file · web viewkajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap...

31
NAMA : SARKUNAWATHY A/P ARUMUGAM NO. MATRIK : M20111000175 NAMA KURSUS : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB KOD KURSUS : KPF 6044 NAMA PENSYARAH : PROF. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR TAJUK : KAJIAN TINJAUAN

Upload: lybao

Post on 30-Jan-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

NAMA : SARKUNAWATHY A/P ARUMUGAM

NO. MATRIK : M20111000175

NAMA KURSUS : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

KOD KURSUS : KPF 6044

NAMA PENSYARAH : PROF. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR

TAJUK : KAJIAN TINJAUAN

Page 2: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

SIKAP GURU PENDIDIKAN KHAS DALAM PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN : SATU KAJIAN TERHADAP GURU PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MASALAH PEMBELAJARAN DI SK DAN SMK SULTAN YUSSUF, BATU GAJAH

Sarkunawathy a/p Arumugam

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan iaitu dengan menggunakan instrumen soal selidik Skala Likert . Faktor demografik telah dikaji untuk menentukan jika terdapat hubungan yang signifikan dalam sikap guru terhadap penggunaan komputer. Persoalan kajian yang telah dikaji adalah, adakah terdapat hubungan yang signifikan dari segi jantina, kaum dan pengalaman mengajar dengan sikap guru terhadap penggunaan komputer. Data kajian dianalisa menggunakan statistik inferensi, iaitu ujian-t dan ANOVA. Dapatan ujian-t kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (t=0.930, p=0.360) dari segi jantina dalam sikap guru terhadap penggunaan komputer. Guru lelaki didapati lebih bersifat positif dalam penggunaan komputer. Dapatan ujian ANOVA untuk kaum pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (F= 1.325, P= 0.283) diantara kaum dengan sikap guru terhadap penggunaan komputer. Didapati juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan (F=0.527, P=0.667) diantara pengalaman mengajar dengan sikap guru terhadap penggunaan komputer. Kesimpulan yang dibuat adalah bahawa guru pendidikan khas tidak mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang mendalam dalam penggunaan komputer.

This study aims to invertigate special education teachers’ attitudes towards usage of computer. A total of 30 special education teachers were selected as respondents. Special education teachers’attitudes were measured using 20 item Likert. Certain demographic factors were studied to determine if there is a statistical significant special education teachers’ attitudes were measured using Likert type survey instrument. Demographic factors were studied to determine if there is a significant relationship to gender, race and teaching experience with the attitudes towards usage of computer. Data were analyzed using inferential statistics, t-test and ANOVA. The t-test results showed a significant difference (t=0.930, p=0.360) in terms of gender in teachers’ attitudes usage of computer. Male teachers were more positive towards usage of computer. ANOVA test results showed no significant difference (F=1.325, P=0.283) between race with the attitude towards usage of computer. There is neither a significant difference (F=1.325, P=0.667) between teaching experience with the attitude usage of computer. The conclusion is that mainstream teachers do not have enough knowledge and awareness in usage of computer.

Page 3: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

PENGENALAN

Pada masa kini penggunaan komputer dalam pelbagai bidang telah menjadi satu

kemestian. Bidang yang semakin mendapat perhatian dalam penggunaan teknologi

komputer adalah bidang pendidikan. Ianya terserlah melalui penggunaan teknologi

komputer di bilik darjah terutamanya sewaktu pengenalan Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimana komputer

memainkan peranan sebagai alat bantu mengajar kepada pelajar.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2003 mengenai Dasar Penggunaan Media Dan Teknologi

Dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) menyatakan bahawa peralatan teknologi yang dibekalkan di sekolah

harus digunakan secara maksimum dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Menurut surat itu juga, guru-guru diwajibkan menggunakan makmal komputer dalam

rancangan mengajar harian mereka. Penggunaan makmal komputer ini harus dipantau

oleh guru besar atau pengetua. Surat pekeliling itu juga mengharuskan guru-guru

mengintegrasikan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Teori Sikap

Menurut teori sikap yang dikemukakan Rosenberg, Mcguire & Hovland (1960),terdapat

3 komponen utama dalam pembentukan sikap. Di antaranya adalah afektif, kognitif dan

tingkah laku. Aspek afektif merangkumi tindak balas saraf simpatetik dan pernyataan

lisan efektif. Aspek kognitif pula merangkumi tindak balas pernyataan lisan yang

Page 4: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

berkaitan kepercayaan, manakala aspek tingkah laku merangkumi tindak balas secara

nyata dan dapat dilihat.

