satu tinjauan terhadap pemilihan profesion … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada...

25

Upload: voliem

Post on 07-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8
Page 2: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8
Page 3: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN DI

KALANGAN SISWAZAH KEJURUTERAAN DI MAKTAB PERGURUAN

TEKNIK KUALA LUMPUR

MOHD SAHIBUDILAH BIN MAT YUSOF

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Jentera )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mac, 2004

Page 4: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8
Page 5: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

iii

DEDIKASI

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin,

rahmat serta limpah kurniaNya maka kertas laporan ini dapat disiapkan.

Teramat istimewa buat,

Ayahanda MAT YUSOF BIN ADAM

Jasamu dan kasihmu menjadikan aku insan.

Bonda;

Semoga dicucuri rahmat.

Ibu dan Ayah mertuaku

yang memberi ketenangan

Isteriku yang sangat mengerti dan memahami

NORSADEKIN ABDUL AZIZ

Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian

sepanjang pengajianku. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat serta hidayah dari Allah

s.w.t.

Page 6: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya

menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil kesempatan

ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih buat

PM. Dr. Shariff bin Omar selaku Pensyarah Pembimbing Projek Sarjana Muda yang telah

banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang membina hingga

membolehkan saya menyempurnakan projek ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan seperjuangan

khususnya kepada pelajar tahun 4, Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan dan tidak

lupa juga kepada semua yang terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi

menjayakan projek penulisan ini.

Akhir sekali istimewa untuk isteri, pengorbanan serta dorongan yang diberikan

amat dihargai. Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Page 7: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor – faktor yang

mempengaruhi pemilihan profesion perguruan Teknikal di kalangan Siswazah

Kejuruteraan. Seramai 60 orang pelajar semester satu ( Kejuruteraan Jentera,

Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Awam) yang sedang mengikuti Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah terlibat dalam kajian ini. Hasil analisis menunjukkan

faktor keinginan untuk menyampai ilmu, memperkembangkan kemahiran serta

mendidik anak bangsa merupakan motif utama pemilihan kerjaya ini. Manakala

faktor cuti yang panjang , di mana kesesuaian waktu kerja serta keluangan masa

yang cukup untuk bersama keluarga juga mempengaruhi pemilihan profesion ini.

Faktor seterusnya ialah dorongan oleh ahli keluarga terutamanya ibubapa , ini di

ikuti oleh faktor minat terutama minat terhadap bidang teknikal. Faktor gaji dan

rakan sebaya kurang mempengaruhi responden dalam pemilihan kerjaya ini. Dapatan

menunjukkan responden yakin bahawa profesion ini merupakan profesion yang

memberikan kepuasan kerja yang mereka inginkan. Ini menunjukkan profesion ini

bukanlah dipilih sebagai pilihan yang terakhir. Keyakinan ini diharap akan

menjadikan mereka sebahagian daripada golongan pendidik yang mempunyai

komitmen tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab.

Page 8: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

vi

ABSTRACT

The study was to identify the factors influencing the engineering graduates

to choose teaching as their profession. Sixty 1st semester students undergoing the

“Kursus Perguruan Lepasan Ijazah,” program (Mechanical, Electrical and Civil

Engineering), were involved in this study. From the analysis done, it was found

that the desire to enhance and impart knowledge and to teach were the main

factors influenced them to choose the teaching profession. Long duration of

holiday, which will allow them to spend more time with families, was also the

reason. Other factors were the support given by family members especially from

their parents and their high interests toward technical field. The wage and the

influence of peers had less effect on their decision. The study shows that the

respondents were confident that the teaching profession would give them

satisfaction. Their confidence hopefully will develop them to be a part of the

highly spirited, committed and responsible teachers.

