masalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas ... · pdf filemasalah pembelajaran...

25
MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (KEMAHIRAN HIDUP) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI EI SIEW MOI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hakhue

Post on 06-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS

PENSISWAZAHAN GURU (KEMAHIRAN HIDUP) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI

EI SIEW MOI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi
Page 3: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi
Page 4: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi
Page 5: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi
Page 6: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU(KEMAHIRAN HIDUP) DI UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

EI SIEW MOI

Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 7: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi
Page 8: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi
Page 9: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

iii

DEDIKASI

Khas Buat

Untuk Ayah, Ibu,

Abang-abang, Kakak-kakak, Adik

Suami, Anak,

Saudara-mara dan Rakan-rakan

Yang Tersayang.

Page 10: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

iv

PENGHARGAAN

Pengkaji ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan

ikhlas kepada pembimbing Projek Sarjana Muda ini, Encik Ahmad Johari bin Sihes di

atas bimbingan yang diberi sepanjang tempoh penulisan projek ini sehingga berjaya

disiapkan.

Penghargaan ikhlas juga dirakamkan kepada rakan-rakan yang telah banyak

memberikan pendapat dan bantuan kepada saya. Penghargaan juga ditujukan kepada

pelajar-pelajar Tahun Empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran

Hidup (PKPG) yang telah memberikan kerjasama kepada saya dalam menjawab soal

selidik yang diedarkan dengan jujur dan ikhlas.

Akhir sekali, penghargaan ikhlas juga dirakamkan kepada ibu bapa, suami, abang

kakak, adik, dan anak saya yang telah memberi sokongan sama ada dari segi kewangan

dan sokongan mental kepada saya.

Sekian, terima kasih.

Page 11: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah pembelajaran pelajar Tahun Empat

Program Khas Pensiswazahan Guru (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi

Malaysia. Persoalan yang dikaji menyentuh aspek beban kerja, masalah pengurusan

masa, peranan pensyarah, penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan masalah

kewangan. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada keseluruhan pelajar tahun

4SPH iaitu seramai 114 orang. Instrumen kajian berbentuk soal selidik yang memuatkan

item-item untuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden dan

persoalan kajian. Skala yang digunakan ialah skala Likert lima poin. Data yang

diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social

Science (SPSS 15.0) untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Hasil

kajian menunjukkkan bahawa responden mempunyai masalah dari aspek beban kerja,

pengurusan masa, peranan pensyarah dan kewangan pada tahap sederhana manakala

masalah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran pada tahap

yang tinggi. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak fakulti untuk

membantu menangani masalah pembelajaran di kalangan pelajar semasa mereka

mengikuti kursus di Universti Teknologi Malaysia.

Page 12: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to investigate the learning problems that exist

among the fourth year students of Technology and Educational (Living Skill) Degree

Program at Universiti Technology Malaysia. The investigation was related to the

problems on work load, time management, aspects of lecturers, usage of English and

financial problems. All of the students (114) were involved in the research. The

instrument consist of a questionnaire which include items that lead to the information

on respondents’ background and the research question. Data were analyzed using

Statistical Package for Social Science (SPSS15.0) to acquire the value of frequency,

percentage and mean for every item on a likert scale. Result showed that the respondents

experiencing in the moderate level problem of work load, time management, aspects of

lecturers and financial problems but facing the high level of problem on the usage of

English. This research provides some useful information for the faculty on the learning

problems among the students and suggests ways to overcome them.

Page 13: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAKUAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 7

