rmt 2

8
LAPORAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 1.0 PENDAHULUAN Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS) telah ditubuhkan dengan kerjasama kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Program ini adalah bertujuan untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah ke arah melahirkan murid-murid sekolah yang sihat dan dapat mengesan penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak pada peringkat awal. Program PBSS ini juga diharapkan dapat melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah dan program ini diharapkan dapat meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan.Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) ini adalah satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu. Oleh itu PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti serta sejajar dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin menjadikan masyarakt yang seimbang dari segi jasmani,emosil,mental dan rohani. Program ini juga adalah untuk menjadikan sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti kearah negara berwawasan dan maju. 1.1 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Program Rancangan Makanan Tambahan diadakan bertujuan untuk memberi makanan yang berkhasiat kepada murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. RMT adalah memperuntukan sebanyak 25% hingga 30% daripada keperluan makanan harian yang diperlukan. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk memberi faedah dan kesihatan kepada murid-murid yang terlibat.RMT yang dijalankan dibawah Rancangan Bersepadu Sekolah Sihat adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap pemakanan dan

Upload: yana

Post on 04-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rmt

TRANSCRIPT

Page 1: rmt 2

LAPORAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

1.0 PENDAHULUAN

Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS) telah ditubuhkan dengan kerjasama kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Program ini adalah bertujuan untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah ke arah melahirkan murid-murid sekolah yang sihat dan dapat mengesan penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak pada peringkat awal. Program PBSS ini juga diharapkan dapat melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah dan program ini diharapkan dapat meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan.Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) ini adalah satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu. Oleh itu PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti serta sejajar dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin menjadikan masyarakt yang seimbang dari segi jasmani,emosil,mental dan rohani. Program ini juga adalah untuk menjadikan sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti kearah negara berwawasan dan maju.

1.1 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Program Rancangan Makanan Tambahan diadakan bertujuan untuk memberi makanan yang berkhasiat kepada murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. RMT adalah memperuntukan sebanyak 25% hingga 30% daripada keperluan makanan harian yang diperlukan. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk memberi faedah dan kesihatan kepada murid-murid yang terlibat.RMT yang dijalankan dibawah Rancangan Bersepadu Sekolah Sihat adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap pemakanan dan kesihatan murid-murid terutama kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Murid-murid yang dipilih untuk menyertai program ini adalah murid-murid yang telah dikenalpasti berkelayakan seperti mestilah berstatus warganegara Malaysia dan daripadakeluarga berpendapatan di bawah paras RM400.00 atau pendapatan per kapitaRM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Kemudian program ini di sekolah dibawah pengurusan guru RMT dan Penolong Kanak Hal Ehwal Murid.

Page 2: rmt 2

MATLAMAT

RMT ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan tambahankepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golonganberpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara waktu, memperbaikikesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.

OBJAKTIF

Antara Objektif utama Rancangan Makanan Tambahan ini adalah untuk :

· Menyediakan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.

· Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung.

· Menggalakkan penglibatan dan pernyataan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT.

· Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.

· Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan.

· Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.

1.5.1 PELAKSANAAN,TINDAKAN DAN PENILAIAN YANG DIJALANKAN

Rancangan Makanan Tambahan yang telah dilaksanakan di sekolah adalah satu usaha yang baik kearah mengurangkan masalah pelajar yang tidak mempunyai sumber makanan yang seimbang.Biasanya pihak RMT sekolah akan menyediakan menu makanan yang mampu menambahkan zat dan makanan seimbang kepada murid-murid yang terlibat.Pada peringkat awal pemilihan menu yang telah ditetapkan oleh kementerian iaitu sebanyak 20 menu yang berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatan mereka. Pengusaha kantin perlu menyediakan lima menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah mengikut makanan yangdigemari oleh murid-murid dan dimasak secara bergilir-gilir daripada 20 menu yangditentukan.