Komponen Pembentukan Sikap (Sumber : Rosenberg, Mcguire & Hovland 1960)

Rangsangan yang diterima oleh individu akan melalui sikap (pengantara) individu

terhadap objek sebelum sesuatu tindak balas dikeluarkan, sama ada dari aspek afektif,

kognitif dan tingkahlaku. Ketiga-tiga aspek tersebut akan bertindak balas membentuk

satu komponen sikap.

Stimulasi Sikap

Afektif

Kognitif

Tingkahlaku

-Tindak balas saraf simpatetik

-Pernyataan lisan

-Afektif

-Tindak balas saraf simpatetik

-Pernyataan lisan

-Afektif

-Tindak balas saraf simpatetik

-Pernyataan lisan

-Afektif

Page 5: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

Sikap Guru Mempengaruhi Penggunaan Komputer

Menurut Norhayati (2000) guru yang dapat menyelesaikan masalah menggunakan

komputer akan sentiasa mencuba menggunakan komputer dalam pengajaran.

Menurutnya juga guru yang bersikap positif terhadap komputer akan menjadikan

komputer sebagai alat bantu mengajar dan pengajarannya akan lebih efektif.

Wilder & Mickie (1985) lelaki menunjukkan sikap yang positif daripada perempuan

kerana guru lelaki mempunyai semangat ingin tahu serta keinginan meneroka teknologi

komputer. Tan (1998,) pula membuat kajian mengenai penggunaan komputer dalam

kalangan guru di SK Kajang. Hasil kajiannya mendapati rata-rata guru-guru mempunyai

sikap yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan. Dapatan

kajiannya juga menunjukkan bahawa guru-guru sedar tentang kepentingan kemahiran

komputer dan faedah yang boleh diperoleh daripada penggunaan komputer dalam

pendidikan. Menurutnya juga, kesedaran dan sokongan serta galakkan yang diberi oleh

pihak pentadbir mungkin dapat menerangkan mengapa guru-guru dalam kajiannya

mempunyai sikap yang positif terhadap komputer.

Faktor Perbezaan Jantina Mempengaruhi Penggunaan Komputer

Nor Azian (1999) telah menjalankan kajian mengenai sikap pendidik sekolah bestari

terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan pendidikan. Dapatan beliau

mendapati tahap penggunaan komputer dalam kalangan pendidik Sekolah Bestari

terhadap komputer adalah sederhana. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan sikap

terhadap komputer bagi pendidik lelaki jika dibandingkan dengan pendidik perempuan.

Pendidik lelaki menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap komputer jika

Page 6: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

dibandingkan dengan pendidik perempuan. Dapatan ini juga menunjukkan terdapat

perbezaan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru lelaki dan guru

perempuan.

Dapatan Nor Azian (1999) selari dengan dapatan kajian Mehmet A. Ocak (2005) yang

dijalankan di Alabama mengenai sikap guru matematik terhadap komputer. Dapatannya

mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor jantina, umur, bangsa,

dan sikap guru matematik dalam penggunaan komputer.

Pernyataan Masalah

Secara umumnya guru-guru telah diberi latihan dan pendedahan mengenai

mengintegrasikan komputer dalam pengajaran di Institut Pendidikan Guru. Menurut Jius

(2001) para guru perlu mengubah sikap daripada sentiasa melaksanakan pengajaran

menggunakan kaedah tradisional yang lebih dikenali sebagai Chalk & talk kepada

pengintegrasian komputer dan multimedia dalam pengajaran.

Berdasarkan kepada kajian Nor Azilah Ngah (2000) lebih 50% daripada guru melihat

penggunaan komputer sebagai sesuatu yang amat diperlukan oleh mereka kerana

dapat menolong meringankan beban penyediaan proses P&P. Kira-kira 30% dari guru

menyatakan bahawa komputer dapat menolong guru dalam proses P&P.

Utusan Malaysia 27 Januari 2010, Satu Persidangan Majlis Menteri-Menteri Pelajaran

Asia Tenggara (SEAMEO) Ke-45 yang telah berlangsung di Cebu, Filipina 26 Januari

2010 telah menimbang dan meluluskan dua dokumen penting bagi membolehkan

Page 7: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

Malaysia menubuhkan sebuah Pusat Serantau Pendidikan Khas (SEAMEOSEN).

