sale of debt and commercial papers and their...

40
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 71 BAB A5 PRINSIP-PRINSIP DAN MODEL PERNIAGAAN TAKAFUL PENGENALAN Kontrak Takaful tidak hanya tertakluk kepada prinsip-prinsip am undang-undang kontrak tetapi juga prinsip undang-undang tertentu yang telah termaktub dalam kontrak Takaful. Berdasarkan kepada ketetapan perundangan konsep fekah, al-Asl fi al-Ashya’ al-Ibahah, kontrak Takaful disesuaikan dengan prinsip- prinsip insurans konvensional dalam amalan yang mendokong konsep keadilan dalam urusniaga, seperti yang dijelaskan oleh Syariah. Walau bagaimanapun, prinsip-prinsip tersebut mestilah tidak bercanggah dengan Syariah. Prinsip-prinsip khas undang-undang yang terkandung dalam pembentukan kontrak Takaful adalah seperti berikut: Kepentingan Boleh Lindung; Penuh Percaya Mutlak; Indemniti; Subrogasi; Perkongsian Sama Rata; Sebab Terhampir; Tabarru’ Waranti; A5.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS TAKAFUL 5.1.1 Prinsip Kepentingan Boleh Lindung Kepentingan Boleh Lindung merujuk kepada hak di sisi undang- undang untuk menyertai skim Takaful yang timbul daripada

Upload: phamdieu

Post on 01-Apr-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 71

BAB A5

PRINSIP-PRINSIP DAN MODEL

PERNIAGAAN TAKAFUL

PENGENALAN

Kontrak Takaful tidak hanya tertakluk kepada prinsip-prinsip am

undang-undang kontrak tetapi juga prinsip undang-undang tertentu

yang telah termaktub dalam kontrak Takaful.

Berdasarkan kepada ketetapan perundangan konsep fekah, al-Asl fi

al-Ashya’ al-Ibahah, kontrak Takaful disesuaikan dengan prinsip-

prinsip insurans konvensional dalam amalan yang mendokong konsep

keadilan dalam urusniaga, seperti yang dijelaskan oleh Syariah.

Walau bagaimanapun, prinsip-prinsip tersebut mestilah tidak

bercanggah dengan Syari’ah.

Prinsip-prinsip khas undang-undang yang terkandung dalam

pembentukan kontrak Takaful adalah seperti berikut:

Kepentingan Boleh Lindung;

Penuh Percaya Mutlak;

Indemniti;

Subrogasi;

Perkongsian Sama Rata;

Sebab Terhampir;

Tabarru’

Waranti;

A5.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS TAKAFUL

5.1.1 Prinsip Kepentingan Boleh Lindung

Kepentingan Boleh Lindung merujuk kepada hak di sisi undang-

undang untuk menyertai skim Takaful yang timbul daripada

Page 2: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

72 Amalan Asas Takaful

hubungan kewangan yang diiktiraf di sisi undang-undang di antara

peserta dan perkara pokok Takaful, iaitu orang yang diberi

perlindungan.

Kepentingan Boleh Lindung wujud apabila terdapat hubungan antara

peserta dengan perkara pokok Takaful, yang biasanya timbul daripada

beberapa situasi seperti berikut:

Pemilikan harta - pemilik harta akan menanggung kerugian

kewangan sekiranya harta benda miliknya rosak atau musnah.

Potensi berhadapan dengan liabiliti undang-undang - Kepentingan

Boleh Lindung juga boleh wujud apabila berlaku kerugian

kewangan yang timbul daripada liabiliti undang-undang. Sebagai

contoh, majikan menanggung liabiliti undang-undang untuk

membayar pampasan kepada pekerja-pekerjanya sekiranya

berlaku kemalangan semasa bekerja.

Hak perundangan - kepentingan boleh lindung boleh wujud

sekiranya terdapat peruntukan dalam kontrak yang menyatakan

seseorang itu mempunyai tanggungjawab kewangan atas apa-apa

kerugian atau kerosakan kepada harta dan liabiliti pihak ketiga.

Hubungan kewangan di antara peserta dengan perkara pokok insurans

perlu memperlihatkan yang peserta akan terus menikmati manfaat

ekonomi dan kewangan melalui kesinambungan, kekal kewujudan

dan keselamatan; atau sebaliknya akan menanggung kerugian

ekonomi & kewangan sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan

terhadap perkara pokok Takaful. Oleh yang demikian, kepentingan

boleh lindung mestilah mampu diukur atau dinilai dari sudut

kewangan bagi membolehkannya dilindungi oleh Takaful.

Di bawah kontrak Takaful am, kepentingan boleh lindung mesti

wujud pada awal dan pada masa berlakunya kerugian - jika tidak,

perlindungan Takaful dianggap tidak sah. Contoh: seseorang itu tidak

boleh/sah memiliki perlindungan Takaful motor untuk kenderaan

yang beluk dimilikinya.

Page 3: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 73

Walau bagaimanapun, peraturan ini tidak terpakai bagi Takaful

marin. Dalam Takaful Marin, peserta perlu mempunyai kepentingan

boleh lindung pada masa kerugian berlaku bagi membolehkannya

membentuk kontrak yang sah. Contoh: Berdasarkan dari keadaan dan

sifat perniagaan, pengimport barangan akan mendapatkan

perlindungan Takaful terhadap barang dagangan yang ia ada

kepentingan keatasnya, iaitu dengan menjadi pemilik kepada

barangan berkenaan sebelum bahaya / kerugian yang dilindungi

berlaku.

Di bawah Pelan Perlindungan Kemalangan Takaful, kepentingan

boleh lindung mesti wujud pada masa kontrak itu dikuatkuasakan dan

pada masa berlakunya kerugian.

Untuk Pelan Takaful Keluarga, kepentingan boleh lindung perlu

wujud pada peringkat awal sahaja. Peserta hanya perlu mempunyai

kepentingan boleh lindung pada masa kontrak Takaful keluarga itu

dikuatkuasakan.

Antara contoh seseorang yang mempunyai kepentingan boleh lindung

adalah seperti yang dinyatakan di bawah:-

a) Seorang individu mempunyai kepentingan boleh lindung yang

tidak boleh dipertikaikan terhadap anggota badan dan hayatnya

sendiri untuk apa-apa amaun yang difikirkan wajar. Kepentingan

tersebut tidak mampu dinilai dan sukar dibuktikan yang ianya

adalah perlu (Wainwright v. Bland [1835]).

b) Seseorang mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat

dan harta pasangannya (suami / isteri).

c) Seseorang itu mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap

kanak-kanak atau bayi di bawah umur majoriti ketika

perlindungan Takaful mula berkuat kuasa, dan juga terhadap

sesiapa yang di bawah jagaannya sepenuh masa atau sebahagian

daripadanya.

d) Pemiutang mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat

si penghutang (setakat jumlah hutang) tetapi penghutang tidak

mempunyai kepentingan terhadap hayat si pemiutang.

Page 4: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

74 Amalan Asas Takaful

e) Penjamin mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap

peminjam. Pemberi pinjaman mungkin tidak berpuashati

sepenuhnya dengan jaminan cagaran yang ditawarkan oleh

peminjam, tetapi bersedia untuk menerima jaminan seorang

penjamin. Dengan memberi jaminan tersebut, penjamin

mempunyai kepentingan boleh lindung atas hayat peminjam.

f) Majikan, terhadap hayat pekerja-pekerjanya.

g) Pemilik / tuan punya (tunggal atau perkongsian), terhadap harta

miliknya.

h) Penggadai janji (peminjam) & pemegang gadai janji (pemberi

pinjam), masing-masing mempunyai kepentingan ke atas harta

berkenaan.

i) Penyewa & pemberi sewa juga mempunyai kepentingan ke atas

harta yang serupa.

j) Bailer – contohnya pemilik pajak gadai, pembawa atau tukang

membaiki jam mempunyai kepentingan atas barangan / harta

milik pelanggan (bailor) kerana harta berkenaan di bawah

tanggungjawab / jagaan mereka.

k) Ejen – Prinsipal (Pengendali Takaful) mempunyai kepentingan

boleh lindung ke atas ejen dan ia boleh menguatkuasakan pelan

perlindungan Takaful bagi pihak ejen.

l) Pemegang amanah – mempunyai kepentingan atau hak disisi

undang-undang ke atas harta yang diamanahkan kepadanya

sekiranya surat ikatan amanah membenarkan atau

mengarahkannya.

m) Pengendali Takaful dan Pengendali Takaful Semula – kedua-

duanya mempunyai kepentingan boleh lindung ke atas hayat

peserta-peserta yang menyertai pelan perlindungan Takaful.

