ringksan eksekutif

Upload: mohd-arif

Post on 18-Jul-2015

143 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 Ringksan Eksekutif

Syarikat Inspiration merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada 3 April 2010 dan beroperasi di alamat, no. 44, Nilam Puri Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini berdekatan dengan Universiti Malaya, kolej KIAS ( kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail) dan sekolah rendah dan sekolah menengah di Nilam Puri. Syarikat ini baru sahaja ditubuhkan dan ianya merupakan syarikat perkongsian empat orang rakan kongsi yang menjadi bakal usahawan muda iaitu Cik Syeary Sylvester, En. Mohammad Hasrul Hafiz, En. Muhammad Adib Mustafa dan En Mohd Arif. Keempat- empat pemilik syarikat ini merupakan graduan Diploma Sains Komputer dari UTM Skudai Johor. Mempunyai pengalaman kerja di bidang IT selama dua tahun. Mereka yang bekerja keras dan bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan dan amat berminat menceburi perniagaan terutama di bidang IT dan teknologi. Syarikat ini adalah bisnes jenis membaiki komputer, menjual peralatan komputer, dan melayari internet berkonsepkan flora di mana syarikat cyber caf Inspiration akan di buka di dalam sebuah taman rekreasi. Lain-lain perkhidmatan di bidang IT juga akan ditawarkan seperti pembinaan laman web, sistem dan pemasangan rangkaian (networking).

2.0 ANALISIS SITUASI

2.1 RINGKASAN PASARAN Syarikat Inspiration ini ditubuhkan adalah untuk mendidik individuindividu setempat mahir menggunakan komputer dan IT .Selain itu, ia memudahkan pelajar. yang berhampiran membuat kerja mereka dengan menggunakan komputer. Justeru dengan penggunaan IT setempat dapat meluaskan pemikiran masyarakat

tentang dunia IT. Antara

kebaikan wujudnya ciber Inspiration adalah untuk mewujudkan persaingan antara semua cyber cafe yang terdapat didalam Bandar Kota Bharu.

Dengan ini perniagaan akan maju dengan adanya persaingan. Selain itu, masyarakat setempat juga akan mahir dalam bidang IT dan mahir juga dalam penggunaan komputer. Sehubungan dengan itu, dengan adanya cyber digital di Kota Bharu ,ini akan menarik perhatian minat para pelajar dan masyarakat setempat untuk melayari Internet serta menggunakan komputer ,dengan ini akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan lebih luas tentang dunia luar.

a) Kemudahan Internet dan Komputer. Kemudahan internet dan komputer merupakan produk dan

perkhidmatan utama yang bakal ditawarkan kepada pelanggan. Terdapat sepuluh buah komputer yang lengkap berserta rangkaian yang akan disediakan untuk perkhidmatan ini. Pelanggan boleh menggunakan komputer dan melayari internet untuk kegunaan apa sahaja. b) Kelas Komputer Kelas komputer juga akan ditawarkan kepada para pelanggan. Ianya dibuka kepada semua lapisan umur dari sekolah rendah hinggalah ke warga emas. Antara subjek yang akan ditawarkan untuk kelas komputer ini

adalah seperti berikut:

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.

Pengenalan Komputer Pengenalan Internet Microsoft Word Microsoft Powerpoint Microsoft Excel Level 1 Microsoft Excel Level 2 Microsoft Access Pembinaan Laman Web Pengenalan kepada Rangkaian

c) Penjualan Barangan Komputer Pelanggan boleh mendapatkan barangan komputer seperti set lengkap komputer, komputer riba, perkakasan komputer seperti tetikus, papan kekunci, RAM, hard disk, pendrive, cd dan macam-macam lagi di sini. Barang-barang rangkaian seperti kabel rangkaian, switch, modem dan sebagainya juga terdapat di sini. Untuk pembelian perkakasan komputer boleh terus didapati di sini. Manakala untuk pembelian set komputer dan komputer riba perlu dipesan terlebih dahulu. Tetapi pelanggan boleh merujuk kepada katalog dan juga risalah untuk membuat pemilihan barangan yang hendak dibeli.