Contoh salah satu menu yang disediakan

JADUAL MENU MAKANAN RMT

HARI MENU MAKANAN

ISNIN 1. Bubur nasi

Page 3: rmt 2

2. Minuman – milo

3. Buah – pisang

SELASA 1. Mee goreng dengan sayur dan ayam

2. Minuman – milo

3. Buah – betik

RABU 1. Roti- 2 keping + jem

2. Minuman – milo

3. Buah - tembikai

KHAMIS 1. Nasi + ayam masak kicap + sayur

2. Minuman – jus oren

3. Buah - Epal

JUMAAT 1. Nasi kuning + telur + sayur

2. Minuman – milo

3. Buah - Oren

Makanan yang dibekalkan mengandungi tenaga dan zat makanan(nutrient) dan komponen-komponen lain yang memberi kesan kepada kesihatan murid-murid.Zat-zat ini penting bagi perkembangan otak dan tumbesar kanak-kanak dalam usia yang tertentu.Karbohidrat ,lemak dan protein adalah zat yang membekalkan zat dan tenaga.

Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan RMT mampu memenuhi matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan untuk mencapai kecemerlangan dan aktiviti kokurikulum.Pihak sekolah memainkan peranan dalam melaksankan program RMT untuk memupuk amalan pemakanan yang sihat antara murid –murid

Pihak pengusaha RMT oleh sekolah hendaklah mematuhi semula syarat-syarat penyediaan makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan di pantau oleh ahli jawantankuasa RMT sekolah.Pemantauan yang dibuat adalah untuk memastikan kebersihan dalam proses penyedian dan pengendalian pemberian makanan,mementingkan kebersihan makan dan mengawasi segala peraturan kebersihan terutama semasa menyediakan dan menghidangkan makanan untuk mengelakkan keracunan makanan dan penyakit berjangkit.

Antara kaedah yang digunakan untuk memantau keberkesanan RMT di sekolah adalah

· Melalui Rekod Rancangan Makanan Tambahan

Page 4: rmt 2

· Laporan bulanan

· Rekod BML murid untuk memastikan berat badan murid bertambah

Pemakanan yang berkhasiat dan seimbang merupakan aspek yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Murid sekolah rendah merupakan golongan yang berada di zaman kanak-kanak dan pemakanan yang betul semasa kanak-kanak boleh membentuk satu pola pemakanan yang sihat sepanjang hayat seseorang. Usaha mendidik pada peringkat awal berkenaan pemakanan yang sihatakan membantu kanak-kanak bijak membuat pemilihan makanan dari segi kualiti dan kuantiti yang patut diambil seterusnya menghalang pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi, lemah jantung atau pertambahan berat badan (Edge, 1976).

Para guru boleh membentuk pola pemakanan yang wajar dan melatih tabiat makan yang betul dengan menyediakan persekitaran yang kondusif dan memupuk adab makan yang betul hingga mampu mendorong murid menikmati hidangan dengan selesa dan menyeronokkan. Persekitaran fizikal ruang makan, kebersihan dan keceriaan ruang makan perlu dikekalkan agar tabiat makan yang sihat dapat diterap dalam diri murid. Contohnya, tabiat makan yang baik boleh dibentuk dengan mengamalkan adab makan yang betul. Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk adab makan murid, oleh itu, guru mesti makan bersama-sama murid dan berinteraksi dengan mereka sewaktu makan. Memandangkan masa yang ada amat bernilai maka peluang tersebut boleh digunakan oleh guru untuk memberi penerangan tentang makanan, adab dan tabiat makan.

1.6 Kesan RMT Terhadap Pendidikan Di Sekolah.

Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka yang terlibat dalam program ini iaitu murid, guru, orang yang menyediakan makanan dan amalan pemakanan.Murid-murid akan didedahkan dengan kepentingan menjaga kebersihan makanan .Guru akan sentiasa mengawas segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit.

Selain itu,Program RMT yang dijalankan di sekolah telah memberi kesan yang positif terhadap berkembangan fizikal dan mental murid.Murid –murid mendapat nutrisi yang seimbang dalam pemakanan mereka dan dapat memberi satu gambaran bahawa pengambilan pemakanan yang seimbang yang konsisten dapat membantu daya tumpuan murid semasa di dalam kelas.Amalan pemakanan yang baik telah mempengaruhi daya penumpuan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana pemakan memberi kesan keatas fizikal dan mental murid.Murid dapat memberi tumpuan semasa didalam kelas dan tahap kefahaman mereka akan meningkat dan memberi kesan peningkatan prestasi mereka dalam pelajaran meraka.

