documents1

16
EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA 1.0 SOALAN 1 (INTEGRASI NASIONAL) 1.1 Definisi Integrasi Nasional Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,integrasi membawa maksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan atau penyatuan, manakala nasional pula berkaitan dengan bangsa atau kebangsaan. Jika digabungkan dua perkataan ini, iaitu integrasi nasional ia membawa maksud mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dengan satu identiti nasional. Konsep integrasi nasional merupakan penyatuan kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama, yang mempunyai unsur penting iaitu anggota kelompok masyarakat yang bersatu padu sekalipun berlainan latar belakang, masing-masing berasa dipunyai dan mempunyai satu kelompok yang sama. Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Perpaduan dan integrasi nasional juga memberi maksud bahawa satu proses dan sistem hidup yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk 1

Upload: masnishabiru

Post on 17-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

none

TRANSCRIPT

Page 1: Documents1

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

1.0 SOALAN 1 (INTEGRASI NASIONAL)

1.1 Definisi Integrasi Nasional

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,integrasi membawa maksud

penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu

kesatuan atau penyatuan, manakala nasional pula berkaitan dengan bangsa

atau kebangsaan. Jika digabungkan dua perkataan ini, iaitu integrasi nasional ia

membawa maksud mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dengan

satu identiti nasional.

Konsep integrasi nasional merupakan penyatuan kelompok masyarakat yang

mempunyai latar belakang yang berbeza, menjadi satu entiti yang terikat oleh

norma dan nilai serta kepentingan bersama, yang mempunyai unsur penting iaitu

anggota kelompok masyarakat yang bersatu padu sekalipun berlainan latar

belakang, masing-masing berasa dipunyai dan mempunyai satu kelompok yang

sama. Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin,

iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri.

Perpaduan dan integrasi nasional juga memberi maksud bahawa satu proses

dan sistem hidup yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan

negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat

membentuk satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan yang

tunggal dikalangan mereka.

Konsep integrasi adalah lebih luas.Ia dikatakan satu proses yang abstrak,

satu penyatuan yang sebati dan berpanjangan. Secara ringkasnya, perpaduan

dan integrasi nasional adalah matlamat asas bagi negara Malaysia.Konsep

perpaduan sangat penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara yang teguh dan bersatu padu. Secara tidak langsung, perpaduan dapat

menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi dan politik dalam jangka

masa yang panjang

1

Page 2: Documents1

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

1.2 Sorotan Kajian

Integrasi nasional merupakan salah satu daripada cabaran penting dalam negara

kita. Negara Malaysia masih lagi mempunyai potensi luas untuk terus

berkembang pada masa akan datang. Bagaimanapun, kita harus berwaspada

dengan ancaman keretakan integrasi nasional di Malaysia pada masa

kini.Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad dalam The Way Forward : Vision 2020,

1991 melalui Noriati A. Rashid et. al (5 : 2010) :

“Malaysia tidaklah harus menjadi Negara yang maju dari segi

ekonomi semata-mata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita

hendklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan Negara

dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik,

sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian,

selain mempunyai rasa bangga dan yakin akan bangsa sendiri.”

Jelas diperkatakan bahawa menjelang tahun 2020, Malaysia harus

menjadi Negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan,

nilai moral dan etika yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak

ansur, penyayang adil serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhad

ekonomi yang berdaya saing.

2

Page 3: Documents1

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

Menurut Melissa Ching et. al. (68 : 2011), integrasi nasional merujuk kepada

usaha kerajaan Malaysia untuk mewujudkan “identiti wilayah” dan

mengurangkan jurang dengan niat menghapuskan jurang dalam kalangan

penduduk Malaysia.

Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah

aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan

keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini

menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang

ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada

sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka

terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri.

Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum

kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal

dalam kaum masing-masing.Banyak usaha telah dirancang dan dilaksanakan

untuk memupuk integrasi nasional dan seterusnya membentuk satu bangsa

Malaysia.Menurut Noriati A. Rashid et. al (3 : 2010) :

“Integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara

kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial

dan budaya untuk membentuk satu entiti yang mempunyai pegangan

norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama.”

Apa yang dipetik dari kenyataan tersebut adalah penyatuan yang

mewujudkan perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di

sesebuah negara dan guru adalah medium yang mampu mengubah perkauman

kepada penyatuan integrasi nasional.

