sajak pengakap
DESCRIPTION
sajakTRANSCRIPT
Sekujur tubuh itu..
AKUKAH??....
Berlumuran darah merah
Terbujur kaku dan beku…????
Bukankah..
Sebentar tadi
Aku bersama-sama temanku
Berhibur diruangan pesta itu
Meneguk lahap minuman keruh itu
Bergembira tiada batasnya
Ahh…indahnya, seronoknya…
Dunia ini aku yang punya..
Dunia aku yang punya???
Tapi…mengapa aku terbujur disitu
Ditutup sehelai batik buruk
Terbaring kaku di tepi jalan hanyir..
Bukankah..
Sebentar tadi..
Aku sedang asyik menyuntik diri
Dengan racun yang menyeronokkan
Dikelilingi debu-debu heroin dan lelehan morfin
Aku khayal dan bermimpi
Menari-nari ditaman syurwagi..
Ciptaan ku sendiri
Oh…indahnya…
Tapi..
Mengapa tubuhku disitu
Aaarghhh…
Ibu……ayah…
Bantu aku…
Aku tak mahu mati…
Amalku belum cukup..
Ibadatku..banyak tersangkut-sangkut…
Aku takut..
Aku takut…
Ya Allah..
Tertutupkah sudah..
Pintu taubat untukku…
Neraka jahannamkah tempatku….
YaAllah…
Aku insaf…..Aku ingin bertaubat…