rph pendidikan kesihatan tahun 5

11
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR) Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan Tarikh : 31 Mac 2015 Masa : 7.45 pagi – 8.15 pagi Tahun : 5 Murni Bilangan Murid : 24 orang L : 13 P : 11 Tajuk : Kecederaan Ringan Standard Kandungan : 3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi. Standard Pembelajaran : 3.3.1 Memahami situasi yang menyebabkan kecederaan ringan iaitu melecet dan melecur. 3.3.2 Mengaplikasi langkah-langkah semasa memberi bantu mula untuk kecederaan ringan iaitu melecet dan melecur.

Upload: rafiza-diy

Post on 13-Apr-2017

1.738 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR)

Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan

Tarikh : 31 Mac 2015

Masa : 7.45 pagi – 8.15 pagi

Tahun : 5 Murni

Bilangan Murid : 24 orang L : 13 P : 11

Tajuk : Kecederaan Ringan

Standard Kandungan : 3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi.

Standard Pembelajaran : 3.3.1 Memahami situasi yang menyebabkan kecederaan ringan iaitu melecet dan melecur.

3.3.2 Mengaplikasi langkah-langkah semasa memberi bantu mula untuk kecederaan ringan iaitu melecet

dan melecur.

Hasil Pembelajaran : Tahap 2 Memberi contoh situasi yang boleh menyebabkan kecederaan ringan iaitu melecet dan melecur.

Tahap 3 Mendemonstrasi langkah-langkah memberi bantu mula untuk kecederaan ringan iaitu melecet

dan melecur

Pengetahuan Sedia Ada : Kebanyakan murid pernah melihat dan mengalami situasi-situasi yang menyebabkan kecederaan ringan.

Page 2: RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5

Penerapan Nilai : Kerjasama dan bertanggungjawab

KBKK : Kemahiran berfikir kritis

EMK : Didik hibur

KBAT : Menilai

Penggabungjalinan : Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Sains

Strategi Utama : Kontekstual

BBM :

Bahan Sumber PdP Bilangan

1. Video nyanyian 1

2. Slaid Power Point 1

3. Lembaran kerja 1 24

4. Peta bulatan 4

5. Sampul bergambar (Langkah 1) 4

6. Kad gambar 12

7. Sampul bergambar (Langkah 2) 4

8. Kad perkataan 3

9. Kad gambar 4

10. Kad manila 4

11. Lembaran kerja 2 24

Page 3: RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5

Langkah/Masa Isi Pelajaran Fokus Pembelajaran dan Aktiviti Catatan

Set Induksi

(5 minit)

1. Menyanyikan lagu

‘Kalau Rasa Gembira’.

2. Hubung kait antara

kecederaan yang

dialami membataskan

sesuatu pergerakan

disebabkan rasa sakit.

Fokus PembelajaranMurid memberi maklum balas berdasarkan video yang

ditunjukkan.

Aktiviti1. Murid ditayangkan dengan video nyanyian yang bertajuk

‘Kalau Rasa Gembira’.

2. Murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu

tersebut sambil melakukan pergerakan yang melibatkan

anggota badan.

3. Selepas itu, murid disoal oleh guru tentang pergerakan

yang dilakukan sebentar tadi sama ada menyakitkan

atau tidak.

Contoh Soalan : Situasi yang bagaimana kita akan menyanyi lagu begini?

Apakah situasi yang menggembirakan kamu?

Bagaimana pula situasinya jika kita dalam keadaan

sakit?

4. Murid mendengar guru mengaitkan aktiviti yang

dilaksanakan dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.

StrategiMenghubung kait

Penggabungjalinan- Pendidikan

Jasmani

- Pendidikan Muzik

EMKDidik Hibur

BBMVideo nyanyian

Page 4: RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5

Langkah 1

(10 minit)

Jenis-jenis kecederaan :

1. Melecur

2. Melecet

Fokus PembelajaranMurid dapat mengenalpasti situasi-situasi yang boleh

menyebabkan kecederaan ringan seperti melecur dan melecet.

Aktiviti1. Guru memaparkan slaid gambar melecet dan melecur

kepada murid.

2. Beberapa orang murid yang dipilih secara rawak diminta

untuk berkongsi pengalaman mereka berhadapan

dengan kecederaan ringan yang pernah mereka alami.

3. Murid mendengar penerangan daripada guru tentang

situasi-situasi yang boleh menyebabkan kecederaan

ringan tersebut.

4. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan untuk

melekatkan kad gambar pada peta pemikiran (peta

bulatan) mengenai situasi yang boleh menyebabkan

kecederaan ringan.

5. Murid dan guru bersama-sama menyemak jawapan yang

telah dilekatkan pada papan putih.

Strategi- Pembelajaran

Kontekstual

- Menghubung kait

- Pembelajaran

koperatif

Nilai- Kerjasama

- Bertanggungjawab

PenggabungjalinanSains

BBM- Slaid Power Point

- Peta bulatan

bersaiz kad manila

- Sampul bergambar

- Lembaran kerja 1

Page 5: RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5

Langkah 2

(10 minit)

1. Langkah-langkah bantu

mula.

Melecur

Fokus PembelajaranMurid dapat bertindak dan merawat dengan pantas apabila

berlakunya kecederaan ringan.

Aktiviti1. Murid ditunjukkan langkah-langkah merawat kecederaan

melecur dan melecet oleh guru.

2. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu

Kumpulan A, B, C, dan D

3. Wakil setiap kumpulan diminta ke hadapan untuk

mencabut undi bagi menentukan jenis kecederaan

ringan yang akan diperoleh dan mengambil sampul berisi

gambar bahan-bahan yang boleh merawat kecederaan

melecur dan melecet.

