sebagai bakal pemimpin dan pengurus sekolah saya akan menekankan kepimpinan birokratik

4
Sebagai bakal pemimpin dan pengurus sekolah saya akan menekankan kepimpinan Birokratik. Kepimpinan birokratik lebih berstruktur dan berfungsi mengikut prosedur yang ditetapkan yang berhieraki kepada Guru Besar dan disusuli oleh guru yang mempunyai kepakaran masing-masing. Tujuan diwujudkan sistem hierarki dalam organisasi birokrasi adalah untuk mebina sistem rantaian arahan yang tersusun. Dengan adanya hierarki ini, segala ranangan dapat disatukan dan pemusatan pembuata keputusan dapat dijalankan. Begitu juga dengan halnya bagi pengkhususan fungsi, dengan adanya pengkhususan setiap jabatan dalam organisasidapat menjalankan fungsi mereka masing-masing. Kedua-dua langkah bertujuan mengelak adanya bidang kuasa yang bertindih di antara satu sama lain. Dari segi layanan ke atas pekerja-pekerja pula, teori birokrasi mengambil pendekatan tidak dipengaruhi perasaan dan bersifat peribadi !impersonal", objektifnya ialah untuk mengurangkan pekerja menghabiskan masanya dengan berborak sahaja serta mengurangkan pekerjaan yang dijalankan dengan sewenang-wenangnya dan tidak konsisten. #endekatan ini adalah untuk memastikan setiap pekerja dilayan dan diperlakukan seara sama rata !Sims et al., $%%&". Setiap keputusan yang diputuskan menggunakan kuasa rasmi yang diberikan melalui perlantikan jawatan. Konsep kepimpinan ini kurang memberi tumpuan terhadap keperluan indi'idu dan ianya lebih bersifat autokratik. Sebenarnya birokrasi direka a pekerjaan dapat dijalankan dengan baik !(all, $%%%". )enurut *. (age !$%+ " birokrasi dibentuk untuk mewujudkan keekapan dan kebolehperayaan. Daripada kedua-dua sumber tersebut dapat dikatakan bahawa objektif utama teori birokrasi ialah untuk menjadikan sesebuah organisasi menjadi lebih ekap dan segala urusan pekerjaan di dalam organisasi dapat berjalan dengan baik dan lanar. iri-iri atau struktur birokrasi yang dianjurkan oleh eber sebenarnya menapai ke arah organisasi yang lebih efisien dan sistematik. Kewujudan sistem kawalan iaitu peraturan ditetapkan adalah bertujuan untuk mengawal seluruh struktur dan proses organisasi, pengawalan ini juga memerlukan pengetahuan teknikal ke arah menapai keekapan yang maksimum !)ou/elis, $%01". Saya lebih menekankan konsep kepimpinan kerana Teori birokrasi ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri, walaupun teori ini sering dikaitkan d pelbagai streotaip negatif, namun teoribirokrasi ini juga banyak memberikan sumbangan kepada teori dalam pengurusan sumber manusia.)enurut Kettner !2 2", terdapat tiga pertimbangan yang diambil kira dalam teori birokrasi iaitu pertama iala

Upload: joepcw1578

Post on 07-Oct-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kepimpinan birokratik

