rph thn 5 kbsr asid dan alkali

11
1 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Menggunakan Kaedah Inkuiri-Tararah ASID DAN ALKALI Tema : Alam Bahan Tajuk : Asid dan Alkali Tahun : Tahun 5 CE MERLANG Masa : 60 minit (2 waktu) Objektif pembelajaran : 2.2 Memahami sifat bahan asid, alkali dan neutral. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat: 2.2.1 Mengenal pasti b ahan berasid, alkali dan neutral deng an menggunakan kertas litmus. 2.2.2 Mengenalpasti rasa bahan makana n berasid, beralkali dan neutral. Kemahiran Proses Sains : Memerhati, mengeksperimen, membuat kesimpulan, mengelas. Kemahiran Manipulatif Sains : Menggunakan alatan sains dengan betul, mencuci dan menyimpan alatan sains dengan cara yang betul dan selamat. Bahan/alat radas : Kertas litmus, piring petri,gula, garam,kicap, oren, cuka, milo, kopi, serbuk pencuci, dan madu. Nilai dan sikap: Bekerjasama,mengamalkan kebersihan dan berjimat cermat, berhati-hati.

Upload: aini-abd-rashid

Post on 15-Oct-2015

414 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

asid dan alkali lesson plan using needham 5 phase

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Menggunakan Kaedah Inkuiri-TararahASID DAN ALKALI

Tema : Alam BahanTajuk : Asid dan Alkali

Tahun :Tahun 5 CEMERLANG

Masa : 60 minit (2 waktu)

Objektif pembelajaran: 2.2 Memahami sifat bahan asid, alkali dan neutral.

Hasil Pembelajaran :Pada akhir pelajaran murid dapat:2.2.1 Mengenal pasti bahan berasid, alkali dan neutral denganmenggunakan kertas litmus.2.2.2 Mengenalpasti rasa bahan makanan berasid,beralkali dan neutral.

Kemahiran Proses Sains :Memerhati, mengeksperimen, membuat kesimpulan, mengelas.

Kemahiran Manipulatif Sains :Menggunakan alatan sains dengan betul, mencuci danmenyimpan alatan sains dengan cara yang betul danselamat.

Bahan/alat radas : Kertas litmus, piring petri,gula, garam,kicap, oren, cuka, milo, kopi, serbuk pencuci, dan madu.

Nilai dan sikap:Bekerjasama,mengamalkan kebersihan dan berjimat cermat,berhati-hati.

FASAISI KANDUNGANAKTIVITI DAN CADANGAN KOMUNIKASICATATAN

Langkah 1Set induksi(Orientation)5 minit1. Meramal rasa makanan.2. Meramal contoh makanan berdasarkan rasa makanan tersebut.1. Guru menyediakan 3 jenis bahan makanan seperti air kopi, jus oren, dan air gula. 2. Guru memulakan kelas dengan memanggil seorang murid untuk merasa makanan tersebut sambil matanya ditutupSOALAN :i. .Apakah rasa makanan tersebut ?ii. Apakah ramalan bahan makanan tersebut?3. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini iaitu asid dan alkali.

KPS : Meramal, membuat inferens

Nilai : Jujur

Langkah 2Penjanaan Idea

(Eliciting of Ideas)

15 minitPerubahan warna kertas litmus

Asid : Biru ke Merah Merah ke merah

Alkali : Merah ke biru Biru ke biru

Neutral : Merah ke merah Biru ke biru

1. Murid memberikan contoh makanan lain yang rasanya manis / masam / masin/ pahit / tawar.

2. Guru memperkenalkan 2 kertas litmus (biru dan merah) sebagai kertas ajaib yang boleh menukar warna.

SOALANi. Apakah fungsi kertas litmus?ii. Ramalkan perubahan yang berlaku kepada kertas litmus apabila diuji pada bahan-bahan tersebut.

3. Murid membuat ramalan awal bagi rasa setiap makanan dan perubahan warna kertas litmus

SOALANi. Bahan makanan manakah rasanya masam/pahit/manis/masin dan tawar?ii. Apakah perubahan warna kertas litmus apabila bahan tersebut diuji dengan kertas litmus

Alat/Bahan:Kertas litmus,piring petri, gula, garam, kicap, oren, cuka, milo, kopi, serbuk pencuci, dan madu

Langkah 3Penstrukturan Idea (Restructuring Ideas)20 minit

Bahan Berasid (masam) menukarkan warna kertas litmus biru ke merah

Bahan beralkali (pahit) menukarkan warna kertas litmus merah ke biru.

