roti
DESCRIPTION
RotiTRANSCRIPT
ROTI
Roti merupakan satu kumpulan makanan ruji yang diperbuat daripada doh tepung
dan air yang disediakan selalunya melalui pembakaran. Sepanjang zaman, roti sering kali
menjadi makanan yang popular di seluruh dunia dan juga merupakan makanan manusia
yang paling lama dan penting semenjak wujudnya pertanian.
Walaubagaimanapun, sesetengah produk tidak diragikan, sama ada kerana
kesukaan diri atau kerana tradisi atau sebab-sebab keagamaan. Banyak bahan-bahan yang
bukan bijirin boleh ditambah, dari buah buahan dan kacang kepada lemak yang pelbagai.
Roti komersial khususnya, selalu mengandungi bahan tambahan, sesetengahnya, tidak
bernutrisi, untuk menambah rasa, tekstur, warna atau jangka hayat.
Bergantung kepada adat tempatan dan kemudahan, roti boleh dihidangkan melalui
beberapa bentuk pada bila-bila masa untuk makan. Roti juga dimakan sebagai makanan
ringan, atau sebagai bahan dalam persiapan kulinari yang lain, seperti makanan bergoreng
yang disaluti serbuk roti untuk mengelakkan lekitan atau rasa hambar komponen utama agar
roti, ataupun bahan isian direka untuk mengisi kaviti atau mengekalkan jus yang mungkin
mengalir keluar.
Salah satu sebabnya adalah kerana ilmu kepentingan roti dari dahulu lagi sebagai
makanan asas, secara tradisional, amat susah untuk mendapatkan makanan, roti telah
mendapat kepentingan sosial dan emosi yang menjangkaui kepentingan nutrisi. Roti
memainkan peranan yang penting dalam upacara keagamaan dan budaya sekular.
PENGENALAN
KAEDAH TERUS
(a) Mengalami proses penapaian dan proses pengembangan.
(b) Tidak menggunakan pembaik roti dalam adunan
(c) Masa yang digunakan untuk menghasilkan roti sangat lambat
PILIHAN ROTI
ROTI SOSEJ
Terdapat terlalu banyak jenis roti serta kombinasi bahan-bahan yang lain di
pasaran. Kesannya, seseorang akan mendapat pelbagai jenis, rupa,saiz dan tekstur roti
dalam mengikut kehendahnya. Ia menjadi makanan utama di negara barat. Ia
mengandungi serat gandum yg tidak hancur. Walaubagaimanapun, di negara kita, roti
merupakan makanan yang digantikan kepada makanan utama seperti nasi. Oleh sebab itu,
kami mencadangkan roti yang mengandungi semua rasa.
MENGENALPASTIAN MASALAH
Idea untuk menghasilkan Roti Sosej Pelbagai Rasa kami perolehi berdasarkan
pemerhatian kami di persekitaran. Kami mendapati pada masa kini masyarakat negara kita
sangat sibuk dengan kehidupan harian mereka. Meraka tidak membahagikan masa untuk
memilih makanan yang lazat dan khasihat untuk mereka. Manakala, kami cadangkan untuk
mencipta Roti Sosej Pelbagai Rasa.
Objektif
ROTI SOSEJ PELBAGAI RASA
Dapat menambah rasa dan juga tekstur yang jauh lebih menarik bagi memikat lebih
ramai penggemar roti ini.
Roti ini dapat disediakan dengan kaedah terus dengan bahan-bahan mudah
didapati dalam pasaran.
Matlamat
ROTI SOSEJ PELBAGAI RASA
Untuk meghasilkan sesuatu rasa yang berlainan.
Memperkenalkan produk baru yang membuatkan lebih banyak peluang perniagaan
dan variasi dalam jenis roti.
PENCETUSAN IDEA
PEREKAAN RESEPI
Kandungan
ROTI SOSEJ PELBAGAI RASA
Kandungan roti adalah meletakkan sosej ke dalam roti dan taburkan mix
vege diatas roti.
Roti sahaja tidak menarik minat dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan
juga orang tua yang memerlukan sesuatu yang lebih meriah dari segi
tekstur.
