rosli bahan

Upload: nurul-farhana-nadia-mohamad

Post on 01-Mar-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

TAJUK KAJIANKAEDAH LBTB MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN KVKV DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN

NAMA PENGKAJI

NAMA INSTITUSIIPG KAMPUS BAHASA MELAYUKUALA LUMPUR

Isi Kandungan 1.0PENDAHULUAN51.1 Pengenalan51.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (pdp)61.3 Refleksi Nilai Pendidikan72.0FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN82.1 Pengenalan82.2 Fokus Kajian82.3 Tinjauan Masalah92.3.1 Ujian Diagnostik102.3.2 Ujian Awal102.3.3 Pemerhatian102.2.4 Temu bual102.2.5 Penelitian dokumen102.4 Analisis Masalah102.4.1 Ujian Diagnostik112.4.2 Ujian Awal112.4.3 Pemerhatian122.4.4 Temu bual122.4.5 Penelitian dokumen133.0 Literatur Kajian144.0Objektif Kajian174.1 Pengenalan174.2Objektif Umum184.3Objektif Khusus184.4Persoalan Kajian185.0Kumpulan Sasaran186.0Pelaksanaan Kajian196.1 Perancangan langkah-langkah tindakan196.1.1 Mengenal Pasti Aspek Amalan216.1.2 Merancang216.1.3 Tindakan/ Implementasi216.1.4 Melihat Kesan Tindakan226.2 Tindakan yang Dirancang226.2 Perancangan dan Cara Mengumpul Data246.2.1 Ujian diagnostik246.2.2 Ujian awal246.3.2 Pemerhatian246.3.4 Temu bual256.3.5 Penelitian dokumen256.4 Perancangan Cara Menganalisis Data256.4.1 Ujian Diagnostik266.4.2 Ujian Awal266.4.3 Pemerhatian276.4.4 Temu bual276.4.5 Penelitian dokumen287.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN297.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan297.2 Rancangan Tindakan308.0 Kos Kajian319.0 Senarai rujukan31

1.0 PENDAHULUAN1.1 Pengenalan Keupayaan seseorang murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi adalah agenda besar kerajaan dalam Hala Tuju Transformasi Kerajaan. Sebanyak 93% rakyat Malaysia celik huruf namun begitu, negara masih berdepan dengan masalah literasi dan numerasi apabila pada tahun 2008, terdapat 54,000 murid Tahun 1, iaitu 13% daripada enrolmen murid tahap berkenaan belum menguasai kemahiran literasi dan 117,000 (24%) murid Tahun 4 yang belum menguasai kemahiran numerasi yang ditetapkan. Perangkaan ini menyumbang kepada salah satu punca keciciran sebanyak 32,000 murid pada tahun 2008 pada pelbagai peringkat persekolahan (Khairuddin Mohamad, 2011). Tegasnya di sini ialah murid-murid perlu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) untuk memastikan negara kita berupaya bersaing pada peringkat antarabangsa dalam bidang pendidikan. Frank Smith (1971) dalam Khairuddin Mohamad (2011) mentakrifkan membaca sebagai satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. Bagi Frank Smith, membaca ialah satu psikolinguistik. Setiap individu perlu menguasai kemahiran membaca supaya dapat menjadi insan yang berilmu dan seterusnya akan dihormati oleh masyarakat. Sekiranya individu itu tidak tahu membaca, dia tidak akan dapat memahami bahan ilmiah yang dapat memberikan ilmu pengetahuan kepadanya. Menurut Deller (1993), membaca ialah kemahiran yang sangat bernilai kepada semua murid sama ada seseorang yang normal atau istimewa. Hanya dengan adanya asas yang kukuh, seseorang itu dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat dan memuaskan. Di Malaysia, Atan Long (1978) mentakrifkan membaca sebagai satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Manakala menulis pula merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna (Khairuddin Mohamad, 2011). Menulis juga merupakan pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011).Kesimpulannya, kemahiran membaca dan menulis perlu dikuasai oleh setiap individu. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperoleh menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca juga mampu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Manakala kemahiran menulis pula penting untuk dikuasai supaya individu itu dapat menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan kepada orang lain atau pembaca.1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (pdp)Saya menjalankan praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur bermula pada 27 Januari 2014. Saya merupakan seorang guru pelatih yang mengambil opsyen Pendidikan Pemulihan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Pada minggu pertama praktikum, saya membuat perancangan awal dalam mengenal pasti masalah kajian saya. Perancangan dalam proses mengenal pasti masalah dirancang supaya tidak berlaku sebarang masalah semasa mengenal pasti masalah murid.Sebelum mengesan masalah murid, saya telah menjalankan ujian diagnostik dalam mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid. Ujian diagnostik tersebut dapat membantu saya untuk merancang dan mengetahui masalah murid sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sepanjang beberapa minggu mengajar, saya telah dapat mengenal pasti beberapa masalah yang timbul. Antaranya ialah murid-murid pemulihan masih belum dapat membaca dan menulis perkataan dengan betul dan kemas. Sebagai contoh, mereka tidak dapat membaca perkataan dua suku kata KVKV dengan lancar. Mereka perlu mengeja suku kata tersebut terlebih dahulu sebelum dapat membaca perkataan tersebut. Keadaan ini seterusnya mengakibatkan mereka tidak dapat menulis perkataan dua suku kata KVKV tersebut dengan betul.Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya mendapati bahawa murid-murid ini kurang memberikan perhatian terhadap pelajaran yang sedang disampaikan kepada mereka. Saya sentiasa perlu menegur mereka supaya memberikan perhatian terhadap apa yang sedang diajar oleh saya. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membaca perkataan yang diajar kepada mereka dengan lancar dan betul. Pada pendapat saya, masalah ini timbul kerana murid merasa bosan dengan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Oleh hal yang demikian, saya akan menjalankan satu kajian untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran saya, di samping membantu murid-murid ini untuk membaca perkataan dua suku kata KVKV dengan lancar serta dapat menulis perkataan tersebut dengan betul.