Bahan neutral (tawar,masin,manis) tidak menukarkan warna kertas litmus merah dan biru.

1. Murid- murid diminta merancang dalam kumpulan untuk membuat satu aktiviti penyiasatan untuk melihat perubahan warna kertas litmus biru dan merah.

2. Murid merasai bahan-bahan yang disediakan sama ada dengan lidah atau tangan.

**(langkah-langkah keselamatan perlu dititik beratkan)

3. Murid menguji setiap bahan dengan menggunakan kertas litmus biru dan merah.

SOALANi. Apakah perubahan warna kertas litmus biru dan merah apabila dimasukkan ke dalam bahan yang berasa masamii. Apakah perubahan warna kertas litmus biru dan merah apabila dimasukkan ke dalam bahan yang berasa pahit

4. Murid mencatatkan hasil keputusan di dalam jadual yang disediakan.( LAMPIRAN 1)

5. Murid menyatakan perkara yang diperhatikan dalam penyiasatan ini.

6. Guru dan murid membincangkan konsep pelajaran hari ini.

7. Berdasarkan pemerhatian, murid membuat pengelasan bahan berdasarkan sifat bahan. ( LAMPIRAN 2)

8. Guru dan murid berbicang hasil penyiasatan yang telah dijalankan

KPS : MengeksperimenMembuat kesimpulan

Nilai :BekerjasamaBerjimat cermat dan berhemah

Langkah 4Aplikasi Idea

(Application of Ideas)

10 minitAplikasi bahan lain yang boleh digantikan dengan asam jawa dan bahan yang berasa pahit.1. Guru memberikan persoalan aplikasi dalam 2 situasi yang berlainan. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mencari jalan penyelesaian.

Situasi: Ibu ingin memasak sambal tumis udang

menggunakan air asam jawa. Malangnya, asam jawa telah kehabisan. Apakah bahan yang boleh digantikan dengan asam jawa?

Nenek memasak sejenis sayuran untuk hidangan tengahari. Semasa makan, adik telah meluahkan semula sayur yang dimakan. Apakah kemungkinan rasa sayur yang dimasak oleh nenek?

2. Murid memberi contoh bahan lain yang bersifat asid, alkali dan neutral.

SOALANi. Berikan contoh bahan lain yang bersifat asid.

ii. Berikan contoh bahan lain yang bersifat alkali.

iii. Berikan contoh bahan lain yang bersifat neutral

KPS: BerkomunikasiMembuat inferens

Langkah 5 Refleksi

(Reflection)

5 minit

Bahan Berasid (masam) menukarkan warna kertas litmus biru ke merah

Bahan beralkali (pahit) menukarkan warna kertas litmus merah ke biru

.Bahan neutral (tawar,masin,manis) tidak menukarkan warna kertas litmus merah dan biru1. Murid menyatakan kesimpulan berdasarkan hasil penyiasatan.2. Guru dan murid berbincang peta minda yang telah diberikan(LAMPIRAN 3)3. Guru membimbing murid membuat rumusan pembelajaran pada hari tersebut.4. Murid mengemas dan mencuci alatan yang telah digunakan.

KPS:Berkomunikasi

Nilai :Berhati-hati

LAMPIRAN 1

Nama:___________________________________________ Tarikh: ______________Kelas: __________________

Lengkapkan jadual di bawah.

BAHANRASARAMALAN PERUBAHANWARNA KERTASLITMUSPERUBAHANWARNA KERTASLITMUS(Hasil Penyiasatan)SIFAT BAHAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

LAMPIRAN 2

Nama:___________________________________________ Tarikh: ______________Kelas: __________________

1. Kelaskan bahan yang telah diuji mengikut sifat bahan.SIFAT BAHAN

BERASIDBERALKALINEUTRAL

2. Berikan contoh bahan lain yang bersifat asid, alkali dan neutral.

SIFAT BAHAN

BERASIDBERALKALINEUTRAL

LAMPIRAN 3

2