5.1.2 Prinsip Tanggungjawab Penuh Percaya Mutlak

(Uberrima Fides)

Prinsip Penuh Percaya Mutlak boleh ditakrifkan sebagai kewajipan

positif secara sukarela mendedahkan dengan tepat dan sepenuhnya

semua fakta matan mengenai risiko yang dicadangkan, sama ada ia

diminta atau tidak.

Page 5: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 75

Kontrak Takaful Keluarga dan Takaful Am mengikat semua pihak

yang terlibat secara penuh percaya mutlak, yang bermaksud kedua-

dua pihak (peserta & pengendali Takaful) perlu mendedahkan semua

fakta-fakta yang berkaitan, sama ada diminta atau tidak, yang

dianggap penting kepada pihak yang satu lagi membuat keputusan

untuk terikat dengan kontrak. Kegagalan mendedahkan maklumat

penting walaupun tidak diminta, memberikan hak kepada pihak yang

terkilan untuk menganggap kontrak tersebut sebagai tidak sah dan

terbatal. Di bawah doktrin Penuh Percaya Mutlak, kedua-dua pihak

bertanggungjawab mendedahkan semua fakta matan dengan lengkap

dan benar.

Di bawah pelan Takaful kebakaran, antara contoh fakta matan adalah

kegunaan dan jenis bahan pembinaan. Sekiranya pencadang (peserta)

mengisytiharkan dalam borang cadangan bahawa bangunan itu

digunakan sebagai sebuah kedai runcit yang dibina daripada bahan

batu bata, dan kemudiannya didapati selepas berlaku kebakaran

bahawa premis itu sebenarnya adalah sebuah bangunan kayu yang

digunakan sebagai stor menyimpan bahan kimia. Ini secara jelas

bertentangan dengan doktrin Penuh Percaya Mutlak dan boleh

menyebabkan tuntutan ditolak. Begitu juga, dalam kes Takaful

keluarga, contoh-contoh fakta matan ialah umur, pekerjaan dan

keadaan kesihatan.

Doktrin Penuh Percaya Mutlak juga menuntut agar tiada

penyembunyian, salah nyata atau penipuan fakta matan. Prinsip

Penuh Percaya Mutlak ini perlu terus diamalkan sepanjang tempoh

perlindungan Takaful di mana peserta dikehendaki memberitahu dan

mendedahkan kepada Pengendali Takaful apa-apa perubahan fakta

material yang mungkin meningkatkan risiko. Pengendali Takaful

akan membuat keputusan sama ada sebarang peningkatan risiko boleh

dikenakan kadar caruman / sumbangan yang lebih tinggi,

menguatkuasakan syarat-syarat tambahan, atau menolak terus

cadangan berkenaan. Contoh: perubahan fungsi/kegunaan sesebuah

bangunan daripada sebuah kedai runcit kepada stor penyimpanan

bahan bunga api.

Page 6: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

76 Amalan Asas Takaful

Walau bagaimanapun, pencadang atau peserta tidak perlu

memberitahu perkara-perkara berikut:

Fakta-fakta yang mengurangkan risiko kepada Pengendali

Takaful. Sungguhpun demikian, peserta digalakkan untuk

memberitahu fakta berkenaan dengan harapan mendapat terma

dan syarat kontrak yang lebih baik atau mendapat diskaun

premium.

Fakta yang menjadi pengetahuan umum. Umpamanya undang-

undang pematuhan dan keselamatan bangunan-bangunan

pencakar langit di Kuala Lumpur adalah terletak di bawah

pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Lumpur.

Fakta-fakta dan sumber maklumat yang diperolehi dari peserta

yang boleh dibuat kesimpulan. Contohnya: peserta yang

mempunyai ketinggian 150 dan berat badan 100 kg boleh

disimpulkan sebagai obesiti dan akan tertakluk kepada

pengunderaitan perubatan.

Fakta-fakta yang tidak diperlukan oleh Pengendali Takaful.

Fakta-fakta yang tertakluk di bawah syarat-syarat dalam Sijil

Takaful.

Bagi tujuan penguatkuasaan sijil kontrak Takaful, pihak-pihak yang

terlibat perlu jujur dan mempunyai niat yang baik. Oleh itu, tindakan

tidak memberitahu fakta penting, penipuan, salah nyata atau memberi

kenyataan palsu adalah merupakan elemen-elemen yang boleh

membatalkan sijil Takaful.

Prinsip Penuh Percaya Mutlak tidak dipenuhi apabila pencadang

mengetahui atau sepatutnya mengetahui tentang fakta matan tetapi;

gagal untuk memberitahu atau mendedahkan fakta material

berkenaan; atau

menyalahnyatakan fakta penting.

Apabila peserta gagal memberitahu fakta material, pelanggaran

prinsip penuh percaya mutlak tersebut diklasifikasikan sebagai tidak

memberitahu / mendedahkan atau menyembunyikan fakta, iaitu

Page 7: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 77

penipuan kerana tidak memberitahu. Sekiranya peserta membuat

salah nyata fakta, kesalahan tersebut diklasifikasikan sebagai

salahnyata tanpa niat atau penipuan kerana salahnyata.

Apabila pelanggaran Prinsip Penuh Percaya Mutlak berlaku, kontrak

Takaful boleh terbatal tanpa mengira sama ada pelanggaran itu telah

dilakukan tanpa niat atau dengan niat untuk menipu.

Kontrak Takaful mengenakan tanggungjawab uberrima fides atau

Penuh Percaya Mutlak kepada pihak-pihak yang terlibat dengan

kontrak Takaful.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk memberitahu/

mendedahkan kepada pengendali Takaful tentang semua fakta

penting mengenai perkara pokok insurans dan keadaan yang

berkaitan dengannya.

Fakta matan adalah fakta yang boleh mempengaruhi pertimbangan

pengendali / syarikat insurans dalam menetapkan amaun premium /

sumbangan atau menentukan sama ada menerima atau menolak risiko

yang dicadangkan. (Rivaz v. Gerussi [1880] 6 QBD 222).

Sama ada sesuatu fakta itu adalah fakta matan atau sebaliknya, ia

bukanlah hak peserta untuk menentukannya. Hakikatnya, keputusan

muktamad hanya boleh ditetapkan oleh mahkamah.

Fakta matan termasuk perkara-perkara berikut:

Fakta-fakta yang cenderung untuk menyebabkan risiko yang

dicadangkan menjadi lebih merbahaya daripada biasa. Kecacatan

fizikal seperti kehilangan deria penglihatan atau anggota badan

boleh meningkatkan risiko kemalangan dan memberi kesan

kepada kesihatan dan tempoh hayat pihak yang dilindungi.

Tabiat, aktiviti harian dan sejarah keluarga juga boleh

mempengaruhi risiko.

Fakta yang difikirkan perlu untuk menjelaskan sifat-sifat luar

biasa risiko yang dicadangkan untuk perlindungan Takaful, di

Page 8: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

78 Amalan Asas Takaful

mana tanpanya, pengendali Takaful menganggap ia adalah risiko

biasa. Contohnya, pekerjaan yang merbahaya.

Fakta-fakta yang kelihatan mempunyai motif tertentu. Contohnya

perlindungan umum.

Adalah menjadi keperluan undang-undang untuk menyatakan dengan

jelas dan nyata di dalam borang cadangan akan perkara-perkara

berikut:

Mengikut peruntukan Seksyen 28, Akta Takaful 1984;

"Pencadang hendaklah memberitahu sepenuhnya dan dengan jujur

dalam borang cadangan akan semua fakta yang diketahui atau

sepatutnya diketahui, jika tidak, sijil yang dikeluarkan mungkin

menjadi tidak sah”.

