4 bidang psv

24
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 1 1.0 PENGENALAN Pendidikan Seni Visual secara amnya bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain (Huraian Sukatan Pelajaran PSV, PPK KPM:2002).Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah mensasarkan kepada seni tampak.Subjek ini menitikberatkan proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.Proses ini turut menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu menerusi penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang yang disusun sesuai dengan tahap kognitif dan pengalaman murid-murid bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bergantung kepada guru untuk mengolah empat bidang tersebut bagi mencapai objektif pengajaran. Empat bidang berkenaan ialah : i. Melukis dan membuat gambar ii. Membuat rekaan dan corak iii. Membentuk dan membuat binaan iv. Mengenal kraf tradisional 1.1 Bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual 1.1.1 Melukis dan membuat gambar Bidang ini menekankan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan mengolah pelbagai media dan teknik dengan menitikberat aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.Teknik menggambar yang sering dilaksanakan dalam bilik darjah sepertimana berikut:

Upload: norizanmohamedsaid

Post on 22-Jul-2015

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

1

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual secara amnya bertujuan memberi peluang kepada murid

memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan

terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran

lain (Huraian Sukatan Pelajaran PSV, PPK KPM:2002).Pendidikan Seni Visual di

sekolah rendah mensasarkan kepada seni tampak.Subjek ini menitikberatkan proses

penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.Proses

ini turut menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu menerusi penajaman

daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.Kurikulum Pendidikan Seni Visual

sekolah rendah merangkumi empat bidang yang disusun sesuai dengan tahap kognitif

dan pengalaman murid-murid bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang

harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan bergantung kepada guru untuk mengolah empat

bidang tersebut bagi mencapai objektif pengajaran. Empat bidang berkenaan ialah :

i. Melukis dan membuat gambar

ii. Membuat rekaan dan corak

iii. Membentuk dan membuat binaan

iv. Mengenal kraf tradisional

1.1 Bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual

1.1.1 Melukis dan membuat gambar

Bidang ini menekankan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta

kegiatan mengolah pelbagai media dan teknik dengan menitikberat aspek ruang,

struktur, imbangan dan komposisi.Teknik menggambar yang sering dilaksanakan

dalam bilik darjah sepertimana berikut:

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

2

~ Lukisan ~ Gosokan

~ Catan ~ Stensilan

~ Kolaj ~ Percikan

~ Montaj ~ Gurisan

~ Cetakan ~ Capan

~ Resis ~ Mozek

Dalam aktiviti menggambar,kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan

bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara pengamatannya yang

tersendiri. Situasi ini dapat membantu perkembangan psikomotor dan emosi

murid serta penting bagi keperluan fisiologi dan psikologi murid.

1.1.2 Membuat corak dan rekaan

Bidang ini membuat ruang kepada murid memahami pelbagai cara untuk

menghasilkan corak dan memgaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.Corak

dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada

kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara

terkawal dan bebas. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara

sepertimana paparan berikut :

i. Corak tidak terancang

Tiupan

Ikatan dan celup

Renjisan

Titisan

Tarikan

Lipatan

Pualaman

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

3

ii. Corak terancang

Lukisan

Catan

Cetakan

Capan

Lipatan dan guntingan

Resis

Kolaj

Kaligrafi

Kegiatan ini memberi peluang kepada murid menghasilkan corak

terancang atau tidak terancang dengan teknik yang diingini.Bidang ini

membuka ruang kepada murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak

yang terdapat disekeliling mereka.Memberi penegasan terhadap aktiviti

mengenal motif dan pengolahan dalam menghasilkan sesuatu rekaan

corak.

