laporan pertandingan tilawah al quran negeri 2012

11
LAPORAN PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI PERINGKAT NEGERI PERAK 2012 TARIKH : 5 April 2012 bersamaan 13 Jamadilawal 1433H Bertempat di SK Titi Gantong, Bota, Pertandingan Tilawah Al- Quran Program Pendidikan Khas Integrasi Peringkat Negeri Perak telah dijalankan dengan jayanya. Sesi pendaftaran pertandingan telah dijalankan bermula sekitar jam 8.00 pagi. Pertandingan ini seterusnya telah dimulakan tepat pada jam 9 pagi. Pertandingan ini adalah anjuran Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak. Daerah Perak Tengah telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi acara ini. Empat kategori telah dipertandingkan iaitu kategori Lelaki Junior (BP), Perempuan Junior (BP), Lelaki Senior (BP) dan Perempuan Senior (BP). Acara bagi kategori Bermasalah Pendengaran (BD) tidak dipertandingkan kerana hanya terdapat seorang peserta bagi setiap kategori. Peserta tersebut akan terus dibawa ke peringkat kebangsaan. Pertandingan bagi kategori Lelaki dan Perempuan Junior telah dijalankan di Dewan Kokurikulum SK Titi Gantong manakala bagi kategori Lelaki dan Perempuan Senior telah dijalankan di Dewan Utama SK Titi Gantong. Bagi setiap pertandingan, kategori lelaki telah disempurnakan terlebih dahulu sebelum ketegori perempuan dijalankan. 1

Upload: cikgu-nor-ummu-iman

Post on 30-Nov-2015

88 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Report

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pertandingan Tilawah Al Quran Negeri 2012

LAPORAN PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI PERINGKAT NEGERI PERAK

2012

TARIKH : 5 April 2012 bersamaan 13 Jamadilawal 1433H

Bertempat di SK Titi Gantong, Bota, Pertandingan Tilawah Al-Quran Program

Pendidikan Khas Integrasi Peringkat Negeri Perak telah dijalankan dengan jayanya.

Sesi pendaftaran pertandingan telah dijalankan bermula sekitar jam 8.00 pagi.

Pertandingan ini seterusnya telah dimulakan tepat pada jam 9 pagi. Pertandingan ini

adalah anjuran Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak. Daerah Perak Tengah

telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi acara ini.

Empat kategori telah dipertandingkan iaitu kategori Lelaki Junior (BP),

Perempuan Junior (BP), Lelaki Senior (BP) dan Perempuan Senior (BP). Acara bagi

kategori Bermasalah Pendengaran (BD) tidak dipertandingkan kerana hanya terdapat

seorang peserta bagi setiap kategori. Peserta tersebut akan terus dibawa ke peringkat

kebangsaan. Pertandingan bagi kategori Lelaki dan Perempuan Junior telah dijalankan

di Dewan Kokurikulum SK Titi Gantong manakala bagi kategori Lelaki dan Perempuan

Senior telah dijalankan di Dewan Utama SK Titi Gantong. Bagi setiap pertandingan,

kategori lelaki telah disempurnakan terlebih dahulu sebelum ketegori perempuan

dijalankan.

Seramai 39 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini

melibatkan sepuluh daerah di seluruh negeri Perak. Pecahan bilangan peserta adalah

seperti berikut:

i) Lelaki Junior (BP) – 10 orang peserta

ii) Perempuan Junior (BP) – 9 orang peserta (seorang peserta menarik diri)

iii) Lelaki Senior (BP) – 10 orang peserta

iv) Perempuan Senior (BP) – 10 orang peserta

1

Page 2: Laporan Pertandingan Tilawah Al Quran Negeri 2012

Kesemua peserta selesai memperdengarkan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran

sekitar jam 11.35 pagi. Seterusnya pada tepat jam 12.00 tengahari, Majlis Penutupan

telah dimulakan. Majlis penutupan telah dimulakan dengan persembahan nasyid

daripada kumpulan nasyid PPKI SK Titi Gantong. Perasmian Penutupan telah

disempurnakan oleh Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak iaitu Tuan

Haji Fakhrul Nizam Bin Pakhruddin.