Tanggungjawab memberitahu fakta matan adalah perlu ketika:-

Ketika permulaan kuat kuasa sijil

Tugas memberitahu fakta matan dianggap selesai apabila

rundingan mengenai perlindungan dimuktamadkan. Walau

bagaimanapun, sebelum risiko diterima atau sekiranya peserta

masih perlu mendedahkan fakta-fakta tambahan, peserta

bertanggungjawab dan perlu memberitahu fakta-fakta tersebut.

Ketika pembaharuan sijil

Tanggungjawab memberitahu memainkan pernanan sekali lagi

ketika rundingan memperbaharui sijil.

Ketika sijil sedang berkuatkuasa

Peserta mempunyai tanggungjawab untuk memberitahu semua

fakta matan yang berkaitan dengan sebarang perubahan terhadap

risiko yang dilindungi.

Page 9: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 79

5.1.3 Prinsip Indemniti

Indemniti boleh ditakrifkan sebagai mekanisme yang digunakan oleh

pengendali Takaful membayar pampasan dalam usaha untuk

meletakkan peserta dalam kedudukan kewangan yang sama seperti

yang dinikmati sebelum berlakunya kerugian.

Kontrak Takaful mejanjikan perlindungan kepada peserta sekiranya

berlaku kerugian atau kerosakan. Apabila kerugian berlaku, jumlah

gantirugi yang boleh dituntut dikenali sebagai ‘ukuran ganti rugi’. Ia

bermaksud bayaran gantirugi disebabkan kecederaan atau kerugian

yang dialami. Prinsip indemniti memerlukan pengendali Takaful

mengembalikan peserta kepada kedudukan kewangan yang sama

sebagaimana yang dinikmati sebelum berlaku kerugian.

Semua perlindungan harta dan wang Takaful adalah merupakan

kontrak indemniti, iaitu sejumlah amaun yang perlu dibayar apabila

berlaku sesuatu kejadian yang dilindungi, terhad kepada setakat

amaun kerugian kewangan yang dialami oleh peserta. Oleh itu,

apabila berlaku kerugian, tanggungjawab pengendali Takaful adalah

meletakkan peserta dalam kedudukan kewangan yang sama

sebagaimana yang dinikmati sebelum berlakunya kerugian, tertakluk

kepada kecukupan jumlah perlindungan dan syarat-syarat polisi lain -

penggunaan prinsip purata (average), lebihan dan had.

Produk Takaful menyediakan pampasan kewangan untuk meletakkan

peserta dalam kedudukan kewangan yang sama sebagaimana yang

dinikmati sebelum berlaku kerugian. Ia memastikan peserta tidak

mendapat lebih daripada jumlah sebenar kerugian dan menghalang

peserta daripada membuat keuntungan daripada tuntutan itu. Semua

kontrak perlindungan harta dan liabiliti Takaful adalah tertakluk

kepada prinsip ini. Takaful Keluarga, termasuk pelan perlindungan

kesihatan dan kemalangan diri bukan kontrak indemniti kerana

kehilangan nyawa tidak boleh dinilai dan diganti dengan ganti rugi

kewangan.

Page 10: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

80 Amalan Asas Takaful

Prinsip indemniti digunapakai dalam keadaan-keadaan berikut:

Peserta perlu membuktikan bahawa mereka telah megalami

kerugian akibat kerosakan atau kehilangan perkara pokok (subject

matter) yang dilindungi di bawah pelan perlindungan Takaful dan

kerugian tersebut boleh dinilai dalam bentuk nilai kewangan.

Jumlah pampasan yang dibayar adalah jumlah perlindungan

dibawah pelan Takaful di mana jumlah indemiti tidak boleh

melebihi jumlah perlindungan.

Sekiranya peserta menerima jumlah pampasan yang melebihi

jumlah kerugian sebenar, Pengendali Takaful berhak untuk

mendapatkan semula amaun lebihan tersebut dari peserta. Begitu

juga sekiranya peserta menerima amaun yang melebihi dari

kerugian sebenar daripada pihak ketiga selepas ganti rugi

sepenuhnya diperolehi dari Pengendali Takaful, Pengendali

Takaful mempunyai hak di bawah prinsip Subrogasi untuk

mendapatkan kembali apa-apa amaun yang dibayar oleh pihak

ketiga.

Perlu diingat bahawa amaun perlindungan bukanlah ukuran

sebenar indemniti tetapi hanya sebagai suatu penetapan had

amaun yang boleh dibayar. Amaun ganti rugi sebenar adalah

berdasarkan prinsip ‘jumlah perlindungan atau nilai pasaran yang

mana lebih rendah’.

Dalam amalan Takaful Am, peserta perlu memastikan bahawa dia

tidak menilai kurang daripada nilai sebenar perkara pokok insurans

semata-mata untuk membayar caruman yang lebih rendah dan

mengharapkan bayaran pampasan penuh atas kerugian yanag

ditanggung. Perbuatan ini dianggap hina di syarak kerana membuat

sumbangan yang tidak setimpal kepada dana Takaful serta

membebankan peserta lain. Dalam situasi seperti ini, ‘Klausa Purata’

akan digunakan. Sebagai contoh, peserta yang dilindungi di bawah

pelan Takaful motor sebanyak RM30,000 amaun perlindungan

mengetahui sepenuhnya bahawa nilai pasaran sebenarnya ialah

RM50,000. Apabila berlaku kerosakan akibat kemalangan dan kos

pembaikan ialah RM20,000 maka peserta akan menerima bayaran

Page 11: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 81

ganti rugi yang dikira berdasarkan formula 'Klausa Purata' seperti

berikut:

Amaun perlindungan X kerugian

Nilai pasaran

RM 30,000 X RM 20,000 = RM 12,000

RM 50,000

Berdasarkan contoh di atas, Pengendali Takaful hanya perlu

membayar RM12,000, sementara baki sebanyak RM8,000 perlu

ditanggung sendiri oleh peserta.

Peserta boleh membuat tuntutan ganti rugi atas kerugian kewangan

yang ditanggung, dan ia tidak termasuk kerugian emosi atau

kerugian-kerugian lain yang berkaitan dengannya. Selain dari itu,

peserta tidak boleh mengaut keuntungan dari musibah / kerugian yang

ditanggung. Sekiranya kerosakan yang berlaku adalah sebahagian

sahaja maka peserta tidak berhak menuntut jumlah penuh kerugian.

Tuntutan terhad kepada jumlah kerugian sebenar sahaja. Apabila

peserta telah menerima bayaran ganti rugi sepenuhnya, peserta

dikehendaki memindahkan hak tuntutan terhadap pihak ketiga kepada

Pengendali Takaful. Peserta tidak boleh mendapatkan ganti rugi lanjut

daripada pihak ketiga atas kerugian yang sama. (Ini berkaitan dengan

hak Subrogasi). Peserta tidak berhak memperolehi bayaran gantirugi

lebih daripada sekali, tanpa mengira berapa banyak sijil Takaful yang

dimiliki. Peserta tidak boleh menerima bayaran lebih daripada amaun

penuh kerugian dari lain-lain pengendali Takaful atas kerugian yang

sama. (Ini berkaitan dengan Prinsip Perkongsian Sama Rata).

Indemniti menetapkan amaun maksimum yang boleh dibayar di

bawah sesuatu pelan Takaful, tertakluk kepada had jumlah

perlindungan. Jumlah perlindungan adalah had liabiliti yang perlu

ditanggung oleh Pengendali Takaful.

Kontrak Takaful Am adalah kontrak indemniti dimana kepentingan

boleh lindung boleh diukur; contohnya harta benda, kontrak Takaful

Page 12: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

82 Amalan Asas Takaful

kewangan dan liabiliti. Kontrak kemalangan diri dan Takaful keluarga

tidak tergolong dalam kontrak indemniti.

Ukuran indemniti bergantung kepada jenis-jenis perlindungan

Takaful. Secara umumnya, indemniti Takaful harta adalah

berdasarkan sama ada kos penggantian selepas ditolak susut nilai atau

nilai pasaran; sementara di bawah Takaful liabiliti, indemniti diukur

berdasarkan amaun award yang diputuskan oleh pihak mahkamah

atau amaun penyelesaian luar mahkamah, termasuk kos dan

perbelanjaan yang diluluskan. Indemniti dalam Takaful kewangan

diukur berdasarkan jumlah kerugian kewangan yang dialami oleh

peserta, sebagai contoh:

Skim Takaful Ukuran Indemniti

Harta benda Kos Penggantian ditolak susut nilai atau

nilai pasaran

Liabiliti Award mahkamah + Kos & Perbelanjaan

Kewangan Kerugian kewangan

5.1.4 Prinsip Subrogasi

Subrogasi boleh ditakrifkan sebagai hak Pengendali Takaful setelah

membayar indemniti di bawah obligasi undang-undang, bertindak

menggunakan hak dan remidi peserta, sama ada ia telah

dikuatkuasakan atau tidak.

