sains bab 6 ting 1

Upload: azamiya

Post on 04-Jun-2018

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    1/21

    BAB6

    SUMBERTENAGA

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    2/21

    6.1 PELBAGAIBENTUKDANSUMBERTENAGA

    Bentuk Tenaga

    1) Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.2) Semua benda hidup memerlukan tenaga untuk

    melaksana aktiviti harian.

    3) Tenaga wujud dalam pelbagai bentuk, seperti carta di

    bawah.

    Bentuk Tenaga

    Tenaga

    keupayaan

    Tenaga elektrik

    Tenaga cahaya Tenaga bunyi Tenaga kimia

    Tenaga nuklear

    Tenaga kinetikTenaga

    mekanikTenaga haba

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    3/21

    TENAGAKEUPAYAAN

    a. Tenaga yang tersimpan dalam sesuatu objek

    akibat daripada kedudukan atau keadaannya.b. Contoh-contoh tenaga keupayaan akibat

    kedudukannya

    i. Batu yang terletak di atas tebing tinggi

    ii. Air di atas air terjunc. Contoh-contoh tenaga keupayaan objek akibat

    keadaannya:

    i. Gelang getah yang ditarik regang

    ii. Spring termampat

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    4/21

    TENAGAKINETIK

    a. Tenaga yang dimiliki oleh objek yang bergerak.

    b. Tenaga kinetik objek yang bergerak bergantungkepada laju dan jisimnya.

    c. Semakin cepat objek bergerak, semakin banyak

    tenaga kinetiknya.

    d. Contoh-contoh objek yang memilik tenaga kinetiki. Kereta api yang bergerak

    ii. Kipas siling yang berputar

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    5/21

    TENAGAHABA

    a. Tenaga yang dibebaskan oleh objek panas.

    b. Tenaga haba mengalir dari kawasan yangbersuhu tinggi ke kawasan yang bersuhu rendah.

    c. Matahari merupakan punca utama haba.

    d. Punca-punca tenaga haba yang lain:

    i. Api dari pembakaran bahan api

    ii. Lilin/mentol yang menyala

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    6/21

    TENAGACAHAYA

    a. Satu bentuk tenaga yang membolehkan kita untuk

    melihat.b. Tenaga cahaya dipancarkan oleh objek-objek

    yang mengeluarkan cahaya.

    c. Matahari merupakan punca utama tenaga cahaya.

    d. Punca-punca tenaga cahaya yang lain:i. Lampu yang menyala

    ii. Lilin yang menyala

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    7/21

    TENAGAKIMIA

    a. Tenaga yang tersimpan dalam bahan, seperti

    makanan dan bahan api.b. Tenaga kimia dalam makanan terbebas semasa

    respirasi untuk membekalkan tenaga yang

    digunakan untuk menyokong kehidupan

    organisma.c. Contoh-contoh perubahan tenaga kimia kepada

    bentuk tenaga lain:

    i. Sel kering mempunyai tenaga kimia yang boleh

    diubah kepada tenaga cahaya dan haba.

    ii. Apabila bahan api (petrol, gas asli, arang, kerosin)

    dibakar, tenaga kimia yang tersimpan diubah kepada

    tenaga haba dan tenaga cahaya.

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    8/21

    TENAGAELEKTRIK

    a. Tenaga yang terhasil oleh cas elektrik atau arus.

    b. Contoh-contoh punca tenaga elektrik:i. Dinamo

    ii. Sel solar

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    9/21

    TENAGABUNYI

    a. Tenaga yang dihasilkan oleh objek bergetar.

    b. Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui pepejal,cecair dan gas tetapi bukan dalam vakum.

    c. Contoh-contoh tenaga bunyi:

    i. Loceng elektrik

    ii. Alat-alat muzik

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    10/21

    TENAGANUKLEAR

    a. Tenaga yang tersimpan dalam nukleus satu atom.

    b. Tenaga ini dihasilkan dalam tindak balas nukleardi mana atom-atom bergabung (pelakuran) atau

    memecah (pembelahan).

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    11/21

    TENAGAMEKANIK

    a. Gabungan tenaga keupayaan dan tenaga kinetik

    dalam satu sistem.b. Contoh-contoh sistem yang memiliki tenaga

    mekanik:

    i. Buaian yang bergerak atau bandul yang berayun.

    ii. Jongkang-jongket yang bergerak ke atas dan kebawah.

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    12/21

    Sumber Tenaga

    1. Sumber tenaga semula jadi, contohnya:

    a) Bahan-bahan radioaktif Menghasilkan tenaga nuklear

    b) Air Air dalam empangan mempunyai tenaga keupayaan

    c) Biojisim

    Bahan-bahan yang berasal dari benda hidup seperti hasilpertanian, najis haiwan dan bahan biologi lain.

    d) Bahan api fosil Contoh-contoh bahan api fosil ialah petroleum, arang dan

    gas asli

    e) Ombak dan air pasang-surut Ombakterbentuk apabila angin bertiup pada permukaan

    laut.

    Air pasang-surut ialah keadaan air laut naik dan turun dariaras laut.

    Perbezaan ketinggian air apabila air pasang dan air surutboleh digunakan untuk menjana elektrik.

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    13/21

    f) Matahari

    Dikenali sebagai tenaga solar

    Digunakan dalam pemanas air, selsolar, stesen kuasa solar.

