cara jahit beg uncang tahun 6

27
JOM TENGOK SAY A SILA BERI PERHATIAN….JANGAN BISING!!

Upload: farsha89

Post on 19-Jun-2015

5.423 views

Category:

Education


13 download

DESCRIPTION

sharing is caring

TRANSCRIPT

JOM TENGOK SAYA

SILA BERI PERHATIAN….JANGAN BISING!!

CARA MENJAHIT BEG UNCANG

TAHUN 6: JAHITAN

1. SEDIAKAN ALATAN DAN BAHAN

ALATAN YANG DIPERLUKAN

JARUM JAHIT JARUM PENITI BENANG GUNTING KAPUR PENANDA RODA SURIH KERTAS KARBON PITA PENGUKUR PENETAS BENANG PENSEL PENANDA

KAPUR PENANDA

Kapur tukang jahit adalah kapur yang tidak mudah pecah, pilih warna yang sesuai dengan fabrik

Membuat tanda-tanda dari pola ke fabrik. Ia mudah dipadam dan adalah baik mempunyai sekurang-kurang tiga warna

Simpan di dalam bekas supaya tidak pecah.

RODA SURIH

Roda surih diperbuat daripada keluli berkilat supaya tidak berkarat, pilih roda surih mengikut jenis fabrik dan mudah bergerak apabila ditolak.

Memindahkan tanda dan garisan pola pada fabrik.

Simpan di dalam kotak jahitan

PENETAS JAHITAN

Penebuk lubang butangBoleh juga diguna untuk tetas jahitan.

JARUM PENITI

PenitiPeniti berkepala bulat dan peniti untuk sutera. Kusyennya untuk menjaga peniti dari berselerakan 

KERTAS KARBON

Kertas karbon ada pelbagai warna sesuai mengikut warna fabrik. Roda surih diguna bersama kertas karbon untuk memindahkan tanda-tanda dari pola ke fabrik 

LANGKAH 2

Sediakan pola

APA ITU POLA?

Pola adalah potongan-potongan kertas yang merupakan ukuran sesuatu bahan yang hendak dijahit .

Pola dijadikan contoh agar tidak terjadi kesalahan sewaktu menggunting kain

SD

SL

LABELKAN KAIN DENGAN SD (SEBELAH DALAM) DAN SL (SEBELAH LUAR)

UKURAN PADA POLA (cm)

1

3

1

1

1

3

2

2

1

1

LANGKAH 3

Susun pola di atas sehelai fabrik. Masukkan kertas karbon di bawah pola

dan sematkan dengan jarum peniti

LANGKAH 4

Pindahkan tanda pola ke atas fabrik dengan menggunakan roda surih.

Kemudian gunting

BERSAMBUNG….

LANGKAH 5

Lipat fabrik ke S.D pada bahagian atas (A) untuk membuat kelepet selebar 3 cm.

Semat dengan jarum peniti

LANGKAH 6

Tetapkan kelepet dengan jahitan jelujur halus ataupun sembat.

LANGKAH 7

Jahit sebaris jahitan kia 2cm dari tepi kelepet untuk memasukkan tali atau reben.

LANGKAH 8

Ulangi langkah 5, 6, dan 7 pada bahagian bawah (B) fabrik

LANGKAH 9

Temukan kedua-dua S.L fabrik dan semat dengan jarum peniti.

Jahit jelujur kasar pada garis pemadan sehingga pada jahitan kia untuk tempatreben.

Tinggalkan bahagian yang telah dibuat kelepet tadi

LANGKAH 10 Jahit uncang dengan jahitan jelujur halus.

Kemudian, cabut jahitan jelujur kasar Terbalikkan uncang ke S.L

LANGKAH 11

Potong dua helai reben atau tali berukuran 50cm

Masukkan reben A dengan menggunakan pin dari bahagian kanan lubang tali uncang dan tarik sehingga punca reben keluar dari lubang kiri.

Reben B dimasukkan dari bahagian kiri ke kanan uncang

MASUKKAN REBEN

MASUKKAN REBEN DI RUANGAN YANG TELAH DIJAHIT

BEG UNCANG YANG TELAH SIAP