1.9 Penutup 8

Page 14: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

viii

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 9

2.1 Pengenalan 9

2.2 Teori Pembelajaran 9

2.2.1 Teori Behaviorisme 9

2.2.2 Teori Kognitivisme 10

2.2.3 Teori Konstruktivisme 10

2.2.4 Teori Pembelajaran Dewasa 11

2.3 Kajian-kajian Lepas 14

2.3.1 Masalah Beban Kerja 14

2.3.2 Masalah Pengurusan Masa 15

2.3.3 Peranan Pensyarah 16

2.3.4 Penggunaan Bahasa Inggeris 17

2.3.5 Masalah Kewangan 19

2.4 Penutup ` 20

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 22

3.1 Pengenalan 22

3.2 Rekabentuk Kajian 22

3.3 Tempat Kajian 23

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 23

3.5 Instrumen Kajian 23

3.6 Kebolehpercayaan Instrumen 25

3.7 Analisis Data 26

3.8 Penutup 27

Page 15: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

ix

BAB 4 PENGANALISISAN DATA 28 4.1 Pengenalan 28

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 29

4.3 Analisis Dapatan Kajian Bahagian B 33

4.3.1 Masalah Beban Kerja 34

4.3.2 Masalah Pengurusan Masa 36

4.3.3 Peranan Pensyarah 38

4.3.4 Masalah Penggunaan bahasa Inggeris 41

4.3.5 Masalah Kewangan 44

4.4 Kesimpulan Hasil 46

4.5 Penutup 47

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 48

5.1 Pendahuluan 48

5.2 Perbincangan 49

5.2.1 Latar Belakang Responden 50

5.2.2 Masalah Beban Kerja 50

5.2.3 Masalah Pengurusan Masa 52

5.2.4 Peranan Pensyarah 52

5.2.5 Masalah Penggunaan Bahasa Inggeris 55

5.2.6 Masalah Kewangan 57

5.3 Kesimpulan 58

5.4 Cadangan 60

5.5 Kajian Lanjutan 61

5.6 Penutup 62

Page 16: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

x

RUJUKAN 63

LAMPIRAN

Borang Soal Selidik 67

Surat Pengesahan Status Pelajar . 73

Borang Pengesahan Item 74

Kajian Rintis 75

Page 17: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pekali Alpha Cronbach 26

3.2 Skala Pemeringkatan 27

3.3 Julat Min Bagi Menjawab Persoalan Kajian 27

4.1 Bilangan dan Peratusan Jantina dan Kaum 29

4.2 Bilangan dan Peratus Mengikut Status 30

4.3 Bilangan dan Peratus Mengikut Klasifikasi Umur 30

4.4 Bilangan dan Peratusan mengikut Klasifikasi bilangan anak 31

4.5 Bilangan dan Peratusan Mengikut Jumlah Pendapatan Keluarga 31

4.6 Bilangan dan Peratusan Mengikut Pencapaian Akademik 32

4.7 Bilangan dan Peratusan Mengikut Pencapaian bahasa Inggeris 32

4.8 Bilangan dan Peratusan Mengikut Pencapaian CPA 33

4.9 Respon Responden Terhadap Masalah Beban Kerja 34

4.10 Respon Responden Terhadap Masalah Pengurusan Masa 37

4.11 Respon Responden Terhadap Masalah Peranan Pensyarah 39

4.12 Respon Responden Terhadap Masalah Dalam bahasa Inggeris 42

4.13 Respon Responden Terhadap Masalah Kewangan 44

4.14 Min Bagi Setiap Persoalan 46

4.15 Penyusunan Masalah Mengikut Keutamaan 47

Page 18: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

xii

SENARAI SIMBOL /SINGKATAN /TATANAMA/ISTILAH

% - Peratus

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

SPH - Kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

SPSS - Statistical Package for Social Science

IPTA - Institut Pengajian Tinggi

ATS - Amat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

CPA - Mata terkumpul untuk keputusan pencapaian akademik di UTM

Page 19: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 67

B Surat pengesahan status pelajar 73

C Borang Pengesahan Item 74

D Kajian Rintis 75

Page 20: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Universiti Teknologi Malaysia telah berkembang pesat terutamanya dalam

memperkenalkan kursus-kursus pendidikan yang bercorak teknikal sejak awal

penubuhannya. Ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan

teknologi adalah aset yang berharga kepada sesebuah negara.

Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) merupakan satu program khas

Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah dilaksanakan mulai tahun 1999.

Program ini melibatkan kerjasama di antara Institut Pengajian Tinggi (IPTA) dengan

maktab-maktab perguruan. Kerjasama di antara IPTA dengan maktab-maktab

perguruan ini adalah berasaskan Memorandum Persefahaman (MOU) di antara

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan IPTA yang terlibat. Pada peringkat awal,

perlaksanaan PKPG ini dirancangkan melalui tiga ambilan iaitu Ambilan Pertama

(1999), Ambilan Kedua (2000) dan Ambilan Ketiga (2001). Ambilan Ketiga

melibatkan 7 buah IPTA termasuk Universiti Utara Malaysia dengan 15 buah maktab

perguruan. Program PKPG ini akan diteruskan selepas mendapat kelulusan daripada

Jabatan Perkhidmatan Awam Bil.JPA(L)S.177/2/10-39/1 Ktl.2(59) bertarikh 8 Jun

2001 yang bersetuju program ini diteruskan bagi ambilan tahun 2002 hingga 2007

dengan mengekalkan syarat-syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.