Ini adalah turutan dari prinsip indemniti. Subrogasi adalah hak

Pengendali Takaful yang telah bersetuju membayar ganti rugi, dan

setelah bayaran dibuat maka pengendali mempunyai hak untuk

menuntut amaun yang sama dari pihak ketiga yang menyebabkan

kerugian berkenaan.

Prinsip subrogasi merujuk kepada hak Pengendali Takaful bertindak

di tempat peserta selepas penyelesaian tuntutan, untuk membuat

tuntutan balas daripada pihak ketiga. Hak subrogasi juga boleh

digunakan oleh Pengendali Takaful walaupun bayaran tuntutan belum

Page 13: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 83

lagi dibuat. Pada dasarnya, doktrin subrogasi digunakan dalam

perkara-perkara berikut:

Ia adalah turutan dari prinsip indemniti bagi memastikan peserta

tidak meraih keuntungan dari musibah / kerugian yang berlaku.

Hak ini boleh digunakan sungguhpun amaun gantirugi belum lagi

dibayar kepada peserta. Sekiranya sebahagian bayaran telah

dibuat oleh pihak ketiga, pengendali Takaful hanya perlu

membayar amaun bakinya sahaja.

Amaun tuntutan subrogasi tidak boleh melebihi jumlah tuntutan

yang dibayar kepada peserta. Sekiranya Pengendali Takaful

menuntut amaun yang lebih tinggi dari apa yang dibayar kepada

peserta, lebihan bayaran hendaklah diserahkan kepada peserta.

Prinsip ini tidak boleh digunapakai dalam kontrak Takaful

Keluarga dan Kemalangan Diri.

Prinsip subrogasi dijelaskan melalui contoh berikut:

Rumah kediaman milik peserta A telah musnah dijilat api yang

berpunca dari kebakaran disebabkan letupan dikilang berhampiran.

Peserta A mengemukakan tuntutan kepada pengendali Takaful

sebanyak RM500,000. Apabila pembayaran tuntutan telah dibuat,

pengendali Takaful diberikan hak subrogasi untuk menuntut jumlah

yang serupa dari pemilik kilang yang bertanggungjawab

menyebabkan kebakaran dan kerugian berkenaan.

Sebelum hak tersirat Subrogasi yang memihak kepada Pengendali

Takaful itu digunakan, dua syarat berikut perlu dipenuhi:-

i. Kontrak Takaful yang wujud hendaklah merupakan kontrak

indemniti. Oleh itu, subrogasi tidak boleh digunapakai untuk

kontrak bukan indemniti seperti kontrak Takaful Keluarga dan

Kemalangan Diri.

ii. Pengendali Takaful hendaklah menyelesaikan bayaran tuntutan

terlebih dahulu. Mengikut amalan biasa, pengendali Takaful

menyatakan hal ini dengan jelas di dalam sijil Takaful bagi

memperolehi hak subrogasi sebelum bayaran ganti rugi dibuat.

Page 14: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

84 Amalan Asas Takaful

Subrogasi adalah hak seseorang untuk bertindak bagi pihak orang lain

dengan memiliki semua hak dan remedinya, sama ada ia telah berkuat

kuasa atau sebaliknya. (Burnard vs Rodocanachi). Prinsip ini

bermaksud setelah membayar indemniti, pengendali Takaful berhak

untuk menerima kembali apa-apa bayaran yang diterima daripada

mana-mana sumber atas tuntutan yang serupa

Hak subrogasi di bawah undang-undang lazim tidak diiktiraf selagi

Pengendali Takaful tidak memproses, meluluskan dan membayar

tuntutan. Disebabkan masaalah yang timbul dari prinsip ini,

Pengendali Takaful meletakkan syarat dalam sijil Takaful yang

memberikan diri mereka hak subrogasi sebelum bayaran tuntutan

dibuat (kecuali Takaful Marin), tetapi Pengendali Takaful perlu

bertindak atas nama peserta.

5.1.5 Prinsip Perkongsian Sama Rata

Prinsip ini boleh ditakrifkan sebagai hak Pengendali Takaful untuk

meminta Pengendali Takaful lain yang sama-sama menanggung risiko

berkenaan supaya membuat sumbangan (bayaran ganti rugi) mengikut

bahagian masing-masing.

Prinsip tersebut juga adalah satu lagi akibat turutan dari prinsip

indemniti. Ia merupakan syarat tersirat dalam kontrak indemniti di

mana sekiranya terdapat kontrak indemniti lain yang memberi

perlindungan atas perkara pokok dan risiko yang sama, jumlah

bayaran ganti rugi kepada peserta hendaklah dibahagikan di kalangan

semua pengendali mengikut nisbah masing-masing.

Prinsip Perkongsian Sama Rata digunakan di bawah kontrak Takaful

Am bagi mengelakkan peserta meraih keuntungan daripada tuntutan

berganda atas kerugian yang sama daripada Pengendali Takaful yang

berbeza. Di bawah prinsip ini, amaun kerugian hendaklah dikongsi

bersama antara Pengendali Takaful mengikut bahagian atau nisbah

masing-masing. Amalan ini dapat mengukuhkan prinsip indemniti.

Page 15: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 85

Penjelasan mengenai Prinsip Perkongsian Sama Rata adalah seperti

contoh berikut:

Peserta B mendapat perlindungan Takaful untuk rumahnya bernilai

RM1 juta dengan pengendali Takaful X, Y dan Z dengan harapan

untuk membuat keuntungan dengan membuat tuntutan daripada

semua Pengendali Takaful bagi jumlah sebanyak RM3 juta (RM1 juta

dari setiap pengendali Takaful) sekiranya rumah miliknya itu musah

akibat kebakaran. Apabila rumah tersebut musnah dijilat api, peserta

B mengemukakan tuntutan kepada semua Pengendali Takaful seperti

yang dirancang. Walau bagaimanapun, apabila hal tersebut telah

diketahui, setiap pengendali Takaful hanya akan membayar bahagian

masing-masing iaitu sebanyak RM333,333 untuk jumlah keseluruhan

RM1 juta.

Prinsip Perkongsian Sama Rata hanya boleh diguna pakai dalam

kontrak indemniti sahaja. Pengendali-Pengendali Takaful yang

terlibat mestilah telah memberi perlindungan kepada:

Kepentingan yang sama (iaitu peserta yang sama, melindungi

kepentingan yang sama dengan lebih dari satu pengendali

Takaful).

Perkara pokok yang sama (iaitu kesemua sijil Takaful yang

dikeluarkan melindungi perkara pokok yang sama)

Peril yang sama (di mana prinsip perkongsian sama rata akan

digunakan sekiranya semua sijil melindungi peril yang sama yang

mengakibatkan berlakunya kerugian).

Dengan menyatakan syarat-syarat sumbangan secara terang dan nyata

di dalam sijil Takaful, pengendali tidak akan bertanggungjawab untuk

membayar atau menyumbang lebih daripada nisbah sepatutnya atas

jumlah keseluruhan bayaran pampasan.

Jika syarat ini tidak dinyatakan dalam sijil perlindungan, peserta

mempunyai hak untuk membuat tuntutan terhadap mana-mana

pengendali. Seterusnya, pengendali yang telah membayar ganti rugi

akan membuat tuntutan bahagiannya dari pengendali Takaful lain.

Page 16: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

86 Amalan Asas Takaful

Di bawah undang-undang lazim, apabila peserta mempunyai lebih

daripada satu sijil Takaful, dia hanya boleh membuat tuntutan kepada

salah satu pengendali sahaja. Pengendali Takaful perlu membayar

gantirugi, terhad kepada jumlah liabilitinya sahaja, kemudian barulah

boleh menuntut sumbangan daripada pengendali lain selepas dia telah

membayar bahagiannya.

