misa Jawa yang dikatakan sudahterkenal di Perak masa itu. Pandangan W.E.Maxwell ini mungkin ada kebenarannya keranacerita-cerita panji dari Tanah Jawa telah lamatersebar di Alam Melayu, termasuk di Perak. DalamHikayat Misa Melayu (MS Or. 832, hlm. 32 & 59)ada tercatat tentang hikayat Jawa yang sering dibacadalam acara-acara keramaian istana Perak.Demikian pula dalam senarai manuskrip Melayuyang dibuat oleh Werndly pada tahun 1736 turutmemberikan beberapa nama karya panji Jawatermasuk Hikayat Misa Taman Panji Wila Kesumadan Hikayat Misa Gemetar (Winstedt 1920: 164).Bukti kuatnya pengaruh cerita panji di Perak dapatdilihat melalui nama putera-putera Marhum Besarseperti terakam dalam Hikayat Misa Melayusebagai Raja Radin, Raja Galuh, Raja Inu, RajaAbdul Jalil, Raja Putih, Raja Daha, Raja Bongsu,Raja Siti, Raja Hamid dan Raja Su. Nama bagibeberapa orang putera tersebut mempunyaipersamaan dengan nama tokoh-tokoh utama dalamcerita panji Jawa iaitu Raja Radin, Raja Galuh, RajaInu, Raja Daha dan Raja Bisnu.

Dalam konteks cerita panji Jawa, perkataan“Misa” membawa maksud suatu gelaran pembesardalam masyarakat Jawa yang dihormati danmempunyai kehebatan-kehebatannya yangtersendiri. R. J. Wilkinson (1959: 777) dalam AMalay-English Dictionary ada memberikan makna“Misa” sebagai “War-buffalo, champion of the arena,as a title for warriors of medieval romance”.Sementara menurut J. M. Echols & Hassan Shadilydalam An Indonesian-English Dictionary (1989:374), perkataan “Misa” membawa pengertiansebagai “Agung/Besar”. Maksud yang dikemukakanoleh J. M. Echols & Hassan Shadily ini adalah lebihbertepatan dengan isi kandungan Hikayat MisaMelayu yang menceritakan tentang keagungan dankebesaran raja-raja Melayu di Negeri Perak,khususnya Sultan Iskandar ‘Inayat Shah (SultanIskandar Dzulkarnain Shah, 1750-1765).

Dalam kalangan pengarang Negeri Perak, namaRaja Chulan menduduki tempat yang sangat istimewadan paling kerap diingati oleh masyarakat. Walaupunsepanjang yang diketahui Raja Chulan hanyamenghasilkan sebuah karya sahaja, Hikayat Misa

Melayu, tetapi karya tersebut telah diangkat olehmasyarakat sebagai sebuah karya besar yang lahirdalam sejarah persuratan Perak, menjadi aras tandaketinggian dan keahlian seseorang pengarang dalammenyampaikan buah fikiran secara halus danberkesan. Di samping kehalusan dalam penulisan,Raja Chulan adalah juga sejarawan istana Perak yangtersohor dalam konteks zamannya. Baginda adalahsejarawan istana yang hidup dan menyaksikanperistiwa atau kejadian yang berlaku di Negeri Perakdalam period masa yang diceritakannya dalamHikayat Misa Melayu. Sejarah persuratan Perakamat sinonim dengan nama Raja Chulan danbegitulah sebaliknya. Dalam Hikayat Misa Melayu(MS Or. 832, hlm. 25) asal-usul Raja Chulandinyatakan seperti berikut:

Adapun Raja Chulan itu putera Raja Hamidempat orang bersaudara, tiga orang perempuan,seorang isteri Raja ‘Ala al-Din dan seorang isteriRaja Inu dan seorang isteri Raja Ismail. Makayang laki-laki itulah Raja Chulan.

Suatu keterangan tentang asal-usul dan nasabketurunan Raja Chulan terdapat dalam sebuahnaskhah berjudul Salasilah Raja-Raja Yang diDalam Negeri Perak (MS Maxwell 103) karanganRaja Haji Yahya bin Raja Daud pada tahun 1881.Selepas Raja Chulan, Raja Haji Yahya bin Raja Daudpula muncul sebagai seorang pengarang dan ahlisejarah di istana Perak. Naskhah Salasilah Raja-Raja Yang di Dalam Negeri Perak adalah salahsebuah karya salasilah kesultanan Perak yangpenting kerana mengandungi berbagai-bagaimaklumat tambahan berkaitan dengan juraiketurunan raja-raja Perak yang terdapat dalamHikayat Misa Melayu. Menurut Raja Haji Yahya(MS Maxwell 103: hlm. 2-3), Raja Chulan adalahanak kepada Raja Hamid ibni Raja Mansur Shahibni Almarhum Jalilullah. Sewaktu Raja Kimas (SultanMahmud Shah) menjadi Sultan, Raja Chulan telahdilantik sebagai Bendahara. Semasa takhta Perakdisandang oleh Sultan Alauddin Mansur Shah, RajaChulan telah dilantik pula sebagai Raja Muda. RajaChulan akhirnya mangkat sewaktu memegangjawatan Raja Muda dan baginda dikenali denganpanggilan Marhum Pulau Juwar (MS Maxwell 103:hlm. 11): “Maka mangkat Raja Muda Chulan disebutorang Marhum Pulau Juwar.”