1.1.3. Membentuk dan membuat binaan

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek

seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan

kestabilan.Berlandaskan aspek tersebut murid dapat memahami dengan

lebih jelas ketika mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu

model,Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga turut

mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik

penghasilan.Ini member peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif

dengan bahan dan alat semasa menjalankan proses penghasilan seni.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

4

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah

merangkumi ,

o Arca timbul

o Arca assemblaj

o Arca mobail

o Arca stabail

o Model

o Diorama

o Boneka

o Topeng

o Origami

Kegiatan ini memberi ruang kepad murid membuat rujukan kepada bahan

sebenar. Kegiatan ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai kaedah seperti

pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

1.1.4. Mengenal kraf tradisional

Kraf tradisional boleh ditafsirkan sebagai perusahaan atau kerja=kerja

seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya

cipta dan kreatif masyarkat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum

masing-masing. Peringkat sekolah rendah , murid didedahkan dengan

kraf tradisional sebagaimana berikut :

o Alat domestic

o Alat permainan

o Alat mempertahankan diri

o Batik

o Seni tekat

o Tembikar

o Anyaman

o Kelarai

o Ukiran

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

5

Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses serta teknik

membuat alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.Bidang ini memberi

kesedaran kepada murid bahawa pelbagai jenis kraf tradisional yang

terdapat dalam masyarakat kita.

1.2 Organisasi kurikulum sukatan pelajaran pendidikan seni visual

Organisasi kurikulum yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni

Visual KBSR mengandungi empat perkara utama iaitu :

Pemerhatian secara aktif

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Apresiasi seni visual secara mudah

Mennghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

1.2.1 Pemerhatian secara aktif

Pemerhatian secara aktif merangkumi kesedaran pemerhatian

keseluruhan, berfokus dan terperinci diharap dapat menajamkan persepsi murid.

Selain mengembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain

melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi

dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut

diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini.

Pemerhatian yang aktif dapat meningkatkan kreativiti seseorang.

Pemerhatian dapat melatih pengamatan murid pada sesuatu perkara. Melalui

pemerhatian itu, murid-murid diminta membuat pengamatan dengan

menggunakan pelbagai deria yang ada seperti sentuhan, penglihatan dan

sebagainya. Guru boleh menyediakan bahan-bahan contoh untuk menarik minat

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

6

bagi melihat ataupun menyentuhnya. Seterusnya perbincangan murid-murid

dengan guru dibuat bagi mengolah idea mereka sebelum memulakan sesuatu

aktiviti seni. Melalui deria penglihatan, murid-murid diminta mengaplikasikan

bagaimana sesuatu benda itu diolah menjadi motif.

Aspek pemerhatian yang aktif di dalam pengajaran guru melibatkan

sensitiviti deria. Sebelum memulakan pengajaran atau semasa menyediakan

aktiviti, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah pengetahuan

sedia ada murid,benda yang konkrit,minat, kecenderungan dan latar belakang

murid, serta mencetus idea dan imaginasi.

1.2.2. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan

Kegiatan ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam

mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses

ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual

dengan manipulasi alatan dan bahan serta terknik-teknik mudah.

Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi

dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses

pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar

secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka

boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

Perkara yang perlu diberikan perhatian oleh guru di dalam menjalankan

aktiviti ini ialah melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti

penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

7

1.2.3. Apresiasi seni visual secara mudah

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek

pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan

dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan

menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan

tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita,

lakonan, nyanyian, karangan dan puisi.

Antara objektif pengajaran seni visual ini ialah menyatakan perasaan, idea

dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaan

dan kraf. Lantaran itu para guru tidak boleh mengabaikan aspek apresiasi ini

semasa proses pengajaran berlaku.. Selain itu melalui kegiatan ini juga, murid-

murid dapat mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan.