3

Page 4: Documents1

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

Berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara

(Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991), integrasi nasional merujuk kepada

satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat di Semenanjung Malayssia

dengan Sabah dan Sarawak yang bertujuan membentuk satu bangsa Malaysia.

Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustapa et. al.( 5 : 2010), sikap hormat-

menghormati, pendedahan media massa terhadap cara hidup dan pengetahuan

kenegaraan amat penting bagi memupuk semangat perpaduan kaum,

mengurangkan salah faham dan menguatkan integrasi nasional walaupun tinggal

berjauhan dan di dalam suasana kehidupan yang berbeza.Oleh itu, cara yang

paling berkesan untuk menanganinya adalah melalui peranan guru di sekolah.

Guru sememangnya dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana

gurulah yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan

jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang

teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal

yang mampu bersaing dengan dunia luar. Guru dengan kecekapannya melalui

sistem pendidikan berupaya membina sebuah negara bangsa yang berjaya.

4

Page 5: Documents1

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

1.3 Integrasi Nasional Mempengaruhi SistemPendidikan Negara

Pada zaman penjajahan, sistem pendidikan telah berkembang tanpa mengambil

kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan

perpaduan negara.Ianya berkembang mengikut identiti, taat setia dan keturunan

mereka kepada negara asal.Ini memberi satu tekanan kepada pembangunan

rakyat tempatan pada ketika itu.Bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah,

beberapa langkah telah diambil dan menggubal satu Dasar Pendidikan

Kebangsaan yang bertujuan untuk memenuhi keperluan negara dan

menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.

Integrasi nasional mempengaruhi sistem pendidikan di Malaysia dengan

menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan

dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.Dengan tujuan utama iaitu

mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu

rumpun bangsa di Tanah Melayu, ia juga dapat mengembangkan sistem

pendidikan agar jurang perbezaan kaun dapat dikurangkan.Justeru itu, dapat

mewujudkan masyarakat yang toleransi, berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif.

Pendidikan di Malaysia menjadi salah satu sistem sosial yang paling

penting bagi perkembangan dan kemajuan Negara.Oleh yang demikian,

perancangan yang rapi dan terperinci telah dibuat untuk mencapai hasrat dan

matlamat tersebut.Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah

satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah

negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah

penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara.

Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting

bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak-

kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta

alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk

menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan

5

Page 6: Documents1

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

tentang kefahaman serta nilai-nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan

para pelajar.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui teras pertama PIPP, iaitu

membina negara bangsa telah berusaha mencapai hasrat untuk

menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan membentuk Negara bangsa.Dalam

konteks ini, peranan sekolah dan guru sangat penting dalam merancang dan

melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti demi membentuk integrasi

nasional.Antara usaha yang dilaksanakan ialah sekolah wawasan, konsep 1

Malaysia dan peranan guru itu sendiri dalam menangani isu integrasi nasional.

Isu integrasi nasional merupakan salah satu daripada cabaran penting

dalam negara kita. Oleh hal yang demikian, cara yang paling berkesan untuk

menanganinya adalah melalui peranan guru di sekolah. Guru harus

menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di

sekolah dan menjadikan bahasa ini sebagai bahasa perpaduan. Guru bukan

sahaja harus berusaha menanam rasa cinta kepada bahasa Malaysia dalam diri

murid-murid tetapi turut juga mencintai bahasa tersebut.

Dalam usaha memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, KPM telah

memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan

(RIMUP).Rancangan ini bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat

setempat, guru dan murid serta warga sekolah dalam aktiviti sekolah. Rasional

aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk mewujudkan sikap

kerjasama, tolong menolong, mewujudkan suasana muhibbah dan hormat-

menghormati, melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai

kaum di sekolah dan berkongsi kemudahan peralatan, tenaga dan kepakaran

untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama.