d) Pembinaan Laman Web dan Sistem Perkhidmatan ini juga akan ditawarkan kepada para pelanggan yang berminat untuk memiliki laman web atau sistem sendiri. Pelanggan di sini tidak kiralah individu, syarikat mahupun organisasi. Pembinaan laman web atau sistem ini akan dibuat mengikut kehendak dan pelanggan. Khidmat nasihat dan juga rundingan untuk

perkhidmatan ini akan diberikan secara percuma untuk pelanggan yang

berminat.

e) Perkhidmatan servis dan membaikpulih komputer Perkhidmatan servis dan membaikpulih komputer juga akan ditawarkan memformat kepada semula pelanggan. komputer Perkhidmatannya perisian termasuklah ke dalam

memasukkan

komputer, membaiki komputer dan komputer riba dan membaiki perkakasan komputer seperti monitor, pencetak dan sebagainya.

f) Percetakan Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan untuk segala jenis percetakan di sini. Rekaan grafik untuk percetakan yang ingin dibuat juga boleh dibuat atas permintaan. Jenis percetakan yang ditawarkan termasuklah kad kahwin, kad perniagaan, bunting, banner, tshirt/kemeja, cenderamata, risalah dan macam-macam lagi.

2.1.1 DEMOGRAFI PASARAN Syarikat Inspiration beroperasi di alamat, no. 44, Nilam Puri Kota Bharu Kelantan. Syarikat ini berdekatan dengan Universiti Malaya, kolej KIAS ( Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail) dan sekolah rendah dan sekolah menengah di Nilam Puri. Ianya

diusahakan di atas tanah sewaan. Kawasan ini menjadi tumpuan kerana terletak di tengah-tengah kawasan institusi pendidikan, dan premis-premis perniagaan yang lain. Yang uniknya, di situ juga terdapat yang sering dikunjungi oleh orang ramai. Tidak mustahil syarikat ini akan dikenali oleh orang ramai sama ada penduduk setempat mahupun masyarakat luar kawasan. Oleh itu sudah pasti penduduk berhampiran dan para pelajar akan menggunakan perkhidmatan ini.

2.1.2 KEPERLUAN PASARAN Permintaan Terhadap Penggunaan Internet Pada masa kini, permintaan terhadap penggunaan Internet amatlah tinggi. Tidak kira di bandar mahupun di luar bandar. Pengguna mulai sedar kepentingan Internet yang mampu memberi mereka pelbagai kemudahan dan kebaikan jika bijak

mengendalikannya. Ini kerana pada masa kini, kebanyakan urusniaga dan urusan kerja dibuat secara online. Sebagai contoh, pembayaran bil secara online, permohonan kemasukan universiti kerajaan secara online, pencarian kerja dan banyak lagi.

Bagi golongan remaja pula, penggunaan Internet menjadi salah satu gaya hidup mereka pada masa kini. Mereka

menggunakan Internet untuk bermain permainan online, berbual (chatting) dan blog seperti Myspace, Friendster dan banyak lagi. Bagi pelajar pula, Internet digunakan oleh mereka untuk melayari bagi mendapatkan maklumat dan material untuk kerja kursus mereka.

Permintaan terhadap Penggunaan Komputer

Bagi

golongan

yang

kurang

berkemampuan

memiliki

komputer sendiri, kemudahan komputer amatlah bermakna buat mereka. Kebanyakan kerja-kerja seharian pada masa kini banyak melibatkan penggunaan komputer. Tidak kira apa jua lapisan masyarakat, komputer menjadi satu keperluan kepada mereka. Sebagai contoh, pelajar kebanyakannnya menggunakan komputer untuk membuat kerja kursus. Mereka memerlukan kemudahan lain dari komputer seperti, pengimbas untuk memasukkan material ke

dalam kerja kursus dan mencetak hasil yang telah disiapkan. Begitulah contoh yang boleh dilihat daripada kepentingan terhadap penggunaan komputer. Dengan tingginya permintaan terhadap penggunaan komputer, permintaan terhadap kelas-kelas komputer juga meningkat. Mereka sedar dengan pengetahuan terhadap penggunaan komputer memberi kelebihan kepada mereka bukan sahaja dalam bidang kerja malah dalam kehidupan seharian masa kini.

