sains bab 8.pptx

Download Sains Bab 8.pptx

Post on 25-Dec-2015

222 views

Category:

Documents

7 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Langkah yang perlu diambil apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan elektrik

Sains Bab 8 : Penjanaan ElektrikMemerihal langkah yang perlu diambil apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan elektrikDaripada : Kumpulan 2Muhammad Danish Lokman B. MahamudMohd Shahrin Zulkifli Mohd DzuraimieMohd HanafiKenneth Joyce Band : B6D8E1Langkah yang perlu diambil apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan elektrikRenjatan Elektrik

Berlaku apabila seseorang tersentuh/terdedah kepada punca elektrik.berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh seperti kulit terbakar, berlakunya kecederaan dalaman pada otot atau organ dan gangguan pada degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan.Renjatan Elektrik Langkah PertamaPadamkan suis utama atau bekalan elektrik

Renjatan ElektrikLangkah kedua Dapatkan bantuan kecemasan. Dial 999 untuk ambulans

Renjatan ElektrikLangkah ketigaJika bekalan elektrik tidak dapat dimatikan, gunakan objek bukan pengalir elektrik kering seperti kayu atau alas kaki getah untuk menolak mangsa dari sumber elektrik. JANGAN sama sekali cuba menyelamatkan mangsa jika insiden ini berlaku di kawasan bervoltan tinggi.

Renjatan ElektrikLangkah keempatSetelah dipisahkan dari punca elektrik, periksa mangsa untuk pernafasan dan denyutan jantung. Jika tiada,gunakan rawatan pertolongan cemas atau pemulihan pernafasan seperti CPR dan Tekanan Pemulihan Jantung.

Renjatan ElektrikContoh rawatan pertolongan cemas atau pemulihan pernafasan CPR

Tekanan Pemulihan JantungRenjatan ElektrikLangkah kelima Jika mangsa mengalami luka terbakar, tanggalkan pakaian dan jiruskan dengan air mengalir sederhana sejuk hingga kesakitan hilang. Beri rawatan kecemasan sepertimana biasa kepada luka terbakar. Tunggu di sisi mangsa sehinggalah bantuan tiba.

Kebakaran ElektrikBerlaku kerana :-Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.Lebihan beban aliran kuasaPemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar.Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius.Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.

Kebakaran ElektrikLangkah pertamaDail 999 untuk meminta bantuan bomba walaupun ia merupakan kebakaran yang kecil kerana mereka lebih arif mengenai kebakaran

Kebakaran ElektrikLangkah keduaPutuskan bekalan elektrik rumah atau tempat kerja

Kebakaran ElektrikLangkah ketigaPadamkan api dengan menggunakan bahan yang sesuai seperti pemadam api kelas C atau ABC.Jangan gunakan air kerana air boleh mengalirkan elektrik jika bekalan elektrik belum dimatikan

Kebakaran Elektrik Langkah keempatSila keluar dari rumah dan tunggu bantuan untuk tiba.Jika anda tidak dapat memadam api atau api telah merebak,adalah lebih baik untuk keluar dari premis sebelum api itu menghalang anda keluar dari premis itu