Daripada catatan Raja Haji Yahya ini, dapatdikesani jawatan terakhir Raja Chulan sebelummangkat ialah selaku Raja Muda bagi Negeri Perakdalam zaman pemerintahan Sultan Alauddin MansurShah (1773-1786). Besar kemungkinan Raja Chulan

Page 9: Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or ... fileSebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library JELANI HARUN ABSTRAK Misa

Jelani Harun 11

selesai mengarang Hikayat Misa Melayu dalamtempoh baginda menjawat jawatan Raja Muda, danhal ini selaras dengan tarikh 1202 (1784) yangdiberikan dalam kolofon Hikayat Misa Melayu (MSOr. 832, hlm. 242). Menurut Raja Haji Yahya, apabilaSultan Alauddin Mansur Shah mangkat, takhtaNegeri Perak digantikan oleh Sultan Ahmaddin Shah(1786-1806). Pada masa pemerintahan baginda,jawatan Raja Muda disandang oleh Raja Radinputera kepada Raja Bendahara. Keadaan inimenunjukkan Raja Chulan sudah tidak lagiberkhidmat selaku Raja Muda di istana Peraksemasa pemerintahan Sultan Ahmaddin Shah. RajaChulan berkemungkinan telah mangkat antara tahun1786-1806 dan dikebumikan di Pulau Juwar (PulauJuar).

Dari segi isi kandungannya, Hikayat MisaMelayu mengandungi peristiwa-peristiwa yanghampir-hampir sama dengan semua naskhah yanglain termasuk teks Misa Melayu terbitan R.O.Winstedt (1919). Isinya menceritakan beberapaperistiwa yang berlaku dalam zaman pemerintahanSultan Mudzafar Shah III (1728-1744) danberlanjutan sehingga ke zaman pemerintahan SultanMuhammad Shah (1744-1750), Sultan IskandarDzulkarnain Shah (1750-1765), Sultan Mahmud Shah(1765-1773) dan Sultan Alauddin Mansur Shah(1773-1786). Kesemua sultan ini adalah pemerintahyang berpusat di Barhaman Indera / BerahmanIndera (Bota), Pulau Tiga, Pulau Indera Sakti, PasirPulai dan Pulau Besar Indera Mulia. Hal inimenunjukkan kawasan persekitaran tempat-tempattersebut adalah kawasan kediaman raja-raja danpembesar Melayu di Negeri Perak sekitar awal abadke-18 lalu sebelum pusat pemerintahan tersebutberpindah ke Kuala Kangsar sehingga ke hari ini.Sehingga kini, masih terdapat banyak makam raja-raja Perak di Bota, Pulau Tiga, Kampung Gajah,Pulau Juar, Pasir Pulai, Bandar Baharu dan Belanja.

Kesultanan Perak mempunyai wilayahkekuasaannya yang tersendiri yang sering disebutsecara umum dalam Hikayat Misa Melayu sebagai“segenap teluk rantau dan anak-anak sungai” atau“segala anak sungai segala teluk rantau jajahannegeri”. Walau bagaimanapun, membaca HikayatMisa Melayu secara teliti akan menemukan hampirkeseluruhan nama tempat atau wilayah yang beradadi bawah kekuasaan kesultanan Perak pada abadke-18. Nama-nama tempat atau wilayah tersebutdinyatakan oleh Raja Chulan sewaktu beliaumenceritakan keberangkatan sultan dan kerabatistana Perak melawat ke kampung-kampung, belayaratau berburu, dengan cara menyatakan sambutan

yang diterima oleh rombongan sultan daripadapembesar, penghulu dan rakyat jelata yang mendiamisesuatu tempat itu. Tanda naungan dan taat setiarakyat terhadap sultan sering dizahirkan melaluipersembahan-persembahan yang diberikan olehpembesar dan rakyat kepada sultan yang datangmelawat ke sesuatu tempat itu.

Antara nama tempat yang tercatat dalamHikayat Misa Melayu ialah Barhaman Indera,Pachat, Bota, Pulau Tiga, Pulau Indera Sakti, RantauPanjang, Pasir Pulai, Pulau Besar, Bukit Lada,Lumut, Pulau Pangkor, Pulau Sembilan, TanjungPutus, Kuala Bidor, Kuala Perak, Kuala Kangsar,Sayung, Sungai Siput, Bukit Gantang, Larut,Pematang, Gerik, Pelus, Pengkalan Halban, Beruas,dan sehinggalah ke sempadan Kuala Bernam diNegeri Selangor. Semua tempat ini adalah berada dibawah naungan kesultanan Negeri Perak dari dahulusehinggalah ke hari ini. Sementara nama-namasungai pula termasuklah Sungai Perak, Sungai Kenta,Sungai Budiman, Sungai Bidor dan Sungai Dinding.