1.3 Refleksi Nilai PendidikanMurid-murid dalam pendidikan pemulihan dapat dipulihkan kecuali mereka mempunyai masalah kecacatan. Menurut Syed Abu Bakar (1997), pendidikan pemulihan adalah untuk kanak-kanak yang tidak kelihatan cacat pada luarannya tetapi mengalami masalah pembelajaran dan lebih tepat lagi tidak dapat menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kebanyakan murid-murid ini jauh ketinggalan dari segi akademik disebabkan oleh kegagalan mereka untuk mengikuti pelajaran yang diajar di dalam kelas harian biasa. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini, kaedah untuk mendapatkan maklumat awal tentang subjek kajian adalah melalui pemerhatian penuh. Melalui proses pemerhatian yang dijalankan dalam aspek yang perlu dikaji, kemahiran membaca dan menulis merupakan aspek yang dipilih. Sepanjang pemerhatian pengkaji, murid-murid pemulihan masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV.Perkara utama untuk menangani masalah ini ialah kaedah pengajaran yang hendak digunakan oleh guru. Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Sehubungan dengan itu, pengajaran meliputi perkara-perkara seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada murid-murid dengan cara yang efektif. Proses ini jelas sekali menggambarkan bahawa untuk melaksanakan satu sesi pengajaran adalah perlu melalui satu proses yang kompleks dan perkara ini sering diambil mudah oleh sesetengah pelajar. Secara tidak langsung, kesan daripada perkara ini boleh menjejaskan pencapaian murid dalam pembelajaran mereka.Membaca merupakan satu proses pengamatan kerana boleh menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang mengenal lambang-lambang dan mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga makna. Pengamatan dalam bacaan adalah seperti mendriskiminasi atau mengecam dan juga membezakan, figure ground iaitu mengenal objek-objek, bentuk atau corak-corak, ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar dan turutan (Fatah Hassan, 2006).Guru pemulihan perlu mengetahui pelbagai teknik, strategi dan kaedah yang bersesuaian dengan tahap dan kemahiran murid-murid pemulihan. Hal ini bertujuan untuk membantu murid pemulihan menguasai sesuatu kemahiran yang diajar dengan lebih mudah. Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) untuk meningkatkan penguasaan membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV dalam kalangan murid pemulihan. 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN2.1 PengenalanBahagian ini membincangkan tentang fokus kajian tindakan yang dilaksanakan iaitu isu dan masalah yang ingin dikaji berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran serta tinjauan masalah melalui alat-alat kajian yang terdiri daripada ujian, temu bual dan pemerhatian.2.2 Fokus KajianKajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV. Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis perkataan KVKV. Setelah mengenal pasti tahap penguasaan bagi setiap kemahiran, tindakan diambil untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV dalam kalangan murid pemulihan.Kajian ini sangat penting untuk dijalankan bagi mengelakkan murid-murid daripada menghadapi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya dapat membantu murid-murid untuk membaca dengan lancar dan menulis dengan kemas.Antara kelemahan yang dihadapi oleh murid ialah:(i) Tidak dapat membezakan antara suku kata yang pertama dengan suku kata yang kedua dalam perkataan KVKV(ii) Tidak dapat membaca perkataan dua suku kata KVKV dengan lancar(iii) Tidak dapat menulis perkataan dua suku kata KVKV dengan betul dan kemasKamarudin Hj. Hussin (1988) menyatakan bahawa pengendalian sesuatu organisasi yang benar-benar berlaku adalah apabila berada dalam satu bilik darjah yang mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Oleh hal yang demikian, guru perlu memainkan peranan yang penting dalam mencari intervensi dan kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca. Menurut Ee Ah Meng (2005) dalam buku beliau menyatakan bahawa gaya pembelajaran amat abstrak dan berbeza antara setiap individu. Hal ini bermaksud setiap individu itu termasuklah guru mempunyai cara yang tersendiri semasa menyampaikan pelajaran kepada muird-muridnya. Guru biasanya akan menggunakan kaedah, strategi dan teknik yang sedia ada ataupun mencipta satu kaedah yang lain untuk membantu mengatasi masalah membaca yang dihadapi oleh murid. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca perkataan dua suku kata KVKV. Pengkaji berharap agar kaedah LBTB ini akan dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata KVKV dalam kalangan murid pemulihan.2.3 Tinjauan MasalahTinjauan masalah adalah satu kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Dalam menjalankan tinjauan masalah ini, pengkaji menggunakan beberapa kaedah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan terutamanya dalam aspek bacaan dan tulisan. Pengkaji telah memilih beberapa kaedah pengumpulan data seperti ujian diagnostik, ujian awal, pemerhatian, temu bual dan penelitian dokumen.2.3.1 Ujian DiagnostikUjian diagnostik ialah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. Analisa kesalahan ujian tersebut dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih sistematik dan tepat.2.3.2 Ujian AwalUjian awal juga merupakan alat kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian tindakan ini. Ujian ini akan dijalankan kepada responden untuk mengenal pasti sama ada responden memang mempunyai masalah untuk membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV ataupun tidak. 2.3.3 PemerhatianMelalui pemerhatian yang dijalankan di dalam kelas pemulihan, pengkaji mendapati kebanyakan murid pemulihan mempunyai masalah dalam bacaan dan tulisan. Kebanyakan antara mereka tidak dapat membaca dengan lancar dan mempunyai tulisan yang tidak kemas dan tidak teratur. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk memahami perkara yang telah ditulis sendiri oleh mereka. 2.2.4 Temu bualAlat kajian lain yang akan digunakan dalam tinjauan masalah ialah temu bual dengan guru pemulihan. Tujuan temu bual ini dijalankan adalah untuk mengetahui sama ada wujud atau tidak masalah yang dikaji terhadap responden yang dikenal pasti dan menjadi sokongan kepada data yang sedia ada (Dr. Rosinah, 2012). 2.2.5 Penelitian dokumenPengkaji akan menggunakan alat kajian seperti penelitian dokumen yang mana pengkaji akan melihat hasil kerja murid dan ujian diagnostik yang telah dijalankan. 2.4 Analisis MasalahBahagian ini menerangkan cara menganalisis data untuk setiap alat kajian yang digunakan bagi mendapatkan data.2.4.1 Ujian DiagnostikUjian diagnostik telah ditadbir kepada responden A dan responden B yang merupakan murid pemulihan Bahasa Melayu. Analisis ujian adalah seperti di bawah:Jadual 2: Analisis Ujian DiagnostikKonstruk

