rph 4 bidang

Upload: mohd-akmal-mohd-din

Post on 10-Jan-2016

248 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pendidikan Seni Visual SR

TRANSCRIPT

1. BIDANG MENGGAMBAR

Matapelajaran : Pendidikan Seni VisualKelas : 2 BestariTarikh :16 Februari 2014Hari: AhadMasa : 08.00 pagi 09.00 pagi (1 jam)Bil. Murid :20 orangBidang:MenggambarAktiviti: CatanTema: Objek buatan manusiaTajuk : KeretakuEMK: TMK, Keusahawanan, Kreativiti dan InovasiNilai Murni:Bekerjasama, ketekunan, ketelitian dan kekemasanMedia: Alat: Berus lukisan, palet Bahan:Kertas lukisan, warna air, penselBBM: Audio lagu Kereta kecil, Model kereta mainan, contoh hasil karya catan

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan, warna, imbangan dan kesatuan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dan karya catan.2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti membuat catan. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan gambar catan.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa senivisual yang terdapat pada karya seni.1.1.1 Unsur seni1.1.1.1 Bentuk - ilusi1.1.1.2 Jalinan - tampak1.1.1.3 Warna - sekunder 1.1.2 Prinsip rekaan1.1.2.1 Imbangan ruang lukis

1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual,media, serta proses dan teknik dalam pembuatan catan.

1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam penghasilan karya seni.1.2.1.1 Alat berus lukisan, palet1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, cat air, tempera, cat poster1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya1.2.2.1 Teknik basah atau kering

1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman, media serta kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan catan.

1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual : warna, jalinan, bentuk, ruang, imbangan dan kesatuan dalam penghasilan catan1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar teknik gosokan

1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakandengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual.

1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

LANGKAH PENGAJARAN/ MASAPERKEMBANGAN ISI PELAJARANILUSTRASI AKTIVITI

Set Induksi(5 minit)PERSEPSI ESTETIK

Guru memperdengarkan audio lagu Kereta Kecil dan melekatkan lirik lagu di hadapan kelas. Murid menyanyi lagu dan membuat pergerakan seperti menaiki sebuah kereta berdasarkan video dan lirik lagu dengan bimbingan guru.

Guru mempamerkan contoh gambar teknik catan.

Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada beberapa contoh catan.

STRATEGI :Teknologi Maklumat dan komunikasiPENDEKATAN :PSV KBSRTEKNIK :Soal jawabBBM :1. Contoh hasil catan

2. Video lagu Kereta Kecil

Langkah 1(10 minit)

Langkah 2(15 minit)

Langkah 3( 20 minit )

Langkah 4( 5 minit )

Penutup(5 minit)Penilaian Hasil Pembelajaran :Apresiasi dan refleksi :

APLIKASI SENI

Guru membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan supaya murid dapat memainkan peranan untuk saling membantu rakan yang lain dan menjana pelbagai idea. Guru menunjukkan pelbagai model kereta di hadapan kelas dan memberikannya kepada setiap murid. Ketua setiap kumpulan mengambil kertas lukisan dan memberikannya kepada setiap ahli kumpulan. Wakil setiap kumpulan perlu menerangkan ciri-ciri yang ada pada model kereta berdasarkan warna dan bentuk serta permukaan kereta : Tayar : warna hitam dan bulat Tingkap : warna putih dan kasar.

Guru mmemperkenalkan serta menyatakan media yang digunakan dalam teknik catan seperti : Berus Warna air

Guru menerangkan unsur bentuk, warna dan rupa yang berbeza bagi setiap model kereta seperti : Warna kereta yang pelbagai. Bahagian kereta yang pelbagai bentuk : bulat tayar, petak pintu.

Guru menunjukkan cara mewarna lakaran kereta dengan menekankan bahasa seni visual seperti warna, bentuk dan kesatuan melalui huraian dan penjelasan guru.