Ucapan Perasmian Penutupan oleh Tn. Haji Fakhrul Nizam B. Pakhruddin

2

Page 3: Laporan Pertandingan Tilawah Al Quran Negeri 2012

Majlis seterusnya diteruskan dengan ulasan dan komen daripada Tuan Haji Amir

Hamzah Bin Musa selaku Ketua Jemaah Hakim Pertandingan Tilawah Al-Quran PPKI

Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2012. Menurut ulasan yang disampaikan, secara

keseluruhan, para peserta telah menunjukkan peningkatan dalam mutu bacaan. Namun

begitu masih terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti. Ringkasan ulasan

berkaitan kelemahan para peserta adalah seperti berikut :

i) Tajwid - Bacaan dengung kurang ditekankan di samping kecuaian dalam

hukum bacaan panjang pendek (Mad)

ii) Fasohah - Kelemahan dalam sebutan mahraj huruf di samping kesalahan

pada waqaf. Terdapat juga peserta yang mengubah baris-baris ayat.

iii) Suara - Peserta tdak dapat melakukan 3 tingkatan suara iaitu suara

rendah, sederhana dan tinggi. Sekiranya 3 tingkatan suara ini dapat

dilakukan, markah bonus boleh diberikan.

iv) Tarranum - Keseluruhannya para peserta tidak dapat menguasai bacaan

tarranum dengan baik.

Ketua Jemaah Hakim sedang menyampaikan ulasan pertandingan.

3

Page 4: Laporan Pertandingan Tilawah Al Quran Negeri 2012

Selesai ulasan dan komen, pengumuman pemenang bagi setiap kategori telah

diumumkan oleh Ketua Jemaah Hakim Pertandingan. Berikut adalah senarai penuh

keputusan Pertandingan Tilawah PPKI Peringkat Negeri Perak, 2012 :-

i) Kategori Lelaki Junior (BP)

KEDUDUKAN DAERAH MARKAH

Johan Perak Tengah 64 %

Naib Johan Larut Matang & Selama 62 %

Ketiga Kuala Kangsar 62 %

ii) Kategori Perempuan Junior (BP)

KEDUDUKAN DAERAH MARKAH

Johan Larut Matang & Selama 65 %

Naib Johan Kuala Kangsar 59 %

Ketiga Kerian 59 %

iii) Kategori Lelaki Senior (BP)

KEDUDUKAN DAERAH MARKAH

Johan Kerian 75 %

Naib Johan Perak Tengah 66 %

Ketiga Kuala Kangsar 64 %

iv) Kategori Perempuan Senior (BP)

KEDUDUKAN DAERAH MARKAH

Johan Kerian 56 %

Naib Johan Larut Matang & Selama 50 %

Ketiga Manjung 47 %

4

Page 5: Laporan Pertandingan Tilawah Al Quran Negeri 2012

Seterusnya Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil telah diadakan. Semua hadiah

dan sijil telah disampaikan oleh Tn. Haji Fakhrul Nizam Bin Pakhruddin. Majlis selesai

sekitar jam 1.15 tengahari.

Para peserta sedang mendaftar di kaunter pendaftaran

Para peserta sedang menanti giliran

5

Page 6: Laporan Pertandingan Tilawah Al Quran Negeri 2012

Para peserta sedang mengalunkan bacaan masing-masing

Barisan para hakim

6

Page 7: Laporan Pertandingan Tilawah Al Quran Negeri 2012

Persembahan nasyid dari Kumpulan Nasyid PPKI SK Titi Gantung

Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang

7

Page 8: Laporan Pertandingan Tilawah Al Quran Negeri 2012

Barisan para jemputan khas

Sebahagian para peserta bersama guru pengiring masing-masing

Secara amnya, objektif utama program ini telah tercapai dengan jayanya. Pihak

penganjur dan jawatankuasa kerja mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan

Pertandingan Tilawah Al-Quran Program Pendidikan Khas Integrasi Peringkat Negeri

Perak bagi tahun 2012 ini.

Disediakan oleh:

………………………………………………

NOR SHAKIAH BINTI HUSSAIN

8