Page 9: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

Page 10: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

viii

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Skop Kajian 12

1.9 Definisi 13

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Teori Pemilihan Kerjaya 15

2.3 Faktor Minat Dalam Pemilihan Kerjaya 19

2.4 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya Dan Keluarga 21

2.5 Faktor Keinginan Menyampaikan Ilmu 23

2.6 Faktor Gaji Dan Cuti 25

2.7 Kesimpulan 27

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Sampel Kajian 29

3.4 Tempat Kajian 29

3.5 Instrumen Kajian 30

3.6 Kajian Rintis 32

3.7 Pengumpulan Data 32

3.8 Penganalisisan Data 32

BAB IV ANALISA DATA

4.1 Pengenalan 34

Page 11: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

ix

4.2 Analisis Data 34

4.3 Analisa Bahagian A: Biodata Responden 35

4.4 Analisis Bahagian B: Analisis Setiap Item

Mengikut Faktor Pemilihan 37

4.4.1 Faktor Minat 38

4.4.2 Faktor Rakan Sebaya 39

4.4.3 Faktor Keluarga 41

4.4.4 Faktor Keinginan Menyampaikan Ilmu 43

4.4.5 Faktor Cuti 45

4.4.6 Faktor Gaji 47

4.5 Analisis Keseluruhan 49

4.6 Kesimpulan 51

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 52

5.2 Perbincangan

5.2.1 Faktor Minat 53

5.2.2 Faktor Rakan Sebaya 55

5.2.3 Faktor Keluarga 56

5.2.4 Faktor Keinginan Menyampaikan Ilmu 58

5.2.5 Faktor Cuti 60

5.2.6 Faktor Gaji 62

5.3 Rumusan 63

5.4 Cadangan Kajian. 65

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66

BIBLIOGRAFI 67

LAMPIRAN

Page 12: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Responden Kajian Mengikut Kursus dan 28

Jantina.

3.2 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Latar Belakang 29

3.3 Pembahagian Item Bahagian B berdasarkan Faktor

Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Perguruan. 29

3.4 Pemeringkatan Skala Likert 30

3.5 Pengkelasan Skor Skala Likert 32

3.6 Analisis Petanda Skor Min 32

4.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina 34

4.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Pengkhususan dan Perkahwinan 34

4.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Pengalaman Berkerja 35

4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan

Min Bagi Faktor Minat. 37

4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan

Min Bagi Faktor Rakan Sebaya. 39

4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan

Min Bagi Faktor Dorongan Keluarga 41

4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan

Page 13: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

xi

Min Bagi Faktor Keinginan Menyampaikan Ilmu 43

4.10 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan

Min Bagi Faktor Cuti . 45

4.11 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan

Min Bagi Faktor Gaji . 47

4.12 Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Pemilihan Profesion

Perguruan. 49

Page 14: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

xii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKASURAT

2.1 Hiraki Keperluan A. Maslow 18

4.1 Taburan Min Bagi Faktor Pemilihan

Profesion Perguruan 50

5.1 Taburan Min Setiap Item Bagi Faktor

Minat 52

5.2 Taburan Min Setiap Item Bagi Faktor

Rakan Sebaya 54

5.3 Taburan Min Setiap Item Bagi Faktor

Keluarga 55

5.4 Taburan Min Setiap Item Bagi Faktor

Keinginan Menyampaikan Ilmu 57

5.5 Taburan Min Setiap Item Bagi Faktor

Cuti 59

5.6 Taburan Min Setiap Item Bagi Faktor

Gaji 61

Page 15: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A. Borang Soal Selidik

B. Surat Akuan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

C. Surat Kebenaran Menjalakkan Kajian Dari Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 16: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari skop da kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda.

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Jentera )”

Tandatangan : ……………………………………………………………..

Nama Penyelia : P. M. Dr. SHARIFF BIN OMAR

Tarikh : ……………………………………………………………..

Page 17: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, pada

28 Febuari 1991, telah mengemukakan satu kertas dasar dengan judul “ Malaysia

Melangkah Ke Hadapan", pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia. Kertas

dasar tersebut mengandungi visi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri

moden pada tahun 2020, yang kemudiannya dikenali sebagai Wawasan 2020. Kini 10

tahun telah berlalu, Kerajaan telah berusaha untuk memastikan sembilan cabaran yang

diperincikan dalam kertas dasar tersebut akan dapat dicapai.( Berita Harian, 30 April

1997 )

Wawasan 2020 mencita – citakan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju

dalam segala segi. Umumnya rakyat Malaysia mengalu-alukannya.Visi mengenai

pembentukan bangsa dan negara ini adalah perancangan jangka panjang memastikan

Malaysia baru yang hendak dibina “dikongsi Bersama”cabaran mencapai wawasan 2020

memang besar. Garis permulaan yang dijadikan landasan penggerak wawasan ini ialah

sekolah. Guru akan menjadi nadi perancang, membentuk dan melaksanakan tugas

wawasan selepas pihak perancang di Kementeriaan Pendidikan dan Jabatan Pendidikan

Negeri.

