rumusan

4
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan nilai-nilai positif dan kekangan untuk menyemai nilai-nilai tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pendidikan memainkan peranan penting bagi membina dan menanam nilai-nilai positif dalam kalangan pelajar. Pendidikan di semua peringkat persekolahan perlu menanamkan nilai-nilai positif selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang bertujuan untuk meningkatkan taraf pemodenan dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan acuannya sendiri. Nilai-nilai positif ialah nilai-nilai yang mendorong kepada perubahan dan kemajuan. Nilai-nilai positif seperti yakin diri dan berani menghadapi cabaran amat penting untuk membina keyakinan diri masyarakat dan menentukan kekuatan sesuatu bangsa, kaum atau negara. Masyarakat yang maju memiliki nilai-nilai positif di samping peka terhadap segala perkembangan yang berlaku. Kita harus mengejar kemajuan, perubahan dan pembangunan tanpa meninggalkan nilai-nilai positif yang menjadi asas pembinaan kekuatan moral, kerohanian, kemanusiaan dan keterampilan dalam segala bidang . Masyarakat yang ingin kita lahirkan sesungguhnya masyarakat madani yang akan disegani di persada dunia. Di samping itu, nilai positif juga mendorong individu dan masyarakat supaya berani bertindak secara rasional untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Nilai positif juga perlu dipertahankan bagi membebaskan individu dan masyarakat daripada ancaman gejala sosial yang begitu dominan pengaruhnya. Pembinaan imej diri yang menonjolkan keterampilan, kewibawaan dan kekuatan moral sangat signifikan dengan pemupukan nilai-nilai positif. Manakala nilai negatif perlu dikikis bagi membebaskan masyarakat daripada kemunduran dan kejahilan. Masyarakat yang demikian juga akan menjadi liabiliti kepada negara serta menjadi batu penghalang ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Selain itu, penekanan nilai positif dalam pembinaan sumber tenaga manusia dan tenaga pekerja juga penting untuk mewujudkan guna tenaga yang produktif dan positif ke arah pembangunan negara yang mapan. Nilai-nilai positif para pekerja seperti kerajinan, bertanggungjawab, amanah dan berdaya saing bukan sahaja perlu diamalkan di tempat kerja tetapi di luar

Upload: jesslynn867257

Post on 02-Sep-2015

30 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan nilai-nilaipositif dan kekangan untuk menyemai nilai-nilai tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidakmelebihi 120 patah perkataan.

Pendidikan memainkan peranan penting bagi membina dan menanam nilai-nilai positif dalamkalangan pelajar. Pendidikan di semua peringkat persekolahan perlu menanamkan nilai-nilai positifselaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang bertujuan untuk meningkatkan taraf pemodenan danseterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan acuannya sendiri.

Nilai-nilai positif ialah nilai-nilai yang mendorong kepada perubahan dan kemajuan. Nilai-nilaipositif seperti yakin diri dan berani menghadapi cabaran amat penting untuk membina keyakinan dirimasyarakat dan menentukan kekuatan sesuatu bangsa, kaum atau negara. Masyarakat yang majumemiliki nilai-nilai positif di samping peka terhadap segala perkembangan yang berlaku. Kita harusmengejar kemajuan, perubahan dan pembangunan tanpa meninggalkan nilai-nilai positif yang menjadiasas pembinaan kekuatan moral, kerohanian, kemanusiaan dan keterampilan dalam segala bidang . Masyarakat yang ingin kita lahirkan sesungguhnya masyarakat madani yang akan disegani di persadadunia.

Di samping itu, nilai positif juga mendorong individu dan masyarakat supaya berani bertindaksecara rasional untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Nilai positif juga perlu dipertahankan bagimembebaskan individu dan masyarakat daripada ancaman gejala sosial yang begitu dominanpengaruhnya. Pembinaan imej diri yang menonjolkan keterampilan, kewibawaan dan kekuatan moralsangat signifikan dengan pemupukan nilai-nilai positif. Manakala nilai negatif perlu dikikis bagimembebaskan masyarakat daripada kemunduran dan kejahilan. Masyarakat yang demikian juga akanmenjadi liabiliti kepada negara serta menjadi batu penghalang ke arah merealisasikan matlamatWawasan 2020.

Selain itu, penekanan nilai positif dalam pembinaan sumber tenaga manusia dan tenagapekerja juga penting untuk mewujudkan guna tenaga yang produktif dan positif ke arah pembangunannegara yang mapan. Nilai-nilai positif para pekerja seperti kerajinan, bertanggungjawab, amanah danberdaya saing bukan sahaja perlu diamalkan di tempat kerja tetapi di luar tempat bekerja juga agarcabaran dan dugaan di pentas global mampu ditangani secara lebih mudah.

Nilai positif yang terpahat dalam diri seseorang akan dapat membantunya membanteraspelbagai masalah yang mengancam dirinya sendiri, masyarakat dan negara. Oleh itu, fungsipendidikan perlu mengarah kepada pembinaan watak, akhlak dan moral individu yang mengamalkannilai-nilai hidup yang baik dan tidak bercanggah dengan norma-norma kehidupan yang mulia. Yangpasti, amalan nilai-nilai positif akan menggalakkan perkembangan dan kemajuan tuntas seseorangindividu ke arah pembinaan kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.(Dipetik dan diubah suai daripada Kepentingan Nilai Positif Dalam Diri?'oleh Nur Aisyah Mohaamad Hussein, Wadah Siswa, November, 2013)Berdasarkan petikan Soalan 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata merealisasikan matlamat?

[2 markah]_________________________________________________________________________________________________

ii. Penulis menyatakan beberapa sebab nilai negatif perlu dikikis. Nyatakan sebab-sebab tersebut.

[3 markah]___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

iii. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang berkesan untuk menanamkan nilai-nilai tersebut dalam kalangan murid? Berikan dua langkah.

[4 markah]____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________