melayu baru melayu lama

206

Click here to load reader

Upload: abi20

Post on 10-Jun-2015

7.633 views

Category:

Documents


31 download

TRANSCRIPT

Page 1: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BAB 1

APA ITU “MELAYU”

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa

terutamanya di Semenanjung Malaysia. Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas pula

menyatakan Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa melayu dan mengamalkan

adat resam orang melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak

sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya

Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya kerajaan Srivijaya.

Seterusnya dari segi etimologi, perkataan “Melayu” itu dikatakan berasal daripada

perkataan Sanskrit “Malaya” yang bermaksud “bukit” ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber

sejarah yang mengatakan bahawa perkataan “Melayu” berasal dari “Sungai Melayu” di Jambi

.

1. MASYARAKAT MELAYU

Siapa yang dikatakan “melayu”?

Mereka yang dikatakan melayu secara normalnya mempunyai kulit beerwarna coklat,

fizikalnya tahap sederhana tetapi gagah dan bersopan santun atau lemah lembut. Mereka juga

dikenali atau dilabel sebagai “bumiputera”di Semenanjung Malaysia. Secara amnya, terdapat

dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang melayu atau tidak.

Ianya terdiri daripada penakrifan undang-undang dan penakrifan antropologi.

Menurut penakrifan undang-undang, orang melayu di Malaysia didefinisikan dengan

merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160(2) orang melayu ditakrifkan

sebagai :

Seorang yang beragama Islam

Bertutur bahasa Melayu

Mengamalkan adat istiadat Melayu

1

Page 2: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada

hari merdeka, di bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Definisi undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia.

Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang

Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya, di selatan Thailand

terdapat juga kelompak manusia yang berrtutur Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya

orang Melayu.

Manakala, penakrifan Antropologi pula menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli

antropologi di Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang,

berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari

segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem

kemasyarakatan dwisisi dan kenegarasian yang termasuk dalam bangsa Mangoloid.

Adakah orang Kelantan orang Melayu sebenar?

Benarkah Melayu Kelantan merupakan orang Melayu orang asal di negara ini

berbanding dengan orang Melayu di tempat lain? Hipotesis mengenainya mungkin

berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti

Sains Malaysia (USM) Kubang kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin. Menurutnya,

hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid

Deokrsiribonukleik (Mithochondial-DNA) dalam kalangan beberapa penduduk di pedalaman

Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.

Bagaimanapun, katanya hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenai

Siapa Melayu sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia kesembilan

(RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi. Ketika ini, 12 etnik Melayu di negara ini

termasuk mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dari

Kemboja dan Yunan dari China. “Bagaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah

sejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah intuk mencari fakta

terbaru berdasarkan penyelidikan kita sendiri,” katanya.

2

Page 3: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Kajian ini bukan untuk mengelirukan status Melayu dalam kalangan etnik-etnik

Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling awal

wujud. Penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara ini yang memberi tumpuan

kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi

Melayu Moden dengan Melayu Proto.

Hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada

populasi “Mongoloid” dari selatan China atau “Austranasian” yang berhijrah ke kawasan lain

di Asia antara 6000 hingga 8000 tahun dahulu. Manakala, populasi Melayu Proto pula wujud

lebih awal iaitu kira-kira 200 000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika. Walaupun kajian ini

belum dibuktikan secara keseluruhannya namun, Dr. Zafarina berharat hasil kajian ini dapat

digunakan dengan lebih meluas dalam kalangan masyarakat.

Hal ini kerana, Sejarah awal pula menyatakan kewujudan orang Melayu di

Semenanjung sebagaimana penduduk peribumi di Sabah dan Sarawak, masih lagi menjadi

persoalan yang agak kabur. Walaubagaimanapun, dengan mengkaji satu kategori orang Asli

yang masih wujud sehingga sekarang, iaitu orang Melayu Proto atau orang Asli, sedikit

sebanyak persoalan tentang asal-usul orang Melayu akan terurai. Orang Melayu Asli yang

masih wujud hari ini dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan orang Melayu Moden

sekarang. Terdapat juga sejarawan yang mengatakan bahawa orang Melayu Dustro

merupakan nenek-moyang orang Melayu hari ini.

Sejarah ini bermula apabila berlakunya gelombang perpindahan suatu kumpulan baru

penduduk Yunan ke Tanah Melayu, iaitu kira-kira pada 300 S.M. Mereka telah merempuh

masuk dan menewaskan orang Melayu Asli dan memaksa pendatang ini, yang lebih dahulu

membuat penempatan, berundur ke kawasan pedalaman. Orang Melayu Dustro yang

dipercayai mempunyai salurgalur keturunan Monggol mempunyai kemahiran dalam

penggunaan logam dan senjata mereka diperbuat daripada besi. Di samping itu, peralatan

yang lain juga diperbuat daripada besi, dan kehidupan pada zaman itu dikenali sebagai zaman

besi. Mereka tidak mengamalkan amalan berpindah-randah dan membuat penempatan tetap

di desa.

3

Page 4: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

2. TANAH MELAYU

Kedudukan Geografi Tanah Melayu

Tanah Melayu adalah sebahagian daripada benua Asia dan kedudukan yang terletak di

tengah-tengah, iaitu di antara China dengan India menyebabkannya menjadi laluan

perdagangan yang strategik. Berdasarkan kedudukan geografi tersebut, Tanah Melayu amat

terdedah kepada pengaruh dan peradaban kebudayaan dari kedua-dua buah negara tersebut

khususnya dari negara India.

Tanah Melayu menjadi tempat pertembungan dua musim angin yang bertiup dari dua

arah pada waktu berlainan dalam tiap-tiap tahun. Pada bulan Mei hingga Ogos, musim tiupan

angin barat daya adalah dari Lautan Hindi dan Khatulistiwa, manakala pada bulan November

hingga April merupakan musim tiupan angin timur laut yang bertiup dari pesisir negeri China

melalui Laut China. Ini akan memudahkan kapal-kapal perdagangan untuk belayar.

Tanah Melayu juga merupakan tempat persinggahan mereka sementara menunggu

kedatangan tiupan dari arah yang berlainan untuk pulang ke tempat asal. Selat Melaka yang

memisahkan di antara Tanah Melayu dengan Sumatera juga merupakan kawasan laluan yang

strategik dan bebas serta terlindung dari ombak besar yang membolehkan banyak kapal

dagang menggunakannya.

Berdasarkan faktor geografi ini, Tanah Melayu dianggap sebagai “rumah separuh

jalan” yang penting kepada kegiatan perdagangan sejak zaman-berzaman dan telah berjaya

menemukan pelbagai kelompok manusia yang telah membawa kepada pembentukan

kepelbagaian pola kebudayaan, peradaban, tamadun, agama dan corak pemerintahan.

Zaman Batu di Tanah Melayu

Sewaktu penduduk di Lembah Nil sudah membentuk satu peradaban tamadun,

penduduk di Tanah Melayu masih lagi di zaman batunya. Pada waktu itu, terdapat beberapa

puak manusia sedang bergerak turun dari Utara menuju ke Selatan melalui Tanah Melayu.

Antara puak-puak tersebut ialah orang Negrito dan Semang. Kedatangan mereka

kemudiannya disusuli oleh kedatangan orang Melayu Asli yang dikatakan berasal dari

Daerah Yunan dan mereka ini dipercayai menjadi nenek-moyang orang Melayu yang

4

Page 5: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

mendiami Malaysia sekarang.

3. BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa

Austronesia yang telah digunakan di Wilayah Indonesia, Malaysia dan persekitarannya sejak

melebihi 1000 tahun lagi. Walaupun assal usul bangsa Melayu yang paling asal belum

diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari

Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah

sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia dan Brunei serta salah

satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia

dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-

empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di

Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Bahasa Melayu Piawai ialah bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui

oleh Indonesia, Malaysia dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa

Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal

1970-an Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-

akhir ini, nama Bahasa Melayu digunakan semula. Bermula pada tahun 2007, bahasa

kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa

bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum.

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan

ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa atau bahassa Jawa

mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain.

Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran

pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara bahasa Melayu dan dialek

Hokkien. Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan

Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah

penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini

masih dalam perbincangan.

5

Page 6: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Sejarah Bahasa Melayu

Asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah Kuno Asia Tenggara masih

belum diselidiki dengan mendalam. Bagaimanapun, istilah “Melayu” adalah sangat baru dan

timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu

menyebut orang Mo-lo-yeu, tetapi letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan:

ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi,

Sumatera. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat

sejak tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat:

1. di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683 Masihi

2. di Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi

3. di Kota Kapur, Pulau Bangka, pada 686 Masihi

4. di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi.

Ada yang berpendapat bahasa Melayu beasal daripada Asia Tengah, ada juga yang

berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.

Perkembangan Bahasa Melayu

Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah

menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu

Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak

mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa

membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap bahasa

mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu Kuno mempunyai pengaruh

Sanskrit dan Hindu yang kuat dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan

Islam. Manakala bahasa Melayu Moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah barat

terutama sekali Inggeris.

6

Page 7: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?

Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang paling popular ialah

“Bahasa Melayu” dan “ Bahasa Malaysia”. Namun begitu, di Malaysia, kekeliruan telah

muncul dalam kalangan rakyat mengenai nama apakah yang patut digunakan sebagai bahasa

rasmi.Ada pihak yang memikirkan “Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman

sebagai Perdana Menteri pertamanya memeperkenalkan istilah “Bahasa Malaysia” sebagai

bahasa kebangsaan Malaysia.

Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas”. Sebenarnya istilah bahasa

Malaysia itu tidak disumbangkan oleh YAB Tunku Abdul Rahman, tetapi timbul secara

spontan selepas Mei 13, 1969. Ini dibukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada

masa itu wujud persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, Perlembagaan

Malaysia tidak berubah. Pada tahun 1986, istilah “bahasa Malaysia’ ditukar kepada “Bahasa

Melayu”. Menurut Perkara 152 Perlembangan Persekutuan Malaysia, “bahasa kebangsaan

[Malaysia] ialah bahasa Melayu”.

Namun begitu, pada 4 Jun 2007, Kabinet membuat keputusan untuk menukarkan

pennggunaan “Bahasa Melayu” kepada “Bahasa Malaysia”. Kabinet mengarahkan supaya

semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta

agensi berkaitan untuk menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” dalam surat menyurat, notis

dan dokumen. Rasionalnya ialah untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat

Malaysia yang berbilang kaum. Pada 5 November 2007, Menteri Penerangan Malaysia,

Datuk Seri Zainuddin Maidin, menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru “Bahasa

Malaysia” adalah Muktamad. Namun, kuasa menukar istilah demikian bukanlah hak

individu. Oleh itu, istilah bahasa Melayu tetap digunakan.

7

Page 8: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pendapat ahli sejarah terhadap asal usul Bahasa Melayu

Ada beberapa pendapat mengenai asal usul Bahasa Melayu. Salah satunya ialah

Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah. Teori ini disokong oleh beberapa ahli sejarah dan

bahasa. Berikut merupakan kajian mereka terhadap bahasa Melayu :

R.H. GELDERN

Beliau menemui kapak tua yang diperbuat daripada batu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra,

Irrawaddy, Salween, Yangtze dan Hwang. Beliau juga menemui kapak yang mempunyai

bentuk dan jenis yang sama di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern membuat

kesimpulan kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke kepulauan Melayu ini.

J.H.C. KERN

J.H.C. Kern membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari

terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa

perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagascar, Filipina,

Taiwan dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di antara lain ialah

padi, buluh, rotan, nyiur, pisang , pandan dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang

dikajinya itu, Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk

yang ada di Asia.

W. MARSDEN

W. Marsden mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan

di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang rumpun.

E. AYMONEIR, A. CABATON DAN HAMY

E. Aymoneir dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Champa serumpun dengan

bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Champa

merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental.

8

Page 9: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

W. HUMBOLDT

W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa)

telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.

J.R. FOSTER

J.R. Foster berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu

dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada

bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba.

A.H. KEANE

A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang

terdapat di Kampuchea.

SLAMETMULJANA

Berdasarkan perbandingan bahasa, Slametmuljana berkesimpulan bahawa bahasa Austronesia

yang dalamnya termasuk bahasa Melayu berasal dari Asia.

ASMAH HAJI OMAR

Asmah Haji Omar berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke

Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan

iaitu Tanah Semenanjung melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China.

Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya, asal bahasa

mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan

komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Klasik berasal daripada

bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba

merupakan anggapan yang keliru.

9

Page 10: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BAB 2

KONSEP MELAYU

Tamadun Melayu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang berasal daripada satu

punca, mempunyai asas kehidupan yang sama dan hanya berbeza daripada segi pengaruh

alam sekitar. Konsep Melayu yang digunakan dalam konteks yang lebih luas sebagai

penduduk asal di alam Melayu ini adalah berasaskan kepada idea yang dapat dikesan

daripada sejarah peradaban Melayu itu sendiri. Melayu dapat didefinisikan sebagai nama

suatu bangsa dan bahasa termasuk di Semenanjung Malaysia iaitu mengikut cara hidup orang

Melayu (Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga : 874). Pembinaan masyarakat dan budaya

Melayu yang lebih luas adalah hasil daripada kepelbagaian kelompok sosial dan sub budaya 

yang telah memberikan kekuatan tentang kekayaan khazanah budaya Melayu.

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, Melayu didefinisikan

sebagai mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang

Melayu. Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai

Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya sebuah Kerajaan Melayu

sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu,

dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit

"Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Terdapat juga sumber sejarah yang

mengatakan bahawa perkataan "Melayu" ialah berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.

Pengertian Melayu di Malaysia dinyatakan dengan lebih khusus lagi dalam

Perlembagaan Malaysia yang mengandungi kepentingan daripada aspek sosial dan politik.

Pengertian itu adalah berasaskan kepada prinsip bahasa, budaya dan Islam. Menurut

Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang

berketurunan Melayu yang menganuti agama Islam. Dengan kata lain, bukan semua orang

yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah merupakan orang Melayu.

Pengertian Melayu secara khusus tersebut merupakan sebahagian daripada konsep Melayu

yang luas.

10

Page 11: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Oleh yang demikian, apabila pelbagai kelompok sosial yang terdiri daripada

penduduk asal, seperti Orang Asli yang tidak beragama Islam, tidak dapat mencakupi dalam

pengertian Perlembagaan ini. Pengertian Melayu yang digunakan dalam pentadbiran dan

kepentingan politik terdapat perbezaan dengan konsep Melayu yang digunakan dalam realiti

iaitu lebih berasaskan kepada kelompok sosial Melayu dengan sub budaya masing-

masing. Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut Perlembagaan Persekutuan

dalam perkara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai :

1. Seorang yang beragama Islam

2. Bertutur dalam bahasa Melayu

3. Mengamalkan adat istiadat Melayu

4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada

hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Definisi undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara

Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat bahawa sebenarnya terdapat

juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia contohnya di selatan

Thailand terdapat segelintir kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan

mengamalkan budaya orang Melayu. Bagaimanapun, menurut UNESCO pada tahun 1972

istilah "Melayu" ditakrifkan sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia,

Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.

Menurut Syed Husin Ali yang merupakan seorang ahli antropologi di negara

Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan

sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi

etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem

kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.

Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama kalinya pada kira-kira 100-150 Masihi

dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E.

Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau

malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia.

11

Page 12: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung

Penyabung. Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba,

yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah

yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para

pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera. Istilah "Mo-lo-yu" juga

turut dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645

Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji berpendapat bahawa perkataan "Mo-lo-

yo" yang dimaksudkan itu ialah merupakan kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau

Sumatera dan juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

Sejarah peradaban Melayu yang berasaskan kepada perkembangan budaya Melayu

merupakan fenomena penting dalam pembinaan identiti Melayu dalam konteks yang luas itu.

Peradaban Melayu itu telah dibina oleh kelompok-kelompok Melayu di alam Melayu ini

secara umumnya dan daripada keadaan ini maka terbinanya identiti Melayu yang berasaskan

kepada tradisi sejarah yang sama yang telah dilalui oleh kumpulan Melayu tersebut.

Penduduk asal atau lebih dikenali sebagai orang Melayu yang mendiami di alam Melayu ini

telah membina asas peradaban yang telah mantap sebelum mereka bertembung dan melalui

proses difusi budaya. Pertembungan dengan peradaban India dan kemudian Islam telah

memperkukuhkan peradaban Melayu setelah sekian lama.

Kerajaan-kerajaan Melayu yang terdapat di alam Melayu telah menyumbang dan

memainkan peranan yang begitu penting dalam pembinaan pusat-pusat peradaban itu. Islam

juga telah membawa kepada peradaban penting dalam pembinaan peradaban Melayu.

Walaubagaimanapun, pengaruh-pengaruh tersebut meningkatkan peradaban Melayu. tetapi

tidak menjejaskan dan menghilangkan identiti budaya Melayu. Konsep Melayu juga bukan

sahaja merangkumi aspek-aspek etnik, suku kaum atau negara bangsa, tetapi entiti budaya

yang merangkumi pelbagai etnik, suku kaum dan negara bangsa, asalkan semua itu tercerna

dan terjelma dalam tiga ciri budaya Melayu yang asasi iaitu berpengantar bahasa Melayu,

beradat resam dan bertingkah laku sebagai manusia Melayu dan mengamalkan agama islam.

Berdasarkan konsep Melayu sedemikian, kita telah menerima bahawa Melayu

merupakan orang yang berasal atau berketurunan dari Arab atau India seperti Malik Ibrahim

iaitu seorang wali songo pembuka Gerisek pada tahun 1396, Syarif Abu Bakar atau dikenali

sebagai Sultan Syarif Hashim Sultan Sulu pada tahun 1405, Sultan Syarif Ali Brunei pada

12

Page 13: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

tahun 1426, Syarif Muhammad Kebongsuan Sultan Mindango pada tahun 1515, Syeikh

Nuruddin al-Raniri Syeikh al-Islam di Aceh pada tahun 1637, dan puluhan ulama dan

pendakwah dari keturunan al-Eidrus, al-Attas, al-Haddah, al-Habsyi, al-Sagot, al-Badawi,

dan lain-lain.

Konsep Melayu Lama

Melayu lama merupakan sebuah warisan peninggalan nenek moyang pada zaman

dahulu kala. Warisan tersebut memberikan sumbangan yang begitu penting dan berharga

pada generasi pada masa kini. Secara amnya, takrifan Melayu boleh dikenal pasti berdasarkan

bangsa yang tergolong dalam Rumpun Melayu-Indonesia atau Nusantara seperti Jawa, Sunda,

Madura, Acheh, Minangkabau dan sebagainya. Berdasarkan bahasa pula takrifan Melayu

terdiri daripada golongan keluarga bahasa Austronesia. Menurut Perlembagaan Persekutuan

Malaysia Perkara 160 Fasal 2 ialah “ Melayu ertinya seseorang yang menganuti adat-istiadat

dan resam Melayu ”.

Melayu lama juga bermakna ia akan mengekalkan ‘apa sahaja yang diajarkan dan

diperturunkan oleh datuk neneknya’ seperti adat bersanding, kenduri kendara dan

menghidupkan budaya lama seperti berdondang sayang, mak yong, berkuda kepang dan

mendendangkan lagu berunsur khurafat seperti Ulik Mayang atau Puteri Santubong.

Peribahasa Melayu yang berbunyi “Biar mati anak, jangan mati adat” ialah merupakan

sebuah peribahasa lama yang membawa maksud yang cukup mendalam. Hal ini

membuktikan bahawa pemikiran orang dahulu yang sanggup mati anak semata-mata mahu

mempertahankan adat.

Orang Melayu lama telah membungkus agama dan adat, di dalam satu peti emas yang

dianggap sebagai jati dan harga diri mereka. Agama dan tatasusila adat Melayu, berfungsi

untuk membentuk sebuah kehidupan yang sopan, berseni dalam berakhlak supaya cantik

dipandang, sedap didengar dan manis dirasa. Oleh yang demikian, jika kita bertemu dengan

watikah bertulis sebagai ‘Hukum Adat’, janganlah terus dihumban ke tepi bahawa adat itu

adalah budaya resam yang merosakan agama. Hal ini kerana, adat itulah merupakan agama

pada bahasa Melayu Lama.

13

Page 14: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Selain itu, konsep Melayu turut melibatkan pemikiran iaitu lebih dikenali sebagai

konsep pemikiran Melayu yang menggambarkan keunikan pemikiran Melayu berbanding

dengan bangsa-bangsa lain. Orang Melayu menggunakan kaedah berfikir yang bukan sahaja

bersifat emprikal dengan menggunakan kuasa inderawi atau pacaindera mereka untuk

memahami realiti alam di luar diri mereka, untuk memahami kelakuan manusia dan keadaan

sosial tetapi bersifat abstrak dan metafizik.

Proses fikiran ini bersifat non-linear iaitu lebih banyak menggunakan kuasa imaginasi

dari otak sebelah kanan iaitu akal kreatif dan kemudian digabungkan dengan proses berfikir

yang menggunakan akal rasional dari bahagian otak sebelah kiri untuk melahirkan makna dan

nilai yang emprikal sekaligus bersifat abstrak. Proses pemikiran ini dapat dikaji dan

dibuktikan berdasarkan puisi tradisional Melayu iaitu pantun berdasarkan peribahasa serta

pepatah Melayu. Hal ini dapat dilihat dalam pantun 4 kerat, misalnya rangkap pertama yang

disebut sebagai rangkap pembayang maksud iaitu digunakan secara kreatif untuk melahirkan

maksud pada rangkap kedu berikutnya.

Jikalau Shakespeare sering diagungkan sebagai manusia yang mampu berfikir atau

menyatakan maksudnya melalui sajak atau puisi, pemantun atau pemikir Melayu tradisional

pun tidak kurang agungnya. Stuktur pantun juga turut mengandungi rima dan rentaknya,

penggunaan bahasa yang halus, tepat dan bernas. Walaubagaimanapun Shakespeare tidak

mengungkapkan maksudnya melalui rangkap pembayang maksud sebagaimana yang

dilakukan oleh pemantun Melayu. Struktur dan cara berfikir Melayu ini tentunya

menunjukkan konsep pemikiran yang lebih kreatif dan lebih kompleks lagi.

Konsep Melayu Baru

Manusia bukannya objek statik tetapi manusia ialah makhluk ciptaan Tuhan

yang terbaik dalam kalangan makhluk yang lain. Salah satu aspek yang mencerminkan

kualitinya ialah tahap kebolehannya untuk membaiki dan menjadikan dirinya lebih baik

daripada sebelumnya, malah lebih baik daripada manusia yang lain. Oleh yang demikian

apabila merangka kelahiran manusia Melayu yang baru sebenarnya perkara tersebut

bukannya merupakan tempelak atau satu sinis kepada Melayu yang sebelumnya. Hal ini

adalah kerana kita berlandaskan kepada hakikat bahawa manusia pada hari esok mesti lebih

baik daripada manusia pada hari ini. Hal ini menunjukkan bahawa perubahan daripada

Melayu Lama kepada Melayu Baru adalah merupakan satu keperluan.

14

Page 15: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Melayu Baru bukanlah merupakan satu utopia tetapi Melayu Baru adalah merupakan

satu jangkauan yang real atau nyata yang boleh dicapai dengan menggunakan strategi dan

gerakan yang sempurna dan menyeluruh. Menggunakan strategi secara sempurna adalah

bermaksud dari segi ‘ apa yang mesti dibuat ’ dan menyeluruh bermaksud ‘ komitmen

daripada setiap individu ’. Konsep Melayu Baru ini telah diperkenalkan oleh bekas Perdana

Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. Konsep Melayu Baru ini sebenarnya

adalah penerusan daripada konsep Revolusi Mental yang dipelopori oleh sebuah panel yang

ditubuhkan oleh UMNO pada tahun 70 an dan telah dipimpin oleh Dato Senu Abdul Rahman

iaitu Setiausaha Agung UMNO pada masa itu. Salah seorang daripada ahli panel tersebut

ialah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada masa sekarang konsep Melayu Baru ini disempurnakan pula oleh Wawasan

Islam Hadhari atau Islam yang Bertamadun yang menjadi pegangan Kerajaan pimpinan Pak

Lah iaitu Perdana Menteri Malaysia pada hari ini. Konsep Islam Hadhari ini adalah

merupakan salah satu paksi yang penting dalam manifesto Barisan Nasional pada Pilihanraya

Umum Yang Kesebelas pada tahun lalu yang memperlihatkan kemenangan yang cukup besar

dan membanggakan kepada Barisan Nasional. Pilihanraya tersebut telah menghasilkan

penubuhan Kerajaan Negeri Terengganu oleh BN dan tumbangnya Kerajaan PAS di

Terengganu manakala Kerajaan BN yang semakin bertambah kuat di Kedah dan PAS hanya

menang tipis dengan kelebihan dua kerusi di Negeri Kelantan. Pilihanraya tersebut telah

memperlihatkan dan membuktikan bahawa kembalinya kekuatan UMNO dan BN di Pulau

Pinang, Perak,Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak. Faktor yang

menyumbang kepada kekuatan gelombang biru ini adalah merupakan faktor Islam Hadhari

dan personaliti Pak Lah sendiri yang cukup menawan hati rakyat terutamanya Orang Melayu.

Konsep Melayu Baru iaitu merupakan lanjutan daripada Revolusi Mental adalah

merupakan faktor yang telah membuka minda orang Melayu yang kemudiannya menjurus

kepada slogan Melayu Boleh dan Malaysia Boleh. Hal ini telah membuka jalan bagi

melepaskan Orang Melayu daripada sebarang limitation atau sekatan dan belenggu yang

wujud dalam diri kita sendiri. Melayu Baru lebih menjurus kepada Melayu Global yang

penuh dengan ketahanan dan kuat peribadi untuk bergerak diperingkat global dan

antarabangsa samada sebagai usahawan, peniaga, sarjana, pemikir, pujangga, ahli sukan dan

lain-lain lapangan atau bidang.

15

Page 16: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Selain itu, Melayu Baru berasaskan prinsip Islam Hadhari tersebut tidak akan

terkongkong oleh fikiran agama yang sempit dan yang tidak mengikut peredaran masa.

Sebaliknya Islam Hadhari akan menjadikan agama Islam sesuai dengan kurun yang kedua

puluh satu ini bahkan Islam Hadhari juga amat sesuai untuk kehidupan umat Islam bagi

generasi yang akan datang selagi dunia ini masih kekal hingga kiamat.

Dengan kata lain Islam Hadhari memastikan Melayu Baru yang global serba handal

lagi kebal itu tetap mempunyai aqidah dan iman didalam hatinya. Ini akan memastikan

bahawa Orang Melayu bukan sahaja berjaya di dunia bahkan juga di akhirat.

16

Page 17: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BAB 3

PERUBAHAN ANTARA MELAYU BARU

MELAYU LAMA

MELAYU LAMA

Kepercayaan Animisme

Dari segi kepercayaan animisme iaitu sebelum kedatangan Islam, manusia pada

umumnya mempunyai naluri ingin tahu terutama tentang alam di sekeliling yang mereka

diami. Manusia melayu pada zaman purbakala juga mempunyai sifat yang sama. Tetapi

kerana manusia purba tidak memahami tentang fenomena alam dan kejadian tabii, maka

mereka memberi tafsiran terhadap sesuatu kejadian mengikut fahaman mereka. Menurut E.B

Taylor, manusia awal yang hidup di dunia menempuh pengalaman seperti mimpi, khayalan

dan peristiwa kematian. Peristiwa-peristiwa yang ditempuhi itu menjadi tanda tanya kepada

mereka sehingga mereka berfikir dan meyakini tentang wujudnya roh (spirit) dalam diri

manusia atau apa yang diistilahkan oleh Taylor sebagai animisme.

Menurut beliau lagi, kepercayaan kepada makhluk halus dan roh merupakan asas

kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia primitif.

Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk cultural universals yang wujud di kalangan

suku-suku primitif. Terdapat pelbagai kepercayaan karut yang diamalkan dan dipercayai oleh

masyarakat melayu lama seperti pemujaan arwah datuk nenek, hantu, hubungan dengan alam

ghaib dan sebagainya.

17

Page 18: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pemikiran Melayu Lama

Sebelum kedatangan Islam, pengaruh agama Hindu telah tersebar di alam melayu.

Oleh itu, pengaruh Hindu telah mempengaruhi pemikiran melayu lama pada masa itu.

Sebelum agama Hindu tersebar di alam melayu, orang melayu dipengaruhi fahaman

animisme yang diwarisi sejak zaman purba. Fahaman ini berbentuk kepercayaan kepada

semangat, pemujaan roh datuk nenek dan makhluk-makhluk alam ghaib. Kepercayaan kepada

animisme ini adalah suatu kepercayaan yang kompleks. Kepercayaan ini mengatur tingkah

laku manusia terhadap alam sekeliling kerana mereka mempercayai bahawa setiap fenomena

alam mengandungi kuasa ghaib atau penunggu. Apabila agama Hindu dibawa ke daerah ini

dan berkembang dengan pesat pada abad ke-4 dan ke-5 Masihi, tidak banyak pembaharuan

yang dilakukan terhadap pemikiran melayu malah konsep ketuhanan agama Hindu Vidaisme

yang percaya kepada kekuasaan dewa-dewa atau tuhan telah mengambil tempat dan mengisi

ruang kepercayaan kepada penunggu atau kuasa ghaib yang dipercayai oleh orang melayu

wujud pada setiap fenomena seperti hujan, ribut, bukit, lautan, hutan belantara dan

sebagainya.

Pengaruh Hindu dalam Sistem Pemerintahan Melayu Lama

Pengaruh Hindu bukan sahaja mempengaruhi dalam kepercayaan dan agama orang

melayu sahaja tetapi turut mempengaruhi dalam sistem pemerintahan. Menurut Coedes,

kebudayaan Hindu yang berkembang di daerah Asia Tenggara hanya tertumpu di kalangan

kaum bangsawan atau masyarakat atasan. Oleh yang demikian tidak hairan kalau banyak

kesan pengaruh Hindu dalam sistem pemerintahan melayu tradisional. Konsep Raja dan

kerajaan adalah istilah yang dipinjam daripada kebudayaan Hindu. Raja disamakan dengan

konsep devaraja atau pemerintah yang sama kedudukannya dengan dewa-dewa. Sistem

pentadbiran melayu juga dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu. Misalnya sistem pewarisan

pemerintahan adalah diasaskan kepada keturunan. Dalam pelaksanaan pentadbiran melalui

undang-undang, sistem pemerintahan melayu telah meminjam beberapa aspek daripada

undang-undang Hindu seperti undang-undang jenayah yang berdasarkan kitab Dharmasutra.

Pengaruh Hindu juga jelas dilihat dalam peraturan-peraturan mengenai pakaian, senjata-

senjata dan warna kuning yang dikhususkan untuk Raja.

18

Page 19: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pengaruh Hindu dalam Bahasa dan Sastera Melayu Lama

Selain itu, pengaruh Hindu juga mempengaruhi dalam bahasa dan sastera melayu.

Bahasa sanskrit telah mempengaruhi bahasa melayu sejak pengaruh di kebudayaan Hindu

berkembang di daerah Nusantara dari awal kurun Masihi hingga zaman kedatangan Islam

pada abad ke-13 Masihi. Di samping bahasa, pengaruh sastera dari India telah banyak

berkembang dalam sastera melayu. Epik-epik Ramayana dan Mahabrata telah melahirkan

berbagai-bagai prosa atau hikayat-hikayat dalam sastera melayu. Unsur sastera Hindu juga

turut mempengaruhi cerita-cerita penglipur lara, cerita jenaka dan lain-lain. Di samping itu,

Hindu juga mempengaruhi puisi melayu seperti seloka dan gurindam.

Kepercayaan Melayu Lama Selepas Kedatangan Islam

Selepas kedatangan Islam, Islam telah mengubah pandangan dunia orang melayu

daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman Hindu kepada

kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa (Allah). Di samping itu, mereka itu mempercayai

nabi-nabi, rasul, malaikat, kitab-kitab suci seperti Injil, Zabur dan Al-Quran, percaya kepada

hari akhirat dan kepada qadak dan qadar. Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat

seperti yang tersebut dalam Rukun Islam yang berbentuk sembahyang, puasa, mengeluarkan

zakat dan menunaikan rukun haji.

Walaupun kepercayaan lama tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, namun kebudayaan

Islam telah berjaya mempengaruhi bentuk-bentuk kepercayaan melayu lama dengan

memperkenalkan konsep Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan Muhammad sebagai

Rasul-Nya. Walaupun unsur-unsur dewa-dewa masih lagi diwarisi dalam sastera melayu,

namun fungsi mereka tidak lagi sebagai tuhan-tuhan, tetapi hanya sebagai makhluk-makhluk

alam ghaib seperti hantu dan jembalang yang masih lagi mempengaruhi pemikiran orang

melayu hingga ke dewasa ini.

19

Page 20: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Lama Selepas Kedatangan Islam

Sebelum kedatangan Islam, bahasa melayu dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan

Jawa kuno. Menurut Winstedt, bahasa melayu pada zaman Hindu itu ditulis dalam bentuk

huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari Pallava, India. Selepas kedatangan Islam, bahasa

Arab sebagai bahasa rasmi agama Islam mulai mengambil alih tempat bahasa sanskrit di

kalangan orang melayu. Huruf Arab telah digunakan untuk penulisan bahasa melayu yang

dipanggil huruf jawi. Huruf baru yang berasal daripada al-Quran ini telah menggantikan

huruf Kawi dan Nagari. Selepas kedatangan Islam ini, bahasa melayu telah mengalami

perubahan yang pesat dengan peminjaman kata-kata Arab sehingga bahasa melayu menjadi

media kepada ilmu pengetahuan seperti teologi, falsafah, etika dan lain-lain.

Pengaruh Islam telah membawa pinjaman kata-kata Arab dalam bahasa melayu

dengan begitu luas sekali meliputi semua aspek dalam bidang kehidupan orang melayu

seperti dalam aspek agama, pemikiran, pendidikan mahupun undang-undang. Dalam segi

kesusasteraan pada zaman permulaan Islam, pemyebar-penyebar Islam telah menulis risalah-

risalah agama yamg menerangkan tentang rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam. Di

samping tulisan tentang ajaran Islam, penyebar-penyebar agama Islam itu telah turut

mengisahkan tentang pembawa ajaran tersebut iaitu Nabi Muhammad. Cerita-cerita tentang

Nabi Muhammad dapat dianggap sebagai yang paling tua usianya, jika dibandingkan dengan

karya kesusasteraan pengaruh Islam yang lain.

Menurut R.O Winstedt, hikayat-hikayat bercorak Islam dalam kesusasteraan melayu

klasik diterjemahkan dari sumber Islam yang asal. Sebagai contoh, Hikayat Bayan Budiman,

Hikayat Khoja Maimun, Hikayat Khoja Mubarak dan Cerita Taifah diterjemah dari Parsi

sungguhpun berasal dari kesusasteraan Sanskrit yang bernama Sukasaptati. Menurut S.

Sontoso pengaruh Islam juga memberi kesan terhadap penulisan melayu klasik seperti

Sejarah Melayu yang mengandungi unsur-unsur Islam yang dimasukkan oleh penulis melayu.

Gaya penulisan dalam Sejarah Melayu dan kebanyakan persoalannya menunjukkan buku

Sejarah Melayu itu berdasarkan tradisi penulisan Islam.

20

Page 21: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Sistem Politik Melayu Tradisional

Dalam sistem politik melayu tradisional, perpaduan di kalangan masyarakat melayu

pada masa lampau berdasarkan kepada asas kekeluargaan dan kesukuan. Kepentingan ramai

lebih diutamakan daripada kepentingan individu dan individu itu terikat pula dengan

peraturan dan adat istiadat serta kepercayaan yang dianuti oleh masyarakatnya. Sementara

itu, anggota masyarakat tersebut tidak pula menentang dasar perpaduan dalam masyarakat

kerana perpaduan dapat menjamin keamanan dan keselamatan setiap anggota di dalam

masyarakat. Masyarakat alam melayu pada peringkat awalnya adalah sebuah masyarakat

yang hampir tertutup, tidak mudah bagi seseorang itu melepaskan hubungannya dengan suku

atau kelompok masyarakatnya. Orang luar pula tidak mudah dterima menjadi anggota dalam

kelompok atau sesuatu suku itu. Sebelum orang asing diterima menjadi anggota dalam

sesuatu kelompok masyarakat atau suku itu ia harus menjalani upacara penerimaan masuk ke

dalam satu-satu kumpulan atau initiation. Dalam upacara ini, individu yang menjalani

upacara itu mengumumkan peninggalannya daripada ikatan yang lama dan ia diperkenalkan

dengan suasana yang baru. Ia diibaratkan sebagia sudah mati dan dilahirkan kembali dalam

suku yang baru. Sebenarnya upacara ini dianggap sebagai satu ujian untuk menghadapi hari

dewasa dan sebagai anggota masyarakat yamg bertanggungjawab. Oleh itu, upacara ini

dilakukan juga kepada semua anak di dalam sesuatu kelompok masyarakat.