EKSPRESI KREATIF

Berdasarkan model kereta yang telah diberi kepada setiap kumpulan, murid perlu melakar gambar kereta mengikut kreativiti masing-masing dengan memberi penekanan kepada ruang dan imbangan pada lukisan. Guru akan berjalan ke setiap kumpulan untuk membuat demonstrasi sekali lagi kepada setiap kumpulan dan menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis corak serta pemilihan warna untuk lakaran kereta tadi. Murid melaksanakan teknik catan pada lukisan kereta mengikut langkah yang ditunjukkan oleh guru dengan bimbingan guru. Murid perlu menjemur hasil catan mereka di luar kelas supaya cepat kering

Murid membuat kemasan pada hasil catan lukisan kereta yang dihasilkan. Setiap kumpulan akan mendapat satu kertas mahjung yang akan ditampal di tepi meja kumpulan. Setiap ahli yang sudah siap, perlu menampal hasil catan pada kertas mahjung tersebut.

APRESIASI SENI

Guru menunjukkan contoh catan kereta yang telah siap dihasilkan. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu hasil catan tercantik dalam kalangan ahli kumpulan mereka. Hasil yang terbaik perlu ditampal di hadapan kelas. Pertandingan hasil catan tercantik antara kumpulan diadakan. Guru akan menjadi pengadil untuk menentukan pemenang pertandingan. Hadiah akan diberikan kepada kumpulan pemenang. Wakil setiap kumpulan perlu menceritakan pengalaman dan menerangkan jenis warna dan bentuk kereta yang telah mereka pilih. Sebelum mengakhiri kelas, murid akan menyanyi lagu Kereta Kecil sekali lagi sambil memegang model kereta dan membuat gaya seperti memandu sebuah kereta.STRATEGI :Kemahiran BerfikirPENDEKATAN :PSV KBSRTEKNIK :Soal jawab, berceritaBBM :

1. Model kereta mainan

2. Kertas lukisan

1. Berus lukisan

2. Warna air

STRATEGI :Pendekatan KonstruktivismePENDEKATAN :PSV KBSRTEKNIK :Kaedah individu dan berkumpulan dalam KBSR

BBM : Kertas Mahjung

STRATEGI :Kajian Masa DepanPENDEKATAN :PSV KBSRTEKNIK :Kaedah individu dan berkumpulan dalam KBSR

Refleksi Guru Pelatih :

Kekuatan/Kelemahan/Cadangan/Penambahbaikan

Catatan Pensyarah/ Guru Pembimbing :

2.BIDANG MEMBUATCORAK DAN REKAAN

Matapelajaran : Pendidikan Seni VisualKelas : 4 BestariTarikh :16 Februari 2014Hari: AhadMasa : 08.00 pagi 09.00 pagi (1 jam)Bil. Murid :20 orangBidang:Membuat Corak dan RekaanAktiviti: LukisanTema: Alam Semulajadi Tajuk : Kad Hari JadiEMK: TMK, Keusahawanan, Kreativiti dan InovasiNilai Murni:Bekerjasama, ketekunan, ketelitian dan kekemasanMedia: Alat: Pembaris Bahan:Kertas kad A4 warna keras, pensil warnaBBM: Contoh Kad Hari jadi, Video lagu Selamat Hari Jadi.Contoh corak lukisan pada kad.

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, rupa, warna , harmoni , imbangan serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan corak menggunakan teknik corak teknik lukisan.1. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan corak teknik lukisan.2. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan corak teknik lukisan.3. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa senivisual yang ada pada corak teknik lukisan.

2.1.1 Unsur seni2.1.1.1 Garisan - tebal atau nipis2.1.1.2 Rupa - organik atau geometri2.1.1.3 Warna - primer atau sekunder atau tertier2.1.2 Prinsip Rekaan2.1.2.1 Harmoni - warna2.1.2.2 Imbangan - simetri2.1.2.3 Ritma dan pergerakan - susunan sisik ikan.

2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual,media, serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik lukisan.2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media2.2.1.1 Alat - pembaris dan alatan lain yang sesuai2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.2.2.2.1 Teknik lukisan

2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, kemahiran media serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik lukisan secara kreatif.2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya.2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan corak teknik lukisan.

