rph kraf

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN : 4 Bestari BIDANG : MENGENAL KRAF TRADISIONAL AKTIVITI : Menghasilkan ukiran kayu TAJUK : Ukiran Kayu MASA : 60 Minit OBJEKTIF PENGAJARAN : Guru dapat menerangkan cara membuat ukiran kayu. HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pelajaran murid dapat: Menghasilkan ukiran kayu dengan menggunakan teknik tebuk timbul. Menyatakan bahan yang digunakan untuk menghasilkan ukiran kayu. Mengukir dengan kreativiti. PENERAPAN NILAI : Bekerjasama, sabar, daya usaha, bersih dan teliti KEMAHIRAN BERFIKIR : Membanding beza, berfikiran kreatif dan kritis, menghubung kait, menjana idea dan menciri. eEPERLUAN : Alat Pisau wali, pahat, ketam kayu, cetar, tukul kayu, gergaji kecil, kikir pari, kertas pasir, gergaji berhalang, mesin gerudi, sesiku dan pengapit Bahan Kayu, syelek. Rujukan - Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Sumber Guru, Pendidikan Seni Visual KBSR, contoh - contoh mobail. PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid pernah melihat ukiran kayu sebelum ini. PROSEDUR :1. Guru menentukan aras pembelajaran dan pengajaran. 2. Guru merancang pengajaran dengan menerapkan strategi Kemahiran Berfikir-Kritis dan Kreatif, Teori Kecerdasan pelbagai dan Pembelajaran Kontekstual. 3. Memulakan pelajaran dengan menjalankan set induksi.

Upload: roslan-yahaya

Post on 26-Oct-2015

82 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH KRAF

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHUN : 4 Bestari

BIDANG : MENGENAL KRAF TRADISIONAL

AKTIVITI : Menghasilkan ukiran kayu

TAJUK : Ukiran Kayu

MASA : 60 Minit OBJEKTIF PENGAJARAN : Guru dapat menerangkan cara membuat ukiran kayu.

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pelajaran murid dapat: Menghasilkan ukiran kayu dengan menggunakan teknik tebuk

timbul. Menyatakan bahan yang digunakan untuk menghasilkan

ukiran kayu. Mengukir dengan kreativiti.

PENERAPAN NILAI : Bekerjasama, sabar, daya usaha, bersih dan teliti

KEMAHIRAN BERFIKIR : Membanding beza, berfikiran kreatif dan kritis, menghubung kait, menjana idea dan menciri.

eEPERLUAN : Alat – Pisau wali, pahat, ketam kayu, cetar, tukul kayu, gergaji kecil, kikir pari, kertas pasir, gergaji berhalang, mesin gerudi, sesiku dan pengapit

Bahan – Kayu, syelek.

Rujukan - Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Sumber Guru, Pendidikan Seni Visual KBSR, contoh - contoh mobail.

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid pernah melihat ukiran kayu sebelum ini.

PROSEDUR :1. Guru menentukan aras pembelajaran dan pengajaran. 2. Guru merancang pengajaran dengan menerapkan strategi

Kemahiran Berfikir-Kritis dan Kreatif, Teori Kecerdasan pelbagai dan Pembelajaran Kontekstual.

3. Memulakan pelajaran dengan menjalankan set induksi. 4. Menunjukkan contoh-contoh ukiran kayu. 5. Menunjuk cara membuat ukiran kayu.. 6. Pelajaran diakhiri dengan sesi apresiasi dan refleksi. 7. Penutup Sosial atau Penutup Kognitif.

Page 2: RPH KRAF

BUTIRAN KEGIATAN HASIL PEMBELAJARAN STRATEGI PENGAJARAN

Set Induksi(5 minit)

1. Murid menonton tayangan video tentang proses ukiran.

2.Murid dikaitkan dengan tajuk pengajaran.