Bagi menambahkan kelainan rasa pada roti ini kami juga telah letakkan
sedikit serbuk lada hitam, sos cili dan mayonis.
Ketidakpelbagaian bahan
ROTI SOSEJ PELBAGAI RASA
Kami mengunakan sosej keju ke dalam roti untuk memberi rasa yang enak. Dan
kami menggunakan buah nenas dan cendawan butang untuk mendapatkan tekstur
yang sedap dan menarik semasa bergabung dengan roti. Selain itu, kami
mengunakan sayur asparagus untuk menarik minat orang ramai. Dan ia akan
menjadi pilihan ramai dalam kalangan masyarakat.
PEMILIHAN RESEPI
RESEPI ASAS RESEPI INOVASI
TEPUNG ROTI 300 G
MARJERI 60 G
GULA KASTOR 50 G
YIS SEGERA 8 G
BREAD SOFTNER 10G
GARAM HALUS 10 G
TELUR 1 BIJI
SOS CILI 100 G
MAYONIS 100 G
BIJAN 30 G
SERBUK LADA HITAM 8 G
BUAH NENAS 250 G
MIX VEGE 200 G
SOSEL AYAM KEJU 300 G
CENDAWAN BUTANG 200 G
SAYUR ASPARAGUS 300 G
TEPUNG ROTI 300 G
MARJERI 60 G
GULA KASTOR 50 G
YIS SEGERA 8 G
BREAD SOFTNER 10G
GARAM HALUS 10 G
TELUR 1 BIJI
SOS CILI 100 G
MAYONIS 100 G
SERBUK LADA HITAM 8 G
MIX VEGE 200 G
BIJAN 30 G
BUAH NENAS 250 G
SOSEL AYAM KEJU 300 G
CENDAWAN BUTANG 200 G
SAYUR ASPARAGUS 300 G
PARMESON CHEESE 200 G
PEMILIHAN RESEPI
LETAKKAN SAYUR ASPARAGUS (a) Keluarkan isi sosej di tengah dengan menggunakan ‘straw’.
(b) Masukkan sayur asparagus di lubang itu.
LETAKKAN BUAH NENAS DAN PARMESON CHEESE(a) Taburkan buah nenas dan cendawan butang yang dipotong kecil diatas roti.
(b) Taburkan parmeson cheese diatas roti.
PENCETUSAN IDEA DAN MEREKA CIPTA
SENARAI BAHAN YANG DIGUNAKAN
BIL BAHAN KERING KUANTITI HARGA SEUNIT(RM)
KOS(RM)
1. TEPUNG ROTI 300 G RM 12.00 / 1 KOTAK RM 2.00
2. MARJERI 60 G RM 6.00 / 1 PAKET RM 0.60
3. GULA KASTOR 50 G RM 2.50 / 1 PAKET RM 0.20
4. YIS SEGERA 8 G RM 1.00 / 1 PAKET RM 0.10
5. BREAD SOFTNER 10G RM 6.00 / 1 BOTOL RM 0.20
6. GARAM HALUS 10 G RM 1.00 / 1 PAKET RM 0.10
7. TELUR 1 BIJI RM 2.50 / 6 BIJI RM 0.40
8. SOS CILI 100 G RM 4.00 / 1 BOTOL RM 0.40
9. MAYONIS 100 G RM 6.00 / 1 BOTOL RM 0.40
10. BIJAN 30 G RM 2.00 / 1 PAKET RM 0.20
11. SERBUK LADA HITAM 8 G RM 2.00 / 1 PAKET RM 0.10
12. BUAH NENAS 250 G RM 6.00 / 1 BUAH RM 1.00
13. MIX VEGE 200 G RM 2.50 / 1 PAKET RM 0.80
14. SOSEL AYAM KEJU 300 G RM 6.00 / 1 PAKET RM 2.00
15. CENDAWAN BUTANG 200G RM 4.00 / 1 TIN RM 0.80
16. SAYUR ASPARAGUS 300G RM 10.00 / 1 PAKET RM 3.00
17. PARMESON CHEESE 200 G RM 8.00 / 1 PAKET RM 1.50
Jumlah Kos Bahan
RM 15.10
PERANCANGAN UNTUK PENGUJIAN
SUSUNAN KERJA CACATAN
1. SEDIAKAN BAHAN DAN PERALATAN
(a) Sediakan senarai peralatan yang diperlukan
bagi melaksanakan aktiviti memasak.