TRANSCRIPT

Sebagai bakal pemimpin dan pengurus sekolah saya akan menekankan kepimpinan Birokratik. Kepimpinan birokratik lebih berstruktur dan berfungsi mengikut prosedur yang ditetapkan yang berhieraki kepada Guru Besar dan disusuli oleh guru yang mempunyai kepakaran masing-masing.Tujuan diwujudkan sistem hierarki dalam organisasi birokrasi adalah untuk mebina sistem rantaian arahan yang tersusun. Dengan adanya hierarki ini, segala rancangan dapat disatukan dan pemusatan pembuatan keputusan dapat dijalankan. Begitu juga dengan halnya bagi pengkhususan fungsi,dengan adanya pengkhususan setiap jabatan dalam organisasi dapat menjalankan fungsi mereka masing-masing. Kedua-dua langkah bertujuan mengelak adanya bidang kuasa yang bertindih di antara satu sama lain. Dari segi layanan ke atas pekerja-pekerja pula, teori birokrasi mengambil pendekatan tidak dipengaruhi perasaan dan bersifat peribadi (impersonal), objektifnya ialah untuk mengurangkan pekerja menghabiskan masanya dengan berborak sahaja serta mengurangkan pekerjaan yang dijalankan dengan sewenang-wenangnya dan tidak konsisten. Pendekatan ini adalah untuk memastikan setiap pekerja dilayan dan diperlakukan secara sama rata (Simset al.,1995).Setiap keputusan yang diputuskan menggunakan kuasa rasmi yang diberikan melalui perlantikan jawatan. Konsep kepimpinan ini kurang memberi tumpuan terhadap keperluan individu dan ianya lebih bersifat autokratik.Sebenarnyabirokrasi direka agar pekerjaan dapat dijalankan dengan baik(Hall, 1999). Menurut J. Hage (1980) pula, birokrasi dibentuk untuk mewujudkan kecekapan dan kebolehpercayaan. Daripada kedua-dua sumber tersebut dapat dikatakan bahawa objektif utama teori birokrasi ialah untukmenjadikan sesebuah organisasi menjadi lebih cekap dan segala urusan pekerjaan di dalam organisasi dapat berjalan dengan baik dan lancar. Ciri-ciri atau struktur birokrasi yang dianjurkan oleh Weber sebenarnya mencapai ke arah organisasi yang lebih efisien dan sistematik.Kewujudan sistem kawalan iaitu peraturan yang ditetapkan adalah bertujuan untuk mengawal seluruh struktur dan proses organisasi, pengawalan ini juga memerlukan pengetahuan teknikal ke arah mencapai kecekapan yang maksimum(Mouzelis, 1967).Saya lebih menekankan konsep kepimpinan keranaTeori birokrasi ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri, walaupun teori ini sering dikaitkan dengan pelbagai streotaip negatif, namunteori birokrasi ini juga banyak memberikan sumbangan kepada teori dalam pengurusan sumber manusia.Menurut Kettner (2002), terdapattiga pertimbangan yang diambil kira dalam teori birokrasiiaitu pertama ialah kebertanggungjawapan (accountability), kedua ialah hierarki dan definisi tanggungjawab, manakala yang ketiga pula ialah penyediaan untuk kerja. Kesemua instrumen tersebut adalah kekuatan kepada teori ini dan inilah yang membezakannnya dengan teori organisasi yang lain.Kebertanggungjawabanadalah merupakan satu identiti dalam birokrasi. Salah satu faktor yang menyebabkan sesebuah organisasi memilih struktur birokrasi ini ialah untuk mengenalpasti dengan lebih tepat tanggungjawab dalam proses pembuatan keputusan. Hal inilah yang menyebabkan selalunya organisasi kerajaan memerlukan struktur birokrasi ini kerana tanggungjawab proses pembuatan keputusan sangat dipentingkan. Jika ditinjau dalam model teori-teori organisasi yang lain, model teori-teori tersebut mungkin juga lebih banyak mengemukakan syarat-syarat penyusunan kerja dan produktiviti yang fleksibel, namundalam sesebuah organisasi yang memerlukan kebertanggungjawapan yang tinggi dalam pembuatan keputusan, birokrasi adalah merupakan satu pilihan yang lebih praktikal.Instrumen kedua iaituhierarki dan