rph pendidikan islam asuhan tilawah al quran

Upload: naimahfadhilah

Post on 17-Oct-2015

2.134 views

Category:

Documents


55 download

DESCRIPTION

RPH PAI ASUHAN TILAWAH AL QURAN (AL IKHLAS)

TRANSCRIPT

RPH PENDIDIKAN ISLAM ASUHAN TILAWAH AL-QURAN (AYAT KEFAHAMAN)1. Nama:Wan Naimah Fadhilah Bt Wan Chik2. Mata Pelajaran:Pendidikan Islam 3. Kelas:4 Furqan4. Tarikh:1 April 20145. Masa:9.00 10.00 pagi6. Bilangan Murid:33 orang. (15 Lelaki) (18 Perempuan)7. Bidang : Ayat Kefahaman8. Tajuk: Surah Al-Ikhlas ayat 1 - 49. Pengetahuan Sedia Ada: 1.Murid telah mempelajari surah Al-Ikhlas ayat 1 hingga 4 pada pengajaran yang telah lalu.2.Murid telah mengetahui sifat-sifat wajib bagi Allah 10. Standard Kandungan: 1.2.3Memahami,mengamal dan menghayati Surah Al-Ikhlas11. Standard Pembelajaran:1.2.3.1Menyatakan pengenalan Surah Al-Ikhlas1.2.3.2Menyatakan erti ayat-ayat daripada Surah Al-Ikhlas1.2.3.3Menerangkan pengajaran yang terdapat dalam surah Al-Ikhlas1.2.3.4Mengamalkan dan menghayati pengajaran yang terdapat dalam surah Al-Ikhlas12. Hasil Pembelajaran Aras 1 : Murid boleh membaca ayat 1 hingga 4 dengan bacaan yang betul beserta maknanya. Aras 2 : Murid dapat menyebut 2 daripada 4 isi penting dalam surah Al-Ikhlas Aras 3 : Murid dapat menyebut 2 daripada 4 pengajaran yang terdapat dalam surah Al-Ikhlas serta menghayatinya.13. Kemahiran Berfikir:1.Menyenaraikan pengajaran ayat surah Al-Ikhlas2.Membuat rumusan ayat dari surah Al-Ikhlas3.Membanding beza sifat Allah dengan sifat manusia.14. Gabung Jalin: Akidah - ketauhidan kepada Allah Maha Esa15. Penerapan Ilmu:Sains - tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.16. EMK:1. ICT: Pengenalan penggunaan komputer dan LCD dalam PdP.2. Kreativiti : Murid mengambil pengajaran daripada ayat-ayat surah Al-Ikhlas.3. Keusahawanan: Murid berinteraksi sesama mereka dan dengan guru.17. Bahan Bantu Mengajar: Komputer, pembesar suara, LCD, lembaran kerja

Langkah/ MasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

GuruMurid

Muqaddimah(2 minit)Doa SenandungAl-Quran

, , , , , , , .

1) Guru masuk ke dalam kelas dan memberi salam kepada murid.2) Guru meminta murid membaca doa senandung Al-Quran.3) Guru membaca doa bersama-sama dengan murid.4) Guru meminta murid duduk dan bersedia untuk belajar.1) Murid berdiri dan menjawab salam guru.2) Murid membaca doa senandung Al-Quran seperti yang diminta oleh guru.3) Murid duduk mengikut arahan guru.

Set Induksi(5 minit)Tayangan video berkaitan hadith niat dan soal jawab antara guru dan murid.1) Guru menayangkan satu video bagi mengaitkan dengan tajuk pengajaran pada hari ini.2) Guru menerangkan setiap perbuatan haruslah bermula dengan niat dan niat pula mestilah ikhlas kerana Allah.3) Guru bertanya kepada murid kenapa kena ikhlas?

4) Guru mengaitkan perbuatan ikhlas dengan surah yang akan dipelajari pada hari ini. (Al-Ikhlas)

1) Murid menonton video yang ditayangkan oleh guru.2) Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.3) Murid cuba berfikir dan menjawab pertanyaan guru tersebut. BBM LCDKomputer Pembesar suara

Langkah 1(20 minit)Tayangan video surah Al-Ikhlas ayat 1-4

Maksud ayat 1-4 surah Al-IkhlasAyat 1 : Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.Ayat 2 : Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.Ayat 3 : Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.Ayat 4 : Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya

1) Guru memperdengarkan bacaan surah Al-Ikhlas kepada murid melalui sebuah video.2) Guru mengulang video tersebut dan meminta murid mengikut bacaan bersama-sama.3) Guru meminta murid membaca secara berkumpulan mengikut lelaki dan perempuan kemudian meminta wakil dari setiap kumpulan untuk mengetuai bacaan surah.