Bidang IT dan Kehidupan Di zaman ini, IT memainkan peranan besar dalam kehidupan seharian. Bidang IT merangkumi segala yang berkaitan dengan komputer dan teknologi. Kerja-kerja harian banyak melibatkan penggunaan komputer dan berkaitan dengan IT. Seperti contoh di bidang perniagaan, komputer diperlukan untuk melakukan kerja dan penyimpanan maklumat. Sistem diperlukan untuk membantu melakukan pekerjaan. Manakala laman web akan digunakan sebagai mempromosikan perniagaan yang dijalankan. Perkara sebegini telah pun menjadi perkara biasa kepada sesebuah perniagaan pada masa kini. Namun tidak semua mereka mahir untuk mengadakan semua ini untuk perniagaan masing-masing. Di sinilah pentingnya perkhidmatan seumpama pembinaan laman web dan sistem yang dapat ditawarkan kepada mereka. Memandangkan pada masa kini perniagaan lebih menjerumus kepada pemasaran secara online maka permintaan terhadap pembangunan sistem dan pembinaan laman web juga amat tinggi.

Permintaan Percetakan Permintaan terhadap percetakan juga amat tinggi pada masa kini. Percetakan dilihat amat penting dalam mempromosikan sesuatu perkara seperti di dalam sesebuah perniagaan, majlis dan

juga pameran dan sebagainya. Mereka memerlukan papan tanda, banner, bunting, risalah, kad jemputan, cenderamata dan macammacam lagi untuk dicetak bagi tujuan promosi.

2.1.3 TREN PASARAN Pada masa kini Rangkaian sosial merupakan salah suatu jaringan yang semakin popular dalam kalangan masyarakat pada hari ini terutama golongan remaja. Rangkaian sosial boleh didefinisikan sebagai satu perkhidmatan yang membenarkan individu membentuk komuniti sosial secara dalam talian untuk pelbagai tujuan dan aktiviti antara contoh rangkaian sosial yang hangat pada masa kini ialah Myspace, Facebook, Friendster, Twitter dan sebagainya.

2.1.4 PERTUMBUHAN PASARAN

Dalam tahun 2012 permintaan terhadap penggunaan Internet amatlah tinggi. Begitu juga dengan penggunaan internet. Oleh yang demikian, pertumbuhan pasaran adalah diramalkan meningkat. Ini adalah kerana orang mendesak permintaan yang lebih sekarang mereka mengiktiraf permintaan ini adalah satu keperluan yang amat penting di zaman ini. Apatah lagi terhadap pelajar sekarang yang sememangnya amat bergantung kepada penggunaan

komputer dalam membuat sesuatu tugasan. Pembinaan cyber cafe kami ini akan membantu mereka seterusnya pertumbuhan pasaran yang baik dalam perniagaan kami.

2.2 ANALISIS SWOT

2.2.1 KEKUATAN Pemilik cyber caf Inspiration mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan iaitu pengurusan perniagaan dan juga perngurusan komputer. Sebelum ini, pemilik cyber caf Inspiratin ini telah mengikuti beberapa kursus pengurusan perniagaan dan juga mempunyai pengetahuan yang luas berkenaan komputer yang pernah dipelajari semasa belajar ketika dahulu.

Disebabkan semua pemilik cyber caf inspiration adalah bekas graduan Diploma Sains Komputer, maka penyelenggaraan dan baik pulih dapat dilakukan sendiri tanpa menggunakan khidmat pembaikan atau pengemaskinian daripada pihak luar contohnya kedai membaiki komputer. Maka dengan itu, kami juga menyediakan khidmat penyelenggaraan dan baik pulih komputer.

Susunatur komputer sesuai utk kegunaan semua dimana kami menyusunatur kedudukan komputer dengan baik dan selesa. Kami akan memastikan pengguna berasa di dalam rumah semasa menggunakan komputer. Kami mengutamakan privacy pengguna semasa mereka menggunakan komputer iaitu orang lain tidak akan nampak dan menganggu pengguna semasa menggunakan komputer.