Matlamat PKPG adalah seperti berikut :

i. Memenuhi keperluan guru siswazah di sekolah menengah dalam mata

pelajaran kritikal.

Page 21: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

2

ii. Mencapai hasrat bahawa semua guru di sekolah menengah di seluruh

negara terdiri daripada guru-guru siswazah pada tahun 2005.

iii. Membantu guru-guru dalam perkhidmatan meningkatkan kelayakan

akademik ke peringkat ijazah seterusnya peningkatan kerjaya mereka.

iv. Melahirkan tenaga kerja yang berketerampilan selaras dengan Wawasan

2020.

Program ini merupakan kursus tiga tahun yang berstruktur 1 + 2, iaitu

pengajian Tahun Pertama dijalankan di maktab perguruan, manakala pengajian Tahun

Kedua dijalankan di universiti bagi memperolehi ijazah pertama. Sepanjang

pengajian ini, pelajar PKPG mendapat kemudahan cuti belajar separuh gaji. Progam

yang dianjurkan ini merupakan saluran terbaik kepada guru-guru terlatih memiliki

ijazah yang sebelum ini tidak berbuat demikian.

Kebanyakan guru yang melanjutkan pelajaran adalah berumur di antara 25

tahun ke atas dan telah berkahwin dan mempunyai tanggunjawab sebagai isteri/ibu

atau suami/bapa. Oleh itu, golongan pelajar ini mampu berfikir secara waras. Mereka

juga mampu membezakan perkara yang baik mahupun buruk. Selain itu, corak

pemikiran mereka adalah lebih matang berbanding dengan remaja sekali gus

melahirkan idea-idea yang bernas dan memberi keuntungan pada mereka. Di

samping itu, setiap keputusan yang dihasilkan memberi manfaat pada dirinya,

masyarakat dan juga institusi

Antara faktor-faktor yang mendorong pelajar PKPG melanjutkan pelajaran

ialah memenuhi hasrat negara iaitu semua guru sekolah menengah terdiri daripada

guru siswazah. Selain itu, faktor yang mendorong guru melanjutkan pelajaran ialah

mereka ingin membaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih berilmu. Guru yang

berilmu akan berasa lebih yakin untuk menjalani pengajarannya di sekolah. Ilmu

yang diperoleh akan membantu melicinkan tugas dan tanggungjawab seseorang guru

dalam apa jua perkara yang dilakukan tanpa mengira masa dan tempat.

Page 22: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

3

Ada juga golongan guru yang melanjutkan pelajaran kerana ingin

memperbaiki taraf kedudukan dalam jawatan. Ia memudahkan mereka menonjolkan

bakat masing-masing dan memainkan peranan sosial dalam masyarakat sekali gus

mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari masyarakat sekeliling. Secara tidak

langsung, mereka dapat menjadi contoh dalam keluarga, sekolah mahupun komuniti.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelajar PKPG tahun 4SPH adalah bakal guru dari sekolah rendah atau

menengah yang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia untuk

memperoleh tahap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bersiswazah. Kehadiran

mereka adalah berdasarkan latihan dalam perkhidmatan dan telah lama berjuang

dalam alam profesion perguruan. Mereka telah lama meninggalkan alam

persekolahan. Kaedah dan teknik pembelajaran adalah berbeza di dalam keadaan dan

persekitaran yang berbeza.

Suasana pembelajaran di sekolah berlainan dengan suasana pembelajaran di

universiti. Di sekolah murid hanya bergantung kepada guru untuk mendapatkan ilmu

pengetahuan manakala pelajar di universiti perlu berusaha dengan banyak membuat

rujukan dan pembacaan dan pensyarah hanya sebagai pembimbing yang memberikan

asas sahaja kepada apa yang perlu diketahui oleh pelajar. Dasar negara yang ingin

cepat membangun telah memungkinkan pendidik tidak memberi masa dan peluang

yang cukup bagi pelajar untuk berfikir dan seolah-olah pelajar mesti mengetahui

semua fakta di dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan terdapat

pensyarah yang menganggap semua pelajar mempunyai keupayaan yang sama pada

hakikatnya pelajar mempunyai keupayaan dan pengalaman yang berbeza. Keadaaan

ini boleh menyebabkan berlakunya keciciran di kalangan pelajar. Penggunaan bahasa

Inggeris dalam pengajaran juga menimbulkan masalah pembelajaran pelajar kerana

kebanyakan pelajar kurang berkeupayaan untuk menguasai dan menggunakan bahasa

Inggeris dengan baik.