Selaras dengan kemajuan negara, profesion perguruan hari ini juga semakin mencabar.

Tahap profesional guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah

Pembelajaran harus ditingkatkan bagi menyahut cabaran negara-negara Asia Tenggara

di mana Malaysia telah disahut sebagai Pusat Serantau Penddikan Khas Asia Tenggara

(SEAMEOSEN).

Oleh yang demikian untuk membuktikan pendidikan khas negara mempunyai kualiti

terbaik di Asia Tenggara, di bahu guru-guru terpikulnya tanggungjawab untuk

melaksanakan dan menjayakan segala rancangan negara tersebut. Bagi menyahut

cabaran dunia iaitu Malaysia sebagai Pusat Serantau Pendidikan Khas Asia Tenggara

Oleh itu, untuk mencapai matlamat ini, kerajaan telah membekalkan komputer di PPKI

namun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana penggunaannya di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Pemusatan utama kajian ini adalah untuk melihat faktor-

faktor yang mungkin mempengaruhi penggunaan komputer dalam kalangan guru PPKI

dalam pengajaran.

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sikap guru pendidikan khas terhadap

penggunaan komputer dan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaannya. Berikut

adalah objektif kajian ini:

1. Melihat sejauhmana jantina memainkan peranan yang penting dalam

menentukan sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer .

Page 8: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

2. Melihat sejauhmana kaum memainkan peranan yang penting dalam menentukan

sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer.

3. Melihat sejauhmana pengalaman mengajar memainkan peranan dalam sikap

guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer.

Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada guru pendidikan khas mengenai

kepentingan penggunaan komputer.

Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada pernyataan di atas, pengkaji ingin mengkaji:

1. Adakah terdapat perbezaan sikap terhadap penggunaan komputer dengan

jantina guru pendidikan khas.

2. Adakah terdapat perbezaan sikap terhadap penggunaan komputer dengan kaum

guru pendidikan khas.

3. Adakah terdapat perbezaan sikap terhadap penggunaan komputer dengan

pengalaman kerja guru pendidikan khas.

Kepentingan Kajian

Kajian ini berguna kepada KPM terutama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP),

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan (BPPDP), Bahagian Pendidikan Khas (BP Khas) dan Jabatan

Pelajaran Negeri (JPN) dalam usaha merangkakan pelan tindakan susulan bagi bentuk

pelaksanaan penggunaan komputer dalam pengajaran guru PPKI supaya ianya

digunakan secara efisyen dan semaksimum yang mungkin. Kajian ini adalah bertujuan

Page 9: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

untuk meninjau tahap dan sikap guru terhadap penggunaan komputer di dalam bilik

darjah.

Kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui sikap guru pendidikan khas terhadap

penggunaan komputer yang dijalankan di sekolah. Daripada kajian ini akan

membolehkan sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer diketahui.

Batasan Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang mengkaji sikap guru pendidikan khas

terhadap penggunaan komputer. Oleh itu terdapat limitasi dalam menjalankan kajian ini

yang mungkin akan mempengaruhi interprestasi dan generalisasi dapatan kajian.

Diantara limitasinya adalah:

a. Kajian ini hanya mengkaji faktor demografi sahaja seperti jantina, kaum dan

pengalaman mengajar terhadap sikap guru mengenai penggunaan komputer.

b. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah sahaja. Oleh itu kajian ini tidak boleh

dijadikan rujukan untuk skop yang lebih besar.

c. Bilangan responden untuk kajian ini adalah seramai 30 orang sahaja dan

dapatan daripada kajian ini tidak dapat mempengaruhi mana-mana pihak dan

keputusannya mungkin tidak tepat.

Definasi Operasional

1.Sikap

Ahli-ahli penyelidikan memberikan pelbagai takrifan tentang istilah sikap. Mengikut

Anderson (1994) terdapat lima ciri sikap yang jelas iaitu emosi, sasaran, arah tuju,

kekuatan dan ketekalan. Ciri emosi boleh dibahagikan kepada ukuran positif, neutral

Page 10: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

dan negatif. Jika sesuatu sikap adalah positif, ia akan dituju dengan baik ke

sasarannya. Dalam kajian ini ciri sikap yang akan diuji ialah ciri sikap positif dan negatif.