Pemilik cyber caf mempunyai beberapa rakan yang mempunyai perniagaan alat gantian komputer. Maka, alat gantian komputer mudah diperolehi dan akan mendapat harga yang berpatutan daripada rakan perniagaan yang lain.

Kekuatan yang amat ditekankan pula ialah, kedudukan premis yang strategik. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, kedudukan premis ini sangat memudahkan ramai pengguna untuk berkunjung ke cyber caf kami ini.

2.2.2 KELEMAHAN Untuk memulakan perniagaan cyber caf ini, kelemahan yang paling ketara ialah tiada modal permulaan yang diperlukan untuk memulakan pernigaan. Disebabkan semua pemilik cyber caf Inspiration baru sahaja tamat belajar, maka tidak ada sebarang sumber kewangan yang diperolehi selain meminjam wang daripada ibu bapa, tetapi masih tidak mencukupi untuk memulakan perniagaan.

Pada zaman kini, sistem teknologi maklumat sentiasa berubah-ubah dan menjadi salah satu faktor kelemahan dalam pernigaan ini. Teknologiperkomputeran memang akan sentiasa berubah-ubah dengan kepelbagaian kemajuan terkini. Bermula dengan saiz yang sebesar bilik, namun pada hari ini ia boleh dikecilkan hanya sebesar tapak tangan sahaja. Bukan hanya pada saiz, kemampuan komputer itu sendiri dengan memproses data-data sememangnya hebat dan mengagumkan sehinggakan aktiviti dan kerja harian kita tidak dapat dilakukan dengan tiadanya komputer. Oleh itu, kami akan sedaya upaya menangani kelemahan ini dengan mengikut perkembangan terkini tentang komputer.

2.2.3 PELUANG Peluang dalam pernigaan ini adalah terdapat universiti dan sekolahsekolah di kawasan kajian. Cyber caf ini tidak akan kekurangan pelanggan kerana kebanyakkan pelajar dan orang ramai akan menggunakan khidmat ini.

Bukan itu sahaja, pesaing lebih mengutamakan penggunakan internet dan game online meyebabkan mereka tiada ruang untuk pelajar menggunakan perisian Microsoft office dan membuat kerja dalam keadaan yang tenang.

Peluang lain pula adalah dengan mempelbagaikan perkhidmatan. Contohnya, pengemaskinian dan membaik pulih komputer dan juga menjual barangan komputer.

Kami juga mempunyai pembekal produk mudah diperolehi serta bantuan modal dan khidmat nasihat daripada MARA jika pinjaman kami ini diluluskan untuk memulakan perniagaan.

2.2.4 ANCAMAN

Terdapat beberapa ancaman iaitu wujudnya pesaing baru dan sedia ada di kawasan kajian. Pesaing ini kemungkinan besarnya akan meningkatkan lagi mutu pernigaan mereka jika mereka merasakan perniagaan kami ini menjadi ancaman kepada mereka.

Sikap pelajar dan ibubapa yang agak kolot iaitu menganggap orang yang mengunjungi cyber caf adalah tidak baik kerana risau akan terpengaruh dengan rakan-rakan lain yang melayari internet dengan tidak baik iaitu website pornografi dan lain-lain.

Kebanyakan penduduk sudah mempunyai komputer dan boleh melayari internet sendiri dengan adanya wayarles, broadband dan juga talian telefon internet.

2.3 PERSAINGAN Setiap perniagaan tidak boleh lari dari persaingan terutamanya bidang ICT namun atas permintaan ramai dan peluang pernigaan yang wujud terutamanya daripada pelajar-pelajar dan individu yang ingin memajukan diri dalam bidang ini dengan memperolehi maklumat terkini, Maka cyber caf inspiration adalah tempat yang sesuai kerana suasana premis kami yang damai dan tanpa gangguan.

Persaingan daripada premis pernigaan yang sama adalah salah satu saingan yang harus ditempuhi. Namun, persaingan secara sihat boleh dilakukan dengan meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengambil kira respon dan pendapat orang ramai.

