rph berasaskan projek

15
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISMA GURU- GURU SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS Kursus Pemantapan Pedagogi Guru Matematik tahap 2 Sekolah Rendah (Kreativiti Dalam P&P) Topik Kreativiti dan Inovasi Kod Kursus MTSR2 Masa 1 jam Personel A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek. B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model pembelajaran berasaskan projek, perkaitan proses kreatif terarah dengan model pembelajaran berasaskan projek dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan projek. C. Kaedah Soal jawab, perbincangan, aktiviti ‘hands-on’, bengkel D. Bahan Pengajaran Bahan-bahan terbuang/terpakai, power-point E. Alatan Bahan-bahan berbentuk 3D, F. Penilaian Pembentangan Penyediaan Persediaan mengajar G. Rumusan/Refleksi

Upload: nadzari-baharom

Post on 22-Jun-2015

5.447 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

contoh rancangan mengajar Matematik tahun 4 berasaskan modul projek untuk membudayakan kreativiti dalam pdp.

TRANSCRIPT

Page 1: Rph berasaskan projek

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISMA GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

Kursus

Pemantapan Pedagogi Guru Matematik tahap 2 Sekolah Rendah (Kreativiti Dalam P&P)

Topik Kreativiti dan Inovasi

Kod Kursus MTSR2

Masa 1 jam

Personel

A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek.

B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model pembelajaran berasaskan projek, perkaitan proses kreatif terarah dengan model pembelajaran berasaskan projek dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan projek.

C. Kaedah Soal jawab, perbincangan, aktiviti ‘hands-on’, bengkel

D. Bahan Pengajaran Bahan-bahan terbuang/terpakai, power-point

E. Alatan Bahan-bahan berbentuk 3D,

F. Penilaian Pembentangan Penyediaan Persediaan mengajar

G. Rumusan/Refleksi

Page 2: Rph berasaskan projek

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Pembelajaran Berasaskan

Projek

CONTOH 1 MATEMATIK TAHUN 4

Pembelajaran Berasaskan Projek

Tajuk : Bentuk dan Ruang

Tajuk: Bentuk Dua Dimensi

Tahun: 4 Pintar

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 13.4 Memahami perimeter di dalam bentuk-bentuk 2 dimensi (2D).

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:

(i) Mengecam sisi pada bentuk

a) segiempat sama

b) segiempat tepat

c) segitiga

(ii) Mengukur dan merekodkan perimeter

a) segiempat sama

b) segiempat tepat

c) segitiga

Objektif Pengajaran

Murid dapat membina sesuatu bentuk dengan mengetahui dengan tepat akan ukuran

perimeter serta sisi yang ada pada bentuk yang dibina.

Masa: 60 minit (2 waktu)

Page 3: Rph berasaskan projek

FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI

1. Persediaan

Tinjauan berfokus /berstruktur penyoalan

Guru menyediakan beberapa bahan yang mempunyai bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga seperti biskut lemak, bata, sapu tangan, ketupat, dll. Tunjukkan pada murid, minta mereka namakan objek dan memberitahu bentuk yang sesuai, sama ada segiempat sama, segiempat tepat atau segitiga Memberitahu kepada murid bahawa bentuk-bentuk tadi dikenali sebagai bentuk 2D. Ia mempunyai sisi dan juga perimeter.

Meminta murid menamakan bahan yang ditunjukkan. Meminta murid menamakan bentuk yang sesuai dengan bahan yang ditunjukkan. Meminta murid menamakan lagi benda-benda yang pernah mereka lihat yang mempunyai bentuk empat segi sama, segi empat tepat dan segitiga.

2. Imaginasi

Meneroka Merancang

Membimbing murid untuk melakar bentuk-bentuk yang dinamakan tadi di atas beberapa keping kertas yang disediakan. Murid diminta untuk menggunting bentuk yang dilukis tadi dan menampalnya di dalam buku latihan. Setelah itu, minta murid menamakan setiap bentuk yang dilukis tadi serta jumlah sisi yang ada pada setiap bentuk. Menjelaskan kepada murid bahawa bentuk-bentuk yang telah mereka lukiskan tadi mempunyai perimeter, iaitu ukur lilit pada sesebuah bentuk. Guru mengedarkan tali kepada murid-murid. Dengan menggunakan tali tersebut, guru membimbing murid-murid mengukur perimeter pada bentuk 2D yang telah dilukis kan tadi. Murid-murid mencatat perimeter bagi setiap bentuk yang telah dilukiskan tadi.