2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakandengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual.2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.2.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya.2.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

LANGKAH PENGAJARAN/ MASAPERKEMBANGAN ISI PELAJARANILUSTRASI AKTIVITI

Set Induksi(5 minit)PERSEPSI ESTETIK

Guru memperdengarkan audio lagu Selamat Hari Lahir dan melekatkan lirik lagu di hadapan kelas. Murid menyanyi lagu dan membuat pergerakan seperti menepuk tangan berdasarkan video dan lirik lagu dengan bimbingan guru.

Guru mempamerkan contoh kad hari jadi di hadapan kelas dan di gerakkan kepada murid sebagai rujukan mereka.

Guru menyatakan definisi lukisan dan memberi contoh hasil teknik lukisan

Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada beberapa ontoh hasil corak lukisan dan mengaitkannya dengan pembuatan kad hari jadiSTRATEGI :Teknologi Maklumat dan komunikasiPENDEKATAN :PSV KBSRTEKNIK :Soal jawabBBM :

1. Contoh kad hari lahir2. Contoh hasil lukisan pelbagai corak3. Video lagu Kereta Kecil

Langkah 1(10 minit)

Langkah 2(15 minit)

Langkah 3( 15 minit )

Langkah 4( 10 minit )

Penutup(5 minit)Penilaian Hasil Pembelajaran :Apresiasi dan refleksi :

APLIKASI SENI

Guru menerangkan unsur bentuk, warna dan rupa yang berbeza dan menarik bagi setiap corak dan hiasan yang boleh dihasilkan oleh murid dalam penghasilan kad hari jadi seperti : Huruf perkataan Corak hiasan Hiasan gambar di dalam kad

Guru menunjukkan media dan bahan-bahan yang akan digunakan dalam penghasilan lukisan dan murid perlu meletakkan alatan yang telah dipesan oleh guru di atas meja masing-masing : Pensil Pensil warna

Guru menunjukkan langkah-langkah pembuatan pelbagai corak lukisan di hadapan kelas. Guru menampal carta alir penghasilan lukisan beserta gambar di hadapan kelas sebagai rujukan murid. Ketua setiap kumpulan barisan susunan meja perlu mengambil kad keras yang telah disediakan oleh guru untuk membuat kad kepada setiap murid dalam barisan mereka.

EKSPRESI KREATIF

Murid perlu melakar corak alam semulajadi seperti bunga yang hendak dibuat dengan menggunakan pensil mengikut kreativiti masing-masing dengan bimbingan guru dan contoh kad hari jadi.

Guru menunjukkan cara-cara menghasilkan teknik lukisan di hadapan kelas dengan membuat demonstrasi pelbagai lukisan alam benda dan hiasan yang sesuai. Murid mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru sebentar tadi dan melakarkannya terus di atas kad Hari Jadi. Murid perlu mewarnakan hasil lakaran menggunakan pensel crayon atau pensil warna yang sesuai mengikut pembahagian ruang corak di atas kad masing-masing. Guru bergerak ke meja setiap murid untuk memastikan murid memahami teknik lukisan dan membuat hiasan kad dengan teknik yang betul.

Setelah selesai mewarna, murid boleh membuat kekemasan terakhir. Murid boleh menulis ucapan di dalam kad hari lahir yang dihasilkan.

APRESIASI SENI

Guru menyediakan cabutan undian nama untuk setiap murid. Setiap ketua kumpulan perlu berjalan dalam kumpulan masing-masing dan meminta setiap ahli kumpulan mencabut satu kertas. Setiap kumpulan akan memperoleh nama rakan dari kumpulan yang berlainan. Berdasarkan kertas yang telah dicabut undi, murid perlu memberi kad hari jadi yang telah dihasilkan kepada rakan mereka. Pemberian kad dimulakan mengikut satu per satu kumpulan pemberi dan disertai dengan salam dan ucapan. Wakil setiap kumpulan perlu menceritakan pengalaman menghasilkan kad hari jadi. Sebelum mengakhiri kelas, murid akan menyanyi lagu Selamat Hari Lahir sekali lagi sambil memegang kad hari jadi yang diberi oleh rakan dan memegang bahu rakan.STRATEGI :Kemahiran BerfikirPENDEKATAN :PSV KBSRTEKNIK :Soal jawab, bercerita