Prinsip Perkongsian Sama Rata boleh digunakan hanya apabila

syarat-syarat berikut dipenuhi. Sijil Takaful tidak semestinya

melindungi kepentingan, peril atau perkara pokok yang sama, tetapi

hendaklah terdapat pertindihan sijil di mana:

a) Terdapat dua atau lebih sijil indemniti yang berkuatkuasa.

b) Sijil-sijil berkenaan melindungi kepentingan yang sama.

c) Sijil-sijil tersebut melindungi peril yang sama yang menyebabkan

berlakunya kerugian.

d) Setiap sijil mestilah bertanggungjawab atas kerugian yang

berlaku.

Untuk mengatasi kesulitan ini, kebanyakan sijil Takaful Bukan Marin

mengandungi klausa perkongsian sama rata. Ia menyatakan bahawa

Pengendali Takaful hanya bertanggungjawab atas nisbah atau

bahagiannya sahaja.

Pengendali Takaful bertanggungjawab atas bahagiannya sahaja, dan

peserta boleh membuat tuntutan berasingan terhadap Pengendali-

Pengendali Takaful yang lain. Tujuan diadakan fasal sumbangan ini

adalah untuk menghalang peserta daripada membuat tuntutan

terhadap satu pengendali sahaja sehingga menyebabkan pengendali

tersebut terpaksa menanggung jumlah penuh kos tuntutan, walaupun

kemudiannya ia berhak meminta / menuntut pengendali lain membuat

sumbangan atas kerugian yang sama.

Pengendali Takaful bersetuju bahawa kaedah pengiraan kadar

sumbangan tidak tertakluk kepada klausa purata (average clause)

adalah seperti berikut:

Page 17: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 87

a.

Amaun perlindungan dari setiap

Pengendali Takaful

------------------------------------------- X kerugian = liabiliti

Amaun perlindungan dari semua

Pengendali Takaful

Contoh

A : RM6,000 x RM1,000 = RM600

B : RM4,000

Rugi : RM1,000

A bayar : RM6,000 x RM1,000 = RM600

RM10,000

B bayar : RM4,000 x RM1,000 = RM400

RM10,000

b. Perlindungan harta lain (kaedah lebih kerap digunakan)

Sekiranya sijil perlindungan tertakluk kepada fasal purata atau

had kerugian individu dikenakan atas amaun perlindungan,

kaedah “liabiliti bebas” akan digunakan. Liabiliti bebas ialah

jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh pengendali sekiranya ia

adalah antara Pengendali Takaful yang menawarkan

perlindungan.

Liabiliti pengendali bebas x kerugian = pengendali bebas

Jumlah liabiliti dari semua

Pengendali Takaful

i) A : RM2,000.00

B : RM1,000.00

Rugi : RM 450.00

Page 18: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

88 Amalan Asas Takaful

A bayar : RM2,000 x RM450 = RM200

RM4,500

B bayar : RM1,000 x RM450 = RM100

RM4,500

ii) Sekiranya A melindungi RM4,500

A bayar : RM4,500 x RM450 = RM450

RM4,500

B bayar : RM100 x RM450 = RM100

RM550 = RM550

======

Dalam kes ini, jumlah liabiliti pengendali bebas adalah melebihi

amaun kerugian dan nisbah pembayaran ialah:

A bayar : RM450 x RM450 = RM368.20

RM550

B bayar : RM100 x RM450 = RM 81.80

RM550 RM450.00

========

Prinsip ini tidak boleh digunakan di bawah kontrak Takaful

kemalangan diri. Oleh yang demikian, seseorang itu boleh menuntut

jumlah ganti rugi penuh di bawah beberapa sijil Takaful yang

dikeluarkan oleh Pengendali Takaful yang berbeza (kecuali

perbelanjaan perubatan). Walau bagaimanapun, semua pengendali

menetapkan peraturan agar pencadang memberitahu penanggung

akan polisi / sijil perlindungan kemalangan diri lain yang dimilikinya.

Terdapat Pengendali Takaful yang menetapkan syarat dalam sijil

perlindungan iaitu sijil Takaful akan terbatal sekiranya peserta

menguatkuasakan sijil Takaful yang baru tanpa kebenaran bertulis

dari Pengendali Takaful terdahulu.

Page 19: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 89

5.1.6 Prinsip Sebab Terhampir (Proximate Cause)

Ia ditakrifkan sebagai punca atau sebab paling efektif yang

mengungguli rantaian kejadian / peristiwa yang membawa kepada

kerugian, tanpa dicemari oleh mana-mana punca lain yang bermula

dan berfungsi secara aktif dari punca yang baru dan bebas. Pepatah

Latin menyebutnya sebagai sed causa Proxima non-remota

spectature (tumpukan kepada sebab hampiran dan bukan sebab

terpencil). Sebab-sebab berlakunya kerugian perlu dikenalpasti kerana

hanya risiko tertentu yang dilindungi sahaja (tidak dikecualikan risiko

seperti yang dinyatakan dalam sijil Takaful) yang boleh dibayar ganti

rugi. Kerugian yang berlaku mungkin bukan disebabkan dari peril

atau peristiwa tunggal. Mungkin ada sebab-sebab serentak atau

rantaian sebab-sebab yang mungkin berlaku dalam turutan peristiwa

atau dalam rantaian peristiwa yang berasingan.

Doktrin sebab terhampir boleh dijelaskan secara tepat dengan

merujuk kepada satu kes perundangan yang berlaku di United

Kingdom, di mana seorang pemegang polisi mengalami kecederaan

akibat kemalangan ketika memburu. Dia tidak dapat berjalan selepas

kemalangan dan terpaksa berbaring di atas tanah basah dan

menyebabkan dia mengalami radang paru-paru dan seterusnya

meninggal dunia. Terdapat rantaian sebab-sebab yang tidak putus-

putus yang menyebabkan kemalangan, kecederaan dan kematian.

Mahkamah memutuskan bahawa punca atau sebab terhampir yang

membawa kepada kematian adalah kemalangan, bukan sakit radang

paru-paru.

Beban untuk membuktikan kerugian ditanggung oleh peserta. Apabila

berlaku kerugian, tanggungjawab peserta ialah untuk membuktikan

bahawa kerugian yang membawa kepada tuntutan ganti rugi adalah

disebabkan oleh peril yang dilindungi. Sekiranya kerugian berlaku

berpunca dari satu sebab sahaja, tiada kesukaran yang timbul untuk

menentukan liabiliti.

Page 20: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

90 Amalan Asas Takaful

5.1.6.1 Pengendali Takaful tidak bertanggungjawab atas peril

yang tidak dilindungi atau peril yang dikecualikan

Pengendali Takaful bertanggungjawab ke atas kerugian yang

disebabkan oleh peril atau bahaya yang dilindungi. Sebaliknya,

Pengendali Takaful tidak akan bertanggungjawab keatas kerugian

yang disebabkan peril yang tidak dilindungi atau peril yang

dikecualikan. Peril yang dilindungi ialah peril yang dinyatakan secara

jelas dalam sijil Takaful bahawa ia diberi perlindungan. Peril yang

tidak dilindungi ialah peril yang tidak dinyatakan dalam sijil dan oleh

itu tiada perlindungan diberikan, kecuali ia berlaku akibat dari peril

yang dilindungi. Contoh peril yang tidak dilindungi di bawah sijil

Takaful kebakaran ialah asap dan kerosakan disebabkan air. Peril

yang dikecualikan ialah peril yang dinyatakan secara jelas dalam sijil

bahawa ia tidak dilindungi.

Kerugian yang berlaku mungkin disebabkan oleh dua atau lebih

sebab-sebab yang terjadi serentak atau pun berturutan. Masalah

timbul apabila dua atau lebih sebab-sebab tersebut melibatkan peril

yang dilindungi dan juga peril yang dikecualikan. Dalam keadaan

yang sedemikian, ia menjadi sukar bagi peserta untuk menentukan

punca sebenar kerugian. Untuk menyelesaikan kesukaran ini, undang-

undang memperkenalkan doktrin Sebab Terhampir berdasarkan

perumpamaan Latin ‘maxim causa proxima non remota spectatur’

yang bermaksud tumpukan kepada sebab hampiran, bukan sebab

terpencil. Oleh itu, sekiranya kerugian berlaku disebabkan oleh

beberapa sebab hampiran, sebab yang paling unggul atau efektif perlu

dikenalpasti dan disahkan sebagai punca kepada kerugian.