Pemimpin Masyarakat

Dalam kelompok keluarga terdapat seorang ketua atau pemimpin yang mengetuai

upacara adat dan bertanggungjawab tentang kebajikan dan keselamatan keluarga. Pada

peringkat yang lebih luas diwujudkan organisasi yang bercorak kawasan. Seseorang yang

ingin memimpin perkumpulan yang bercorak kawasan atau daerah ini perlu memenuhi syarat

utama iaitu memiliki kepandaian yang tertentu seperti pandai bermain senjata untuk

memimpin peperangan atau mempunyai kuasa yang sakti atau ghaib yang menjadikan

pengikutnya patuh kepadanya dan tidak barani bertindak menentangnya. Walau

bagaimanapun, dalam urusan masyarakat, anggota-anggota suku sering mengadakan

perbincangan atau permesyuaratan di kalangan mereka tentang kerja-kerja yang dilakukan,

sementara pekerjaan mereka dilaksanakan dengan cara gotong-royong.

21

Page 22: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Sistem Pemerintahan

Menurut Koentjaraningrat bermula daripada organisasi-organisasi desa, suku-suku

yang kecil itu berkembang menjadi sebuah negara melalui penaklukan oleh salah satu

persekutuan kelompok-kelompok yang kecil. Kumpulan yang menang menggunakan tenaga

tawanan mereka untuk dijadikan buruh paksa atau hamba. Maka dengan itu timbullah satu

sistem kenegaraan dengan golongan yang menang memegang kuasa dan menikmati faedah

yang lebih daripada masyarakat. Sistem pemerintahan seperti yang tersebut diatur amat rapi

sehingga orang yang ditakluk tidak dapat memberontak menentang mereka yang berkuasa

melalui penanaman kepercayaan tentang kekuasaan luar biasa yang dimiliki oleh golongan

pemerintah dan hukuman berat yang dikenakan terhadap orang yang menentang. Dalam

sistem pemerintahan yang terawal diadakan pasukan tentera yang bertujuan untuk menakluki

kawasan yang lain dan meluaskan daerah kekuasaannya. Pasukan tentera itu dikerah daripada

rakyat biasa, sedangkan keluarga para pemimpin menjadi golongan bangsawan dan raja

merupakan pemimpin tertinggi yang mempunyai kekuasaan mutlak dan memiliki kewangan

yang banyak. Istana raja menjadi pusat pendidikan dan budaya untuk melatih pemimpin dan

pentadbir negara.

Dengan itu, struktur organisasi politik melayu tradisional itu bermula dari desa dan

kampung, kemudian diikuti dengan daerah atau jajahan dan seterusnya menjadi negeri. Ketua

kampung merupakan pemimpin yang terkecil. Pembesar-pembesar menjadi pemimpin pada

peringkat daerah atau jajahan dan raja menjadi pemimpin atau ketua organsasi politik pada

peringkat negeri. Pusat pemerintahan negeri adalah di bandar-bandar yang terletak di kuala-

kuala sungai yang mudah dihubungi melalui sungai atau lautan. Kedudukan pusat

pemerintahan di kuala-kuala sungai bertujuan membolehkan raja mengawasi orang ramai

yang keluar masuk di dalam negerinya bagi menjamin keselamatan dan pertahanan daripada

musuh. Di samping itu, kedudukan tersebut juga memudahkannya mengutip cukai yang

menjadi sumber kewangan negara yang terpenting. Jajahan atau daerah merupakan unit

pentadbiran di dalam negara yang diketuai oleh pembesar negeri. Jajahan yang bersempadan

dengan sungai-sungai yang menjadi jalan perhubungan yang penting. Oleh sebab sistem

perhubungan yang sukar dengan jajahan-jajahan dalam negara, maka pembesar-pembesar

daerah menjadi amat berkuasa di daerah masing-masing.

22

Page 23: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Menurut Ralph Linton, organisasi politik penduduk alam melayu sebelum dipengaruhi

oleh peradaban luar merupakan unit-unit politik yang kecil pada peringkat desa yang diketuai

oleh pemimpin mereka yang bernama penghulu. Sering kali permasalahan pentadbiran pada

peringkat desa tersebut dibincangkan melalui permesyuaratan di kalangan anggotanya

terutama di kalangan ahli-ahli yang sudah tua. Pada peringkat unit yang terkecil itu

penduduk-penduduknya biasanya terdiri daripada anggota-anggota yang mempunyai

pertalian darah atau berasal daripada suku yang sama. Wertheim pula berpendapat bahawa

ciri organisasi politik tradisional di daerah alam melayu pada peringkat awal terbahagi

kepada tiga jenis seperti berikut:

1. Di daerah-daerah di mana terdapat penanaman padi yang menjadi asas

kehidupan atau sumber rezeki penduduknya, maka sistem politiknya adalah

bercorak sistem beraja yang berpusatkan sistem pentadbiran di istana atau

keraton yang dikelilingi oleh perkampungan petani yang bekerja di sawah.

2. Unit politik melayu tradisional yang kedua bercorak sebuah negara kota yang

kebanyakannya terletak dipesisir pantai di seluruh kepulauan melayu. Bentuk

negara kota ini diketuai oleh seorang raja dan sumber rezeki dan kewangan

penduduknya bergantung kepada aktiviti perdagangan.

3. Unit politik melayu tradisional yang lain ialah dalam bentuk negara-negara

kecil yang berpusat di pedalaman yang mengandungi rakyat yang melakukan

aktiviti perekonomiannya melalui penanaman padi huma.

Pengaruh Hindu

Apabila pengaruh Hindu-Buddha mulai memasuki alam melayu organisasi politik

pada awal masihi, mulai berkembang daripada bantuan penguasaan bagi satu kawasan yang

kecil kepada sebuah organisasi politik yang besar dan menguasai jajahan yang luas. Sistem

pentadbiran politik Hindu telah dipinjam oleh orang melayu dan dilaksanakan setelah

dilakukan berbagai-bagai penyesuaian. Ketua negara yang memimpin kerajaan dipanggil raja

iaitu istilah yang dipinjam daripada bahasa sanskrit. Konsep raja yang berkembang dalam

masyarakat melayu adalah sebagai pemimpin kerajaan. Di samping itu, raja juga dikatakan

berketurunan daripada dewa-dewa.

23

Page 24: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Raja-raja seperti yang disebut dalam Hikayat Pendawa Lima (karya saduran daripada

Kitab Mahabrata) dikatakan sebagai berketurunan daripada dewa-dewa atau tuhan-tuhan

yang dipanggil devaraja. Sistem politik yang menerima pengaruh Hindu memberi kedudukan

yang tinggi kepada raja sehingga mempunyai kekuasaan mutlak tanpa boleh dipersoalkan

lagi. Dalam sistem politik pengaruh Hindu ini raja dianggap sebagai berdarah dewa atau

penjelmaan dewa dari kayangan. Untuk menyesuaikan dengan kepercayaan tersebut, maka

raja-raja di Pulau Jawa telah mendirikan istana mereka di tempat-tempat yang tinggi seperti

kerajaan Sailendra (gunung) kerana dipercayai bahawa syurga terletak di atas gunung.

Sistem perlantikan raja dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan adalah berdasarkan

keturunan. Raja-raja hanya dipilih daripada putera yang dipanggil gahara iaitu putera raja

daripada permaisurinya yang sah. Sementara pegawai-pegawai tinggi kerajaan juga dilantik

berdasarkan keturunan seperti jawatan bendahara yang bersamaan dengan perdana menteri.

Selain itu, perlantikan orang besar untuk membantu perjalanan pentadbiran negara pula

adalah berdasarkan sistem astrologi Hindu seperti orang besar berempat, orang besar lapan,

orang besar enam belas, orang besar tiga puluh dua sebagaimana yang diamalkan di negeri

Perak dan Pahang hingga ke hari ini.

Zaman Islam

Selepas raja Melaka menganut agama Islam, sistem pemerintahan telah disesuaikan

dengan agama Islam. Walau bagaimanapun, pengaruh Hindu masih lagi berlanjutan.

Beberapa perubahan telah dilakukan, misalnya gelaran Sri Maharaja yang dipakai dalam

kerajaan Sriwijaya telah diubah kepada gelaran sultan seperti yang digunakan oleh raja-raja

Islam di India dan di Asia Barat. Pemikiran Hindu yang beranggapan bahawa raja sebagai

berketurunan daripada dewa (devaraja) telah dihapuskan. Sebagai gantinya sultan dikatakan

sebagai berasal dari keturunan pahlawan Islam, iaitu Zulkarnain dan sultan itu sebagai

bayangan tuhan di atas muka bumi (Zillullah Fil alam). Untuk mengekalkan sifat

keistimewaan sultan sebagai pemerintah maka ditonjolkan kepercayaan bahawa sultan itu

mempunyai kuasa yang luar biasa yang dipanggil sebagai daulat. Seorang yang melakukan

kesalahan kepada raja seperti tidak bertutur dengan menggunakan bahasa raja di hadapannya

akan mendapat tulah (kecelakaan) akibat daripada kekuasaan daulat yang dimiliki oleh setiap

sultan itu.

24

Page 25: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Dalam menjalankan pentadbiran negara, sultan masih mengekalkan sistem politik

yang lama yang mengandungi pengaruh kebudayaan Hindu. Sultan dibantu dalam

menjalankan pemerintahannya oleh orang-orang besar yang menjadi pegawai-pegawai tinggi

yang dilantik oleh sultan menurut sistem yang lama. Misalnya bendahara masih menjalankan

tugasnya sebagai perdana menteri seperti dalam sistem kesultanan melayu Melaka. Sistem

politik melayu tradisional adalah berbentuk piramid. Raja diletakkan di atas puncak dan

diikuti oleh golongan bangsawan yang terdiri daripada keluarga diraja, diikuti pada peringkat

bawahan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang lain, sementara golongan rakyat jelata terletak

pada peringkat paling rendah. Sistem pentadbiran seperti ini adalah bercorak sistem feudal

kerana sistem ini membahagikan golongan-golongan rakyat di dalam negara mengikut susun

lapis yang tertentu.

Pendidikan Melayu Lama

Sebelum perkembangan pengaruh peradaban luar di alam melayu, orang melayu

mempunyai sistem pendidikan dan pengajaran mereka sendiri yang bercorak informal dan

formal. Sistem pendidikan yang tidak formal berlaku dalam peringkat keluarga yang

mengajar nilai-nilai budaya masyarakat tradisional melalui tradisi cerita-cerita lisan. Kanak-

kanak juga mempelajari segala pantang larang, adat istiadat dan adab kesopanan melalui

proses sosialisasi. Salah satu media pendidikan yang berkembang dalam masyarakat melayu

tradisional ialah melalui institusi bercerita atau sastera lisan. Cerita-cerita lisan dituturkan

kepada anak-anak secara perseorangan atau perkumpulan oleh orang dewasa sebagai

memainkan peranan dalam pendidikan budi dan tatasusila. Pendidikan melalui bercerita

merupakan cara pendidikan yang paling berkesan kepada kanak-kanak. Pendidikan bentuk ini

masih diteruskan hingga ke zaman moden ini. Cerita-cerita lisan ini memainkan peranan yang

penting untuk pendidikan anak-anak dalam masyarakat melayu tradisional.

Selain itu, masyarakat melayu tradisional juga menyampaikan pendidikan melalui

peribahasa, pantun, teka-teki dan lain-lain. Jila kita mengkaji segala puisi melayu lama akan

temui unsur-unsur pengajaran dan falsafah pendidikan untuk memberi pendidikan secara

informal khususnya kepada orang muda yang tidak berpengalaman. Pendidikan bercorak

formal dalam masyarakat melayu pula berlaku dalam bentuk mempelajari seni

mempertahankan diri seperti permainan silat dan teknik peperangan. Sistem pendidikan

seperti ini bercorak sistematik dengan mempelajari ilmu daripada guru-guru yang ahli dalam

25

Page 26: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

bidang ini dan dikenakan pula syarat dan keperluan yang tertentu. Pengajian yang bercorak

separuh formal juga berlaku dalam mempelajari berbagai-bagai cabang seni termasuk

kemahiran dalam pertukangan. Walau bagaimanapun, ilmu-ilmu dalam bidang-bidang seperti

ini biasanya diperturunkan kepada ahli keluarga sahaja. Pengajian yang bercorak separuh

informal juga diamalkan dalam mempelajari ilmu perubatan atau perbomohan serta berbagai-

bagai kepakaran yang lain.

Zaman Hindu

Pada zaman Hindu-Buddha, bidang ilmu pengetahuan hanya dimonopoli oleh keraton

kerana golongan bangsawan khususnya raja-raja dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa.

Kebijaksanaan yang mereka miliki membolehkan mereka memerintah negeri dan menguasai

ilmu kependetaan. Dongeng-dongeng daripada kebudayaan Hindu langsung tidak

membicarakan kehidupan rakyat jelata tetapi hanya memberi penekanan kepada golongan

bangsawan yang didakwa sebagai golongan istimewa yang mempunyai hubungan keturunan

dengan dewa-dewa dari alam kayangan. Akibat daripada sistem agama tersebut maka

golongan raja dan kaum bangsawan sahaja diberikan pendidikan demi membolehkan mereka

memerintah negeri dan menjalankan pentadbiran negara. Oleh itu, pendidikan formal

diadakan di istana atau keraton. Pendidikan ini diberi oleh guru yang ditugas khas untuk

menyampaikan pengajaran kepada bakal-bakal pemerintah dan pegawai-pegawai negeri.

Zaman Islam

Kedatangan Islam ke alam melayu membuka lembaran baru dalam penyebaran ilmu

pengetahuan. Sistem pendidikan yang bercorak formal mulai berkembang dengan pesatnya

pada zaman ini di kalangan rakyat biasa dan juga golongan bangsawan. Sistem pendidikan ini

lebih bercorak keagamaan. Antaranya seperti pengajian di rumah khusus untuk mempelajari

bacaan al-Quran, institusi pendidikan masjid dan surau yang penting untuk menyebarkan

ilmu pengetahuan agama Islam, institusi pendidikan madrasah atau pondok yang merupakan

perkembangan daripada sistem pendidikan di masjid atau surau, pengajian di Mekah yang

merupakan lanjutan daripada pengajian di peringkat sekolah pondok dalam masyarakat

melayu tradisional dan pendidikan di istana.

26

Page 27: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Sistem Ekonomi Melayu Lama

Masyarakat melayu lama mengamalkan sistem ekonomi sara diri. Penempatan dan

kegiatan ekonomi orang melayu pada umumnya terletak di kawasan tanah yang subur seperti

di tepi sungai dan di pinggir laut. Usaha ekonomi cukup hidup atau ekonomi sara diri hanya

setakat untuk keperluan penggunaan peribadi dan keluarga. Lebihan pula ditukarkan untuk

mendapatkan barang keperluan yang tidak dapat mereka hasilkan sendiri. Sistem ekonomi

sara diri tidak menggunakan teknologi moden. Tenaga ahli keluarga adalah penting dari

peringkat penanaman sehingga ke peringkat pengeluaran. Unit keluarga merupakan unit

pengelur dan unit pengguna. Keluarga bukan sahaja merupakan unit sosial tetapi juga unit

ekonomi. Masyarakat melayu tradisional adalah masyarakat pertanian dan bidang

pengeluarannya bergantung kepada unit keluarga sebagai satu unit asas pengeluaran.

Dengan ini, jumlah hasil mereka bergantung kepada keluasan tanah yang dapat

diusahakan dan jumlah keperluan mereka sendiri. Dalam sistem ekonomi sara diri, telah

wujud sistem gotong-royong, berderau atau bentuk kerjasama yang lain. Institusi kerjasama

dan gotong-royong dalam masyarakat melayu tradisional mempunyai hubungan yang rapat

dengan nilai-nilai masyarakat, pertalian sosial dan ekonomi. Semua penduduk kampung

mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain dalam menjalankan satu tugas secara

bersama terutama dalam pertanian padi sawah. Masyarakat melayu tradisional yang

merupakan masyarakat agraria sudah pandai menyesuaikan diri dengan kebolehan mereka

menguasai alam bagi kepentingan penanaman padi dan perairan sawah mereka.

Nilai Etika Masyarakat Melayu Lama Selepas Kedatangan Islam

Untuk mengkaji nilai-nilai asli masyarakat melayu tradisi amatlah sukar kerana

masyarakat melayu sejak zaman silam menghadapi berbagai-bagai proses difusi dan

akultrasi, bermula dengan kebudayaan Hindu, Islam dan Barat. Walau bagaimanapun,

kebudayaan Islam banyak mempengaruhi cara hidup orang melayu termasuk nilainya sekali.

Oleh yang demikian, sukar sekali untuk menentukan yang manakah nilai-nilai melayu tradisi.

Antara sumber yang dapat menyingkap kembali nilai-nilai masyarakat melayu tradisi ialah

daripada warisan kesusasteraan melayu lama. Seperti yang diperkatakan kesusasteraan

mencerminkan masyarakat yang melahirkannya.

27

Page 28: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Untuk melihat nilai-nilai asal masyarakat melayu tradisi, kesusasteraan rakyat

merupakan pengucapan kesusasteraan orang-orang melayu yang terawal. Dalam masyarakat

melayu, nilai berbudi dan berbahasa dianggap suatu nilai yang disanjung tinggi. Sifat berbudi

dan berbahasa dianggap ukuran ketinggian peribadi. Berbudi dan berbahasa adalah sifat yang

dimiliki oleh seseorang yang pandai mengguna tutur katanya dengan sempurna dan melayan

tetamu dengan baik. Pantun dan peribahasa melayu sering mengungkap sifat yang terpuji ini.

Contoh-contoh nilai berbudi dan berbahasa adalah seperti nilai budi, niai rendah diri, nilai

pemurah, nlai kebenaran, nilai kesabaran dan banyak lagi.

Contoh pantun nilai berbudi dan berbahasa:

Makan sirih berpinang tidak

Pinang ada dari Melaka

Makan sirih mengenyang tidak

Sebab budi dengan bahasa.

Yang kurik ialah kundi

Yang merah ialah saga

Yang baik ialah budi

Yang indah ialah bahasa.

Orang berbudi kita berbahasa

Orang memberi kita merasa.

Pucuk pauh sedang terjela

Penjuluk bunga gelundi

Agar jauh silang sengketa

Perhalus bahasa dan budi.

28

Page 29: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

MELAYU BARU

Kepercayaan dan Agama Melayu Baru

Pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi negara dalam Perlembagaan Persekutuan

telah memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan Islam di Malaysia. Hampir semua

masyarakat melayu kini telah menganuti agama Islam kerana di atas pengiktirafan tersebut.

Berbeza dengan sistem kepercayaan dan agama yang diikuti oleh masyarakat melayu lama

yang mempercayai kepada kepercayaan animisme iaitu mempercayai kepada alam sekeliling.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat melayu sekarang masih mempercayai

kepada alam sekeliling tetapi hanya ada sesetengah sahaja yang masih mempercayai perkara-

perkara karut tersebut. Hal ini kerana telah banyak penerapan Islam yang telah diberikan

dalam pelbagai aspek dan telah wujud satu konsep Islam iaitu Islam Hadhari.

Konsep dan Falsafah Islam Hadhari

Islam hadhari telah digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi seperti Ibnu

Khaldun dalam kitab agungnya al-Muqaddimah dan pemikir al-Jazair, iaitu Malik Bennabi

yang cenderung menggunakan istilah hadhara yang mempunyai maksud hampir sama dengan

keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. Islam hadhari

merupakan satu pendekatan Islam yang syumul atau komprehensif yang memberi penekanan

kepada pembangunan ekonomi dan tamadun menyeluruh yang berupaya menjadi penggerak

dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa melayu, khususnya dan umat Islam,

amnya. Islam Hadhari menjadikan warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan

kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembangunan dan

kemajuan tamadun umat Islam masa kini dalam semua bidang kehidupan. Justeru, Islam

Hadhari merupakan satu kerangka dasar nasional yang akan dijadikan asas perancangan

pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam maju menjelang tahun 2020. Oleh itu,

wawasan 2020 yang telah dijadikan matlamat negara selama ini harus berpaksikan

pendekatan Islam Hadhari.

29

Page 30: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Maksud Islam Hadhari

Islam Hadhari ialah gabungan dua perkataan bahasa Arab, iaitu ’Islam’ dan ’Hadhari’

(sifat). Perkataan ’Hadhari’ berasal daripada istilah hadharun-hadharatun (hidup di bandar)

yang membawa maksud ’membangun, maju atau bertamadun’, iaitu berlawanan dengan

perkataan badawah (’pedalaman atau kemunduran’). Bertolak daripada kata dasar tersebut,

perkataan hadharah atau hadhari boleh ditakrifkan sebagai hasil tindak balas antara

manusia dengan alam dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia

untuk memperbaiki kualiti hidup di dunia dengan mencapai keseimbangan antara rohani

dengan kebendaan mengikut keperluan dan peredaran masa. Pengertian hadharah semakin

luas bagi komuniti manusia yang jauh meninggalkan corak hidup pedalaman dan mereka

mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju yang progresif dari semasa ke semasa

mengikut kesesuaian zaman dan tempat. Justeru, hadharah atau tamadun merupakan hasil

usaha yang dilakukan oleh manusia untuk mengeksploitasi sumber alam yang ada di

sekitarnya. Tujuannya adalah untuk merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat

manusia serta menyebarluaskan faktor kebaikan dan kebahagiaan dalam kalangan manusia

sejagat.

Sebab Islam Hadhari diperkenalkan

Islam Hadhari diperkenalkan di Malaysia ketika dunia Islam dan umatnya telah

dilabelkan oleh masyarakat antarabangsa sebagai masyarakat pengganas, huru-hara, miskin

dan mundur. Sebahagian besar umat Islam sendiri gagal menjadikan diri mereka sebagai

umat yang maju, membangun dan bertamadun dari pandangan masyarakat dunia. Setelah

sekian lama negara umat Islam dijajah oleh Barat, kebanyakan umat Islam masih melihat

ketamadunan Islam dari sudut akidah dan ibadah semata-mata. Mereka lebih suka

membahaskan perkara remeh-temeh yang akhirnya memecahbelahkan umat Islam itu sendiri.

Sehingga kini, tiada sebuah negara Islam pun di dunia ini yang mampu membuktikan bahawa

umat Islam ialah umat yang terbaik dan umat contoh. Antara faktor yang yang menjadi

penyebab kepada kelakuan dan kelesuan umat Islam yang amat berbeza daripada sifat umat

Islam semasa zaman kegemilangan Islam pada masa dahulu adalah seperti berikut :

30

Page 31: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

a) Ketaksuban dan kebelengguan gerakan pemikiran dan ijtihad dalam kalangan alim ulama.

b) Perluasan pemikiran khurafat yang menyebabkan umat Islam menjadi rendah diri dan

mudah menyerah kalah. Faktor ini juga menyebabkan penyebaran fahaman yang

menyimpang daripada ajaran sebenar Islam.

c) Kegagalan menghayati dan melaksanakan panduan al-Quran berkaitan dengan pembinaan

tamadun dan tidak mendapat petunjuk daripada rahsia hakiki kegemilangan tamadun

Islam masa lalu.

d) Kecetekan dan kedangkalan umat Islam terhadap petunjuk al-Quran untuk memahami

hakikat alam, manusia dan kehidupan yang menyebabkan mereka gagal memakmurkan

dunia ini.

Walaupun Islam Hadhari menjurus pada pengamalan cara hidup Islam secara

menyeluruh, namun ini tidak bermakna kepentingan rakyat Malaysia yang terdiri daripada

pelbagai kaum dan agama diabaikan sama sekali. Oleh itu, konsep Islam hadhari amat

relevan dan sesuai dipraktikkan di negara ini.

Pemikiran Melayu Baru

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, kita telah meneliti perkembangan budaya

fikir melayu dan fahaman-fahaman yang telah terbentuk dalam akhir abad ini. Penelitian ini

adalah penting kerana evolusi pemikiran melayu semasa ada kaitannya dengan pergolakan

yang wujud jauh dalam sejarah sosio intelektual melayu. Bahkan boleh dikatakan bahawa

bentuk-bentuk pemikiran yang wujud kini adalah manifestasi dan kesan daripada pergolakan

masa-masa yang baru berlalu. Kerangka pemikiran melayu telah mengalami proses

pembaratan melalui pendedahan kepada konsep sains dan falsafah moden semenjak zaman

kolonial dan berterusan sehingga negara mencapai kemerdekaan. Proses pembudayaan

tersebut bertambah giat lagi dalam program pendidikan pasca-merdeka. Program tersebut

telah berjaya melahirkan satu masyarakat melayu yang mempunyai budaya fikir sains. Di

kalangan mereka ini wujud keadaan di mana konsep sains dan kosmologi sekular moden

seolah-olah telah menggantikan kerangka idea dan kosmologi tradisional. Nilai-nilai asas,

estetik, sosial dan juga kepercayaan melayu lama digantikan dengan kosmologi dan semiotik

sains moden. Dari kelompok ini juga timbul satu fahaman baru yang kini lebih dikenali

sebagai Mahathirisme. Satu fahaman yang menjadi subur di kalangan orang melayu kelas

menengah dan atasan pada tahun-tahun 80-an dan 90-an.

31

Page 32: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Walaupun kita cenderung untuk membahagikan minda melayu sebagai berpaksi

kepada dua pola pemikiran yang ekstrem iaitu rasionalis dan tradisionalis. Mereka yang

tergolong dalam kelompok rasionalis, biasanya mereka adalah daripada kalangan kelompok

kelas menengah dan atasan, berpendidikan moden ala barat. Manakala mereka yang terdiri

daripada kelompok tradisionalis ialah daripada kalangan kelas buruh, petani dan nelayan atau

berpendidikan tradisional. Pendidikan rasionalis dicirikan oleh objektiviti, sekularisme,

empirisme dan materialisme. Pemikran rasionalis cenderung kepada pemikiran saintifik,

kualitatif dan logik tertib Aristotelian. Manakala pemikiran tradisional cenderung kepada

pemikiran magis, metafizis dan logik bebas tertib yang kabur. Namun begitu, kita telah

perhatikan bahawa gambaran sebenarnya tidaklah semudah yang disangkakan. Kita dapati

paradoks dan kontradikasi dalam sejarah perkembangan pemikiran melayu. Misalnya, di

kalangan mereka yang kononnya mewakili kelompok rasionalis masih lagi berleluasa

kepercayaan terhadap ilmu mistik dan sihir. Kita dapati tokoh-tokoh politik, terutamanya,

walaupun yang berpendidikan barat, bermain sihir. Kita hairan sekiranya ilmu mistik dan

sihir berleluasa di kalangan kelompok tradisionalis. Sebaliknya yang kita dapati ialah sering

sekali mereka yang berada dalam kelompok tradisionalis berkhidmat dan mendokong cita-

cita keduniaan material mereka dari fahaman kelompok tradisionalis. Oleh demikan, terdapat

bermacam interaksi atau kekaburan antara dua alam fikir yang dianggap sebagai terpisah,

dalam konteks yang agak aneh. Senario yang kompleks ini terserlah pada tahun-tahun 1970-

an dengan kebangkitan fahaman Islam rasionalis di kalangan pemuda terpelajar melayu dan

penubuhan badan ilmiah seperti Akademi Sains Islam (ASASI). Antara manifestasi tersebut

ialah dalam bentuk ilmiah dan usaha ”islamisasi” ilmu sains oleh para profesional melayu

berpendidikan barat dan sekular. Hal tersebut jelas merupakan paradoks dalam sejarah

budaya fikir melayu. Namun begitu, terdapat beberapa fahaman moden yang timbul dalam

kelompok rasionalis seperti Mahathirisme lebih mudah difahami. Mahathirisme, misalnya

telah mewujudkan keadaan di mana penyuburan pemikiran digital dan orang turing melayu

suatu kemungkinan yang amat mudah diwujudkan. Kontrakdiksi dalam budaya fikir melayu

yang digambarkan di atas tidak menjadi masalah besar dalam konteks kerangka fahaman

moden seperti Mahathirisme. Bahkan penyuburan kontrakdiksi seperti itu dapat dicapai

dengan efisien dalam alam fikir maya yang berteraskan konsep digitalisasi. Dalam alam maya

dunia mistik dan khayalan dengan dunia objektiviti, empiris dan fizis sains seolah-olah wujud

secara harmoni dalam dunia alam maya dan digital perkomputeran.

32

Page 33: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Dalam alam maya dan dunia digital perkomputeran, Mahathirisme mendapati

kerangka fikir yang amat serasi, bahkan mampu mengukuhkan teras ideologi dan

fahamannya. Kerana itulah migrasi kepada pemikiran digital boleh dianggap satu langkah

yang hampir mesti. Ditambah pula dengan faktor luaran yang berkebetulan pula menjadikan

pemikiran digital dam komputesi sebagai arus perdana dunia semasa. Ditambah pula juga

dengan manifestasi teknologi dan material dengan bantuan pengiklanan ”hype” yang agresif

mempromosikan teknologi digital dan perkomputeran sebagai teknologi dan wahana

kemajuan alaf baru berjaya menambat hati sebahagian besar orang melayu. Selain itu,

pembudayaan teknologi maklumat (IT) juga telah meluaskan teknologi perkomputeran

dengan penggunaan komputer di kalangan orang awam. Pembudayaan IT bukan semata-mata

terlaksana dengan sektor-sektor awam seperti pendidikan, kesihatan, perniagaan dan media

massa yang beroperasi berteraskan teknologi perkomputeran. Pembudayaan IT juga bererti

bahawa idea pembangunan iaitu satu konsep moden yang diterima oleh orang melayu, amnya

serta objektif kesejahteraan sekelompok mungkin tercapai dalam lingkungan waktu tertentu

melalui meditasi Technology Mapping (TM). Budaya fikir individu dan masyarakat semasa

harus diselaraskan dengan pemikiran TM. Pembudayaan TM bererti komputer digunakan

secara meluas dan maksimum oleh setiap peringkat orang awam bagi tujuan insaniah. Sektor

awam menggunakan TM bagi tujuan peningkatan khidmat dan kecekapan untuk rakyat

terbawah dan terbiar. Tidak ada budaya fikir yang tidak mengalami perubahan sama ada

akibat daripada proses dalaman atau pengaruh dari luar. Budaya melayu tidak terkecuali

daripada proses dan pengaruh tersebut terutamanya yang dicetuskan oleh idea-idea baru dan

inovasi teknologi terkini.

Politik Melayu Baru

Dari sudut politik adalah diakui bahawa penjajah telah membawa unsur demokrasi

dengan memperkenalkan sistem pilihan raya barat dan persaingan bebas. Pelbagai alat politik

moden diperkenalkan kepada penduduk tempatan. Kerajaan British telah memperkenalkan

institusi pilihan raya moden dengan pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur pada 1952 serta

pilihan raya persekutuan pada 1955. Dewan perundangan secara moden juga telah

diperkenalkan oleh kerajaan British di samping proses dan pentadbirannya. Demikian juga

dalam bidang perundangan, pentadbiran awam dan pendidikan. Kontruksi di sini tidak

terbatas dari sudut sosial semata-mata tetapi juga di dalam ruang politik dan undang-undang.

33

Page 34: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Namun pada masa yang sama dasar pecah dan perintah ini telah merenggangkan

hubungan antara kaum yang berbeza yang kemudiannya memberi kesan kepada

perkembangan politik tanah air. Kini masyarakat tradisinal juga telah mengalami

percampuran idea dan budaya, khususnya di dalam politik. Kesetiaan kepada autoriti

tradisional masih wujud namun dalam masa yang sama menerima kemasukan idea dan

amalan politik moden. Nilai-nilai tradisional tidak pupus sepenuhnya secara serentak. Dalam

kata lain, ia berada di dalam satu tahap transisi dari sifat tradisi kepada suatu bentuk yang

baru. Pendidikan moden sudah diperkenalkan, namun sebenarnya masih belum menyeluruh.

Masyarakat telah diperkenalkan dengan pendidikan asas, namun bilangan yang ketinggalan

tidak sedikit jumlahnya. Pendidikan tradisi yang sudah sebati selalunya berorientasikan

keagamaan masih kekal di dalam fikiran. Sejak sebelum merdeka media sudah mula

berkembang dengan penerbitan beberapa akhbar tempatan, namun pengedarannya masih

terbatas dan bilangan pembaca juga tergolong kepada golongan inteligensia di bandar.

Mobilisasi dan migrasi baru bermula tatapi pada kadar yang sangat perlahan.

Di dalam keadaan serba kekurangan ini, sistem politik demokrasi yang kompetitif

cuba diamalkan secara menyeluruh. Masyarakat baru ini terlalu terpengaruh dengan cara

pemerintahan bekas penjajahnya. Pilihan raya bebas telah diadakan. Persaingan dibenarkan

dan kempen serta manipulasi isu juga tidak dihalang. Media memainkan banyak peranan di

dalam melaksanakan demokrasi ini dengan menyiarkan berita tanpa tapisan. Dengan keadaan

perbezaan kaum yang ketara, maka media dengan topeng demokrasi dan hak bersuara tidak

dapat disekat dari memanipulasikan isu yang berbau perkauman. Dengan itu, sentimen

perkauman menjadi lebih hangat. Pertembungan ini tidak menghasilkan percampuran yang

baik. Sesuatu yang sesuai bagi masyarakat moden yang bersifat organik dilaksanakan kepada

masyarakat tradisional atau belum penuh matang. Bagaimanapun masyarakat ini tidak

menolak secara sepenuhnya sistem politik moden ini, sebaliknya cuba mengamalkannya

dengan kapasiti dan latar belakang yang ada. Maka terjadilah suatu bentuk persaingan yang

tidak sepenuhnya demokrasi dan tidak juga sepenuhnya tradisional.

34

Page 35: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Baru

Bahasa adalah alat yang digunakan oleh anggota masyarakat sebagai saluran untuk

menyatakan fikiran dan perasaan. Selagi masyarakat itu berkembang, maka bahasa turut

berkembang. Selain itu, bahasa juga suatu simbol yang berfungsi sebagai wahana

perhubungan. Ia membolehkan dan melicinkan pemindahan maklumat, pertukaran makna

serta interaksi sosial antara pelaku-pelaku berkenaan. Bahasa melayu adalah bahasa

kebangsaan bagi negara Malaysia.

Cabaran Teknologi Maklumat (IT) Terhadap Bahasa

Teknologi maklumat dengan segala macam ragam dan perkakasan penyebar

maklumatnya memudahkan kita memperoleh, menyebar luas malah menguruskan maklumat

dengan canggih. Ruang kehidupan kita tidak lagi terbatas kepada ruang tradisional iaitu

berhubung secara bersemuka saja malah sudah dikuasai oleh ruang penumpuan maklumat

yang dinamakan siber ruang. Ada kemungkinan tidak lama lagi kertas yang digunakan tidak

lagi berfungsi kerana masyarakat kita sedang menuju kepada masyarakat tanpa kertas. Ada

kemungkinan masyarakat kita menjadi semakin digital.

Di pejabat, sudah ada rangkaian komputer yang digunakan kerajaan dalam usaha

memaklumatkan seluruh sektor kerajaan. Jelaslah kerajaan sedang menuju ke arah kerajaan

elektronik. Dalam dunia korporat demikian juga. Hal yang terjadi ialah revolusi yang cukup

drastik dalam semua aspek dunia korporat, misalnya dunia pengurusan yang memasuki ruang

korporat digital dan maya (virtual). Dalam bidang pemasaran, kita sudah membicarakan

malah mungkin menerapkan siber pemasaran dan mulai difikirkan mengenai adanya jenayah

siber yang memungkinkan digubal undang-undang siber.

Dunia elektronik di tanah air kita sudah mulai dimasuki konsep logik fuzi (fuzzy

logic). Begitulah hampir semua aspek kehidupan mulai diterkam oleh teknologi maklumat.

Pendek kata, berbekalkan teknologi maklumat dengan segala macam ragamnya, kita sedang

memasuki ruang kehidupan yang dinamakan ruang kehidupan maya (virtual life).

35

Page 36: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Kehadiran ruang kehidupan maya berkat munculnya teknologi maklumat mempunyai

kesan terhadap pengembangan dan pembinaan bahasa Melayu. Tegasnya bahasa Melayu

diterjah oleh kehadiran teknologi maklumat secara drastik. Kesannya dapat dilihat terhadap

beberapa aspek pengembangan dan pembinaan bahasa Melayu.

Pembinaan korpus bahasa Melayu harus menjadi bahagian malah seiring dengan

perkembangan teknologi maklumat mutakhir. Dengan teknologi maklumat, bahasa Melayu

tidak lagi boleh dilihat secara konvensional. Tegasnya IT mencabar kita melihat bahasa

Melayu dalam konteks lebih proaktif dan inovatif.