Dalam sesi apresiasi ganjaran dalam bentuk penghargaan iaitu

menampalkan karya seni murid di sudut seni atau papan kenyataan dapat

meningkatkan harga diri murid dan memberikan keyakinan kepada mereka akan

kebolehan mereka selari dengan teori behaviorisme yang menyatakan

pemberian ganjaran amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, peneguhan positif kepada murid juga membolehkan murid

mengamalkan tingkah laku terpuji serta dapat mengulangi kemahiran yang

diajar.Terdapat dua jenis aktiviti apresiasi yang utama iaitu yang dirancang khas

untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap

pelajaran.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

8

1.2.4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Pendidikan Seni Visual juga menegaskan akan kepentingan memupuk

nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran

dan kehidupan mereka. Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar,

nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini diharap murid akan

dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua

keadaan.

Sebagai contoh dalam aktiviti membuat kolaj, murid dididik supaya

menggunakan bahan terbuang agar dapat menanamkan semangat mencintai

alam kehidupan. Begitu juga apabila tiba bulan kemerdekaan, murid digalakkan

membuat poster yang bertemakan cinta pada tanah air.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

9

2.0 BIDANG MENGGAMBAR

2.1 Lukisan keluarga

i. Pemerhatian secara aktif

Menerusi teknik lukisan ini, guru menunjukkan contoh lukisan kepada murid

sebagaimana contoh lukisan keluarga di atas. Gambar lukisan ini bersesuaian dengan

pengalaman murid melalui pemerhatian persekitaran hidup mereka yakni ahli keluarga

sendiri. Murid melakukan aktiviti pemerhatian dan menjelaskan tentang objek atau

bahan-bahan lain yang terdapat dalam lukisan yang dipamerkan seperti ahli keluarga,

masjid dan bunga.Kemudian, murid melakukan pemerhatian secara khusus dan

terperinci dari segi jumlah ahli keluarga, kedudukan masjid dan perletakkan objek

lain.Murid menyatakan garisan-garisan yang terdapat dalam gambar tersebut iaitu

garisan pada objek dalam gambar. Penggunaan garisan ini dapat menentukan ton

warna yang akan digunakan sama ada ton cerah atau gelap. Murid juga turut

didedahkan dengan lukisan-lukisan lain yang bertema keluarga.Melalui contoh-contoh

yang dipamerkan, murid membuat pemerhatian secara teliti dan mula melukis.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

10

Langkah awal, murid membuat lakaran bentuk gambar yang ingin dihasilkan

berserta penyusunan objek yang dilukis. Murid juga turut memasukkan ton warna dan

pencahayaan. Murid menggunakan teknik yang sesuai bagi menunjukkan kesan

cahaya dan baying objek.Selepas itu, proses penyempurnaan lukisan dilakukan secara

terperinci dengan mengambil kira tentang ton warna dan pencahayaan. Ketelitian

menghasilkan lukisan ini menjadikan lukisan ini menarik, cantik dan kemas.

ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Kegiatan seni bertambah menarik dengan penggunaan pelbagai alat dan bahan

dalam menghasilkan sesuatu karya. Dalam lukisan ini, alat dan bahan yang digunakan

amat mudah iaitu kertas lukisan,pensil dan pensil warna.Guru mendedahkan

penggunaan pelbagai bahan dalam menghasilkan karya seni. Penggunaan alat dan

bahan yang pelbagai ini akan mendorong murid melakukan kegiatan seni dengan lebih

kritis dan kreatif. Penggunaan alat dan bahan yang berbeza ini akan menarik minat

murid untuk mencuba menghasil karya mengikut minat mereka. Contohnya murid

mewarnakan lukisan ini menggunakan krayon atau warna air. Kelainan penggunaan

alat dan bahan ini membolehkan mereka membuat perbandingan hasil karya mereka.