Sebab Terhampir ialah punca atau sebab paling efektif dan berkesan

yang mengungguli rantaian kejadian / peristiwa yang membawa

kepada kerugian. Sekiranya Sebab Terhampir itu merupakan peril

yang dilindungi, maka ganti rugi akan dibayar. Tiada pampasan untuk

peril yang tidak dilindungi. Perlu diambil perhatian bahawa mesti ada

hubungan langsung antara sebab dan akibat, di mana ia mestilah

merupakan sebab hampiran yang paling efektif dan berkesan,

walaupun tidak pada masa berkenaan. Doktrin ini digunapakai

Page 21: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 91

terutamanya apabila kerugian berlaku disebabkan oleh sebab-sebab

yang berturutan.

5.1.6.2 Pengendali Takaful bertanggungjawab atas kerugian

akibat Sebab Terhampir bagi peril yang dilindungi

sahaja.

Dalam kes Pawsey & Company v Scottish Union & National

Insurance Company (1907), mahkamah mendefinisikan sebab

terhampir sebagai “sebab paling efektif dan berkesan yang

mengungguli rantaian kejadian / peristiwa yang membawa kepada

kerugian, tanpa dicemari oleh mana-mana punca lain yang bermula

dan berfungsi secara aktif dari punca yang baru dan bebas”.

Biasanya terdapat rantaian kejadian atau sebab-sebab yang membawa

kepada kerugian, bukan kerana satu sebab sahaja.

Sekiranya kerugian berlaku disebabkan secara langsung oleh peril

yang dilindungi maka tuntutan ganti rugi akan dibayar, dengan syarat

ia tidak melibatkan peril yang tidak dilindungi / dikecualikan yang

menjadi punca utama dalam rantaian peristiwa yang menggerakkan

peril yang dilindungi.

Doktrin ini sangat penting kerana lebih daripada satu sebab yang

boleh dikaitkan sehingga menyebabkan terjadinya keadaan yang

membawa kepada tuntutan kerugian. Oleh itu, perlu dikenalpasti

samada sebab efektif dan berkesan itu adalah peril yang dilindungi

atau dikecualikan dari kontrak perlindungan.

Contoh:-

1. Seorang peserta pelan Takaful yang menghidap penyakit batu

karang telah dirempuh oleh sebuah kereta dan kemudiannya

meninggal dunia. Penyakit batu karang yang dihidapinya tidak

menyebabkan kematian. Sebab kematian beliau tidak termasuk

peril seperti yang dinyatakan dalam polisi. (Louden v British

Merchants Ins. Co. Ltd [1961]).

Page 22: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

92 Amalan Asas Takaful

2. Seorang peserta jatuh dari tangga dan patah kaki, dan

kemudiannya dibawa ke hospital. Di hospital, beliau dijangkiti

sakit kerongkong dari salah seorang pesakit di katil sebelah.

Peserta kemudiannya meninggal dunia. Kemalangan yang berlaku

tidak menyebabkan kematian. Sakit kerongkong bukanlah punca

yang menyebabkan patah kaki.

3. Sungguhpun demikian, sekiranya terdapat rantaian penyebab

kerugian yang tidak terputus, sebab yang paling awal adalah

merupakan sebab hampiran. Seorang peserta secara tidak sengaja

telah mencalarkan kakinya, menyebabkan erysipelas;

kemudiannya merebak menjadi septicemia, diikuti dengan septik

neumonia dan akhirnya meninggal dunia. Calar adalah sebab

hampiran yang membawa kematian. Setiap jenis penyakit yang

dialami adalah dianggap normal atau semulajadi, yang

berkemungkinan mempunyai kaitan / rantaian antara calar dan

kematian.(Mardorf v Accident Insurance Co [1903]).

Contoh-contoh lain ialah:

Sekiranya peserta telah menghidap penyakit sebelum terlibat

dalam kemalangan, penyakit dan kemalangan itu dianggap

sebagai sebab yang berasingan dan bebas dari sebarang

pengaruh. Contohnya, sakit yang dihidapi oleh peserta tidak

menghalangnya untuk pergi ketempat kerja. Semasa dalam

perjalanan, peserta terlibat dalam kemalangan dan meninggal

dunia. Sebab kematian adalah kemalangan, bukan sakit

kerana sakit dianggap sebagai sebab yang berasingan.

Sekiranya kesan dari kemalangan telah mendedahkan

kewujudan sesuatu penyakit yang merupakan punca tunggal /

awal yang mengakibatkan kematian atau hilang upaya,

peserta tidak dilindungi oleh sijil Takaful.

Sekiranya selepas berlaku kemalangan, peserta membuat

tuntutan atas alasan kemalangan telah menyebabkan tulang

retak. Kemalangan tidak menyebabkan sebarang kecederaan,

Page 23: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 93

Sekiranya seseorang itu didapati menghidap penyakit setelah

berlaku kemalangan, sebab hampiran tidak semestinya bebas

dan berasingan sehingga menyebabkan kematian atau hilang

upaya, walaupun mungkin sebab langsung kematian ialah

kerana penyakit, namun mungkin juga akibat semula jadi

disebabkan kemalangan - penyakit menjadi sebahagian dari

rantaian penyebab dan kemalangan menjadi sebab hampiran,

bukan sebab terpencil.

Oleh itu, kematian disebabkan sakit burut setelah jatuh akibat

“kemalangan” adalah menepati peruntukan yang dinyatakan

dalam sijil Takaful, kecuali sekiranya dinyatakan secara jelas

bahawa sakit burut tidak dilindungi.

Sekiranya berlaku kerugian, beban untuk membuktikan bahawa

kerugian yang berlaku disebabkan peril yang dilindungi adalah

ditanggung oleh peserta. Sebaliknya, beban untuk membuktikan

bahawa kerugian yang berlaku tidak dilindungi kerana terdapat

pengecualian tertentu adalah ditanggung oleh Pengendali Takaful.

5.1.7 Prinsip Tabarru’ (Derma)

Tabarru’ atau derma, bermaksud prinsip berkongsi tanggungjawab

dan saling menjamin antara satu sama lain yang secara jelas

menyatakan bahawa derma atau caruman yang dikutip akan

digunakan untuk membantu “peserta yang memerlukan bantuan

mengikut syarat-syarat yang dipersetujui selagi syarat-syarat tersebut

tidak bercanggah dengan Syariah”.

Dalam perniagaan Takaful Am dan Takaful Keluarga, tabarru'

(derma Takaful) adalah suatu kontrak di mana peserta bersetuju

menderma ke dana Takaful mengikut kadar tertentu, dan dana itu

digunakan untuk membantu peserta yang memerlukannya. Dengan

cara ini, peserta telah memenuhi tanggungjawab saling membantu dan

menjamin apabila peserta lain mengalami kerugian. Penerapan

konsep derma dapat menghapuskan unsur gharar dalam kontrak

Takaful.

Page 24: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

94 Amalan Asas Takaful

Dengan mengambil kira konsep-konsep asas Takaful, pengamal

Takaful telah mengambil langkah kehadapan demi mengembangkan

model Takaful sedia ada ke model perniagaan yang lebih berdaya

maju dan bernilai komersil. Apabila seseorang itu membuat tuntutan

yang sah, pengendali akan membayar gantirugi dengan menggunakan

wang dari dana/derma terkumpul. Dalam masa yang sama, dana

terkumpul juga akan dilaburkan dalam portfolio pelaburan yang

mematuhi keperluan Syariah serta tidak mendedahkan pemegang

sijil/polisi kepada sebarang risiko yang merugikan. Agama Islam

menerima baik prinsip saling membantu dan menunaikan

tanggungjawab bersama.

5.1.8 Prinsip Waranti

Satu lagi prinsip yang digunapakai dalam urusniaga Takaful ialah

waranti. Waranti adalah “jaminan yang biasanya dibuat secara

bertulis tentang integriti sesuatu produk dan tanggungjawab pengeluar

untuk membaiki atau mengganti barangan yang rosak”.