Pengembangan istilah bahasa Melayu sekali gus bergerak sejajar dengan epistemologi

pengembangan teori dan pengembangan bahasa Melayu. Lebih penting bahasa Melayu mulai

terdedah kepada dunia proses pengantarabangsaan supaya mencapai tahap bahasa

antarabangsa.

Penubuhan Majlis Antarabangsa Pengembangan Bahasa Melayu (MAPBM) yang

diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini cukup signifikan untuk mengangkat martabat bahasa

Melayu ke tahap bahasa antarabangsa. MAPBM akan dikendalikan oleh sebuah sekretariat

tetap di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan pengerusi tetapnya iaitu A. Aziz Deraman

yang juga Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka.

MAPBM akan memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat mutakhir untuk

mendedahkannya ke arena antarabangsa. Pada pihak lain, DBP cukup terpanggil dengan

perkembangan teknologi maklumat dalam erti kata bahawa DBP sudah ada lamannya

(homepej) tersendiri yang membawa DBP berada di Internet. Usaha pengkomputeran,

kehadiran halaman DBP dan Internet terhasil berkat kerjasama Jabatan Bahasa, Bahagian

Komputer dan Pusat Dokumentasi Melayu.

Penyediaan halaman DBP bertujuan:

• Memperkenal organisasi DBP, kegiatan serta peranannya kepada

masyarakat setempat, serantau dan antarabangsa.

• Menyebar luas maklumat kebahasaan dan sastera Melayu.

• Mempromosi penerbitan DBP, menggalakkan pembacaan di

36

Page 37: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

kalangan masyarakat Malaysia khasnya dan masyarakat penutur

dan pengkaji bahasa dan budaya Melayu amnya.

• Menyediakan perkhidmatan PDM dalam talian untuk keahlian dan

untuk mengakses koleksi PDM.

• Menyebarkan maklumat kegiatan penyelidikan dalam bidang

bahasa dan sastera Melayu.

Saluran Internet bukan saja dapat memperkenalkan DBP ke peringkat antarabangsa

malah menjadi alternatif kepada pemasaran penerbitan untuk maju data pasaran yang lebih

luas. Pengumuman judul buku yang akan terbit mengikut bidang dan judul buku semasa,

judul majalah terbitan DBP, fokus artikel majalah yang akan terbit dan senarai pengedar

adalah sebahagian promosi penerbitan DBP. Pertanyaan mengenai penerbitan dan pesanan

serta Rakan Dewan-MBF yang menawarkan kemudahan diskaun buku dan majalah terbitan

DBP di samping memberi peluang kepada ahlinya menyertai kegiatan semasa anjuran DBP

turut diperkenalkan.

Pusat Dokumentasi Melayu sebagai perpustakaan yang mempunyai koleksi khusus

dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu berusaha memperluas penyebaran dan

perkhidmatan maklumat melalui Halaman DBP. Antara maklumat yang disediakan ialah

kemudahan perkhidmatan untuk pengguna, pendaftaran keahlian dan kemudahan mengakses

pangkalan data bibliografi, indeks dan direktori melalui Katalog Awam Dalam Talian

(KADT). Pengguna boleh membuat pilihan untuk mendapatkan maklumat mengenai:

• Katalog monograf dan audio visual.

• Indeks akhbar dan majalah.

• Penerbitan karya.

• Biodata.

• Persatuan (Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu).

• Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pembinaan antara muka cerian yang menghubung Halaman DBP dengan sistem

komputer PDM menggunakan perisian BRSSLOIS yang sedang dilaksanakan untuk

membolehkan pengguna mengaksesnya secara telus.

37

Page 38: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Potensi Internet memberi peluang kepada PDM memperkenalkan pembekalan

dokumen elektronik melalui rangkaian jarak jauh pada masa akan datang. Ia merangkumi

teks penuh artikel majalah terbitan DBP dan laporan penyelidikan. Perkhidmatan pembekalan

dokumen akan dapat membantu PDM memenuhi keperluan pelanggan untuk mendapatkan

bahan dengan cepat dan penyebaran dokumen yang cekap dan berkesan. Sumbangan halaman

DBP turut menambah statistik pembekalan maklumat Malaysia kepada masyarakat setempat

dan antarabangsa. Hal ini bermakna lebih banyak produk baru yang dapat memberi nilai

ekonomi kepada bahasa Melayu di samping mewujudkan produk premium yang mampu

menjana pendapatan organisasi.

Pada pihak lain DBP menghasilkan alat teknologi penyemak ejaan dan tesaurus yang

dinamakan Dewan Eja. Dewan Eja adalah perisian yang dapat membantu pengguna komputer

menyemak ejaan atau mencari perkataan sinonim. Dewan Eja dapat mengesan kesilapan

ejaan yang dalam surat, esei, laporan dan sebagainya dan mencadangkan perkataan yang

betul.

Dewan Eja menggunakan dua sumber utama yang berwibawa iaitu Kamus Dewan dan

Tesaurus Umum Bahasa Melayu. Kedua-dua buku itu diterbitkan oleh DBP. Perisian hasil

gabungan teknologi dan budaya itu mempunyai keistimewaan khas kerana ia dapat

berinteraksi dengan beberapa pemproses perkataan yang lain digunakan iaitu Microsoft,

Word, Corel, WordPerfect mahupun Lotus Ami Pro.

Pendidikan Melayu Baru

Mengimbau sejarah pendidikan seabad yang lalu, kita tidak dapat lari untuk membuat

kesimpulan bahawa tidak ada elemen lain yang lebih layak yang boleh bertanggungjawab

untuk memacu perkembangan negara sehingga menjadi seperti apa yang kita nikmati

sekarang.

Pendidikan bertanggungjawab menyatupadukan tiga rumpun bangsa di negara ini

yang ketika awal penubuhan Malaysia, seolah-olah mahu membawa haluan masing-masing.

Bangsa Melayu ketika itu tebal dengan sifat prejudisnya yang begitu takut pendidikan akan

menyebabkan anak-anak mereka berfikiran sekular. Menarik juga jika dilihat pemikiran

masyarakat Melayu terhadap pendidikan terutamanya terhadap anak-anak perempuan

mereka, seperti mana yang dinyatakan dalam laporan tahunan seorang pegawai British, F.J.

Morten pada 1935 iaitu :

38

Page 39: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Ibu bapa Melayu menganggap bahawa pengetahuan menulis dan membaca itu akan

menggalakkan penulisan surat cinta dan berlaku percintaan rahsia...,". Malah, bangsa Melayu

ketika itu juga menolak pendidikan yang cuba diberikan oleh penjajah kerana cemburukan

kehilangan tenaga perkhidmatan anak-anak mereka di rumah. Elemen pendidikan bagi

masyarakat Melayu ketika itu lebih tertumpu kepada mendalamkan ilmu agama di sekolah-

sekolah pondok dan sekolah agama Madrasah.

Bagaimanapun, masyarakat Cina menampakkan minat yang lebih tinggi terhadap

pendidikan. Kedatangan mereka secara beramai-ramai pada pertengahan abad ke 19

hinggalah menjelang 1940 memberikan minat kepada bangsa ini melalui orang perseorangan

yang kaya dan persatuan-persatuan menubuhkan sekolah-sekolah vernakular Cina. Langkah

ini adalah bagi memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa mereka di negara ini.

Justeru, kurikulum sekolah-sekolah Cina ini adalah berkiblatkan Tanah Besar Cina. Malah

buku teks dan guru-guru juga didatangkan dari negara China. Murid-murid sekolah Cina

diajar bahan-bahan klasik secara hafalan, mengira dengan sempoa dan tulisan Cina.

Bagi masyarakat Tamil pula, kemasukan buruh-buruh India secara beramai-ramai di

antara pertengahan abad ke 19 hingga Perang Dunia Kedua di ladang-ladang kopi, gula,

kelapa dan getah telah menyebabkan kewujudan sekolah-sekolah Tamil di kawasan ini.

Malangnya, bilangan murid-murid di sekolah Tamil amatlah rendah kerana kekurangan

infrastruktur, sikap tidak mementingkan pelajaran di kalangan masyarakat India ketika itu

dan kesan tarikan sekolah Inggeris di bandar-bandar.

Bangsa Inggeris sebagai penjajah ketika itu pula membawa haluannya sendiri dengan

menubuhkan sekolah Inggeris yang menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantar. Kurikulum sekolah Inggeris mementingkan akademik dan persediaan

untuk peperiksaan 'Cambridge Overseas School Certificate'. Mata pelajaran yang diajar ialah

Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Eropah, Ilmu Alam, Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan

Jasmani dan Lukisan. Perkembangan pendidikan sehingga peringkat ini tidak banyak

melibatkan campur tangan penjajah. Pihak penjajah dalam usaha tidak mahu mewujudkan

penyatuan di antara kaum di negara ini, telah mengamalkan dasar 'laissez-faire' di dalam

bidang pendidikan. Dasar ini telah mewujudkan lima jenis persekolahan dalam zaman

pemerintahan penjajah. Lima sekolah itu ialah Sekolah Vernakular Melayu, Vernakular Cina,

Vernakular Cina, Vernakular Tamil, Sekolah Inggeris dan Sekolah Agama Madrasah.

(Vernakular bermaksud bahasa pengantar bahasa ibunda).

39

Page 40: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Perubahan

Pendidikan di negara ini mula memasuki zaman perubahan bermula tahun 1945

hingga 1957. Malah boleh dikatakan, perubahan yang dilakukan pada zaman ini menjadi titik

tolak kepada dasar pendidikan negara yang kita laksana kini. Selepas tamat Perang Dunia

Kedua pada tabun 1956, penjajah Inggeris kembali ke tanah air. Perkembangan politik

serantau seperti di negeri China, India, Indonesia dan Filipina telah mengubah pandangan dan

sikap kaum. Prinsip penjajah yang terlalu longgar dalam dasar pendidikannya telah

menyebabkan penubuhan sekolah Inggeris oleh pendakwah Kristian, sekolah vernakular Cina

oleh masyarakat Cina dan sekolah Vernakular Tamil oleh pemilik ladang kopi dan getah. Apa

yang berlaku ini membayangkan betapa penjajah sememangnya tidak mempunyai objektif

dalam bidang pendidikan di negara ini. Semuanya adalah sekadar memenuhi tuntutan dan

desakan daripada masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk kepentingan peribadi kaum

yang diwakili, tanpa memikirkan kepentingan bersama.

Bagaimanapun, pendidikan di tanah air mengalami zaman malapnya semasa

pendudukan Jepun di negara ini dari tahun 1941 hingga 1946. Ketika ini, banyak sekolah

telah ditutup dan sekolah ketika itu menjadi alat propaganda Jepun untuk menaburkan benih-

benih kebencian kepada bangsa Inggeris dan sebaliknya menghormati bangsa Jepun. Selama

tiga setengah tahun Jepun menduduki Malaya, pemerintahan Jepun ala tentera turut

memberikan kesan kepada perkembangan sekolah di tanah air pada masa itu. Kesan paling

ketara ialah dari segi bilangan murid ke sekolah yang begitu merosot sekali. Memandangkan

kebanyakan sekolah digunakan sebagai tempat perlindungan semasa serangan Jepun,

kebanyakan sekolah mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dapat digunakan untuk

tujuan pengajaran. Keadaan huru hara negara ketika penjajahan Jepun juga menyebabkan

tiadanya kurikulum baru diperkenalkan dan guru terus mengajar berpandukan kurikulum

lama dan yang wajib diajar di semua sekolah ialah bahasa Jepun.

Pendidikan di negara ini mula memasuki zaman perubahan bermula tahun 1945

hingga 1957. Malah boleh dikatakan, perubahan yang dilakukan pada zaman ini menjadi titik

tolak kepada dasar pendidikan negara yang kita laksanakan kini. Selepas tamat Perang Dunia

Kedua pada tahun 1956, penjajah Inggeris kembali ke tanah air. Perkembangan politik

serantau seperti di negeri China, India, Indonesia dan Filipina telah mengubah pandangan dan

40

Page 41: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

sikap kaum pendatang di Malaya ketika itu. Orang Melayu pula telah mula sedar peri

mustahaknya pendidikan moden dan sekular bagi meningkatkan kedudukan ekonomi dan

sosial mereka. Ini menjadikan orang Melayu mula meminta kerajaan Inggeris membaiki

keadaan pendidikan di sekolah Melayu dan meluaskan peluang pendidikan untuk anak-anak

Melayu. Keadaan ini mendorong kepada penubuhan sebuah jawatankuasa yang

dipengerusikan oleh L.J. Barnes yang ditugaskan untuk menyemak dan membaiki keadaan

pendidikan untuk orang Melayu.

Laporan Barnes kemudian disusuli Laporan Fenn-Wu untuk mengkaji masalah

pendidikan Cina. Laporan-laporan ini bolehlah dilihat sebagai satu usaha untuk menukarkan

sistem pelajaran penjajah kepada sistem pelajaran kebangsaan. Ordinan Pelajaran 1952 yang

dihasilkan oleh sebuah jawatankuasa mengkaji kedua-dua laporan tersebut. Laporan Razak

yang dihasilkan pada 1956 seterusnya dibentuk bagi menghasilkan sebuah dasar pendidikan

yang komprehensif bagi Malaya yang merdeka dan laporan ini seterusnya menjadi tulang

belakang kepada dasar pendidikan negara sehingga kini. Cadangan Laporan Razak ini

dijadikan asas untuk penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang termaktub

dalam Akta Pelajaran 1961. Seterusnya, Penyata Rahman Talib, 1960 boleh disifatkan

sebagai pelaksana penyata Razak. Antara pembaharuan-pembaharuan yang diperkenalkan

dalam sebuah sistem pendidikan negara yang merdeka ialah peperiksaan penilaian Darjah

Lima, Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Malaysian Certificate of Education (MCE), 'Higher

School Certificate (HSC).

Sejak merdeka sehingga tahun 1960, corak dan struktur sistem pendidikan di

Semenanjung adalah mengikut rangka dasar yang ditetapkan oleh Laporan Razak (1956) dan

Ordinan Pelajaran (1957). Bagi Sabah dan Sarawak pula, corak dan struktur sistem

pendidikan adalah mengikut rangka dasar yang ditetapkan oleh Laporan Woodhead (1955)

sehinggalah kedua-dua negeri itu bergabung dalam Malaysia pada 1963. Corak dan struktur

pendidikan di Semenanjung mengalami perubahan besar selepas Laporan Rahman Talib

(1960) diusulkan dan Akta Pelajaran 1961 dikuatkuasakan khususnya di Semenanjung. Unsur

dasar besar dalam laporan Rahman Talib yang menjadi asas sehingga kini ialah pendidikan

sejagat percuma untuk semua jenis sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan, had umur

berhenti dinaikkan dari umur murid 12 tahun kepada umur murid 15 tahun.

41

Page 42: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia dalam tahun-tahun 1960-

an memerlukan ramai tenaga kerja terlatih dalam berbagai-bagai bidang, khususnya dalam

bidang perkhidmatan sosial dan ekonomi. Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi 1967

ditubuhkan bagi mengenal pasti keperluan tenaga kerja ikhtisas dan separa ikhtisas yang

perlu diberi perhatian. Hasilnya, beberapa IPT ditubuhkan seperti Institut Teknologi Mara

(ITM) (1967), Kolej Tunku Abdul Rahman (1969), Politeknik Ungku Omar (1969),

Universiti Sains Malaysia (1969), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970) dan Universiti

Pertanian Malaysia (1971). Seterusnya, dari tahun 1970 hingga 1990, pendidikan di negara

ini boleh dikategorikan sebagai era penyusunan semula sistem pendidikan negara. Tumpuan

khususnya diberikan kepada reformasi yang menyeluruh dalam sistem pendidikan bagi

membina sebuah masyarakat yang bersatu padu.

Satu perubahan penting dalam pendidikan era 70-an atau era Dasar Ekonomi Baru

(DEB) ini ialah apabila Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar

Pelajaran dikemukakan pada November 1979. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh

Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mendapat berbagai-bagai

kelemahan dalam sistem pendidikan yang sepanjang tahun. Hasilnya, jawatankuasa

memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang menekankan aspek 3M

iaitu membaca, menulis dan mengira pada KBSM diteruskan di peringkat menengah dengan

pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dimulakan.

Tidak sahaja pendidikan di peringkat asas diberi perhatian, tahun 1970 hingga 80

menyaksikan perkembangan pesat pendidikan tinggi dengan penubuhan beberapa universiti

iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menjadikan bilangan universiti kepada lima buah

termasuk Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia (USM). Pertambahan universiti ini

adalah ekoran permintaan mendesak pelajar lulusan sekolah menengah aliran Melayu yang

lulusan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) dan dengan cara amalan kuota pelajar bumiputera.

Pada tahun 1980-an pula, dua buah universiti lagi ditubuhkan iaitu UIA (1983) dan Universiti

Utara Malaysia (UUM) (1984).

42

Page 43: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Perkembangan rancak pendidikan dalam angka masa 20 tahun (1970 hingga 1990)

bolehlah dianggap sebagai zaman pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan bagi

mencapai hasrat pendidikan yang berkualiti dan kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial.

Tahun 1990 pula menyaksikan pendidikan negara memasuki era global dengan pelbagai

anjakan paradigma untuk menjadikan pendidikan di negara ini lebih relevan dengan tuntutan

dan keperluan semasa.

Kurikulum futuristik yang diperkenalkan pada tahun 1996 umpamanya diperkenalkan

di peringkat sekolah bagi mewujudkan satu matlamat pendidikan yang tidak semata-mata

berorientasikan peperiksaan. Sebaliknya, kurikulum futuristik ini akan memasukkan unsur-

unsur kreatif, pemikiran literal, rasional dan kreatif dalam peperiksaan. Kurikulum ini akan

berorientasikan pelajar dan bukan lagi guru. Konsep futuristik ini juga telah menggerakkan

penubuhan konsep Sekolah Bestari yang bermula secara rasmi pada tahun ini. Sekolah

Bestari merupakan persediaan negara ke arah pendidikan alaf baru yang akan

memaksimumkan penggunaan Teknologi Maklumat (IT).

Konsep pendidikan terbuka juga menjadi antara asas pendidikan era 90-an.

Pendidikan terbuka menitikberatkan pemikiran kreatif, kritikal serta kebebasan bersuara di

kalangan pelajar. Konsep pendidikan terbuka ini juga membawa bersamanya penjanaan dan

pembudayaan ilmu tulen dan juga prinsip ilmu merentasi disiplin. Konsep pendidikan terbuka

ini menyaksikan pendidikan tinggi di universiti-universiti awam mengamalkan sistem

pendidikan terbuka ini dengan membenarkan pelajarnya mengambil subjek-subjek di luar

disiplin pengajiannya.

Lonjakan perubahan dalam era pendidikan terutamanya pendidikan tinggi di negara

ini semakin ketara dengan kelulusan lima akta baru pada 1995 dan 1996. Akta-akta tersebut

ialah Akta Pendidikan 1995, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Akta Universiti

dan Kolej Universiti (1995), Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) dan Akta

Lembaga Akreditasi Negara. Lulusnya akta ini terutamanya Akta Pendidikan Tinggi dan

AUKU juga membawa satu dimensi baru kepada era pengurusan dan pentadbiran universiti

awam di negara ini. Buat pertama kalinya bermula 1996, semua pengurusan universiti awam

termasuk Institut Teknologi Mara (ITM) dikorporatkan. Sementara itu, Akta IPTS dan juga

LAN serta sokongan sasaran kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi

kecemerlangan pendidikan di rantau ini membuka lembaran baru dalam pendidikan tinggi.

43

Page 44: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pintu pendidikan kini semakin luas terbuka bukan sahaja kepada rakyat di negara ini, tetapi

juga kepada rakyat asing. Penubuhan lebih 500 IPTS dan juga tujuh universiti swasta di

negara ini serta penubuhan universiti-universiti cawangan di negara ini secara terus

menjadikan negara ini pilihan pelajar daripada luar negara terutamanya daripada negara-

negara Asia untuk melanjutkan pelajaran ke negara ini.

Pendidikan negara seabad yang lalu iaitu daripada sebuah sistem pendidikan yang

hanya berasaskan kepentingan kaum, kini telah melangkah jauh kepada satu sistem yang

mampu membawa negara dan juga bangsanya ke arena global.

Ekonomi Melayu Baru

Sistem Residen yang diperkenalkan oleh penjajah British di negeri-negeri melayu

menjelang akhir abad ke-19 bukan sahaja menandakan permulaan perubahan dari segi politik,

malah juga melibatkan bidang ekonomi dan sosial. Langkah tersebut berjaya memulihkan

kekacauan yang tercetus akibat perebutan kuasa dalam kalangan pembesar melayu dan

pergaduhan antara kongsi gelap. Perubahan tersebut telah mewujudkan satu suasana yang

membolehkan ekonomi tanah melayu berkembang dengan pesat dan seterusnya memberi

peluang kepada British untuk mengubah ekonomi Tanah Melayu daripada kegiatan pertanian

sara diri kepada kegiatan ekonomi yang bercorak komersial secara beransur-ansur. Selain

mendapat modal tempatan daripada golongan saudagar di Negeri-negeri Selat, pihak British

juga membawa masuk pelaburan asing untuk dilaburkan dalam sektor ekonomi yang sedang

berkembang seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport.

Perkembangan yang berlaku di peringkat antarabangsa seperti keperluan memperoleh

bahan mentah oleh negara perindustrian di Barat, pengggunaan kapal wap yang

mengurangkan masa pelayaran serta pembukaan terusan suez yang memendekkan jarak dan

masa pelayaran turut mempengaruhi perubahan ekonomi di Tanah Melayu. Kedudukan

negeri-negeri melayu yang kaya dengan sumber bahan mentah menarik minat kuasa Barat,

khususnya pihak British untuk meluaskan pengaruh mereka di negeri-negeri melayu. Usaha

ini diperkukuhkan oleh kesediaan sultan atau raja dan para pembesar untuk membina

pengaruh dan teknologi dari luar. Perkembangan ini membawa kepada pembukaan lebih

banyak lombong bijih timah dan ladang getah serta penemuan beberapa sumber galian yang

lain seperti emas, arang batu, bauksit dan bijih besi. Pada masa yang sama, berlaku

kemasukan tenaga buruh secara besar-besaran, terutama dari China dan India untuk bekerja

dalam sektor perlombongan dan perladangan.

44

Page 45: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Walaupun ekonomi Tanah Melayu berkembang dengan pesat, namun penjajah British

terus membiarkan orang melayu kekal dalam kegiatan pertanian bercorak tradisional tanpa

diberi peluang untuk diserapkan dalam kegiatan ekonomi moden seperti sektor perlombongan

dan perladangan. Penjajah British lebih mementingkan jaminan supaya jentera ekonomi

dapat bergerak dengan cekap dan teratur. Mereka merasakan struktur masyarakat melayu

yang sedia ada tidak perlu diganggu. Akibat dasar ini, orang melayu terus terpisah daripada

arus kepesatan ekonomi yang sedang berlaku. Dasar ’pecah dan perintah’ penjajah ini telah

membentuk kawasan petempatan yang berasingan antara ketiga-tiga kaum yang utama.

Sebahagian besar orang melayu kekal dengan kegiatan ekonomi di luar bandar sebagai petani

dan nelayan. Orang cina yang tertumpu di kawasan bandar menjadi peniaga dan pelombong,

manakala orang India yang menetap di ladang getah bekerja sebagai penoreh getah. Melalui

dasar ini, kaum bukan melayu dapat melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan ekonomi

moden. Keadaan ekonomi moden berkembang pesat di kawasan bandar, lombong, ladang dan

kawasan perdagangan dan pada masa yang sama, ekonomi tradisional dan sara diri turut

berkembang pesat di kawasan luar bandar.

Sistem Perbankan dan Insurans Islam

Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengembangkan sistem ekonomi

Islam melalui institusi-institusi kewangan Islam dengan fungsi dan peranan tersendiri.

Institusi-institusi kewangan Islam seperti Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat

Malaysia Berhad telah diperkenalkan. Sistem perbankan Islam boleh didefinisikan sebagai

satu sistem perbankan yang menjalankan operasi berlandaskan hukum syarak. Penubuhan

sistem perbankan ini telah menunjukkan bahawa melayu baru sekarang telah maju dan

penerapan Islam dalam bidang ekonomi telah meningkat.

Nilai-nilai Melayu baru

Masyarakat Melayu di seluruh dunia Melayu sudah semakin terdedah dan dirempuh

oleh nilai-nilai hidup dari luar merata dunia. Tanpa kekuatan minda dan ilmu yang kental

serta sistem nilai diri yang utuh, rempuhan nilai-nilai pelbagai arah yang saling bercanggah

ini menyebabkan kita mengalami krisis kekeliruan nilai. Generasi muda Melayu memerlukan

panduan dan pemupukan nilai yang lebih jelas Membina Minda dan Budaya Melayu Baru

dan teratur, sama ada dari institusi keluarga, sekolah atau pertubuhan sosial yang lain. Lantas,

inilah salah satu punca rentetan masalah sosial yang dihadapi masyarakat. Sistem nilai dan

penilaian kita perlu dibetulkan.

45

Page 46: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Selain penekanan pada nilai ilmu, perlu juga kita mengenal pasti nilai-nilai murni

Melayu yang progresif untuk pembinaan budaya seterusnya. Jika diteliti, nilai-nilai Melayu

memang banyak yang baik dan murni. Namun, pemilihan dan huraian yang positif perlu

dilakukan terhadap sistem nilai yang telah diwarisi ini untuk dinilai semula dan disesuaikan

dengan keperluan hidup kini dan pada masa depan. Misalnya, nilai menuntut ilmu, nilai

tanggungjawab, berusaha gigih, nilai merantau ke alam baru, nilai kebenaran, nilai keluarga,

nilai gotong royong dan lain-lain. Langkah seterusnya, ialah suatu program penyemaian dan

penyaluran nilai yang lebih terarah dan teratur serta mekanisme untuk memantau dan

memastikan pendidikan nilai ini dapat dilaksanakan dan dicapai dengan berkesan. Apa dapat

dilihat daripada nilai yang dimiliki oleh melayu baru tidak banyak mengalami perubahan

kerana unsur-unsur nilai melayu lama masih dapat dikekalkan.

PENDAPAT PENULIS TERHADAP PERUBAHAN YANG BERLAKU DI

ANTARA MELAYU LAMA MELAYU BARU

Pada pandangan kami, perubahan yang berlaku antara Melayu lama kepada Melayu

baru menunjukkan satu perubahan yang baik. Perubahan-perubahan yang berlaku ialah

perubahan dari segi ekonomi, politik, pendidikan dan agama dan kepercayaan. Perubahan

yang paling ketara yang dapat kita lihat di sini ialah perubahan dari segi ekonomi. Kita boleh

lihat ekonomi Melayu lama dahulu hanya bergantung kepada kegiatan pertanian semata-

mata. Masyarakat Melayu lam juga hanya menggunakan sistem ekonomi sara diri. Mereka

menjalankan kegiatan ekonomi ini hanya untuk keperluan diri mereka dan keluarga.

Berbeza dengan ekonomi masyarakat Melayu baru yang berkembang pesat seperti

kegiatan perlombongan dan perladangan. Kegiatan ini adalah bertujuan untuk dieksport.

Akibat daripada perkembangan inilah, pendapatan masyarakat Melayu baru telah meningkat

dan ini menunjukkan taraf hidup masyarakat Melayu turut meningkat. Perubahan yang

berlaku dalam ekonomi masyarakat Melayu telah memberi satu perubahan yang ketara dalam

kehidupan masyarakat Melayu sekarang.

Selain itu, perubahan dalam sistem politik pula juga menunjukkan satu perubahan

yang baik. Sistem politik Melayu lama dahulu bermula daripada organisasi-organisasi desa,

46

Page 47: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

suku-suku yang kecil kemudian berkembang menjadi sebuah negara iaitu melalui

penaklukkan. Struktur organisasi politik Melayu lama juga bermula dari desa dan kampong,

kemudian diikuti dengan daerah atau jajahan dan seterusnya menjadi negeri. Di samping itu,

unit politik Melayu lama bercorak sebuah negara kota yang kebanyakkan terletak di pesisir

pantai di seluruh kepulauan Melayu. Sistem politik Melayu lama juga telah dipengaruhi oleh

pengaruh hindu. Pada masa itu, ketua negara dipanggil raja. Dalam sistem politik, pengaruh

hindu ini, raja dianggap sebagai berdarah dewa atau penjelmaan dewa dari kayangan. Selepas

raja Melaka menganut agama Islam, sistem pemerintahan telah disesuaikan dengan agama

Islam. pada zaman Melayu baru, sistem politik ini telah berubah. Akibat daripada penjajahan,

penjajah telah membawa unsur demokrasi dengan memperkenalkan sistem pilihan raya barat

dan persaingan bebas. Pelbagai alat politik moden diperkenalkan kepada penduduk tempatan.

Kerajaan British telah memperkenalkan sistem pilihan raya moden dengan pilihan raya

Bandaran Kuala Lumpur pada 1952 serta pilihan raya persekutuan pada 1955.

Di samping itu, Dewan Perundangan secara moden juga telah diperkenalkan oleh

pihak British di samping proses dan pentadbirannya. Namun begitu, kesetiaan kepada autoriti

tradisional masih wujud namun dalam masa yang sama menerima kemasukan idea dan

amalan politik moden. Itulah apa yang dapat kita lihat, perubahan dari segi politik Melayu

lama kepada Melayu baru. Perubahan ini telah membawa kepada keamanan negara serta

perpaduan kaum dan tiada perbalahan serta perpecahan kaum sepertimana yang berlaku

dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Perubahan dari segi pendidikan pula, apa yang dapat kita lihat pada zaman Melayu

lama, orang Melayu hanya mempunyai sistem pendidikan dan pengajaran mereka semdiri

yang bercorak informal dan formal. Sistem pendidikan dahulu telah dipengaruhi oleh agama

hindu iaitu bidang ilmu pengetahuan hanya dimonopoli oleh keratin kerana golongan

bangsawan khususnya raja-raja dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa. Kebijaksanaan

yang mereka miliki membolehkan mereka memerintah negeri dan menguasai ilmu

kemerdekaan. Dalam kebudayaan hindu, langsung tidak membicarakan kehidupan rakyat

jelata tetapi hanya memberi penekanan kepada golongan bangsawan yang didakwa sebagai

golongan istimewa yang mempunyai hubungan keturunan dewa-dewa dari alam kayangan.

Pada zaman Islam, sistem pendidikan bercorak formal telah berkembang dengan

pesatnya pada zaman ini dalam kalangan rakyat biasa dan juga golongan bangsawan. Sistem

47

Page 48: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

pendidikan ini lebih bercorak keagamaan seperti pengajian di rumah khusus untuk

mempelajari al-quran, institusi pendidikan di masjid dan surau. Berbeza dengan pendidikan

Melayu baru kerana sistem pendidikan pada zaman ini telah berkembang tanpa banyak

melibatkan campur tangan penjajah. Pada zaman Melayu juga, konsep pendidikan terbuka

telah menjadi asas kepada pendidikan era 90-an. Pendidikan terbuka menitikberatkan

pemikiran kreatif, kritikal serta kebebasab bersuara dalam kalangan pelajar. Selain itu,

lonjakan perubahan dalam era pendidikan terutamanya pendidikan tinggi di negara ini

semakin ketara. Pintu pendidikan kini, semakin luas terbuka bukan sahaja kepada rakyat di

negara ini tetapi juga kepada rakyat asing. Oleh itu, kami berpendapat bahawa pendidikan

Melayu lama dahulu ialah sebuah sistem pendidika yang hanya berasaskan kepentingan

kaum, kini telah melangkah jauh kepada satu sistem yang mampu membawa negara dan juga

bangsanya ke arena global.

Perubahan dalam aspek kepercayaan dan agama juga telah menunjukkan perubahan

yang ketara. Pada zaman Melayu lama, masyarakat Melayu dahulu mempercayai kepada

kepercayaan animisme kerana pada masa itu, Islam belum datang ke Tanah Melayu.

Masyarakat Melayu terdahulu sangat taksub dan percaya dengan benda-benda karut serta

benda-benda yang ada di sekeliling mereka. Pada zaman Melayu baru pula, pengiktirafan

Islam sebagai agama rasmi negara dalam Perlembangan Persekutuan. Hampir semua

masyarakat Melayu kini telah menganuti agama Islam. memang tidak dinafikan bahawa

masyarakat Melayu sekarang masih mempercayai alam sekeliling tetapi hanya ada sesetengah

sahaja yang masih mempercayai perkara-perkara karut tersebut.

Hal ini kerana, telah banyak penerapan Islam yang telah diberikan dalam pelbagai

aspek dan telah wujud satu konsep Islam iaitu Islam Hadhari. Perubahan dalam kepercayaan

dan agama telah membawa satu perubahan terhadap kehidupan bangsa Melayu kini dan pada

masa ini, knsep Islam yang baru telah dapat dibentuk iaitu Islam Hadhari. Ini telah

menunjukkan satu kemajuan dalam pembangunan Isalm di negara kita.

Kesimpulannya, perubahan-perubahan yang berlaku dalam aspek ekonomi, politik,

pendidikan dan agama dan kepercayaan ini telah membawa kepada satu masyarakat Melayu

48

Page 49: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

yang ada masa depan serta terus maju ke hadapan. Jika perubahan ini tidak berlaku,

masyarakat Melayu akan terus digelar sebagai Melayu mundur dan lemah. Akibat perubahan

inilah, masyarakat Melayu telah mencapai kejayaan terutamanya kejayaan dalam bidang

ekonomi kerana banyak bidang dan teknologi yang telah diterokai oleh masyarakat Melayu

sekarang. Oleh hal yang demikian, melayu kini tidak lagi digelar sebagai Melayu mundur

kerana Melayu sekarang telah mencapai kemajuan serta dapat meningkatkan taraf hidup

mereka secara perlahan-lahan. Maka, jelaslah di sini bahawa perubahan-perubahan yang

berlaku telah membawa kepada kemajuan masyarakat Melayu itu sendiri seterusnya

pembangunan negara juga turut meningkat.

BAB 4

49

Page 50: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

TOKOH-TOKOH MELAYU

TOKOH-TOKOH MELAYU LAMA

i) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

ii) Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad (PendetaZa’ba)

iii) Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid (Ungku Aziz)

TOKOH-TOKOH MELAYU BARU

i) Tun Datuk Seri Utama Dr. Mahathir Bin Mohamad

ii) Datuk Sri Anwar bin Datuk Ibrahim

iii) Dato' Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Biodata tokoh melayu lama

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid

merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu 1955, dan menjadi Perdana Menteri

yang pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia

pada tahun 1963 merupakan salah satu pencapaiannya yang teragung. Biasanya, beliau

dikenali sebagai “Tunku” dan juga dikenang sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa

Malaysia”.

Kehidupan peribadi

50

Page 51: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Beliau dilahirkan pada tanggal 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Star,

Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. Beliau merupakan anak lelaki yang

ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah

yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak

berdarah gahara ialah anak perempuan seorang pegawai daerah Thailand.

Pendidikan dan Kerjaya

Beliau memulakan pendidikannya pada tahun 1909 di sebuah sekolah rendah melayu

di Jalan Baharu, Alor Setar, Kedah. Beliau biasa berbahasa siam di rumah, belajar bahasa

melayu di sekolah dan seorang guru akan datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa

inggeris. Beliau kemudiannya berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa inggeris yang

kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1915, beliau meneruskan

pengajiannya di Penang Free School dan ketika berumur 16 tahun beliau mendapat Biasiswa

Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti

Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama yang menerima pendidikan di United

Kingdom di bawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah.

Pada mulanya, beliau mengambil jurusan undang-undang tetapi kemudiannya

bertukar kepada jurusan sastera (sejarah) dan memperoleh ijazah pada pada tahun 1925.

Selapas itu, beliau bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Latihan di Pejabat Penasihat

Undang-Undang Kedah pada tahun 1931 dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala

Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh

Clayton, Penasihat British pada sewaktu itu. Pada tahun 1937, beliau bertugas sebagai

Pegawai Jajahan di Sungai Petani disamping bertindak sebagai Hakim Daerah dan Pengurusi

Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid

Rahmaniah sempena nama beliau.

Pada tahun 1938, beliau melanjutkan semula pelajarannya di England dalam jurusan

undang-undang dan kembali pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan

meletus di Eropah. sekembalinya, beliau dilantik sebagai Pengarah Perkhidmatan Pasukan

Kawalan Am Selatan Kedah pada tahun 1940. Beliau menyambung semula pengajiannya di

Inner Temple pada tahun 1947 dan sewaktu tempoh itu beliau dipilih sebagai presiden untuk

Persatuan Pelajar Melayu Britain. Semasa itu juga, beliau telah menyertai Persatuan Pelajar

India Islam yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George

51

Page 52: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Jurith, seorang calon Parti Liberal. Beliau akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun

1949.