BBM :1. Pensil warna

2. Contoh kad hari jadi

BBM1. Contoh lukisan bertemakan alam semulajadi

Hasil karya muridKad Hari Jadi

Refleksi Guru Pelatih :Kekuatan/Kelemahan/Cadangan/Penambahbaikan

Catatan Pensyarah/ Guru Pembimbing :

3. BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUATBINAAN

Matapelajaran : Pendidikan Seni VisualKelas : 1 BestariTarikh :16 Februari 2014Hari: AhadMasa : 08.00 pagi 09.00 pagi (1 jam)Bil. Murid :20 orangBidang:Membentuk dan Membuat BinaanTema: Alam BendaTajuk : Kapal Terbang OrigamiEMK: TMK, Keusahawanan, Kreativiti dan InovasiNilai Murni:Bekerjasama, ketekunan, ketelitian dan kekemasanMedia: Alat: Tiada Bahan:Kertas A4 warna, tali benang, pensel, pembaris, guntingBBM: Video langkah pembuatan origami kapal terbang, Origami kapal terbang, carta alir pembuatan origami kapal terbang.

STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa, bentuk, warna, dan imbangan)yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan origami 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan origami. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan origami. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah

STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada karya seni. 3.1.1 Unsur Seni 3.1.1.1 Rupa geometri 3.1.1.2 Bentuk konkrit 3.1.1.3 Warna primer dan sekunder 3.1.2 Prinsip rekaan 3.1.2.1 Imbangan simetri

3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti seni. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 3.2.1.1 Alat (tiada) 3.2.1.2 Bahan kertas A4 berwarna, gam, dan magic pen

3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan binaan. 3.2.2.1 Teknik lipatan

3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D dan 3D. 3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif 3.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam panghasilan karya 3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan. 3.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan. 3.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.

LANGKAH PENGAJARAN/ MASAPERKEMBANGAN ISI PELAJARANILUSTRASI AKTIVITI

Set Induksi(5 minit)PERSEPSI ESTETIK

Guru memperdengarkan bunyi audio bunyi kapal terbang mendarat dan berlepas. Murid mendengar audio seperti bunyi kapal terbang sambil membuat pergerakan seperti sebuah kapal terbang yang sedang terbang. Murid perlu mengaitkan bunyi tersebut dengan pengalaman sendiri. Membuat soal jawab mengenai kapal terbang : Pernah melihat kapal terbang Bunyi kapal terbang. Warna dan bentuk kapal terbang Imbangan semasa menaiki kapal terbang

STRATEGI :Teknologi Maklumat dan KomunikasiPENDEKATAN :Laura H. ChapmanTEKNIK :Kaedah simulasiBBM :1. Audio bunyi kapal terbang mendarat dan berlepas

Langkah 1( 7 minit)

Langkah 2( 10 minit)

Langkah 3( 10 minit )

Langkah 4( 5 minit )

Langkah 5( 5 minit )

Langkah 6( 10 minit )

Penutup( 8 minit)Penilaian Hasil Pembelajaran :Apresiasi dan refleksi :

APLIKASI SENI

Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan mengikut kedudukan meja masing-masing. Setiap kumpulan diberikan satu model kapal terbang, manakala satu model kapal terbang juga diletakkan di hadapan kelas.

Guru memperkenalkan alatan dan alat dan bahan yang akan digunakan dalam membuat origami kapal terbang seperti : Kertas warna Pen warna Tali

Guru menerangkan unsur bentuk, warna dan rupa yang berbeza bagi setiap origami kapal terbang dalam penghasilan origami seperti : Penggunaan kertas warna yang berbeza warna bagi mempelbagaikan jenis dan warna origami. Murid menghias origami kapal terbang dengan pelbagai bentuk dan corak mengikut kreativiti masing-masing. Guru menunjukkan cara membuat origami kapal terbang. Guru menampal carta alir langkah-langkah sambil memberi penerangan dan demonstrasi membuat origami kapal terbang besar di hadapan kelas.

