sains ting 1

10
ALAT-ALAT PENGUKURAN Merujuk kepada rajah di atas, nyatakan pensel yang manakah yang lebih panjang. Kemudian, pastikan semula jawapan anda dengan mengukur panjang setiap pensel itu menggunakan pembaris. Apa yang boleh dipelajari daripada keadaan di atas? Sesuatu objek itu boleh kelihatan menjadi lebih panjang atau lebih pendek daripada keadaan sebenarnya. Kita perlu menggunakan alat-alat pengukur yang sesuai untuk mengukur kuantiti seperti panjang dengan lebih tepat. Penggunaan teknik-teknik yang betul juga penting dalam mendapatkan bacaan yang tepat. Pengukuran panjang (Measurement of length) Panjang length! adalah jarak antara ua t!t!k . "i dalam makmal sains, panjang sesuatu objek itu!ukur dengan menggunakan PEM"AR#$ METER . Panjang pembaris meter metre ruler! ialah satu meter m! atau #$$ sentimeter cm!. Setiap sentimeter dibahagikan kepada #$ millimeter mm!. %adi, panjang pembaris meter tersebut adalah juga bersamaan dengan #$$$ millimeter mm!. # cm & #$ mm # m & #$$ cm & #$$$ mm # km & #$$$ m Kedudukan mata yang betul ketika mengambil bacaan. Mengukur panjang lengkung (curve). "iameter sesebuah objek tidak dapat diukur dengan tepat jika hanya menggunakan pembaris. ANGKUP calipers! digunakan untuk mengukur !ameter ses%uah o%jek dengan lebih tepat. A'(K)P *)A+ e ternal calipers! mengukur diameter luaran A'(K)P "A*AM internal calipers! mengukur diameter dalaman

Upload: darevil-roy

Post on 06-Oct-2015

48 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bahagian depan bab 1 & 2 sahaja..

TRANSCRIPT

ALAT-ALAT PENGUKURAN

Merujuk kepada rajah di atas, nyatakan pensel yang manakah yang lebih panjang. Kemudian, pastikan semula jawapan anda dengan mengukur panjang setiap pensel itu menggunakan pembaris.Apa yang boleh dipelajari daripada keadaan di atas?Sesuatu objek itu boleh kelihatan menjadi lebih panjang atau lebih pendek daripada keadaan sebenarnya.Kita perlu menggunakanalat-alat pengukur yang sesuaiuntuk mengukur kuantiti seperti panjang dengan lebih tepat.Penggunaan teknik-teknik yang betul juga penting dalam mendapatkan bacaan yang tepat.

Pengukuran panjang (Measurement of length)Panjang (length) adalah jarak antara dua titik. Di dalam makmal sains, panjang sesuatu objek itu diukur dengan menggunakan PEMBARIS METER.Panjangpembaris meter(metre ruler) ialah satu meter (m) atau 100 sentimeter (cm). Setiap sentimeter dibahagikan kepada 10 millimeter (mm). Jadi, panjang pembaris meter tersebut adalah juga bersamaan dengan 1000 millimeter (mm).1 cm = 10 mm1 m = 100 cm = 1000 mm1 km = 1000 m

Kedudukan mata yang betul ketika mengambil bacaan.

Mengukur panjang lengkung (curve).

Diameter sesebuah objek tidak dapat diukur dengan tepat jika hanya menggunakan pembaris. ANGKUP (calipers) digunakan untuk mengukur diameter sesbuah objek dengan lebih tepat.

ANGKUP LUAR(external calipers) mengukur diameter luaran ANGKUP DALAM (internal calipers) mengukur diameter dalaman

Mengukur diameter 'luaran' sebuah bikar.

Mengukur diameter 'dalaman' sebuah bikar.

Pengukuran luas kawasan (Measurement of area)Luas (area) sesebuah permukaan adalah luas kawasan di antara pinggir-pinggir permukaan tersebut. Unit SI untuk luas adalah meter persegi (square metres,m2).Luas dalam skala yang besar boleh diukur sebagai kilometer persegi (square kilometres, km2). Manakala luas dalam skala yang kecil pula boleh diukur dalam unit sentimeter persegi (square centimetres, cm2) dan milimeter persegi (square millimetres, mm2).1 cm2= 100 mm21m2= 10 000 cm21 km2= 1 000 000m2

Menganggarkan luas kawasan yang berbentuk sekata dan tidak sekata.

Menganggar luas permukaan daun

Merujuk kepada rajah di atas, bentuk sehelai daun dilakarkan di atas kertas graf. Setiap segiempat sama berkeluasan 1 cm2.Kawasan yang meliputi segiempat sama yang penuh ditandakan sebagai A, manakala kawasan yang mempunyai "lebih atau sama dengan 1/2 cm2segiempat sama", ditandakan sebagai B.