Keluarga

Pada tahun 1933, beliau berkahwin dengan Mariam iaitu seorang wanita kacukan

cina-siam yang merupakan anak tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua

cahaya mata iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah dan isterinya meninggal

dunia pada tahun 1934. Selepas kematian Mariam, beliau berkahwin dengan Violet Coulson

iaitu bekas tuan rumahnya di England. Sebenarnya, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin

dengan wanita inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kepten Francis Light

yang merupakan seorang inggeris. Selepas itu, beliau dititahkan untuk menceraikan Violet

oleh Pemangku Raja Kedah dan beliau kemudiannya berkahwin dengan Sharifah Rodziah

Syed Alwi Barakbah pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana Sharifah Rodziah

berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak

mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan

Mariam. Beliau juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963

dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama

Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Kerjaya Politik

Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, beliau ditugaskan untuk bekerja

di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta berpindah

ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik

sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. Pada tempoh itu, semangat nasionalisme

bertambah hebat dalam kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan

Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu

Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union dan beliau menyertai partinya. Pada

Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan

sebagai presiden parti dan beliau dilantik sebagai presiden yang baru serta memegang

jawatan itu selama 20 tahun.

Laluan ke Kemerdekaan

52

Page 53: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pada tahun 1954, beliau mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk

memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada

tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada

saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi

yang ditandingi. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang

mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.

Pada tahun 1955, beliau membuat satu lagi perjalanan ke London untuk berunding

tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya dan 31 Ogos 1957 diputuskan

sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari

kemerdekaan, beliau mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar

beliau dengan tangan yang diangkat naik dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh

emosi tetapi berazam mengetuai sorakan.

Sebagai Perdana Menteri

Selepas kemerdekaan, beliau mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti

Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian beliau

yang teragung.

Beliau merupakan orang yang pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan

Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan

Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963,

dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri

Malaysia yang pertama.

Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan

Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua

UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada

waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada

pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba

membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai

gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di

Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian.

53

Page 54: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Ini membangkitkan kemarahan beliau yang mendesak supaya Singapura meninggalkan

Malaysia.

Pada 7 Ogos 1965, beliau mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala

Lumpur bahawa Parlimen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura

daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan

semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak menunjukkan sebarang kesetiaan

kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan

PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965. Pada tahun

1961, beliau menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang mengumpulkan Malaya,

Thailand dan Filipina. Kumpulan ini kemudian digantikan dengan kumpulan yang lebih besar

iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada 8 Ogos 1967.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat.

Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan

rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang

diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh beliau dan

MAGERAN sebuah jawatan kuasa darurat mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan

keadaan darurat.

Pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana

Menteri. Kemudian beliau meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di

tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-

penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudiannya masing-

masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kegiatan Islam

Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, beliau

mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM) iaitu sebuah pertubuhan untuk

membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau

memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.

Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran

Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada

54

Page 55: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

gagasan beliau sewaktu beliau mengadakan pertandingan peringkat negeri yang pertama di

Kedah pada tahun 1951.

Pada 1969, beliau membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan

dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank

Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusus di dalam OIC. Beliau juga

merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik"

(RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.

Kehidupan Terkemudian

Pada 1977, beliau menjadi pengerusi sebuah syarikat surat khabar iaitu The Star iaitu

akhbar yang memaparkan ruang-ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan

"Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan. Pada tahun

1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu dan ini menyebabkan

perpecahan di dalam UMNO. Beliau dan bekas Perdana Menteri yang ketiga Tun Hussein

Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia" tetapi pendaftarannya

dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. beliau kemudiannya

menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh

Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam

Pilihan Raya Umum 1990 tetapi pada waktu itu kesihatannya telah merosot.

Dalam tahun-tahun terakhirnya, beliau tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang.

Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87 tahun dan disemadikan

di Makam Diraja Langgar, Alor Star, Kedah.

Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)

55

Page 56: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba

merupakan seorang ahli bahasa yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan

bahasa Melayu.

Biodata dan keluarga

Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir,

Jempol, Negeri Sembilan. Beliau telah berkahwin dengan isteri pertamanya pada tahun 1917

tetapi hubungan mereka tidak kekal lama. Mereka talah dikurniakan seorang anak

perempuan. Selepas itu, beliau telah berkahwin dengan isteri keduanya yang bernama

Fatimah binti Umar. Beliau meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 ketika beliau berusia 78

tahun.

Pendidikan

Semasa beliau berumur tujuh tahun, beliau telah khatam Al-Quran, menghafal Surah

Yassin dan menyertai aktiviti berzanji. Beliau memulakan alam persekolahnya ketika berusia

12 tahun iaitu di Sekolah Melayu Batu Kikir. Tidak lama selepas itu, beliau bertukar ke

Sekolah Melayu Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjut. Pada tahun 1915, beliau

berjaya tamat (Senior Cambridge) dan menjadi pemuda Melayu pertama dari Negeri

Sembilan yang menamatkan tingkatan satu ke Senior Cambridge dalam tempoh enam tahun.

Ketika berumur 59 tahun, beliau menduduki peperiksaan akhir kursus luar di Universiti Of

London dan menerima Master of Arts Second Class (Lower). Pada tahun 1973, beliau

mendapat Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti

Kebangsaan Malaysia

Kerjaya

56

Page 57: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Beliau mulai menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor

Bahru pada tahun 1916. Rencana pertamanya berjudul "Temasya Mandi Safar di Tanjung

Kling" telah diterbitkan dua kali oleh Utusan Melayu. Kelebihan beliau adalah keupayaannya

mengabung kesemua aspek dari bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan, dan

politik dalam penulisannya. Beliau juga tekun menulis mengenai kemunduran orang Melayu

yang menjadikan kerajaan koloni British syak. Sungguhpun aktiviti penulisannya ditahan,

beliau kekal bergiat aktif. Ketika berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris, beliau

memusatkan usahanya menggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu

dan menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan

bacaan umum.

Beliau meneruskan kerjaya penulisannya dengan menulis semula penulisan rencana

keagamaannya untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, Umbi Kemajuan

diterbitkan pada 1932. Pada tahun 1947, beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa

Melayu di Universiti of London. Beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan ketika

berusia 55 tahun. Perkhidmatan beliau masih diperlukan dan pada tahun 1953 dan beliau

dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu (Malay Study Department

(JPM)) di Universiti Malaya, Singapore. Ketika itu, beliau bersama-sama dengan Ungku Aziz

mengatur pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun kemudian pembentukan

Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya.

Politik

Beliau turut aktif dalam khidmat kemasyarakatan. Ini termasuk menjadi Penasihat

Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada tahun 1937 dan pada tahun 1945

sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor. Pada tahun 1946, di kongres menentang

pembentukan Malayan Union, dia dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa

Penggubal Rang Piagam UMNO dan pada tahun yang sama dia menamatkan kerjaya

politiknya selepas Piagam UMNO diterima dan diluluskan.

Sumbangan

57

Page 58: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Beliau dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu, yang kabur ketika itu. Dia

menyumbang dengan lebih lanjut apabila dia diberikan tanggungjawab untuk merancang

kurikulum sekolah, sebagai penterjemah dan pensyarah. Semasa era Jepun, belaiu diberi

tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya dan Sumatera.

Anugerah

Pada tahun 1956, beliau menerima gelaran Pendeta sacara rasmi dalam bentuk

songkok dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Semua titik

peluh yang beliau curahkan dalam hasil kerjanya adalah kerana beliau mahu meletakkan

bahasa Malayu diperdana tanpa meminta penghormatan. Malah, beliau pernah menolak

bintang penghormatan Pingat Mangku Negara yang membawa gelaran Dato' dan juga

Bintang Kebesaran Brunei. Bagaimanapun pada tahun 1962, beliau akhirnya bersetuju

menerima anugerah Pingat Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau telah

dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Bintang Panglima

Mangku Negara (gelaran "Tan Sri").

YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (Ungku Aziz)

YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid

merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan

juga seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara.

Biodata dan Keluarga

58

Page 59: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Beliau dilahirkan di London pada 28 Januari 1922 dan merupakan keturunan diraja

Johor. Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Laftenan

dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC). Ibunya bernama Hamidah binti

Abdullah. Beliau telah berkahwin dengan Azah binti Aziz dan telah dikurniakan seorang

anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar yang merupakan Gabenor

Bank Negara Malaysia sekarang.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudiannya

menyambung pengajiannya di Raffles College. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajarannya

di Universiti Malaya Singapura dan mendapat ijazah pada tahun 1951. Pada tahun 1964,

beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Waseda Universiti, Tokyo.

Perkhidmatan

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada tahun 1951, kemudian

menjawat jawatan sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura dari tahun

1952 hingga 1961. Pada tahun 1961 hingga 1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan

Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. kemudiannya, beliau

dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti

tersebut iaitu kira-kira 20 tahun.

Anugerah

Pada tanggal 17 Jun 1978, beliau telah dianugerahkan gelaran Professor Diraja.

Beliau juga merupakan pengasas gerakan koperasi dan Yang Dipertua ANGKASA sejak

ditubuhkan pada tahun 1971. Pada tahun 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal

Hijrah oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Kini,

beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi bagi Kolej Cosmopoint. Beliau juga

menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama bagi Anugerah Melayu Terbilang

sempena sambutan ulang tahun ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada

11 Mei 2005.

Sumbangan

59

Page 60: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Antara sumbangan utama beliau kepada negara ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi

Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis

Perundingan Ekonomi Negara (Mapen).

Biodata tokoh melayu baru

Tun Datuk Seri Utama Dr. Mahathir bin Mohamad

Tun Datuk Seri Utama Dr. Mahathir bin Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia

ke-empat. Beliau juga digelar Dr. M. ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981

sehingga 31 Oktober 2003, beliau menjuruterakan modenasasi yang pantas sekali dan

menyebabkan kemakmuran dalam semua lapisan masyarakat Malaysia. Pencapaiannya yang

utama ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang

berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang melayu.

Walaubagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan

bersifat kronisma.

Dr Mahathir merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang berterus terang dan

bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur yang gagah dengan nilai-nilai Asia-

kapitalisma autokratik. Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai “Bapa

Pemodenan Malaysia” negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sbuah negara

moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada tahun 2005, beliau dianugerahkan sebagai

Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Dengan perkhidmatan sebagai Perdana

Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan

di Asia Tenggara.

Biodata dan Keluarga

60

Page 61: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di sebuah rumah di Lorong Kilang Ais,

Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Bapa beliau bernama Encik Mohamad bin Iskandar dan

ibunya bernama Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Beliau mempunyai sembilan adik beradik

dan beliau merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Empat dari mereka adalah saudara

sebapanya iaitu hasil perkahwinan Mohamad bin Iskandar dengan isteri yang pertama.

Beliau telah berkahwin dengan Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali pada 5 Ogos 1956.

Mereka dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak

beliau ialah Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Kedah dan

kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah.

Beliau menyambung pelajarannya di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya di

Singapura dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada

tahun 1953.

Selepas mendapat ijazah perubatannya, Dr Mahathir berkhidmat sebagai pegawai

perubatan di Alor Star, Jitra, Langkawi dan Perlis dari tahun 1954 hingga 1957. Pada tahun

1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan dan membuka kliniknya sendiri iaitu Maha

Clinic di Alor Star, Kedah.

Kerjaya politik

Beliau telah bergiat aktif dalam politik sejak tahun 1945 yang mana beliau mengambil

bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946,

beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi

Parti Negeri Kedah dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya

menimbulkan perasaan marah terhadap golongan yang mempunyai kaitan dengan Perdana

Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan

dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum tahun 1959. Berasa sakit hati atas

penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr

Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, beliau telah dipilih sebagai Ahli

Parlimen Kota Setar selepas menewaskan Calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan

61

Page 62: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

majoriti sebanyak 60.2%. beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965.

Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff bin Rawa dengan

989 undi sahaja. Selepas beliau mengumumkan behawa beliau tidak memerlukan undi-undi

orang Cina untuk mencapai kerusinya. Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, beliau dipecat

daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai 1969 selepas pengedaran

umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara

pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan pada 26 September pada tahun itu beliau juga dipecat

keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, beliau mengarang buku “Dilema Melayu” (The Malay

Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang melayu

telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas beliau

menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya. Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana

Menteri, beliau masuk semula ke dalam UMNO pada tahun 1972 dan dilantik sebagai senator

pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu dalam Pilihan Raya umum 1974, yang

mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, beliau dilantik sebagai Menteri

Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi

naib presiden UMNO pada tahun 1975.

Pada tahun 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara

mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn. Pada masa itu, Datuk Hussein Onn melantik

beliau sebagai timbalannya danl masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya

serta tidak lama selepas itu beliau menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pada

pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan

persaraannya dan menamakan beliau sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 beliau

menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan lapan hari selepas itu beliau dilantik

sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober 2003, beliau bersara dan menamakan

timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim

62

Page 63: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan

bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia antara tahun 1994 sehingga 1998. Beliau juga

adalah bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau

merupakan bekas aktivis dalam pergerakan pelajar dan belia serta merupakan pengasas

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Institut Kajian Dasar. Beliau pernah menjadi

presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Bahasa

Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Biodata dan Keluarga

Belaiu dilahir pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman merupakan

bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia manakala

ibunya Che Yan binti Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO dan ibunya

sentiasa membawa beliau ke majlis-majlis ceramah wanita.

Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Dr Wan Azizah binti Datuk Ismail

seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, England. Isteri beliau bertugas di

Klinik Mata di Hospital Universiti , Petaling Jaya. Beliau dikurniakan 9 orang cahaya mata

yang terdiri daripada 5 orang puteri dan seorang putera.

Pendidikan

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit

Mertajam, Pulau Pinang dan Kemudiannya beliau meneruskan pengajian persekolahan

menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966 .

Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato

sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK,

63

Page 64: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

beliau mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad . Selepas itu pada

tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian

Melayu (Sastera ).

Zaman belia

Pada tahun 1968, beliau dilantik menjadi Presiden Kesatuan Bahasa Melau dan

Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia. Pada tahun berikutnya iaitu tahun

1969, beliau berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam

Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang berhubung Akta Keselamatan Dalam

Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain.

Pada tahun 1971, beliau menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

bersama–sama dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu serta dilantik menjadi Presiden

Majlis Belia Malaysia (MBM). Pada tahun 1973, beliau menjadi penasihat Majlis Belia

Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden

Pakistan iaitu Zia Ul Haq pada tahun 1979 dan beliau menerima gelaran Datuk daripada

Sultan Ahmad Shah di Istana Pekan, Pahang dan kemudiannya dari Sultan Selangor.

Penglibatan dengan politik UMNO

Beliau menceburi dunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di

atas tiket UMNO dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar dan

kemudiannya dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun yang

sama beliau menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin iaitu penyandang untuk menjadi ketua

Pergerakan Pemuda UMNO. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh

sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian, beliau dipindahkan

kepada portfolio Kementerian Pertanian.

Dalam tahun 1987, beliau memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan

kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri

Kewangan dalam tahun 1991. Dalam tahun 1993, beliau menewaskan Ghafar Baba untuk

menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana

Menteri Malaysia. Beliau pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO

dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Dana

64

Page 65: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Kewangan Antarabangsa (IMF). Oleh kerana sumbangannya terhadap kesefahaman antara

kebudayaan beliau di anugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh Ateneo de Manila

University dan anugerah presiden oleh Georgetown University.

Pada 29 Mac 1982, beliau bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh, Pulau

Pinang. Penyertaannya berjaya menyekat pengaruh Yusuf Rawa, Mahfuz Omar dan

Mohamad Sabu di Pulau Pinang khususnya. Difahamkan Datuk Ibrahim Ali dan Tengku

Razaleigh Hamzah membawa beliau berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri

Perdana, Kuala Lumpur.

Dalam Pilihan raya umum 1982, beliau mendapat 18,849 undi di parlimen Permatang

Pauh. Haji Zabidi Ali (PAS) hanya 4497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) 1825 undi. Sebelum

ini (1978) calon PAS memenangi kawasan tersebut. Kemasukan beliau telah menyisihkan

Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba, Sanusi Junid , Abdullah Ahmad Badawi dan lain-

lain. Keluarnya Sanusi Junid dari ABIM dan menyertai UMNO pernah ditentang hebat oleh

beliau sendiri.

Pada tahun 1984, perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO . beliau mendapat 226

undi dan Suhaimi Kamaruddin dapat 137 dengan membawa slogannya iaitu 'Pemuda

Penggerak Zaman'. Pada dua tahun berikutnya iaitu tahun 1986, beliau menewaskan Syed

Hamid Jaafar Albar. Beliau mendapat 303 undi dan Syed Hamid dapat 109 undi. Pada 24

April 1987 pula beliau menduduki kerusi Naib Presiden UMNO bersama Datuk Abdullah

Ahmad Badawi dan Datuk Seri Wan Mokhtar Ahmad.

Pada tahun 1990, beliau mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO dengan majoriti

terbanyak iaitu 1067 undi. Sanusi Junid dapat 953 undi dan Abdullah dapat 750 undi. Beliau

sekali didesak oleh Team Wawasan untuk mencabar Ghafar Baba pada tahun 1993 yang

membawa isu Grand Design dan politik wang digembar-gemburkan sehingga imej beliau

tercalar. Kemasukan beliau dalam UMNO merupakan panglima baru yang ditunggu-tunggu.

Beliau adalah bukti UMNO sebuah parti Islam dan bukannya parti sekular. Selepas beliau

masuk dalam parti ini, penerapan nilai-nilai Islam telah dijalankan iaitu Bank Islam,

Universiti Islam Antarabangsa, Takaful dan lain-lain telah dijalankan. Sebelum ini, umat

Islam hanya bermimpi dengan ekonomi Islam.

Jawatan dalam kerajaan

65

Page 66: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pada tahun 1982 hingga 1983, beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana

Menteri dan tahun berikutnya iaitu tahun 1983 hingga 1985 beliau menjadi Menteri Belia

dan Sukan. Pada tahun 1985 hingga 1986, beliau memegang jawatan sebagai Menteri

Pertanian dan seterusnya pada tahun 1986 hingga 1990 memegang jawatan Menteri

Pendidikan. Pada tahun 1990 hingga 1998 beliau menjadi Menteri Kewangan serta dilantik

menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993 dan jawatannya itu berakhir pada tahun

1998.

Penyingkiran

Dr Mahathir Mohamad menyingkir beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri

Malaysia pada 1997 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam

UMNO. Faktor utama penyingkiran beliau kerana kemaraan beliau tidak dapat dibendung

lagi dan membahayakan kedudukan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri

Malaysia dan Presiden UMNO. Jika Dr Mahathir Mohamad lambat bertindak, kemungkinan

Dr Mahathir akan 'tersingkir' sebagaimana Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.

Isu 'Grand Design' diperkatakan di mana-mana dan wawasan Islam dibandingkan

dengan Wawasan 2020. Dr Mahathir semakin malap.Peluang terbaik menyingkirkan beliau

apabila tersebarnya surat layang 30 halaman di Perhimpunan UMNO dan kemudian terbit

buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" oleh Khalid Jafri atau Datuk Abdul

Khalid @ Khalid Jafri Bakar Shah.

Krisis politik dan pemecatan keluar dari UMNO

Beliau dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat dan beberapa bulan selepas

itu, beliau ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual. Setelah tiga kali pihak pendakwa

memindah tuduhan, barulah beliau disabitkan kesalahan berdasarkan satu saksi. Saksi

tersebut menjadi pertikaian kerana telah beberapa kali menukar pengakuan. Beliau

kemudiannya disabitkan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan

kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

Beliau menjalani hukuman enam tahun penjara sebelum dibebaskan oleh Mahkamah

Persekutuan di sini apabila rayuannya dibenarkan bagi mengetepikan sabitan kesalahan

66

Page 67: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

meliwat berhubung pensabitannya dalam kes iaitu genap enam tahun beliau dipecat daripada

Kabinet. Keputusan itu bermakna beliau telah bebas daripada hukuman penjara sembilan

tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2000 atas kesalahan

tersebut. Beliau akhirnya dipenjarakan dibawah tuduhan lain iaitu tuduhan beliau cuba

mempengaruh penyiasatan polis ke dalam tuduhan beliau seorang homoseksual. Isteri beliau

menubuhkan Parti Keadilan Rakyat untuk memperjuangkan beliau dan politiknya.

Dalam tahun 2004, Mahkamah Persekutuan menerima rayuan beliau terhadap

pensabitan atas tuduhan liwat dan beliau seterusnya dibebaskan. Selepas dibebaskan beliau

pergi ke Munich, Jerman untuk menjalani pembedahan dan rawatan. Beliau kemudiannya

dilantik sebagai Ahli Bersekutu Kanan di Kolej Santo Anthony, Universiti Oxford. Selepas

tamat tugasnya di Oxford beliau pergi ke Washington untuk mengambil jawatan sebagai

profesor pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) dan kemudiannya di

Universiti Georgetown.

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang juga dikenali sebagai Pak Lah

merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu mewarisi Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Beliau juga merupakan Presiden UMNO iaitu parti politik yang paling besar dalam Malaysia.

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam

kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B'

dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi

sehingga 1991. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang pada masa itu merupakan Timbalan

Perdana Menteri telah dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999

Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir dan pada tahun 2003 beliau

akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden

UMNO.

Biodata dan keluarga

67

Page 68: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Beliau dilahirkan pada 26 November 1939 dalam keluarga yang warak di Kampung

Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri

Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan

empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, isteri beliau telah meninggal dunia selepas bergelut

dengan penyakit barah payu dara sejak 2003. Dalam tempoh kurang dari 2 tahun menduda,

beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.

Pendidikan dan kerjaya

Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di

Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang dan kemudiannya beliau memulakan

kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun

setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian

dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam. Selepas menerima

Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun

1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan

Perkhidmatan Awam.

Pada tahun 1969, beliau berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) iaitu

sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas

rusuhan kaum pada Mei 1969. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua

Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebelum menjadi Timbalan Ketua

Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.

Kerjaya politik

Pada tahun 1964, beliau menyertai UMNO. Pada tahun 1978, beliau meletakkan

jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan

parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981,

Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib

Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990 serta dipilih semula untuk jawatan tersebut

pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, beliau dilantik sebagai Timbalan

Presiden bagi tahun 2000 hingga tahun 2003.

Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian

yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kumpulan.

68

Page 69: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang

menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan

Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan

Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh.

Oleh sebab beliau seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam iaitu mentor politiknya,

beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.

Beliau dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan

Menteri Luar Negeri. Sehingga tahun 1987, beliau pernah menjawat jawatan seperti

Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan dari tahun 1978 hingga tahun

1980, Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan dari tahun 1980 hingga tahun

1981, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga tahun 1984, Menteri

Pelajaran dari tahun 1984 hingga tahun 1986, Menteri Pertahanan dari tahun 1986 hingga

tahun 1987 dan Menteri Luar Negeri dari 15 Mac 1991 hingga Januari 1999.

Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan

Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999 iaitu selepas

pemecatan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim. Seterusnya, beliau dilantik sebagai Timbalan

Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik

menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, beliau juga adalah

Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Sebagai Perdana Menteri

Sejak menjadi perdana menteri, beliau telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah

dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan

rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat

tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir dan merupakan satu

tindakan yang dipuji oleh orang ramai. Beliau juga mengemukakan Islam Hadhari, satu

tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah

secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor

pertanian Malaysia.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung

beliau sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan

Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di

69

Page 70: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-

hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai

tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta

sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.

Pada September 2004, sewaktu dibebaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana

Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dikurung oleh Dr Mahathir memuji beliau di

khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang

sabitan liwatnya. Pada 10 September 2004, beliau sebagai Menteri Kewangan

mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi

pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr

Mahathir. Beliau juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas

menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.

Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan

untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau

harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat

khabar. Bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi.

Sebenarnya, beliau sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri

sendiri dalam perhimpunan awam.

Sejak menjadi Perdana Menteri, beliau telah menjawat jawatan pengerusi untuk

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Bermula dari tahun 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

BAB 5

70

Page 71: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

PEMIKIRAN TOKOH-TOKOH

TERHADAP MELAYU

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - (Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia)

Beliau digelar Bapa Malaysia disebabkan oleh peranannya menubuhkan Malaysia

dengan menggabungkan sebelas buah negara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak

dan pada satu ketika Singapura. Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 sebagai sebuah

negara yang mengamalkan pemerintahan Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Tanah melayu yang merdeka itu juga bukan lagi eksklusif sebuah negara berdaulat yang

dihuni oleh bangsa melayu, tetapi uga menjadi negara berbilang bangsa. Malaysia menjadi

satu kenyataan politik pada 16 September 1963.

Rakyat menyanjung tinggi beliau kerana mencapai begitu banyak kejayaan dan

menyumbang kepada keamanan dan kemerdekaan negara serta penyatupaduan rakyat.

Sebelum mencapai kemerdekaan, beliau sudah yakin bahawa beliau perlu menghadapi

pelbagai cabaran dan rintangan untuk mencapai kemerdekaan dan menyatupadukan rakyat.

Ini menyebabkan rakyat berasa terhutang budi dan mengaguminya. Setelah dilantik menjadi

presiden UMNO, beliau berikhtiar untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Tetapi, cabaran yang terpaksa dihadapinya ialah untuk menyatupadukan parti-parti kaum

yang lain bagi mencapai tujuan ini. Oleh itu, dia membentuk Parti Perikatan dengan

menggabungkan UMNO-MCA. Cadangan ini berjaya dan membolehkan Parti Perikatan

memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dengan

memenangi 51 daripada 52 kerusi.

Kejayaan yang menakjubkan ini menarik perhatian MIC untuk menyertai gabungan

ini. Tahun 1955 merupakan tahun yang menjadi ujian sebenar bagi Tunku Abdul Rahman.

Parti Perikatan perlu memenangi pilihan raya kali ini untuk membuktikan kepada kerajaan

British bahawa tanah air kita yang terdiri daripada berbilang kaum sudah sedia untuk

merdeka. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pilihan majoriti.

Beliau membuat lawatan ke hampir seluruh Tanah Melayu tanpa mengira penat dan lelah.

Akhirnya beliau berjaya melepasi rintangan ini dengan memenangi pilihan raya itu. Beliau

71

Page 72: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

seterusnya mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956 untuk

mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Beliau berjaya mendapatkan persetujuan British dan 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai

tarikh kemerdekaan. Selepas kejayaan ini, beliau mendapat perhatian masyarakat di seluruh

dunia, terutamanya media massa. Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan cadangan

untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei bagi

membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia. Idea tersebut mendapat sokongan dari

negara-negara tersebut kecuali Brunei. Pada 6 Januari 1962, kerajaan Persekutuan Tanah

Melayu dan British telah menubuhkan Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau reaksi dan

pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia. Akhirnya Malaysia

dibentuk pada 16 Julai 1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan

Sarawak.

Bagaimanapun, Singapura keluar dari Malaysia, atas persetujuan bersama

kepimpinan Malaysia dan Singapura iaitu pada 9 Ogos 1965. Dua negara jiran iaitu Indonesia

dan Filipina membantah projek Malaysia ini. Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap

Malaysia dan menganggap Malaysia sebagai projek imperialisme Barat yang bertujuan untuk

menggagalkan cita-cita Presiden Sukarno untuk membina Indonesia Raya yang meliputi

Indonesia, Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak. Filipina pula menuntut Sabah sebagai

sebahagian daripada wilayahnyayang pada suatu ketika dimiliki oleh Kesultanan Sulu yang

kini merupakan wilayah Selatan Filipina. Bagaimanapun, beliau dengan bantuan Inggeris,

Australia dan Amerika Syarikat berjaya mengharungi bantahan negara jiran itu dengan

jayanya. Akhirnya Jakarta dan Manila mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang

berdaulat dan merdeka.

Tunku Abdul Rahman mengambil alih kepimpinan Malaya yang merdeka ketika iklim

hubungan antarabangsa ditadbirkan oleh era Perang Dingin antara blok kapitalis di satu pihak

oleh blok komunis yang lain. Negara juga berada dalam keadaan darurat yang diisytiharkan

oleh inggeris pada 1948. Tanah Melayu hanya diisytiharkan bebas daripada ancaman

pemberontakan komunis pada 1960. Malaya seperti aktor antarabangsa yang lain juga diheret

dalam perbalahan ideologi kapitalis-komunis itu. Sebagai sebuah negara yang pernah dijajh

oleh Inggeris dan setelah merdeka menjalin hubungan yang baik dengan negara yang pernah

menjajah adalah logikal bagi Tunku Abdul Rahman untuk mengamalkan dasar luar yang pro-

Barat dan antikomunis. Tanah Melayu itu sendiri adalah sebuah negara kapitalis. Di dalam

72

Page 73: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

negara pula, Kuala Lumpur menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) yang

melancarkan pemberontakan bersenjata pada 1948 untuk mengambil alih pemerintahan

negara. Dalam senario itu, untuk menjamin kelangsungan Malaya, maka Tunku Abdul

Rahman menjalin hubungan baik dengan London. Melalui Anglo-Malaya Defence

Agreement (AMDA), bekas kuasa penjajah itu mempunyai tanggungjawab untuk melindungi

Malaysia jika diancam dan siserang oleh kausa luar.

Di Asia Tenggara pula, Tunku Abdul Rahman memainkan peranan untuk

menubuhkan sebuah persatuan yang dianggotai olehnegara-negara serantau yang bukan

komunis. Pada mulanya beliau mencadangkan penubuhan ASA atau Association of South

East Asia. Filipina dan Indonesia diundang untuk menyertai ASA. Tetapi projek itu berkubur

berikutan pembentukan Malaysia yang dibantah oleh Jakarta dan Manila. Maphilindo

kemudian dirancang, tetapi ia juga tidak menjadi kenyataan. Hanya selepas perubahan

kepimpinan di Jakarta dan Filipina barulah sebuah persatuan negara-negara Asia Tenggara

dapat dilahirkan. Dikenali sebagai ASEAN (Association of South East Asia), selain Malaysia,

Indonesia dan Filipina, ia turut dianggotai oleh Singapura dan Thailand. Di peringkat

antarabangsa pula, Tunku Abdul Rahman mengambil sikap anti-aparteid dan memainkan

peranan penting dalam menghalang kemasukan Afrika Selatan di dalam Commonwealth.

Tunku Abdul Rahman juga mendayausahakan penubuhan Persidangan Negara-negara Islam

(OIC). Selepas bersara daripada politik, beliau sendiri menjadi Setiausaha Agung OIC pada

1971 yang beribupejabat di Jeddah. Malah sewaktu menjadi Perdana Menteri, Tunku Abdul

Rahman pernah mencadangkan agar tiga tempat suci bagi umat islam iaitu Makkah, Madinah

dan Baitulmukadis yang diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa Islam antarabangsa.

Tetapi jasa Tunku Abdul Rahman dalam membina sebuah Malaysia yang berjaya hari

ini tidak akan dapat dipendamkan oleh sesiapa. Beliau adalah pengasas Tanah Melayu yang

demokratik. Di bawah kepimpinan beliau juga, wilayah Tanah Melayu dibesarkan untuk

meliputi Sabah dan Sarawak. Beliau juga bertanggungjawab membina tapak yang kukuh

untuk perkongsian kuasa yang diterima oleh kaum-kaum utama di negara ini.

Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad (PendetaZa’ba)

73

Page 74: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

PEMIKIRAN DAN SIKAP ZA'BA TERHADAP BANGSA MELAYU

Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali Za’ba adalah seorang pemikir Melayu

dan tokoh reformis yang mempunyai sumbangan yang besar dalam perkembangan dan

pembangunan orang melayu. Usaha Za'ba menangani keadaan orang Melayu dari aspek

kemiskinan, pendidikan dan politik amat jelas dan mengemukakan beberapa panduan untuk

mengatasinya. Antaranya ialah orang Melayu mesti mempunyai kesedaran mengubah sikap

dan mengutamakan ilmu. Segala telahan Za'ba terhadap kemunduran dan kemiskinan orang

Melayu adalah berdasarkan kepada pemerhatian semasanya akibat dari pencerobohan British.

Namun suasana ini tidak di fahami oleh seluruh masyarakat dan segala sindirannya

disalahertikan menghina bangsanya sendiri sebaliknya beliau telah berusaha sedaya mungkin

untuk kemajuan bangsanya sama seperti tokoh lain yang sezaman dengannya seperti Syed

Syeikh Al Hadi, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad.

Pendidikan inggeris dan jawatan yang diperolehi Za'ba menjadi "untaian mutiara"

yang membawanya pro kepada British dan memandang rendah bangsa Melayunya boleh

dipertikaikan. Contohnya telahan Za'ba tidak sesuai mengkritik Inggeris pada ketika itu

adalah relevan iaitu "....pada masa ini belum sekali-kali layak kita memajukan perasaan

demikian dan tiada faedahnya..." Pertamanya dilihat negeri Melayu ketika itu kurang

pemimpin Melayu benar-benar memahami keadaan orang Melayu ketika itu. Beberapa tokoh

lain juga memperkatakan hal ini antaranya Ishak Haji Muhammmad, seorang pemimpin

Kesatuan Melayu Muda ada menyatakan bahawa "kegagalan pergerakan orang melayu

sebelum perang adalah disebabkan oleh ketiadaan pemimpin yang berkaliber". Segelintir

sahaja yang berpendidikan seperti Syed Syeikh Al Hadi memandang masa depan orang

Melayu penting manakala yang ramainya adalah dari golongan atasan atau elit walaupun

berpendidikan Inggeris tetapi secara sedar tidak pernah memahami kesengsaraan dan

kekurangan orang Melayu di luarbandar yang tercicir dari pelbagai aspek ini. Bagi Za'ba

Golongan raja-raja dan pembesar adalah kolaborator kolonialisme British di sepanjang zaman

penjajahannya. Peranan sosial dan politik mereka bukannya melindungi rakyat malah jadi

penghalang utama kepada pembangunan pemikiran dan fizikal orang Melayu sepertimana

dalam bidang pendidikan yang menjadi aset penting untuk kemajuan dan perkembangan

sesuatu bangsa terabai.

74

Page 75: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Tanpa ilmu, tidak mungkin seorang itu boleh berlaku adil walaupun dia cuba berbuat

demikian kerana kalaupun dia mahu melaksanakan keadilan tetapi dia tidak tahu caranya

disebabkan ilmunya terbatas . dia boleh terdedah pada kesilapan secara tidak sedar. Tiada

penyediaan mantap untuk memimpin orang Melayu dan daifnya pemikiran golongan elit jelas

dilihat pada cemuhan Yamtuan Negeri Sembilan terhadap orang melayu, "....i do not like the

idea of the the children of rajas and chiefs sitting side by side with the children of people who

were once our slaves." Sikap golongan elit ini menyebabkan pendidikan terabai, bahasa

Melayu mundur, ekonomi Melayu tercicir di belakang ekonomi orang asing dan politik

Melayu terhina oleh penjajahan. Kesedaran tentang keprihalan ini telah benar-benar

mengesani jiwanya dan Sikapnya ini jelas diperlihatkan pada awal 1920an. Oleh itu tidak

salah beliau meletakkan segala kemunduran dan kekurangan orang Melayu disebabkan

kebodohan dan kesombomgan golongan raja dan pembesar Melayu itu sendiri.

Za’ba berusaha menyedarkan orang Melayu dalam bentuk sindiran melalui penulisan

telah mendapat tekanan dari golongan pemerintah tradisional dan kolonial British contohnya

pada tahun 1921 Za'ba dapat amaran lisan dari Raja Sir Chulan, dituduh cuba menghasut para

pembaca akhbar dan majalah melalui tulisan yang bersifat anti kerajaan, disekat kenaikan gaji

tahunannya, ditukar atau terbuang ke jabatan karang mengarang SITC di Tanjung Malim

1924. Sebegitu juga tokoh yang lain menerima nasib yang sama dalam suasana yang berbeza

seperti Ahmad Boestamam di tahan beberapa tahun. Menurut penulis "setiap orang melayu

yang berfikir dan mempunyai semangat kebangsaan tentu mengetahui dasar dan sikap

penjajah inggeris, tinggal lagi sejauhmanakah kesedaran dan kesanggupan mereka serta

langkah yang diambil untuk berhadapan denagan ranjau inggeris".

Dalam hal ini Za'ba memilih cara dalam bentuk penulisan dan kegiatan sosial

berbanding tokoh lain seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad. Segala

penulisannya adalah dari segala pemerhatian dan penelitian yang mendalam dan bentuk

sindiran terhadap bangsanya yang mundur dan kekurangan semasa kuasa kolonial amat

dahsyat adalah alternatif untuk menyedarkan bangsanya kerana bergerak bertentangan

dengan arus yang deras meyebabkan diri kita dan orang lain hanyut dan lemas. Segala

sindirannya itu boleh jadi panduan pada generasi sekarang sepertimana penyataan Datuk

Senu iaitu "jika ciri-ciri negatif ini benar, maka hal itu harus di tinggalkan dan di singkirkan.