    Digunakan oleh tumbuhan hijau semasa fotosintesis

    g) Geoterma

    Air bawah tanah diubahkan kepada stim oleh haba dalam

    bumi. Stim boleh dimanfaatkan dan digunakan untuk menjana

    elektrik

    h) Angin

    Udara bergerak memiliki tenaga kinetik

    Digunakan untuk : Memutarkan kincir angin untuk mengepam air, mengisar

    jagung, dan menjana elektrik

    Menggerakan kapal layar

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    14/21

    Perubahan Tenaga

    1. Prinsip keabadian tenaga:

    Tenaga hanya berubah dari satu bentuk ke bentuklain.

    Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.

    2. Pengubah tenaga menukarkan tenaga dari satu

    bentuk ke bentuk lain.

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    15/21

    3. Contoh-contoh perubahan tenaga:

    Situasi Perubahan tenaga

    Memukul gendang Tenaga kinetik (gerakan tangan) Tenaga bunyi

    Lilin yang menyala Tenaga kimia Tenaga cahaya + Tenaga

    haba

    Televisyen yang telahdihidupkan

    Tenaga elektrikTenaga cahaya +Tenaga bunyi + Tenaga haba

    Dinamo yang berputar Tenaga kinetik Tenaga elektrik + Tenaga

    haba/Tenaga Cahaya

    Panah yang terlepas

    daripada busur

    Tenaga keupayaan Tenaga kinetik +

    Tenaga bunyi

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    16/21

    Perubahan kepada Tenaga Kinetik

    Sebiji bola bergolek ke bawah dari satu satah condong:

    Pada kedudukan P, bola memiliki tenaga keupayaanmaksimum tetapi tiada tenaga kinetik.

    Apabila bola bergolek ke kedudukan Q, bola

    mempunyai kurang tenaga keupayaan dan tenaga

    kinetiknya meningkat.

    Pada kedudkan R, bola hanya mempunyai tenaga

    kinetik dan tiada tenaga keupayaan.

    P

    Q

    R

    BolaTenaga keupayaan Tenaga kinetik

    Tenaga kinetik maksimum

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    17/21

    6.2 SUMBERTENAGAYANGBOLEHDIPERBAHARUIDAN

    TIDAKBOLEHDIPERBAHARUI

    1. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah sumber tenagayang tidak akan kehabisan. Contoh: Suria

    Angin

    Air

    Ombak Biojisim

    Geoterma

    2. Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ialah sumbertenaga yang akan kehabisan dan tidak boleh diganti. Contoh :

    Bahan api fosil Tenaga nuklear (uranium)

    3. Tenaga suria digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Sel suria menukarkan tenaga suria kepada tenaga elektrik.

    Panel suria(kombinasi beberapa sel solar) digunakan dalam satelit.

    Klasifikasi Sumber Tenaga

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    18/21

    1. Pembakaran bahan api fosil menghasilkan bahan yang

    boleh mencemarkan persekitaran. Oleh itu,

    pengurangan penggunaan sumber tenaga ini akanmengurangkan pencemaran.

    2. Kecekapan penggunaan tenaga akan membantu

    memelihara sumber tenaga dan mengurangkan

    pembaziran.

    Mengapa Kita Perlu Memulihara Sumber Tenaga

    Masyarakat moden bergantung kepada bahan api fosilseperti arang dan

    minyak yang terhad dalam alam.

    Minyak dan arang adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui telah

    digunakan dengan terlalu cepat.

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    19/21

    1. Menggantikan alat yang kurang cekap dengan alat elektrik yang lebih cekap

    (contoh: mentol, peti sejuk, penghawa dingin) yang menggunakan kurang

    elektrik.

    2. Bangunan dan rumah boleh direka bentuk dan dibina agar cekap dalam

    penggunaan tenaga.

    3. Enjin kenderaan boleh direka bentuk untuk menggunakan bahan api dengan

    cekap. Sistem suntikan bahan api dengan kawalan komputer adalah lebih

    berkesan daripada karburator dalam membekalkan petrol kepada enjin.

    Beberapa Cara Menggunakan Tenaga Secara Cekap

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    20/21

    6.3 KEPENTINGANMEMULIHARASUMBERTENAGA

    Kita perlu menggunakan tenaga dengan lebih cekap untuk:1. mengurangkan penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui,

    seperti petroleum.

    2. memastikan bahawa sumber tenaga yang mencukupi boleh diperolehi untuk

    mengekalkan kehidupan.

    3. mengurangkan pencemaran persekitaran dengan mengawal penggunaansumber tenaga.

    4. memastikan sumber tenaga digunakan tanpa pembaziran.

    Memulihara Sumber Tenaga

  • 8/13/2019 Sains Bab 6 Ting 1

    21/21

    1. Guna semula atau kitar semula bahan untuk menjimatkan tenaga.

    2. Mengurangkan elektrik yang digunakan dalam bangunan dan rumah

    dengana) menggunakan suis automatik untuk memadamkan lampu dan alatan.

    b) menggunakan unit penghawa dingin dan peti sejuk yang lebih cekap.

    c) menggunakan tingkap kaca untuk membenarkan cahaya matahari.

    d) menggunakan mentol yang dapat digunakan 10 kali lebih lama dan

    menjimatkan elektrik sebanyak 75%.e) memadamkan lampu apabila tiada orang di dalam bilik.

    3. Menggunakan pengankutan awam dan menggalakkan perkongsian.

    Beberapa Contoh Penggunaan Dan Pengurusan Sumber Tenaga