Murid menamakan dan melabelkan bentuk-bentuk yang telah dilukiskan tadi serta jumlah sisinya

Murid menulis ukuran perimeter setelah mengukur tali yang digunakan tadi dengan pembaris.

Page 4: Rph berasaskan projek

Meramal

Guru menampal beberapa bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga dalam pelbagai saiz. Daripada bentuk-bentuk yang disediakan itu, guru mencantumkan bentuk-bentuk tersebut. Guru meminta murid meramalkan dan menamakan apakah bentuk yang terhasil jika bentuk-bentuk 2D tadi dicantumkan

Murid meneka dan meramalkan apakah nama bentuk yang telah dicantumkan tadi.

Jika dicantum bentuk-bentuk ini, apakah yang akan terhasil? Murid meramal bentuk yang terhasil.

3. Perkembangan Meneroka Mencari maklumat Membuat prototaip

Murid diagihkan kepada 6 kumpulan. Memberitahu murid-murid bahawa mereka akan dibimbing untuk membina satu projek iaitu membuat satu kolaj berbentuk tunggal. Guru mengedarkan beberapa helai kertas yang mengandungi bentuk-bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga dalam pelbagai saiz. Murid diminta menggunting bentuk-bentuk 2D yang disediakan itu Dengan menunjukkan beberapa contoh, minta mereka membentuk dan membina satu bentuk/benda dengan menggunakan bentuk-bentuk 2D yang ada. Murid digalakkan berbincang di dalam kumpulan masing-masing. Murid boleh merujuk kepada buku untuk mencari maklumat tambahan bagi membentuk bahan atau benda yang dikehendaki. Murid melakar sketch idea untuk projek dan menunjukkan pada guru. Guru akan memberikan cadangan untuk penambahbaikan.

Guru memaklumkan kepada murid bahawa mereka akan membuat satu projek dengan menggunakan bentuk-bentuk 2D Guru mengingatkan murid tentang aspek keselamatan semasa membuat aktiviti menggunting Murid diminta membuat satu objek atau benda dengan menggunakan bentuk-bentuk 2D. Berbincang dengan rakan-rakan untuk mendapatkan idea dan membuat projek. Bertanya guru jika perlu Murid boleh mencari gambar atau lakaran yang sesuai di dalam buku Guru memberi pandangan serta pendapat terhadap lakaran yang ditunjukkan.

Page 5: Rph berasaskan projek

Murid dibimbing membuat projek/membina prototaip masing-masing. Guru mengingatkan murid tentang kekemasan dan ketelitian semasa membuat kolaj tersebut.

4. Tindakan

Menganalisis maklumat Mentaksir Menguji prototaip Melapor

Meminta murid mengukur perimeter dan juga bilangan sisi yang ada pada hasil kolaj yang mereka bina bagi melaporkan tentang hasil karya yang telah dibuat. Ulang aktiviti mengukur perimeter dan menghitung sisi di antara kumpulan. Minta murid mencatat ukuran perimeter, bilangan sisi dan bentuk 2D yang digunakan bagi membentuk bahan yang dihasilkan pada bahagian belakang prototaip yang dibuat. Menguji prototaip yang bina dengan memeriksa tampalan, hasil lukisan dan guntingan yang dibuat. Menilai hasil kerja murid dengan meminta murid memberikan pendapat dan pandangan.

Guru memastikan murid mengukur perimeter dan menghitung sisi yang ada pada kolaj yang dibina dengan tepat. Murid-murid, sekarang kamu catatkan bilangan sisi, ukuran perimeter dan bentuk 2D yang telah kamu bina pada bahagian belakang kolaj itu Guru memeriksa tentang kekemasan hasil karya murid Soal jawab tentang hasil yang dibuat oleh murid: Model apakah yang telah dibina oleh kumpulan ini? Berapakah ukuran perimeter untuk kolaj yang dihasilkan? Berapakah bilangan sisi yang ada pada kolaj ini? Apakah bentuk-bentuk 2D yang paling banyak digunakan untuk membina projek ini? Adakah kolaj yang dihasilkan menarik? Kenapa? Adakah bentuk 2D yang dipilih ini sesuai? Bolehkah bentuk 2D yang lain digunakan untuk menghasilkan kolaj seperti ini? (Idea boleh dikembangkan mengikut respon dari murid)

Page 6: Rph berasaskan projek

Dokumentasi dan Merumus

Guru membuat rumusan daripada hasil yang diterima. Menampal hasil prototaip pada sudut pameran di belakang kelas.