Waranti yang terdapat dalam perlindungan Takaful ialah janji oleh

pihak peserta bahawa kenyataan yang menentukan kesahan sesuatu

kontrak itu adalah benar. Kebanyakan kontrak Takaful

mengkehendaki peserta membuat waranti tertentu. Contohnya, untuk

mendapatkan pelan perlindungan Takaful kesihatan, peserta mungkin

perlu memberi jaminan bahawa dia tidak menghidap sebarang

penyakit merbahaya. Jika jaminan atau waranti yang dibuat oleh

peserta ternyata tidak benar, Pengendali Takaful boleh membatalkan

sijil / pelan perlindungan dan menolak sebarang tuntutan.

Tidak semua salah nyata yang dibuat oleh peserta memberi hak

kepada Pengendali Takaful untuk membatalkan sijil atau

perlindungan Takaful atau menolak tuntutan. Hanya salahnyata

berkaitan syarat dan waranti dalam kontrak sahaja yang memberi hak

berkaitan kepada pengendali. Untuk melayakkannya menjadi suatu

syarat atau waranti, kenyataan hendaklah dibuat dengan jelas dan

dicatatkan dalam kontrak. Peruntukan syarat hendaklah secara jelas

menunjukkan semua pihak bersetuju bahawa hak-hak peserta dan

Page 25: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 95

pengendali adalah tertakluk kepada sejauhmana kebenaran kenyataan

yang dibuat. Waranti dalam kontrak Takaful boleh dibahagikan

kepada dua jenis iaitu:

Perakuan; dan

Akujanji

Jenis Waranti Keterangan

Waranti Perakuan Waranti perakuan ialah suatu kenyataan

pengakuan mengenai fakta yang dibuat

ketika kontrak dibuat. Waranti perakuan yang

tidak benar akan menjadikan kontrak Takaful

terbatal ketika perlindungan mula

berkuatkuasa.

Waranti Akujanji Waranti akujanji ialah suatu kenyataan

mengenai fakta masa akan datang atau fakta

yang akan terus kekal kebenarannya

sepanjang tempoh perlindungan.

Sebagai contoh, peserta membuat perakuan / waranti bahawa harta

miliknya yang dilindungi dibawah sijil Takaful kebakaran tidak akan

digunakan sebagai tempat menyimpan bahan letupan. Pengendali

Takaful boleh membatalkan perakuan itu jika peserta membuat

keputusan untuk memulakan aktiviti pencampuran bahan letupan

dipremis berkenaan. Peruntukan waranti perlu menggunakan bahasa

yang menyatakan secara jelas sama ada ia adalah Perakuan atau

Akujanji.

Kontrak Takaful adalah satu perjanjian yang menyatakan Pengendali

Takaful akan membayar ganti rugi kepada pemegang sijil atas

kerugian yang berlaku disebabkan oleh peril / bahaya yang

dilindungi. Sijil Takaful ‘tidak menjamin integriti produk’, seperti

rumah, kereta, bot dan sebagainya. Ia juga tidak menjamin bahawa

jika sesuatu yang buruk berlaku keatas harta berkenaan (atau kepada

Page 26: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

96 Amalan Asas Takaful

peserta), ia akan dilindungi. Sijil Takaful menetapkan kategori khusus

apa yang dilindungi dan apa yang tidak dilindungi.

A5.2 DANA TAKAFUL

Pengendali Takaful dikehendaki mewujudkan dan mengurus tiga

kategori dana iaitu:

Dana Takaful Am

Dana Takaful Keluarga

Dana Pemegang Saham

Peruntukan undang-undang berkaitan dana Takaful yang terdapat

dalam Akta Takaful 1984 adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

Seksyen 16 – Penubuhan dan penyelenggaraan dana Takaful, dan

peruntukan surplus.

(1) Setiap pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah

menubuhkan dan menyelenggara mengikut seksyen ini, suatu

kumpulan wang Takaful berkenaan dengan kelas atau setiap kelas

perniagaan Takaful yang dijalankan oleh pengendali di Malaysia,

sebagai perniagaan yang berkaitan dengan sijil Malaysia.

(2) Semua penerimaan (wang) pengendali yang boleh diagihkan

kepada perniagaan yang berkaitan dengan dana (termasuk

pendapatan dana) hendaklah dimasukkan ke dalam dana Takaful,

dan aset yang terkandung dalam dana itu hendaklah digunakan

hanya untuk memenuhi apa-apa bahagian liabiliti dan

perbelanjaan pengendali sebagaimana yang sepatutnya diagihkan.

A5.3 JENIS-JENIS MODEL TAKAFUL

Operasi kendalian Takaful dalam sektor tijari (komersil) boleh

dibahagikan kepada beberapa model perniagaan seperti yang

ditunjukkan dibawah:

Page 27: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 97

Model Wakalah

Model Mudharabah

Model Mudharabah + Wakalah (model hibrid)

Model Waqaf

Apa yang penting ialah teras pada mana-mana model seperti yang

dinyatakan dalam kontrak masing-masing adalah berdasarkan

Syariah. Pilihan model oleh Pengendali Takaful menunjukkan

fleksibiliti Syariah. Sesungguhnya, objektif yang perlu dicapai ialah

pencapaian umat manusia kearah kesempurnaan seperti yang

digariskan dalam Maqasid (objektif) Syari’ah.

5.3.1 Model Wakalah

Istilah wakalah dalam Bahasa Arab bermaksud agensi. Oleh itu, di

bawah struktur agensi, hubungan agensi telah dipersetujui antara dua

pihak untuk menjalankan perniagaan tertentu. Berdasarkan dari

pengertian tersebut, model ini menerangkan suatu perjanjian agensi

antara pengendali yang bertindak sebagai ejen atau 'wakil' kepada

peserta yang bertindak sebagai prinsipal, untuk menguruskan

penyertaan prinsipal dalam urus niaga pelbagai produk Takaful yang

disediakan oleh pengendali. Sebagai balasan atas perkhidmatan

agensi yang diberikan, pengendali dibenarkan untuk mengenakan

bayaran di bawah perjanjian itu. Bayaran diperolehi melalui

sumbangan Takaful yang didermakan oleh peserta. Di bawah model

ini, perbelanjaan pengurusan dikenakan atas dana Takaful sebagai

bayaran pendahuluan.

Melalui model ini, pengendali memperolehi pendapatan dari yuran

agensi dan juga keuntungan dari pelaburan dana pemegang saham.

Sungguhpun demikian, terdapat Pengendali Takaful yang

mengamalkan model perniagaan ini dengan mengenakan yuran

prestasi atas perkhidmatan dan peranan yang dimainkan dalam

mengurus pelaburan dana Takaful. Sekiranya berlaku pembatalan

atau penyerahan sijil, baki bersih sumbangan / derma (jika ada) akan

dipulangkan kepada peserta, selepas ditolak semua caj seperti yuran

wakalah dan perbelanjaan pengurusan lain.

Page 28: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

98 Amalan Asas Takaful

Carta Aliran Model Wakalah Takaful Am

Page 29: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 99

Carta Aliran Model Wakalah Takaful Keluarga

Page 30: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

100 Amalan Asas Takaful

5.3.2 Model Mudharabah

Pada asasnya, Mudharabah ditakrifkan sebagai satu prinsip

perkongsian keuntungan yang biasanya digunakan dalam perniagaan

atau kontrak komersial di antara pihak yang menyediakan dana /

modal dan pihak yang menguruskan perniagaan. Bagi Takaful, ia

bermaksud kontrak perkongsian keuntungan antara peserta-peserta

Takaful dan pengendali atas keuntungan (jika ada) perniagaan

Takaful. Di bawah perjanjian ini, kontrak perkongsian keuntungan

yang ditandatangani oleh pengendali, sebagai usahawan atau yang

dipanggil mudharib yang diamanahkan untuk mengurus perniagaan

Takaful dan para peserta sebagai pemodal, yang dipanggil sahib al-

mal - pihak yang bertanggungjawab membayar sumbangan / derma

Takaful sebagai modal atau ra'sul-mal. Kontrak yang ditandatangani

akan menentukan keuntungan perniagaan Takaful dan nisbah

keuntungan untuk dikongsi bersama di antara kedua-dua pihak seperti

50:50, 60:40 atau 70:30. Pada dasarnya, keuntungan dalam

perniagaan Takaful ditakrifkan sebagai pulangan keatas pelaburan

dan lebihan dari pengunderaitan yang berkaitan dengan dana Takaful

sahaja. Oleh itu, ia tidak termasuk keuntungan yang dicatatkan oleh

dana pemegang saham. Bagi perniagaan Takaful keluarga, ia

termasuk lebihan kemortalan (mortality) yang diperuntukkan kepada

peserta yang layak seperti yang diisytiharkan oleh penilaian aktuari

setiap akhir tahun kewangan. Walau bagaimanapun, tidak seperti

kontrak Mudharabah bagi produk perbankan Islam, perkongsian

keuntungan dalam Takaful akan hanya dilaksanakan selepas semua

obligasi Takaful telah diambil kira - obligasi terbesar ialah membayar

tuntutan. Sekiranya urus niaga mengalami kerugian atau dana Takaful

mengalami defisit, kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta

sebagai pemberi modal.

