scene edited with script

11
Scene 1: Place: Office Pada suatu hari, pengurus syarikat G telah memperkenalkan seorang pekerja baru yang merupakan seorang orang kurang upaya. Pengurus : Selamat pagi semua, di sini ada satu pengumuman. Suzzie ialah pekerja baru di sini. Harap kamu semua dapat memberi bantuan kepada rakan sejawat kamu ini apabila perlu. Soo : Hello semua, selamat pagi. Saya Suzzie. Harap kita dapat bekerja bersama-sama dengan gembira. Suzzie telah kehilangan lengan tangan kanan disebabkan oleh satu kemalangan jalan raya. Setelah berkenalan dengan semua pekerja, pekerja yang bernama Linda menjalan ke arah Suzzie dan menghulurkan satu dokumen kepada Suzzie untuk photocopy. Suzzie menggunakan tangan kiri untuk menerima dokumen tersebut. Linda : Apa maksud kau guna satu tangan untuk terima dokumen? Kurang ajar!!!!! Mana satu tangan lagi? Linda telah mendekati Suzzie dan mula mengejek Suzzie. Linda : (Ketawa yang membawa maksud tersirat) Amboi,rupanya kamu hanya ada satu tangan sahaja. Selanjutnya, situasi ini dibawa kepada seorang pekerja wanita yang bernama Calssie. Calssie merupakan seorang pekerja yang amat rajin

Upload: minxuan-chan

Post on 13-Nov-2015

230 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Scene 1:

Place: Office

Pada suatu hari, pengurus syarikat G telah memperkenalkan seorang pekerja baru yang merupakan seorang orang kurang upaya. Pengurus: Selamat pagi semua, di sini ada satu pengumuman. Suzzie ialah pekerja baru di sini.

Harap kamu semua dapat memberi bantuan kepada rakan sejawat kamu ini apabila

perlu. Soo

: Hello semua, selamat pagi. Saya Suzzie. Harap kita dapat bekerja bersama-sama

dengan gembira. Suzzie telah kehilangan lengan tangan kanan disebabkan oleh satu kemalangan jalan raya. Setelah berkenalan dengan semua pekerja, pekerja yang bernama Linda menjalan ke arah Suzzie dan menghulurkan satu dokumen kepada Suzzie untuk photocopy. Suzzie menggunakan tangan kiri untuk menerima dokumen tersebut. Linda

: Apa maksud kau guna satu tangan untuk terima dokumen? Kurang ajar!!!!! Mana

satu tangan lagi?

Linda telah mendekati Suzzie dan mula mengejek Suzzie.

Linda

: (Ketawa yang membawa maksud tersirat) Amboi,rupanya kamu hanya ada satu

tangan sahaja.Selanjutnya, situasi ini dibawa kepada seorang pekerja wanita yang bernama Calssie. Calssie merupakan seorang pekerja yang amat rajin dan sentiasa memperolehi prestasi yang sangat cemerlang dalam pekerjaannya. Walau bagaimanapun, Calssie gagal dari aspek sosialnya. Calssie kurang mengadakan interaksi dan kurang berkomunikasi dengan rakan sekerjanya, apatah lagi keluar berjalan-jalan dengan mereka. Sebenarnya, sikap Calssie yang begini adalah bukan sengaja, tetapi adalah kerana dia harus pulang ke rumah lebih awal untuk menyediakan makanan makan malam agar suaminya yang depresi kerana kehilangan pekerjaan tidak akan memarahi dan memukulnya.Scene 2:

Place: Rumah CalssieAnak perempuan Calssie yang berumur 7 tahun meminta duit daripada ayahnya untuk membeli buku latihan untuk kegunaan sekolah tetapi pada masa itu suami Calssie tengah berasa gelisah dan marah kerana kegagalannya dalam temuduga untuk mendapatkan pekerjaan baru. Anak: Ayah, ayah..... Jiji nak minta RM20 dengan ayah untuk membeli buku latihan sekolah....

Ayah: Eh, kau tak nampak keadaan ayah sekarang ni ke? Kau ingat ayah ni kaya kah? Kenapa sekolah kau selalu minta duit? Ayah tiada duit! Tak payah pergi sekolah lah!

Anak: Tak nak, tak nak.... Jiji suka sekolah, Jiji mau juga pergi ke sekolah...

Ayah: Ishhhh.... Geram betul anak ni!!!*Ayah pukul anak dengan gulung surat kharbar*

*Anak menangis*

Calssie: Ehh... Kenapa ni?! Kenapa abang pukul Jiji. Apa yang telah berlaku ni?

