rph pendidikan kesihatan tahun 5

Upload: tansriputih

Post on 19-Oct-2015

143 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

RPH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5Persediaan Mengajar Harian Tahun 5 Pendidikan Kesihatan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATANMata Pelajaran : Pendidikan KesihatanTunjang : Kesihatan diri dan keluargaTajuk : Kesihatan diriSub Tajuk : Penyakit tidak berjangkitTarikh : 13 September 2010Masa : 7.30 8.30 pagiTahun : 5 BijakBilangan murid: : 20 orang

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat Kognitif: 1) Menyenaraikan 5 jenis penyakit tidak berjangkit. 2) Menyatakan cara-cara pencegahan penyakit tidak berjangkit. Afektif : 1) Bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain, 2) Bertanggungjawab dan dapat membina keyakinan diri.Pengalaman sedia ada : Murid-murid pernah terbaca poster tentang penyakit tidak berjangkit di sekolah dan hospital.Penerapan Nilai : Bekerjasama, berdisiplin dan berkeyakinanBahan bantu mengajar : 1) Kertas mahjong 2) Marker pen 3) Gambar 4) Bahan bacaan, buku teksPenggabungjalinan : Pendidikan Sivik- Sayangi DiriBAHAGIAN/ MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANORGANISASISTRATEGI DAN P&P/ ABM

Set Induksi( 5 minit)Pengenalan kepada maksud penyakit tidak berjangkit dalam bentuk teka-teki Guru membuat lakonan yang berkaitan dengan isu stres dan pada masa yang sama guru meminta murid mengenalpasti apa yang dapat dilihat dan mereka fahami dari hasil lakonan guru tersebut. Guru kemudian mengadakan sesi soal jawab:a) Meminta murid kenalpasti kejadian yang berlaku.b) Punca kejadian itu berlaku. Guru masuk ke dalam kelas sambil menghempas buku ke meja. Guru membuat aksi lakonan meluahkan rasa tertekan akibat dari kerja sekolah yang bertimbun-timbun dan tarikh peperiksaan yang semakin dekat. Lakonan, , kemahiran mencari maklumat, kemahiran mencatat.

PerkembanganLangkah 1(5 minit)Mengenali jenis -jenis penyakit tidak berjangkit Guru menerangkan kepada murid maksud penyakit tidak berjangkit. Guru menayangkan jenis-jenis penyakit tidak berjangkit dengan Microsoft Powerpoint. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Kemahiran mencatat

BAHAGIAN/ MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANORGANISASISTRATEGI DAN P&P/ABM

Langkah 2(5 minit)Mengaitkan kesan konflik dan stres terhadap kesihatan. Guru mengarahkan murid membuat perbincangan mengikut kumpulan. Hasil perbincangan harus dalam bentuk peta minda. 2 kumpulan membincangkan 3 punca/ sebab stres. 2 kumpulan lain membincangkan 3 cara bagaimana untuk mencegah dan merawati stres. KBKK, menjana idea, menyenaraikan.

Langkah 3( 10 minit)Pembentangan kumpulan. Murid-murid membuat pembentangan ringkas hasil dari perbincangan berkumpulan. Guru memberi panduan dan tunjuk ajar kepada murid-murid semasa sesi pembentangan dan mengaitkan dengan isu-isu semasa. Penerapan nilai- Berkeyakinan, bekerjasama.

Rumusan dan Penilaian(5 minit)Sesi refleksi. Guru membuat ulasan di akhir perbincangan kelas. Guru akan merumuskan dan menerangkan tentang kesan konflik dan stres terhadap kesihatan dan cara-cara untuk mengatasinya kepada murid-murid.