rph seni bahasa tahun 3

3
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA Mata Pelajaran dan Kelas Bahasa Malaysia Tahun 3 Cerdas Tema/Tajuk Bersih dan Sihat / Amboi, wanginya! Masa 8.45 pagi- 9.45 pagi Standard Pembelajaran 4.1.1 menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi mesej dalam nyanyian yang dipersembahkan secara didik hibur. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; 1-menyebut lirik lagu yang mengandungi mesej. 2- menyanyikan lirik lagu mengikut melodi secara didik hibur. Aktiviti 1. Murid mendengar lagu ikan kekek. 2. Murid bermain patung ikan diiringi melodi lagu ikan kekek. 3.Murid membaca lirik lagu secara mekanis dengan bimbingan guru. 4.Murid menyanyikan lagu mengikut irama yang betul dengan bimbingan guru. 5.Murid menyanyikan lagu secara kumpulan sambil menggerakkan patung ikan dan bermain alat muzik. 6.Murid menulis mesej yang terdapat di dalam lirik lagu. EMK Kreativiti dan inovasi TMK KBT : BCB –bacaan mekanis Nilai : kebersihan, bertanggungjawab Ilmu : Pendidikan kesihatan dan dunia muzik Bahan Bantu Belajar Patung ikan, laptop/tab, lirik lagu dan tamborin ( alat muzik) Penilaian Pengajaran dan Murid dapat menyebut 2 rangkap lirik lagu yang mengandungi mesej dalam nyanyian secara didik

Upload: benn-beckman

Post on 28-Nov-2015

578 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Seni Bahasa TAHUN 3

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA

Mata Pelajaran dan Kelas

Bahasa Malaysia Tahun 3 Cerdas

Tema/TajukBersih dan Sihat / Amboi, wanginya!

Masa 8.45 pagi- 9.45 pagi

Standard Pembelajaran

4.1.1 menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi mesej dalam nyanyian yang dipersembahkan secara didik hibur.

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; 1-menyebut lirik lagu yang mengandungi mesej.2- menyanyikan lirik lagu mengikut melodi secara didik hibur.

Aktiviti 1. Murid mendengar lagu ikan kekek.2. Murid bermain patung ikan diiringi melodi lagu ikan kekek.3.Murid membaca lirik lagu secara mekanis dengan bimbingan guru.4.Murid menyanyikan lagu mengikut irama yang betul dengan bimbingan guru.5.Murid menyanyikan lagu secara kumpulan sambil menggerakkan patung ikan dan bermain alat muzik.6.Murid menulis mesej yang terdapat di dalam lirik lagu.

EMK Kreativiti dan inovasiTMK KBT : BCB –bacaan mekanisNilai : kebersihan, bertanggungjawabIlmu : Pendidikan kesihatan dan dunia muzik

Bahan Bantu Belajar Patung ikan, laptop/tab, lirik lagu dan tamborin ( alat muzik)

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran

Murid dapat menyebut 2 rangkap lirik lagu yang mengandungi mesej dalam nyanyian secara didik hibur.

Refleksi 20 daripada 25 orang murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.5 orang murid diberi pemulihan menyebut perkataan dalam lirik lagu.

Page 2: RPH Seni Bahasa TAHUN 3

Lirik lagu

Tajuk : Ikan kekek

Ikan kekek mak iloi-iloi,

Ikan gelama mak ilai-ilai,

Cuci tandas memang berbaloi,

Tanggungjawab janganlah lalai.

Mari kawan rajinkan diri,

Lap cermin bersihkan singki,

Basuh lantai berkali-kali,

Tandas kita pasti berseri.

Mari kawan mari semua,

Kita jaga tandas bersama,

Letak pewangi janganlah lupa,

Agar tandas harum baunya.

Ayuh kawan bekerjasama,

Jirus tandas agar ceria,

Tandas bersih semua suka,

Kita balik dengan gembira.

Ikan kekek mak iloi-iloi,

Ikan gelama mak ilai-ilai,

Tandas bersih cantiknya amboi,

Sikap rajin harus disemai.