Penggunaan bentuk 2D yang sesuai, kedudukan dan susunan yang sesuai, saiz yang sesuai, dll

Pentaksiran

Pembentangan murid berkaitan model yan dibina dan respon murid terhadap soalan yang diutarakan guru dan murid.

Nilai dan Sikap Kerjasama. Saling bantu membantu, dan menganalisa,

Page 7: Rph berasaskan projek

Lampiran

Page 8: Rph berasaskan projek
Page 9: Rph berasaskan projek
Page 10: Rph berasaskan projek

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Pembelajaran Berasaskan Projek CONTOH 2 MATEMATIK TAHUN 4

Tajuk(Gabung) : Jisim dan isi padu cecair.

Bidang : Menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai operasi.

Masa : 2 waktu (60 minit)

Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :

Mengguna dan mengaplikasikan pengetahuan tentang timbangan berat dan isi padu

cecair.

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan timbangan berat kilogram dan gram dan isi padu cecair liter dan mililiter.

Objektif Pengajaran:

Menyelesaikan tugasan yang diberi mengikut peraturan dan susunan langkah.

D Bahan Pengajaran

Guru perlu menyediakan bahan yang tersenarai di bawah ini terlebih dahulu di

dalam bilik darjah atau Bilik Pendidikan Seni (jika ada)

Tepung : 4 Kilogram

Air : 4 jag

Pewarna makanan : Pelbagai warna

Berus warna : Pelbagai saiz

Alat timbangan berat : Dalam 1000 gram

Bikar air dalam ukuran 1 liter/1000ml

5 Mangkuk besar untuk membancuh tepung

E Alatan Lembaran Latihan

F Penilaian 1. Pembentangan 2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian

G Rumusan/Refleksi

Page 11: Rph berasaskan projek

FASA

CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI

Persediaan Tinjauan berfokus /berstruktur penyoalan

Guru menunjukkan beberapa jenis objek seperti patung, bata, paku, baju, gelas berisi air, botol air oren yang mengandungi cecair dalam pelbagai sukatan. Guru meminta murid meneka berapa berat dan isipadu cecair yang ada pada objek-objek yang ditunjukkan itu.

Cuba kamu namakan benda-benda yang cikgu tunjukkan ini Pada pendapat kamu, berapa berat benda ini? Pada anggaran kamu, berapakah isipadu kandungan air yang ada pada botol ini?

Imaginasi Meneroka Merancang Meramal

Menjelaskan kepada murid bahawa hari ini mereka akan membuat satu projek. Projek yang dimaksudkan ialah membina objek atau arca. Guru menayangkan beberapa contoh objek dan arca yang telah dibina dan dibentuk melalui LCD projektor Menjelaskan kepada murid bahawa objek yang ditayangkan tadi boleh dibuat dengan adunan doh tepung gandum sebagai bahan ganti membuat arca dan objek seperti yang ditayangkan tadi. Mencungkil pendapat dan pengalaman sedia ada murid untuk mengetahui bagaimana hendak menyediakan doh yang sesuai untuk membentuk objek atau membina arca.

Selain bahan yang digunakan oleh pereka untuk membuat objek dan arca tadi, apakah bahan lain yang boleh digunakan sebagai ganti? Menerangkan tentang projek yang hendak dibuat. Berapa banyak tepung yang perlu kita gunakan? Berapa banyak air yang diperlukan? Pada pendapat kamu, untuk membuat doh yang sesuai bagi membentuk objek, kita perlu tepung yang banyak, atau air yang banyak? Kenapa?

Page 12: Rph berasaskan projek

Murid di bahagikan kepada lima kumpulan. Murid dibimbing untuk merancang dan melakar apakah objek atau arca yang hendak dibina dengan langkah demi langkah. Guru menerangkan peraturan keselamatan sebelum memulakan tugasan. Guru mengedarkan Lampiran Latihan yang berupa resipi membuat doh.

