rumusan eksekutif

4

Click here to load reader

Upload: afend

Post on 24-Jun-2015

1.071 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: RUMUSAN EKSEKUTIF

RUMUSAN EKSEKUTIF

Tanggal 1 Ogos 2010 mencatatkan satu peristiwa yang gemilang buat sembilan orang

mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia apabila tertubuhnya sebuah syarikat yang

diberi nama Global Marketing Bhd. Penubuhan syarikat ini adalah bagi memenuhi matlamat atau

saranan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang menceburi bidang

perniagaan. Hal yang sedemikian kerana sector perniagaanlah yang akan menjamin kemajuan

ekonomi sesebuah negara. Disamping itu juga, ia akan dapat mengurangkan masalah

pengangguran yang dihadapi sekarang ini.

Bagi merealisasikan impian kami, maka sebuah perniagaan berasaskan kepada fesyen

ditubuhkan. Global Market adalah nama yang diberi kepada butik kami itu. Berbekalkan

keazaman dan kecekalan yang tinggi, kami nekad bagi menjalankan perniagaan yang berasaskan

industri fesyen. Banyak faktor yang mempengaruhi keputusan kami untuk menceburi bidang ini

terutamanya setelah melihat kejayaan ramai ikon fesyen ternama dunia yang mampu membina

empayar kekayaan mereka yang tersendiri hanya dengan menjual rekaan-rekaan baju, kasut dan

sebagainya.

Diakui bahawa di Malaysia, terdapat banyak sekali kedai-kedai yang menjual pakaian

dan aksesori wanita dan lelaki, akan tetapi hampir kesemuanya bertapak di pusat-pusat membeli

belah sahaja. Berdasarkan fakta berkenaan, maka kami telah melihat bahawa tiada tempat yang

khusus untuk menjual pakaian disediakan di negara ini.

Global Market berniat untuk mengambil inisiatif bagi menjadi peneraju gedung fesyen

terulung di Malaysia. Kami ingin menjadikan syarikat Al-Iklhsan selaku model kepada

perniagaan kami dimana mereka hanya mengkhususkan kepada penjualan barangan sukan

sahaja. Akan tetapi, tidak seperti Al-Ikhsan, kami akan menjual pakaian-pakaian dan juga

perhiasan diri yang lain yang bukan sahaja mengikut perkembangan arus fesyen semasa tetapi

juga berjenama mewah.

Antara pilihan jenama yang bakal kami tempatkan di gedung kami termasuklah LEVIS,

ARMANI, CALVIN KLEIN, ZARA dan sebagainya. Kami percaya kami akan mampu

memenangi hati para pelanggan disebabkan keunikan cara perniagaan kami yang mana kami

i

Page 2: RUMUSAN EKSEKUTIF

akan mengumpul jenama-jenama yang terkenal dibawah suatu bumbung dan juga akan

menjadikan gedung kami seperti perniagaan KFC yang mempunyai cawangan dihampir setiap

negeri di Malalaysia.

Sasaran pelanggan kami adalah golongan remaja dan belia kerana berdasarkan statistik

daripada kajiselidik dijalankan oleh sebuah majalah kewangan antarabangsa, mereka mendapati

golongan berkenaan merupakan golongan yang paling banyak berbelanja untuk barangan

peribadi yakni pakaian dan aksesori.

Segmen pasaran mewah semestinya agak mahal sekiranya dibandingkan dengan

barangan biasa, akan tetapi kami tetap yakin bahawa rakyat Malaysia kini tidak lagi lokek untuk

berbelanja lebih bagi mendapatkan barangan yang berkualiti.Kami percaya selaras dengan

kemajuan yang dikecapi negara kini, rakyat sedikit sebanyak telah mengubah mentaliti mereka

iaitu daripada berbelanja mengikut kuantiti kepada berbelanja berdasarkan kualiti.

Untuk memulakan perniagaan ini, kami memerlukan modal berbayar sebayak kira-kira

RM500 000 yang mana akan diperolehi melalui pinjaman bank. Modal yang agak tinggi itu

diperlukan bagi menampung kos terutamanya kos mengubahsuai premis perniagaan kami

memandangkan kami ingin mewujudkan sebuah perniagaan yang berkecuali dan bukan

menumpang di pusat membeli belah sahaja. Sememangnya diakui bahawa agak sukar untuk

kami meyakinkan pembeli untuk memasuki dan mempercayai kualiti barangan yang kami

tawarkan, tetapi dengan promosi-promosi yang bakal dijalankan, kami percaya semua masalah

akan dapat diatasi dengan jayanya.

Harga yang akan kami tawarkan juga akan lebih rendah sedikit berbanding dengan harga

dari butik yang lain. Walaubagaimanapun, para pelanggan tidak perlu risau mengenai keaslian

produk yang ditawarkan kerana pihak kami akan mendapatkan bekalan produk daripada pihak

pengedar yang sah sahaja.

Pengurusan Global Marketing Group terdiri daripada sembilan orang pelajar Universiti

Tun Hussein Onn, Malaysia yang terdiri daripada Ketua Operasi, Ketua Pemasaran, Penyemak

Kira-Kira, Ketua Publisiti. Serta Ketua Jualan Masing-masing mempunyai pembantu yang

membantu dalam memastikan perniagaan ini berjalan lancar.

ii