Sekiranya lukisan ini diwarnakan menggunakan warna air lebih menarik berbanding

dengan menggunakan pensil warna maka sudah pasti murid lebih gemar menggunakan

warna air dalam menghasilkan karya mereka. Selain itu, murid-murid juga berasa

seronok dan berkeyakinan dalam membuat lukisan kerana hasil yang diperolehi tidak

terikat dengan skema jawapan yang tetap. Kebebasan penggunaan alat dan bahan ini

boleh memupuk minat serta melahirkan rasa yakin dan selesa dalam diri murid semasa

menghasilkan karya seni.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

11

iii. Apresiasi seni visual secara mudah

Hasil karya murid akan dipamerkan oleh guru di hadapan kelas sebagai

penghargaan kepada mereka atas hasil usaha yang baik. Karya ini juga akan ditampal

di papan kenyataan sebagai penghargaan kepada murid. Seterusnya sebagai dorongan

atau semangat kepada murid agar menghasilkan lukisan yang menarik. Menerusi

lukisan ini, guru menjelaskan tentang konsep yang diaplikasikan dalam lukisan tersebut

seperti penyusunan objek iaitu masjid, gambar keluarga serta langit. Penyusunan objek

dapat membezakan ruang antara bangunan dengan orang serta langit. Kemasukan

cahaya juga ditekankan dalam lukisan ini yang mnyerlahkan penggunaan ton warna.

Ton warna gelap digunakan sebagai pembayangan cahaya bagi melahirkan hasil karya

yang lebih menarik dan kemas. Menerusi aktiviti ini juga, murid dapat berkomunikasi

dengan rakan-rakan serta dapat melontarkan pandangan tentang hasil karya masing-

masing. Murid juga dapat memahami dengan lebih jelas tentang cara menghasilkan

karya yang lebih menarik serta mempuanyai nilai seni yang tinggi. Di samping itu, murid

dapat mengetahui akan kelemahan dan kekuatan hasil lukisan mereka menerusi

pandangan rakan-rakan.

iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Lukisan ini menonjolkan keharmonian dan kebahagiaan dalam sebuah

keluarga.Murid juga mempunyai keluarga seperti ini. Situasi ini akan melahirkan rasa

kasih sayang dalam diri murid sepertimana yang digambarkan dalam lukisan ini. Selain

itu, proses menghasilkan lukisan ini memerlukan ketelitian,ketekunan dan kesabaran

yang tinggi dalam kerja-kerja menyiapkan karya ini. Pemupukan nilai yang baik ini

diharap dapat disemai dalam diri murid. Selain itu, hubungan yang baik antara murid

juga dapat dicungkil melalui kerjasama dan interaksi serta bertukar-tukar alat melukis

sepanjang penghasilan lukisan ini. Penerapan nilai baik seperti kekemasan,kebersihan

serta bertanggungjawab juga dapat ditanam melalui kerja-kerja menyiapkan lukisan ini.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

12

Semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru meminta murid menjaga

kebersihan dan tanggungjawab menjaga tempat bekerja.Disamping itu, nilai

menghargai hasil kerja orang lain juga dapat dikutip menerusi kerja-kerja menyiapkan

lukisan ini.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

13

3.0 REKAAN DAN CORAK

3.1 Capan daun

i. Pemerhatian secara aktif

Berdasarkan hasil karya di atas, murid didedahkan dengan corak yang

dihasilkan melalui penggunaan daun dan warna.Murid membuat pemerhatian

terhadap corak yang dihasilkan dengan menggunakan daun yang dibuat secara

berulangan. Corak yang berulang ini disusun mengikut kreativiti masing-masing

dan ianya telah menghasilkan satu corak yang menarik.

Penggunaan daun dalam menghasilkan corak ini adalah mengambil kira

akan kebiasaan dan pengalaman murid tentang daun. Persekitaran murid tidak

terpisah dengan daun kerana di sekolah atau di rumah terdapat banyak jenis

daun sama ada daun bunga atau sebagainya. Murid mudah memperolehi daun

untuk menghasil capan daun ini.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

14

Selain itu, melalui karya ini juga murid dapat memerhati penggunaan

warna yang sesuai bagi menghasilkan satu corak yang menarik. Murid diberi

kebebasan dalam memilih warna yang disukai untuk menghasilkan capan yang

menarik. Dalam menghasilkan capan daun ini adalah mudah dimana murid

hanya memerlukan daun dan warna air serta kertas lukisan sahaja. Murid perlu

menyapu warna air pada daun, kemudian ditekatkan pada kertas lukisan bagi

menghasilkan capan ini. Ketelitian amat perlu untuk menghasilkan capan yang

menarik dan bermotif. Di samping itu, guru boleh menunjukkkan corak capan

yang terdapat pada benda lain seperti tikar getah dan kertas pembalut sebagai

pengukuhan tentang capan ini.

ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Karya capan ini tidak menggunakan alat dan bahan yang banyak serta

menyulitkan kerana semua ini berada di persekitaran murid. Alat dan bahan yang

digunakan ialah daun, warna air, berus dan kertas lukisan. Guru menunjuk cara-

cara melakukan kerja-kerja menghasilkan capan ini. Murid menggunakan alat

dan bahan yang dikumpul dalam membuat capan ini. Mereka diberi kebebasan

memilih warna dan corak yang hendak dihasilkan sama ada susunan berasingan

atau bertindih. Susunan dan warna yang berlainan boleh menghasilkan corak

yang menarik mengikut kreativiti masing-masing.

Corak yang menarik boleh juga dihasilkan dengan menggunakan pelbagai

alat dan bahan lain seperti ubi kentang, kacang bendi, pelepah pisang dan

sebagainya. Bahan-bahan ini jika diolah dengan baik akan menghasilkan karya

yang menarik. Murid akan berasa bebas dan seronok menjalankan aktiviti ini

kerana tidak terikat pada sesuatu corak atau alat sahaja, Mereka bebas

menghasilkan corak dengan penggunaan warna , alat dan bahan yang mereka

sukai. Murid boleh memilih warna mengikut selera mereka sama ada warna

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

15

harmoni, penggenap dan sebagainya. Kombinasi warna dan kreativiti murid

dapat menghasilkan corak dan rekaan yang menarik.

iii. Apresiasi seni visual secara mudah

Hasil kerja murid dipamerkan di hadapan kelas oleh guru. Guru

menjelaskan tentang corak yang dihasilkan dalam capan tersebut. terhasil Corak

capan yang terhasil daripada penggunaan daun ini kelihatan menarik dengan

pemilihan warna dan motif yang sesuai.Kepelbagaian warna yang digunakan

dapat melahirkan jalinan corak yang menarik. Jalinan tampak ini hanya dapat

dilihat bila ia diterjemahkan dalam hasil karya. Guru perlu memberi penegasan

akan aspek kebersihan dan kekemasan semasa proses menghasilkan corak

pada capan supaya tidak kotor dan menjejaskan corak yang mahu dihasilkan.

Corak yang berulang akan menghasilkan capan yang menarik.

Di samping itu, kebebasan memilih warna, corak dan susunan serta

bahan dapat mencetuskan perasaan seronok dan gembira di kalangan murid.

Murid tidak terikat dengan peraturan atau langkah-langkah yang tetap dalam

menghasilkan capan. Mereka juga diberi ruang untuk membanding beza hasil

capan di antara satu dengan lain. Justeru, adalah diharapkan timbul perasaan

saling menghargai hasil usaha orang lain. Hasil karya murid boleh ditampal di

sudut mata pelajaran di dalam kelas sebagai penghargaan kepada murid atas

hasil kerja mereka serta memberi ruang daya saing di kalangan murid.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