Markah Responden Tahap Pencapaian

ABMenguasaiTidak Menguasai

Kemahiran 1(huruf kecil)

Kemhiran 2(huruf besar)

Kemahiran 3(huruf vokal)

Kemahiran 4(suku kata KV)

Kemahiran 5(perkataan KV+KV)

Pengkaji akan menggunakan graf untuk mewakilkan data-data yang diperoleh daripada ujian diagnostik yang telah dijalankan terhadap responden-responden pengkaji.2.4.2 Ujian AwalUjian awal merupakan ujian yang dijalankan untuk menentukan tahap pencapaian responden dalam kemahiran yang diuji iaitu kemahiran KVKV.Jadual 3: Analisis Ujian AwalResponden Ujian awal Tahap penguasaan

Set 1Set 2Set 3

A

B

Bagi ujian awal pula, pengkaji akan menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengira peratus pencapaian murid dalam setiap ujian yang dijalankan.Peratus = Markah yang diperoleh daripada item soalan yang diuji X 100Bilangan keseluruhan item yang diuji2.4.3 PemerhatianMelalui pemerhatian yang dijalankan, murid akan dinilai berdasarkan pemerhatian guru semasa proses pembelajaran dan selepas pembelajaran berlangsung. Aspek penguasaan murid diperhatikan semasa dan selepas hasil kerja murid siap. Semua hasil pemerhatian akan dimasukkan ke dalam rekod borang pemerhatian yang telah disediakan. Hasil daripada pemerhatian direkodkan dalam borang pemerhatian seperti dalam jadual 3 di bawah. Jadual 3: Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaranBilItemYa Tidak

1Adakah murid dapat membaca perkataan dua suku kata KVKV dengan lancar?

2Adakah murid dapat menulis perkataan dua suku kata KVKV dengan betul dan kemas?

2.4.4 Temu bualPengkaji akan menjalankan temu bual kepada guru pemulihan khas bagi mendapatkan maklumat mengenai masalah murid. Di samping itu, pengkaji akan berbincang dengan guru pemulihan cara penyelesaian yang lebih berkesan untuk menangani masalah membaca dan menulis murid ini. Temu bual yang dipilih ialah temu bual berstruktur. Berikut merupakan soalan yang dirancang untuk temu bual ini.Berikut adalah soalan yang akan ditanya kepada guru pemulihan:PesertaTemu bualRefleksi pengkaji

Guru PemulihanApakah masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan bagi subjek bahasa Melayu?

Apakah tahap penguasaan kemahiran membaca murid-murid pemulihan semasa mereka mula-mula masuk ke dalam kelas pemulihan?

Berapakah bilangan murid yang tidak tahu membaca perkataan dua suku kata KVKV pada awal tahun ini?

Adakah murid mempunyai kesukaran dalam menulis di dalam kelas?

Adakah murid melakukan kesalahan secara kerap dalam menulis huruf dan perkataan?

Adakah tulisan murid senang dibaca dan difahami oleh guru?

Apakah kaedah pengajaran yang digunakan oleh cikgu?