75

Page 76: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Tidak guna kita menafikan atau menunjukkan kemarahan kita terhadap pendapat dan

tuduhan demikian. Sebaliknya biarkan pendapat demikian mendorong kita mencari apakah

sifat yang akan membolehkan kita bertanding dengan orang lain." Dengan itu perjuangan

Za'ba pada tahun 1920an hingga 1930an adalah lebih kepada banyak bekerja contohnya

menulis seberapa banyak buku yang terdaya olehnya berkaitan dengan orang melayu untuk

panduan pada generasinya yang akan datang daripada banyak bercakap sahaja. Manakala

pujian Za'ba sepertimana juga Syed Al Hadi bahawa Inggeris adalah penyelamat bangsa

Melayu adalah telahan terawal mereka , merasakan British dapat menahan akan gerak

menggelunsur orang Melayu dari terus ketinggalan namun perkembangan seterusnya tiada

siapa dapat menentukan . Za'ba sendiri ada menjelaskan kemudiannya kekejaman

pemerintahan raja dan pembesar Melayu tidaklah berakhir dengan perubahan pemerintahan

kepada pihak British itu. Ini kerana institusi pemerintahan tradisi dieksploitasi untuk

kepentingan British. Oleh kerana itulah Sikap anti kolonialisme British timbul sejak ia

melibatkan dirinya secara serius dalam penulisan rencana untuk akhbar tempatan pada 1917

dan merasakan orang British atau orang Barat atau orang Nasrani atau kaum kafir musuh

Islam.

Za'ba bersekongkol dengan kolonial British berdasarkan jawatannya sebagai seorang

kakitangan di dalam pentadbiran kolonial adalah telahan mengelirukan kerana sikap Za'ba

telah jelas dan tegas iaitu membantu masyarakatnya untuk mencapai kemajuan hidup di

dalam berbagai lapangan sesuai dengan perkembangan di kurun ke 20 ini. Iaitu berusaha

dalam bentuk apa cara asalkan ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Adanya beliau

dalam pentadbiran kerajaan dapat menyuarakan pendapatnya mengenai orang Melayu

khususnya dalam menyediakan pendidikan. Semuanya dilakukan supaya orang Melayu dan

muslim mempunyai ilmu dan pengetahuan yang sesuai dengan kehendak Islam dan sesuai

dengan tuntutan perkembangan zaman. Dan ianya senjata penting didalam perjuangan untuk

membebaskan orang Islam dari cengkaman penjajahan Barat.

Zaba, Abdullah Munshi, Syed Sheik Al Hadi dan Ahmad Rashid Talu disifatkan

sebagai golongan yang "selamat" tidak mengusik atau memijak ranjau Inggeris. Gambaran

penulis mengenai hal ini semata-mata melihat pengorbanan perjuangan seseorang tokoh

berdasarkan tekanan fizikal sahaja seperti dipenjarakan. Sebenarnya Walaupun Za'ba tidak

dipenjarakan berbanding tokoh yang lain tetapi beliau juga mengalami tekanan peribadi

76

Page 77: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

sepanjang perjuangannya seperti penulisannya sentiasa diawasi oleh pihak kolonial, gaji dan

jawatannya di tahan dan ditukar kerja. Namun peluang ini diguna sebaik mungkin oleh Za'ba

menymbangkan ideanya dalam bidang penulisan dari aspek bahasa Melayu khususnya.

Dalam hal ini tidak dinafikan sama sekali peranan tokoh seperti Ahmad Boestamam

Dan Ishak Haji Muhammad dalam perkembangan perubahan orang Melayu contohnya

Ahmad Boestamam telah terlibat secara langsung dalam banyak kegiatan politik tanah

Melayu pada tahun 1946-1948 seperti dalam PKMM, API, PUTERA dan AMCJA. Manakala

Za'ba tidak bergiat aktif dalam poltik pada tahun 1947 dan menjelaskan bahawa "Saya tidak

percaya politik cara yang dijalankan dalam dunia sekarang akan boleh atau pernah jadi lurus,

bersih dan jujur, kebolehan istimewanya adalah cenderung menulis dan mengarang keadaan

fikiran dan ilmu pengetahuan." Namun begitu beliau berjaya tubuhkan The Malay Literary

Association Kuala Lumpur (1923). Ianya gagal bergerak cergas tetapi ia merupakan satu

proses penyatuan di kalangan anak muda Melayu berpendidikan Inggeris sudah dimulakan

oleh Za'ba iaitu melahirkan Persatuan Guru-Guru Melayu. Adanya Sahabat Pena sehingga

1942 merupakan pertubuhan yang bukan saja tersusun rapi dari segi organisasi malah tercapai

hasratnya untuk melihat orang Melayu dan muslim bersatu berasaskan konsep setanah

Melayu di Semenanjung Melayu.

Sukar membandingkan sejauhmana tokoh ini berperanan kerana mereka bergerak

dalam cara yang berbeza. Sekiranya Za'ba dikatakan bersekongkol dengan kolonial British

bagaimana pula hubungan Ahmad Boestamam dengan Jepun. Beliau telah bekerja dengan

Jepun dan dalam masa yang sama cuba mendapat restu untuk bergiat dalam politik . keadaan

ini digunakan pula untuk menentang Jepun . Dilihat kedua-duanya melakukan yang terbaik

untuk kebaikan orang Melayu ketika itu. Za'ba berjaya meneruskan kegiatan beliau dengan

cara menyesuaikan diri dengan kehendak masa dan keadaan ketika itu. Antara di SITC

mengasaskan pejabat penterjemah. Walaupun Kerja yang dibuatnya sangat berat tetapi beliau

berjaya menerbitkan buku siri buku teks (The Malay Scholl Series ) terjemah dokumen

penting dan sediakan enakmen untuk pelbagai jabatan. Pada tahun 1929 beliau memulakan

kelas bahasa Inggeris secara sukarela untuk guru-guru muda di SITC dan terbit Buku Ilmu

Bahasa (1927 ) dan Rahsia Ejaan Jawi ( 1929 ).

77

Page 78: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Usahanya tidak kenal putus asa walaupun kesihatan terganggu dan atas nasihat doktor

beliau berehat ke Indonesia. Peluang ini digunakan untuk meneliti keadaan perkembangan

orang Melayu misalnya mahukan perubahan SITC sama seperti Balai Pustaka di Indonesia

tetapi pendapatnya di tolak oleh Winstedt. Begitu juga pemergiannya ke Universiti London

pada tahun 1947 dalam usia 52 tahun bukan bertujuan makan angin sepertimana telahan

penulis sebaliknya dengan ketepikan kesihatan diri semata-mata untuk menambahkan ilmu

dalam bidang bahasa dan khidmatnya kelak amat diperlukan untuk kemajuan pengajian

bahasa Melayu. terbukti kembalinya ke tanahair beliau menjadi satu-satunya tenaga pengajar

di Jabatan Pengajian Melayu dan membentuk Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya

29 Januari 1955. Jelas disini Za'ba berjaya meneruskan kegiatan beliau dengan cara

menyesuaikan diri dengan kehendak masa dan keadaan ketika itu. Ramai mengakui Za'ba

adalah pendeta melayu yang tinggi semangat patriotismenya. Namun gelaran pendita

bukanlah kemahuan nya tetapi penilaian dan pengiktirafan di atas segala usahanya kepada

orang Melayu secara keseluruhannya. Bagi Za'ba "To me a man's value is only estimated by

grandeur of his ideas and his achievement as influencing the thought and destinies of

mankind for good, not by the gradeur of his 'title' or by his own estimate of himself.....".

Secara kesimpulannya ialah pada peringkat awal (1916-1923), Za'ba merupakan

idealis yang berani mengkritik kelemahan pemerintah, golongan pembnesar serta orang

melayu secara terbuka melalui media umum. Manakala Peringkat ( 1924 -1950 ), pengawasan

yang rapi daripada pihak pemerintah meyebabkan corak perjuangannya lebih sederhana dan

pragmatis. Walaubagaimanapun bentuk beliau menyemarakkan idea pemikirannya terhadap

bangsa melayu ketika itu tidaklah menjadi persoalan besar, pokoknya usahanya dan

sumbangannya mesti dikaji kerana semuanya itu dapat menyemaikan bibit-bibit semangat

cintakan negara dan bangsa Melayu untuk bebas dari kongkongan pemerintah tradisional dan

kolonial British khusus kepada generasi muda hari ini yang jauh dan buta daripada

perjuangannya itu.

78

Page 79: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid (Ungku Aziz)

Tragedi pemikiran Melayu

Prof. Diraja Ungku Aziz terlibzt aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat melayu

sejak zaman sebelum merdeka lagi. KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada

saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka

menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang

Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita

dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk

berdepan dengan Majapahit. Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati

orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang

Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang

datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan

oleh Melayu sebagai second class. Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan

dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua

membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah. Itu pengaruh penjajah. Pada

zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan

teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.

Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains

dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya. Malangnya, di

Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka

di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa? Di negara kita, pelajar tidak

berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak

wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik. Sikap

negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang

saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.

Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada

hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk

lihat apa manifestasi hantu. Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan

tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang

79

Page 80: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran. Pemikiran Melayu ini

sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.

Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai

Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains,

kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan

hendakkan kebebasan. Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang

Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja

dia, ajar Melayu buat bakul. Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers

Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun. Telah ada

banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan

dasar yang mengongkong minda Melayu. Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka,

minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila

hendak kuasa dan hendak jadi kaya. Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak

berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh

memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British. Minda Melayu ini sentiasa ada

sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada

tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan

1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada

dekad-dekad terakhir ini. Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya. Sebagai seorang

pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat

pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah. Contohnya pada akhir tahun 1970-an.

Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan

Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk

membuka kilang mikrocip.

Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang

terutamanya untuk wanita. Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar

mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.

Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan

kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka? Mereka

sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program

80

Page 81: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun

tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan

Melayu. Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang.

Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila

hendak kahwin? Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18

dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga. Oleh kerana

pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea

tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata

lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan

mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak

susahlah. Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan

oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja. Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan

perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.

Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar

di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan

tinggi. Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah

pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an. Ini semua adalah hasil daripada perubahan

sikap yang tidak dirancang tapi terjadi. Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja.

Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif

seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu. Bagaimanapun, kadang-kadang

perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun

tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan,

politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada

seseorang dapat pergi syurga atau tidak. Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua.

Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di

kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka

tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang

betul.

81

Page 82: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa

tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya

menukar sikap orang Melayu. Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh

Barat, peranan media massa, politik serta agama. Kita memang berubah sedikit dari segi

lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.

Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak

dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO

mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan. Kita hendak menjadi apa yang

Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah

usahawan.

Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi

orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu

dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap. Tetapi itulah minda

Melayu sekarang. Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap

bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti

berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

Tun Dato’ Seri Utama Dr. Mahathir Bin Mohamad

Pengasas negara maju

Beliau akan dikenang sebagai arkitek pembangunan sebuah Malaysia yang moden dan

mampu mengamalkan demokrasi dengan ekonomi yang berjaya. Di bawah beliau juga

Malaysia dianggap sebagai negara model dalaman dimana warga melayu dan bukan melayu

boleh hidup dengan harmoni. Beliau berjaya menguruskan masalah-masalah mentadbir

penduduk pelbagai kaum dan pelbagai kepercayaan dengan baik.

Selama dua dekad menerajui negara, beliau telah menjadikan Malaysia sebuah negara

yang moden dalam kalangan dunia membangun. Dalam kalangan negara OIC (Persidangan

Negara Islam), Malaysia dianggap sebagai sebuah negara islam contoh. Dalam tempoh itu

juga, ekonomi Malaysia yang dari segi tradisi bergantung kepada getah dan bijih timah

berjaya ditranformasikan. Sektor perkilangan, industri dan perkhidmatan berjaya

dibangunkan untuk menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara bersama dengan sawit,

patroleum dan gas. Beliau turut membangunkan sektor industri berat. Pada 1984 beliau

82

Page 83: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

melancarkan pembuatan kereta nasional, proton dan diikuti dengan perodua. Dasar

penswastakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu kerajaan juga diperkenalkan secara

agresif. Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Telekom adalah antara yang awal diswastakan,

diikuti dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain selepas itu.

Beliau juga memperkenalkan dasar-dasar yang mesra perniagaan yang menekankan

bahawa bisnes perlu mengalami pertumbuhan, nilai perlu ditokok tambah dan daya saing

perlu dipertahankan di peringkat antarabangsa.untuk membantu matlamat ini semua, kerajaan

membuat pelaburan besar dalam sektor pendidikan iaitu dari sekolah rendah hingga ke

universiti. Bidang pendidikan juga diliberalkan dengan menggalakkan penubuhan institusi

pengajian tinggi swasta dan pengenalan program ijazah tinggi kembar dengan universiti-

universiti ternama di luar negara.universiti-universiti tempatan pula diberi rangsangan untuk

meningkatkan pengajian dalam bidang sains dan teknologi. Hasratnya adalah untuk

mengeluarkan pekerja berilmu, berpengetahuan dan berkemahiran. Sebuah Taman Teknologi

bernilai berbilion ringgit dengan Koridor Raya Multimedia (MSC) ditubuhkan.

Sebagai persiapan untuk masa depan, beliau membangunkan Putrajaya sebagai pusat

pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru. Sebuah lapangan terbang bertaraf dunia KLIA

(Kuala Lumpur International Airport) juga dibina. Infrastruktur bertaraf kelas pertama seperti

Lebuh Raya Utara Selatan, kemudahan-kemudahan pelabuhan turut dibangunkan. Rancangan

beliau yang terakhir ialah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya pada

2020. Tetapi belaiu mahu Malaysia maju dengan acuan sendiri seperti yang digariskan di

bawah wawasan 2020. Semilan ciri khas dikenalpasti seperti berikut: maju sebagai sebuah

negara yang bersatu padu, memiliki sebuah masyarakat yang bebas, teguh, terbentuk jiwanya,

yakin akan dirinya sendiri, bangga dengan keadaan-keadaannya, membentuk dan

memperkembang sebuah masyarakat demokratis yang matang, membentuk sebuah

masyarakat yang kukuh ciri moral etikanya dengan warganya mempunyai nilai keagamaan

dan kerohanian yang utuh ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur, membentuk sebuah

masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta, berpandangan jauh ke hari

muka, membentuk sebuah masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem

sosial yang mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, menjamin terbentuknya sebuah

masyarakat yang adil ekonominya dan akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang

makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan

mempunyai daya ketahanan.

83

Page 84: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Beliau juga menyuntik semangat Malaysia Boleh dalam kalangan warganya untuk

mencipta pelbagai rekod dunia. Hasilnya, pelayar Azhar Mansor mengelilingi dunia secara

solodengan kapal layarnya. Sekumpulan anak muda yang mendaki gunung tertinggi dunia

iaitu Gunung Everest, perenang Malek Mydin menjadi anak Malaysia pertama yang

menyeberangi Selat Inggeris tanpa henti. Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM),

Syarifah Mazlina Syed Abdul Kadir pula melakukan ekspidisi solo merentasi Kutub Selatan.

Dalam hubungan antarabangsa pula, beliau mengamalkan dasar luar yang proaktif. Beliau

menjalinkan hubungan yang akrab dengan negara-negara membangun yang lain melalui

Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan OIC. Beliau menjadi jurucakap memperjuangkan

kepentingan negara-negara membangun daripada penindasan negara-negara maju atau dunia

pertama. Beliau secara berani dan lantang menelanjangi ketidakadilan, kepura-puraan dan

sikap talam dua muka kuasa-kuasa besar yang cakap lain buat lain. Perbuatan tidak

bertanggungjawab Amerika menceroboh Iraq dan menggunakan Majlis Keselamatan Bangsa-

Bangsa Bersatu dikritik. Beliau adalah antara yang lantang mengesyorkan supaya struktur

kuasa badandunia itu disusun semula untuk mencerminkan realiti hari ini supaya ia selari

dengan amalan-amalan demokrasi.

Sebagai Perdana Menteri, beliaumemulakan tugasnya dengan langkah yang pasti.

Beliau mewajibkan pegawai kerajaan memakai tanda nama, mengetip perakam waktu datang

dan pulang dari kerja. Beliau kemudiannya menyeragamkan waktu antara semenanjung

denga sabah dan sarawak, memperkenalkan dasar Bersih, Cekap dan Amanah. Nilai-nilai

islam diterapkan di dalam sektor awam secara sistematik. Secara berani beliau melaksanakan

Dasar Pandang ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh

pembangunan. Pada waktu yang sama beliau melancarkan dasar memulaukan pembelian

barangan British menerusi dasar “buy British last”, walaupun buat seketika.

Dato’ Seri Anwar bin Datuk Ibrahim

Reformasi Pendidikan

Reformasi pendidikan ini telah dibuat pada tahun 1989 iaitu semasa datuk sri Anwar

Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan. Dalam merumuskan dan menentukanFalsafah

Pendidikan Negara (sekarang FPK) kita, selain mengikat diri kita dengan faktor sejarah dan

ketuanan bangsa, bagi menjamin kesinambungan yang harus tekal, maka gagasan dan

84

Page 85: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

wawasan yang harus kita kembangkan haruslah asli, sesuai dengan iklim, suasana dan

persekitaran politik, sosial dan ekonomi setempat. Inilah yang disebut gagasan idea

pendorong bagi kita. Dan dalam konteks ini pulalah harus kita lihat reformasi pendidikan

negara.

Sejak sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan perakuan-perakuan Penyata

Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960) dan Akta Pelajaran (1961), beberapa

perkembangan telah berlaku sehingga telah berlaku sehingga kajian semula perlu dibuat ke

atas sistem tersebut dari semasa ke semasa. Dalam tahun 1979, umpamanya, jawatankuasa

Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran , yang dipengerusikan olah Dato’ Seri Dr.

Mahathir Mohamad selaku Menteri Pelajaran pada ketika itu, telah membuat beberapa

perakuan penting ke arah memperkemas pelaksanaan sistem pendidikan. Sebahagian besar

perakuan itu telah dilaksanakan.

Pada tahun 1987, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa

Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula Akta Pelajaran 1961 secara menyeluruh ke

arah menentukan apakah reformasi yang perlu dilaksanakan untuk memperkukuh

pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan kita. Kajian semula Akta Pelajaran 1961 itu sedang

giat kita lakukan. Kajian semula itu perlu merangkum beberapa isu pokok yang kini menjadi

keprihatinan kita bersama.

Isu pertama yang beliau kaji pada waktu itu ialah melibatkan penyataan Falsafah

Matlamat Pendidikan Negara. Dengan berpandukan Falsafah Pendidikan Negara, kita perlu

pula mencari strategi yang sesuai bagi merealisasikan hasrat falsafah tersebut untuk

melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis. Falsafah pendidikan

itu juga menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan kebangsaan kita supaya semua

program dan aktiviti pendidikan merupakan pancaran prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang

terkandung dalam falsafah tersebut. Falsafah Pendidikan Negara kita bukanlah semestinya

sesuatu yang baru. Falsafah tersebut harus diikat dan dihubungkan dengan asas kekuatan

falsafah yang sedia ada. Falsafah Pendidikan Negara dalam bentuknya yang baru ini

berasaskan penyataan matlamat dalam Penyata Razak (1956), yang dikembangkan dalam

Penyata Rahman Talib (1960) dan diperluas dalam Penyata Mahathir (1979). Tugas kita ialah

merumuskan matlamat dan idea-idea dibelakangnya secara keseluruhan. Rumusan itu harus

menggabungkan keperluan sejarah ketuanan bangsa, keperluan semasa itu termasuklah

keperluan yang disebut ‘utility’ iaitu keperluan melatih generasi muda dalam bidang

85

Page 86: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

kemahiran dan ketrampilan untuk memungkinkan anak-anak kita bekerja dan bertugas

sebagai tenaga terlatih dan tenaga mahir dalam sistem ekonomi yang pesat berubah dalam

masyarakat teknologi dan industri.

Isu kedua, sehubungan dengan reformasi pendidikan ialah bahasa kebangsaan iaitu

bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan. Kedudukan bahasa

kebangsaan sebagai bahasa pengantar perlu dimantapkan supaya mampu menjadi bahasa ilmu

dan bahasa pengantar yang berkesan di semua peringkat. Di samping itu, penguasaan bahasa

inggeris oleh murid-murid perlu diperkukuhkan supaya bahasa itu menjadi bahasa kedua

yang berkesan. Kita perlu juga menentukan bahawa murid-murid diberi peluang yang lebih

untuk mempelajari bahasa Cina, Arab, Tamil, Perancis, Jepun dan lain-lain.

Isu bahasa ini berhubungan pula dengan isu yang ketiga reformasi pendidikan ialah

perpaduan. Tidak dapat dinafikan bahawa kita telah mencapai kemajuan dalam usaha untuk

memupuk perpaduan negara dan integrasi kaum. Walau bagaimanapun, cara-cara dan strategi

baru perlu difikirkan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi ini. Umpamanya, usaha-

usaha memupuk dan meningkatkan rasa cinta kepada negara melalui mata pelajaran sejarah

perlu dipergiatkan lagi. Strategi-strategi lain perlu juga difikirkan bagi mencapai hasrat ini.

Asas yang telah dilelapkan sejak tahun 1956 yang menekankan soal penyatuan negara dan

perpaduan kaum melalui sistem pendidikan dengan bahasa pengantar utama, akan tetap

dipertahankan. Dengan demikian, tidaklah perlu ditimbulkan perbincangan, polemik dan

perbahasan yang acapkali terkeluar daripada dasar yang telah ditetapkan itu iaitu sitem

pendidikan hendaklah menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dengan

tujuan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Soal ini, dengan kata lain,

merupakan dasar yang sudah selesai. Apabila kita membicarakan soal reformasi , yang kita

maksudkan reformasi yang harus terpisah daripada asas yang sudah diterima tadi.

Isu keempat sehubungan dengan reformasi pendidikan ialah pendidikan ke arah

membentuk insan. Pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

bertujuan untuk membina masyarakat yang bertaqwa, berdisiplin dan progresif.namun begitu,

strategi pengajaran yang berkesan perlu diadakan supaya nilai-nilai yang hendak diterapkan

benar-benar dapat dihayati dan diamalkan. Bagi mengimbangi ciri universal dengan

kekuatan induk. Kita mewajibkan mata pelajaran sejarah bagi semua pelajar dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kurikulum sejarah harus cukup menyakinkan

untuk membina asas pemahaman yang kukuh mengenai negara, sejarah pertubuhannya dan

86

Page 87: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

rationale penggubalan perlembagaan dan dasar-dasar utama negara. Kita juga menginsafi

kenyataan bahawa falsafah murni jika tidak diterjemahkan ke dalam kurikulum secara

terperinci, perancangan yang teratur, kaedah latihan guru yang cukup baik dan pengurusan

sekolah yang berkesan, akan tinggal sebagai penyataan falsafah sahaja. Oleh itu, yang perlu

ditekankan juga ialah penyediaan beberapa strategi pada peringkat pelaksanaan.

Isu kelima ialah berhubung dengan reformasi pendidikan ialah pendemokrasian

pendidikan daripada segi peluang dan mutu di semua peringkat pendidikan. Ini memerlukan

pengagihan peruntukan secara adil dengan memberikan tumpuan khusus kepada kawasan luar

bandar di semenanjung, kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak serta kawasan-kawasan

yang sesak dan miskin di bandar-bandar. Apabila disebut ‘pendemokrasian pendidikan’

maksudnya bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi ialah ‘democratization of access

to quality education’ atau “peluang mendapat pendidikan bermutu”. Daripada segi

kemudahan dan prasarana atau infrastruktur pendidikan luar bansar, Malaysia boleh

dikatakan di antara negara membangun yang mencatat rekod yang cemerlang. Walau

bagaimanapun, ini tidak bermakna kita harus berpuas hati kerana kita tidak wajar mencatat

rekod kejayaan berbanding dengan negara-negara yang lebih mundur dan dhaif. Tetapi

apabila kita katakan pendemokrasian, kita harus melihatnya daripada segi perbandingan di

antara bandar dan luar bandarserta daripada segi Malaysia dengan negara-negara yang lebih

maju lagi, termasuk negara maju di rantau ini. Jika kita enggan melihat tahap pencapaian

negara kita berbanding dengan negara-negara ini kita akan menjadi lebih jumid, terkongkong

dalam kepompong atau ‘cocoon’, terselubung seperti kata pepatah Melayu hidup bagai katak

di bawah tempurung.

Isu keenam dalam reformasi pendidikan ialah hasrat untuk membangun negara

dengan lebih pesat melalui Dasar Pertanian Negara dan Pelan Induk Perindustrian. Untuk

memenuhi hasrat ini, keupayaan generasi muda dalam bidang sains dan teknologi perlu

ditingkatkan.dengan itu, peluang dan kemudahan pendidikan vokasional dan teknologi perlu

diperbanyak dan diperluaskan. Sistem pendidikan harus sesuai dengan tuntutan persekitaran

dan keperluan semasa serta masa hadapan. Oleh yang demikian, kita dituntut juga supaya

memperkenalkan bidang ilmu baru, termasuklah yang kini ditekankan seperti informatik,

yang di dalamnya termasuk komputer. Bidang ini harus diajarkan dan harus diperkenalkan di

universiti dan di sekolah-sekolah. Pendidikan ialah pelaburan jangka panjang untuk

menyediakan tanaga mahir generasi baru yang akan menjawab cabaran yang akan datang.

87

Page 88: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Sebenarnya, pendidikan dihubungkan dengan usaha menyongsong dan melihat

kedudukan pada hari muka. Jika kita tidak bersedia untuk melengkapkan diri anak-anak kita

menghadapi masa depan mereka, maka sistem pendidikan kita akan dianggap gagal atau

separuh gagal. Apakah persediaan yang harus dibuat bagi menyediakan mereka menghadapi

hari muka? Persediaan itu meliputi usaha membina ketrampilan murid untuk menyesuaikan

diri dengan keadaan yang berubah-ubah dalam sistem ekonomi baru dan dalam lapangan

industri. Ini bermakna kita pelu memberikan pengajaran yang berkesan dalam bidang-bidang

sains, teknologi, informatik, yan antara lain meliputi matematik dan komputer. Selain

menambah bidang ilmu, pendidikan dan latihan dalam bidang vokasional dan teknikao perlu

juga ditambah.

Isu terakhir sehubungan dengan gerakan reformasi pendidikan ialah pelepasan diri

dari kongkonganvpemikiran yang sempit. Pemikiran sempit kita itu mestilah diubah supaya

kita dapat melihat gejala dalam persekitaran kita dengan sikap keterbukaan atau

‘globalisation’. Oleh sebab itulah dalam falsafah pendidikan, kita masukkan matlamat

pembinaan insan dalam konteks yang sarwajagat atau global sifatnya. Amatlah tidak benar

jika dikatakan bahawa sikap keterbukaan itu bermaksud kita mengetepikan Melayu atau

mengetepikan Malaysia. Yang kita maksudkan ialah kesejagatan yang berpijak pada suasana

Malaysia. Pernah diungkapkan kata-kata: manusia Melayu itu hendaklah berakar nasional

dan berakal global. Kita harus menerima kenyataan bahawa sistem pendidikan perlu berubah

mengikut masa. Ertiya,reformasi pendidikan harus berlaku.

Sementara itu, kita hendaklah memastikan bahawa peluang yang ada digunakan dan

dimanfaatkan sepenuhnya. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menafikan kenyataan bahawa

peluang sekarang adalah jauh lebih baik daripada keadaan sebelumnya. Dan mempergunakan

peluang kini bermakna menghadapi persaingan yang lebih sengit. Kita tidak hidup dalam satu

kekosongan. Sebaliknya kita hidup dalam dunia yang penuh dengan cabaran dan persaingan.

Dalam konteks Malaysia, persaingan itu terutamanya ialah antara bandar dengan luar bandar

dan antara kaum. Tugas kita adalah memastikan bahawa kita menggunakan peluang-peluang

yang disediakan dengan sebaik mungkin. Bukan hanya sekadar daya saing atau

‘competitiveness’ dalam kalangan kia sesama sendiri. Daya saing itu harus diperluas dalam

konteks kawasan, dalam konteks rantau dan dalam konteks dunia yang menjadikan

persaingan itu global sifatnya iaitu persaingan yang ada hubungkaitnya dengan ‘competitive

advantage’ negara kita dengan negara-negara lain.hal-hal ini paling kitikal untuk menjamin

88

Page 89: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

masa depan Malaysia dengan negara-negara serantau dan sedunia. Persaingan dan

kecemerlangan ditekankan sebagai persediaan mengharungi dekad-dekad yang leih

mencabar. Pendidikan dalam konteks ini adalah bersifat futuristik. Kita mewajibkan pelajaran

sejarah supaya pelajar-pelajar kita mempunyai kesedaran sejarah dan memahami the unic

Malaysian experience, pengalaman Malaysia yang unik supaya kita tidak terlalu terlalu

terpesona dengan pengalaman orang lain sehingga melupakan kekayaan pengalaman

masyarakat sendiri. Tetapi memahami pengalaman sejarah bukan bermakna kita mengambil

langkah untuk kembali ke zaman lampau atau dibelenggu oleh rasa nostalgia sehingga

mengambil sikap yang tidak realistik dalam persoalan sosial, ekonomi dan teknologi yang

berubah begitu pantas.

Sebagai bangs dan umat yang merdeka, sistem pendidikan kita harus melahirkan jiwa

merdeka yang berani melihat masa depan berdasarkan perspektif dan nilai umat kita, bukan

pandangan yang dipaksakan kepada kita. Benar bahawa kita harus bersifat realistik dan

memahami situasi global dan hakikat interdpendence, dengan kita merupakan bahagian

dalam global village itu. Tetapi kita perlua ada keberanian untuk menenukan masa depan

umat kita. Perubahan yang amat pesat dalam alam teknologi harus dijadikan cabaran daya

fikir untuk merumuskan dasar-dasar penggunaan teknologi yang sesuai dengan nilai hidup

dan untuk menjamin kestabilan alam sekitar.

Dato' Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Pendekatan islam hadhari

Selaras dengan islam sebagai agama rasmi Malaysia kerajaan telah memperkenalkan

“Islam Hadhari” sebagai satu pendekatan baharu dalam memacu agenda pembangunan

negara ke arah merealisasikan negara maju berdasarkan acuan sendiri sebagaimana yang

termaktub dalam Wawasan 2020. Pendekatan Ialam Hadhari diperkenalkan oleh YAB

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan Agong

UMNO kali ke-55 pada 23 September 2003. Islam Hadhari bukanlah satu ajaran atau mazhab

baharu tetapi iaitu satu pendekatan bagi menjelaskan kepada masyarakat tentang

kesempurnaan ajaran islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Tambahan

pula, pendekatan Islam Hadhari yang menitikberatkan keharmonian hubungan etnik ini telah

pun wujud pada zaman awal islam lagi.

89

Page 90: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pada zaman islam tersebut Nabi Muhammad SAW telah memeterai perjanjian dengan

pelbagai kumpulan etnik yang mendiami kota Madinah sebagaimana yang digambarkan

dalam Piagam Madinah (sebuah perlembagaan negara bertulis yang pertama di dunia). Di

samping itu, Islam Hadhari juga merupakan satu pendekatan yang ingin membawa kemajuan

kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik dan anutan agama mereka. Oleh itu,

islam hadhari sebagai satu pendekatan juga harus difahami oleh semua lapisan masyarakat

terutamanya di negara seperti Malaysia yang bersifat multietnik agar tidak disalahtafsirkan

sehingga menjadi isu yang boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan rakyat

Malaysia.

Pendekatan islam hadhari bertujuan menjana kemajuan manusia untuk pembangunan

fizikal, spiritual, pembangunan insan, pembangunan ilmu demi kemajuan hidup di dunia dan

di akhirat. Sepuluh prinsip yang diperkenalkan dalam Pendekatan Islam Hadhari akan

memberi kebaikan kepada semua masyarakat tanpa mengira agama. Bagi mereka yang

beragama islam, prinsip-prinsip tersebut menepati maqasid syariat (tujuan-tujuan syariah)

terutama dalam menyelamatkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Pendekatan Islam Hadhari akan memberi kebaikan seperti Kerajaan Adil dan

Beramanah, Rakyat berjiwa Merdeka, Penguasaan Ilmu Pengetahuan, Pembangunan

Ekonomi Seimbang dan Komprehensif, Kehidupan Berkualiti, Pembelaan Hak Kumpulan

Minoriti dan Wanita, Keutuhan Budaya dan Moral, Pemeliharaan Alam Semulajadi dan

Kekuatan Pertahanan perlu dihayati bagi melahirkan masyarakat yang harmonis dan bersatu

padu.

Pendekatan Islam Hadhari yang hendak disampaikan amat komprehensif dan

menyeluruh dan sewajarnya dilaksanakan secara jujur dan berterusan dalam dunia ini

sekiranya manusia sejagat ingin hidup dalam satu dunia yang sejahtera dan aman. Keadaan

ini selari dengan kehendak dan hikmah kejadian manusia yang dicipta dalam kepelbagaian

bangsa, kaum dan suku, lelaki dan wanita agar saling mengenali, berkasih sayang, tolong

menolong antara satu dengan yang lain bukan untuk berpecah belah dan bermusuh-musuhan.

Untuk mencapa hasrat dan aspirasi ini, maka seluruh umat manusia perlu mempelajari

dan memahami sosiobuudaya sesuatu kaum dan bangsa lain secara lebih mendalam.

Sekalipun perkongsian ilmu dan kerjasama dalam segala bidang pengetahuan antara manusia

telah dapat mewujudkan kemajuan manusia sejagat selari dengan konsep Pendekatan Islam

90

Page 91: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Hadhari, namun begitu sikap tamak dan mementingkan diri sendiri sesetengah pihak boleh

mencetuskan pergeseran, permusuhan dan perpecahan. Hal ini akan membantut usaha

memaju dan membangunkan negara. Pendekatan Islam Hadhari yang menekankan

penguasaan ilmu pengetahuan, bukan hanya untuk kelompok dan golongan tertentu sahaja,

malah perlu dikuasai oleh semua bangsa tanpa dibatasi oleh sempadan geografi. Hal ini

menunjukkan sikap akomodatif Islam dalam mendapatkan ilmu tanpa ada perbezaan antara

masyarakat islam dan bukan islam.

Selain itu, prinsip kerajaan yan adil dan amanah enjadi pemangkin dan pendorong ke

arah tercetusnya sistem ekonomi agar kekayaan negara dapat diagihkan secara adil dan

saksama. Tindakan ini merupakan satu instrumen penting bagaimana pembahagian kekayaan

dan harta dapat diwujudkan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu.

Walaupun prinsip keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ditekankan dalam masyarakat

Hadhari, ini tidaklah bermakna kebebasan agama disekat. Manusia yang berilmu seharusnya

tahu membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Kefahaman terhadap konsep patriotisme

yang membawa maksud sayang akan bangsa dan negara adalah selari dengan prinsip rakyat

yang berjiwa merdeka sebagaimana saranan dalam Pendekatan Islam Hadhari.

Sekiranya masyarakat tidak memiliki jiwa yang merdeka, akan menyebabkan

berlakunya penjajahan sama ada secara langsung atau tidak ke atas sesebuah negara.

Akibatnya masih banyak negara di dunia ini terjajah dab terbelenggu dengan krisis ekonomi

dan politik yang begitu serius dan dengan mudah mencetuskan kekacauan kaum, perang

saudara serta kehadiran kerajaan boneka penjajah dengan segala kekejaman dan dasar kuku

besinya. Kehadiran penjajah pada hakikatnya tidak disenangi terutamanya dalam kalangan

anak watan yang mempunyai semangat cinta kepada negara atau tanah air mereka.

91

Page 92: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BAB 6

KESAN PERUBAHAN MELAYU LAMA

KEPADA MELAYU BARU

Kesan perubahan berlaku apabila bangsa Melayu mulai melupakan tradisi atau budaya

sendiri dalam usaha hendak menjadi bangsa yang maju dengan melihat proses globalisasi

yang berlaku sekarang sebagai cabaran utama, padahal cabaran yang lebih serius datangnya

dari dalam diri bangsa Melayu itu dan dari dalam negera sendiri. Kita sering mendengar

orang berkata bahawa manusia hendaklah berubah mengikut zaman. Hal ini timbul kerana

implikasinya terhadap masalah perubahan dan kemajuan manusia sangat luas dan kompleks

mengikut zaman. Perubahan yang berlaku menyebabkan pelbagai kesan yang timbul dari

Melayu lama ke Melayu baru. Terdapat pelbagai kesan dari perubahan tersebut iaitu dari segi

pemikiran atau kepercayaan manusia, poltik, ekonomi, budaya, pendidikan dan bahasa.

Pemikiran

Pemikiran merupakan suatu bidang baru dalam ilmu sejarah. Setiap masyarakat

memiliki aliran pemikiran yang tersendiri dan ia berkembang mengikut peredaran masa.