Sebagai sebuah karya yang bercorakpanaegrycal, pengisian Hikayat Misa Melayumemberi keutamaan kepada Sultan IskandarDzulkarnain Shah (1750-1765) yang disebut sebagaiSultan Iskandar ‘Inayat al-Shah. KecenderunganRaja Chulan untuk menyanjung Sultan Iskandar‘Inayat Shah jelas tergambar sewaktu baginda masihlagi seorang Raja Muda pada zaman pemerintahanSultan Muzafar Shah (1728-1744) dan SultanMuhammad Shah (1744-1750). Gambaran yangdiberikan oleh Raja Chulan terhadap keperibadianRaja Iskandar sungguh istimewa sekali. Bagindadigambarkan sebagai seorang Raja Muda yang arifbijaksana, tampan, berpengetahuan dalam agama danadat istiadat, serta berani mempertahankan negeridaripada serangan musuh.

Dalam sistem kesultanan Perak, seorang RajaMuda adalah bakal sultan, orang yang akan menaikitakhta apabila sultan yang ada mangkat. Selaku bakalsultan, Raja Muda harus mempersiapkan diri dengansegala ilmu yang penting ketika itu agar dapatmeneruskan tugas pemerintahan dengan baik apabilatiba masanya menjadi sultan kelak. Antarapersediaan seorang Raja Muda yang utamatermasuklah memiliki perwatakan dan keperibadianyang mulia agar dikasihi oleh rakyat, tahu adatistiadat negeri, mendalami ilmu agama, pandaibertutur kata, dan barangkali juga memiliki kemahirandalam ilmu persenjataan dan sebagainya. Mengikutpandangan Raja Chulan, segala sifat yang istimewaini kelihatannya telah dimiliki oleh Raja Iskandar.

Page 10: Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or ... fileSebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library JELANI HARUN ABSTRAK Misa

12 Jelani Harun

Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Shah,takhta di Pulau Tiga diwarisi pula oleh Raja Iskandar,meneruskan wasiat pemerintahan ayahandanya,dengan memakai gelaran Paduka Seri SultanIskandar ‘Inayat al-Shah Khalifatur Rahman JohanBerdaulat. Zaman pemerintahan baginda diwarnaidengan berbagai-bagai peristiwa penting yangberlaku di Negeri Perak. Salah satunya adalahperistiwa Sultan Iskandar ‘Inayat Shah membuatsebuah kota yang baharu di Pulau Chempaka Sari.Peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebaroleh Raja Chulan dari mula hinggalah terbinanya kotatersebut. Setelah sampai di Pulau Chempaka Sari,baginda sangat berkenan dengan kota dan istanayang telah diusahakan oleh rakyatnya, lantasmenukar nama Pulau Chempaka Sari kepada PulauIndera Sakti. Pusat pemerintahan baginda dinamakanBandar Ma’mur yang menjadi tempat tumpuan utamadi Pulau Indera Sakti itu.

Masyarakat Melayu terkenal sebagai suatubangsa yang sangat memelihara adat dan istiadatdalam kehidupan. Dalam hal ini, nilai sesuatu adat(custom) itu amat bergantung kepada bagaimanaadat tersebut diamalkan mengikut adat dan istiadat(custom and ceremonial) yang diwarisi daripadagenerasi yang terdahulu. Adat dan istiadat justerumerupakan dua unsur yang saling berkaitan antarasatu sama lain. Adat tidak akan membawa apa-apamakna sekiranya tidak dilaksanakan mengikut istiadatyang sepatutnya. Pernyataan ini akan lebih-lebihbermakna bagi amalan adat dan istiadat dalamkehidupan istana raja-raja Melayu kerana kedua-duanya mempunyai pertalian maksud dengan nilaikebesaran, kemuliaan, kedaulatan serta kesakralanraja-raja Melayu itu sendiri. Adat dan istiadat raja-raja Melayu adalah warisan peraturan dan ritualbudaya hidup raja-raja dan pembesar istana yangperlu diamalkan selagi institusi kesultanan itu masihwujud.

Perlukisan yang berlebih-lebihan terhadapamalan adat istiadat turut mendapat tempat dalamHikayat Misa Melayu yang memperlihatkan bakatkepengarangan Raja Chulan dan dalam masa yangsama menanamkan amanat tentang kepentinganadat istiadat sebagai lambang kepada kemuliaan raja-raja. Sebahagian besar ruang dalam Hikayat MisaMelayu telah digunakan oleh Raja Chulan bagimenceritakan peristiwa dan amalan adat istiadatsemasa berlangsungnya majlis pertunangan, puteriraja bertindik telinga, perkahwinan, permaisuri hamiltujuh bulan, pertabalan, raja-raja membayar nazar,para pembesar menjunjung duli, kemangkatan,berkabung dan sebagainya. Banyak sekali

penekanan kepada kata “adat”, “adatnya” dan“istiadat” telah digunakan oleh Raja Chulan dalamHikayat Misa Melayu bagi menggambarkanamalan adat istiadat yang diwarisi turun-temurundaripada leluhur masa lampau.