Page 18: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

2

Berdasarkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan sebagaimana yang dinyatakan

tadi, sudah pasti rakyat mesti menguasai pengetahuan terutamanya dalam bidang

teknologi bagi melaksanakan usaha tersebut. Pendidikan memainkan peranan yang

penting menyediakan rakyat yang berpengetahuan dan memperolehi kemahiran terutama

dalam bidang teknologi kejuruteraan. Sesuai dengan matlamat tersebut Kementerian

Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional telah menaikkan taraf

Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik bermula tahun 1997

dan pada tahun 2000 semua sekolah Menengah Vokasional dinaikkan taraf menjadi

sekolah Menengah Teknik.( Rancangan Malaysia Ke-7 , 1996 – 2000)

Langkah tersebut bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai pelajar

mengikuti jurusan teknikal. Mata pelajaran Kemahiran Hidup, Reka cipta, Teknologi

Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan juga diajar di sekolah harian biasa dengan

matlamat menanam minat , memberi pengetahuan asas supaya pelajar akan terus dapat

memperkembangkan idea dan minat terhadap teknologi.

Maklum balas Kementerian Pendidikan dalam laporan yang sama menyatakan

antara usaha yang dilakukan ialah menyediakan senarai peralatan dan bahan praktikal

sains untuk sekolah rendah dan menengah, menerbitkan buku kemahiran dan strategi

berfikir, mengadakan program sandaran pelajar Rekacipta di Industri Tempatan,

memperkenalkan penggunaan “Electronic Education Kits” dalam matapelajaran

Kemahiran Hidup dan Rekacipta serta menerapkan pembelajaran secara ‘Contextual

Learning’ dalam sistem pembelajaran teknik dan vokasional.

Penaikkan taraf Sekolah Menengah Vokasional kepada sekolah Menengah

Teknik telah menambah bilangan pelajar jurusan sains dan teknikal. Menurut Menteri

Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (1998) pengambilan pelajar

Page 19: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

3

aliran teknikal ditambah 40% untuk tahun depan , iaitu pertambahan sebanyak 16,000

pelajar menjadikan jumlahnya sebanyak 35,000 berbanding 19,000 pada tahun ini.

Pertambahan pengambilan pelajar ke aliran teknikal akan terus dipertingkatkan selaras

dengan penaikkan taraf Sekolah Menengah Vokasional ke Sekolah Menengah Teknik.

Perkembangan ini menjadikan keperluan guru teknikal juga bertambah.

Kementerian Pendidikan mewujudkan program untuk menambah bilangan guru teknikal

seperti Kursus Lepasan Ijazah (KPLI) bagi Siswazah Kejuruteraan dan Program

Perguruan Pertukangan Khas (PTK) untuk lepasan Politeknik yang memiliki sijil

kejuruteraan di Maktab Teknik, Cheras. Universiti teknologi Malaysia juga

menawarkan Kursus Perguruan Teknikal ( Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan )

kepada pemegang Sijil Kejuruteraan Politeknik dan Diploma Kejuruteraan melalui

kemasukan terus ke tahun 2 dan keatas.

1.2 Latar belakang Masalah

Perubahan pesat yang berlaku dalam teknologi tidak pernah mengurangkan

kepentingan tugas guru terutama dalam pendidikan. Mok Soon Sang ( 1992 )

menyatakan bahawa Reformasi Pendidikan yang bermula awal 80an menuntut

komitmen yang lebih tinggi dari pendidik. Teknologi maklumat contohnya membawa

kepada kepelbagaian alatan atau teknik baru dalam pengajaran. Selari dengan itu guru

mestilah memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk menguasai dan

mengendali sumber tersebut.

Kepentingan tugas guru bukan bermakna guru ataupun profesion perguruan

suatu tugas yang mudah. Malah semakin hari profesion perguruan menghadapi pelbagai

Page 20: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

4

cabaran, kritikan , cemuhan dan rungutan terutamanya dari aspek mutu dalam

pengajaran dan pembelajaran,( Mastika, Mei 1995 ). Ketua Pengarah Pendidikan , Datuk

Abdul Rafie Mahat (2001) menyatakan segala apa yang diperkatakan , dianalisis dan

dijadikan perbahasan umum mestilah diterima sebagai maklum balas untuk membantu

memartabatkan profesion perguruan. Menurut beliau profesion perguruan dewasa ini

menghadapi berbagai cabaran , ianya bersaing dengan profesion lain yang menawarkan

ganjaran yang lebih lumayan. Ada sesetengah masyarakat menganggap profesion ini

sebagai kerja yang darjatnya menurun kerana kelakuan anggotanya sendiri yang

dianggap tidak lagi memenuhi kehendak masyarakat.