2.4.5 Penelitian dokumenPengkaji menggunakan instrumen pengumpulan data menggunakan penelitian dokumen. Pengkaji mengumpul maklumat berdasarkan hasil kerja murid yang dijalankan di dalam kelas. Pengkaji menggunakan hasil kerja murid kerana pengkaji lebih mudah mengesan hasil kerja yang dilakukan dari aspek kekemasan tulisan dan kesalahan sama ada menulis huruf di atas garisan atau tidak serta ketepatan menulis sesuatu huruf. Sehubungan dengan itu, pengkaji menggunakan senarai semak di dalam jadual 4 yang ditunjukkan di bawah sebagai catatan hasil analisis dokumen yang dijalankan dalam mengkaji tulisan murid dalam lembaran kerja.Jadual 4Bil Item Ya Tidak

1. Menulis perkataan dengan dengan betul

2. Menulis bentuk huruf dengan tepat

3. Tulisan boleh difahami dan dibaca

4. Jarak antara huruf dengan huruf dalam perkataan tidak terlalu rapat

Pengumpulan data seperti ini dapat memudahkan guru dalam menganalisis data dan mengetahui tahap pencapaian murid. Masalah dianalisis melalui penggunaan Ya atau Tidak. Kriteria yang diperlukan untuk mendapat Ya ialah responden tidak melakukan kesalahan yang kerap dan masih boleh dibaca dan mengikut kehendak soalan. Manakala kriteria tidak pula ialah secara keseluruhannya tidak menepati kriteria yang dikehendaki dan murid kerap melakukan kesalahan dan mempunyai masalah tulisan yang tidak dapat dibaca dan difahami.Pengkaji turut menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengetahui peratus bagi markah yang diperoleh daripada ujian diagnostik dan ujian awal.Peratus = Markah yang diperoleh daripada item soalan yang diuji X 100Bilangan keseluruhan item yang diuji3.0 Literatur KajianApabila seseorang murid tidak menguasai kemahiran membaca, menyebabkan mereka tidak mengusai kemahiran asas iaitu kemahiran lisan. Antara kelemahan murid dalam kemahiran lisan adalah seperti salah membunyikan huruf yang seakan-akan sama bentuknya, membunyikan huruf tertentu dan keliru membunyikan nama huruf yang seakan-akan sama. Hal ini pasti menjadikan murid salah faham menyebut susunan rangkai kata, ayat dan intonasi dengan gaya yang betul (Abdul Rasid Jamian, 2008).Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menyatakan bahawa membaca membawa maksud memerhatikan sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Makna lain ialah mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda dan sebagainya secara lisan dengan kuat, memahamkan makna sesuatu seperti tanda, huruf dan sebagainya tidak dengan mata tetapi dengan jari yang dikenali sebagai braille.Kemahiran membaca merupakan komponen penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid khususnya setelah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran membaca amat penting kerana tanpa kemahiran ini, murid-murid tidak akan dapat meneroka buku ilmiah ataupun buku bacaan lain (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011). Dalam subjek bahasa Malaysia, kebanyakan murid-murid pemulihan mempunyai masalah untuk mengenal, mengingat dan menyebut huruf, suku kata ataupun perkataan.Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bergantung kepada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif dan pengalaman membaca (Yahya, 2008). Marohaini Yusoff (1999), mendefinisikan membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan visual bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya. Hal ini menjelaskan bahawa kemahiran membaca merupakan satu proses yang kompleks.Kaedah abjad dilihat sangat sesuai dan berkesan dalam mengajar asas membaca kepada kanak-kanak kerana kemahiran mengenal huruf dan membunyikan huruf diberi penekanan yang khusus. Kaedah abjad merupakan kaedah asas membaca yang paling awal digunakan dalam tamadun manusia seperti pada zaman Greek dan Rom. Kemahiran membaca diajar kepada anak-anak mereka berasaskan kaedah abjad. Ini disokong oleh Zulkifley Hamid (1994) yang mengatakan bahawa kaedah ini sebagai kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca pada peringkat awal. Dalam kaedah ini, pengajaran bacaan dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf tersebut. Daripada cantuman huruf-huruf, murid-murid akan diperkenalkan pula dengan bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan.Menerusi kajian yang telah dijalankan, kegagalan seseorang murid untuk mengenal huruf a,b,c...x,y,z mengikut susunan dalam abjad, akan melahirkan generasi murid yang tidak boleh membaca. Justeru, kaedah abjad menekankan murid untuk menghafal a,b,c...x,y,z sebelum mereka boleh diajar kemahiran membaca. Mengikut Zulkifley Hamid (1994), kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu perlu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur. Ini bermakna, murid-murid perlu menghafal kesemua huruf-huruf tersebut sebelum didedahkan kepada peringkat membaca atau membunyikan cantuman huruf-huruf atau suku kata- suku kata. Setelah itu, murid-murid didedahkan pula kepada peringkat membaca perkataan-perkataan yang mudah, sebagai titik permulaan asas membaca. Menurut Zulkifley Hamid (1994), kaedah abjad berperinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Murid-murid perlu mahir dan kenal akan huruf-huruf tersebut yang merupakan unsur-unsur perkataan bagi membolehkan murid-murid membaca perkataan yang berkenaan. Ini bermakna, murid-murid perlu menghafal nama-nama kesemua huruf yang ada sebelum meneruskan kepada peringkat membaca perkataan yang senang dahulu. Kemahiran menulis pula ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Menurut Don Bryne (1979) dalam Tuan Jah Tuan Yusof (2011), menulis ialah simbol-simbol grafik yang menggunakan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi semasa bercakap. Kemahiran menulis amat penting untuk dikuasai disebabkan penulisan merupakan satu bentuk komunikasi yang penting dalam kehidupan seharian.Kemahiran menulis juga merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid secara berperingkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Murid-murid perlu bersedia dari segi kemahiran motor halus iaitu mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari bebas meneroka, jika diajar berdikari lebih awal akan lebih cepat memperoleh kemahiran manipulatif kerana mereka berpeluang menggunakan tangan dan jari mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti makan, memakai pakaian dan bermain (Saharifah, Siti Hazlifah 2012 dalam Chia Mei Yin et.al, 2013). Oleh itu, peringkat awal murid-murid perlu ditekankan kemahiran pratulis dan awal tulisan.Kemahiran menulis amat penting dalam kehidupan seharian. Hasnah dan Habibah (2010) dalam Chia Mei Yin et.al (2013) menyatakan bahawa kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan, ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis tulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca, ejaan yang betul, tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Kajian berkaitan dengan penggunaan warna dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) juga telah dijalankan oleh Barry (1976) dalam Norma Haji Hassan (2004). Kajian Barry ialah tentang keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang realistik dan bukan realistik. Dalam kajian tersebut, beliau telah menguji dua teori yang berlainan tentang kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang. Hasil kajian beliau mendapati warna memberi sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau perkara dan menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala fungsi warna pula adalah sebagai kod yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej.Di samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minta murid dan bermotivasi untuk belajar. Bahan bantu mengajar hendaklah digunakan secara optimum dalam pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran bermakna dan meninggalkan kesan yang positif dalam diri murid. Menurut Muhammad Hasan (2000), penggunaan media bertujuan untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi atau perhubungan dua hala yang dapat menarik minat penerima untuk bertindak balas.4.0 Objektif Kajian4.1 PengenalanObjektif kajian ialah sesuatu yang hendak dicapai melalui kajian yang dijalankan oleh pengkaji dan haruslah menjawab persoalan kajian yang dibina. Bahagian ini akan menerangkan objektif kajian yang terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus. Kemudian akan diikuti oleh persoalah kajian.4.2 Objektif UmumMeningkatkan kebolehan membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV dalam kalangan murid pemulihan dengan menggunakan kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB).4.3 Objektif Khusus(i) Meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata KVKV menggunakan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dalam kalangan murid pemulihan.(ii) Meningkatkan kemahiran menulis perkataan dua suku kata KVKV menggunakan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dalam kalangan murid pemulihan.4.4 Persoalan Kajian(i) Adakah penggunaan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata KVKV dalam kalangan murid-murid pemulihan?(ii) Adakah penggunaan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dapat meningkatkan kemahiran menulis perkataan dua suku kata KVKV dalam kalangan murid-murid pemulihan?5.0 Kumpulan SasaranKajian ini melibatkan murid pemulihan bahasa Melayu Tahun 2. Pengkaji lebih menekankan subjek bahasa Melayu kerana pengkaji membuat kajian berkaitan dengan masalah membaca dan menulis di dalam kelas pemulihan tersebut. Responden yang dipilih ialah sebanyak dua orang iaitu terdiri daripada dua orang murid lelaki. Kedua-dua orang responden tersebut berbangsa Melayu.