Masyarakat Melayu mengalaminya dan perubahan secara evolusi bermula dengan pegangan

kepada konsep kepercayaan Paganisme, Animisme, Hindu-Budha, Islam dan Sekularisme.

Dalam perkembangan dari segi pemikiran ini, didapati perubahan dalam pegangan

masyarakat Melayu turut dipengaruhi oleh konsep-konsep tersebut. Setiap alam pemikiran,

ini membawa kepada pegangan dan amalan yang berbeza-beza, menyebabkan berlakunya

pertembungan pemikiran dalam budaya Melayu.

Namun kebaikannya ialah masyarakat Melayu mengalami proses perubahan minda

atau disebut anjakan paradigma. Daripada sebuah alam pemikiran yang tertutup kepada

sebuah alam pemikiran yang lebih liberal. Sebagai contoh, seniman dan pemikir Melayu

dahulu kala mampu menggunakan bahasa Melayu dengan betul maka kita pada hari ini dapat

mengetahui kebijaksanaan dan pemikiran Melayu yang original, yang kreatif melalui karya

seperti pepatah, peribahasa dan puisi tradisional Melayu itu. Hari ini nampaknya orang

92

Page 93: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Melayu sedang mengalami pelbagai masalah pemikiran kerana orang Melayu terpengaruh

dengan ideologi bahawa untuk maju seterusnya mereka diseru supaya berfikir dan menuntut

ilmu dalam bahasa asing untuk menjadi ‘bangsa yang maju’.

Akhirnya, ilmu yang mereka perolehi dalam bahasa sendiri, walaupun tinggi dan

bermutu, tidak akan diiktiraf layak untuk mendapat pekerjaan dalam sektor swasta di negara

ini. Proses perubahan pemikiran sebenarnya berlaku di mana-mana sahaja dan ia turut

dialami dalam semua masyarakat manusia. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan juga

bahawa dalam proses perkembangan pemikiran tersebut, sedikit sebanyak akan mewujudkan

konflik antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Pada kebiasaannya konflik ini

akan berlaku antara golongan pembaharuan dengan golongan tradisional atau antara golongan

moden dengan golongan konservatif. Ia turut dialami oleh masyarakat Melayu.

Setakat mana budaya fikir ini telah mendatangkan kesan kepada pemikiran Melayu

merupakan persoalan yang mugkin maseh belum dijawab dengan memuaskan. Namun, apa

yang jelas ialah budaya fikir tersebut dianggap sebagai tidak memainkan peranan yang besar

dalam membentuk ciri-ciri utama Weltanschauung Melayu tradisional (lama). Orang Melayu

tradisional menghayati satu pandangan alam yang dianggap unggul dari segi kaca mata

pandangan moden semasa. Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii ini

sebagai penuh dengan makna halus, simbolisme transenden, gurindam dan syair. Pandangan

mereka tidak hanya terhad kepada manifestasi material alam. Bahkan bagi mereka dimensi

fizikal, dimensi yang amat penting bagi sains dan teknologi moden, hanyalah satu manifestasi

kecil fenomena alam yang amat luas. Bagi mereka kewujudan alam fizikal yang telus kepada

pandangan kasar ini sebenarnya bergantung kepada dimensi alam hakikat dan ruh yang maha

seni.

Penghayatan pandangan ini, jelas dapat diperhatikan secara praktis dalam kehidupan

seharian dan amalan kemasyarakatan mereka. Ciri keunggulan lain yang wujud dalam budaya

fikir orang Melayu tradisional ialah kepentingan kehidupan harmoni dengan alam tabii.

Prinsip keharmonian ini dihayati melalui ritual dan manisfestasi kebudayaan. Ritual dan

manifestasi kebudayaan tersebut biasanya digariskan oleh semiotik tabii dan kosmologi

kebudayaan yang diwarisi dan dimantapkan generasi demi generasi. Pemantapan ini dicapai

melalui pemeliharaan adat resam dan petua kemasyarakatan.

93

Page 94: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Kita telah perhatikan bahawa perkembangan semiotik tabii dan kosmologi

kebudayaan generasi-generasi tersebut juga dimantapkan melalui penyerapan pelbagai unsur

yang datang dari luar ruang budaya Melayu asli. Unsur-unsur luar tersebut datang daripada

timur dan barat. Pengaruh Hindu, Buddhis, Islam dan Barat merupakan antara yang

menyumbang kepada pembentukan semiotik dan kosmologi Melayu. Namun demikian,

intipati semiotik dan kosmologi Melayu masih terpelihara. Pada asasnya intipati semiotik

Melayu ada hubungannya dengan kepelbagaian dimensi yang wujud pandangan alam

Melayu. Intipati ini, antara lain, ialah mengenai kepercayaan bahawa alam fizikal ini

hanyalah manifestasi kecil atau hijab bagi alam metafizik. Dalam kosmologi Melayu,

misalnya, alam tabii dianggap penuh dengan unsur-unsur ghaib dan mistik. Haiwan, tumbuh-

tumbuhan, dan bahkan batu-batan cenderung dilihat daripada sudut simbolisme

transendentalnya berbanding daripada sudut manifestasi fizik dan duniawinya.

Oleh itu dalam "alam Melayu," tidak hairanlah haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-

batan mampu bercakap, bahkan bermadah secara bernas setanding dengan sebarang pujangga

manusia. Walaupun dalam dongeng masyarakat barat alam seperti itu wujud, namum senario

dalam alam Melayu itu bukan sekadar gambaran dongeng bagi tujuan hiburan. Ia merupakan

satu kenyataan yang diterima oleh pandangan alam Melayu. Sebab itulah dalam alam

Melayu, manusia (khasnya syaman, pawang, bomor, sufi dan wali Allah) berinteraksi dengan

haiwan, tumbuhan dan batu-batan pada tingkatan yang sukar diterima dan untuk dibayangkan

oleh manusia sekular. Ilmu bertinterkasi tersebut juga merupakan antara yang sangat dihargai

kerana ia membuka jalan bagi manusia Melayu mampu hidup berharmoni dengan alam tabii.

Bagi kebanyakan manusia moden, khususnya dari barat, bercakap dengan mahluk lain

selain sesama manusia hanya mungkin berlaku dalam cerita dogeng. Dalam dunia Melayu,

hal tersebut tidak dianggap dongeng atau fiksyen semata-mata. Kepercayaan dan pandangan

alam mereka dianggap bertentangan dengan kenyataan moden atau pandangan sains, namun

hampir tidak ada langsung manusia Melayu tradisional yang akan menidakkan kosmologi

mereka. Pada umumnya orang Melayu masih terikat dengan Weltanschauung tradisional dan

gagasan budaya fikir Melayu. Gagasan iniboleh disimpulkan sebagai melihat alam tabii ini

penuh dengan simbolisme semantik, gurindam dan syair. Penghayatanpandangan ini,

misalnya, dapat diperhatikan secara praktis dalam penghayatan ritual dan manisfestasi

kebudayaan

94

Page 95: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Politik

Jika kita memerhatikan suasana politik sedunia hari ini, maka dapatlah disimpulkan

bahawa negara bangsa masih merupakan perkelompokan politik yang paling dominan di

kalangan masyarakat dunia. Kesedaran politik orang Melayu ini kemudiannya diperkembang

terus dalam badan-badan yang berusaha menggembleng sentimen kemelayuan dan keislaman.

Dalam bidang politik, kuasa demokrasi Melayu tidak lagi sekuat dahulu. Dalam pilihan raya

1955, 85% kerusi Dewan Perundangan Persekutuan berada dalam tangan UMNO ( satu

kerusi Parti Islam SeMalaya atau Pas hari ini ). Hari ini jumlah kerusi Parlimen yang

dipegang oleh UMNO atau orang Melayu hanya lebih kurang 55% sahaja. Para pemimpin

politik Melayu sendiri mengakui keadaan ini apabila mereka berkata bahawa orang Melayu

terpaksa bergantung kepada undi bukan Melayu untuk terus berkuasa atau berkongsi kuasa di

negara ini, padahal lebih 65% daripada penduduk Semenanjung Tanah Melayu adalah orang

Melayu. Dalam Barisan Nasional (BN), hanya ada sebuah sahaja parti Melayu, iaitu UMNO,

tidak ada parti Melayu lain. Ini bererti, merosotnya kuasa politik UMNO dan menurunnya

‘kuota’ kuasa pemerintahan Melayu, lemahlah kuasa politik bangsa Melayu di Malaysia.

Perubahan sistem kepimpinan bangsa Melayu dari sistem lama yang dikatakan bercorak

‘feudal’ kepada sistem baru yang boleh disebut ‘sistem kepimpinan politik’ yang berlaku

dalam persekitaran baru, iaitu persekitaran demokrasi dan ekonomi kapitalisme yang

mementingkan persaingan, lalu keadaan ini menjadikan manusia lebih bersifat

individualistik, mementingkan diri sendiri,menggantikan struktur sosial ‘tradisional’

berdasarkan kesedaran dan tanggungjawab bersama, tanggungjawab komuniti.

Dari sudut politik, perkembangan terkini yang berlaku di Cambodia amat menarik.

Cambodia bergerak ke arah satu sistem politik hasil campuran antara tradisi Inggeris dan

Amerika. Selepas memperkenalkan sistem pilihanraya tiga penggal yang lepas, Cambodia

bukan sahaja telah mengembalikan demokrasi tetapi juga sistem monarkinya. Perubahan ke

arah sistem demokrasi yang relatif pantas selepas Cambodia di bawah cengkaman regim

komunis Pol Pot adalah sesuatu yang memberangsangkan. Mengikut sistem yang diamalkan

di Amerika Syarikat, Cambodia memilih ahli–ahli senat dan parlimen mereka. Ini sesuatu

yang menarik dan agak menyimpang dari sistem Inggeris seperti yang diramalkan di

Malaysia di mana ahli – ahli senat adalah dilantik. Cabaran politik yang bersifat ideologikal

yang boleh membantut pertumbuhan ekonomi yang stabil, nampaknya sudah berkurangan

kerana secara umunya negara – negara sedang membangun seperti Asia Tenggara sudah pun

95

Page 96: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

bergerak dan lebih selesa dengan nilai politik yang dikenali sebagai ‘pendemokrasian’ yang

dianggap oleh Huntington sebagai ‘gelombang ketiga’ (Hungtington, 1991). Penyatuan

Vietnam Utara dan Selatan dan gerakan pendemokrasian di Myanmar nampaknya semacam

membenarkan tesis Hungtington.

Ekonomi

Demi melemahkan kedudukan orang Melayu supaya tidak dapat bangun menentang

penjajah, mereka telah disisihkan dalam proses pembangunan ekonomi dan perdagangan di

tanah air mereka sendiri pada zaman penjajahan, orang Melayu secara terhormat mendiami

kawasan luar bandar untuk melakukan pekerjaan pertanian sekadar cukup untuk keperluan

dalam kehidupan seharian. Sementara segala sektor ekonomi diberikan kepada pekerja-

pekerja asing yang dibawa dari luar. Oleh kerana tersisih jauh di pedalaman orang Melayu

tertinggal jauh di belakang dalam bidang ekonomi.

Kesan terhadap ekonomi turut berlaku sama ada positif atau negatif. Masalah yang

sering dihadapi oleh manusia dalam zaman Melayu baru melalui ekonomi bebas hari ini ialah

masyarakat tidak tahu lagi bagaimana hendak menjaga pintu rumahnya atau sempadan

budayanya daripada dimasuki atau dicerobohi. Melayu lama tidak menjadi kaum pedagang

kerana mereka ditolak ke pendalaman menjadi kaum petani dan pekebun kecil oleh dasar

kuasa luar British. Dasar British juga menyekat orang Melayu daripada melibatkan diri dalam

ekonomi pasaran. Perkara ini malang buat bangsa Melayu dan ia berulang sehingga hari ini.

Dalam hal ini, ia tidak menunjukkan kebodohan orang Melayu, tetapi suatu peristiwa

penjajahan ekonomi Melayu. Peristiwa ini masih lagi berlaku iaitu kuasa ekonomi ‘pasaran

bebas’ barat masih terus melakukan perkara yang sama di peringkat perdagangan

antarabangsa, misalnya melalui WTO dan IMF, dan melalui ugutan senjata. Dasar ekonomi

baru yang dijalankan oleh kerajaan merupakan satu cara untuk meningkatkan penyertaan

orang Melayu dan bumiputera dalam kegiatan ekonomi.

Kerajaan berharap jumlah penyertaan kaum bumiputera dalam sektor ekonomi negara

dapat meningkat hingga mencapai kadar 30%. Untuk mencapai matlamat tersebut, kaum

bumiputera telah diberi kemudahan latihan serta peluang perniagaan dan perdagangan.

Jelasnya, Dasar Ekonomi Baru itu bertujuan untuk memberi kedudukan yang lebih adil

khususnya kepada orang Melayu yang telah tertindas dan tertinggal jauh di belakang akibat

96

Page 97: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

penjajahan. Melalui kemerdekaan tanah air, orang Melayu berharap dan berpendapat bahawa

mereka seharusnya mendapat kedudukan yang adil dan seimbang dengan kaum-kaum lain

yang menjadi warganegara di tanah air mereka dalam sektor-sektor yang telah direbutkan.

Golongan yang berfikiran positif pula beranggapan walaupun statistik menunjukkan

penguasaan ekuiti Melayu tidak meningkat bukan disebabkan kaum Melayu tidak maju.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada 3 kaum utama iaitu kaum

melayu , cina dan india. Sudah 446 tahun negara kita dijajah dan kini sudah 50 tahun negara

kita merdeka maka semestinya berlaku perubahan ekonomi dalam kalangan hubungan etnik

di negara ini. Ekonomi kaum melayu didapati bertambah baik dan maju jika dibandingkan

dengan 50 tahun dahulu. Jika dahulu kita sebut sahaja petani dan nelayan maka kebiasaannya

dirujuk kepada kaum melayu tetapi pada hari ini kita sudah ada ramai usahawan, peniaga dan

juga golongan professional yang terdiri daripada kaum melayu. Namun begitu, bilangan sedia

ada kaum melayu dalam pekerjaan yang membanggakan masih kurang memberansangkan.

Kita memang tidak dapat menafikan bahawa kehidupan dan ekonomi kaum Melayu jauh

lebih baik berbanding dahulu tetapi secara keseluruhannya ekonomi melayu masih berada di

paras sederhana. Hakikatnya kita telah mempunyai ramai golongan melayu yang berjaya

tetapi sekiranya bilangan ini dibandingkan dengan bilangan Melayu yang kurang berjaya

amat ketara jurang perbezaannya. Kehidupan orang Melayu bertambah baik disebabkan oleh

revolusi ekonomi yang dilancarkan oleh Bapa Pembangunan kita iaitu Tun Abdul Razak yang

merupakan Perdana Menteri kita yang kedua. Tun Abdul Razak melaksanakan Dasar

Ekonomi Baru untuk memajukan kehidupan dan ekonomi kaum Melayu di negara kita.

Secara realitinya sememangnya Dasar Ekonomi Baru ada pencapaiannya. Namun begitu ,

sekiranya kita lihat dari sudut statistik ekuiti Melayu masih tidak berubah.

Jika Dasar Ekonomi Baru ini dilaksanakan 20 tahun yang lalu menunjukkan kaum

Melayu mencapai ekuiti negara sebanyak 18.9% maka hari ini iaitu pada tahun 2007 data

terbaru masih menunjukkan kaum Melayu tetap menguasai ekuiti sebanyak 18.9% dari segi

statistik. Natijah daripada statistik ini menunjukkan beberapa pendapat yang berbeza

berkaitan dengan ekonomi Melayu kini. Antara pendapatnya ialah kaum Melayu masih

mundur dan tidak meningkat ekonomi mereka sedikit pun sekiranya hendak dinilai dari segi

statistik. Seterusnya ada juga yang beranggapan orang melayu masih mundur tetapi sudah

berlaku peningkatan dan maju dari segi ekonomi. Pada masa yang sama , ada juga sesetengah

pihak yang tidak mahu lihat dari sudut statistik tetapi bentuk fizikal yang membuktikan kaum

97

Page 98: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Melayu sudah sangat berjaya dan tidak mundur lagi. Ada pula yang berfikiran kaum Melayu

sebenarnya masih berada dalam paras sederhana yang bermaksud tidak semundur yang

difikirkan dan pada masa yang sama juga tidak semaju yang dianggap. Golongan yang

berfikiran positif pula beranggapan walaupun statistik menunjukkan penguasaan ekuiti

Melayu tidak meningkat bukan disebabkan kaum Melayu tidak maju tetapi peningkatan

dalam ekonomi Melayu juga diikuti dengan perkembangan ekonomi hubungan etnik lain di

negara kita khususnya pelabur asing dan kaum Cina. Oleh yang demikian, kumpulan kita

merasakan satu pelan ekonomi yang baharu dan lebih baik perlu digubal untuk memantapkan

lagi ekonomi kaum Melayu di negara kita. Mengikut kajian dan tafsiran yang dilakukan oleh

kumpulan kita pula adalah kurang elok sekiranya kita masih hendak melabelkan kaum

Melayu sebagai kaum yang mundur dari segi ekonomi. Realitinya secara holistik ekonomi

Melayu kini berada dalam paras sederhana dan semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Dalam pada itu, kesukaran ekonomi orang Melayu berkembang dengan pesat

mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya mentaliti sesetengah atau mungkin

majoriti Melayu yang kurang berani untuk mengambil risiko. Majoritinya masih memilih

jalan yang selamat iaitu saling berebut–rebut sesama sendiri untuk bekerja dalam sektor

kerajaan. Sekiranya seseorang itu bercadang bekerja dalam sektor kerajaan disebabkan ingin

berbakti kepada negara mahupun ingin memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat

mahupun apa–apa sebab yang baik sememangnya merupakan sesuatu yang baik tetapi

sekiranya niat bekerja dengan kerajaan kerana ingin mengambil jalan selamat, mahukan lebih

masa bersama keluarga, idamkan pekerjaan yang kurang sibuk dan mudah, tidak berani

mencuba sesuatu dan baru dan sebagainya maka amat sukar untuk kaum Melayu maju

dengan cepat dalam sektor ekonomi negara. Tidak mustahil sekiranya Melayu tetap dengan

mentaliti sebegini dan masih mampu untuk maju tetapi mengambil masa yang amat lama dan

sukar sedikit untuk maju.

Ekonomi Melayu dalam sesebuah keluarga pada masa ini juga akan lebih kurang

berbanding dengan hubungan etnik yang lain walaupun mungkin pendapatan Ketua Keluarga

amat tinggi. Hal ini disebabkan mengikut kajian kumpulan kita majoriti kaum Melayu

biasanya melahirkan anak minima 4 hingga 6 orang anak dalam sesebuah keluarga. Sebagai

contoh ketua keluarga berpendatan RM 5000 sebulan sekali pun tetapi hendak dibahagikan

kepada pendapatan per kapita keluarga seramai 7 orang maka seorang hanya RM 714 sebulan

dalam setiap bulan tanpa menolak perbelanjaan dan kos tanggungan yang lain lagi.

98

Page 99: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Kemungkinan ini juga merupakan antara sebab perkembangan ekonomi Melayu masih

lembab. Perkembangan lembab tidak bermaksud tidak maju tetapi meningkat dengan kadar

yang amat perlahan.

Disebalik cerita–cerita yang menunjukkan kelembapan orang Melayu dalam sektor

ekonomi kini kita juga tidak boleh menafikan terdapat juga sesetengah golongan Melayu

yang sudah berani keluar mengambil risiko dan menjadi usahawan dan seorang peniaga yang

amat berjaya. Kini, banyak juga golongan Melayu yang sudah berumah dan berkereta besar.

Melalui hasil kajian juga mereka yang keluar menjual pisang goreng, karipap, kuih-muih dan

sebagainya mampu memperoleh pendapatan antara RM2 hingga 10 ribu walaupun hanya

sekadar gerai yang kecil. Oleh itu, di negara yang begitu aman dan damai ini sekiranya

seseorang itu rajin bekerja maka mustahil seseorang individu itu akan mati kelaparan.

Melalui kajian juga didapati majoriti penjual burger sebenarnya merupakan pekerja

sambilan golongan Melayu. Majoritinya merupakan pelajar yang inginkan pendapatan yang

lebih. Anggaran keuntungan biasanya antara RM 300–1500 sebulan. Keadaan ini jelas

menunjukkan ada juga golongan pelajar yang rajin mencari duit. Kajian kita mengenai ramai

dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang menganggur pula disebabkan oleh sikap dan

mentaliti graduan yang malas, ego dan selalu ingin memilih jalan yang mudah dan pintas.

Mereka kadang–kala hanya memohon untuk bekerja di sektor kerajaan dan apabila

permohonan tidak dapat maka mereka sudah tidak berinisiatif mencuba rezeki di sektor

swasta. Mungkin ada dalam kalangan kategori tersebut yang mencuba tetapi selepas gagal

sekali atau dua kali sudah berputus–asa.

Mutakhir ini, walaupun menjadi petani dan nelayan tetapi pekerjaan ini sudah berbeza

dengan 50 tahun yang lepas. Didapati daripada hasil kajian lebih sesetengah petani dan

nelayan berpendapatan lebih tinggi daripada mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan

kadang–kala juga lebih tinggi berbanding dengan mereka yang bekerja di swasta. Petani

moden sebenarnya mengaut keuntungan yang tinggi. Malangnya, walaupun pekerjaan ini

menjanjikan pendapatan yang baik tetapi dipandang serong oleh graduan yang beranggapan

pekerjaan ini tidak setaraf dengan sijil mereka.

99

Page 100: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Budaya

Budaya Melayu sudah terdedah kepada budaya global atau sudah menjadi ‘Melayu

moden’ atau ‘Melayu baru’ yang mengamalkan cara hidup moden, mendapat pendidikan di

barat, bertutur dan berfikir dalam Bahasa Inggeris. Memakai pakaian seperti orang barat di

pejabat atau di tempat kerja telah menjadi trend orang Melayu sekarang ini malah memakan

makanan ‘bukan Melayu’ di restoran, misalnya makanan fast food (makanan segera) dan

meminum kopi di kedai kopi Starbuck, Dome, Coffee Bean dan San Francisco sudah menjadi

kebiasaannya. Bagi mereka, budaya tradisional beerti budaya lama, budaya warisan nenek

moyang yang sudah ketinggalan zaman, budaya tidak moden dan tidak maju lagi.

Mereka menyatakan bahawa orang Melayu hendak menjadi bangsa yang maju di

dunia hari ini, dunia ilmu sains dan teknologi, dunia pasaran bebas yang mendesak manusia

menjadi tenaga ekonomi berdaya saing, maka budaya lama itu tidaklah boleh dijadikan alat

untuk memajukan keadaan hidup materialistik bangsa Melayu. Orang Melayu hari ini

nampaknya makin lama makin ditenggelami oleh pelbagai pengaruh yang tidak diwarisi dari

pengalaman bangsanya sendiri sejak dahulu kala. Maka itulah kita melihat pelbagai masalah,

misalnya krisis budaya dan moral yang sedang dialami oleh bangsa Melayu dalam zaman

pembangunan hari ini. Ini adalah disebabkan mereka semakin lama semakin tidak memahami

sistem nilai bangsa Melayu islamnya sendiri untuk dijadikan asas atau pedoman hidup

mereka dalam proses pembangunan itu. Namun ini tidak bererti bahawa nilai budaya Melayu

lama itu mesti ‘kaku’, tidak boleh berubah-ubah. Bangsa Melayu dapat kekal hingga hari ini

kerana mereka sanggup melakukan perubahan sepanjang zaman, tetapi perubahn itu tidak

meliar, melainkan berdasarkan struktur atau sistem nilai teras yang sudah terbentuk kukuh

dalam budaya Melayu itu.

Teknologi maklumat mutakhir memang ada kesannya kepada budaya Melayu. Budaya

Melayu yang sedia kita fahami yang kita pegang selama ini berpaksikan kesantunan,

kelembutan dan kehalusan akhlak kini berdepan dengan segala macam ragam maklumat dari

seluruh dunia terutama Barat. Maklumat itu banyak yang baiknya, tetapi tidak kurang juga

yang jahatnya. Parabola cuma wahananya saja, tetapi ia mempunyai makna yang besar

kepada budaya popular kita khususnya yang memanfaatkan televisyen. Tidak cukup dengan

Metrovision, muncul pula Astro, rangkaian TV digital stereo yang menawarkan hiburan dan

rancangan canggih lagi mutakhir. Selanjutnya melalui Internet, dapat diketahui fesyen baru di

100

Page 101: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

seluruh dunia yang dapat kita akses. Keadaan ini akan mempengaruhi corak fesyen remaja

kita sehingga mereka dapat mengetahui sekurang-kurangnya apakah fesyen atau hiburan

digital terkini. Keadaan ini mungkin mengubah cara hidup masyarakat daripada suatu

masyarakat konvensional, yang serba sederhana kepada sebuah masyarakat yang serba

canggih dan mewah. Teknologi maklumat dengan segala macam ragamnya boleh menjadikan

kita, melalui penggunaan teknologinya, manusia yang lebih materialistik dan individualistik.

Dunia hiburan menjadi jauh lebih canggih dengan penggunaan teknologi hiburan digital dan

penggunaan CD-ROM yang berhasil mengubah tumpuan remaja kepada hiburan yang pada

mereka jauh lebih canggih daripada hiburan yang lebih konvensional. Begitulah sekelumit

daripada sekian banyak daripada cabaran yang ditampilkan oleh teknologi maklumat terhadap

nilai budaya kita.

Maka dapatlah disimpulkan bahawa teknologi maklumat mutakhir ada baiknya, tidak

kurang juga keburukannya. Tujuan kita memperoleh maklumat, membangunkan maklumat

dalam bahasa Melayu adalah untuk kebaikan. Tujuannya yang tertinggi ialah meneruskan

kelangsungan hidup manusia yang beradab dan berbudaya tinggi. Jadi tujuan tertinggi dari

sudut falsafahnya ialah untuk memperoleh kebahagiaan yang kita idamkan. Teknologi

maklumat melalui penggunaan alat perkakasnya dapat mengubah nilai budaya masyarakat

Islam untuk memanfaatkan maklumat yang baik jika ia digunakan secara yang betul. Jika alat

perkakas teknologi maklumat ini disalahgunakan maka ia akan mendatangkan akibat buruk.

Oleh itu teknologi maklumat yang betul bukan saja harus berwajahkan manusia seperti yang

diwarwarkan oleh ahli falsafah Martin Heiddeggar dan EF Schomacher, malah harus

bertanggungjawab kepada manusia (dalam konteks hablumminannas) dan kepada Allah

(dalam konteks hablumminallah). Hanya ketahanan dalaman yang kuat saja iaitu dalam

konteks keteguhan iman sajalah yang membolehkan kita berdepan dengan cabaran teknologi

maklumat yang tiada tepiannya.

Pendidikan

Pada zaman Melayu lama, perkembangan Islam di Alam Melayu adalah melalui

peranan para ulama dan intelektual Islam yang waktu itu mendapat tempat dalam masyarakat

Melayu sama ada di peringkat istana mahupun di peringkat masyarakat bawahan. Hubungan

mereka begitu akrab sehingga ada antara mereka dilantik sebagai pegawai istana, guru istana,

mubaligh negara, pembesar dan juga pakar rujuk bagi memainkan peranan untuk menjelaskan

Islam di Alam Melayu. Hubungan pihak pemerintah dan para da’i islam itu amat rapat dan

101

Page 102: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

terdapat semacam suatu keistimewaan antara mereka dalam usaha mencorakkan pemikiran

masyarakat Melayu dengan nur Islam. Melihat akan fakta sejarah bahawa peranan ulama

dalam sistem pendidikan pondok telah berjaya melahirkan ramai intelektual Melayu Islam di

rantau Nusantara. Sistem pendidikan pondok amat popular dalam kalangan masyarakat

Melayu sebelum perang dunia. Melalui institusi ini, banyak generasi baru dilahirkan, generasi

baru yang lebih berilmu dan lebih luas pemikiran serta pandangan terhadap alam kehidupan.

Malah ia juga berjaya melahirkan aliran-aliran pemikiran Islam di Tanah Melayu yang lebih

bersikap terbuka dan rasional sehingga melahirkan kesatuan pemikiran dan perpaduan dalam

kalangan umat Melayu Islam di Alam Melayu nanti. Institusi-institusi pondok ini

menjalankan sistem pendidikan pondok yang merupakan sebuah pusat pengajian Islam yang

dikuasai oleh para ulama dan berpengaruh dalam masyarakat Melayu. Ia merupakan wahana

yang menghubungkan antara masyarakat Melayu dengan Islam. Lantaran itu, para pelajar

Melayu yang menamatkan pengajian di dalam sistem pendidikan pondok meneruskan

pengajian ke peringkat yanh lebih tinggi di Timur Tengah seperti ke Universiti Al-Azhar,

Kaherah, Mesir dan Universiti Madinah, Madinah, Arab Saudi bagi mendalami ilmu Islam.

Di sini, bermula satu era baru dalam arus pemikiran dan kebangkitan Islam di Alam Melayu.

Sekembalinya mereka itu sebagai pendakwah serta penyambung warisan pendidikan pondok

yang tumbuh subur di Tanah Melayu.

Malangnya, bilangan murid-murid di sekolah Tamil amatlah rendah kerana

kekurangan infrastruktur, sikap tidak mementingkan pelajaran di kalangan masyarakat India

ketika itu dan kesan tarikan sekolah Inggeris di bandar-bandar. Bangsa Inggeris sebagai

penjajah ketika itu pula membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan sekolah Inggeris

yang menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kurikulum

sekolah Inggeris mementingkan akademik dan persediaan untuk peperiksaan 'Cambridge

Overseas School Certificate'. Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Inggeris, Matematik,

Sejarah, Eropah, Ilmu Alam, Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Lukisan.

Perkembangan pendidikan sehingga peringkat ini tidak banyak melibatkan campur tangan

penjajah. Pihak penjajah dalam usaha tidak mahu mewujudkan penyatuan diantara kaum di

negara ini, telah mengamalkan dasar 'laissez-faire' di dalam bidang pendidikan. Dasar ini

telah mewujudkan lima jenis persekolahan dalam zaman pemerintahan penjajah. Lima

sekolah itu ialah Sekolah Vernakular Melayu, Vernakular Cina, Vernakular Cina, Vernakular

Tamil, Sekolah Inggeris dan Sekolah Agama Madrasah. (Vernakular bermaksud bahasa

pengantar bahasa ibunda).

102

Page 103: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pendidikan di negara ini mula memasuki zaman perubahan bermula tahun 1945

hingga 1957. Malah boleh dikatakan, perubahan yang dilakukan pada zaman ini menjadi titik

tolak kepada dasar pendidikan negara yang kita lakeana kini. Selepas tamat Perang Dunia

Kedua pada tabun 1956, penjajah Inggeris kembali ke tanah air.

Perkembangan politik serantau seperti di negeri China, India, Indonesia dan Filinina

telah mengubah pandangan dan sikap kaum. Prinsip penjajah yang terlalu longgar dalam

dasar pendidikannya telah menyebabkan penubuhan sekolah Inggeris oleh pendakwah

Kristian, sekolah vernakular Cina oleh masyarakat Cina dan sekolah Vernakular Tamil oleh

pemilik ladang kopi dan getah. Apa yang berlaku ini membayangkan betapa penjajah

sememangnya tidak mempunyai objektif dalam bidang pendidikan di negara ini. Semuanya

adalah sekadar memenuhi tuntutan dan desakan daripada masyarakat berbilang kaum di

negara ini untuk kepentingan peribadi kaum yang diwakili, tanpa memikirkan kepentingan

bersama. Bagaimanapun, pendidikan di tanah air mengalami zaman malapnya semasa

pendudukan Jepun di negara ini dari tahun 1941 hingga 1946. Ketika ini, banyak sekolah

telah ditutup dan sekolah ketika itu menjadi alat propaganda Jepun untuk menaburkan benih-

benih kebencian kepada bangsa Inggeris dan sebaliknya menghormati bangsa Jepun. Selama

tiga setengah tahun Jepun menduduki Malaya, pemerintahan Jepun ala tentera turut

memberikan kesan kepada perkembangan sekolah di tanah air pada masa itu.

Kesan paling ketara ialah dari segi bilangan murid ke sekolah yang begitu merosot

sekali. Memandangkan kebanyakan sekolah digunakan sebagai tempat perlindungan semasa

serangan Jepun, kebanyakan sekolah mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dapat

digunakan untuk tujuan pengajaran. Keadaan huru hara negara ketika penjajahan Jepun juga

menyebabkan tiadanya kurikulum baru diperkenalkan dan guru terus mengajar berpandukan

kurikulum lama dan yang wajib diajar di semua sekolah ialah bahasa Jepun. Pendidikan di

negara ini mula memasuki zaman perubahan bermula tahun 1945 hingga 1957. Malah boleh

dikatakan, perubahan yang dilakukan pada zaman ini menjadi titik tolak kepada dasar

pendidikan negara yang kita laksanakan kini. Selepas tamat Perang Dunia Kedua pada tahun

1956, penjajah Inggeris kembali ke tanah air. Perkembangan politik serantau seperti di negeri

China, India, Indonesia dan Filipina telah mengubah pandangan dan sikap kaum pendatang di

Malaya ketika itu. Orang Melayu pula telah mula sedar peri mustahaknya pendidikan moden

dan sekular bagi meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial mereka. Ini menjadikan orang

Melayu mula meminta keraiaan Inggeris membaiki keadaan pendidikan di sekolah Melayu

103

Page 104: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

dan meluaskan peluang pendidikan untuk anak-anak Melayu. Keadaan ini mendorong kepada

penubuhan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J. Barnes yang ditugaskan

untuk menyemak dan membaiki keadaan pendidikan untuk orang Melayu. Laporan Barnes

kemudian disusuli Laporan Fenn-Wu untuk mengkaji masalah pendidikan Cina. Laporan-

laporan ini bolehlah dilihat sebagai satu usaha untuk menukarkan sistem pelajaran penjajah

kepada sistem pelajaran kebangsaan.

Ordinan Pelajaran 1952 yang dihasilkan oleh sebuah jawatankuasa mengkaji kedua-

dua laporan tersebut. Laporan Razak yang dihasilkan pada 1956 seterusnya dibentuk bagi

menghasilkan sebuah dasar pendidikan yang komprehensif bagi Malaya yang merdeka dan

laporan ini seterusnya menjadi tulang belakang kepada dasar pendidikan negara sehingga

kini. Cadangan Laporan Razak ini dijadikan asas untuk penggubalan Dasar Pendidikan

Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Seterusnya, Penyata Rahman

Talib, 1960 boleh disifatkan sebagai pelaksana penyata Razak. Antara pembaharuan-

pembaharuan yang diperkenalkan dalam sebuah sistem pendidikan negara yang merdeka

ialah peperiksaan penilaian Darjah Lima, Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Malaysian Certificate

of Education (MCE), 'Higher School Certificate (HSC). Sejak merdeka sehingga tahun 1960,

corak dan struktur sistem pendidikan di Semenanjung adalah mengikut rangka dasar yang

ditetapkan oleh Laporan Razak (1956) dan Ordinan Pelajaran (1957). Bagi Sabah dan

Sarawak pula, corak dan struktur sistem pendidikan adalah mengikut rangka dasar yang

ditetapkan oleh Laporan Woodhead (1955) sehinggalah kedua-dua negeri itu bergabung

dalam Malaysia pada 1963. Corak dan struktur pendidikan di Semenanjung mengalami

perubahan besar selepas Laporan Rahman Talib (19.60) diusulkan dan Akta Pelajaran 1961

dikuatkuasakan khususnya di Semenanjung. Unsur dasar besar dalarn laporan Rahman Talib

yang menjadi asas sehingga kini ialah pendidikan sejagat percuma untuk semua jenis sekolah

rendah kerajaan dan bantuan kerajaan, had umur berhenti dinaikkan dari umur murid 12

tahun kepada umur murid 15 tahun.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia dalam tahun-tahun 1960-

an memerlukan ramai tenaga kerja terlatih dalam berbagai-bagai bidang, khususnya dalam

bidang perkhidmatan sosial dan ekonomi. Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi 1967

ditubuhkan bagi mengenal pasti keperluan tenaga kerja ikhtisas dan separa ikhtisas yang

perlu diberi perhatian. Hasilnya, beberapa IPT ditubuhkan seperti Institut Teknologi Mara

(ITM) (1967), Kolej Tunku Abdul Rahman (1969), Politeknik Ungku Omar (1969),

104

Page 105: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Universiti Sains Malaysia (1969), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970) dan Universiti

Pertanian Malaysia (1971). Seterusnya, dari tahun 1970 hingga 1990, pendidikan di negara

ini boleh dikategorikan sebagai era penyusunan semula sistem pendidikan negara Tumpuan

khususnya diberikan kepada reformasi yang menyeluruh dalam sistem pendidikan bagi

membina sebuah masyarakat yang bersatu padu. Satu perubahan penting dalam pendidikan

era 70-an atau era Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini ialah apabila Laporan Jawatankuasa

Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar Pelajaran dikemukakan pada November 1979. Jawatan

kuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir

Mohamad mendapat berbagai-bagai kelemahan dalam sistem pendidikan yang sepanjang

tahun. Hasilnya, jawatankuasa memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

yang menekankan aspek 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada KBSM diteruskan di

peringkat mene-ngah dengan pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

mulai; Tidak sahaja pendidikan di peringkat asas diberi perhatian, tahun 1970 hingga 80

menyaksikan perkembangan pesat pendidikan tinggi dengan penubuhan beberapa universiti

iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menjadikan bilangan universiti kepada lima buah

termasuk Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Pertambahan universiti ini adalah ekoran permintaan mendesak pelajar lulusan

sekolah menengah aliran Melayu yang lulusan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) dan dengan

cara amalan kuota pelajar bumiputera.Pada tahun 1980an pula, dua buah universiti lagi

ditubuhkan iaitu UIA (1983) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) (1984). Perkembangan

rancak pendidikan daam angka masa 20 tahun (1970 hingga 1990) bolehlah dianggap sebagai

zaman pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan bagi mencapai hasrat pendidikan

yang berkualiti dan kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial. Tahun 1990 pula

menyaksikan pendidikan negara memasuki era global dengan pelbagai anjakan paradigma

untuk menjadikan pendidikan di negara ini lebih relevan dengan tuntutan dan keperluan

semasa.

