rumusan

Upload: azam-bin-ayub

Post on 07-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RUMUSAN

TRANSCRIPT

RUMUSAN

RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab orang ramai kurang berminat menggunakan sistem pengangkutan awam dan langkah-langkah menanganinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Walaupun jumlah pemilik kenderaan persendirian semakin bertambah, namun pengangkutan awam masih menjadi pilihan utama bagi sebahagian daripada rakyat negara kita sama ada yang tinggal di kota atau desa. Justeru, pelbagai usaha telah diambil untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam bagi menampung keperluan dan permintaan orang ramai. Di ibu kota Kuala Lumpur misalnya, komuter, Sistem Transit Aliran Ringan (STAR), Express Rail Link (ERL), Transit Ringan Automatik (Putra LRT), dan monorel Kuala Lumpur diperkenalkan dengan tujuan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu puncak, iaitu pada waktu pagi dan petang kerana warga kota pergi dan pulang dari tempat kerja. Di samping itu, semua perkhidmatan rel ini mempunyai jadual waktu perjalanan yang tetap. Sungguhpun demikian, segelintir rakyat enggan menggunakan perkhidmatan yang disediakan itu dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Anatara alasan yang sering diberikan ialah pengangkutan awam di negara kita tidak cekap dan kurang efisien. Ada pula yang merungut dengan mengatakan bahawa pengangkutan awam, terutama bas melambatkan perjalanan ke sesuatu destinasi dan menyebabkan mobility menjadi terbatas. Oleh sebab itulah sebahagian daripada rakyat lebih suka menggunakan kenderaan sendiri untuk pergi ke tempat kerja daripada menaiki pengangkutan awam. Sesetengah daripada mereka pula menganggap pengangkutan awam hanya untuk golongan miskin dan kurang berkemampuan sehingga mereka malu untuk menggunakan perkhidmatan tersebut walaupun lebih menjimatkan dan mengelakkan mereka daripada terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang serius. Pengangkutan awam di negara kita turut dipersalahkan kerana tidak menyediakan perkhidmatan yang mampu memenuhi keperluan para pengguna. Selain itu, mutu pengangkutan awam di Malaysia juga dikatakan agak buruk dan ketinggalan jika di bandingkan dengan negara maju yang lain. Akibatnya, pengangkutan awam semakin tidak popular dalam kalangan masyarakat dan kepentingannya hilang di tengah-tengah arus pembangunan negara.1

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak 4 991 teksi,limousin, dan kereta sewa yang beroperasi di negara kita berusia lebih daripada 10 tahun. Berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), kenderaan berkenaan dianggap sudah tidak layak bergerak di atas jalan raya. Walaupun bilangan tersebut dianggap kecil di Malaysia, namun usaha untuk membaiki dan meningkatkan mutu pengangkutan awam tersebut perlu dilakukan dengan segera. Kereta sewa pula hanya bejumlah 10 433 buah di Semenanjung Malaysia dengan 7 518 buah daripadanya beroperasi di Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan 178 buah lagi di Selangor. Bilangan ini terlalu kecil sehingga menyebabkan perkhidmatan pengangkutan awam semakin hilang kepentingannya berbanding dengan masa dahulu.

Kesulitan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan awam, terutama teksi, limousin, dan kereta sewa pada waktu puncak sudah berlarutan sejak beberapa waktu. Oleh itu, langkah segera perlu diambil bagi mengatsi masalah ini jika pengangkutan awam masih dianggap penting dan menjadi keperluan orang ramai.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Ke Arah Pengangkutan Awam yang Efisien dan Efektif, oleh Haslina Hassan, Dewan Masyarakat, Mei 2001)

Pemahaman Petikan UmumBerdasarkan petikan Rumusan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata mobiliti menjadi terbatas ? [ 2 markah ](ii) Nyatakan kelebihan pengangkutan awam. [ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang sesuai dilakukan untuk mengikis sikap negatif

Sesetengah orang tentang sistem pengangkutan awam ? [ 3 markah ]

2

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASATulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.(i) memikul

(ii) menjinjing

(iii) menggendong

(iv) menjunjung

(v) mengandar

(vi) memangku

( 12 markah )

3