Menurut hasil perbincangan dengan guru pemulihan, kedua-dua orang responden ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti pelajaran di dalam kelas perdana. Sebagai contoh, mereka tidak dapat membaca sesuatu perkataan dengan lancar. Mereka perlu mengeja sesuatu suku kata itu terlebih dahulu sebelum boleh membaca perkataan. Di samping itu, mereka juga dilihat tidak dapat menulis perkataan dengan betul dan kemas.

Jadual 1: Maklumat Responden A dan Responden B

AspekResponden AResponden B

JantinaLelaki Lelaki

Umur8 tahun 8 tahun

BangsaMelayu Melayu

Kecenderungan Pendidikan jasmaniPendidikan Jasmani

Masalah Tidak dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran yang disampaikan dalam jangka masa yang lama. Tidak dapat menulis perkataan dengan kemas dan betul.

6.0 Pelaksanaan Kajian6.1 Perancangan langkah-langkah tindakanPelaksanaan kajian ini adalah berasaskan Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) yang melibatkan beberapa peringkat. Terdapat empat kitaran yang mewakili empat peringkat dalam melaksanakan kajian. Kesemua peringkat ini akan dilaksanakan sepanjang tempoh kajian. Peringkat-peringkat dalam model ini merangkumi refleksi iaitu mengenal pasti aspek amalan bagi penambahbaikan dan kemudian diikuti dengan merancang tindakan iaitu merancang perkara-perkara yang perlu dibuat. Seterusnya yang ketiga ialah melaksanakan tindakan iaitu membuat perancangan yang komprehensifsupaya tindakan bertepatan dengan masalah yang ingin diatasi. Kemudian yang keempat ialah menilai daripada hasil pelaksanaan kajian sehingga masalah yang dihadapi selesai.

MENGENAL PASTI ASPEK AMALANMerancang ujian diagnostikMerancang ujian awal

MERANCANG Mencipta dan mengubahsuai Kaedah LBTBMenyediakan bahan untuk intervensiMerancang ujian awalKitaran seterusnya

REFLEKSIMelihat kekuatan dan kelemahan Kaedah LBTBTindakan susulan jika perlu

TINDAKAN / IMPLEMENTASIMemperkenalkan Kaedah LBTB mengikut urutan terlebih dahulu.Jangka masa 4 minggu.