Suami: Kau diam sajalah! Eh, aku ni lapar tau! Dah pukul berapa ni? Tak payah masak ke? Kau tau tak aku dah interview berapa kali hari ni... Tiada satu kali yang berjaya.. Aku ni sekarang sangat geram tau.. Anak ni minta duit lagi!Calssie: Kerja saya baru siap, saya dah cuba untuk pulang awal ni.. Kalau anak minta duit, abang pun tak perlu nak pukul anak!Suami: Berani kau ajar saya ya!!Petelingkahan berlaku dan suaminya yang berpanas baran tidak dapat mengawal emosinya tersebut telah menampar dan memukul Calssie dan juga anaknya. Secene 3:

Place: OfficeSemasa bekerja, rakan sejawat yang bernama Siti yang duduk di sebelah Calssie telah mendapati bahawa lengan tangan, kaki dan muka Calssie berkesan lebam. Siti: Aduhai, Calssie! Kanapa kau jadi macam ni? Apa terjadi ni? Kasihan betul~Setelah Siti diberitahu Calssie kejadian yang sebenarnya, dia berjanji akan menyimpan rahsia tersebut daripada rakan-rakan sejawat yang lain. Siti berasa bahawa hak wanita patut dilindungi. Justeru, selepas mendapat keizinan daripada Calssie, dia pun menelefon kepada pusat kebajikan untuk membuat lapor atas kes Calssie tersebut dan pihak berkenaan telah menghantar wakil untuk menyiasat kes tersebut.

Scene 4:

Place:

Setelah diberi bimbingan, suami Calssie berasa amat menyesal atas tindakan-tindakannya sebelum ini terhadap isteri dan anaknya dan telah meminta ampun daripada mereka. Suami Calssie berjanji akan menjadi seorang suami dan juga seo/rang ayah yang baik dan bertanggungjawab.

Dengan sokongan yang diberi oleh keluarga, suami Calssie juga telah berjaya memperoleh pekerjaan yang baru dan kehidupan yang baru telahpun dimulakan.

Scene 5:

Place: Office

Di pejabat, semua pekerja sibuk bekerja....... Tibalah waktu minum petang.

Linda: Hey rakan-rakan, dah tiba masa minum petang ni, kamu semua nak makan apa atau minum apa tak?

Siti: Ohh, Linda nak belanja ke? Kalau Linda nak belanja, aku nak Sandwich Tuna dan kopi susu panas!

Calssie: Aku tak nak lah, suamiku dah belikan aku kek lapis.

Semua orang: Waaaa......

Jiawen: Erm... aku nak Sandwich Tuna juga.

Pengurus: Eh, Tolong belikan saya Teh tarik ya!Linda: Ya, puan! Dengar tak Suzzie? Dah ingat apa yang perlu dibeli? Ok, cepat pergi sekarang dan cepat balik ya!...... Eh, tunggu! Jangan lupa belikan saya Milo sejuk kurang ais, kurang manis dan juga Sandwich Tuna ya!Jiawen berasa kesian terhadap Suzzie dan bersukarela untuk menggantikan Suzzie untuk membeli makanan. Jiawen: Linda, sikap kamu ni tak betul tau... Tidak apalah Suzzie, saya pergi beli sajalah.Suzzie: Tapi......

Jiawen: Jangan risau!Sampai di kedai runcit**

Jiawen: tauke

Tauke : apa lu mau??

Jiawen: saya nak beli sandwich

Tauke: ooo, sandwich ada banyak,ikan pun ada, telur pun ada, lembu pun ada.

Jiawen: tuna..

Setelah Jiawen membuat pembeliannya di kedai runcit dan kembali ke pejabat, dia pun membahagikan makanan kepada rakan-rakan sejawat. Siti yang teliti telah mendapati bahawa makanan tersebut telah melepasi tarikh luput. Jiawen dengan segeranya mengumpulkan makanan-makanan yang luput dan kembali ke kedai runcit tersebut untuk memberitahu tauke kedai runcit tersebut bagi melindungi haknya sebagai pengguna. Jia Wen: Tauke.

Tauke: apa lu mau???ei, kamu lagi.

Jiawen: Bukan, sandwich yang saya beli tadi sudah melepasi tarikh luput.

Tauke kedai runcit tersebut bersikap keterbukaan. Setelah menerima aduan yang dibuat oleh Jiawen, dia meminta maaf kepada Jiawen dan sanggup menukarkan makanan yang baru kepada Jiawen. Tauke: Minta maaf, saya akan mengganti yang baru kepada kamu.

Jia Wen: Terima kasih banyak tauke!Secene 6:

Place:

Linda sedang mengemaskan dan menguruskan dokumen-dokumen penting yang diarah oleh Pengurus syarikat. Linda menggunakan mesin serba guna untuk fotostatkan dokumen-dokumen penting tersebut. Namun, dia tertekan suis "Cincang Kertas" dan telah menyebabkan dokumen-dokumen penting tersebut telah menjadi cepisan halus. Linda kelam kabut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Linda : Oh No!! Apa yang telah saya buat ni? Macam mana ni...... Kali ini boss mesti akan marah...... Dia akan benci saya dan yang paling penting saya tidak akan diberi peluang untuk naik pangkat! Alamak! Siapa boleh tolong saya??!!