Selain itu, semangat patriotisme secara berterusan dalam kalangan

pelajar dapat dipupuk oleh para guru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan

sempena bulan kemerdekaan misalnya.Semua aktiviti yang dianjurkan bertujuan

menanam rasa cinta kepada Negara, memupuk semangat perpaduan dan

6

Page 7: Documents1

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

semangat hormat menghormati serta peka terhadap sensitiviti masyarakat

pelbagai kaum dalam kalangan pelajar.Di samping itu, penerapan sikap dan nilai-

nilai yang murni dapat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dalam

kalangan pelajar yang berbilang bangsa.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia,

YAB Dato’Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pula merupakan konsep yang selari

dengan apa jua yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-

prinsip Rukun Negara.Konsep 1 Malaysia membawa aspirasi dan harapan untuk

mengeratkan hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat

menjalin perpaduan yang erat.Konsep ini merupakan pemangkin untuk

mewujudkan dan membina sebuah Negara bangsa yang mempunyai sikap

kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia.Antara nilai asas yang

terdapat dalam semangat perpaduan terdiri daripada perasaan hormat-

menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.

Kerajaan perlu memikirkan satu cara untuk meletakkan murid-murid

daripada pelbagai kaum disatu sekolah yang sama supaya matlamat dasar

pendidikan iaitu untuk menyatu dan mengintegrasikan kaum dapat dicapai.

Penempatan murid daripada pelbagai kaum dalam satu sekolah atau kawasan

mungkin dapat dilaksanakan sekiranya selepas kemerdekaan, kerajaan dapat

mengubah keadaan ekonomi iaitu mewujudkan pelbagai pekerjaan yang

menghapuskan pengenalan kerja mengikut kaum.

Selain itu, guru perlu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup

dan lengkap untuk menghadapi pelbagai situasi di sekolah dan masyarakat

sekitarnya. Guru perlu memahami misi, objektif dan matlamat akhir sesuatu

dasar pendidikan supaya hasrat perlaksanaan sesuatu dasar itu terlaksana.Jika

seseorang guru itu cetek ilmu dan malas untuk mengambil tahu isu semasa, ia

akan menimbulkan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran

seterusnya membawa murid-murid ke arah matlamat yang salah menyebabkan

salah satu matlamat iaitu mencapai perpaduan dan integrasi antara kaum tidak

dapat dicapai.

7

Page 8: Documents1

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

Oleh itu pihak kerajaan perlu memberi latihan dan kefahaman kepada

setiap guru apabila melaksanakan sesuatu dasar yang baru supaya segala

perancangan mengikut landasan yang betul dan generasi yang akan datang lahir

sebagai individu yang mempunyai sifat cinta dan membudayakan perpaduan

dalam kehidupan bermasyarakat.

Melalui Akta Pelajaran 1961 mahupun Akta Pendidikan 1996, akta-akta ini

memberi penekanan kepada peningkatan pendidikan prasekolah, pendidikan

swasta, pendidikan keguruan, pendidikan teknikal dan pendidikan khas. Dalam

seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa bahasa

kebangsaaan adalah bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan

kebangsaan kecuali di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah

Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.

Akta Pelajaran 1961 telah menggariskan tiga asas utama iaitu

keseragaman sistem persekolahan, penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai

bahasa pengantar utama, dan kurikulum serta peperiksaan sekolah yang sama

dari segi kandungan dan bercorak kebangsaan. Hal ini menjadikan pendidikan

sebagai alat utama untuk mencapai perpaduan di negara ini.Oleh itu, aspek

bahasa telah menjadi penekanan utama untuk mencapai hasrat

kerajaan.Matlamat pendidikan Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu ) adalah

sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan

rakyat.

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua

Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, dapat membantu

mengeratkan hubungan sesama kaum.Usaha kerajaan mencapai perpaduan

melalui kokurikulum di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan

pengajian tinggi menampakkan hasil yang positif.Melalui aktiviti kokurikulum

seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan menampakkan semangat

perpaduan diantara pelajar-pelajar pelbagai kaum.

8

Page 9: Documents1

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

Aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan

semangat tolong-menolong, semangat setiakawan dan saling percaya-

mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat. Penglibatan

pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum akan melahirkan individu pelajar

yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan bersosial.

Integrasi nasional juga mempengaruhi sistem pendidikan di Malaysia

dengan menyatupadukan pelbagai kaum.Hal ini dapat dilihat hasil positifnya

dalam bidang kokurikulum. Pelajar pelbagai kaum yang terlibat secara aktif akan

menjadi lebih matang dan bertoleransi dengan kaum lain hasil daripada

kerjasama yang mereka lalui.Kerajaan juga memperkenalkan Falsafah

Pendidikan Negara pada tahun 1988 untuk membentuk individu murid yang

menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani, emosi

dan jasmani.