Murid menyatakan bahagian-bahagian yang terdapat pada origami kapal terbang berdasarkan soalan dari guru : Di belakang adalah ekor. 2 di tepi adalah sayap. Tengah adalah badan. Di hadapan adalah kepala.

Guru memanggil ketua setiap kumpulan ke hadapan kelas untuk mengambil kertas A4 berwarna dan memberikannya kepada setiap ahli kumpulan untuk menghasilkan origami.

EKSPRESI KREATIF Murid menghasilkan origami kapal terbang. Guru akan berjalan ke setiap kumpulan untuk membuat demonstrasi sekali lagi kepada setiap kumpulan untuk memastikan setiap murid memahami cara penghasilan dan berperanan menjadi penunjuk cara kepada rakan kumpulan. Manakala kumpulan yang lain, boleh mengikuti langkah menghasilkan origami ini melalui carta aliran yang telah ditampal oleh guru di hadapan kelas. Murid menghasilkan origami kapal terbang dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut :

Lipatkan hujung kertas menjadi 2 bahagianhingga membentuk garis tengah.

Sekiranya kertas tidak berbentuk segi empat sama, murid perlu melipat kertas terlebih dahulu kepada segi tiga dan memotong bahagian bawah kertas yang lebih.

Lipat kertas menjadi 2 bahagian sekali lagi pada sudut yang berbeza dengan mengambil kedua-dua bucu segi tiga tadi dan melipatnya sehingga bertemu di tengah permukaan segi tiga.

Murid perlu melipat 1/3 bahagian segi tiga menuju ke bawah. 2/3 segitiga tadi juga perlu dilipat semula secara bertindih menuju ke atas. Kedua-dua lipatan perlulah dilakukan pada kedua-dua belah segi tiga supaya ianya dapat membentuk seperti sepasang sayap kapal terbang.

Bagi menghasilkan ekor kapal terbang, lipatan ke dalam haruslah dibuat pada bahagian segitiga yang masih belum terlipat. Lipatan perlulah dibuat dengan meninggalkan sedikit bucu berbentuk segi tiga di bahagian atas hujung badan origami kapal terbang yang akan dihasilkan. Murid perlu memotong sedikit muncung di bahagian hadapan origami kapal terbang yang hamper siap. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan rintangan semasa kapal terbang diterbangkan.

Guru menunjukkan contoh origami kapal terbang yang telah siap dihias. Murid yang telah siap membuat origami kapal terbang boleh mengambil pen marker atau pensel warna di hadapan kelas di atas meja guru. Murid membuat kekemasan terakhir dengan mengikat benang pada tengah badan origami kapal terbang untuk menggantung origami di dalam kelas. Murid dikehendaki menggantung origami kapal terbang yang telah siap pada awan besar yang telah disediakan untuk setiap kumpulan. Murid yang telah siap menggantung origami boleh membantu rakan kumpulan yang belum siap atau membuat origami burung lain dan memperbanyakkan origami burung di pokok kumpulan masing-masing serta menghias pokok kumpulan

APRESIASI SENI

Setiap kumpulan perlu mempersembahkan awan kapal terbang kumpulan masing-masing. Pertandingan kapal terbang paling lama terbang juga akan diadakan dalam setiap kumpulan. Setiap wakil kumpulan perlu berada di hadapan kelas dan menerbangkan kapal terbang origami masing-masing sambil membuat gaya mengikut kreativiti murid. Kumpulan pemenang akan menerima hadiah. Memberi pujian kerana murid dapat memahami tajuk hari ini. Guru membuat rumusan tentang hasil yang telah dibuat. Sebelum mengakhiri kelas, murid akan membuat gaya seperti sebuah kapal terbang yang sedang terbang sambil mendengar audio yang dipasang oleh guru.STRATEGI :Teknologi Maklumat dan KomunikasiPENDEKATAN :Laura H. ChapmanTEKNIK :Soal Jawab

