rph topeng

11
PSV 3073E PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR TAHUN : 3 Amanah BIDANG : Membentuk dan Membuat Binaan AKTIVITI : Topeng Serkup TEMA : Alam Semula Jadi TAJUK : Topeng buah-buahan MASA : 11.15 pagi 12.15 tengahari (60 minit) MEDIA : Alat : gunting, pensil, pemadam Bahan : kad manila, krayon atau pensel warna atau oil pastel, gam dan bahan hiasan yang sesuai, komputer riba, LCD dan perisian microsoft power point. BAHAN BANTU MENGAJAR : Contoh topeng serkup, powepoint slaid ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK) : Teknologi dan Maklumat Komunikasi (TMK), keusahawanan, kreativiti dan inovasi dan nilai murni

Upload: narmatha-mani-maran

Post on 29-Sep-2015

60 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

vhyjgnvgnghkh

TRANSCRIPT

PSV 3073E PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR

TAHUN:3 Amanah

BIDANG:Membentuk dan Membuat Binaan

AKTIVITI:Topeng Serkup

TEMA:Alam Semula Jadi

TAJUK:Topeng buah-buahan

MASA:11.15 pagi 12.15 tengahari (60 minit)

MEDIA:Alat : gunting, pensil, pemadam Bahan : kad manila, krayon atau pensel warna atau oil pastel, gam dan bahan hiasan yang sesuai, komputer riba, LCD dan perisian microsoft power point.

BAHAN BANTU MENGAJAR:Contoh topeng serkup, powepoint slaid

ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK): Teknologi dan Maklumat Komunikasi (TMK), keusahawanan, kreativiti dan inovasi dan nilai murni

STANDARD KANDUNGAN:1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, jalinan, dan imbangan, yang ada pada objek alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan topeng serkup.2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan topeng serkup.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan topeng serkup.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual sejarah senidan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN:

3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada topeng serkup.3.1.1 Unsur seni 3.1.1.1 Bentuk - konkrit 3.1.1.2 Ruang - jalinan 3.1.1.3 Jalinan - tampak dan sentuh 3.1.2 Prinsip rekaan 3.1.2.1 Imbangan simetri

3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengatahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan topeng serkup.3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 3.2.1.1 Alat - gunting 3.2.1.2 Bahan - kertas yang sesuai atau kad manila,krayon, pensel warna atau oil pastel ,gam dan bahan hiasan yang sesuai 3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya

3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya

3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :- 1. Memahami dan menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam membuat topeng serkup.2. Menghasilkan topeng serkup yang menarik menggunakan bahan yang sesuai. 3. Murid-murid menghasilkan topeng serkup. (EK1) (EK2) (EK3) 4. Murid-murid mempamer dan menceritakan karya seni yang dihasilkan. (EK5)

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) : Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat topeng serkup berdasarkan empat Standard Kandungan.

REFLEKSI : Pada akhir pembelajaran 25 murid-murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan 3 murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembelajaran yang akan datang.

PELAKSANAANSTANDARD PEMBELAJARANPENERANGAN, BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM), ILUSTRASI, EMK

ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik1. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis topeng menggunakan komputer riba dan LCD melalui perisian microsoft powerpoint. 2. Murid-murid dengan penuh perhatian melihat topeng-topeng tersebut. 3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang topeng-topeng yang dipaparkan. 4. Guru bersoal jawab dengan murid tentang media yang sesuai untuk membuat topeng (EK 1).Contohnya: a. Apakaha jenis-jenis topeng yang kamu ketahui? b. Apakah kegunaan topeng? c. Apakah bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan topeng serkup? 5. Guru menghubungkaitkan gambar-gambar tersebut dengan pengajaran iaitu pembuataan topeng serkup. Gambar beberapa jenis-jenis topeng: Topeng muka Topeng serkupTopeng mata

EMK Keusahawanan : EK 1 1.14 Boleh membina jaringan sosial. Indikator : Murid Boleh berkomunikasi dengan baik Mesra dengan semua orang Boleh mengekalkan hubungan baik TOPENG MATATOPENG MUKA TOPENG SERKUP

Aplikasi Seni 1. Guru memberi penerangan berkaitan aktiviti yang akan dijalankan dan meminta murid-murid untuk mengeluarkan peralatan dan bahan yang disedia maklmum untuk dibawa.

2. Guru memastikan setiap murid mempunyai bahan dan peraltan yang perlu manakala, guru juga menghulurkan bahan dan peralatan yang diperlukan bagi murid yang tidak mempunyai bahan untuk menyediakan topeng serkup

3. Guru menunjukkan topeng serkup buah tembikai yang sedia disiap.

4. Kemudian, guru menayangkan video klip menggunakan LCD yang menunjukkan cara satu persatu cara menyediakan topeng serkup tembikai.

5. Murid-murid memerhatikan video klip tersebut dengan teliti.

6. Guru menunjukkan bahan yang digunakan untuk membuat topeng serkup.7. Guru juga telah membuat demonstrasi cara membuat topeng serkup dengan cara yang mudah secara berperingkat.

8. Murid-murid melihat cara yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti.

EMK KeusahawananEK1 Berorientasikan masa depan.

Indikator : Murid boleh berimaginasi terhadap sesuatu yang belum berlaku boleh menyenaraikan kesan dan akibat terhadap sesuatu tindakan boleh menjangkakan sesuatu boleh membuat perancangan

Ekspresi Kreatif

1. Murid-murid bersedia untuk melakukan aktivti membuat topeng serkup.

2. Guru membimbing murid-murid dari awal hingga akhir untuk membuat topeng serkup yang bertema buah tempatan. Murid-murid melakukan aktiviti membuat topeng serkup dengan bimbingan guru.

3. Setiap murid mula membuat topeng serkup dengan penuh kesungguhan.

EMK KeusahawananEK1Daya kreativiti dan inovasi.

IndikatorMurid: suka memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan boleh memberi banyak idea boleh menilai idea untuk memilih idea yang terbaik boleh mencipta atau merekacipta sesuatu

EK2Malaksanakan idea dalam bentuk produk teknologi abstrak atau konkrit.

Indikator: Murid : boleh mengaplikasi ilmu/ teknologi untuk merealisasikan idea yang telah dipilih.

EK3Melaksanakan projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan.

Indikator:Murid : berupaya menjalankan tugasan mengikut perancangan.Langkah 1Murid melipat kertas manila kepada 3 bahagian yang sama besar.

Langkah 2Murid melakarkan gambar buah di atas kad manila.

Langkah 3Murid-murid menguntingkan bentuk buah.

Langkah 4Kemudian guntingkan lubang mata topeng serkup.

Langkah 5Mewarnakan gambar buah.

Langkah 6Cantumkan kedua-dua hujung topeng.(EK1, EK2, EK3 )

Contohnya:

Apresiasi Seni 1. Setelah menyiapakan topeng serkup masing-masing murid mempamerkan hasil kerja dengan memakai topeng serkup. 2. Murid menceritakan hasil kerja mereka sesame rakan-rakan mereka di hadapan kelas. 3. Murid memberi cadangan untuk menghasilkan topeng serkup lain yang berkaitan dengan alam semula jadi.EMK KeusahawananEK5Prinsip ketelusan.

Indikator: Murid: Menyatakan atau menyampaikan maklumat dengan betul atau jelas tidak selindung