4. Kad gambar kecederaan yang diperoleh akan dilekatkan

pada mana-mana bahagian seorang daripada wakil

setiap kumpulan.mengikut kesesuaian kecederaan.

5. Setiap kumpulan dikehendaki melekatkan bahan-bahan

yang diperoleh ke atas kad manila yang diberikan

dengan urutan langkah dengan betul.

6. Setiap kumpulan dikehendaki untuk berbincang tentang

langkah-langkah bantu mula bagi merawat kecederaan

StrategiKonstruktivisme

KBKK

BBM- Sampul bergambar

- Kad perkataan

- Kad manila

- Lembaran kerja 2

CatatanMenerusi aktiviti ini, murid

dapat mengetahui dan

memahami langkah-

langkah bantu mula bagi

merawat kecederaan

ringan.1. Tuang air sejuk di

tempat yang melecur.

2. Keringkan tempat yang

melecur.

3. Balut menggunakan

kain pembalut.

Page 6: RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5

2. Lembaran kerja.

ringan berdasarkan sampul bergambar yang diberikan.

7. Wakil daripada setiap kumpulan dikehendaki untuk

menerangkan langkah-langkah bantu mula bagi

kecederaan yang diperoleh.

8. Murid mendengar penambahbaikan daripada guru

berdasarkan pembentangan yang telah dibuat oleh

semua kumpulan.

9. Murid diedarkan lembaran kerja oleh guru.

Penutup

(5 minit)

1. Soal jawab dan

rumusan isi pelajaran.

2. Nyanyian lagu ‘Kalau

Rasa Gembira’.

1. Murid dan guru bersoal jawab tentang apa yang

dipelajari pada hari ini.

2. Guru memuji sikap murid kerana memberi kerjasama

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

3. Murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu ‘Kalau

Rasa Gembira’ sekali lagi.

NilaiKerjasama

KBAT Menilai

EMK Didik Hibur

BBMVideo nyanyian

CatatanMenerusi aktiviti ini murid

Page 7: RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5

dapat menghubungkaitkan

pengetahuan dan

pengalaman sedia ada

dengan kemahiran

menjawab soalan.

Refleksi Pembelajaran :

Dalam melaksanakan pengajaran mikro ini, masa yang diperuntukkan adalah 30 minit. Terdapat kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan

yang telah kami peroleh iaitu:

Kekuatan :Bagi menarik minat murid semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), set induksi dimulakan dengan menggunakan tayangan

video nyanyian. Murid-murid menyanyi sambil membuat gaya dengan penuh semangat. Set induksi berjalan dengan baik. Semua murid

bekerjasama, seronok dan boleh mengikuti set induksi dengan baik.

Langkah satu dan langkah dua diteruskan dengan tayangan slaid power point kepada murid. Penerangan yang jelas oleh kami memudahkan

pemahaman murid-murid untuk melakukan aktiviti seterusnya. Kawalan kelas juga baik kerana semua murid mendengar arahan guru dan tidak

ada murid yang pasif. Terdapat segelintir murid yang memberi respons dengan baik apabila guru mengemukakan soalan berkaitan tajuk

pelajaran. Dalam perbincangan kumpulan, setiap murid mampu memberi ulasan tentang tajuk yang diajar. Pembentangan kumpulan dibuat

selesai sahaja perbincangan. Setiap kumpulan mampu membuat simulasi langkah bantu mula dengan baik. Seterusnya dalam langkah

penutup, kami menayangkan semula video lagu kepada murid-murid untuk mengelakkan kebosanan. Kami dan murid-murid bersama-sama

Page 8: RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5

membuat gaya semasa menyanyikan lagu tersebut. Lembaran kerja diberikan kepada murid-murid untuk memberi kefahaman yang lebih

kepada mereka. Secara keseluruhannya, pengajaran pada kali ini telah mencapai objektif yang ditetapkan.

Kelemahan :Kelemahan yang kami dapati ialah masa yang diperuntukkan untuk mengajar melebihi masa.Terdapat dua orang murid yang agak

keliru misalnya losyen tersenarai dalam bahan-bahan yang boleh digunakan dalam langkah bantu mula atau tidak. Selain itu, terdapat juga

beberapa orang murid yang memberi respons negatif apabila lembaran kerja diedarkan untuk latihan di rumah. Sesetengah murid tidak gemar

membuat kerja rumah dan memberi pelbagai alasan untuk mengelak. Masa yang diperuntukkan untuk membuat perbincangan dalam

kumpulan diambil agak lama oleh beberapa kumpulan menyebabkan P&P terlebih sedikit masa. Selain itu, semasa aktiviti berkumpulan

dijalankan, murid membuat bising menyebabkan guru terpaksa memantau setiap pergerakan murid.

Penambahbaikan :Tayangan slaid power point akan lebih menarik dengan adanya animasi-animasi yang membuatkan murid terpegun dan menimbulkan

tanda tanya. Kumpulan perbincangan juga mungkin boleh dipecahkan kepada unit yang lebih kecil bagi mengelakkan murid lain dalam

kumpulan tersebut berbual kosong sesama mereka. Arahan yang diberikan kepada setiap aktiviti di dalam kelas mestilah ditegaskan dan

peraturan mestilah ditetapkan oleh guru supaya murid-murid takut untuk melakukan kesalahan. Perancangan masa yang rapi diperlukan agar

masa mengajar tidak lebih. Latihan pengayaan mestilah diberikan pada murid-murid dan mereka haruslah melakukan latihan tersebut di dalam

kelas dengan pengawasan guru. Tindakan susulan juga mestilah dibuat selesai sahaja proses P&P dibuat bagi meningkat mutu pengajaran.