Kebesaran dan keagungan Sultan Iskandar‘Inayat Shah di dalam Hikayat Misa Melayusemakin terserlah dalam episod-episod yangmelibatkan kedatangan orang Belanda ke NegeriPerak ketika itu. Sekitar awal abad ke-18, NegeriPerak menjadi salah satu tempat tumpuankedatangan pegawai dan pedagang dari Belandayang mencari bijih timah untuk dibawa pulang keEropah. Bagi memudahkan operasi perniagaan,mereka telah membina penempatan dan lojipenyimpanan timah di Tanjung Putus. Timah dibelidengan menggunakan rial mengikut sistem timbanganbahara yang gunakan ketika itu. Pada dasarnya,kedatangan Belanda telah disambut baik oleh raja-raja Perak sebagai rakan niaga timah yang bolehmendatangkan keuntungan kepada Negeri Perak.

Dalam masa yang sama, kehadiran orangBelanda di Perak sentiasa menimbulkan kecurigaankepada raja dan pembesar Perak lebih-lebih lagidengan penguasaan mereka yang kuat di Melakadan Betawi. Beberapa episod kecurigaan ini telahberjaya dimunculkan oleh Raja Chulan denganberkesan dalam Hikayat Misa Melayu, sama adasecara langsung ataupun tidak langsung.Pertamanya, ada dikisahkan peristiwa seorangsaudagar India bernama Pir Muhammad menaburfitnah ke atas Sultan Iskandar Shah denganmengatakan raja Perak tersebut sudah tidak lagimenghormati Belanda dan seterusnya mahuberperang dengan Belanda. Fitnah tersebut telahmenyebabkan Belanda menghantar tujuh buah kapalperang dari Betawi datang memasuki perairan SungaiPerak. Walau bagaimanapun, berkat kemahirandiplomasi dan siasah Sultan Iskandar ‘iNayat Shahdan para pembesar Perak, fitnah tersebut gagalmencapai sasarannya, sebaliknya CommissaryBelanda telah berbaik-baik dengan Sultan Perak danseterusnya melakukan jual-beli timah.

Cabaran kedua pula berlaku dalam peristiwaorang Belanda telah menembak peluru meriam kearah perahu Shahbandar dan Laksamana sehinggamengancam keselamatan nyawa mereka berdua.Peristiwa tersebut telah menimbulkan kemurkaankepada Sultan Iskandar ‘Inayat Shah sehinggabaginda sendiri berangkat ke Kuala Bidor bertemudengan Commissary Belanda. Walau bagaimanapunsekali lagi, hasil kepandaian diplomasi dan siasahSultan Iskandar Shah dan para pembesar,

Page 11: Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or ... fileSebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library JELANI HARUN ABSTRAK Misa

Jelani Harun 13

peperangan akhirnya dapat dielakkan denganCommissary Belanda menuntut permohonankeampunan sultan. Sebelum permohonankeampunan itu berlaku, Raja Chulan telah punmemberikan sindiran tajamnya kepada kehadiranBelanda di Negeri Perak melalui kata-kataShahbandar seperti berikut (MS Or. 832, hlm. 150):

“Dato’ Syahbandar mari dipanggil oleh kaptan.Apa mulanya maka tiada Syahbandar mausinggah pada keci jumpa sama kaptan? Adakahharimau di dalam keci?” Maka kata Syahbandar,“Tiada ku mau singgah ke dalam keci itu,sungguh pun tiada harimau, babi bukankahbanyak, itulah maka ku tiada mau singgah padakeci itu.”

Beberapa episod hubungan Perak dengankerajaan atau masyarakat luar turut diceritakan olehRaja Chulan melalui peristiwa Sultan Iskandar‘Inayat Shah menitahkan Tambi Kechik pergi keIndia untuk mencari orang yang mahu membeli gajahdi Perak (MS Or. 832, hlm. 97-104), Sultan Iskandar‘Inayat Shah membeli meriam daripada kaptenInggeris (MS Or. 832, hlm. 201-203), Sultan MahmudShah menobatkan Sultan Selangor (MS Or. 832, hlm.224-226), rombongan istana Perak menghadiri majlisperkahwinan putera Sultan Selangor (MS Or. 832,hlm. 227-229) dan beberapa yang lainnya. Melaluiperistiwa-peristiwa ini, tergambar suasana hubungandagang dan diplomatik raja-raja Perak dengankerajaan atau masyarakat luar yang harmoni dansaling berkerjasama antara satu sama lain, dan dalammasa yang sama meningkatkan lagi kedaulatan raja-raja dan kesultanan Negeri Perak di mata kerajaanatau masyarakat luar.