MELIHAT KESAN TINDAKANTemubualUjian selepas intervensiSoal selidik

Rajah 1: Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)6.1.1 Mengenal Pasti Aspek AmalanPada peringkat ini, pengkaji menjalankan dua jenis ujian iaitu ujian diagnostik dan ujian awal. Kedua-dua ujian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis murid. Ujian diagnostik dijalankan untuk mengenal pasti murid yang perlu menjalankan ujian awal. Manakala ujian awal membaca dan menulis adalah untuk menguji kemahiran membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV murid-murid sebelum intervensi dijalankan. Hasil analisis ujian diagnostik mendapati bahawa 7 daripada 8 orang murid masih belum menguasai kemahiran perkataan dua suku kata KVKV. Namun begitu, pengkaji hanya memilih dua orang murid sahaja sebagai sampel kajian. Antara kesalahan yang dilakukan oleh murid ialah mereka tidak dapat menulis kedua-dua suku kata KV dalam perkataan KVKV dengan betul. Hanya satu suku kata sahaja yang dibaca atau ditulis dengan betul.6.1.2 MerancangUntuk mengatasi masalah membaca dan menulis murid, pengkaji perlu merancang dan menyediakan bahan untuk membuat intervensi menggunakan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB). Sebagai contoh, pengkaji membina kad perkataan KVKV yang mana setiap satu suku kata adalah berlainan warna.Teknik taktil turut diaplikasikan dalam kaedah Lihat Baca Tactile Berwarna (LBTB). Hal ini kerana teknik taktil dapat meningkatkan memori murid dalam pembelajaran. Di samping itu, penggunaan warna pula bertujuan memberi penekanan kepada perbezaan antara suku kata pertama dengan suku kata kedua dalam pekataan KVKV. Warna yang digunakan dalam kaedah akan membantu menguatkan ingatan selain dapat memberikan impak yang positif.6.1.3 Tindakan/ ImplementasiTindakan yang pertama ialah pengkaji mengajar kepada responden untuk mengenal huruf terlebih dahulu. Pengkaji membahagikan huruf kepada dua iaitu vokal dan konsonan. Apabila kedua-duanya telah diajar, pengkaji akan menggabungkan huruf konsonan dan vokal tersebut untuk membentuk suku kata KV. Responden akan diajar untuk membaca suku kata KV tersebut. Kemudian, pengkaji akan mengajar responden membaca perkataan dua suku kata KVKV.Setelah responden membaca perkataan dua suku kata KVKV tersebut, dia akan menulis perkataan tersebut di atas pasir berwarna. Pasir tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu satu bahagian berwarna hitam (suku kata KV yang pertama) dan satu bahagaian lagi bewarna merah (suku kata KV yang kedua). Setelah itu, responden akan menulis semula perkataan tersebut dalam kertas bergaris empat yang telah disediakan. Hal ini betujuan untuk membantu murid mengatasi masalah kemahiran menulis yang mana tulisan mereka tidak kemas.6.1.4 Melihat Kesan TindakanSetelah intervensi dilaksanakan, pengkaji akan menemu bual murid, menjalankan ujian akhir dan menganalisis hasil dapatan yang diperoleh untuk melihat sejauh mana penggunaan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dapat meingkatkan kemahiran membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV responden. 6.1.5 RefleksiPengkaji akan membuat refleksi daripada hasil dapatan yang diperoleh melalui penggunaan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB). Refleksi ini dibuat bertujuan untuk membantu pengkaji membuat penambahbaikan dalam pelaksanaan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) kepada murid-murid pemulihan.6.2 Tindakan yang DirancangBermula dengan semakan kertas soalan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Bertulis pada 29 Januari 2014, pengkaji telah memulakan langkah untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata KVKV dengan menggunakan kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (KBTB). Langkah pelaksanaan kaedah tersebut adalah seperti yang berikut:(i) Responden menyebut huruf abjadabcdef

ghijkl

mnopqr

stuvwx

yz

(ii) Responden membunyikan huruf vokalaeiou

(iii) Responden membaca gabungan huruf konsonan dan vokal (suku kata KV)aeiou

babebibobu

cacecicocu

dadedidodu

fafefifofu

gagegigogu

(iv) Responden membaca perkataan dua suku kata KVKV.bajucucudadu

batuciliduku

buluceriduri

(v) Responden menulis perkataan KVKV tersebut di atas pasir yang mempunyai dua bahagian yang berlainan warna. Perbezaan warna tersebut bertujuan untuk membezakan antara suku kata pertama dengan suku kata yang kedua bagi sesuatu perkataan KVKV. Contohnya adalah seperti yang berikut:

(vi) Responden menulis semula perkataan tersebut dalam kertas garis tiga.