Page 23: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

4

Di samping itu, beban kerja seperti membuat tugasan, membuat rujukan,

menghadiri kuliah dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan menjadi

tanggungan pelajar semasa mereka mengikut pengajian. Mata pelajaran Kemahiran

Hidup mempunyai skop yang luas. Mereka memerlukan banyak masa bagi

membolehkan mereka menguasai skop mata pelajaran ini tetapi mereka kesuntukan

masa kerana banyak tugasan perlu diselesaikan.

Selain daripada itu, masalah kewangan timbul terutama di antara mereka

yang telah berkahwin dan mempunyai keluarga dan tanggungan. Ini kerana mereka

dibayar separuh gaji di dalam tempoh pengajian mereka, yang boleh menjadi satu

bebanan yang berat untuk mengagihkan sumber kewangan kepada keluarga dan diri

sendiri. Hasil daripada itu mungkin memberi kesan dan boleh menjejaskan pelajaran

mereka. Keselesaan dan ketenangan minda penting untuk menjamin kejayaan dalam

proses pembelajaran. Kesemua perkara tersebut menjadi halangan dan masalah

kepada pelajar ini dalam pembelajaran mereka.

1.3 Pernyataan Masalah

Kebanyakan Pelajar PKPG Tahun 4 SPH berumur diantara 28 hingga 41

tahun. Keadaan mereka yang lama meninggalkan alam persekolahan secara formal di

antara enam hingga belasan tahun mungkin menimbulkan masalah bagi mereka

setelah kembali semula menjadi pelajar. Ini kerana daya ingatan manusia akan mula

berkurangan selepas mencapai umur dua puluh tahun. Seringkali kedengaran

rungutan daripada kelompok ini bahawa usia menyebabkan mereka sukar untuk

mencapai kecemerlangan dalam akademik di UTM.

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dijelaskan di atas,

maka pengkaji mengambil kesempatan untuk melakukan kajian untuk mengetahui

apakah tahap masalah pembelajaran (akademik) yang dihadapi oleh pelajar PKPG

tahun 4SPH di Universiti Teknologi Malaysia,Skudai. Dapatan kajian ini agar dapat

menjadi rujukan kepada pelajar lain untuk mengatasi masalah pembelajaran mereka

Page 24: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

5

demi mempertingkatkan lagi pencapaian akademik dari semasa ke semasa.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah pembelajaran Pelajar PKPG

Tahun 4 SPH. Antara objektif kajian adalah seperti berikut :

1.4.1 Mengenalpasti tahap masalah dari aspek beban kerja yang dihadapi oleh

Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.

1.4.2 Mengenalpasti tahap masalah dari aspek pengurusan masa yang dihadapi oleh

Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.

1.4.3 Mengenalpasti tahap masalah dari aspek peranan pensyarah dalam masalah

pembelajaran yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.

1.4.4 Mengenalpasti tahap masalah dari aspek penggunaan bahasa Inggeris dalam

pengajaran yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.

1.4.5 Mengenalpasti tahap masalah dari aspek kewangan yang dihadapi oleh

Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan utama yang menjadi asas kepada kajian ini adalah untuk

mengetahui apakah tahap masalah beban kerja, masalah pengurusan masa, masalah

peranan pensyarah, masalah penggunaan bahasa Inggeris dan masalah kewangan

yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4SPH di Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai.

Persoalannya adalah seperti berikut : 1.5.1 Apakah tahap masalah beban kerja yang dihadapi oleh pelajar PKPG 4SPH. 1.5.2 Apakah tahap masalah pengurusan masa yang dihadapi oleh Pelajar PKPG

Tahun 4 SPH.

Page 25: MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS ... · PDF filemasalah pembelajaran pelajar tahun empat program khas pensiswazahan guru (kemahiran hidup) di universiti teknologi

6

1.5.3 Apakah tahap peranan pensyarah dalam masalah pembelajaran yang dihadapi

oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.

1.5.4 Apakah tahap masalah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran

pensyarah yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.

1.5.5 Apakah tahap masalah kewangan yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4

SPH.