Salah satu keistimewaan Hikayat Misa Melayuberbanding dengan karya sastera sejarah yang lainadalah berkaitan dengan kewujudan bahagian “sya’irikat-ikatan” di dalam teks tersebut yang dinamakanoleh Raja Chulan sebagai “Ikat-ikat Raja ke Laut”.Diceritakan, selepas beberapa bulan Sultan Iskandar‘Inayat Shah berdukacita kerana kemangkatan RajaAmpuan Perak, baginda telah menitahkan parapembesar agar bersiap-siap untuk mengiringinyabermain-main ke laut. Walau bagaimanapun, segalapersiapan dan keberangkatan Sultan Iskandar Shahbermain-main ke laut itu tidak dikisahkan oleh RajaChulan secara karangan prosa yang biasa, sebaliknyamelalui rangkap ikat-ikatan syair yang sungguhmenarik dibaca. Kepandaian Raja Chulanmengarang syair ikat-ikatan dirakam dalam HikayatMisa Melayu (MS Or. 832, hlm. 37) seperti berikut:

Pertama-tama, paduka anakanda baginda RajaChulan digelar Raja Kechik Tengah, maka ialahyang mengarang hikayat ini kepada zaman itu,ialah yang bijak bestari pada mengarang hikayatdan ikat-ikatan syair-syair.

Hikayat Misa Melayu mengandungi sebanyak424 rangkap syair kesemuanya yang menyusur-galurkan persiapan-persiapan dan pelbagai peristiwayang berlaku sewaktu Sultan Iskandar ‘Inayat Shahbelayar ke laut tersebut. Pelayaran menyusuri SungaiPerak dari Kota Indera Sakti tersebut dilakukandengan penuh adat istiadatnya, mengharungi lautanluas sehingga sampai ke Pulau Pangkor dan KotaLumut. Kewujudan ikat-ikatan syair dalam HikayatMisa Melayu menyerlahkan lagi kebolehan RajaChulan selaku pengarang dan seniman padazamannya. Syair ikat-ikatan tersebut adalah antarayang terawal pernah wujud di Negeri Perak, malahboleh dijadikan sandaran kepada sejarah asal-usulpenulisan syair ikat-ikatan di Alam Melayu. Selepasbeberapa lama berada dalam pelayaran, SultanIskandar ‘Inayat Shah dan rombongannya kembalipulang ke Pulau Indera Sakti dengan selamatnya.Raja Chulan menyimpulkan karya berangkapnya itumelalui kata-kata (MS Or. 832, hlm. 219), “Tamatlahikatan sya’ir Duli Baginda Yang Maha Muliaberangkat bermain ke laut itu.”

Dari segi isi kandungannya, ikat-ikatan syairdalam Hikayat Misa Melayu bukanlah sekadarmengulangi peristiwa-peristiwa yang telahdiceritakan dalam bentuk prosanya, sebaliknyabanyak juga mengandungi maklumat-maklumat baruyang tiada diceritakan oleh Raja Chulan dalambahagian prosanya. Misalnya, dalam ikat-ikatan syairtersebut, Raja Chulan banyak menyatakan pangkat-pangkat atau gelaran-gelaran pembesar yangterdapat di Negeri Perak ketika itu. Selain itu, terdapatjuga beberapa peristiwa yang diceritakan oleh RajaChulan sepanjang perjalanan Sultan Iskandar ‘InayatShah belayar ke laut itu, terutamanya yangberhubungan dengan lawatan-lawatan baginda didaerah-daerah yang berada dalam laluanperjalanannya. Dapat dikatakan, penulisan ikat-ikatansyair tersebut berperanan sebagai suatu dayakreativiti Raja Chulan dalam menceritakankeagungan Sultan Iskandar ‘Inayat Shah dan dalammasa yang sama menjadi pelengkap kepadapenulisan Hikayat Misa Melayu itu sendiri. NamaRaja Chulan sebagai pengarang syair dinyatakandalam rangkap ke-422 seperti berikut (MS Or. 832,hlm. 218):

Page 12: Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or ... fileSebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library JELANI HARUN ABSTRAK Misa

14 Jelani Harun

Hikayat ini sudahlah sedia,Raja Chulan mengarangkan dia,Sultan Iskandar Yang Maha Mulia,‘Inayat al-Shah gelarnya ia.