6.2 Perancangan dan Cara Mengumpul DataBahagian ini membincangkan tentang cara pengumpulan data melalui beberapa alat kajian iaitu ujian diagnostik, ujian awal, temu bual, soal selidik dan penelitian dokumen. Di samping itu, bab ini juga membincangkan tentang cara menganalisis ketiga-tiga alat ujian dan turut membincangkan bagaimana alat kajian digunakan untuk mendapatkan data.6.2.1 Ujian diagnostikUjian diagnostik ialah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. Analisa kesalahan ujian tersebut dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih sistematik dan tepat.6.2.2 Ujian awalUjian awal merupakan ujian yang dijalankan untuk menentukan tahap pencapaian responden dalam kemahiran yang diuji iaitu kemahiran KVKV. Hasil ujian akan direkodkan dalam jadual seperti di bawah.Jadual 3: Analisis Ujian AwalResponden Ujian awal Tahap penguasaan

Set 1Set 2Set 3

A

B

6.3.2 PemerhatianDalam melakukan kajian, pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur untuk mengenal pasti masalah murid. Pemerhatian dijalankan semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Pemerhatian semasa pembelajaran bertujuan untuk melihat cara murid-murid membaca dan menulis serta melihat kesalahan yang boleh diperhatikan semasa mereka melakukan aktiviti. Segala pemerhatian yang dijalankan semasa proses pembelajaran dicatatkan dalam borang pemerhatian.6.3.4 Temu bualPengkaji menggunakan temu bual berstruktur bagi mendapatkan maklumat tentang murid yang bermasalah dalam membaca dan menulis. Temu bual dijalankan untuk mendapatkan gambaran mengenai tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta faktor masalah yang dihadapi oleh mereka selain mendapatkan kepastian masalah murid.6.3.5 Penelitian dokumenPenelitian dokumen turut digunakan oleh pengkaji sebagai alat instrumen pengumpulan data. Pengkaji mengumpul maklumat berdasarkan hasil kerja murid yang dijalankan di dalam kelas. Pengkaji menggunakan hasil kerja murid kerana pengkaji lebih mudah mengesan kesalahan murid melalui hasil kerja mereka. 6.4 Perancangan Cara Menganalisis DataBahagian ini menerangkan cara menganalisis data untuk setiap alat kajian yang digunakan bagi mendapatkan data. Jadual 1 berikut adalah perancangan cara menganalisis data yang telah dikumpul oleh pengkaji.Jadual 1: Cara menganalisi dataKaedahCara menganalisis data

Ujian diagnostikMelihat daerah kelemahan bagi kemahiran yang tidak dapat dijawab oleh murid

Ujian awalMengesahkan kelemahan murid secara spesifik dalam kemahiran menulis perkataan KVKV

PemerhatianRefleksi berdasarkan nota lapangan

Temu bualTranskripsi temu bual

Penelitian dokumenMarkah yang diperoleh berdasarkan ujian diagnostik dan ujian awal

6.4.1 Ujian DiagnostikUjian diagnostik telah ditadbir kepada responden A dan responden B yang merupakan murid pemulihan Bahasa Melayu. Analisis ujian adalah seperti di bawah:Jadual 2: Analisis Ujian DiagnostikKonstruk

Markah Responden Tahap Pencapaian

ABMenguasaiTidak Menguasai

Kemahiran 1(huruf kecil)

Kemhiran 2(huruf besar)

Kemahiran 3(huruf vokal)

Kemahiran 4(suku kata KV)

Kemahiran 5(perkataan KV+KV)

Pengkaji akan menggunakan graf untuk mewakilkan data-data yang diperoleh daripada ujian diagnostik yang telah dijalankan terhadap responden-responden pengkaji.6.4.2 Ujian AwalUjian awal merupakan ujian yang dijalankan untuk menentukan tahap pencapaian responden dalam kemahiran yang diuji iaitu kemahiran KVKV.Jadual 3: Analisis Ujian AwalResponden Ujian awal Tahap penguasaan

Set 1Set 2Set 3

A

B

Bagi ujian awal pula, pengkaji akan menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengira peratus pencapaian murid dalam setiap ujian yang dijalankan.Peratus = Markah yang diperoleh daripada item soalan yang diuji X 100Bilangan keseluruhan item yang diuji6.4.3 PemerhatianMelalui pemerhatian yang dijalankan, murid akan dinilai berdasarkan pemerhatian guru semasa proses pembelajaran dan selepas pembelajaran berlangsung. Aspek penguasaan murid diperhatikan semasa dan selepas hasil kerja murid siap. Semua hasil pemerhatian akan dimasukkan ke dalam rekod borang pemerhatian yang telah disediakan. Hasil daripada pemerhatian direkodkan dalam borang pemerhatian seperti dalam jadual 3 di bawah. Jadual 3: Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaranBilItemYa Tidak

1Adakah murid dapat membaca perkataan dua suku kata KVKV dengan lancar?

2Adakah murid dapat menulis perkataan dua suku kata KVKV dengan betul dan kemas?

6.4.4 Temu bualPengkaji akan menjalankan temu bual kepada guru pemulihan khas bagi mendapatkan maklumat mengenai masalah murid. Di samping itu, pengkaji akan berbincang dengan guru pemulihan cara penyelesaian yang lebih berkesan untuk menangani masalah membaca dan menulis murid ini. Temu bual yang dipilih ialah temu bual berstruktur. Berikut merupakan soalan yang dirancang untuk temu bual ini.Berikut adalah soalan yang akan ditanya kepada guru pemulihan:PesertaTemu bualRefleksi pengkaji

Guru PemulihanApakah masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan bagi subjek bahasa Melayu?