Murid mengetahui contoh ukiran kayu

http://www.youtube.com/results?search_query=cara+buat+ukiran+kayu&oq=cara+buat+ukiran+kayu&gs_l=youtube.3..0.4146.9055.0.9523.21.10.0.11.11.0.156.820.1j6.7.0...0.0...1ac.1.11.youtube.USOoRtKSMrA

Soalan Guru:Apakah yang sedang dilakukan oleh lelaki itu?

BBM: Video proses pembuatan ukiran

Nilai :Tekun

Langkah 1Pemerhatian(10 minit)

1.Murid diterangkan tentang bidang mengenal kraf tradisional.

2.Teknik tebuk tembus.Murid ditunjukkan dengan contoh teknik tebuk tembus.

Mengenal Kraf Tradisional

Merupakan satu seni ukiran tradisional Melayu yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup sebagai identiti ukiran mereka.* Termasuk dalam seni Mukaddas yang bermaksud mempunyai maksud yang tersirat selain maksud yang tersurat.* Motif yang digunakan spt. motif awan larat atau ragam hias yang diambil dari unsur-unsur flora, fauna, kaligrafi jawi, kosmos dan bentuk geometri.* Hasil ukiran Melayu dapat dilihat pada istana lama, rumah tradisional, masjid, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan harian

Ukiran Tebuk Tembus-dihasilkan pada sekeping papan yang ditebuk hingga tembus-terbahagi kepada ukiran tanpa silat dan ukiran bersilat-berfungsi sebagai hiasan dan pengalir udara tradisional , spt terdapat pada selasa (serambi) dan bahagian atas dinding rumah

Kemahiran Intrapersonal

BBM: Powerpoint

KBKK :Menghubung kaitkan, mencirikan, membandingkan dan membezakan

Page 3: RPH KRAF

Langkah 2Penerokaan(10 minit)

1.Guru menunjukkan contoh ukiran kayu yang telah dihasilkan.

2.Murid ditunjukkan cara menghasilkan ukiran kayu langkah demi langkah.

3.Murid mendapat edaran lembaran kerja yang mengandungi arahan kerja.

Penerangan dan Demonstrasi

Langkah-langkah KerjaPembelajaran Akses Kendiri - bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri untuk menghasilkan tugasan.

Teknik Penghasilan:Guntingan

BBM:Contoh KaryaLembaran kerja.

Nilai :Mematuhi arahan. sabar, teliti

Page 4: RPH KRAF

Langkah 3Penghasilan(25 minit)

1.Guru memperkenalkan alat dan bahan yang diperlukan serta tunjuk cara ukiran kayu.

2 Lukis corak pada kertas.

3.Tekap corak pada kayu.

4.Memahat.

5.Melurut dan mengukir dengan pisau wali.

6.Melicin.

7.Mengilatkan dengan syelek.

Alat dan Bahan Teknik Penghasilan :

Kaedah:Tunjuk cara

KBKK :Menjana idea, mereka cipta, membanding dan membeza

Nilai :Sabar, tekun,daya usaha,bersih

Langkah 4(5 minit)Sesi Apresiasi dan Refleksi

Guru memilih beberapa hasilan murid untuk sesi perbincangan - baik, sederhana dan

kurang mencapai tahap

Guru mempamerkan hasil karya murid.Guru merumus isi pelajaran.

Murid berkenaan dapat menyatakan tentang kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada hasil karya mereka.

Murid yang lain dapat memberi komen dan menghargai tentang ilmu dan kemahiran yang diperolehi.

Teori Kecerdasan Pelbagai- Kecerdasan Verbal linguistik- Kecerdasan Interpersonal dan Intrapersonal

Page 5: RPH KRAF

Penutup (5 minit )

KognitifGuru menunjukkan hasil ukiran kayu yang telah dihasilkan.Guru menyatakan fungsi aktiviti yang dijalankan.

SosialGuru dan murid menyanyikan lagu “Mari Bertukang”

Murid lebih jelas tentang aktiviti yang dipelajari.

Pembelajaran diakhiri dengan perasaan seronok dan gembira.

Teori Kecerdasan Pelbagai- Muzik- Kecerdasan Interpersonal dan Intrapersonal

Nilai:Kebersihan