2.Komputer

Menurut Mazli (2002), Komputer ialah keupayaan untuk menyimpan data yang banyak

dan berbagai bentuk dalam ruang yang kecil. Komputer juga sesuatu alat memproses

data kepada maklumat dengan pantas serta tepat, seterusnya boleh

mempersembahkan maklumat dalam bentuk yang diperlukan. Dalam kajian ini

komputer membawa maksud suatu alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru

untuk menyampaikan pengajaran sama ada menggunakan komputer riba atau

komputer mikro.

3.Penggunaan Komputer

Dalam kajian ini, penggunaan komputer bermaksud perbuatan yang dilakukan oleh

guru-guru pendidikan khas dengan menggunakan atau mengambil khidmat serta

faedah yang disediakan daripada teknologi pengkomputeran dalam melaksanakan

pengajaran dan penyediaan BBM untuk murid PPKI sahaja.

4.Guru Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (PPKI)

Ursula (1999) mendefinasikan guru pendidikan khas sebagai guru yang

bertanggungjawab mendidik kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Beliau juga

menyatakan guru PKBP adalah guru yang terlatih telah mengikuti salah satu bentuk

kursus pendidikan khas yang dianjurkan oleh KPM.

Page 11: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

5.Pengajaran

Satu proses penyampaian ilmu di dalam kelas, di mana guru menyampaikan ilmu

pengetahuan dan kemahiran di dalam kelas kepada murid PPKI berdasarkan isi

pelajaran dan objektif yang hendak dicapai berdasarkan kepada Kurikulum Alternatif

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang telah disediakan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia.

6.Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (PPKI)

PPKI merupakan program pendidikan khas yang diwujudkan di sekolah kebangsaan

bagi menempatkan murid-murid berkeperluan khas dari kategori masalah

pembelajaran. Di antara kategori masalah pembelajaran seperti sindrom down,

autisma, slow learner, epilepsi, hiperaktif, cerebral palsy dan sebagainya.

METODOLOGI

Kerangka Teori

Kerangka teorikal bagi kajian ini adalah pembolehubah tidak bersandar yang merujuk

kepada sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Sikap mereka

adalan berdasarkan jantina, kaum dan pengalaman mengajar guru.

Pembolehubah Bebas Pembolehubah Bersandar

Jantina

Kaum

PengalamanBekerja

Sikap Guru Pendidikan KhasTerhadap Penggunaan

Komputer

Page 12: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

Rekabentuk KajianKajian ini telah menggunakan rekabentuk kajian deskriptif untuk mengkaji perhubungan

diantara jantina, kaum dan pengalaman bekerja dengan sikap guru pendidikan khas

terhadap penggunaan komputer. Rekabentuk ini sesuai digunakan untuk mendapatkan

maklumat dan keterangan mengenai sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan

komputer. Penyelidik telah menggunakan kaedah soal-selidik bagi mendapatkan

jawapan kepada soalan-soalan penyelidikan.

Selain daripada itu, pengkaji juga telah menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif.

Menurut Sekaran (2010), secara umumnya kajian kuantitatif adalah mendapatkan data

melalui soalan-soalan berstruktur. Melalui kaedah ini penyelidik dapat mengukur

hubungan dan pengaruh antara pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam

persoalan-persoalan kajian yang telah dibina.

Populasi dan persampelan Kajian

Sampel untuk kajian ini adalah guru pendidikan khas di SK dan SMK Sultan Yussuf.

Sebanyak 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih dalam kajian ini. Dalam kajian ini,

persampelan rawak mudah telah digunakan. Persampelan rawak mudah mempunyai

tahap bias yang terendah dan menawarkan tahap generalisasi yang paling tinggi

(Sekaran, 2010). Pengkaji telah mengedarkan sebanyak 30 borang soal-selidik kepada

guru-guru SK dan SMK Sultan Yussuf secara rawak.

Page 13: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

Instrumen KajianItem untuk soal selidik telah diambil dari kajian-kajian lepas dan telah diubahsuai oleh

pengkaj sendiri mengikut tajuk kajian. Soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu

Bahagian A mengenai Maklumat Peribadi Responden, Bahagian B mengenai sikap

guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer Skala Likert empat poin telah

digunakan mengikut skala 1= sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=setuju dan

4=sangat setuju.

