rph beg kertas

Upload: hayatun-syamila-mohd-mansor

Post on 14-Apr-2018

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 RPH BEG KERTAS

    1/4

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

    PENDIDIKAN SENI VISUAL

    TAHUN 2013

    Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

    Kelas : 4 Efektif

    Tarikh : 27 Ogos 2013

    Bilangan Murid : / 34 orang murid

    Bidang : Membentuk dan membuat binaan

    Tajuk : Beg kertas

    Masa : 8.40 pagi9.40 pagi (60 minit)

    Objektif pengajaran dan pembelajaran :

    Pada akhir pengajaran, murid dapat :

    1) Menghasilkan beg kertas dengan menggunakan teknik lipatan.

    2) Membuat hiasan pada beg kertas.

    3) Mengetahui alat dan bahan yang digunakan untuk membuat beg kertas.

    Alat dan bahan : Kertas lukisan, pensel,pembaris, pensel warna, gunting, gam dan tali.

    Bahan Bantu Mengajar (BBM) : LCD, komputer riba dan contoh beg kertas.

    Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat dan memegang beg kertas.

    : Murid pernah melihat corak pada beg kertas.

    Penerapan nilai : Berdisiplin, kekemasan dan kerjasama.

    Strategi Pengajaran : 1. Belajar cara belajar - murid belajar dengan menggunakan deria yang

    berbeza iaitu visual, audio dan kinestetik.

    2. Konstruktivisme - murid membina pengetahuan secara

    aktif berdasarkan pengalaman sedia ada

    berkenaan rupa serta jalinan yang

    terdapat pada haiwan kesayangan.

    KBKK : Murid dapat menjana idea secara kreatif dalam menghasilkan corak

    rekaan pada beg kertas.

    : Murid dapat menjana dan membuat hubung kait mengenai perkara yang

    pernah dialami dengan pembelajaran bagi menghasilkan reka bentuk

    serta corak pada beg kertas.

  • 7/30/2019 RPH BEG KERTAS

    2/4

    LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

    LANGKAH /MASA

    ISI KANDUNGANPENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN GURU &MURID

    STRATEGI P&P/ ABM / NILAI

    Set Induksi

    (5 minit)

    Aktiviti

    penjanaan

    idea.

    1) Penyoalan berkenaan bahan

    yang ditunjukkan di hadapan

    kelas.

    - Apakah bahan yang

    dapat kamu lihat di

    hadapan ini?

    - Pernah lihat atau

    pegang beg kertas?

    - Apakah fungsi beg

    kertas?

    1) Guru menunjukkan contoh

    beg kertas di hadapan kelas.

    2) Murid melihat beg kertas yang

    ditunjukkan di hadapan kelas.

    3) Guru menyoal murid

    mengenai pemahaman

    mereka berkenaan beg

    tersebut.

    4) Murid menjawab soalan guru

    berdasarkan pemahaman

    mereka.

    BBM :

    Contoh beg kertas

    Penerapan nilai :

    Kerjasama

    Langkah 1

    (10 minit)

    Pengenalan

    kepada beg

    kertas

    Pengenalan kepada :

    Beg kertas beg yang

    diperbuat daripada kertas.

    Contoh beg kertas

    Fungsi beg kertas- Untuk meletakkan

    barang.

    - Sebagai hiasan.

    Alat yang diperlukan

    1) Guru menunjukkan contoh

    beg kertas..

    2) Murid mendengar

    penerangan guru dan melihat

    contoh hasil karya yang

    dihasilkan oleh guru.

    BBM :

    Contoh beg kertas,

    contoh beg kertas

    yang telah siap.

    Penerapan nilai :

    Kerjasama dan

    berdisiplin.

  • 7/30/2019 RPH BEG KERTAS

    3/4

    LANGKAH /MASA

    ISI KANDUNGANPENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN GURU &MURID

    STRATEGI P&P/ ABM / NILAI

    Langkah 2

    (8 minit)

    Edaran alat

    dan bahan

    kepada

    murid.

    Tunjuk langkah dan edaran alat

    serta bahan untuk

    menghasilkan beg kertas

    Langkah-langkah :

    1) Lipat kertas kepada dua

    bahagian.

    2) Lipat hujung kertas dan

    gamkan.

    3) Tanda kertas sebanyak 5 cm

    di kiri dan kanan kertas dan

    lipat bahagian tersebut.

    4) Buka lipatan dan kemaskan.

    5) Lipat bahagian bawah dan

    gamkan.

    6) Lipat semula sebanyak 5 cm

    di bahagian bawah dan buka

    lipatan.

    7) Lukis corak di atas kertas

    dan warnakan.

    8) Tebuk 2 lubang pada

    bahagian atas beg kertas.

    9) Letakkan tali dan ikat untuk

    dijadikan tempat pemegang.

    10) Kemaskan hiasan pada beg

    kertas.

    1) Guru menunjukkan langkah

    untuk menghasilkan beg

    kertas.

    2) Guru menunjuk langkah di

    hadapan kelas.

    3) Murid mendengar arahan

    serta melihat langkah-langkah

    yang ditunjukkan oleh guru.

    Alat dan bahan :

    LCD, komputer

    riba, kertas

    lukisan, pensel,

    pensel warna,

    gunting dan gam.

    Penerapan nilai :

    Kerjasama dan

    berdisiplin.

    Strategi

    pengajaran :

    Belajar cara

    belajar.

    Langkah 3(28 minit)

    Proses

    penghasilan

    beg kertas.

    Proses penghasilan :

    1) Murid melaksanakan

    sepuluh langkah seperti

    yang ditunjukkan guru untuk

    menghasilkan beg kertas.

    1) Guru memantau sambil

    membantu murid yang

    memerlukan bantuan semasa

    menyiapkan karya tersebut.

    2) Murid mendengar arahan

    guru dan menghasilkan beg

    kertas.

    Alat dan bahan :

    Kertas lukisan,

    pensel, pensel

    warna, gunting,

    gam dan tali.

  • 7/30/2019 RPH BEG KERTAS

    4/4

    LANGKAH /

    MASAISI KANDUNGAN

    PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN GURU &

    MURID

    STRATEGI P&P/ ABM / NILAI

    Penerapan nilai :

    Kerjasama,

    kekemasan.

    Strategi

    pengajaran :

    Konstruktivisme.

    Penutup

    (3 minit)

    Sesi

    apresiasi dan

    penilaian.

    Sesi apresiasi dan penilaian.

    Guru membuat

    penyoalan kepada murid

    berkenaan pembelajaran

    pada hari itu.

    Guru meminta murid

    untuk melakonkan aksi

    membawa beg kertas di

    hadapan kelas.

    Guru meminta beberapa

    orang murid ke hadapan

    untuk membuat ulasan karya.

    Penilaian dibuat berdasarkan

    tiga tahap iaitu :

    - Baik

    - Sederhana

    - Lemah

    Murid membuat ulasan di

    hadapan kelas.

    Murid diminta untuk

    mengemaskan meja dan

    alatan serta bahan yang telah

    digunakan.

    Penerapan nilai :

    Kerjasama,

    kebersihan.

    Hasil karya murid.