Kira bilangan setiap segiempat sama A dan B. Kemudian barulah dikira anggaran luas permukaan daun tersebut.A414

B81/24

JUMLAH8 cm2

Contoh:

Bilangan tanda dalam kertas graf = 12Luas 1 segiempat sama (persegi) = 1 cm2Luas permukaan daun = 12 cm2= 12 cm2

Pengukuran isipadu (Measurement of volume)Isipadu (volume) sesuatu objek adalah ruang yang boleh diisi atau dikandungi oleh objek tersebut. Unit SI bagi isipadu adalah meter padu (cubic metres,m3).Isipadu juga boleh disukat dengan milimeter padu (mm3), sentimeter padu (cm3), mililiter ( l ) dan liter ( l ).Isipadu pepejal (solids) diukur dalam sentimeter padu (cm3) dan meter padu (m3).

1 ml = 1 cm31l= 1000 cm3= 1000 ml1m3= 1 000 000 cm3= 1 000 000 ml

Mengukur isipadu cecair menggunakan pipet, buret dan silinder penyukat.

Pipet & buret

Miniskus (miniscus) merkuri melengkung ke atas, manakala miniskus air melengkung ke bawah.

Ralat parallax (Parallax error)

Kedudukan mata mestilah sama aras dengan miniscus cecair ketika mengambil bacaan. Kedudukan mata yang salah akan menyebabkan ralat parallax.

KEPENTINGAN UNIT PIAWAI (STANDARD UNITS)

Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran boleh memudahkan komunikasi antarabangsa dan kehidupan seharian kita.Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga sesuatu barang itu ditentukan berdasarkan berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.

Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi platinum-Iridium.

Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5 kg, sebenarnya ia merujuk kepada jumlah jirim objek tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder).Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang digunakan adalah 'foot-pound-second (FPS)'.Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit piawaiuntuk mengukur panjang, jisim dan masa.

Pelbagai unit pengukuran yang digunakan diseluruh dunia;PengukuranUnit

PanjangInci, kaki, ela, rantai, batu meter, kilometer

LuasInci persegi, kaki persegi, ela persegi, ekar

IsipaduInci padu, kaki padu, ela padu, gelen

Jisim / beratPaun, auns, kati, tahil, gram, kilogram, tan, pikul

Unit panjang, jisim, isipadu dan luas dalam Sistem Imperial British adalah seperti berikut;Panjang12 inci = 1 kaki3 kaki = 1 ela22 ela = 1 rantai10 rantai = 1 furlong8 furlong = 1 batu5280 kaki = 1 batu1760 ela = 1 batuIsipadu1728 inci padu = 1 kaki padu27 kaki padu = 1 ela paduJisim437.5 hantap = 1 auns16 auns = 1 paun (7000 hantap)14 paun = 1 pikulLuas144 inci persegi = 1 kaki persegi9 kaki persegi = 1 ela persegi4840 ela persegi = 1 ekar640 ekar = 1 batu persegi

Sistem Imperial British kepada Sistem Metrik

1 inci = 25.4mm1 kaki3= 0.028 m3

1 kaki = 0.305 m1 gelen = 4.5 liter

1 batu = 1.6 km1 paun = 0.45 kg

1 kaki = 0.093 m1 tan = 1016 kg

1 ekar = 4046.9 m21 kati = 0.6 kg

Sistem Metrik kepada Sistem Imperial British

1 m = 3.3 kaki1 m3= 35.3 kaki3

1 km = 0.6 batu1 liter = 0.22 gelen

1 m2= 10.8 kaki21 g = 0.035 auns

1 hektar = 2.5 ekar1 g = 0.026 tahil

1 ml= 0.00006 inci31 kg = 1.65 kati

Pertukaran faktor unit dalam sistem unit piawai

Unit piawai pengukuran digunakan untuk tujuan yang berikut : untuk membolehkan pengukuran yang diambil oleh ahli sains yang berbeza supaya lebih selaras. untuk membolehkan pertukaran maklumat menjadi lebih mudah dan kurang mengelirukan. untuk memperbaiki koordinasi antara ahli sains dari tempat yang berbeza. untuk membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza menjadi lebih mudah kerana unit yang sama digunakan. untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit yang berbeza, seperti penukaran unit.

Antara masalah yang akan timbul jika unit piawai tidak diguna pakai antaranya adalah;Timbul masalah kejituan dan kepersisan (accurate and precise) dalam pengukuran.Manusia dari negara-negara berlainan akan menghadapi masalah komunikasi terutama dalam interaksi seperti perdagangan dan pengangkutan.Kajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis sukar dibandingkan.

SEL SEBAGAI UNIT KEHIDUPAN

Apa itu SEL?Sel adalah unit yang paling ASAS kepada semua BENDA HIDUP.Semua hidupan terdiri daripada sel.Sel bertindak seperti sebuah kilang mikro dimana ia adalah tempat tindak balas kimia berlaku agar organisma terus kekal hidup.

Sel-sel tumbuhan (Plant cells)

Sel-sel haiwan (Animal cells)

Bagaimana SEL berfungsi?Setiap sel mempunyai satu nukleus, dimana nukleus mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai asiddeoksiribonukleik (deoxyribonucleic acid, DNA). DNA adalah struktur yang menyimpan semuamaklumat tentang aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi seluruh badan.

Perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan

Sel haiwan (Animal cells)

Sel tumbuhan (Plant cells)

Struktur asas SEL

SEL HAIWANSEL TUMBUHAN

KESAMAAN

PERBEZAAN