Bagaimana kamu hendak membentuk objek atau arca yang kamu pilih? Buat catatan langkah demi langkah yang akan kamu lakukan nanti Sebelum kamu mulakan tugasan pastikan : Kamu basuh tangan bersih-bersih. Pakai apron kamu. Jaga kebersihan meja kamu. Agihkan tugasan di antara ahli dalam kumpulan. Apa yang perlu dilakukan? Apakah yang perlu digunakan dahulu? Air atau tepung? Sukatan bahan kering dan basah perlu tepat.

Perkembangan Meneroka Mencari maklumat

Murid menguli doh dalam kumpulan masing. Setelah selesai, murid dibimbing untuk membentuk objek dan arca yang dipilih. Murid mewarna dan mempamerkan hasil karya mereka. Guru meminta murid-murid menimbang dan mencatat terlebih dahulu objek yang dibina sebelum dijemur untuk dikeringkan diluar bilik darjah.

Apakah objek yang akan kamu bentukkan? Murid diminta untuk membuat objek mengikut peraturan dan susun langkah seperti yang dirancang tadi. Warnakan dengan teliti dan secantik yang boleh. Persediaan untuk mengesan proses pengeringan air di dalam doh

Page 13: Rph berasaskan projek

Membuat prototaip

Setelah kering, murid-murid akan menyapu putih telur pada objek untuk melindunginya.

Guru menggalakkan murid menghias objek yang dibuat itu

Tindakan Menganalisis maklumat Mentaksir Menguji prototaip Melapor Dokumentasi dan Merumus

Guru mengedarkan kertas kerja kepada murid-murid. Mereka diminta membaca dan memahami soalan yang disediakan. Murid menentukan operasi yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Rujuk kembali kepada objek yang dibuat. Mencatat timbangan selepas objek kering. Guru meminta pendapat serta kritikan akan hasil yang dibina oleh kumpulan masing-masing. Murid membuat penilaian ke atas hasil projek yang telah dihasilkan dari segi bilangan, bentuk, kebersihan dan masa yang diambil. Guru menilai hasil projek yang diserahkan dan mempamerkan di sudut pameran di dalam kelas.

Perbincangan tentang soalan yang disediakan. Bagaimanakah cara untuk mendapat jawapan? Adakah kamu berpuas hati dengan hasil kerja kamu? Apakah pendapat rakan-rakan yang lain tentang hasil projek ini?

Page 14: Rph berasaskan projek

Resipi Bancuhan Tepung

½ kilogram tepung

¼ liter air

Cara membuatnya:

1. Masukkan tepung dalam mangkuk pembancuh.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati dan lembut.

3. Pastikan tepung diuli dengan betul-betul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.

4. Dengan menggunakan doh, bentukkan sebarang objek yang kamu suka

5. Setelah selesai, warnakan bentuk yang dibina tadi dengan berus dan pewarna yang

disediakan.

6. Jemur objek yang dibina. Setelah kering, sapukan putih telur pada permukaan objek itu.

Jika suka, kamu boleh menghias objek yang kamu cipta itu untuk tambah menarik lagi.

7. Ulang aktiviti ini sehingga habis doh yang dibuat tadi.

8. Pamekan hasil binaan dan gubahan kamu di atas meja untuk dicatat timbangan berat

dan penilaian hasil karya

Bersihkan meja kamu setelah selesai melakukan aktiviti.

Page 15: Rph berasaskan projek

LEMBARAN LATIHAN

JAWAB SOALAN BERIKUT:

1. ½ kilogram tepung sama dengan ............... gram.

2. Tukarkan 750 gram kepada kilogram

3. Untuk menyediakan sebiji kek, ibu memerlukan 330g tepung. Berapa berat tepung

dalam kg, yang ibu perlukan untuk menyediakan 5 biji kek yang sama?

4. Sewaktu menyediakan ramuan untuk membuat cucur manis, ibu memerlukan 750ml air

bagi setengah kilogram tepung. Jika ibu menggunakan 3 kilogram setengah tepung,

berapa liter airkah yang diperlukan ibu?

5. 7 biji kek mentega memerlukan 1 kilogram dan 750g mentega. Jika Aminah ingin

membuat 2 biji kek yang sama, berapa berat mentega yang diperlukan?