2.4 PERKHIDMATAN

2.5 KUNCI-KUNCI KEJAYAAN

2.6 ISU-ISU KRITIKAL

2.7 PERSEKITARAN MAKRO

Strategi pemasaranObjektif Memberi kemudahan penggunaan internet dan komputer kepada orang ramai. Menubuhkan sebuah pusat memberi pendidikan komputer kepada semua lapisan masyarakat. Mewujudkan sebuah pusat IT yang dapat menawarkan segala perkhidmatan dalam bidang IT seperti penjualan perkakasan komputer, servis dan membaik pulih komputer.

Menawarkan perkhidmatan untuk semua jenis percetakan mengikut kehendak pelanggan.

Misi Dapat memenuhi permintaan yang tinggi terhadap penggunaan internet dan komputer pada masa kini. Memberi pendidikan dan pendedahan komputer kepada semua lapisan masyarakat tidak mengenal usia muda atau tua. Mewujudkan pusat IT yang memberi perkhidmatan yang dapat memenuhi setiap permintaan pelanggan di dalam bidang IT. Menjadi sebuah perniagaan yang mendapat tempat di hati pelanggan dengan menawarkan harga yang berpatutan dalam perkhidmatan dan produk yang ditawarkan. Objektif kewangan Membeli peralatan mesin fotostat, pencetakan, perkakasan komputer yang berkualiti untuk menawarkan perkhidmatan dan produk yang baik kepada pelanggan. Dapat mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas. Dapat membiayai gaji kepada pekerja serta memberikan bonus kepada pekerja dalam tempoh yang telah ditetapkan. Dapat menggunakan kewangan syarikat dengan baik supaya pengurusan kewangan dapat dilakukan dengan mudah. Dapat memaksimumkan dan mengukuhkan kewangan syarikat dengan lebih tinggi.

SASARAN PASARAN

Daripada penubuhan syarikat kami iaitu Inspiration sdn.bhd banyak memfokuskan kepada perkhidmatan yang ditawarkan seperti kemudahan internet dan komputer, kelas komputer, penjualan barangan komputer, servis dan membaik pulih komputer, percetakan dan lain-lain perkhidmatan ini kepada pelanggan sasaran iaitu semua golongan sama ada golongan muda atau pun golongan tua. Bagi peringkat awal perniagaan kami ini kami telah menyasarkan kepada kumpulan sasaran adalah pelajarpelajar sekolah, pelajar IPTA/IPTS, individu tidak mempunyai komputer dan internet serta kakitangan kerajaan dan swasta. Dengan itu, semua pelanggan dapat menggunakan perkhidmatan yang kami tawarkan dapat memudahkan dan

menyenangkan kepada semua pihak. Pada zaman kecanggihan dalam bidang ICT, kegunaan komputer untuk memudahkan melakukan sesuatu kerja di samping menggunakan perkhidmatan internet yang semakin meluas menyebabkan permintaan dan penggunaan internet dan komputer diperlukan. Syarikat kami juga dapat merasakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat kami diperlukan kerana permintaan dan keperluan pengguna bagi masa sekarang. Hal demikian kerana lokasi premis kami warga penduduk bukannya mampu untuk memiliki komputer dan tiada jaringan internet bagi memudahkan urusan mereka. Dengan lokasi yang berhampiran dengan pusat pengajian, perkhidmatan yang kami tawarkan dapat memenuhi kehendak pelanggan. Selain itu, kami yakin bahawa syarikat kami menjadi pilihan orang ramai di lokasi tersebut kerana memandangkan syarikat kami sahaja yang menawarkan perkhidmatan kemudahan internet dan komputer, membaik pulih komputer, pencetakan, penjualan aksesori dan peralatan komputer, kelas komputer dan lain-lain perkhidmatan seperti mencetak, mengimbas, laminating, binding dan tambah nilai prepaid ( TOP UP ). Di sebabkan kedai-kedai yang menawarkan seperti syarikat kami berada jauh daripada lokasi seperti syarikat kami, menyebabkan syarikat kami pilihan mereka kerana memudahkan pelanggan mengunjungi ke premis kami. Perletakan Pasaran Berdasarkan kajian yang dijalankan tumpuan perkhidmatan adalah kepada pelajar dan golongan belia, golongan ini dianggarkan lebih kurang 60% daripada penduduk sekitar. Jumlah sasaran dijangkakan dalam lingkungan 6,000 orang ( 60 % x 10,000 orang ).