definisi tanggungjawabadalah merupakan ciri penting birokrasi dalam membantu pengurusan tempat kerja yang tersusun. Lakaran prinsipal terhadap semua tugas haruslah jelas dan harus disusun dalam bentuk hierarki. Dengan adanya hierarki dan spesifikasi tugas ini,ianya dapat memberi kekuatan terhadap organisasi birokrasi kerana ia dapat memantapkan lingkungan kuasa yang ada pada jabatan, program, unit kecil dan bagi setiap pekerja itu sendiri.Salah satu lagi kelebihannya disini ialahsetiap pekerja amat jelas serta tahu kerja dan tugas harian yang patut dilakukan oleh mereka, tanpa perlu bergantung kepada arahan untuk melakukan sesuatu tugas daripada pihak lain. Sebagai contohnya disini seorang pekerja yang telah tahu tugas yang harus dilakukannya boleh terus melakukan kerja rutinnya tanpa perlu disuruh atau bertanya berkali-kali kepada orang atasannya tentang apa kerja yang harus dilakukannya lagi.Bagi instrumen ketiga iaitupenyediaan untuk kerja, Weber menyokong idea yang dikemukakan oleh Frederick W. Taylor bahawa untuk memastikan kecekapan organisasi, penyediaan untuk kerja mestilah berdasarkan kelayakan untuk penempatan pekerjaan di dalam organisasi. Dalam hal ini, sudah menjadi kebiasaan dalam bidang perkhidmatan sosial seseorang pekerja akan diberikan posisi dalam organisasi berdasarkan pendidikan profesional yang diterima oleh mereka, disamping pengalaman yang pernah mereka lalui dalam jangka masa tempoh tertentu. Hal inilah yang mejadi kekuatan kepada teori birokrasi ini keranaorganisasi birokrasi mengamalkan kaedah pemilihan pekerja yang benar-benar layak untuk bekerja di organisasinya dan tujuan utamanya ialah untuk mencapai kecekapan dalam melaksanakan tugas. Kejayaan sesebuah organisasi atau agensi pada hari ini adalah dibantu oleh kesedaran mengenai proses pembuatan analisis kerja secara teliti dan berhati-hati yang dapat menyediakan rangka kerja untuk memutuskan penempatan kerja seseorang pekerja. Keputusan penempatan kerja itu juga seharusnya adalah penyediaan kerja yang dapat dibuktikan dan bukannya data yang hanya berdasarkan gambaran umum semata-mata tanpa perincian.Walaubagaimanapun teori birokrasi juga mempunyai kelemahannnya. Anataranya ialah kurang mengambil kira faktor Manusia. Masalah ini timbul kerana organisasi birokrasi terlalu menekankan prinsip orientasi melakukan tugasan tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Dalam prinsip ini orang atasan harus menghindarkan pertimbangan peribadi dalam hubungannya dengan orang bawahan ataupun orang awam yang dilayaninya. walaupun pada dasarnya prinsip ini bertujuan untuk memberikan perlakuan yang adil terhadap semua orang, namun jika terlalu ditekankan atau tidak disesuaikan mengikut keadaan akan menyebabkan penurunan produktiviti sehingga menyebabkan timbulnya ketidakcekapan. Sebagai contohnya disini katakan terdapat dua jenis orang bawahan yang mempunyai daya produktiviti yang berbeza, golongan orang bawahan yang pertama mempunyai prestasi kerja yang baik manakala golongan orang bawahan yang kedua pula mempunyai prestasi kerja yang buruk, namun layanan yang diberikan oleh pihak atasan kepada kedua-dua golongan orang bawahan tersebut tetap sama. Keadaan ini akan menyebabkan timbulnya ketidakpuasan hati kepada orang bawahan yang mempunyai prestasi kerja yang baik itu tadi dan ini boleh mempengaruhi prestasi mereka kerana mereka kurang diberi penghargaan. Dalam kata lain, teori birokrasi tidak mengambilkira perasaan dan emosi para pekerja, dan inilah apa yang disebutkan sebagai kurang mengambil perhatian terhadap faktor manusia. Perkara ini boleh diatasi dengan perasaan timbang rasa daripada pihak atasan dengan sebab musabab yang boleh diterima.