Terdapat 3 fokus utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu

yang pertama ialah perkembangan individu secara menyeluruh, seimbang dan

bersepadu.Kedua adalah perpaduan rakyat dan yang ketiga pendidikan

sepanjang hayat ke arah membina masyarakat yang aman dan makmur.Melalui

Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerajaan mewajibkan murid tahap dua di

sekolah-sekolah rendah terlibat dan menyertai aktiviti unit beruniform, persatuan

dan sukan.Penglibatan murid dalam aktiviti sebegini boleh memupuk semangat

perpaduan dikalangan murid yang terlibat jika dipupuk dari peringkat kecil lagi.

Pada tahun 2011 juga, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidddin

Yassin telah melancarkan dasar 1 Murid 1 Sukan.Dari segi rasionalnya, dasar ini

menyumbang kepada pertandingan yang sihat, semangat muhibbah,

kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai-nilai moral dan fizikal yang

memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumulan

etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan

Negara.

9

Page 10: Documents1

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

1.4 Rumusan

Perpaduan dan integrasi nasional adalah satu perkara penting bagi sesebuah

negara yang sedang membangun seperti Malaysia.Oleh yang demikian, semua

rakyat harus bersama-sama memainkan peranan dalam meningkatkan

perpaduan untuk membina sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat yang

berbilang kaum, yang hidup bersatu padu serta aman sentosa.Kerajaan dan

pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu bijak dalam menentukan hala tuju dan

dasar sesebuah negara untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah

negara serta integrasi nasional amat penting bagi membangunkan sesebuah

negara ke arah global dan dikenali di mata dunia.

Program-program yang telah dilancarkan dan dilaksanakan oleh kerajaan

telah dikaji oleh golongan pakar sebelum dilancarkan.Bersesuaian atau tidak

dasar-dasar atau program-program yang dilancarkan bukan sahaja bergantung

kepada peranan kerajaan, tetapi juga bergantung kepada sikap individu atau

rakyat itu sendiri.Keadaan ini menunjukan bahawa, kepentingan dan semangat

perpaduan dan integrasi nasional perlu dipupuk sejak dari kecil.Hal ini kerana,

jatuh bangun sebuah negara bergantung kepada semangat perpaduan dan

integrasi yang ada di dalam diri masyarakat tersebut.

Setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan telah menghadapi

tentangan dan cabaran yang berbeza daripada pelbagai kaum di negara

ini.Seringkali faktor sikap mementingkan kaum sendiri melebihi kepentingan

negara menjadi penghalang kejayaan sesuatu dasar.Justeru itu, untuk mencapai

perpaduan kaum secara mutlak semua pihak perlu meletakkan kepentingan

negara melebihi kepentingan diri dan kaumnya.Sekiranya sikap ini tidak dapat

dipraktikkan oleh semua kaum, hasrat untuk mencapai perpaduan dan integrasi

di negara ini hanya menjadi angan-angan yang tidak mungkin dapat dicapai.

10

Page 11: Documents1

EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

Pendidikan pula merupakan nilai yang penting serta prasyarat untuk

kejayaan sesebuah negara.Maka rakyat Malaysia harus berpengetahuan dan

kurikulum yang dibina seharusnya dapat menanamkan nilai-nilai murni yang

dapat menyatupadukan semua kaum serta memberikan peluang kepada mereka

berinteraksi walaupun dalam aliran pendidikan yang berlainan. Kita sebagai

rakyat malaysia haruslah menanam nilai-nilai murni dalam diri kita apatah lagi

sebagai seorang pendidik yang sememangnya akan menjadi model kepada

anak-anak murid.

Kesimpulannya pelbagai Dasar Pendidikan telah dilaksanakan bermula

daripada saat negara bebas daripada penjajahan British sehinggalah ke hari

ini.Antara fokus utama dasar-dasar ini di samping untuk memberi pendidikan

kepada rakyat ianya jelas menjadi alat terpenting untuk menyatupadukan dan

mengintegrasikan etnik yang pelbagai di negara ini.Dasar-dasar ini berkembang

dan berubah dari masa ke masa untuk memenuhi kehendak dan keadaan

semasa. Walaupun dasar ini seringkali berubah, namun ia tidak lari daripada

misinya yang asal iaitu membangunkan sesebuah negara di mana rakyatnya

berbilang kaum, bersatu padu untuk memacu negara ke arah kegemilangan dan

mampu bersaing dalam arus golbalisasi yang semakin mencabar.

11