16

iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Nilai baik seperti kekemasan, ketelitian, ketekunan dan kesabaran

terserlah dalam kerja-kerja menghasilkan capan ini. Keadaan ini terbit apabila

murid berhati-hati dan cermat semasa menggunakan warna air. Selain itu, murid

juga menanam sifat sabar dan tekun dalam menzahirkan capan yang menarik

dan kemas. Hasil ini boleh dipertontonkan kepada rakan-rakan dengan

menampal di papan kenyataan atau sudut seni di sekolah. Penggunaan bahan

yang mudah seperti daun dapat menjimatkan kos dan masa dalam proses

pengahasilan karya ini. Penegasan tentang pemeliharaan alam sekitar perlu

ditekankan oleh guru. Sebagai penghuni alam ini maka menjadi tanggungjawab

semua menjaga alam ini. Kepentingan daun perlu diperjelaskan dalam proses

kehidupan serta kehijauan bumi ini. Murid disarankan menggunakan daun yang

kering untuk menghasilkan capan ini. Selain itu, guru juga perlu menegaskan

kepada murid tentang menjaga kebersihan tempat kerja yakni semua bahan

yang tidak digunakan mesti dimasukkan dalam tong sampah.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

17

4.0 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

4.1 Mobail

i. Pemerhatian secara aktif

Kegiatan seni yang sering dilaksanakan oleh guru dalam kelas

salah satunya ialah membina mobail.Mobail merupakan salah satu aktiviti

seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Dalam kerja

menghasilkan binaan mobail ini memerlukan pemerhatian yang teliti

terutama melibatkan kestabilan objek yang dibentuk. Guru menunjukkan

contoh mobail kepada murid untuk memberi gambaran atau pengetahuan

asas mengenai mobail.Mobail ini melibatkan objek tergantung iaitu rama-

rama. Justeru, bagi menghasilkan mobail ini murid perlu membentuk

rama-rama dan mewarnakannya supaya lebih menarik. Mobail rama-rama

ini diambil sebagai bahan pengajaran memandangkan ianya mudah untuk

murid membentuk objek rama-rama kerana pengetahuan sedia ada

murid.Murid sering melihat rama-rama di sekitar mereka.

Bagi menghasilkan mobail ini, murid memerhati secara terperinci

bagaimana objek rama-rama digantung dengan stabil. Imbangan yang

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

18

sama dan kekemasan mestilah dititikberatkan bagi menghasilkan mobail

yang seimbang dan menarik. Untuk menghasilkan keseimbangan maka

objek rama-rama perlu dibentuk sama dengan menggunakan satu model

yang serupa. Murid menekatkan model tersebut pada kertas tebal atau

bahan lain yang bersesuaian kemudian menggunting atau memotongnya.

Rama-rama yang siap digunting akan diwarnakan serta digantung

menggunakan tali atau benang pada oebjek lain seperti penyakut pakaian,

kayu atau sebagainya.Hasil ini boleh digantung di dalam kelas atau

tempat-tempat lain yang sesuai.

ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Kerja menghasilkan mobail ini memerlukan alat dan bahan yang

sesuai dengan mobail yang hendak dibuat.Alat dan bahan yang

digunakan seperti kertas tebal, tali,gunting, krayon, penyakut pakaian dan

sebagainya yang sesuai. Kertas tebal digunakan untuk membentuk rama-

rama dengan acuan rama-rama yang sama. Setelah kerja menekat

selesai, disusuli pula dengan kerja memotong kemudian mewarna dan

seterusnya mengikat rama-rama secara seimbang. Rama-rama yang

bertali ini akan digantung pada penyakut pakaian atau sebagainya yang

sesuai. Penggunaan alat dan bahan ini amat penting dalam penghasilan

mobail. Pelbagai alat dan bahan lain boleh digunakan dalam

menghasilkan mobail. Bahan-bahan terbuang seperti biji getah, tudung

botol, kulit siput atau sebagainya boleh diadaptasikan menjadi mobail

yang menarik. Fungsi warna juga penting dalam menghasilkan mobail

yang cantik. Warna-warna panas seperti merah, kuning dan lain-lain

dicadangkan untuk menghasilkan mobail supaya lebih terserlah serta

menjadikan suasanan yang indah apabaila mobail ini digantung pada

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

19

lelangit bilik. Mobail yang berayun apabila ditiup angina tau disentuh akan

menyerikan serta menceriakan bilik tersebut.