Prosedur Menganalisis data Sebanyak 30 borang soal selidik telah diedarkan dan telah dikutip semula untuk

dianalisis. Statistik diskriptif telah digunakan untuk menjawab objektif kajian dan

hubungan di antara pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar telah diuji

dengan menggunakan ujian tdan Anova untuk menentukan sikap guru aliran perdana

terhadap pendidikan inklusif. Analisis telah dijalankan dengan menggunakan SPSS

Versi Program 17.0.

Analisis Data Dan Penemuan Kajian

Ciri- ciri demografik respondenJadual 1, Jadual 2, Jadual 3, Jadual 4 dan Jadual 5 menunjukkan maklumat

latarbelakang responden yang berjumlah 30 orang dari segi frekuensi dan

peratusannya bagi maklumat yang telah dinyatakan.

Jadual 1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut JantinaJantina Frekuensi Peratus

Lelaki 14 46.7%

Perempuan 16 53.3%

Jumlah 30 100%

Page 14: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

Jadual 1 menunjukkan bilangan responden dan peratusannya dari mengikut jantina.

Hasil data menunjukkan bahawa responden lelaki ialah seramai 14 orang (46.7%),

manakala responden perempuan seramai 16 orang (53.3%).

Jadual 2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut BangsaBangsa Frekuensi Peratus

Melayu 12 40%

India 9 30%

Cina 9 30%

Jumlah 30 100%

Jadual 2 menunjukkan bilangan responden dan peratusannya dari segi bangsa. Hasil

data menunjukkan bahawa responden berbangsa Melayu ialah seramai 12 orang

(40%), manakala responden berbangsa India seramai 9 orang (30%) dan responden

berbangsa Cina seramai 9 orang (30%).

Jadual 3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Tahap PendidikanTahap Pendidikan Frekuensi Peratus

Ijazah 20 66.7%

Sarjana 10 33.3%

Jumlah 30 100%

Jadual 3 menunjukkan bilangan responden dan peratusannya dari segi tahap

pendidikan. Hasil data menunjukkan bahawa responden yang mempunyai ijazah

seramai 20 orang (66.7%), manakala responden yang mempunyai sarjana seramai 10

orang (33.3%).

Page 15: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

Jadual 4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman KerjaPengalaman Kerja Frekuensi Peratus

1-5 tahun 12 40%

6-10 tahun 7 23.3%

11-15 tahun 8 26.7%

16-20 tahun 3 10%

Jumlah 30 100%

Jadual 4 menunjukkan bilangan responden dan peratusannya dari segi pengalaman

kerja. Hasil data menunjukkan bahawa responden seramai 12 orang (40%) mempunyai

pengalaman kerja 1 tahun hingga 5 tahun. Seramai 7 orang (23.3%) responden

mempunyai pengalaman kerja 6 tahun hingga 10 tahun, manakala seramai 8 orang

responden (26.7%) responden mempunyai pengalaman kerja 11 tahun hingga 15

tahun, seramai 3 orang responden (10%) mempunyai pengalaman kerja 16 tahun

hingga 20 tahun.

Analisis Kesahan dan KebolehpercayaanJadual 6 menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha pengkaji dan

pengkaji kajian yang lepas.

Jadual 6 Analisis Cronbach’s Alpha

Reliability Statistics

Cronbach's

Alpha

Cronbach's Alpha Based on

Standardized Items N of Items

.875 .856 20

Jadual 7 Cronbach’s Alpha

Cronbach’s Alpha Pengkaji Lepas Pengkaji

Sikap Guru Pendidikan Khas .86 .875 Terhadap Penggunaan Komputer

Page 16: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

Jadual 7 menunjukkan Cronbach’s Alpha untuk sikap guru terhadap penggunaan

komputer ialah .87. Menurut Nunnally dan Berstein (2004) Cronbach’s Alpha .70 adalah

baik. Ini bermakna tahap kebolehpercayaan adalah memuaskan dan melebihi tahap

penerimaan konvensional pekali .70.

Analisis Persoalan KajianUntuk menguji persoalan kajian, ujian t dan ANOVA telah digunakan. Hasil daripada

pengukuran tersebut diukur secara terperinci seperti di bawah.

1.Adakah terdapat perhubungan yang signifikan dari segi jantina terhadap

penggunaan komputer?

Jadual 8 Sikap Guru Pendidikan Khas Mengikut Jantina

Independent Samples Test

Levene’s Test EV T-Test EM

F Sig. t df Sig.(2-Tailed) Mean Diff.