Setiap orang akan berbelanja dalam anggaran RM 35.00 untuk sebulan bagi aksesori komputer, perkhidmatan, telefon dan lain-lain. Jumlah saiz pasaran adalah 6,000 ( RM40.00 X 6,000 )

Strategi Pemasaran Strategi syarikat kami adalah menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan menangani segala masalah dam rungutan pelanggan dengan baik. Komplain pelanggan merupakan penawar kepada perkhidmatan ini untuk memperbaikinya dan yang baik kepada lebih baik supaya pelanggan tidak serik berurusan dengan kami. Kepuasan pelanggan keutamaan kami. Memastikan semua peralatan penggunaan pelanggan dalam keadaan tersedia untuk digunakan dan memberikan servis yang cepat kepada masalah yang diadukan oleh pelanggan. Melayani pelanggan dengan penuh mesra dan sentiasa tersenyum. Memberi penerangan atau khidmat nasihat yang terbaik kepada pelanggan agar mereka sentiasa berpuas hati dengan mutu kerja yang dihasilkan. Selain itu beberapa strategi pemasaran dilakukan oleh syarikat kami seperti di bawah :

a) Pengiklanan

Bagi pengiklanan perkhidmatan syarikat kami, syarikat telah mengambil beberapa langkah untuk mengiklankan kepada penduduk di kawasan Nilam Puri terutamanya dengan mengedarkan flyer serta brochures kepada kolej dan sekolah yang

berdekatan. Kami juga membuat pengiklanan dengan meletak brochures di masjid, sekolah dan tempat-tempat menjadi tumpuan orang ramai bagi menarik minat

pelanggan sama ada yang berdekatan premis kami atau pun yang jauh dengan premis kami yang inginkan inginkan perkhidmatan kami

b) Media cetak Syarikat kami menggunakan media cetak seperti surat khabar dan papan tanda. Surat khabar adalah satu media cetak yang murah dan mudah didapati. Apabila syarikat kami menggunakan iklan menggunakan surat khabar ramai boleh melihat sama ada golongan muda ataupun tua. Selain itu syarikat kami menggunakan papan tanda untuk memperkenalkan syarikat kami kepada pengguna. Papan tanda syarikat kami akan mempamerkan tentang pembukaan syarikat kami.

C ) Media broadcost

Syarikat kami juga menggunakan pengiklanan penghebahan iaitu kami menggunakan keluarga dan kawan kawan bagi menghebahkan tentang pembukaan syarikat baru kami. Dengan adanya pengiklanan penghebahan pembukaan syarikat baru maka orang ramai akan dapat mengetahui dengan lebih cepat.

d ) Pengiklanan luaran

syarikat

kami juga menggunakan pengiklanan luaran seperti banner. Kami

menggunakan baner bagi memudahkan pengguna mengetahui tentang pembukaan syarikat kami . Banner yang kami buat akan di pamerkan di seluruh pekan Nilam Puri dan berhampiran dengan bandar Kota Bharu.Dengan itu ramai pengguna yang baru dapat mengenali produk kami dengan lebih meluas lagi.

e) Internet

Internet adalah satu rangkaian global jaringan komputer yang besar dengan pengurusan atau milikan berpusat. Dengan itu syarikat kami menggunakan kaedah internet ini memudahkan pengguna untuk mengetahui tentang syarikat kami dengan lebih mendalam. Laman web kami adalah www.cybercafeinspiration.com . Dengan menggunakan internet juga pengguna dapat membuat tempahan perkhidmatan seperti membuat banner, membeli aksesori komputer dan sebagainya mengenai perkhidmatan syarikat kami.