Meskipun demikian, adalah menjadi tanggungjawab utama

pengendali untuk melindungi kepentingan peserta dalam usaha

memastikan perniagaan tidak akan terjejas oleh kerugian yang

mungkin menjejaskan kewibawaan dan keyakinan Takaful secara

keseluruhan. Atas sebab ini, amalan tadbir urus yang betul, berhemat

dan profesionalisme dalam menguruskan perniagaan adalah penting.

Page 31: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 101

Sekiranya perniagaan mencatatkan kerugian, ia adalah tanggungjawab

pengendali untuk mengatasinya, umpamanya dengan membuat

pinjaman (Qard) dari pemegang saham. Antara ciri-ciri penting di

bawah model Mudharabah yang perlu diberi perhatian ialah

perbelanjaan pengurusan tidak dikenakan keatas dana Takaful,

sebaliknya ia ditanggung oleh dana pemegang saham. Perolehan

pedapatan dana pemegang saham ialah dari sebahagian perkongsian

keuntungan daripada dana Takaful dengan peserta, dan semua

pulangan atas pelaburan para pemegang saham dana itu sendiri.

Page 32: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

102 Amalan Asas Takaful

Carta Aliran Model Mudharabah Takaful Am

Page 33: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 103

Carta Aliran Model Mudharabah Takaful Keluarga

Page 34: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

104 Amalan Asas Takaful

5.3.3 Model Hibrid

Seperti yang difahami melalui namanya, model perniagaan ini adalah

kombinasi kedua-dua model yang diterangkan sebelum ini. Di bawah

model hibrid ini, hubungan antara pengendali yang menggabungkan

peranan sebagai usahawan atau mudharib serta ejen atau wakil

kepada peserta; manakala peranan kedua ialah mempunyai kapasiti

sebagai pemberi modal atau sahib al-mal dan prinsipal kepada ejen.

Sebagai Pengendali Takaful melalui ketetapan ini, yuran agensi boleh

dibayar sebagai caj pendahuluan dari dana Takaful dan dalam masa

yang sama pengendali mempunyai hak untuk berkongsi keuntungan

pelaburan dana Takaful seperti yang dinyatakan dalam kontrak

Mudharabah.

Di bawah model ini, kontrak Mudharabah digunakan bagi tujuan

aktiviti pelaburan sahaja. Keuntungan dana diperolehi dari lebihan /

surplus pengunderaitan serta pulangan ke atas pelaburan secara

keseluruhan. Disamping bayaran yuran wakalah, model ini

membenarkan pengendali menggunakan budi bicara untuk

mengenakan yuran prestasi keatas lebihan dana Takaful, sebagai

balasan khidmat menguruskan perniagaan Takaful secara

keseluruhan.

Keseluruhannya, Pengendali Takaful mempunyai tiga sumber

pendapatan: yuran wakalah dan perkongsian keuntungan daripada

pulangan pelaburan dana Takaful; dan pulangan ke atas pelaburan

dana pemegang saham. Bagi peserta, mereka mempunyai hak untuk

berkongsi lebihan pengunderaitan bersih serta perkongsian

keuntungan pelaburan dana Takaful.

Model ini menyokong kerjasama perkongsian risiko yang diamalkan

di kalangan peserta manakala pengendali memperolehi bayaran atas

perkhidmatan yang diberikan sebagai ejen atau wakil kepada peserta.

Dalam erti kata lain, sebahagian dari pendapatan pengendali

diperolehi dari yuran pendahuluan atas caruman. Tidak seperti model

Mudharabah, model ini membolehkan pengendali yang menggunakan

sistem agensi mengenakan bayaran perkhidmatan kepada dana

Page 35: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 105

Takaful bagi menampung perbelanjaan pengurusan serta kos agensi.

Di samping itu, terdapat perkongsian keuntungan mudharabah atas

pelaburan dana Takaful, tetapi sebarang lebihan pengunderaitan dana

Takaful akan hanya dikongsi di kalangan peserta sahaja.

Page 36: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

106 Amalan Asas Takaful

Carta Aliran Model Hibrid Takaful Am

Page 37: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 107

Carta Aliran Model Hibrid Takaful Keluarga

Page 38: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

108 Amalan Asas Takaful

5.3.4 Model Wakaf

Istilah wakaf yang disebut untuk model ini menjelaskan kontrak

Takaful yang menggariskan perjanjian atau persetujuan peserta

bahawa sumbangan Takaful yang dibayar sebagai balasan untuk

menyertai produk Takaful dikreditkan oleh pengendali ke dalam dana

Takaful mengikut prinsip wakaf atau endowmen. Pengendali Takaful

perlu mewujudkan akaun wakaf dalam dana Takaful dan untuk

mengaktifkan akaun berkenaan, pengendali disyaratkan untuk

menyerahkan sesuatu (wang) sebagai wakaf bagi memperolehi

keberkatan akaun berkenaan. Akaun wakaf yang berfungsi di bawah

dana Takaful ini akan dilaburkan sama seperti pelaburan dalam

ketiga-tiga model perniagaan yang dibincangkan sebelum ini. Dana

Wakaf diwujudkan untuk mencapai objektif berikut:

a) untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada peserta yang

ditimpa musibah atau kesusahan.

b) untuk menyediakan suatu bentuk manfaat / ganjaran kepada

peserta mengikut apa yang dinyatakan dalam surat ikatan wakaf.

Semua perbelanjaan yang berkaitan dengan pengunderaitan dan kos

operasi Takaful hendaklah dicaj kepada dana wakaf. Sebagai

pengurus, pengendali Takaful akan melaksanakan semua fungsi yang

diperlukan bagi operasi wakaf dengan yuran wakalah yang ditolak

dari sumbangan peserta. Sebagai Mudarib, pengendali akan

menguruskan pelaburan dana Takaful termasuk akaun wakaf dalam

portfolio pelaburan yang mematuhi keperluan Syariah dan akan

berkongsi pulangan pelaburan pada nisbah yang telah dipersetujui,

iaitu sama dengan struktur perkongsian keuntungan di bawah kontrak

Mudharabah.

Perlu ditegaskan bahawa prinsip-prinsip Syariah yang berbeza

digunakan dalam kontrak Takaful untuk mendapatkan persetujuan

peserta agar sumbangan mereka dimasukkan ke dalam dana Takaful

bagi tujuan melaksanakan konsep jaminan bersama sebagaimana yang

terkandung dalam kontrak Takaful. Berbeza dengan model wakaf,

tiga model lain menggunakan prinsip tabarru’ dalam kontrak mereka.

Page 39: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful 109

Di antara ciri-ciri asas model perniagaan ialah dana wakaf akan

menggariskan peraturan pengagihan prosid kepada benefisiari dan

menentukan berapa banyak pampasan akan dibayar kepada peserta.

Di samping itu, wakaf berfungsi sebagai pemilik sumbangan dan

mempunyai hak untuk bertindak sebagai sebuah entiti yang sah dalam

menguruskan surplus atau lebihan. Pengendali Takaful, selain

mengurus dana wakaf, ia juga akan berfungsi sebagai pengurus dan

juga mudharib atau usahawan.

Page 40: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827385TBE-A5.pdf · batu bata, dan kemudiannya ... menguatkuasakan syarat-syarat tambahan,

110 Amalan Asas Takaful