Kenyataan yang diakui oleh Datuk Rafie Mahat diatas menunjukkan masyarakat

sekarang melihat profesion perguruan secara kritikal serta menyeluruh termasuklah

aspek ganjaran atau gaji, minat dan komitmen guru terhadap tugas dan tanggung jawab.

Tinjauan terhadap golongan remaja yang menuntut di institut pengajian tinggi

menunjukkan bahawa golongan ini berpendapat gaji yang ditawarkan untuk kerjaya

sebagai seorang guru atau pendidik adalah kecil jika dibandingkan dengan kelayakan

yang mereka ada. Mereka juga berpendapat kerjaya pilihan ada kaitan dengan status

hidup, oleh itu ramai remaja memilih untuk menceburi profesion yang lebih berprestij

seperti jurutera dan doktor.

Tokoh pendidik negara Tan Sri Ainuddin Wahid (1990) menyatakan orang

sekarang melihat tinggi rendah seseorang itu berdasarkan apa yang mereka miliki.

Menurut beliau kerana ganjaran yang kurang menarik berbanding profesion yang lain ,

profesion perguruan dijadikan Jaring Penyelamat untuk orang mencari kerja. Apabila

mereka tidak mendapat pekerjaan yang mereka idamkan mereka akan beralih kepada

profesion perguruan. Apakah fenomena ini menunjukkan mereka yang memilih

profesion perguruan sebahagiannya bukanlah mereka yang berminat atau bercita – cita

menjadi guru?

Page 21: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

5

Tajul (1995) menyatakan salah satu daripada ciri penting yang perlu ada pada

seseorang guru atau bakal guru ialah mereka mestilah mempunyai minat penuh terhadap

keseluruhan tugasnya, baik di sekolah ataupun dalam sebarang isu kemasyarakatan

ketika berada di luar sekolah. Mereka yang menjadi guru hanya kerana gaji ataupun

kerana tidak mendapat pekerjaan lain, perlulah segera mengubah sikap. Mereka perlulah

segera meminati bidang perguruan. Jika tidak mereka hanya menipu diri sendiri dan

masyarakat. Ini menunjukkan seseorang yang ingin menjadikan profesion perguruan

sebagai kerjaya mereka mestilah meminati profesion ini.

Zuria (1998) menyatakan orang melamar kerja kerana adanya gaji tetapi gaji

tidak menimbulkan kepuasan kerja .Pada masa dahulu mereka yang memilih profesion

perguruan bukan kerana gaji yang lumayan tetapi keadaan kerja pada masa itu dianggap

sessuai dengan keperluan, nilai , falsafah hidup, ciri kerja separuh hari , ada cuti yang

panjang , mobiliti yang mudah, peluang mengasuh dan mendidik dan memberikan kasih

sayang.

Ini menunjukkan ciri kerja separuh hari dan cuti yang panjang dianggap suatu

faktor yang menyebabkan kerjaya perguruan dipilih. Malah tugas guru tidak terhad

kepada kepada waktu persekolahan sahaja, guru perlu mengendalikan kegiatan

kokurikulum seperti permainan dan persatuan serta lain – lain aktiviti yang telah

dirancang oleh pihak pentadbiran. Guru juga terpaksa membawa balik kerja –kerja

menyemak kerja pelajar, menyemak jawapan ujian dan peperiksaan, rekod – rekod

pelajar untuk disiapkan di rumah.

Hakikatnya guru tidaklah diperuntukkan cuti seperti mana cuti persekolahan.

Menurut Surat Pekeliling Iktisas Bil.5/1977 Kementerian Pendidikan menegaskan guru

adalah kakitangan kerajaan, maka semua guru tertakluk kepada Perentah Am Bab C,

perenggan 50 menyatakan

Page 22: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

6

“Ketua jabatan boleh memanggil guru-guru menjalankan tugas selain daripada tugas-tugas biasa semasa percutian penggal sekolah.”

Manakala Surat Pekeliling Iktisas 1/1981 Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa

waktu tidak mengajar adalah masa bekerja bagi guru-guru dan pengetua boleh

mengarahkan guru menggunakan masa tersebut mengantikan guru yang tidak hadir,

membuat persediaan mengajar, memeriksa buku latihan dan lain-lain tugas yang

difikirkan perlu.