Bahasa

Pada zaman permulaan Islam penyebar-penyebar Islam telah menulis risalah-risalah

agama yang menerangkan tentang rukun-rukun Iman dan rukun-rukn Islam. Di samping

tulisan tentang ajaran Islam, penyebar-penyebar agama Islam itu turut mengisahkan tentang

105

Page 106: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

kisah pembawa ajaran tersebut, iaitu Nabi Muhammad.cerita-cerita tentang Nabi Muhammad

dapat dianggap sebagai yang paling tua usianya, jika dibandingkan dengan karya

kesusasteraan pengaruh Islam yang lain. Lagipun cerita-cerita seperti ini tiba bersama-sama

kedatangan Islam ke daerah ini. Cerita- cerita tentang Nabi Muhammad ini memaparka

ketokohannya, sifat-sifatnya yang ideal, peristiwa-peristiwa yang luar biasa tentang dirinya

sebagai pesuruh Allah dan lain-lain. Cerita-cerita ini telah disadur oleh penulis-penulis Islam

setempat dari kesusasteraan Arab dan Parsi seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat

Mukjizat Nabi, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Muhammad dengan iblis dan banyak

lagi karya yang dihasilkan.

Sejarah telah membuktikan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca

(bahasa perantaraan) bagi daerah-daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa

Melayu telah digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di

kepulauan Melayu dan orang-orang mendatang seperti pedagang-pedagang dan pengembara-

pengembara dari Eropah, Asia Tengah, Cina dan India. Pada amnya proses evolusi Bahasa

Melayu berkembang dan maju selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan yang

dicapai oleh masyarakat bahasanya melalui peperangan, perkahwinan, perdagangan,

pentadbiran, persuratan, keilmuan dan kebudayaan. Sejarah juga telah menunjukkan bahawa

bahasa Melayu telah berkembang dari status bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu

Kuno dan seterusnya ke bahasa Melayu Moden setelah melalui beberapa penyerapan dan

penyebatian daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Cina, Belanda, Portugis dan Inggeris.

Dalam perkembangan era globalisasi dunia hari ini yang telah dipercepatkan oleh

perkembangan tekonologi maklumat dan komunikasi (ICT), meneruskan proses evolusi

bahasa Melayu ke peringkat maya yang akan memberi cabaran-cabaran baru kepada

masyarakat bahasanya termasuk di negara ini untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama

dunia yang lain.

Sehubungan itu, karangan prosa ini akan membincangkan aspek-aspek umum yang

menjadi isu dan cabaran asas kepada pengembangan penggunaan bahasa Melayu dalam era

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pengupasan dan penghuraian yang dibuat oleh

penulis merupakan satu bentuk pandangan dan tinjauan secara umum kepada masyarakat

yang berbahasa Melayu (masyarakat bahasa Melayu) tanpa melalui kajian empirikal yang

memungkinkan berlakunya bais kepada kenyataan-kenyataan yang dikemukakan kepada

pembaca. Bahasa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh

106

Page 107: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga

menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi,

telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan internet telah meluaskan

penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan

sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Fenomena ini

secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di

rantau Nusantara ini. Penekanan terhadap ICT di era globalisasi dan liberalisasi bermakna

penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh

masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama

Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan

perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan

oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan

sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan

alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya? Mampukah pengiat-pengiat

bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan

aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu?

Sebagai satu pandangan umum, masyarakat bahasa Melayu perlu memperlihatkan

sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT

dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa

Melayu masih lagi ‘muda’ dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan

bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana

jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh

bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT yang pastinya akan melalui

pelbagai isu dan cabaran yang perlu diberi perhatian dan penelitian untuk kepentingan

masyarakat bahasanya.

Kesimpulannya, Masyarakat bahasa Melayu tidak boleh mempertahankan bahasa

Melayu hanya dengan menguasai bahasa itu. Di samping strategik yang teratur, masyarakat

bahasa Melayu perlu menguasai bahasa-bahasa lain dan tahu cara menyebarkan maklumat di

dalam era ICT. Dengan mempelajari usaha-usaha dari tokoh-tokoh bidang ICT seperti Bill

Gate dan laman-laman perintis seperti Yahoo, Hotmail dan MSN adalah perlu usahawan-

usahawan dari masyarakat bahasa Melayu memasuki peringkat ICT bukan sahaja persaingan

di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei malah di peringkat global.

107

Page 108: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Perkembangan globalisasi dan liberasasi hendaklah dilihat sebagai satu peluang

masyarakat berbahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu terus kekal disanjung oleh

bangsa Melayu serta masyarakat bukan Melayu dengan memanupulasikan ICT sepenuhnya.

Oleh itu, segenap sudut dan ruang yang sempit perlu dilebarkan agar bahasa Melayu

mempunyai nilai yang simbolik dan tidak luput dek hujan, tidak lekang dek panas.

Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari jalan dalam menambah nilai bahasa di pasaran

dunia. Ini merupakan satu tugas berat bagi pengiat bahasa dan masyarakat Melayu khususnya

untuk terus berusaha mencari jalan, kaedah serta hipotesis meningkatkan nilai bahasa Melayu

di persada era ICT.

Bagaimanapun, nilai bahasa Melayu tidak boleh dijual beli dalam pasaran yang

bersifat sejagat. Nilai dan harga bahasa Melayu bergantung sejauh mana masyarakat Melayu

di Nusantara membuat ‘pelaburan’ sewajarnya di pasaran dunia globalisasi yang sedang

mengagungkan bahasa Inggeris sebagai ‘pelabur’ utama. Bahasa Melayu di dalam era ICT

perlu dilihat sebagi satu keperluan dan bekalan yang penting dalam masyarakat bahasanya

untuk menghasilkan satu identiti bangsa yang tulen dan sejati. Pada masa yang sama, biarlah

bahasa Melayu dapat memupuk jati diri masyarakat bahasanya lebih-lebih lagi dalam arus

pemodenan dan penyejagatan dunia. Jangan biarkan bahasa Melayu menyerantau di raung

siber tanpa dipedulikan oleh masyarakat bahasanya sendiri dan akhirnya pupus di mata dunia.

108

Page 109: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BAB 7

MODEL MELAYU PADA MASA HADAPAN

109

MINDAMENGABUNG JALIN

MINDA DISIPLI

N

MINDAMENG-

HORMATI

MINDABERETIKA

MINDAMENCIP

TA

Page 110: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Dalam tubuh manusia, terdapat  dua “rahsia” besar untuk manusia mencapai kejayaan.

Iaitu dari otak yang menghasilkan minda dan hati yang menhasilkan perasaaan dan emosi.

Kedua-dua organ ini sangat penting dalam individu mencapai kejayaan yang besar dari segi

duniawi dan akhirat. Barisan minda yang paling terkedepan ialah minda yang mencipta idea

baru dan berfikir di luar kotak kebiasaan. Cara pemikiran sedemikian menjangkau disiplin

ilmu yang tertentu dan perlu mempunyai kebolehan menggabungjalin tetapi tidak dibataskan

atau hambat oleh sesuatu yang pernah difikirkan dan dilakukan sebelum ini.

Sebagai manusia kita perlulah berfikir sesuatu yang lebih kreatif berbanding dengan

orang lain. Hal ini kerana, faktor inilah menunjukkan perbezaana atau kelebihan diri kita

berbanding dengan orang lain. Lebih penting lagi ialah minda sebeginilah yang kita perlukan

kepada model Melayu pada masa hadapan. Minda mencipta secara langsungnya dapat

menyumbang kepada kemajuan sesebuah masyarakat serta kepada ekonomi negara kerana

minda jenis dapat menghasilkan pelbagai ciptaan baru sama ada dalam bidang pendidikan

mahupun bidang sains dan teknologi.

Selain itu, jenis minda mencipta ini juga diperlukan dalam zaman era moden yang

mempunyai pelbagai cabaran kerana model seperti inilah boleh dicontohi oleh orang lain.

Bagi memajukan bangsa Melayu pada masa hadapan kita perlu mengekalkan tradisi “Melayu

Baru Melayu Lama” dan pada masa yang sama kita juga berusaha untuk “Melayu Universal”

pada masa hadapan dengan memiliki jenis-jenis minda seperti minda mencipta. Minda

mencipta bukan sahaja menyumbang kepada bangsa tetapi juga kepada pembangunan negara.

Melayu Universal ialah Melayu yang mempunyai dan dilengkapi dengan ciri-ciri yang

penuh dengan ketahanan dan kuat peribadi untuk bergerak diperingkat global dan

antarabangsa samada sebagai usahawan, peniaga, sarjana, pemikir, pujangga, ahli sukan dan

ahli-ahli dalam lain-lain lapangan. Selain itu, Melayu Universal akan diiktiraf serta

dinobatkan sebagai hebat di dalam negara kerana kejayaannya serta jati dirinya yang tetap

berpaksi kepada Islam. Melayu Universal ini juga merupakan budaya Melayu dan warisan

pribumi kita yang bertunjangkan dan berpaksikan kebolehan akal dan nilainya yang kuat di

peringkat antarabangsa dan berperanan besar dipersada antarabangsa.

110

Page 111: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Hal ini dapat dicapai dan direalisasikan melalui transformasi budaya dalam kalangan

orang Melayu. Tranformasi budaya dapat diselaraskan selari dengan perkembangan ekonomi

dan teknologi moden, penawaran bahan-bahan budaya yang didatangkan khas daripada

negara-negara maju yang mendapat pasaran baik di rantau ini, sebagaimana yang telah

dinyatakan atas kepentingan nilai-nilai kemodenan. Walau bagaimanapun, berasaskan kepada

perubahan yang berlaku itu terdapat usaha untuk membina industri budaya Melayu yang lebih

baik dengan meggunakan teknologi dan pengurusan moden.

Bahan-bahan warisan budaya Melayu dengan menggunakan teknologi moden turut

dihasilkan sebagai bahan-bahan pengguna moden, misalnya muzik dan nyanyian, filem dan

bahan-bahan kepenggunaan yang lain seperti batik, kraftangan, penjagaan kesihatan, dan

seumpamanya turut tersebar luas sebagai usaha komersial tempatan. Dalam perkembangan

itu bahan-bahan budaya warisan itu disesuaikan dengan perubahan dan perkembangan

semasa. Misalnya, muzik dan nyanyian Melayu dihasilkan dalam bentuk teknologi moden

sebagaimana perkembangan industri muzik negara-negara maju. 

Berdasarkan pada Melayu berdisiplin (kepakaran dan kesarjanaan), masyarakat

Melayu mestilah didisiplinkan dalam tiga lapisan makna atau cara. Masyarakat Melayu dalam

model ini perlu mempunyai kepakaran dan kesarjanaan. Seseorang insan itu mestilah mampu

berfikir mengikut disiplin ilmiah atau bidang kesarjanaan seperti sejarah, matematik, sains

dan kesenian. Dengan adanya kepakaran dan kesarjanaan, masyarakat Melayu dapat

mengaplikasikan dalam kehidupan mereka pada masa akan datang. Melalui bidang

kesarjanaan, mereka akan sentiasa memperolehi ilmu pengetahuan secara berterusan

sehinggalah pembelajaran berlaku sepanjang hayatnya.

Melalui melayu menggabungjalinan (menguasai, memanfaat maklumat, ‘open

minded’ atau perpaduan) ini, masyarakat Melayu akan terdedah kepada jumlah informasi

yang disampaikan bukan sahaja dalam negara kita malah di serata dunia. Informasi yang

masyarakat terima akan mengubah fikiran masyarakat dari tahap yang kuno kepada tahap

yang lebih terbuka ke arah menuju Wawasan 2020. Oleh itu kita perlu bijak membuat

keputusan untuk menentukan mana yang lebih penting dan bagaimana cara yang terbaik

untuk mengatur atau mengurus maklumat untuk diri sendiri dan orang lain dengan mengguna

informasi ini untuk berkomunikasi dengan masyarakat lain sehingga semuanya menjadi

sebati (automated) dalam diri. Dengan ini, masyarakat Melayu pada masa akan datang dapat

memberi kerjasama dalam berinteraksi dengan masyarakat yang berbilang kaum.

111

Page 112: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Melayu Menghormati (hormati kelainan) ini pula akan menjangkau tahap toleransi

bukan sahaja antara masyarakat Melayu tetapi ia juga dapat bertoleransi dengan pelbagai

jenis masyarakat pada masa yang akan datang. Bagi masyarakat Melayu yang mempunyai

sikap hormat-menghormati ini akan dipandang mulia oleh masyarakat lain iaitu terdiri

daripada kaum Cina, India dan lain-lain. Melayu menghormati ini mengalu-alukan

kepelbagaian manusia atau insan tidak kira asal-usul masyarakat tersebut. Ini adalah

bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang memahami serta bekerjasama dengan orang lain

tanpa menimbulkan perasaan benci di antara satu sama lain dan seterusnya memupuk

suasana yang terbuka serta saling menerima (reciprocity). Oleh yang demikian, masyarakat

Melayu Universal akan melahirkan insan yang bertamadun selaras motto negara Malaysia

iaitu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Melayu beretika (warga dunia atau Pembina kemanusian sejagat) ini adalah dibina

atas landasan rasa hormat tetapi ia mempunyai sikap yang lebih abstrak dan moral yang

tinggi. Masyarakat Melayu yang beretika mentafsir peranan dirinya sebagai pewaris kepada

generasi yang bakal menjadi pemimpin untuk meneruskan pejuangan yang berterusan.

Mereka akan melaksanakan tugasannya dengan baik dan sempurna sehingga mencapai

kerjaya yang lebih cemerlang, beretika dan bermakna pada dirinya. Mereka menganggap diri

mereka sebagai warga masyarakat yang mempunyai keperibadian yang unggul dan sahsiah

yang tinggi bukan sahaja di Tanah Air malahan ke serata dunia. Secara tidak lansung,

masyarakat Melayu Universal yang akan datang ini dapat bertindak secara membina bukan

dengan cara yang mementingkan diri (non egocentric ways). Sehubungan dengan ini, ia dapat

melahirkan generasi yang lebih beretika dan berakhlak tinggi di samping mempunyai tahap

pendidikan mereka yang cemerlang.

Kesimpulannya, hidup ini adalah ibarat sungai, kebanyakan kalangan kita terjun ke

sungai kehidupan ini tanpa ada matlamat yang jelas dengan arah tuju kehidupan akhir kita.

Jadi ada yang terperangkap dengan arus seperti arus ketakutan, arus cabaran, arus kesakitan

dan tanpa sedar mereka mengikut arus tersebut tanpa arah tujuan dan tidak dapat keluar dan

membuat sebarang keputusan yang betul. Ingatlah jika anda tidak membuat keputusan anda

sebenarnya telahpun membuat keputusan iaitu untuk membiarkan suasana membentuk diri

anda dan juga bangsa anda. Oleh itu, untuk mencapai objektif model Melayu iaitu

“Universal” menggunakan jenis minda mencipta ini untuk menghasilkan idea-idea yang

bernas.

112

Page 113: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BAB 8

PANDANGAN PELAJAR TENTANG

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Soalan : Pada pandangan anda terhadap Melayu Baru Melayu Lama.

Responden 1 Jantina : Perempuan

Semester : 4

“Pada pandangan saya perbezaan antara 'Melayu Lama Melayu Baru' cukup luas untuk

dijelaskan tetapi apa yang saya faham tentang Melayu Lama ini ialah sesuatu tempoh masa

yang dikatakan sebagai tamadun Melayu tradisional terdahulu. Manakala Melayu Baru pula

merujuk kepada tamadun Malaysia yang sedang membangun pada masa kini. Bagi saya

perbezaan yang dapat dilihat adalah melalui kesan peninggalan kedua-dua tamadun 'Melayu

Baru Melayu Lama'. Keadaan ini dapat dilihat dari segi politik dan sistem pemerintahan,

dimana sistem tersebut pada zaman Melayu Lama adalah lebih bersifat tradisional dan kurang

menyerlah tetapi Melayu Baru sistem ini sudah dicapai dan sedang mengalakkan proses

pemantapan dengan kejayaanya. Hal ini kerana, kejayaan dalam sistem politik dan

pemerintahan adalah merupakan satu lanjutan dan kemunculan kerajaan Melayu Lama

terdahulu. Maka paksi utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan

tamadun Malaysia hari ini adalah daripada sejarah tanah Melayu Lama. Dari segi sistem

perundingan pula semua kerajaan Melayu Lama iaitu negeri-negeri Melayu pada masa

tersebut mempunyai kanun perundangan yang berasaskan kepada adat Melayu dan Hukum

Islam tetapi pada masa kini sistem perundangan Melayu baru hasil daripada kemerdekaan

yang dicapai telah membawa rakyat yang berpegang dan berdiri di atas tunjang Rukun

Negara. Kesimpulannya, pada pandangan saya kelangsungan sesuatu tamadun itu terletak

kepada kekuatan masyarakat, perkembangan budaya, agama, sosial, ekonomi, politik dan

sains dan teknologi adalah menjadi aspek penting dalam kewujudan tamadun yang gemilang.

Sesuatu tamadun tidak akan berkembang selagi masyarakat tidak memiliki tahap pemikiran

yang inginkan satu perubahan kepada yang lebih global.

113

Page 114: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Responden 2 Jantina : Perempuan

Semester : 2

“Pada pandangan saya, jika tidak ada Melayu lama maka tidak mungkin wujudnya Melayu

Baru yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan pada masa kini. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa Melayu Lama memainkan peranan penting dalam pelagai aspek untuk

membangunkan Melayu Baru pada zaman moden ini. Melayu Lama diibaratkan sebagai

tunjang atau akar kepada pembentukkan sesebuah Melayu Baru yang serba lengkap dalam

semua aspek. Demi memberikan Melayu Baru berkembang dengan lebih jauh lagi. Melayu

Baru tidak boleh melupakan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Melayu Lama dan

bersikap individualistik disebabkan oleh kemodenan yang dikecapi dan melupakan Melayu

Lama ini betungkus lumus dan bermati-matian untuk membangunkan Melayu Baru”.

Soalan : Sejauhmanakah anda bersetuju bahawa Melayu Baru yang diperkenalkan dan

dipraktikan pada masa kini tidak akan mampu menjadikan golongan Melayu lebih

maju, berdikari, dan berdaya saing khususnya bagi mencapai matlamat Wawasan

2020.

Responden 3 Jantina : Perempuan

Semester : 5

“Ya. Saya bersetuju bahawa Melayu Baru pada masa kini tidak akan membentuk dan

melahirkan golongan Melayu yang mampu berdikari, maju dan berdaya saing sepenuhnya

terutamanya dalam mencapai dan merealisasikan Wawasan 2020. Hal ini kerana, Melayu

Baru, yang diperkenalkan masih belum mampu menghapuskan satu-satunya masalah atau

penyakit kronik yang dihadapi oleh golongan melayu. Rasuah adalah penyakit kronik yang

dihadapi oleh golongan Melayu. Rasuah merupakan penyakit kronik yang melanda golongan

Melayu yang masih belum menemui jalan penyelesaiannya walaupun Melayu Baru kononnya

digunakan dan dipraktikkan pada masa sekarang. Oleh yang demikian, konsep Melayu Baru

harus dikaji, ‘dibedah siasat’ dan dilakukan ‘post mortem’ semula untuk menghapuskan sifat

atau penyakit rasuah dalam kalangan orang Melayu daripada terus menjadi kronik dan

akhirnya akan memakan diri golongan Melayu itu sendiri. Apabila masalah ini berlaku dan

114

Page 115: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

tidak ditangani dengan segera walaupun Melayu Baru telah diperkenalkan, ini tidak akan

mampu untuk mencapai serta merealisasikan Wawasan 2020”.

Soalan : Pada pandangan anda adakah Melayu Baru dan Melayu Lama mempunyai

persamaan setelah diperkatakan bahawa berlakunya perubahan daripada zaman

Melayu Lama kepada Melayu Baru?

Responden 4 Jantina : Lelaki

Semester : 2

“Pada pendapat saya, Melayu Baru dan Melayu Lama mempunyai persamaan dan perbezaan

yang tersendiri. Persamaan ketara yang dapat dilihat walaupun berlakunya perubahan atau

transisi daripada Melayu Baru kepada Melayu Lama adalah dari segi adat tradisi. Adat tradisi

yang diamalkan dalam kalangan orang melayu masih tidak berubah contohnya dalam adat

istiadat perkahwinan seperti amalan persandingan, amalan menepung tawar, amalan

menyambut menantu, merisik, melamar, bertunang dan bernikah yang diamalkan sejak

dahulu lagi masih diamalkan pada masa sekarang. Perbezaan yang ada apabila berlakunya

perubahan daripada zaman Melayu Lama kepada Melayu Baru adalah dapat dilihat dari segi

aspek pemikiran atau mentaliti orang Melayu itu sendiri. Pada masa sekarang boleh dikatakan

orang Melayu sudah mampu untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri tanpa bantuan

orang lain dalam pelbagai aspek berbanding pada zaman dahulu. Malahan, orang Melayu

pada masa sekarang sudah mampu menghasilkan sesuatu produk, penemuan ciptaan baru dan

mempunyai pemikiran yang inovatif selaras dengan kemampuan negara-negara barat hasil

daripada perubahan yang dilaksanakan”.

Soalan : Pada pandangan anda, di antara faktor politik, ekonomi, agama dan sosial,

faktor manakah yang paling ketara perubahannya?

Responden 5 Jantina : Perempuan

Semester : 3

“Pada pandangan saya, kesemua faktor di atas merupakan faktor penting dalam

menggerakkan era malayu lama kepada dunia melayu baru tetapi bagi saya, faktor ekonomi

adalah paling jelas memperlihatkan kekuatan perubahannya. Hal ini dapat diperhatikan pada

zaman melayu lama, terutama sebelum kedatangan Islam dan negara belum mencapai

115

Page 116: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

kemerdekaan, tahap ekonomi amat kurang menyerlah. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor

antaranya tahap negeri melayu pada masa itu masih kurang membangun di samping negeri

melayu menghadapi masalah penjajahan daripada pihak asing. Keadaan ini berbeza pada

masa ini kerana negara telah mencapai kemerdekaan dan memiliki sistem pemerintahan yang

mantap. Di samping itu juga, pencapaian dalam aspek ini didorong oleh kewujudan bidang

sains dan teknologi yang memberi kesan yang cukup hebat dalam sistem ekonomi negara

untuk mencapai kejayaan dalam aspek ini. Faktor politik juga memainkan peranan penting

seperti sokongan daripada pelbagai badan kerajaan mahupun NGO telah membantu dalam

perkembangan ekonomi negara. Oleh itu, saya tidak dapat memilih manakah faktor yang

paling ketara perubahannya kerana semua faktor-faktor tersebut berkaitan antara satu sama

lain. Justeru itu, rakyatlah yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat

negara ke arah yang lebih moden dan berjaya”.

Soalan : Pada pandangan anda, apakah kesan yang dapat dilihat daripada perubahan

melayu lama kepada melayu baru?

Responden 6 Jantina : Perempuan

Semester : 3

“Pada pandangan saya, kesan daripada perubahan dapat dibahagikan kepada dua iaitu kesan

positif dan kesan negatif. Kesan positif dapat diperhatikan apabila rakyat saling bersatu padu

tidak mengira lapisan umur, kaum mahupun jantina. Di samping itu juga, penglibatan

masyarakat dalam pembangunan negara dapat menggambarkan perubahan drastik yang

berlaku selepas tamadun melayu lama. Selain itu, kesan positif yang dapat dilihat sekarang

ini ialah dari aspek ekonomi. Hal ini kerana ekonomi negara kita sedang membangun

setanding dengan negara-negara maju yang lain. Sebagai contohnya dari segi pendapatan

rakyat pada masa kini telah mencapai tahap yang memuaskan berbanding dahulu yang hanya

bergantung kepada kegiatan pertanian sahaja. Oleh itu, perubahan yang berlaku memberi

kesan baik kepada seluruh rakyat. Namun, disebalik pembangunan yang mapan, terdapat

kesan negatif yang dapat diperhatikan. Pada pandangan saya, keadaan yang jelas nyata lagi

bersuluh adalah masalah sosial yang semakin hari semakin meningkat sekarang. Masalah

sosial yang tidak terkawal ini seakan-akan memberi gambaran bahawa masih terdapat

masyarakat melayu yang tidak bertamadun dari segi pemikiran. Sebagai contohnya, kadar kes

pembunuhan, rogol dan sebagainya semakin hari semakin bertambah. Adakah ini yang

116

Page 117: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

menjadi tanda kepada kemajuan negara? Selain itu, antara kesan yang menyebabkan

berlakunya masalah sosial ini disebabkan oleh faktor negara yang mengamalkan dasar

terbuka menyebabkan rakyat melayu mudah terpengaruh dengan budaya Barat yang tidak

mempunyai pegangan hidup. Penerapan unsur-unsur negatif amat mudah dan cepat diterima

oleh masyarakat melayu. Oleh hal demikian kemajuan yang dicapai oleh negara tidak

seharusnya dicemari dengan perkara-perkara yang tidak elok itu. Secara peribadinya, saya

berpendapat negara pada masa ini hanya mencapai kemajuan dari segi pembangunan sahaja

tetapi tahap mentaliti masyarakat melayu boleh dianggap tidak mencapai perubahan yang

diinginkan seiring dengan pembangunan negara pada hari ini”.

Soalan : Apa pandangan anda tentang melayu baru melayu lama?

Responden 7 Jantina : Perempuan

Semester : 2

“Pada pandangan saya melayu baru lebih banyak mengikut budaya barat yang jauh berbeza

dengan adat dan budaya timur. Masyarakat melayu baru kini lebih cenderung mengamalkan

kehidupan mengikut arus permodenan dan peredaran zaman yang lebih banyak menggunakan

teknologi moden berbanding melayu lama yang lebih suka mengamalkan kehidupan secara

tradisional. Contohnya dapat dilihat kebanyakan melayu lama atau lebih dikenali generasi

lama lebih cenderung untuk tinggal di kampung, desa-desa dan kawasan luar bandar

sebaliknya melayu baru lebih gemar tinggal menetap di bandar-bandar besar. Selain itu,

semangat kejiranan dan perpaduan dalam masyarakat melayu lama lebih kukuh dan utuh

sehingga kini berbanding melayu baru. Perkara ini dapat dilihat melalui majlis-majlis seperti

kenduri kahwin, majlis berkhatan dan sebagainya dilakukan secara bergotong royong dan

beramai-ramai antara penduduk setempat, segala aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan

dan kerjasama dari penduduk setempat yang secara tidak langsung dapat mengeratkan

silatulrahim antara penduduk. Sebaliknya jika di lihat melayu baru kini lebih cenderung

mengamalkan kehidupan bersendirian tanpa menghiraukan jiran disebelah apatah lagi

penduduk setempat dan dalam melakukan sesuatu majlis lebih suka melakukannya secara

bersendirian dan segala kelengkapan majlis hanya ditempah melalui khidmat ‘catering’.

Penduduk setempat hanya dijemput untuk menghadiri majlis pada hari majlis berlangsung

sahaja. Hal ini secara tidak langsung menggambarkan sikap masyarakat melayu baru yang

kurang mengamalkan sikap perpaduan”.

117

Page 118: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Responden 8 Jantina : Perempuan

Semester : 2

“Pada pandangan saya melayu lama ini masyarakatnyal ebih mengamalkan adat resam, lebih

kolot dalam cara pemikiran mereka berbanding me layu baru iaitu mereka menganggap

perempuan tidak perlu belajar tinggi dan mereka hanya digalakkan menerima pelajaran hanya

menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) kerana mereka hanya digalakkan duduk di

dapur sahaja. Semangat perpaduan masyarakat dalam melayu lama ini ada juga tapi hanya

sedikit sahaja tetapi semangat nasionalismenya lebih kukuh seperti mereka sanggup

mengadaikan nyawa demi memperjuangkan tanah air. Bagi melayu baru pula, pemikiran

mereka lebih bersifat terbuka iaitu lelaki dan perempuan adalah sama taraf dalam segala hal

bagaikan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Bilangan masyarakat yang

mengamalkan semangat nasionalisme pada zaman ini adalah sedikit dan kebanyakkannya nak

muda tidak mempunyai semangat dalam mempertahankan negara. Sebagai contoh, baru-baru

ini terdapat sekumpulan anak muda sanggup membakar bendera negara kita dan ini

menandakan mereka tiada semnagat dalam cintakan tanah air yang rata-rata masyarakatnya

adalah golongan melayu”.

Soalan : Benarkah dakwaan sesetengah orang yang menyatakan bahawa golongan

orang Melayu ini adalah merupakan satu bangsa yang pelik. Jika mereka sudah

berpangkat, mereka mudah lupa daratan dan hilang pendirian kerana mabuk dengan

kuasa sehingga akhirnya bangsa sendiri menjadi mangsa?.

Responden 9 Jantina : Perempuan

Semester : 2

“Benar, Bagi pendapat saya, ini adalah kerana mereka yang sudah berpangkat ini merasakan

diri mereka cukup bagus berbanding dengan orang bawahan. Hal ini kerana kemewahan yang

beliau ada mungkin beliau menganggap beliau dapat memiliki semua benda yang ada di

dunia ini. Oleh yang demikian, perasaan megah dan meninggi diri yang sangat menebal pada

golongan itu, mereka memilih jalan yang mudah dengan melakukan penindasan terhadap

118

Page 119: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

golongan bawahan dalam membuat sesuatu kerja hanya sekadar untuk kepentingan mereka

sahaja. Perasaan benci dan hina terhadap golongan bawahan menjadikan golongan atasan

lupa daratan dan asal-usul mereka. Selain itu, mungkin beliau berfikir dan merasakan bahawa

berkawan dengan golongan bawahan tidak mendatangkan apa-apa faedah malah

menimbulkan kesusahan kepada mereka. Sebagai contoh, kesusahan golongan bawahan dari

segi kewangan, jika golongan atasan mempunyai saudara bermasalah seperti ini, mereka

menganggap perkara itu menyusahkan mereka kerana terpaksa menanggung derita yang

dialami oleh saudaranya tersebut. Oleh yang demikian, mereka mengambil jalan yang mudah

untuk berkawan dengan golongan yang setaraf dengan mereka seperti mana yang kita ketahui

bahawa kebanyakkan golongan ini terdiri daripada kaum Cina. Hal ini menyebabkan

golongan bawahan menjadi mangsa (dimonopoli oleh bangsa Melayu). Pengaruh budaya atau

anasir-anasir barat turut mempengaruhi fikiran manusia seperti mengubah sikap ketimuran

yang dahulunya ada pada mereka sudah lenyap disebabkan oleh pangkat dan kedudukan yang

dimiliki. Hal ini menyebabkan golongan ini lupa akan asal-usul nenek moyang mereka yang

sentiasa menjaga tingkah laku dan sikap berbudi kepada orang sejak turun temurun lagi agar

kita sebagai penyambung warisan mengikut jejak langkah mereka. Kebanyakkan golongan

atasan sangat terpengaruh denagn golongan bangsawan di negara asing yang lebih

mementingkan diri sendiri. Hal ini menyebabkan golongan bawahan terkena dengan tempias

tersebut disebabkan oleh bangsanya sendiri. Oleh itu, bagi golongan atasan yang telah lupa

daratan sepatutnya berfikir secara rasional atau waras supaya mereka tidak terpengaruh

dengan budaya yang boleh merosakkan minda manusia dari yang baik kepada minda yang

terpesong. Perkara ini terjadi adalah untuk kepentingan bangsa dan negaranya sendiri.

Adakah beliau mahu melihat bangsa mereka sendiri ditindas oleh bangsa sendiri disebabkan

perbezaan darjat dan pangkat. Hal ini kerana sebagai rakyat berpangkat, seharusnya

membantu dan memberi contoh serta dorongan kepada golongan bawahan supaya mereka

berjaya seperti golongan atasan”.

119

Page 120: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Soalan : Secara umumnya, golongan Melayu lebih dikenali sebagai ‘Melayu mudah

lupa’, ‘Melayu hilang maruah’ seperti rasuah, sifat yang cepat menuding jari,

terlampau bergantung kepada bantuan orang lain, tidak mampu berdikari, dan

terlampau mendapat bantuan daripada orang lain. Adakah dengan sifat-sifat ini akan

membolehkan golongan Melayu berjaya mengubah sikap negatif tersebut dan kesan ke

atas anjakan paradigma yang dilakukan?

Responden 10 Jantina : Lelaki

Semester : 3

“Tidak. Hal ini kerana golongan Melayu terlampau dimanjakan oleh banyak pihak di Malysia

seperti mendapat bantuan dari kerajaan dari segi kewangan. Perkara ini menimbulkan kesan

yang negatif dan menyebabkan sikap masyarakat yang dimanjakan ini sukar diluntur dalam

kalangan orang Melayu kerana mereka masih lagi tidak sedar akan sifat sebegitu hanya

membawa kerosakkan akhlak pada masa akan datang. Segelintir orang Melayu masih lagi

merasakan mereka berada dalam takuk yang selesa, padahal kita tidak tahu apa yang akan

berlaku pada masa akan datang. Masyarakat hendaklah sentiasa merasa bimbang dan takut

akan sejarah lama berulang kembali. Sebagai contoh, Tanah Melayu akan dirampas oleh

pihak penjajah semula akibat sikap masyarakat yang pentingkan diri sendiri tanpa memikir

akan keamanan negara yang kita rasai pada masa kini. Sepatutnya golongan Melayu perlu

mengambil anjakan paradigma yang lebih positif agar tanggapan negatif masyarakat terhadap

golongan Melayu akan terpadam jua suatu hari nanti. Golongan Melayu hendaklah bangun

dan sedar akan keamanan yang kita rasai. Oleh yang demikian, kita sebagai golongan Melayu

yang prihatin terhadap bangsa dan negara, sepatutnya berusaha sendiri agar kita turut merasa

akan kesusahan yang ditanggung oleh golongan Melayu pada zaman penjajahan. Melalui cara

ini, ia dapat mengubah fikiran masyarakat dari sifat yang negatif kepada positif supaya

golongan Melayu dikenali dengan golongan yang mampu berubah menjadi masyarakat yang

bersatu padu dan bersemangat mencapai kemajuan negara. Selain itu, ia juga dapat

membentuk jati diri masyarakat yang tinggi dan akan dapat memartabatkan Melayu di mata

dunia sekaligus menjadi golongan Melayu yang cemerlang, gemilang dan terbilang”.

120

Page 121: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BAB 9

KAJIAN KES

I.

Monday, August 13, 2007

Perangai bergantung kepada diri sendiri

Penulis : Pendita Za'baTahun : 2005, cetakan ketiga

121

Page 122: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Penerbit : Dewan Bahasa dan PustakaMuka surat : 103

Lemah peribadi adalah punca utama kelemahan sesuatu bangsa. Pendita Za'ba dalam

buku ini melihat kemunduran orang Melayu disebabkan sebahagian besarnya tidak percaya

kepada kebolehan diri sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu menggantung

harapan kepada orang lain. Melayu juga cenderung meminta bantuan dan mencari

pertolongan orang lain.

Bab pertama buku ini dimulai dengan petikan maksud ayat 2 dari surah Al-Mulk yang

bermaksud, "Tuhan yang telah menjadikan hidup dan mati kerana Dia hendak menguji dan

menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia

Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang

bertaubat)." Kecenderungan Za'ba melihat perkaitan agama dan perangai dalam masyarakat

Melayu mungkin kerana pengaruh reformasi Islam Mesir dan pergerakan Turki Muda ketika

itu. Beliau bermula dengan menulis artikel-artikel yang pendek untuk majalah Lembaga

Melayu, Pengaruh dan al- Ikhwan pada 1917.