Campuran Pemasaran

Produk/perkhidmatan

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan kemudahan internet dan komputer. Kemudahan internet dan komputer merupakan produk dan perkhidmatan utama yang ditawarkan kepada pelanggan. Pelanggan boleh menggunakan komputer dan melayari internet untuk kegunaan apa sahaja dan menggunakan internet dengan akses yang laju

tanpa buffering di premis kami. Selain itu, permainan game dalam perisian komputer disediakan bagi menarik lagi pelanggan datang ke premis. Perkhidmatan ini disediakan kerana pada zaman sekarang dengan kecanggihan teknologi ICT memudahkan segala urusan sesuatu pekerjaan atau sesuatu perkara. Di samping itu juga, kami juga menawarkan perkhidmatan fotostat, liminating, banner, membaiki peralatan komputer dan menjual aksesori komputer . Jualan hiliran TO-PUP juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengguna kerana mereka tidak payah pergi ke premis perniagaan lain sekiranya telefon bimbit telah kehabisan kredit dan ingin tambah, premis kami telah tersedia semuanya untuk mereka. dan tambah nilai prepaid ( to pup ). Syarikat kami menawarkan perkhidmatan servis dan membaik pulih komputer di rumah pelangan yang dapat memudahkan kepada pelanggan kami. Perkhidmatan ini yang istimewa disediakan oleh syarikat kami iaitu dipanggil home service . Dengan perkhidmatan seperti ini, pelanggan tidak perlu bersusah payah datang ke premis untuk membawa komputer mereka.

Harga

Syarikat kami menawarkan harga yang berpatutan dengan perkhidmatan yang kami sediakan. Kami tidak mengenakan harga yang tinggi kerana latar belakang penduduk di sekitar premis kami bukan semua yang golongan kaya kerana majoriti mereka hidup secara sederhana. Caj yang dikenakan kepada pelanggan kami adalah dengan harga berpatutan dan tidak membebankan pelanggan. Pelanggan tetap juga akan diberikan harga yang istimewa. Peralatan yang dijual oleh syarikat kami ialah barang berkualiti tinggi dan dijamin barangan yang baik dan tahan lama.

Penetapan harga yang diletakkan ke atas perkhidmatan daripada syarikat kami yang ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan price-follower iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan oleh pesaing-pesaing lain di samping potongan harga mengikut keutamaan pelanggan.

Tempat/ Lokasi Syarikat kami berada di lokasi yang strategik iaitu berdekatan dengan taman perumahan, kolej, IPTA/IPTS, dan sekolah. Premis kami terletak berhampiran dengan bandar iaitu lebih kurang 6KM dari pusat bandar. Kami tidak menyewa premis di tengah bandar kerana faktor kos sewa yang agak tinggi di samping faktor lain iaitu seperti parking berbayar dan kesesakan lalu lintas. Syarikat kami juga kurang persaingan daripada aspek perkhidmatan yang kami sediakan kerana hanya premis kami sahaja menawarkan perkhidmatan kemudahan internet dan komputer di kawasan berkenaan. Anggaran penduduk di persekitaran premis kami ini lebih kurang 6,000-8,000 orang termasuk pelajar institut pengajian tinggi yang berdekatan. Hal ini dapat menarik pelanggan untuk mengunjungi ke premis kami untuk menggunakan perkhidmatan yang kami sediakan kerana pelanggan boleh berjalan kaki, menunggang motosikal serta menaiki basikal ke premis kami yang boleh memudahkan pelanggan tidak mencari parking kereta bagi penduduk yang berdekatan. Bagi yang menaiki kereta, mereka tidak perlu bimbang tentang parking kerana kawasan berdekatan premis kami mempunyai kawasan parking yang mencukupi .