Pada masa tersebut, Linda mendapati bahawa Suzzie yang juga dalam bilik tersebut telah mengetahui kesalahan yang Linda lakukan. Tiba-tiba, Pengurus syarikat masuk ke dalam bilik tersebut untuk mengessa Linda supaya mempercepatkan tindakannya untuk fotostatkan dokumen penting tersebut.

Pengurus syarikat: Linda, mana itu dokumen-dokumen yang saya bagi kamu tu tadi? Lambatnya

kamu...... Saya kena pergi mesyuarat sudah! Cepat bagi saya sekarang!

Linda tidak ingin kesalahan pada kali ini mempengaruhi peluang untuk naik pangkat. Dia pun menyalahkan Suzzie dan memberitahukan Pengurus syarikat bahawa Suzzie telah memusnahkan dokumen-dokumen penting tersebut.Linda: Puan, nasib baik kamu datang sini sekarang. Saya tengah nak laporkan perkara ini kepada puan. Tadi, Suzzie curi-curi tengok dokumen-dokumen semasa saya pergi ke tandas. Selepas saya kembali ke sini, dokumen-dokumen itu dah telah dimusnahkan. Nah! inilah

buktinya!

*Linda tunjukkan cepisan kertas*Pengurus syarikat: Oh My God! Kau kah yang memusnahkan dokumen saya ini? Berani kau ni!

Tau tak, kalau bukan saya kesian kau ni, saya tidak akan upah kau!

Sekarang, kau pula yang melakukan kesalahan serius ini. Memang harapkan

pagar, pagar makan padi! Kau memang tak hargai kerja ini. Tau tak,

apakah kesannya kalau tiada dokumen ini??Suzzie: Maafkan saya puan, saya bukan sengaja, saya dah tau kesalahan saya puan...... puan jangan pecatkan saya...... Saya amat perlukan pekerjaan ini...... Saya janji saya tidak akan ulangi kesalahan yang sama lagi.... Maafkan saya puan.... Janganlah pecat saya.....Pengurus syarikat: Saya tak kata nak pecat kau pun... Nasib baik dokumen itu bukan yang

original. Untuk memastikan kau mendapat pengajaran ini, gaji kau akan

dipotong selama tiga bulan.

Suzzie: Terima kasih puan, terima kasih puan......Linda berasa terharu terhadap tindakan Suzzie yang sanggup menggantikannya untuk mengakui kesalahan. Dia berasa menyesal tentang perkara-perkara yang telah dilakukannya selama ini terhadap Suzzie. Linda: Maafkan saya Suzzie, saya tidak patut menghina kamu disebabkan kamu OKU... Sekarang saya dah faham, walaupun kamu mempunyai kecacatan fizikal, tetapi kamu memiliki hati yang sihat dan ikhlas.Linda meminta maaf daripada Suzzie dan Suzzie yang tidak menyimpan dendam pun telah memaafkannya.

Selepas kejadian tersebut, Linda telah menukarkan sikap dan perangainya terhadap orang lain. Dia tidak membuli Suzzie lagi dan sebaliknya selalu menghulurkan bantuan kepada Suzzie. Scene 7:

(Elaine)

Secara rumusnya, sekiranya kita mengamalkan nilai saling membantu dan menghormati, peluang berlakunya pertelingkahan dan konflik akan berkurang dan dengan ini, hubungan antara manusia sama ada dalam keluarga, masyarakat ataupun negara akan lebih mesra dan harmoni. (XiangXiang)

Nilai memelihara, melindungi dan menghargai hak seperti hak kanak-kanak, hak wanita, hak pengguna dan lain-lain harus dipentingkan dan diamalkan supaya masyarakat dapat hidap bersama secara aman dan selesa.

(Jia Wen)

Sekiranya setiap manusia sudi untuk mengamalkan nilai murni, maka negara kita akan memiliki rakyat yang produktif dan berkualiti.

Sampai sinilah drama kami hari ini, Sekian Terima Kasih.

Ahli Jawatankuasa

Character:

Narrater: Christina

Calssie: Gan Yin

Suami Calssie: Jonathan

Anak Calssie: Elaine

Siti: Xiang Xiang Linda: Hui Ling

Jiawen : Jia Wen

Tauke kedai runcit: Carmen

Suzzie: Shey Mei

Pengurus Syarikat: Min Xuan

Power Point: Wong Xiang Xiang

Skript: Gan Yin

Soo Shey Mei

Peralatan: Jia Wen

Hui Ling

Carmen

Christina

Muzik: Jonathan

Direktor: Min Xuan

Naib director: Elaine Loh