BBM :1. Model kapal terbang

BBM :

1. Carta alir penghasilan origami2. Kertas A4 pelbagai warna

STRATEGI :Kemahiran BerfikirPENDEKATAN :Laura H. ChapmanTEKNIK :Kaedah simulasiBBM :Kertas A4 warna

STRATEGI :Kajian Masa DepanPENDEKATAN :Laura H. ChapmanTEKNIK :Kaedah ProjekBBM :

1. Benang

2. Awan kapal terbang origami

Refleksi Guru Pelatih :

Kekuatan/Kelemahan/Cadangan/Penambahbaikan:

Catatan Pensyarah/ Guru Pembimbing :

4. BIDANG MENGENALKRAFTRADISIONAL

Matapelajaran: Pendidikan Seni VisualKelas: 3 CemerlangTarikh: 16 Februari 2014Hari: AhadMasa: 09.00 pagi 10.00 pagi (1 jam)Bil. Murid : 22 orangBidang: Mengenal Kraf TradsionalTema : Alam Semula JadiAktiviti : AnyamanTajuk : Bakul AnyamanEMK: TMK, Keusahawanan, Kreativiti dan InovasiMedia: Alat: Gunting, Pembaris, Gam Bahan:Kertas pelbagai warna, kertas A4 kerasBahan Bantu Mengajar: Audio rentak lagu Kereta Merah, Bakul rotan, Carta Alir, Carta senikata lagu, Model bakul anyaman, Lagu iringan, Bahan untuk murid.

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, rupa, jalinan, warna, harmoni2. dan kontra yang terdapat pada objek alam semula jadi dan karya seni dalam3. penghasilan anyaman siku keluang.4. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media5. dan teknik dalam penghasilan anyaman siku keluang.6. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan anyaman.7. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah8. seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami, bahasa senivisual yang ada pada anyaman.4.1.1 Unsur seni4.1.1.1 Garisan - lurus4.1.1.2 Rupa - geometri4.1.1.3 Jalinan - tampak dan sentuh4.1.1.4 Warna - primer atau sekunder atau gabungan kedua-dua warna

4.1.2 Prinsip rekaan4.1.2.1 Harmoni - kelarai4.1.2.2 Kontra warna

4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual,media, serta proses dan teknik dalam penghasilan anyaman.

4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media4.2.1.1 Alat gunting4.2.1.2 Bahan - mengkuang atau pandan atau kertas warna, dan gam

4.2.2 Memahami teknik yang sesuai dalam pemghasilan karya

4.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual,media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya

4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif

4.3.2 Menghasilkan anyaman kelarai secara kreatif dengan menggunakan bahan sebenar atau bahan gentian

4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya

4.4 Apresiasi SeniMurid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakanberpandukan bahasa seni visual.

4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan

4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakanLANGKAH PENGAJARAN/ MASAPERKEMBANGAN ISI PELAJARANILUSTRASI AKTIVITI

Set Induksi(5 minit)PERSEPSI ESTETIK

Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan mengikut kedudukan masing-masing di dalam kelas. Guru bertanya khabar. Guru memperdengarkan nyanyian lagu Bakul Cantik kepada murid-murid. Guru membimbing murid dan menyanyi bersama murid lagu Bakul Cantik sambil membuat pergerakan. Guru memberikan kepada setiap kumpulan satu contoh bakul anyaman yang sebenar. Murid berpeluang untuk memegang jalinan sentuh, melihat gabungan warna dan garisan yang terdapat pada tikar anyaman dengan bimbingan guru. Guru meminta murid memberitahu unsur seni yang terdapat pada bakul tersebut seperti jalinannya, garisannya, serta warna. Guru menerangkan kepada murid bahan sebenar untuk menghasilkan tikar anyaman seperti : Mengkuang Rotan