Tugas guru meliputi berbagai aspek, bukan hanya sekadar mengajar di bilik

darjah. Selain dari tugas hakiki tersebut guru ternyata memikul beban tugas yang

banyak. Selain mengajar, menguji, menilai, membimbing dan memulihkan pelajar, Guru

juga menguruskan rekod pelajar, biasiswa, buku teks, yuran, surat kepada ibubapa,

disiplin, kecerian sekolah, panitia mata pelajaran , juga dalam gerak kerja kokurikulum

seperti penasihat persatuan dan kelab, jurulatih, pengangkutan dan jaminan keselamatan

serta tugas perhubungan awam seperti perbincangan dengan ibubapa, masyarakat dan

juga agensi kerajaan /swasta.

Sementara Asmah (1991) menyatakan bahawa seseorang guru memainkan

berbagai peranan di sekolah . Peranan –peranan yang rencam ini adalah berkait secara

langsung dan tidak langsung antara satu sama lain. Peranan guru adalah seperti pemberi

maklumat pelajar dan pengerak kurikulum, pendisiplin, penganti ibubapa,sebagai

kaunselor dan pembimbing, penasihat atau pengerak kegiatan kokurikulum, pembentuk

peraturan sekolah, pembina sahsiah , kadang kala sebagai jurutaip, kerani dan pekerja

am dan juga sebagai pelajar.

Pemilihan kerjaya perguruan oleh seseorang kemungkinan juga melibatkan

pengaruh dan dorongan daripada pihak ketiga iaitu keluarga, terutama ibubapa dan juga

pengaruh rakan sebaya. Quek(1991), Hishammuddin(1995), Mat Khailil(2000) dan

Page 23: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

7

Mohd.Aniza (2000) mendapati keluarga terutama ibubapa memang mempengaruhi

pemilihan kerjaya seseorang. Mereka juga menyatakan pengaruh ibubapa adalah lebih

dominan berbanding pengaruh rakan sebaya dalam soal pemilihan kerjaya seseorang.

Berdasarkan keadaan beban kerja, kebajikan dan gaji yang kurang menarik,

waktu kerja dan cuti yang tidak tetap dan kesukaran kerajaan dalam memenuhi

tuntutan bagi meningkatkan kedudukan profesion perguruan jelas sekali profesion ini

tidak menjanjikan sesuatu yang lebih baik berbanding profesion lain. Namun masih

ramai yang memilih profesion perguruan sebagai kerjaya. Lulusan Ijazah Kejuruteraan

adalah golongan yang mempunyai latar belakang dan kemahiran dalam bidang

kejuruteraan dan mampu memilih kerjaya dalam bidang yang mereka pelajari dengan

mendapat gaji yang lebih baik, namun ada di antara mereka yang memilih profesion

perguruan sebagai kerjaya.

Namun apakah yang menyebabkan mereka ini memilih perguruan sebagai

kerjaya mereka. Dari persoalan ini pengkaji membuat keputusan untuk membuat kajian

apakah yang menyebabkan mereka memilih profesion perguruan . Dari perbincangan di

atas , pengkaji menetapkan faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah minat terhadap

profesion perguruan, faktor rakan sebaya, faktor keluarga, faktor keinginan

menyampaikan ilmu, faktor cuti dan faktor gaji .

Page 24: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

8

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini akan dijalankan untuk mengenalpasti apakah faktor yang

menyebabkan lulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan yang sedang mengikuti Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) semester satu di Maktab Perguruan Teknik Cheras

Kuala Lumpur memilih profesion perguruan sebagai kerjaya mereka.

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenalpasti sejauhmana minat, keinginan menyampai ilmu dan dorongan

keluarga serta pengsruh rakan sebaya menjadi faktor yang mempengaruhi

siswazah kejuruteraan memilih profesion perguruan sebagai kerjaya mereka.

1.4.2 Mengenalpasti sejauhmana imbuhan (gaji) dan cuti yang panjang menjadi factor

yang mendoron pemilihan profesion perguruan di kalangan siswazah

kejuruteraan yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

Page 25: SATU TINJAUAN TERHADAP PEMILIHAN PROFESION … · sepanjang pengajianku. ... khususnya kepada pelajar tahun 4, ... 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 8

9

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Adakah minat menjadi faktor dalam pemilihan kerjaya sebagai guru di kalangan

Siswazah Kejuruteraan. (SK)

1.5.2 Adakah faktor dorongan keluarga mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru

di kalangan (SK)

1.5.3 Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru di

kalangan (SK).

1.5.4 Adakah faktor keinginan menyampaikan ilmu menjadi pendorong pemilihan

kerjaya sebagai guru di kalanga (SK).

1.5.5 Adakah faktor gaji mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru di kalangan

(SK).

1.5.6 Adakah faktor cuti mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru di kalangan

(SK).