Komputer EVA .055 .815 .930 28 .360 1.60714

EVNA .937 27.989 .357 1.60714*EV=Equilty of Variances; EVNA=Equility Variances Not Assumed; EM=Equilty of Means

Jadual 8 menunjukkan keputusan ujian t untuk persoalan kajian adakah terdapat

hubungan yang signifikan dari segi jantina dengan sikap guru terhadap penggunaan

komputer. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dari

segi jantina dengan sikap guru terhadap penggunaan komputer (t=0.930, p=0.360). Ini

menunjukkan bahawa jantina membawa kesan kepada penggunaan komputer. Guru

lelaki lebih banyak menggunakan komputer dalam pengajaran berbanding guru

perempuan.

Page 17: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

2. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan dari segi kaum terhadap penggunaan komputer?

Jadual 9 Menunjukkan Sikap Guru Pendidikan Khas Mengikut Kaum

ANOVA

Komputer

Sum of Squares df Mean Square F Sig.

Between Groups 57.556 2 28.778 1.325 .283

Within Groups 586.444 27 21.720

Total 644.000 29

Jadual 9 menunjukkan sikap guru pendidikan khas mengikut kaum. Dapatan ujian

ANOVA (F=1.325, P=0.283) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan

diantara kaum dengan sikap guru terhadap penggunaan komputer. Semua kaum

menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan dari segi pengalaman terhadap Penggunaan komputer?

Jadual 10 Menunjukkan Sikap Guru Pendidikan Khas Mengikut Tahap Pengalaman Mengajar

ANOVA

komputer

Sum of Squares df Mean Square F Sig.

Between Groups 36.935 3 12.312 .527 .667

Within Groups 607.065 26 23.349

Total 644.000 29

Jadual 10 menunjukkan sikap guru aliran perdana terhadap penggunaan komputer.

Keputusan daripada ujian ANOVA (F=0.527, P=0.667) mendapati bahawa tidak

terdapat perbezaan yang signifikan diantara pengalaman mengajar guru pendidikan

khas terhadap penggunaan komputer. Ini menunjukkan pengalaman bekerja tidak

memainkan peranan yang utama dalam mempengaruhi sikap guru pendidikan khas

terhadap penggunaan komputer.

Page 18: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

Oleh itu berdasarkan dapatan kajian di atas hanya jantina mempunyai perhubungan

yang signifikan dengan sikap guru terhadap penggunaan komputer. Sikap kaum dan

pengalaman bekerja tidak menampakkan perhubungan yang signifikan.

Penutup

Kesimpulannya didapati bahawa jantina mempengaruhi sikap guru terhadap

penggunaan komputer. Jelas dapat dilihat bahawa guru lelaki menunjukkan sikap yang

positif atau berminat terhadap penggunaan komputer daripada guru perempuan.

Disamping itu, kaum dan pengalaman bekerja tidak memainkan peranan yang penting

dalam menentukan sikap guru terhadap penggunaan komputer.

Page 19: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

Rujukan

Anderson, L.W.(1994). Attitude, Measurement Of Education. In T.Husen (Ed) TheInternational Encyclopedia Of Education (2nd Ed), Oxford. Pergamon.

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2006). RancanganMalaysia Ke-9 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 EdisiPelancaran, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jius @ Mohd Yusoff A. Asiu (2001) Hubungan Tahap Literasi Komputer DenganKekerapan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Di kalangan GuruSekolah Menengah Di Likas, Sabah. Dlm Jurnal Penggunaan ICT DalamPendidikan Vol : 3.

Mazli Hasril Bin Hasarudin (2002). Tahap Penggunaan Teknologi Komputer DiKalangan Guru-Guru Sekolah Agama Negeri Pahang. Universiti UtaraMalaysia, Sintok, Kedah.

Mehmet A. Ocak ( 2005). Mathemetics Teachers Attitudes Toward The Computers InThe Turkish Online Journal Of Educational Technologi. ISSN :1303-6521Issue 3, Article 11. State University Of New York , Alabama.

Nor Azian Bt. Mohd. Darus (1999). Sikap Pendidik Sekolah Bestari Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan Pendidikan. Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. (Tidak Di Terbitkan).

