sains-bab 2

5
Kepentingan mengambil pemakanan yang baik dan mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang Manusia dan haiwan tidak boleh membina makanan mereka sendiri. Oleh itu, manusia dan haiwan memerlukan makanan daripada sumber yang sedia ada. Tumbuhan (plants) merupakan sumber makanan utama bagi manusia dan haiwan. Sesetengah haiwan seperti ayam, ikan, lembu dan kambing merupakan makanan bagi manusia dan haiwan. Nutrisi (nutrition) yang seimbang adalah penting untuk menjamin kesihatan badan. Tujuh kelas pemakanan yang diperlukan dalam nutrisi ialah: 1. Protein 2. Karbohidrat (carbohydrate) 3. Lemak (fat) 4. Vitamin 5. Garam mineral (mineral salts) 6. Pelawas (roughage) 7. Air (water) Organisma memerlukan nutrisi yang seimbang untuk: Pertumbuhan (growth) dan pembiakan (reproduction). Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal. Mengekalkan kesihatan. Menggantikan atau membaiki sel dan tisu yang rosak. Nilai kalori dalam kelas pemakanan Tenaga (energy) yang diperolehi daripada pengoksidaan (oxidation) makanan digunakan untuk melakukan semua aktiviti fizikal, proses fisiologi danmental. Tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori (cal) atau kilokalori (kcal). Nilai kalori (calorific value) ditakrifkan sebagai kuantiti tenaga haba yang dibebaskan apabila satu gram makanan dibakar dengan lengkap.

Upload: wei-ong

Post on 07-Feb-2016

256 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains-bab 2

TRANSCRIPT

Page 1: sains-bab 2

Kepentingan mengambil pemakanan yang baik dan mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang

Manusia dan haiwan tidak boleh membina makanan mereka sendiri. Oleh itu, manusia dan haiwan memerlukan makanan daripada sumber yang sedia ada.

Tumbuhan (plants) merupakan sumber makanan utama bagi manusia dan haiwan.

Sesetengah haiwan seperti ayam, ikan, lembu dan kambing merupakan makanan bagi manusia dan haiwan.

Nutrisi (nutrition) yang seimbang adalah penting untuk menjamin kesihatan badan.

Tujuh kelas pemakanan yang diperlukan dalam nutrisi ialah:1. Protein

2. Karbohidrat (carbohydrate)

3. Lemak (fat)

4. Vitamin

5. Garam mineral (mineral salts)

6. Pelawas (roughage)

7. Air (water)

Organisma memerlukan nutrisi yang seimbang untuk: Pertumbuhan (growth) dan pembiakan (reproduction).

Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal.

Mengekalkan kesihatan.

Menggantikan atau membaiki sel dan tisu yang rosak.

Nilai kalori dalam kelas pemakanan

Tenaga (energy) yang diperolehi daripada pengoksidaan (oxidation) makanan digunakan untuk melakukan semua aktiviti fizikal, proses fisiologi danmental.

Tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori (cal) atau kilokalori (kcal).

Nilai kalori (calorific value) ditakrifkan sebagai kuantiti tenaga haba yang dibebaskan apabila satu gram makanan dibakar dengan lengkap.

Unit lain yang boleh digunakan untuk mengukur tenaga ialah joule (J).

Oleh kerana unit kalori atau joule adalah terlalu kecil, unit kilokalori (kcal)dan kilojoule (kJ) kebiasaannya digunakan.

Page 2: sains-bab 2

1000 kalori (cal) = 1 kilokalori (kcal)1000 joule (J) = 1 kilojoule (kJ)

1 kalori = 4.2 joule1 kilokalori = 4.2 kilojoule

Satu kalori ialah jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu satu gram air sebanyak 1ºC.

Semua kelas makanan membekalkan tenaga kecuali garam mineral dan vitamin.

Nilai kalori makanan boleh ditentukan dengan kalorimeter bom (bomb calorimeter). Alat ini digunakan untuk menyukat kandungan tenaga dalam sesuatu makanan.

Kalorimeter bom.

Tiga kelas makanan utama, iaitu karbohidrat, protein dan lemak merupakan sumber tenaga utama dengan nilai kalori yang berbeza.

Kelas makanan (1 gram) Nilai kalori (kJ)Karbohidrat 16.7

Protein 16.7Lemak 37.6

Nilai kalori kelas makanan.

Karbohidrat dan protein juga mempunyai nilai kalori yang hampir sama tetapi nilai kalori lemak adalah hampir dua kali ganda nilai kalori karbohidrat.

Pengambilan lemak secara berlebihan tidak digalakkan walaupun mempunyai nilai kalori yang paling tinggi kerana lemak boleh mengakibatkan penyakit jantung dan kegendutan (corpulence).

Page 3: sains-bab 2

Nilai kalori bagi sesuatu makanan bergantung kepada tiga kelas makanan utama tersebut.

Contoh pengiraan kalori bagi 100 gram nasi adalah seperti jadual di bawah.

Contoh 100 g makanan

Kelas makanan

Jisim (g)

Jumlah nilai kalori dalam setiap kelas

makanan (kJ)

Jumlah nilai kalori dalam makanan (kJ)

NasiKarbohidrat 76 76 x 16.7 = 1269.2 1.269.2 + 133.6

+75.2= 1478

Protein 8 8 x 16.7 = 133.6Lemak 2 2 x 37.6 = 75.2

Nilai kalori 1 gram makanan (kacang tanah) boleh dikira seperti berikut (dimana sebanyak 4.2 joule tenaga diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 gram air sebanyak 1ºC:

Pengetahuan tentang nila kalori pelbagai jenis makanan membolehkan kita merancang gizi (nutrition) makanan harian.1. Ini dapat memastikan badan kita mendapat tenaga yang mencukupiuntuk menjalankan aktiviti harian dan mengelakkan masalah kegendutan yang diakibatkan oleh pengambilan makanan yang berlebihan.

2. Kita dapat membentuk satu gizi yang seimbang dan mengekalkan kesihatan badan.

Jadual di bawah menunjukkan nilai kalori bagi beberapa jenis makanan:

Jenis makanan Nilai kalori per 100 g (kJ)Betik 164Capati 300Daging ayam 590Daging kambing 630Daging lembu 1010Gula pasir 1625Ikan bilis 937Ikan kembung 433Jagung 1493Jambu batu 290Kacang soya 1407Kacang tanah 2293Keju 1708Keledek 491Marjerin 2980Mentega 3007Mee goreng 807Nenas 197

Page 4: sains-bab 2

Nasi 1562Oren 205Pisang 357Roti putih 1134Susu lembu 273Telur 685Taufu 440Tomato 52Ubi kentang 344Udang 380