rumusan
DESCRIPTION
rumusan BMTRANSCRIPT
RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, pendidikan pemulihan merupakan suatu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah
di dalam kelas. Ini adalah bertujuan untuk mengecilkan jurang perbezaan pencapaian di
kalangan murid-murid di dalam kelas agar mereka dapat belajar bersama-sama dalam
suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.
Manakala program pengayaan pula merupakan satu aktiviti yang banyak membantu
untuk meningkatkan kecekapan untuk menguasai sesuatu pembelajaran dengan lebih
bermakna. Jika aktiviti pengayaan ini dijalankan dengan cara yang efektif, murid akan
memperoleh banyak manfaatnya. Ini kerana mereka bukan sahaja didedahkan dengan
pelbagai bahan dan aktiviti yang dapat mengukuhkan pengetahuan sedia ada, malah
mereka juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan baharu yang boleh meningkatkan
perasaan minat dan lebih bermotivasi untuk belajar.