Sebagaimana telah dibincangkan dalambahagian prosa, bahagian syair Hikayat MisaMelayu turut memperlihatkan perbezaan-perbezaanyang ketara berbanding dengan naskhah-naskhahyang lainnya. Terdapat banyak bahagian syair yangtelah diubahsuai perkataan atau rangkapnya, malahjuga ada rangkap-rangkap yang amat berlainan sekalidaripada yang sedia diketahui. Hal ini memberigambaran, Hikayat Misa Melayu mengandungibanyak rangkap syair yang berbeza daripada teksMisa Melayu terbitan R.O. Winstedt pada tahun1919. Walau bagaimanapun, ketika meneliti rangkap-rangkap syair dalam Hikayat Misa Melayu,tergambar ciri-ciri keaslian syair Melayu yang kekalterpelihara, indah dan memiliki nilai-nilai puitisnya.Dengan kata-kata lain, penyalin Hikayat MisaMelayu telah membuat banyak tokok-tambahterhadap syair, tetapi masih memelihara dengan baikciri-ciri keaslian syair Melayu ketika itu.

Sebagai kesimpulannya, ketuanan Melayu diNegeri Perak ada asal-usulnya yang dapat disusurimelalui salasilah raja-raja Perak seperti yangterakam dalam Hikayat Misa Melayu. Karyaagung nukilan Raja Chulan tersebut memperlihatkanbagaimana ketinggian dan kehalusan bahasa Melayudapat mengungkapkan rentetan sejarah dan amalansosio-budaya masyarakat Perak masa lalu, sekaligus memperlihatkan bakat kepengarangan RajaChulan yang tahan zaman. Perlukisan yang berlebih-lebihan terhadap amalan adat istiadat sengaja dibuatoleh Raja Chulan bagi menanamkan amanat tentangkepentingan adat istiadat sebagai lambang kemuliaanraja-raja. Hilang adat, hilanglah kebesaran dankedaulatan raja-raja Melayu. Visi kepengaranganRaja Chulan semakin kukuh melalui gambaran-gambaran peristiwa yang menakjubkan semasapembukaan Pulau Indera Sakti bagi melegitimasikankepimpinan dan ketuanan raja-raja di Negeri Perakyang tahu membina negeri, memelihara rakyat danmembesarkan agama Allah SWT. Penemuan versibaru Hikayat Misa Melayu yang tersimpan diCambridge University Library (MS Or. 832) bakalmembuka ruang penelitian yang berterusan terhadapKarya Agung yang berkaitan rapat dengan sejarahNegeri Perak Darul Ridzuan tersebut. Berdasarkanhuraian di atas, dapat dikatakan MS Or. 832 adalahsebuah versi baru Hikayat Misa Melayuberbanding dengan naskhah-naskhah yang sedia ada

termasuk teks Misa Melayu terbitan R. O. Winstedtpada tahun 1919. Suatu bentuk penelitian filologi yangkhusus harus dilakukan terhadap manuskrip HikayatMisa Melayu dalam simpanan di CambridgeUniversity Library (MS Or. 832) tersebut bagimembuat kesimpulan-kesimpulan yang lebih jitutentang asal-usul dan variasi bahasa serta isikandungannya.

NOTA

1 Sultan Iskandar Dzulkarnain Shah, Sultan Perak ke-15(1752-1765). Inilah kali pertama dan terakhir nama “SultanIskandar Zulqarnain” disebut dalam Hikayat Misa Melayu.Selepas itu, nama Sultan Iskandar ‘Inayat al-Shah puladigunakan. Mukadimah ini memberi gambaran bahawaHikayat Misa Melayu mula ditulis oleh Raja Chulan dalamzaman pemerintahan Sultan Iskandar Dzulkanain antaratahun 1752-1765. Pada bahagian kolofon, ada dicatatkannaskhah siap ditulis pada tahun 1202 Hijrah yangbersamaan tahun 1784 Masihi, yakni sewaktu zamanpemerintahan Sultan Alauddin Mansur Shah (1773-1786).

2 Tokoh yang sering dikaitkan sebagai asal-usul bagi raja-raja Melayu. Nuruddin al-Raniri dalam Bustan al-Salatin(lihat perbincangan dalam Jelani Harun, 2009) menyusur-galurkan Iskandar Zulqarnain sebagai seorang raja-raja Parsipurba.

3 Khusrau I Anushirvan “the Just”, seorang pemerintahSasanian pada abad ke-6 Masihi.

4 … anak cucu cicit Raja Julan (B), ... anak cucu cicit RajaChulan (C).

5 Bukit Seguntang Maharua Birua (B), Bukit SeguntangMaharau Birau (C).

RUJUKAN

Abdullah Zakaria Ghazali. (pnyt.). 1994. Misa Melayu: RajaChulan Raja Abdul Hamid. Kuala Lumpur: YayasanPenataran Ilmu.

Ahmad Fauzi Mohd. Basri (pnyt.). 1992. Misa Melayu. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Andaya, B. W. 1979. Perak, The Abode of Grace. Kuala Lumpur:Oxford University Press.

Arba’iyah Mohd Noor. 2011. Menyorot Kepengarangan MisaMelayu. Dlm Abdullah Zakaria Ghazali & Mohd. RadziHj. Ahmad. Perak: Warisan, Budaya & Sejarah. 220-244.Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.