iii. Apresiasi seni visual secara mudah

Kata-kata pujian atau penghargaan kepada murid di atas

penghasilan mobail yang baik akan mendorong murid berminat dalam

kerja-kerja seni. Mobail yang dihasilkan hendaklah dipamerkan di

hadapan kelas dan seterusnya di gantung di ruangan yang sesuai. Rasa

dihargai dan disanjung terbit dalam diri murid apabila hasil yang dibuat

mendapat pengiktirafan daripada guru dan rakan-rakan. Keadaan ini akan

mewujudkan suasana pembelajaran harmoni dan berkesan. Selain itu,

pemilihan dan gabungan warna yang menarik akan menambahkan lagi

keindahan pada mobail tersebut. Mobail juga boleh dihasilkan dengan

campuran pelbagai objek namun imbangan objek mesti diberi perhatian

yang sewajarnya. Keseimbangan ini akan menjadi mobail berayun dengan

baik apabila ditiup angina tau disentuh. Sekarang ini kita boleh melihat

teknik mobail ini diaplikasikan dalam penghasilan lampu-lampu hiasan atu

kristal di dalam rumah, hotel, masjid, pejabat dan sebagainya.

iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Ketika kerja-kerja menghasilkan mobail ini berlaku, beberapa nilai

baik dapat dicedok seperti sikap sabar, tekun, rajin dan

bertanggungjawab. Sewaktu murid menyiapkan mobail ini, mereka begitu

tekun dan sabar dalam kerja menggunting, mewarna serta menggantung

objek yang dibentuk menjadi mobail yang menarik.Seandainya sikap

begini tidak lahir dalam diri mereka maka sudah pasti karya yang

dihasilkan tidak menarik dan kemas sepertimana orang lain.Menerusi

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

20

kerja-kerja penghasilan mobail ini juga akan melahirkan sikap

bekerjasama, bantu-membantu dan bertolak ansur di kalangan murid-

murid. Keadaan ini timbul kerana mereka akan saling bertanya dan

bertukar-tukar alat atau bahan dalam menghasilkan karya masing-

masing.Kesedaran tentang keindahan alam maya dan segala

penghuninya dapat diterapkan menerusi penghasilan mobail ini. Sikap

mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. juga dapat disemai

dalam diri murid-murid menerusi penghasilan mobail rama-rama ini.

Mereka melihat keunikan rama-rama yang pelbagai warna dan bentuk

adalah kebesaran cipta Allah S.W.T. Di samping itu, iklim bilik darjah juga

turut merasai tempiasnya apabila mobail ini di gantung dalam bilik darjah.

Situasi ini menjadikan bilik darjah semakin cantik dan ceria.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

21

5.0 KRAF TRADISIONAL

5.1 Anyaman

i. Pemerhatian secara aktif

Karya di atas menunjukkan satu contoh kraf tradisonal iaitu anyaman.

Melalui anyaman yang dipaparkan ini, murid membuat pemerhatian yang

terperinci tentang corak anyaman yang dihasilkan. Corak anyaman yang

berulang dihasilkan dalam anyaman ini. Penelitian juga difokuskan kepada cara

penghasilan anyaman tersebut. Susunan reka bentuk juga diberi perhatian oleh

murid.Murid dapat menyatakan corak anyaman yang dibuat. Selain itu, murid

turut memerhati pemilihan warna bagi melahirkan satu anyaman yang menarik.

Warna yang digunakan adalah warna asas dan warna sekunder. Warna asas ini

menonjolkan keceriaan pada hasil anyaman. Pemilihan warna sekunder yang

digabung dengan warna asas melahirkan suatu corak anyaman yang menarik.

Guru juga turut member contoh-contoh konkrit yang lain seperti anyaman

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

22

tikar,bakul, barangan hiasan dan sebagainya. Contoh-contoh ini dapat memberi

pengalaman kepada murid untuk menghasilkan anyaman sendiri.