Apakah tahap penguasaan kemahiran membaca murid-murid pemulihan semasa mereka mula-mula masuk ke dalam kelas pemulihan?

Berapakah bilangan murid yang tidak tahu membaca perkataan dua suku kata KVKV pada awal tahun ini?

Adakah murid mempunyai kesukaran dalam menulis di dalam kelas?

Adakah murid melakukan kesalahan secara kerap dalam menulis huruf dan perkataan?

Adakah tulisan murid senang dibaca dan difahami oleh guru?

Apakah kaedah pengajaran yang digunakan oleh cikgu?

6.4.5 Penelitian dokumenPengkaji menggunakan instrumen pengumpulan data menggunakan penelitian dokumen. Pengkaji mengumpul maklumat berdasarkan hasil kerja murid yang dijalankan di dalam kelas. Pengkaji menggunakan hasil kerja murid kerana pengkaji lebih mudah mengesan hasil kerja yang dilakukan dari aspek kekemasan tulisan dan kesalahan sama ada menulis huruf di atas garisan atau tidak serta ketepatan menulis sesuatu huruf. Sehubungan dengan itu, pengkaji menggunakan senarai semak di dalam jadual 4 yang ditunjukkan di bawah sebagai catatan hasil analisis dokumen yang dijalankan dalam mengkaji tulisan murid dalam lembaran kerja.Jadual 4Bil Item Ya Tidak

5. Menulis perkataan dengan dengan betul

6. Menulis bentuk huruf dengan tepat

7. Tulisan boleh difahami dan dibaca

8. Jarak antara huruf dengan huruf dalam perkataan tidak terlalu rapat

Pengumpulan data seperti ini dapat memudahkan guru dalam menganalisis data dan mengetahui tahap pencapaian murid. Masalah dianalisis melalui penggunaan Ya atau Tidak. Kriteria yang diperlukan untuk mendapat Ya ialah responden tidak melakukan kesalahan yang kerap dan masih boleh dibaca dan mengikut kehendak soalan. Manakala kriteria tidak pula ialah secara keseluruhannya tidak menepati kriteria yang dikehendaki dan murid kerap melakukan kesalahan dan mempunyai masalah tulisan yang tidak dapat dibaca dan difahami.Pengkaji turut menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengetahui peratus bagi markah yang diperoleh daripada ujian diagnostik dan ujian awal.Peratus = Markah yang diperoleh daripada item soalan yang diuji X 100Bilangan keseluruhan item yang diuji7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN7.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan BilAktiviti / TindakanTarikh pelaksanaanCatatan

1 Mentadbir ujian diagnostik

Minggu pertama - minggu kedua

2Mengenal pasti isu dan pengumpulan data awalMinggu ketiga - minggu kelima

3Menulis cadangan pemyelidikan tindakanMinggu keenam - minggu ketujuh

4Merancang tindakanMinggu ketujuh kelapan

5Melaksana tindakanMinggu kelapan - minggu kedua belas

6Membuat refleksi mengenai penyelidikan tindakanMinggu kedua belas

7Membentangkan dapatan penyelidikan tindakanSelepas tamat intership

7.2 Rancangan TindakanCarta Gantt untuk perancangan pelaksanaan tindakanBilTindakan/ MingguM1M2M3M4M5M6M7M8M9M 10M 11M 12

1Mentadbir ujian diagnostik

2Mengenal pasti isu dan pengumpulan data awal

3Menulis cadangan penyelidikan tindakan

4Merancang tindakan

5Melaksana tindakan

6Membuat refleksi mengenai penyelidikan tindakan

7Membentangkan dapatan penyelidikan tindakanSelepas tamat intership

8.0 Kos KajianPerbelanjaan BilPerkaraKuantitiKuantiti x Harga SeunitJumlah Kos

1Kertas a4 (80 gram)1 rim1 x RM 10.00RM 10.00

2Dakwat printer1 unit dakwat hitam dan warna 1 x RM 50.00

RM 50.00

3Buku catatan1 unit1x RM 5.00RM 4.00

4Alat tulis1 kotak1x RM 6.00RM 6.00

5Lain-lainRM 20.00

JumlahRM 90.00

9.0 Senarai rujukanAbdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Kertas Kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008.Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Chia Mei Yin, Ismail Saliyan, Tan Si Ting, Mohamad Khairul Amin Mohammad dan Nor Aishah Abdul Aziz. (2013). Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid-murid Pemulihan Khas dalam Penulisan Rumi Menggunakan Kit Doratin. 2nd International Seminar on Quality dan Affordable Education Tahun 2013, 220-228. Deller, B. Sc . (1993). The Teaching Fostering Interest and Achievemet, in Llyodo. Ollila (Ed), The Kingdergarden Children and Reading. Neward, Delaware: International Reading Assosiation.Ee Ah Meng. (2005). Siri Pendidikan Guru: Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Ab. Fatah Hassan. (2006). Tenaga dan Keremajaan Minda: Untuk Meningkatkan Produktiviti dan Potensi Diri. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman.Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Khairuddin Mohamad. (2011). Siri Pendidikan Guru: Literasi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Marohaini Yusoff. (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman ke Arah Kemantapan Pembelajaran di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaNorma Binti Haji Hassan. (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan Minat Pelajar. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas: Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Yahya Othman. (2008). Proses dan Strategi Membaca Berkesan. Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.Zulkifley Hamid. (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.