Azmi Arifin. 2005. Feudalisme Melayu dan Perak Kurun ke-18 daripada Catatan Misa Melayu. Jurnal IlmuKemanusiaan 12: 49-74.

Bottoms, J.C. 1965. Malay Historical Works. In K.G.Tregonning (ed.). Malaysian Historical Sources: 36-62.Singapore: University of Singapore.

Braginsky, V.I. 1993. The System of Classical Malay Literature.Leiden: KITLV.

Buyong Adil. 1972. Sejarah Perak. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Page 13: Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or ... fileSebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library JELANI HARUN ABSTRAK Misa

Jelani Harun 15

Ceridwen, A. 2001. The Silsilah Raja-Raja Perak I: An Historicaland Literary Investigation into the Political Significance ofa Malay Court Genealogy. In MBRAS 74 (2): 23-125.

Echols, J. M. & Hassan Shadily. 1989. An Indonesian-EnglishDictionary.

Jeragan Abdul Shukor. 1907. List of Graveyards of the LateSultans of the State of Perak. JSBRAS 48: 92-106.

Mardiana Nordin. 2011. Syair Sultan Iskandar Bermain-mainKe Laut di dalam Misa Melayu: Warisan Seni UngkapanSejarah Pujangga Melayu. Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali& Mohd. Radzi Hj. Ahmad. Perak: Warisan, Budaya &Sejarah: 245-262. Kuala Lumpur: Persatuan MuziumMalaysia.

Maxwell, W.E. 1878. Notes on Two Perak Manuscripts. JSBRAS2: 183-183.

Maxwell, W.E. 1884. The History of Perak from Native Sources.JSBRAS 9: 305-321.

Jelani Harun, Ph.D.Prof. MadyaPusat Pengajian Ilmu KemanusiaanUniversiti Sains Malaysia11800 USM, Minden, Pulau Pinang, MALAYSIA.E-mail: [email protected]: 017-4836937

Misa Melayu oleh Raja Chulan. 1962. Kuala Lumpur: PustakaAntara.

Ricklefs, M.C. & Voorhoeve, P. 1977. Indonesian Manuscriptsin Great Britain. Oxford:Oxford University Press.

Sullivan, P. 1982. Social Relations of Dependence in a MalayState: Nineteenth Century Perak. MBRAS MonographNo. 10.

Wilkinson, R.J. 1959. A Malay-English Dictionary. London:Macmillan & Co. Ltd.

Winstedt, R.O. 1919. Misa Melayu. Singapore: MethodistPublishing House.

Winstedt, R.O. 1920. Malay Works known by Werndly in1736. JMBRAS 82: 163-165.

Winstedt, R.O. & Wilkinson, R.J. 1934. A History of Perak.JMBRAS 12. Part I.

Page 14: Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or ... fileSebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library JELANI HARUN ABSTRAK Misa

16 Jelani Harun

LAMPIRAN 1

SENARAI SULTAN PERAK SEHINGGA SULTAN IDRIS MURSHIDUL’AZAM SHAH (1887-1916)

BIL NAMA MARHUM PEMERINTAHAN

Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka Yang Akhir) Marhum Mangkat di Kampar m. 15301 Sultan Mudzafar Shah Marhum Tanah Abang 1528-15492 Sultan Mansur Shah I Marhum Kota Lama Kanan 1549-15773 Sultan Ahmad Tajuddin Shah Marhum Muda 1577-15844 Sultan Tajul Arifin Marhum Mangkat di Tebing 1584-15945 Sultan Alauddin Shah Marhum Mangkat di Darat 1594-16036 Sultan Mukaddam Shah Marhum Mangkat di Aceh 1603-16197 Sultan Mansur Shah II Marhum Mangkat di Aceh 1619-16278 Sultan Mahmud Shah Marhum Pulau Tiga 1627-16309 Sultan Sallehuddin Shah Marhum Mangkat di Kampar 1630-163610 Sultan Mudzafar Shah II (dari Siak) Marhum Jalilullah 1636-165311 Sultan Mahmud Iskandar Shah Marhum Besar Aulia Allah 1653-172012 Sultan Alaudin Mughayat Shah Marhum Sulong 1720-172813 Sultan Mudzafar Shah III Marhum Haji Allah 1728-174414 Sultan Muhammad Shah Marhum Aminullah 1744-175015 Sultan Iskandar Dzulkarnain Shah Marhum Kaharullah 1750-176516 Sultan Mahmud Shah Marhum Muda 1765-177317 Sultan Alauddin Mansur Shah Marhum Sulong 1773-178618 Sultan Ahmaddin Shah Marhum Bongsu 1786-180619 Sultan Abdul Malik Mansur Shah Marhum Jamalullah 1806-182520 Sultan Abdullah Mua’zzam Shah Marhum Khalilullah 1825-183021 Sultan Shahabuddin Riayat Shah Marhum Safiullah 1830-185122 Sultan Abdullah Muhammad Shah I Marhum Kadullah 1851-185723 Sultan Jaafar Mua’zzam Shah Marhum Waliullah 1857-186524 Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah Marhum Nabi Allah 1865-187125 Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah Marhum Mangkat di Sekudai 1871-187426 Sultan Abdullah Muhammad Shah II Marhum Habibullah 1874-187627 Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzafar Shah Marhum Gharirullah 1876-188628 Sultan Idris Murshidul’azam Shah Marhum Rahmatullah 1887-1916