Dalam menghasilkan anyaman, murid perlu menyediakan kertas warna,

pensil, pisau dan pembaris. Guru memberi tunjukcara bagaimana cara

menghasilkan anyaman asas ini. Murid memotong kertas dengan saiz yang

sama serta berlainan warna. Kemudian, murid memulakan proses membuat

jalinan kertas-kertas tersebut dengan mementingkan kekemasan dan keindahan

coraknya.

ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Penggunaan alat dan bahan amat penting dalam menghasilkan anyaman.

Alat dan bahan yang digunakan dalam membuat anyaman asas ini ialah kertas

yang pelbagai warna. pisau dan pembaris.Murid boleh membuat penerokaan

dengan mencuba menghasilkan corak yang pelbagai motif. Motif yang pelbagai

serta warna yang berlainan akan menimbulkan suatu bentuk anyaman yang

menarik. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran

asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta terknik-

teknik mudah.Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat

interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.

Di samping itu, anyaman juga boleh dihasilkan dengan pelbagai bahan

lain seperti daun pisang, daun pandan, buluh dan mengkuang. Guru

mempamerkan hasil-hasil anyaman yang menggunakan bahan tersebut.

iii. Apresiasi seni visual secara mudah

Melalui hasil anyaman ini, murid boleh menyatakan perasaan, idea dan

imaginasi diri. Murid dapat meluahkan perasaan gembira dengan terhasilnya

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

23

anyaman mereka. Guru sebolehnya memberi pujian dan penghargaan kepada

murid atas terhasilnya anyaman mereka. Seeloknya guru menampal anyaman

yang baik di sudut seni di dalam atau luar kelas. Penghargaan ini akan

mencetuskan semangat dan keinginan yang tinggi dalam diri murid untuk

menghasilkan karya seni yang bermutu dan menarik.

Melalui kerja-kerja seni ini juga dapat melahirkan rasa seronok dan

gembira di kalangan murid kerana memperolehi pengalaman baru menghasilkan

anyaman. Murid juga perlu diberi peluang membanding hasil kerja mereka

dengan rakan-rakan. Selain itu, murid dapat meluahkan pandangan mengenai

hasil anyaman sendiri dan rakan-rakan. Bagi mewujudkan daya saing antara

murid adalah disarankan agar diadakan pertandingan membuat anyaman

supaya dapat mencungkil bakat dan kreativiti murid.

iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Proses menghasilkan anyaman ini dapat memupuk sikap tekun serta

kesungguhan dalam diri murid. Ketekunan amat penting kerana proses

menghasilakn anyaman ini memerlukan masa serta cermat dalam melakukan

kerja-kerja menganyam. Kerja menganyam ini memerlukan tahap kesabaran

yang tinggi kerana ianya perlu dilakukan dengan teliti dan kemas. Secara tidak

langsung, penghasilan anyaman ini dapat memberi kesedaran kepada murid

tentang nilai menghargai alam semulajadi. Contohnya dalam anyaman tikar

mengkuang atau kercut, kita akan menggunakan bahan semulajadi. Justeru,

sebagai guru perlu menerangkan betapa pentingnya memelihara pokok ini

daripada pupus.Rasa syukur juga perlu disemai di kalangan murid kerana bidang

membuat anyaman memberi peluang kepada sebilangan masyarakat mendapat

rezeki serta menaikkan imej negara kepada pelancong luar negara.

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 )

2012

24

6.0 PENUTUP

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang berkesan dapat

dicapai melalui penglibatan pelbagai pihak.Peranan yang dimainkan bukan hanya

daripada pihak guru sahaja malahan murid juga perlu dilibatkan sama secara langsung

atau tidak langsung agar matlamat dan objektif pengajaran tercapai.

Memperkembangkan bakat seni serta memberi peluang kepada murid memupuk minat,

memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-

nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain juga turut

dititikberatkan dalam Pendidikan Seni Visual.