Promosi Di antara promosi yang akan dilakukan oleh syarikat kami bagi memperkenalkan perkhidmatan ini ialah :

bantu pelanggan ketika mereka menghadapi masalah dalam penggunaan komputer, internet dan lain-lain semasa di dalam premis perniagaan ini mahupun di rumah house-call .

mengekalkan hubungan yang mesra dan berbudi bahasa dengan pelanggan dan premis perniagaan di persekitaran. Senyum selalu kepada pelanggan yang mengunjungi ke premis kami. Harga yang ditawarkan mengikut jam penggunaan dan banyak perkhidmatan yang ditempah oleh pelanggan : Contohnya-penggunaan internet harga 1 jam RM3.00 harga tawaran 2 jam RM5.00. Fotostat 100 keping ke atas dikira RM 0.05 satu keping ( Biasa 1 keping = RM 0.10 )

Penyelidikan Pemasaran Kaji selidik perkhidmatan kemudahan internet dan komputer Berdasarkan kajian yang telah dibuat, beberapa syarikat lain juga telah turut mengusahakan perniagaan cyber cafe. Antara syarikat yang beroperasi di sekitar

kawasan berdekatan dalam lingkungan 5KM dari premis kami ialah : 1. 2. 3. Man Cyber Caf Enterprise Fourty4.com Computer Centre Sdn.Bhd ADZTECH FOTOSTAT Enterprise

4.

Ketereh komputer Sdn.Bhd.

Ramalan jualan mengikut geografi Melalui kajian yang dibuat, kawasan sasaran bagi beroperasinya perniagaan ini adalah di kawasan penempatan di mana penduduknya memiliki status gaji dalam lingkungan RM800 ke atas. Lokasi perniagaan ini berpotensi untuk beroperasi dengan lebih

mudah waktu jam kerana golongan pelajar institusi pengajian tinggi boleh mengunjungi ke premis kami sehingga premis di tutup jika ketiadaan pelanggan. Kebiasaan juga golongan muda dapat mengunjungi ke premis kami untuk melayari internet walaupun lewat malam. Hal ini dapat mengelak juga mereka golongan muda ini keluar lewat malam pergi merempit, melepak dan sebagainya. Secara tidak langsung, dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan golongan muda pada masa sekarang.

Keberkesanan pengiklanan Melalui pelbagai pengiklanan yang telah dilakukan oleh syarikat kami mengenai perkhidmatan yang ditawarkan telah menarik beberapa jumlah pelanggan yang memberangsangkan bagi syarikat kami. Pengiklanan melalui papan tanda, flyer, bronchures, laman internet dan sebagainya memberikan kesan positif kepada kami kerana informasi yang kami sampaikan kepada penduduk berdekatan dan penduduk yang jauh daripada premis kami dapat disampaikan dengan berkesan.

3.0 KEWANGAN, BAJET DAN UNJURAN 3.1 ANALISIS PULANG MODAL 3.2 UNJURAN JUALAN DAN BUTIRAN BELANJA

3.3 MARGIN KONTRIBUSI

4.0 KAWALAN

5.1

Kawalan Mutu dan Kualiti

5.2

Kawalan operasi

5.3

Kawalan Harga

Kesimpulan

Perniagaan ini boleh dimulakan dalam jangka waktu terdekat kerana tidak memerlukan latihan pengurusan yang khusus dan persediaan untuk membuka perniagaan memerlukan jangka masa yang agak pendek. Promosi yang agresif perlu di lakukan pada peringkat awal pembukaan kedai termasuk mengedar risalah, kain rentang dan sebagainya.

Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada pelajar khususnya dan penduduk tempatan untuk proses pembelajaran. Di samping itu, kemudahan pembelajaran seperti mesin pencetak pelbagai saiz, plan printing, fotokopi dan book renting sesuai diadaptasikan di pusat cyber caf atau pusat Multimedia ini.Dengan menggunakan kaedah kemudahan tambahan atau added-value facility ini akan meluaskan lagi pasaran sedia ada.

Selain daripada itu kelas-kelas perisian yang berbentuk word processing atau type-setting dan perisian-perisian rekabentuk seperti Auto Cad, Flash dan sebagainya dapat memberikan produk tambahan di dalam syarikat atau perniagaan di kawasan kajian ini.

Ini juga bersesuaian dalam menyahut seruan kerajaan di dalam obligasi membantu masyarakat ke arah Celik IT di negeri Perak Amnya dan juga di kawasan kajian ini khasnya.