4) Guru memaparkan maksud ayat 1-4 surah Al-Ikhlas menggunakan slaid.5) Guru meminta semua murid untuk membaca maksud ayat 1-4 surah Al-Ikhlas bersama-sama.6) Guru memanggil beberapa orang murid untuk membaca maksud ayat secara individu dan perdengarkan kepada kelas.1) Murid menonton video dan mendengar bacaan tersebut dengan baik.2) Murid menumpukan perhatian kepada video dan mengikut bacaan bersama-sama.3) Murid membaca secara kelas atau beramai-ramai, diikuti dengan bacaan secara berkumpulan iaitu kumpulan lelaki dan perempuan, seterusnya wakil murid lelaki dan perempuan membaca surah tersebut.

4) Murid memerhatikan paparan slaid dengan teliti.5) Murid membaca maksud ayat 1-4 surah Al-Ikhlas bersama-sama.6) Murid yang terpilih membaca maksud ayat secara individu dan rakan yang lain mendengar dengan teliti.BBMKomputer LCDPembesar Suara

Nilai : Kerjasama

Langkah 2(15 Minit)Isi-isi penting yang terdapat dalam surah Al-Ikhlas :1. Allah Yang Maha Esa. Tiada Tuhan melainkan Dia. Dialah Allah yang menciptakan segala-galanya. Dialah Allah yang mengatur dan menguruskan segala-galanya.2. Segala sesuatu bergantung kepada-Nya kerana Dialah yang menciptakan semua benda di dunia. Dialah al-Khaliq, dan selain daripada-Nya adalah makhluk.3. Tiada ibu bapa kepada Tuhan yang melahirkan-Nya, tiada pula anak Tuhan yang akan mewarisi, kerana Tuhan itu Maha Hidup dan tidak akan mati. Dialah Allah Yang Maha Awal dan Yang Maha Akhir.4. Tiada apapun yang sebanding dan setara dengan-Nya, kerana Allah ialah Tuhan yang Maha Esa. Dia langsung tidak sama seperti makhluk ciptaan-Nya. Tiada Tuhan selain Dia.

1) Guru mempamerkan isi-isi penting ayat 1-4 surah Al-Ikhlas pada LCD.2) Guru menjelaskan isi-isi penting berikut.3) Dalam kumpulan kecil, guru meminta wakil kumpulan menyebut isi-isi penting daripada surah Al-Ikhlas yang telah dipelajari.

1) Murid melihat pada LCD dengan teliti dan mendengar penerangan guru berkenan isi-isi penting yang ada dalam surah Al-Ikhlas ini.2) Wakil kumpulan menyebut perkara penting dalam setiap ayat surah Al-Ikhlas yang telah dipelajari mereka.BBM : LCD, komputer, gambar

Nilai : Kerjasama

Langkah 3(13 Minit)

Pengajaran Surah Al-Ikhlas1. Kita mestilah yakin bahawa Allah itu Yang Maha Esa. 2. Kita haruslah bergantung dan memohon segala hajat hanya kepada Allah, bukannya bergantung kepada makhluk yang lain.3. Kita mestilah meyakini bahawa Allah itu Yang Maha Awal dan Yang Maha Akhir. Tiada ibu bapa dan tiada pula anak.4. Kita hendaklah yakin bahawa tiada makhluk yang setara dengan kekuasaan Allah.

1) Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengajaran yang dapat diambil daripada surah Al-Ikhlas2) Guru mempamerkan pengajaran yang diperoleh daripada Surah Al-Ikhlas.3) Guru meminta seorang murid untuk membacakan pengajaran ayat pada slaid. 4) Latih tubi menyebut pengajaran surah Al-Ikhlas secara berkumpulan.1) Murid menjawab persoalan guru dan menyebut pengajaran yang terdapat dalam surah Al-Ikhlas.2) Murid memberi perhatian dan mendengar pengajaran ayat yang dibacakan oleh wakil murid. 3) Murid menyebut pengajaran ayat secara berkumpulsn dan secara kelas.

Penutup(5 Minit)Pengamalan Surah Al-Ikhlas serta lembaran kerja sebagai kerja rumah.1) Guru memasangkan kembali video bacaan surah Al-Ikhlas dan meminta murid untuk ikut bersama-sama.2) Guru membuat rumusan berkenaan isi penting dan pengajaran daripada surah Al-Ikhlas.3) Guru meminta murid supaya mengamalkan surah Al-Ikhlas di dalam solat. 4) Guru memberi lembaran kerja sebagai kerja rumah.1) Murid mendengar dan mengikut bacaan surah Al-Ikhlas bersama-sama.2) Murid mendengar rumusan daripada guru serta cuba untuk mengingat kembali maksud serta isi penting surah Al-Ikhlas.BBMKomputerLCDPembesar suara