STRATEGI :Pendekatan KonstruktivismePENDEKATAN :Laura H. ChapmanTEKNIK :Penerangan menggunakan bahan bantu mengajarBBM :1. Bakul anyaman sebenar2. Audio lagu Kereta Merah3. Carta lirik lagu

Langkah 1(10 minit)

Langkah 2( 25 minit)

Langkah 3( 10 minit )

Penutup(10 minit)Penilaian Hasil Pembelajaran :Apresiasi dan refleksi :

APLIKASI SENI

Guru menerangkan kepada murid media, alat dan bahan serta langkah-langkah dalam penghasilan anyaman bakul menggunakan bahan gantian seperti kertas melalui kad gambar yang ditampal di papan putih mengikut susunan yang betul. Guru memanggil ketua setiap kumpulan ke hadapan dewan untuk mengambil kertas warna dan memberikannya kepada setiap ahli kumpulan untuk menghasilkan anyaman. Guru membuat demonstrasi secara umum di hadapan kelas terlebih dahulu. Guru menunjukkan cara memotong dan mengukur jalur sisip anyaman menggunakan kertas warna yang telah siap dilakarkan garisan menggunakan gunting. Guru menunjukkan cara untuk menjalinkan kertas jalur dengan tapak anyaman di hadapan kelas untuk membuat anyaman beg tangan. Guru menunjukkan contoh hasil anyaman yang telah dijadikan sebagai beg tangan.

EKSPRESI KREATIF

Murid dikehendaki duduk di dalam kumpulan masing-masing. Setiap murid juga telah mendapat kertas yang telah siap dilakar garisan di atasnya dan hanya perlu melipat dua kertas serta menggunting garisan tersebut menggunakan gunting. Ahli kumpulan bebas dalam memilih warna kertas warna. Guru akan berjalan ke setiap kumpulan untuk membuat demonstrasi sekali lagi kepada setiap kumpulan. Manakala kumpulan yang lain, boleh mengikuti langkah memotong tapak anyaman dan jalur kertas melalui carta aliran yang telah ditampal oleh guru di hadapan kelas. Murid menghasilkan anyaman beg tangan berpandukan arahan dan demonstrasi yang telah ditunjukkan oleh guru. Murid perlu menganyam tapak beg dan membuat lipatan sedikit di bahagian tapak untuk menjadikan dinding tepi beg tersebut sepertimana yang telah ditunjukkan oleh guru. Murid yang dapat memahami cara menganyam akan mengajar murid yang lain dalam kumpulan masing-masing berpandukan kad gambar aliran penghasilan anyaman beg tangan di hadapan kelas.

Murid menampal tali pada hasil anyaman yang telah dijadikan sebagai bakul. Murid dikehendaki menghias bakul yang telah diikat dengan tali mengikut kreativiti masing-masing. Murid perlu membuat kemasan dan pemurnian kepada anyaman bakul yang telah dihasilkan. Murid yang telah siap membuat bakul boleh membantu ahli kumpulan yang belum siap.

APRESIASI SENI Guru membuat satu situasi di pasaraya. Murid perlu melakonkan gaya menggunakan bakul anyaman untuk ke mana-mana tempat seperti pasar, kedai dan sebagainya mengikut undian yang di terima, Persembahan lakonan yang terbaik akan dikira sebagai pemenang. Hasil anyaman tadi akan diletakkan di sudut seni di dalam kelas. Guru meminta beberapa orang murid untuk membuat sesi apresiasi dengan memberikan komen terhadap hasil karya rakan-rakan yang lain. Guru membuat rumusan tentang hasil yang telah dibuat.

STRATEGI :Pendekatan KonstruktivismePENDEKATAN :Laura H. ChapmanTEKNIK :Kaedah ProjekBBM :1. Kertas warna 2. Hasil anyaman3. Carta alir pembuatan

Refleksi Guru Pelatih :

Kekuatan/Kelemahan/Cadangan/Penambahbaikan:

Catatan Pensyarah/ Guru Pembimbing :