rph 4
DESCRIPTION
rphTRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI KSSR
TAHUN 3
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani
Aspek : 3.0 Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
Tajuk / Kemahiran : Kejar mengejar
Tarikh : 16 September 2015
Masa : 9.00 – 9.30pagi (30 minit)
Kelas : 3 Tekun
Bil. Murid : 40 orang (17 Lelaki dan 16 Perempuan)
Purata Umur : 9 Tahun
Standard Kandungan : 1.9 Berkebolehan melakukan aktiviti kelajuan
Standard
Pembelajaran
: 1.9.1 Berlari dalam pelbagai kelajuan.
2.9.1 Mengenal pasti postur badan yang betul
semasa berlari.
2.9.2 Mengenal pasti koordinasi tangan dan kaki
semasa berlari.
5.3.2 Mengiktiraf kebolehan dan menerima
kekurangan rakan sebaya.
Penerapan Nilai : Kerjasama, keseronokan, kepatuhan,
keselamatan, dan kepimpinan
KBKK : TKP: Kinestetik, Verbal linguistik,
EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan inovasi
Penggabungjalinan : Sains (anatomi badan), Matematik (mengira)
Bahasa Melayu (arahan)
Kesepaduan : Aspek kemahiran (berlari)
Alatan : Skital, baton, pundi kacang dan bola
PELAKSANAAN AKTIVITI
Aktiviti 1 : Larian Piramid
1. Murid dalam tiga kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan berada di skital A, B, dan C.
3. Murid di skital A berlari anak ke skital B sambil membawa dua biji bola besar.
4. Murid di skital B berlari pantas ke skital C sambil membawa baton.
5. Murid di skital C berjalan sambil membawa pundi kacang di atas kepala.
6. Ulang sehingga semua murid melengkapkan larian di semua skital.
Aktiviti 2 : Lipas kudung
1. Murid berlari anak di dalam barisan.
2. Murid di belakang memecut ke hadapan dan berada di hadapan barisan.
3. Setiap kali murid yang berlari sampai ke hadapan, murid yang terakhir dalam
barisan akan memecut ke hadapan.
4. Lakukan secara bergilir-gilir sehingga sampai ke garisan penamat.
Permainan kecil : Siapa laju
1. Murid berlumba dalam kumpulan