Page 5: rmt 2

Program RMT juga mampu memberi kesedaran dan memupuk nilai-nilai murni dalam pemakanan mereka.Murid-murid akan didedahkan dan diajar tentang cara-cara dan adab makan dengan baik.Murid akan diajar cara makan dengan baik iaitu bermula daripada membasuh tangan hinggalah keakhirnya.Hal ini akan mempu memberi kesan mental dan rohani dalam adab-adab pengambilan makanan murid.Murid akan sentiasa mengamalkan tatacara makan yang sopan.Murid akan didedahkan dengan cara-cara makan yang betul seperti membaca doa sebelum dan selepas makan,makan dengan tangan kanan,makan dengan beradab sopan dan sebagainya.

1.7 HAL-HAL YANG BERKAITAN TENTANG PENAMBAHBAIKAN RMT DI SEKOLAH

Penambahbaikan dalam program RMT perlulah dipandang serius oleh pihak yang berkaitan.Antaranya ialah mempelbagaikan menu makanan setiap hari dan setiap semester akan tidak menimbulkan kebosanan murid untuk menikmati makanan yang sama pada setiap hari.Hal ini kerana akan mempengaruhi minat dan kandungan vitamin dalam makanan yang diambil oleh murid.

Pihak sekolah juga perlu memberi ganjaran kepada murid yang sentiasa hadir mengambil makanan .Hal ini adalah untuk mengelakkan sikap murid yang bosan dan malu untuk mengambil makanan pada setiap hari.Guru-guru perlu sentiasa memberi motivasi kepada murid agar mereka mempunyai kesedaran tentang peluang yang diperolehi oleh mereka dan tidak semua murid yang memperolehinya.Guru perlu sentiasa memberi kesedaran tentang kepentingan makanan seimbang yang disediakan dalam program RMT dan murid perlu merebut peluang agar mereka tidak ketinggalan dalam mendapatkan menu sihat dan seimbang berbanding dengan murid-murid lain yang mengambil makanan yang belum tentu kandungan zat dan keseimbangan makanan yang betul.

Guru-guru juga boleh memberi ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang turut boleh dijalankan. Hal ini akan dapat memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang. Program ceramah ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat. Penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru-guru RMT.Demontrasii mencuci tangan dengan cara yang betul turut boleh dijalankan. Murid-murid dapat mengetahui tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini akan berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan. Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi mencuci tangan sebulan sekali.

Guru-guru juga akan memberi penerangan tentang kepentingan pengambilan sarapan turut boleh disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT. Murid-murid dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan pada waktu pagi. Ini akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan cerdas ketika belajar. Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh dijalankan oleh guru-guru RMT.Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid yang tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini mampu meningkatkan peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.

1.8 PENUTUP

Program Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) ini memberikan peluang kepada murid-murid sekolah rendah untuk memperolehi sumber pemakanan yang sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi

Page 6: rmt 2

yangdiperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak juga akan mencapai tahap normal. Dengan program RMT ini juga mampu memberi kecergasan fizikal dan minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, tahap kognitif, emosi dan sosial pelajar juga akan ditingkatkan dan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani , emosi, rohani, sosialdan intelek atau JERIS.Selain itu, RMT juga adalah untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan.

2.0 PROGRAM SUSU SEKOLAH

2.1 PENDAHULUAN

Program Susu Sekolah (PSS) merupakan program yang dijalankan selaras dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan pemakanan bagi memastikan kanak-kanak sihat dari segi fizikal ,mentel dan kesihatan umum bertambah baik.Program susu sekolah ini juga merupakan satu program yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan

http://mutiaraminda-mutiaraminda.blogspot.my/2014/12/laporan-program-kesihatan-di-sekolah.html