LAMPIRAN 2

HALAMAN JUDUL DAN FAHARASAT HIKAYAT MISA MELAYU (MS OR. 832, HLM. 1-4)

Bahawa inilah Hikayat Misa Melayu Sultan Idris ibn Almarhum Iskandar Shah iaitu Keturunan Peraturan Isti‘adat Segala Raja-RajaYang Kerajaan Negeri Perak, maka beta hadiahkan kepada seri paduka sahabat beta Tuan R. J. Wilkinson, sekretari Tuan ResidenPerak adanya. [2]

Maka inilah yang boleh menghuraikan perkataan hikayat ini:5 Wa bihi6 Sebermula Almarhum Jalilullah8 Sultan Muzafar Shah kerajaan di sebelah hulu

Sultan Muhammad Shah kerajaan sebelah hilir10 Sultan Muhammad Shah memindahkan Sultan Muzafar

Shah ke Barhaman Indera14 Sutan Bakabut16 Tuanku Raja Muda balik dari Kuala Kangsar fasal gerak

Sutan Bakabut18 Kalakian Raja Halim dibawak Holanda ke Melaka20 Raja Halim melawan Raja Muda perang di Pulau Tiga26 Raja Kechik Muda dengan Raja ‘Ala al-Din berdatang

sembah kepada baginda Sultan Muzafar Shah peminanganRaja Muda. Menerima peminangannya

29 Raja Kechik Muda membawak tanda peminangan33 Baginda bicara hendak tindikkan puteranya40 Dato’ Bendahara pergi menjerat gajah ke Kampar. Balik

dari Kampar lalu kembali47 Tuanku Raja Muda nikah dengan Raja Budak Rasul50 Nikahnya54 Wasiat Sultan Muzafar Shah56 Jam yang dipakai kerajaan kepada zaman itu58 Tabal menjadi raja Sultan Iskandar62 Raja-raja Nobat aturan ‘adatnya [3]66 Menggelar Laksamana dan Faqih68 Sultan Iskandar ‘Inayat al-Shah hendak berubah tempat70 Fitnah Pir Muhammad74 Holanda datang mengadap membawak suliknya tujuh buah

Page 15: Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or ... fileSebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge University Library JELANI HARUN ABSTRAK Misa

Jelani Harun 17

76 Sudah keluar sulik Holanda itu78 Balai Gambang meninggalkan Barhaman Indera80 Bertolak dari Barhaman Indera84 Sampai ke Pulau Chempaka Sari87 Baginda hendak menuba Sungai Budiman92 Raja Muda mambuat masjid95 Baginda berangkat ke masjid dengan ‘adatnya97 Menitahkan Tambi Kechik ke Benua Keling104 Nakhoda kapal membeli gajah kepada baginda117 Sultan Iskandar laki isteri bersiram di Balai Pancha

Persada120 Baginda Yang Maha Mulia hendak membuat mahligai123 Tiga orang besar berhenti memulangkan bawarnya125 Raja Kechik Tengah menjadi Bendahara128 Baginda Ma’ulud al-Nabi di dalam mahligai132 Baginda mudik ke Sayung138 Baginda gering di Pachat141 Membayar qaul148 Kapten Holanda masuk151 Holanda menembak Shahbandar [4]

156 Dilihat Holanda bertambat di jambatan Maharaja Denda158 Baginda hendak ke Tanjung Putus160 Tuanku Raja Ampuan hendak ke maqam Almarhum Haji

Allah lalu mangkat167 Ikat-ikat Raja ke Laut219 Dikembalikan balik kepada hikayat220 Sultan Iskandar mangkat222 Tabalkan Tuanku Raja Muda menjadi Sultan

Raja Bendahara menjadi Raja MudaRaja Kechik Besar, Bendahara gelarnya

224 Raja Selangor masuk ke Perak226 Tabal Raja Selangor227 Sultan Mahmud Shah membuat tempat di Pasir Pulai227 Raja Selangor menyilakan Raja Perak nikah puteranya232 Pengiran masuk ke Perak hendak melanggar Qedah237 Sultan Mahmud Shah mangkat238 Sultan ‘Ala al-Din menjadi raja243 Lagu gendang Nobat245 Salasilah kerajaan Perak [5]

LAMPIRAN 3

Foto 1. MS Or. 832 di Cambridge University Library Foto 2. Halaman Faharasat MS Or. 832