Antara kandungan yang menarik dalam buku ini ialah pendapat beliau megenai sikap

bergantung kepada diri sendiri yang menjadikan sesuatu bangsa itu maju atau mundur.

Kejayaan dan kemenangan bergantung kepada diri sendiri dari segi amal usaha dan Tuhan

tidak pernah menyuruh manusia untuk berharap kepada sedekah tahlil dari orang yang masih

hidup apabila telah mati nanti.

Za'ba menilai Melayu ketika itu masih kurang sifat kuat berusaha, bekerja dan

membuat sendiri usaha sesuatu pekerjaan berdasarkan kebolehan sendiri. Mengakui

kelemahan diri tetapi tidak pula berusaha untuk keluar daripada keadaan tersebut. Contohnya,

jika hendak memasukkan anak ke sekolah, kerapkali hendakkan perkhidmatan yang percuma,

mengaku miskin, tidak tahu berusaha dan tidak pandai berjimat-cermat mengumpulkan wang

untuk menyekolahkan anak-anak. Perkataan yang amat popular ialah "Tolonglah!"

122

Page 123: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Perbandingan Melayu dan bangsa-bangsa lain amat mempengaruhi keadaan ketika itu

hinggakan Za'ba menyifatkan bangsa-bangsa lain sanggup berusaha dengan bersungguh-

sungguh melalui berkebun sayur, menjual kayu api, air batu, mengayuh beca, menahan lapar

dan membayar pendidikan anak-anak mereka bagi setiap yang diminta.

Ketika mereka ini datang sebagai 'sengkek" - tanpa ada wang dan harta, hanya tulang

dan akal ikhtiar serta kebolehan diri lalu mengumpul wang, membuka kedai sehingga

memenuhi pekan kecil dan besar. Semua keadaan tersebut disebabkan bangsa-bangsa ini

berpegang kuat dengan kepercayaan bahawa mereka boleh melakukannya sendiri.

Ulasan Editor Buku :

Za'ba adalah salah seorang pejuang Melayu yang ingin melihat bangsanya berubah

dan maju. Pengamatannya terhadap kelemahan dan tertinggal di belakang disebabkan oleh

sikap dan perangai yang ada pada mereka sendiri. "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa

yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka

sendiri," demikian maksud dari surah Ar-Raad ayat 11.

Profesor Diraja Ungku Aziz kerap merujuk buku ini dalam ucapan atau tulisan beliau

apabila memperkatakan mengenai perubahan sikap orang Melayu. Biar apa pun yang

dikatakan oleh Za'ba, perubahan sikap sangat berkait dengan pemikiran. Jika perubahan

hendak dibuat, pemikiran harus menjadi fokus. Pelaksanaan perubahan yang paling berkesan

ialah pendidikan. Justeru, memperkasa pendidikan adalah syarat membentuk bangsa yang

berfikir.

123

Page 124: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

ULASAN

I.

Setelah mengkaji isu ini, kita tidak dapat dinafikan bahawa kebenaran yang

dinyatakan oleh Pendita Za'ba dalam penulisannya. Hal ini kerana, memang segolongan

masyarakat Melayu masih terpinggir dalam kehidupannya walaupun ada disediakan pelbagai

kemudahan untuk memajukan tahap kehidupan mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh

faktor diri mereka sendiri. Kebanyakan mereka tidak ada niat untuk maju dalam hidup

mereka dan terpaksa menjalankan hidup sebagai miskin.

Isu ini juga pernah dikatakan oleh Ybhg Dato' Reezal Merican Naina Merican

Presiden GPMS semasa berucap dalam majlis Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

(GPSM), dengan tajuk ucapan 'Memperkasa Pendidikan Mempertahan Kemerdekaan'. Beliau

juga menegaskan bahawa sebagai masyarakat kita perlu berjuang untuk memantapkan

pendidikan anak bangsa dalam menempuh hambatan dan cabaran baru. Seperti pepatah

Melayu, 'ibarat cangkat sama didaki, lurah sama dituruni; kuah sama dihirup, sambal sama

dicolek; terapung sama hanyut, terendam sama basah; seliang bagai tebu, serumpun bagai

serai'.

Sementara itu, kita juga tidak dapat menafikan kekuatan yang dimiliki oleh anak

Melayu pada zaman ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan kecemerlangan akademik mereka

serta yang ingin menceburi bidang-bidang yang lebih profesional seperti sains dan teknologi,

ekomomi dan undang-undang. Selain itu, mereka juga tidak berminat dalam bergantung diri

kepada orang lain. Sekiranya, kita mengkaji pernyataan ini tentu kita dapat banyak maklumat

dari segi positif. Sebagai anak bangsa, anak-anak muda haruslah menghayati objektif Islam

Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kesimpulannya, kemajuan dan perkembangan sesebuah bangsa terutamanya orang

Melayu adalah tanggungjawab semua pihak. Semua orang mesti bertanggungjawab

sepenuhnya atas sikap dan kebodohan akal budaya yang ditunjukkan oleh Pendita Za'ba

124

Page 125: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

dalam penulisannya . Kita beranggapan, ada had kepada senda gurau; ada batas yang perlu

kita jaga saat kita berbicara.

KAJIAN KES

II.

TONGKATMelayu yang sudah ke pucuk

harus mengenal akarmelihat reranting

memandang dedaunantidak melupakan tanah.

Melayu yang menuju ke puncakjangan mengharap baja subsidi

atau mengharap agihananak benih percuma

belajarlah membuat klorofil sendiridengan cahaya mentari, air dan angin.

Melayu yang sudah rerantingjadilah reranting yang

kukuh biar kecilbersatu, agama, teguh, utuh

yang tidak mudah patah semangatyang tidak lemah

yang tidak putus asayang tidak jemu usaha

Melayu yag sudah jadi pepohonjadilah pepohon

yang tegak kerana kekuatan jati asliyang tidak pantas melatah

yang tidak gopoh menunding jariyang tidak kaya hasad dengki

yang tidak cepat yang tidak cepat keji caciMelayu

tangan lagi berdiri dengan tongkat cemastetapi jadilah pembuat emas.

Zharulnizam Shah Z.AKota Segamat, JohorMingguan Malaysia

7 Jul 2002

125

Page 126: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

ULASAN

IIKarya penulisan sajak oleh Zharulnizam Shah Z.A ialah merupakan sebuah sajak

yang dihasilkan oleh beliau sejurus selepas menonton siaran Perhimpunan Agung UMNO

ke-56. Sajak hasil karya beliau ini ialah bertajuk “ Tongkat ”. Sajak ini berkisar atau

mengulas sedikit sebanyak mengenai keadaan golongan Melayu khususnya pada masa kini.

Rangkap pertama memberikan peringatan dan nasihat kepada golongan Melayu

mengenai corak kehidupan yang dijalani oleh mereka. Nasihat yang diutarakan dalam

rangkap pertama ialah memberi peringatan kepada golongan Melayu mengenai diri mereka

terutamanya ketika mereka sudah pun berada di tahap atau kedudukan teratas, ditangga

kejayaan dan mempunyai pangkat serta darjat yang tinggi. Golongan Melayu tersebut

haruslah tidak melupakan orang-orang

Walaubagaimanapun rangkap kedua menerangkan mengenai sikap orang Melayu

apabila mereka sedang berusaha untuk menuju ke puncak bagi mencapai kejayaan dalam

hidup mereka. Golongan ini diperingatkan dan dinasihatkan agar tidak terlalu berharap dan

bergantung kepada bantuan atau sumbangan orang lain dalam mencapai sesuatu kejayaan

tersebut. Hal ini sebagai contohnya, mereka tidak perlu mengharapkan dan bergantung

seratus peratus kepada bantuan serta pertolongan daripada orang lain contohnya bantuan baja

subsidi dan anak benih percuma daripada pihak kerajaan apabila ingin melaksanakan sesuatu

pekerjaan. Mereka dinasihatkan agar belajar berdikari dengan hasil keringat dan daya usaha

mereka sendiri dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Golongan Melayu juga diingatkan agar menjadi sesorng insan yang mempunyai

kelengkapan yang sempurna dalam pelbagai aspek. Mereka hendaklah menjadi bangsa yang

kukuh, bersatu padu pada agama, teguh dan utuh dalam setiap perkara yang dilakukan oleh

mereka walaupun pada masa tersebut mereka berada pada kedudukan yang rendah dan tidak

mempunyai pangkat serta darjat. Selain itu, mereka juga mestilah mempunyai semangat yang

kuat seperti tidak mudah berputus asa, lemah dalam segala hal serta tidak mudah jemu dalam

melaksanakan usaha walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang mendatang.

126

Page 127: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Rangkap yang terakhir menyentuh mengenai keadaan orang Melayu apabila mereka

sudah menjadi dan mempunyai kuasa atau pangkat darjat yang kukuh mereka hendaklah

menjadi ketua yang bertanggungjawab. Mereka haruslah berani dengan kekuatan yang imiliki

oleh mereka dan tidak akan cepat melatah apabila sesuatu masalah melanda. Selain itu,

mereka juga tidak boleh menunding jari menyalahkan mana-mana pihak dalam

menyelesaikan sesuatu perkara. Perasaan negative dalam kalangan orang Melayu seperti

hasad dengki dan sifat yang keji seperti mencaci haruslah dielakkan apabila mereka berada di

tangga atau di mercu kejayaan. Golongan Melayu turut dinasihatkan agar tidak dikenali oleh

bangsa-bangsa lain dengan kelemahan tetapi golongan Melayu seharusnya menunjukkan

serta menggambarkan diri mereka sebagai bangsa yang kaya dengan pelbagai keistimewaan

dan kelebihan yang tersendiri.

Hal ini demikian kerana, jika tiada ajakan paradigma Melayu, bangsa Melayu akan

menjadi sebuah masyarakat dalam sebuah dunia yang kian mengecil dan tidak bersempadan.

Kita perlu memainkan peranan yang lebih proaktif untuk mewujudkan sebuah dunia yang

aman dan adil tanpa imperialisme dan tanpa penindasan oleh manusia ke atas manusia. Bagi

melayakkan diri kita untuk memainkan peranan ini, kita perlu memperkuatkan diri serta

bangsa kita dan bekerjasama rapat dengan bangsa-bangsa lain yang sealiran dengan kita.

127

Page 128: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

KAJIAN KES

III

Melayu terus bergayut dengan bantal busuknya

oleh Lanhsumber: Harakahdaily.net Thursday, July 21 @ 14:51:17 MYT

MANUSIA lahir dengan tangan kosong. Manusia juga akan kembali dengan tangan kosong. Sepanjang perjalanan kehidupan daripada saat lahir ke detik kematian, seseorang itu menghimpun segala-galanya – daripada harta benda, anak pinak, ilmu pengetahuan, amal baik dan buruk, dosa serta pahala.

Antara harta seorang bayi ialah botol susunya, kemudian pada zaman kanak-kanak ada bantal busuk, seterusnya ada permainan, beg sekolah, waktu bujang ada bilik sendiri, kemudian kereta, rumah, saham dan akhirnya meninggalkan dunia fana ini dengan harta bernilai berjuta-juta ringgit. Sesetengahnya pula meninggalkan dunia tanpa apa-apa selepas diisytiharkan muflis. Jika sesetengah kanak-kanak tidak lekang dengan bantal busuknya, demikian juga orang Melayu, tidak selesa untuk meneruskan kehidupan tanpa idolanya.

Daripada zaman kecilnya sehinggalah hampir ke liang lahad, sebahagian Melayu memerlukan wira, idola, tokoh, legenda dan ikon semasa untuk dijadikan dahan, tempat berpahut sama seperti seorang kanak-kanak mendambakan bantal busuknya.

128

Page 129: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Keperluan orang Melayu untuk bergantung kepada legendanya, tergambar daripada perbualan penulis dengan beberapa orang pelawat Perigi Hang Tuah ketika berehat-rehat di beranda Masjid Duyong, Melaka selepas solat zuhur baru-baru ini. Mereka bertanya, adakah penulis orang tempatan, dan kemudian memuji, berkata orang Kampung Duyong adalah keturunan Hang Tuah, pahlawan Melayu termasyhur itu. Secara kebetulan sumur lama yang digelarkan ‘Perigi Hang Tuah’ ada di kampung itu.

Kehebatan dan kemasyhuran Hang Tuah menjadi idola orang Melayu, dulu dan sekarang, terutama kepada yang berpegang kepada slogan ‘dulu, kini dan selamanya’. Penulis tersenyum sendirian, teringat satu kisah yang ditulis berdasarkan satu tinjauan sendiri di 'kampung Hang Tuah' itu hampir 20 tahun lalu. Berdasarkan tinjauan dan daripada perbualan orang-orang tua kampung itu, apa yang dinamakan ‘Perigi Hang Tuah’ itu sebenarnya tidak wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan. Telaga dihebohkan sebagai ‘Perigi Hang Tuah’ itu hakikatnya hanyalah tempat mandian dan sumber air penduduk bernama Mat Segel dan keluarganya pada zaman sebelum merdeka.

Ia menjadi masyhur selepas airnya dikatakan menjadi penyebab sembuhnya penyakit seorang pelawat dan bertambah terkenal apabila dikepung dan dibina tembok di sekitarnya oleh seorang tabib Cina yang digelar penduduk kampung sebagai ‘Nyonya Lilin’ pada tahun 60-an dan 70-an. Tetapi disebabkan orang Melayu bagaikan kanak-kanak yang memerlukan bantal busuknya, maka perigi lama itu ‘dinaik taraf’, sekali gus diiktiraf sebagai ‘Perigi Hang Tuah’, dan dicatatkanlah kononnya di perigi itulah Hang Tuah mandi-manda manakala di kawasan sekitarnya adalah tempat Hang Tuah membesar.

Hang Tuah adalah idola dan ikon Melayu. Sama ada dia benar-benar hidup atau wujud sebagaimana yang digambarkan (keperkasaan dan kehebatan), perkara itu tidak dapat dibuktikan. Tetapi Hang Tuah tetap membawa kehebatan dan keperkasaan Melayu yang juga mahu dikaitkan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain yang turun di Bukit Seguntang dan Mahameru.

Zaman berubah, sepanjang sejarahnya, Melayu berusaha mendekatkan diri dengan idolanya. Idola Melayu turut berubah daripada Hang Tuah yang digambarkan sentiasa berkeris kepada ‘pahlawan’ Melayu berkot dan bertali leher atau berpakaian Melayu bersampin dengan ‘brief case’ dan ‘hand set’nya.

Melayu baru adalah jelmaan Melayu lama. Ia tidak berubah sepenuhnya kerana sebahagian ciri, sifat dan sikapnya masih kekal. Ia masih mengekalkan pemujaan idola Hang Tuahnya (perhatikan bagaimana Melayu baru tetap bangga dengan keris seperti yang dipertunjukkan dalam perhimpunan agung sebuah parti Melayu), dan juga sikap PhDnya (perasaan hasad dengki) tetapi mencari idola sampingan untuk disesuaikan dengan zamannya. Melayu baru mungkin menjadikan tokoh seperti Dr Mahathir Mohamad sebagai idola.

Tetapi pencarian itu tidak berakhir di situ. Mereka masih dan akan terus tercari-cari, maka lahirlah idola untuk menjadi pegangan kelompok-kelompok tertentu seperti Nur Amalina kepada budak sekolah, Siti Nurhaliza sebagai artis 'bersopan' dan kini Mawi daripada Akademi Fantasia yang turut dibahaskan secara panjang lebar pelbagai pihak termasuk oleh profesor universiti.

129

Page 130: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Melayu dambakan wira, idola, mentor

Melayu baru yang mendakwa kontemporari masih mengekalkan cara hidup Melayu lama, jadi tidak hairanlah semoden mana seseorang Melayu itu, ia mengekalkan ‘apa-apa yang diajarkan datuk neneknya’ seperti adat bersanding, kenduri kendara dan menghidupkan budaya lama berdondang sayang, mak yong, berkuda kepang dan mendendangkan lagu unsur khurafat seperti Ulik Mayang atau Puteri Santubong.

Dalam pencarian Melayu terhadap hero (wira), mentor,idola, tokoh korporat dan politik sanjungan untuk menjadi payung dan sandarannya, ada sejenis lagi Melayu yang mencari pelindung di kalangan manusia sesat bertopengkan agama; ada yang mengaku Rasul, Nabi umat Melayu, Ayah, Penyelamat dan sebagainya. Mungkin Melayu yang begitu sibuk mencari hero, idola dan mentor inilah menjadi penyebab mengapa rancangan realiti TV kini macam 'pisang goreng panas'.

Manusia Melayu yang bertuhankan sesama insan, harta benda, wang ringgit, pangkat, nafsu serakah dan iblis syaitan ini adalah kemuncak kepada pergantungan kepada idola seperti yang menjadi amalan sesetengah orang Melayu. Tidak hairanlah jika banyak Melayu baru ‘kaki ekor’ (tahi judi) dan ramai pula membiarkan banyak masjid besar dan indah, kosong pada kebanyakan waktu.

Slogan-slogan seperti ‘hanya……saja mampu buat itu dan ini. Hanya ……saja yang mampu memerintah negara adalah antara manifestasi kebergantungan orang Melayu kepada idola dan pujaannya (ini termasuklah parti politik). Slogan berbentuk indoktrinasi inilah sebahagian faktor penghalang minda Melayu untuk berkembang dan keluar daripada kepompong menyanjung idolanya sama seperti seorang kanak-kanak yang berpegang kejap kepada bantal busuknya. Sejak kecil sehingga dewasa dan seterusnya tua, kebanyakan manusia Melayu menerima apa saja yang disogokkan tanpa berusaha menyelidiki kebenaran atau hakikat sesuatu perkara itu.

Kebanyakan menggunakan alasan, ‘itu adalah ajaran datuk-nenek (budaya) kita’ sedangkan dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 170, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: ‘Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,’ mereka menjawab: ‘(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami.’ “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?”

Indoktrinasi ke atas orang Melayu begitu berkesan sehingga sebahagiannya tidak bergerak akal fikiran mereka – asyik memikirkan laba dunia – dengan semata-mata berpegang kepada idola, tidak lebih daripada kanak-kanak yang mahukan bantal busuk mereka sekalipun ia hapak, busuk dan meloyakan. Jika tiada ajakan paradigma Melayu, orang Melayu dikhuatiri akan terus kekal hanyut dengan idolanya itu tidak kira dalam apa bidang pun, sama ada politik, ekonomi, budaya dan sebagainya sekalipun parti Melayu terbesar di dunia terus bersidang saban tahun.

Selagi Melayu tidak meninggalkan slogan ‘……dulu, kini dan selamanya’, jangan harap Melayu lama akan bertukar Melayu baru yang hidup bertunjangkan al-Quran dan hadis, bukannya menghunuskan keris lama ke udara seperti idola lamanya, Hang Tuah!

130

Page 131: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

ULASAN

III

Artikel ini menerangkan tentang perubahan Melayu mengikut perubahan zaman.

Contoh yang dikemukakan dalam artikel ini adalah idola yang menjadi contoh kepada

masyarakat melayu pada zaman dahulu dan kini.

Pada zaman melayu lama, idola yang menjadi contoh ialah Hang Tuah. Hal ini terjadi

kerana Hang Tuah merupakan seorang yang popular pada zaman dahulu. Sifat yang ada pada

diri Hang Tuah ingin ditiru oleh masyarakat melayu zaman dahulu. Hal ini sesuai dengan

keinginan setiap insan yang mengkehendaki idola dalam perjalanan hidup mereka.

Masyarakat melayu lama menjadikan Hang Tuah sebagai idola mereka mungkin disebabkan

oleh sifat kepahlawanan yang ada pada diri Hang Tuah. Sifat kepahlawanan ini telah

mempengaruhi masyarakat melayu lama dan telah mengubah pemikiran mereka.

Hal ini bermakna pemikiran melayu adalah mudah berubah dan mudah terpengaruh

dengan perkara-perkara yang ditunjukkan oleh orang-orang yang berpengaruh dan popular

seperti Hang Tuah. Masyarakat melayu mendambakan idola dan mereka merasakan tidak

selesa untuk meneruskan kehidupan tanpa idola ibarat ’kanak-kanak tidak lekang dengan

bantal busuknya’. Hal ini menyebabkan masyarakat melayu terlalu bergantung dan suka

meniru sifat yang ada pada seseorang itu contohnya sifat yang ada pada Hang Tuah seperti

kehebatan dan keperkasaannya. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa dengan adanya idola,

masyarakat melayu lama akan mencontohi idola-idola yang dipujanya dalam kehidupan

masing-masing.

Dalam Masyarakat melayu baru pula, pengikutan budaya memuja idola telah

diteruskan ibarat ’melayu terus bergayut dengan bantal busuknya’. Masyarakat Melayu baru

pula mungkin menjadikan tokoh seperti Dr. Mahathir Mohamad sebagai idola. Tetapi

pencarian itu tidak berakhir di situ. Mereka masih dan akan terus tercari-cari, maka lahirlah

idola untuk menjadi pegangan kelompok-kelompok tertentu seperti Nur Amalina kepada

budak sekolah, Siti Nurhaliza sebagai artis 'bersopan' dan kini Mawi daripada Akademi

131

Page 132: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Fantasia yang turut dibahaskan secara panjang lebar pelbagai pihak termasuk oleh profesor

universiti. Sekarang ini, Mawi iaitu artis yang lahir dari program realiti tv iaitu Akademi

Fantasia 3 adalah seorang artis yang dipuja-puja oleh masyarakat melayu kini.

Seperti yang sedia maklum, AF3 kali ini, ada sedikit kelainan. Kelainannya mungkin

kerana kepopularitian seorang peserta yang kini mendapat undian tertinggi, dikatakan

mempunyai karisma yang boleh dijadikan idola. Seperti yang kita tahu juga, Mawi

merupakan qari dan dikatakan mempunyai sedikit imej Islam yang dibawanya. Buat masa

sekarang, gelombang ’tsumawi’ telah melanda minda masyarakat sekarang. Bagi pandangan

saya, saya menyifatkan Mawi, peserta akademi fantasia 3 sebagai role model generasi muda

melayu terkini yang bijak menyelitkan unsur jati diri melayu dan keagamaan ke dalam dunia

hiburan.

Hal ini kerana saya melihat Mawi adalah sebagai seorang yang bersahsiah Islam dan

melayu yakin dan selesa dengan dirinya serta berorientasikan ”world” yang disukai anak

muda sekarang. Malah, Mawi bukan sekadar artis baru tetapi menjadi cerminan sebahagian

daripada anak muda. Bagaimanapun, Mawi perlu kekalkan penampilan ikhlas yang ada

sekarang seperti berketayap, pakai kain pelekat, berzanji, kental ajaran agama termasuk

menjadi qari. Hal ini perlu supaya melayu baru dapat mengekalkan budaya timur dan tidak

mudah terpengaruh dengan budaya barat. Bagi saya, sebagaimana Siti Nurhaliza, saya akui

Mawi juga boleh dijadikan idola yang baik untuk generasi muda melayu yang umumnya

memang asyik dengan dunia hiburan.

Selain itu, penampilan Mawi yang membawakan unsur keagamaan ini boleh

menerapkan atau membangunkan budaya positif dalam kehidupan masyarakat melayu

sekarang. Maka dengan ini, jelaslah bahawa idola memainkan peranan penting dalam

mengubah pemikiran masyarakat melayu sekarang mahupun masyarakat melayu dahulu. Jadi,

betullah apa yang dijelaskan oleh artikel ini bahawa ’melayu terus bergayut dengan bantal

busuknya’ kerana melayu baru masih mengekalkan corak cara hidup melayu lama, jadi tidak

hairanlah semoden mana seseorang melayu itu, ia masih mengekalkan apa yang diajar oleh

datuk neneknya. Namun begitu, persepsi ini perlu diubah supaya melayu tidak terus hanyut

dengan idolanya semata-mata tidak kira dalam apa bidang pun sama ada politik, ekonomi,

budaya dan sebagainya.

132

Page 133: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

KAJIAN KES

IV

IMPIAN SAYA

"Saya mempunyai satu impian

Apabila seorang pelajar dapat menyumbangkan satu laman

Berkenaan apa-apa bidang ilmu

Dalam bahasa Melayu

Maka bertambahlah satu lagi bidang ilmu dalam bahasa Melayu.

Dalam impian saya

Sekiranya pelajar tersebut

Mengajak seluruh 40 rakan sekelas

Membina laman web berbahasa Melayu

Maka terdapatlah empat puluh laman web ilmu dalam bahasa Melayu.

Impian saya seterusnya

Sekiranya pelajar tersebut

Mengajak seluruh rakan tingkatan

4 kelas dalam satu sekolah

Membina laman web berbahasa Melayu

Maka terdapatlah seratus enam puluh laman web ilmu dalam bahasa Melayu.

Mungkinkah impian saya berkembang

Sekiranya pelajar tersebut

Mengajak 1,000 sekolah melakukan perkara yang sama

Membina laman web berbahasa Melayu

Maka terdapatlah seratus enam puluh ribu laman web ilmu dalam bahasa Melayu.

Maka tidak hilanglah bahasa Melayu

Maka tidak lenyaplah bangsa Melayu

133

Page 134: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

ULASAN

IV

Penulis dalam puisi ini menerang tentang beliau mempunyai satu impian dalam

membina laman web berbahasa melayu dan berharap bahasa melayu ini tidak akan hilang dan

lenyap begitu sahaja. Penulis ini juga mengatakan bahawa apabila seorang pelajar dapat

menyumbangkan satu laman tentang apa-apa bidang ilmu dalam bahasa melayu dan ia dapat

menambahkan lagi bidang ilmu dalam bahasa melayu ini. Sekiranya pelajar itu mengajak

kawan sekelasnya seramai 40 orang dalam membina laman web dan laman web berbahasa

melayu ini akan bertambah. Laman web ini juga dapat bertambah sekiranya pelajar itu

mengajak semua rakan tingkatannya itu membina laman web ini dan ia juga akan bertambah

sekiranya pelajar ini mengajak 1000 buah sekolah melakukan perkara yang sama. Maka

bahasa melayu ini tidak akan lenyap dan hilang begitu sahaja.

134

Page 135: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

KAJIAN KES

V

Lirik - Warisan (Versi Tanpa Potongan)

Anak kecil main api,Terbakar hatinya yang sepi,

Air mata darah bercampur keringat,Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,Tergadai seluruh harta benda,

Akibat sengketa sesamalah kita,Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,Warisan berkurun lamanya,

Hasil mengalir ke tangan yang lain,Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,Menganut agama yang suci,

Semangat bangsa berlandaskan Islam,Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,Kan lenyap peristiwa semalam,Tertutuplah hati terkunci mati,Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,Yang akan menentukan bangsa,

Bersatulah hati,bersama berbakti,

Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,Bangunlah dengan gagah perkasa,Janganlah terlalai teruskan usaha,Melayu kan gagah di nusantara

135

Page 136: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

ULASAN

V

Secara keseluruhan, sajak ini berkait rapat mengenai penjajahan yang berlaku

terhadap Tanah Melayu sebelum merdeka. Penyajak mengimbas kembali zaman penjajahan

yang dikuasai oleh pihak penjajah atau kuasa asing. Beliau menyatakan bahawa pelbagai

jenis penindasan yang dilakukan oleh penjajah dalam menguasai Tanah Melayu. Rakyat di

Tanah Melayu tidak terbela malah dianaktirikan dan melakukan penzaliman terhadap rakyat

Melayu. Kebelakangan ini kita banyak membaca berita seperti yang tersiar di akhbar

mengatakan orang melayu masih mundur dan ketinggalan, itu adalah sama sekali tidak benar.

Sebagaimana dalam penyataan seperti ini, kenapa nak tolong pelajar melayu atau Islam.

Kenapa nak manjakan mereka? Kenapa nak suap? Kenapa perkara yang sama orang cina

buat, kita tak cakap apa, memang budaya bangsa cina tolong menolong. Kenapa bila nak

tolong bangsa sendiri kita cakap nak manjakan, nak suap. Tolonglah ubah pemikiran begini.

Memang penat dan payah nak tolong anak bangsa sendiri.

Kadang-kadang menyirap pun ada bila tiada sambutan yang baik. Tapi kita kena

banyak bersabar. Benda baik banyak dugaan dan cabaran. Kalau maksiat tu senang sahaja

buat sebab syaitan bagi lorong untuk permudahkan kerja. Pelajar Melayu akan berubah

sedikit demi sedikit sikap mereka bila kita dapat buktikan jika mereka belajar bersungguh-

sungguh, mereka akan dapat keputusan yang baik. Kiranya ia adalah satu dorongan yang

positif. Orang Melayu cuma akan sedar atau insaf bila datang dari keluarga susah. Mak ayah

penoreh getah, nelayan. Kena berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam hidup.

Bila masuk dunia pekerjaan, walaupun kita sama kelayakan dengan mereka, mimpilah

kita akan dapat jawatan atau layanan yang setaraf dengan mereka. Bila kena tipu dengan

Cina, pernah tidak kena tipu dengan Cina bila beli barang? Ya, banyak kali pula tu. Beli

rumah pun kene tipu. Orang melayu memang dilahirkan untuk ditipu agaknya. Bila diri

sendiri atau ahli keluarga dianiayai oleh orang Cina. Melayu adalah bangsa individualism.

Bila tengok orang lain kena pukul, biar sahaja. Bukan keluarga aku yang kena.

136

Page 137: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Orang Melayu perlu menjadi bangsa yang berani dan jangan takut pada bangsa-

bangsa lain kerana masing-masing ada hak sendiri. Orang Melayu memang senang dipijak,

pijak banyak kali pun tidak kisah. Apabila mengimbas kembali pada zaman jajahan, Parti

Komunis Malay ditubuhkan untuk tujuan macam mana. Adakah untuk memerdekakan Tanah

Melayu? Inilah persoalan yang sentiasa bermain oleh rakyat di Tanah Melayu pada zaman

dahulu. Betapa seksanya hidup yang mereka tanggung tanpa belas kasihan dari pihak

penjajah.

Kesimpulannya, setelah sekian lama menahan derita yang ditanggung, rakyat Melayu

sepatutnya mengubah minda menjadi berani dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan

cabaran dan dugaan agar kita memperolehi hidup yang aman tanpa kuasa penjajah. Oleh itu,

rakyat perlu bersemangat dan sedar dengan adanya keyakinan dan keberanian, tidak mustahil

Tanah Melayu dapat bebas dari kuasa asing. Maruah yang telah tergadai hendaklah kembali

semula untuk melahirkan generasi yang lebih terbuka mindanya. Orang Melayu hendaklah

bangkit menentang penjajah supaya segala Tanah Melayu dapat dikuasai oleh pihak dalam

negara kita sendiri. Rakyat digesa supaya tidak terus ditindas oleh pihak penjajah malah

terus berusaha dan yakin Melayu akan megah bersemi di persada Tanah Melayu.

137

Page 138: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BAB 10

KESIMPULAN

Bangsa Melayu ialah sebuah masyarakat dalam sebuah dunia yang kian mengecil dan

tidak bersempadan. Oleh yang demikian, bangsa Melayu perlu memainkan peranan yang

lebih aktif untuk mewujudkan sebuah dunia yang aman dan adil tanpa imperialisme dan tanpa

penindasan oleh manusia ke atas manusia. Bangsa Melayu perlu memperkuatkan diri dan

bangsa serta bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain yang sealiran dengan kita dalam negara

ini.

Benteng dan pertahanan yang kuat dalam diri bangsa Melayu ialah penting untuk

menjamin kelangsungan bangsa Melayu di atas muka bumi ini. Hal ini bersesuaian dengan

pepatah Melayu itu sendiri yang berbunyi “Tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan”.

Agama islam harus dijadikan asas atau tunjang dalam kehidupan masyarakat Melayu bagi

menjamin kelancaran hidup di dunia mahupun di akhirat. Hal ini demikian kerana pegangan

agama islam yang utuh dalam diri masyarakat Melayu akan menjadi petunjuk dalam

menemukan jawapan ke atas segala persoalan hidup.

Transformasi daripada Melayu lama kepada Melayu Baru akan banyak memberikan

kesan dan pengaruh ke atas bangsa Melayu dalam pelbagai aspek. Kesan positif dan negatif

daripada perubahan tersebut perlu ditangani dan diuruskan dengan memggunakan pemikiran

berorientasikan akal yang bijak dan rasional. Oleh yang demikian, bangsa Melayu yang

cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam segala aspek tidak mustahil akan terlaksana dan

mampu direalisasikan suatu hari nanti.

.

138

Page 139: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Al-Ahmadi, 1931, Tamadun Rumpun Budaya Melayu, Kementerian Kebudayaan, Keceriaan dan Warisan Malaysia.

Anwar Ibrahim, 1989, Anwar Ibrahim Menangani Perubahan, Berita Publishing Sdn. Bhd.

Aziz Deraman, Rohani Zainal Abidin, Globalisasi dan Peradaban di Malaysia, Dawana Sdn. Bhd, Selangor.

Chamil Wariya, 2007, 50 Ikon Bangsa, Media Global Matrix Sdn. Bhd.

Dato’ Dr. Hassan Ahmad, 2006, Ke arah Melayu Glokal, Alaf 21 Sendirian Berhad, Selangor.

Hashim Hj. Musa, Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat, Penerbit Universiti Malaya.

Ishak Saat, 2007, Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Karisma Production Sdn. Bhd, Selangor.

Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh, Ghazali Shafie, 1997, Tamadun Melayu Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Jawatankuasa Kolokium, 1991, Masyarakat Melayu Abad Ke-19, Percetakan Saufi, Kuala Lumpur.

Kho Kay Kim, 1984, Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Lotfi Ismail 1980. Sejarah Malaysia 1400–1963. Utusan Publications & Distributors.

Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusof, 1983, Kajian Budaya & Masyarakat di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohd. Yusof Hasan, 1991, Dunia Melayu, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor.

Mohd Yusof Hasan, 2004, Pembinaan Paradigma Pemikiran Peradaban Melayu, Universiti pendidikan Sultan Idris, Perak.

Muhammad Haji Muhd Taib, 1996, Melayu Baru, Visase Comunication Petaling Jaya.

Muhd. Yusof Ibrahim, 1994, Pensejarahan Melayu 1800-1960, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor.

139

Page 140: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Negara Kita: Sejarah Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan1982. INTAN.

Panel Penulis, 2002, Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam, Dawama Sdn. Bhd Selangor.

Rahim Syam dan Norlie, 1985,. Mendekati Kebudayaan Melayu. Petaling Jaya, Malaysia: Fajar Bakti.

Samri Sainuddin, 2003, Titas Tamadun Melayu, Quantum Books, Perak.

S. Hashim Ahmad, 2005, Abdullah Badawi Menuju Kecemerlangan Hakiki, Juz’ Art, Kuala Lumpur.

Shamsul Amri Baharuddin, 2007, Modul Hubungan Etnik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Shamsul Bahrin 1960, Malaya dalam Taw arikh Dunia. Saudara Sinaran Bros Berhad.

Tan Ding Eing ,1975, Sejarah Malaysia dan Singapura. Fajar Bakti

Tokoh-tokoh Melayu Lama. Diperoleh pada Mac 14,2008 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/ Hussein_Onn.

Wikipedia Bahasa Melayu. Diperoleh pada Mac 14, 2008 daripadahttp://ms. wikipedia.org/wiki/melayu pakaian tradisional melayu.

Wikipedia Bahasa Melayu. Diperoleh pada Mac 14, 2008 daripada http://ms.wikipedia. org/wiki/ Bahasa_Melayu_ berasal_ dari_Asia_Tengah.

Wan Hashim Wan Teh, 1997, Tamadun Melayu dan Pembinaan Tamadun Abad Kedua Puluh Satu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zahidi Dato’ Zainol Rashid, 2003, Mahathir Menjulang Martabat Malaysia, Cetakan Ketiga Perpustakaan Negara Malaysia.

140

Page 141: Melayu Baru Melayu Lama

MELAYU BARU MELAYU LAMA

Internet (Akses 2008)

http://web5.bernama.com/events/umno2005/news.my

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Art

http://ccm.um.edu.my/umweb/fsss/images/persidangan/Kertas%20Kerja/Prof%20wan%20Abd

%20Kadir.doc.

http://www.stormloader.com/qsmjam/politik/rem22o.htm

http://www.selangordaily.com/modules.php?name=News&file=article&sid=498

http://www.idealis-mahasiswa.net/artikel-harian/aug2005/11aug02.html

http://wikipedia.org /wiki/ Abdullah _ Ahmad _ Badawi

http://ms.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad

http://ms.wikipedia.org/wiki/Za%27ba

http://hembusan.blogspot.com/2006_10_01_archive.html

http://w3.spancity.com/yosri/Pengenalan.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/tunku_abdul_rahman

http://ms.wikipedia.org/wiki/ungku_aziz

141