Nor Azilah Ngah (2000). Persepsi Guru Dalam Latihan Tentang PenggunaanKomputer di Sekolah: Kumpulan Keempat, Tahun Keempat. USM, PulauPinang.

Norhayati Abd Mukti (2000), Computer Technology In Malaysia : Teacher’s Background Characteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13 Jurnal Atas Talian : The Electronic Journal On Information Systems In Developing Countries.

(www.ejisdc.org:8011/ojs2/index.php/ejisdc/article/view/20/20)

Rosenberg, M.J, Hovland,C.I, Mcguire (1960). Attitude Organization And Change.AnAnalysis Of Consistency Among Attitude Components. Westport: YaleUniversity Press, Inc.

Sekaran, U. (2010). Research Methods For Business: A Skill Building Approach,5th ed. United States : John Wiley & Sons.

Tan Ai Ngoh (1998). Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-Guru SekolahKebangsaan Convent Kajang. Jurnal Pendidikan Tigaenf Jilid 2: Bil. 2 JabatanTeknologi Maklumat.

Page 20: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

Ursula Anak Stephen Mees (1999). Hubungan Tekanan Kerja Dan Kepuasan KerjaDi Kalangan Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Di 3 BuahSekolah Rendah Di Daerah Hulu Langat, Selangor. Universiti KebangsaanMalaysia, Bangi.

Utusan Malaysia. 27 Januari 2010. SEAMEC Timbang Malaysia Tubuh PusatSerantau Pendidikan Khas (Atas Talian).

Wilder, G.D And Mackie, J.C (1985). Gender And Computers : Two Surveys OfComputer Related Attitude. Sex Roles, Vol 13,Pp 3-4

Page 21: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

BAHAGIAN A : Latar Belakang (Demografi)Arahan : Sila tandakan ( / ) pada jawapan atau pernyataan di ruang yang disediakan1 Jantina :( ) Lelaki( ) Perempuan

Kaum ( ) Melayu ( ) Cina ( ) India ( ) Lain-lain

2. Umur( ) 18-30 tahun( ) 31-40 tahun( ) 41-50 tahun( ) 51 tahun ke atas

3 Adakah anda memiliki komputer di rumah( ) Ya( ) Tidak

6. Pengalaman mengajar( ) kurang dari 1 tahun( ) 1 tahun hingga 5 tahun( ) 6-10 tahun( ) 11 -20 tahun( ) 21 tahun ke atas

7. Taraf pencapaian akademik( ) SPM/STPM( ) Sijil /Diploma Perguruan( ) Ijazah Sarjana Muda( ) Sarjana( ) PhD

Page 22: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden

BAHAGIAN B : Sikap terhadap komputer (minat, keyakinan dan kebimbangan )Arahan : Sila jawab semua penyataan dengan membulatkan hanya satu nomboryang dipilih secara jujur.1. - Sangat tidak setuju (STS)2. - Tidak setuju (TS)3. - Setuju (S)4. - Sangat setuju (SS)

1. Komputer tidak menakutkan saya sama sekali 1 2 3 4

2. Saya ingin bekerja menggunakan komputer 1 2 3 4

3. Saya tidak mempunyai masalah apabila cuba sesuatu yang baru tentang komputer 1 2 3 4

4. Saya rasa bekerja menggunakan komputer menyeronokkan 1 2 3 4

5. Saya meminati komputer 1 2 3 4

6. Saya yakin dapat melakukan kerja dengan menggunakan komputer 1 2 3 4

7. Saya akan berasa selesa dalam kelas komputer 1 2 3 4

8. Saya akan berasa selesa bekerja menggunakan komputer 1 2 3 4

9. Saya mempunyai keyakinan yang tinggi apabila bekerja menggunakan komputer 1 2 3 4

10. Saya berkeyakinan berbincang dengan orang lain berkaitan hal-hal komputer 1 2 3 4

11. Saya rasa yakin menggendalikan kursus komputer 1 2 3 4

12. Komputer membuat saya berasa selesa 1 2 3 4

13. Saya dapat melakukan kerja dengan baik menggunakan komputer 1 2 3 4

14. Menyelesaiakan masalah dengan komputer menarik minat saya 1 2 3 4

15. Bekerja menggunakan komputer menjadikan saya sangat seronok 1 2 3 4

Page 23: file · Web viewKajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru pendidikan khas terhadap penggunaan komputer. Seramai 30 orang guru pendidikan khas telah dipilih sebagai responden