(b) Menyediakan senarai bahan yang diperlukan
dengan merujuk boring pesanan yang telah
dibuat bagi mengelakkan pembaziran bahan.
(c) Menyusun bahan dan peralatan didapur
masing-masing dengan kemas.
2. PENYEDIAAN DOH ROTI
(a) Masukkan air suam, gula dan yis dalam mangkuk
adunan.
(b) Kacau dan biar hingga berbuih.
(c) Masukkan tepung roti 300g, marjeri 60g, bread
softner 10g, garam halus 10g dan telur 1 biji dan
gaul sebati.
(d) Masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas
ke dalam adunan dan uli sehingga doh menjadi
lembut.
(e) Tutup dan biarkan selama 40 minit sehingga doh
kembang dan gebu.
(f) Bulat-bulatkan doh mengikut saiz dicadangkan.
3. PENYEDIAAN BENTUK ROTI
(a) Taburkan sedikit tepung di atas meja.
(b) Uli doh roti dan letakkan sosej di tengah doh.
(c) Tutup sosej dengan doh dan terbalikkan.
(d) Potong sosej sampai putus tapi jangan sampai
doh tu putus. (sekurang-kurangnya 7 bahagian)
LANGKAH PENYEDIAAN DAN SUSUNAN
(e) Buat corak silang dengan doh itu.
(f) Sapukan marjerin diatas permukaan dulang
pembakar.
(g) Letakkan doh yang dibuat corak di atas dulang.
(h) Taburkan mix veg, cendawan butang, parmeson
cheese, dan bijan diatas permukaan roti.
4. MEMBAKAR ROTI DALAM KETUHAR
(a) Bakar selama 20 minit dalam suhu 190 darjah
celcius.
5. PENYEDIAAN ROTI
(a) Taburkan serbut lada hitam diatas roti.
(b) Letakkan sos cili dan mayonis diatas roti.
PENGUJIAN RESEPI
Resepi ciptaan : ROTI SOSEJ PELBAGAI RASA
Nama penguji : Dr.Sarimah
Tempat : Bengkel pengurusan makanan, Jabatan PTV, IPGKTI
Tujuan : Mengawal kualiti produk
Hasil pengujian :
Roti Sosej Pelbagai Rasa yang dihasilkan oleh kami sangat sedap. Kami telah mengikuti
langkah-langkah penyediaan roti kaedah terus dengan betul. Selain itu, kami juga telah
meletakkan sayur asparagus, cendawan butang, buah nenas dan parmeson cheese. Ia
memberi rasa yang sedap semasa makan. Kami berasa sangat gembira kerana dapat
menghasilkan roti sosej yang betul-betul berinovasi.
PENAMBAHBAIKAN RESEPI
cara penambahbaikan kami adalah :
Kami harus memberi perhatian yang lebih semasa menbuat roti kaedah terus bagi
menghasilkan roti yang lembut dan gebu lagi.
KEKUATAN
Berjaya memberi tekstur warna yang menarik.
sayur asparagus, cendawan butang, buah nenas dan parmeson cheese dalam roti
memberi rasa yang enak.
Pengurusan masa yang baik dan telah mengikuti perancangan.
Kami telah menggunakan bahan yang dipesan dengan berjimat cermat.
Tepung roti berbeza daripada produk yang sedia ada.
KELEMAHAN
Roti yang dihasilkan tidak beberapa lembut dan gebu.
PENAMBAHBAIKAN Kami hendaklah merujuk resepi dari pelbagai buku bagi membuat roti kaedah terus
dengan betul.
ROTI MASAKAN ASAL
HASIL MASAKAN