sasa ran

Download Sasa Ran

If you can't read please download the document

Upload: tenwu-azhar-ii

Post on 04-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kerja laporan

TRANSCRIPT

Semarakkan Perpaduan Selaras Semangat 1Malaysia menggesa rakyat Malaysia memperbaharui azam dan memperteguh tekad untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan hormat-menghormati antara satu sama lain, selaras Gagasan 1MalaysiaMalaysia telah dikurniakan nikmat perpaduan, keamanan dan kemakmuran yang menjadi asas kepada kesejahteraan hidup rakyat."Semoga langkah kita memasuki tahun baru 2011 akan terus diberkati dengan kurniaan nikmat kesejahteraan yang berkekalan."Segala pencapaian kita di sepanjang tahun 2010 wajar dijadikan panduan untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang di tahun hadapan," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2011tahun 2010 amat mencabar berikutan pengenalan pelbagai inisiatif pembaharuan ekonomi serta politik menerusi Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10)kerajaan bertekad mewujudkan tadbir urus yang lebih baik, pertumbuhan ekonomi lebih rancak dan pembahagian kekayaan negara lebih adil untuk semua rakyat.kini pencapaian kedua-dua Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi amat memberangsangkan."Rakyat bertambah yakin dengan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan untuk meletakkan Malaysia di landasan yang betul, dalam usaha melonjakkan negara ke tahap kemajuan ekonomi yang seterusnya.kerajaan sedar rakyat amat mengharapkan hasil positif daripada semua program dan inisiatif yang telah diperkenalkan itu, serta menanti untuk merasai manfaatnya pada 2011.Oleh itu, katanya, kerajaan perlu memastikan bahawa sasaran awal semua inisiatif yang diperkenalkan di bawah kedua-dua program transformasi serta RMK10 itu dapat dicapai."Oleh kerana kesemua inisiatif ini adalah hasil daripada cetusan hati nurani rakyat untuk memiliki kehidupan yang lebih baik di bumi Malaysia, sebagai rakyat Malaysia, kita semua mempunyai peranan penting untuk menjayakan transformasi ekonomi dan kerajaan yang akan menentukan masa depan negara dan seluruh warganya."Sama ada anda pegawai kerajaan, pekerja swasta, pemimpin korporat, ahli perniagaan, petani atau nelayan, semuanya mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan sasaran meningkatkan pendapatan negara, dan mengekalkan kesejahteraan hidup rakyat, dapat dicapai," katanya.Kerajaan mengajak rakyat memulakan tahun baru dengan azam untuk berusaha lebih gigih dalam melaksanakan peranan serta tanggungjawab masing-masing sebagai warga negara."Negara kita memerlukan sokongan padu seluruh rakyat untuk melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang aman, maju dan bersatu."Semoga berkat keazaman dan kegigihan kita semua di tahun baru ini, kejayaan akan menjadi milik kita," katanya