pendidikan kesihatan rmt ppt 5pismp

22
PENDIDIKAN KESIHATAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) PENSYARAH : ENCIK FAISAL B MOHD JAPERI MOHD NOR KHAIRUL AZAM MUHD RIZAL NOORARTIKA ROSLAN WHIMS

Upload: cacamerba90

Post on 30-Nov-2015

142 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

presentation tentang rancangan makanan tambahan dalam pendidikan kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

PENDIDIKAN KESIHATANRANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

(RMT)PENSYARAH : ENCIK FAISAL B MOHD

JAPERI

MOHD NOR KHAIRUL AZAMMUHD RIZAL

NOORARTIKA ROSLAN WHIMS

Page 2: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

PENGENALAN RMT

• Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin.

• Memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada keperluan hariannya.

• Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut.

• Murid berstatus “Warganegara Malaysia“ dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini.

Page 3: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

• Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid sekolah rendah.

• Program ini yang pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri diperluaskan pelaksanaan menurut pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979.

Page 4: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

• Sejumlah 532,500 murid sekolah rendah daripada “golongan termiskin” (keluarga yang berpendapatan kurang RM400.00 sebulan atau RM80.00 per kapita) menerima bantuan ini secara makanan tambahan dan minuman bagi tempoh 190 hari mulai hari pertama persekolahan pada setiap tahun.

• Kadar bantuan setiap murid adalah RM1.20 sehari bagi negeri-negeri di Semenanjung dan RM1.35 sehari bagi murid di Sabah dan Sarawak.

• Jumlah peruntukan semasa yang disediakan berasaskan kepada jumlah murid dan kadar tersebut adalah RM 123,647,250.00 setahun.

Page 5: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

• Bahagian Sekolah telah menyediakan senarai menu makanan tambahan dan sekolah dibenarkan mengambilkira kemampuan dan kesesuaian dengan keadaan tempatan bagi menyediakan makanan bagi murid-murid yang terlibat.

• Satu kajian tentang penyaluran peruntukan RMT kepada sekolah telah diadakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri. Hasil kajian yang dikeluarkan pada bulan Jun 2002 telah melaporkan

• Penyaluran peruntukan oleh JPN kepada sekolah adalah terlalu lewat kerana sekolah perlu membuat tuntutan sebelum bantuan RMT diberikan. MAMPU mengesyorkan bahawa penyaluran bantuan RMT itu hendaklah dibuat terus kepada sekolah berasaskan kepada rekod jumlah murid yang layak pada tahun semasa, tanpa tuntutan daripada sekolah. Dengan cara ini program RMT boleh dimulakan lebih awal dan pada hari pertama persekolahan.

Page 6: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

OBJEKTIF RMT• Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid

sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.

• Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.

Page 7: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

• Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung.

• Untuk mengendalikan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.

• Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT.

Page 8: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

KONSEP RMT

• Memilih dan menyenaraikan murid yang layak menerima RMT ikut kriteria yang ditetapkan oleh KPM

• Merekodkan penerimaan makanan murid-murid

• Mengawasi murid-murid ketika makan sambil beri tunjuk ajar budaya pemakanan yang betul

• Menyelitkan PKE dan cara pemakanan secara tidak formal

Page 9: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

• Mengikut pertumbuhan fizikal murid : ukur tinggi dan timbang berat sekurang-kurangnya sekali setahun

• Mengawasi pengurusan perhidangan makanan• Memastikan rekod penerimaan dan

perbelanjaan peruntukan RMT disimpan secara kemaskini oleh pihak sekolah

Page 10: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

MATLAMAT RMT

• Untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan dapat mengimbangi pengambilan zat-zat makanan harian pelajar-pelajar terbabit

• Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung

• Untuk mengendalikan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan-amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar

• Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT.

Page 11: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

PELAKSANAAN PROGRAM RMT

• Pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan ini juga adalah usaha bagi meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan pelajar-pelajar sekolah.

• Menurut Wan Nudri dan Aminah (1996), keperluan pemakanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak di peringkat pra-sekolah, ini disebabkan oleh pertambahan saiz badan dan aktiviti fizikal pada usia enam hingga dua belas tahun adalah amat ketara. Pelajar-pelajar yang mendapat zat makanan yang secukupnya dan dalam keadaan persekitaran yang baik akan berpeluang untuk mencapai tumbesaran yang optimum. Sebaliknya pelajar-pelajar yang mendapat kurang zat

Page 12: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

• RMT 2010 bermula pada 3 Januari 2010.• Guru bertugas diminta melengkapkan Buku Laporan RMT

berdasarkan Jadual Tugasan RMT.• Guru bertugas harian diminta mengambil satu menu untuk

dibuat penilaian.• Guru bertugas boleh mamaklumkan kepada Pengusaha kantin

sekiranya ada syor/cadangan atau apa-apa yang berkaitan dengan menu RMT dan sebagainya.

• Guru bertugas diminta memastikan perjalanan RMT pada setiap pagi berjalan dengan lancar.

• Guru bertugas diminta memastikan murid RMT mengambil satu menu pada waktu yang ditetapkan. (7.15 – 7.40 pg)

• Guru bertugas diminta memastikan murid yang tidak berminat untuk makan RMTuntuk digantikan dengan murid lain.

Page 14: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

BIJIRIN SARAPAN

Page 15: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

PENGENALAN

• Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap.

• Tabiat pemakanan yang baik ini perlu disemai sejak anak kecil. Kajian mendapati nutrisi baik bukan saja mampu membantu perkembangan fkikal (menjadikan anak lebih tinggi dan kuat), tetapi juga merangsang keupayaan minda yang dikaitkan dengan kebolehan memperoleh pendapatan lebih lumayan.

Page 16: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

• Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan, terutama kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

• Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan fokus.

Page 17: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

CONTOH MAKANAN

• Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberi kesan positif kepada fungsi otak.

• Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.

• Sarapan juga secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya.

Page 18: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

PEMILIHAN MAKANAN SARAPAN PAGI

• Pilih sarapan pagi yang sihat mengandungi serat yang tinggi, contohnya roti, bijirin, buah-buahan seperti kismis, prun dan pisang.

• Elakkan mengambil makanan yang berat terutama makanan bergoreng dan berlemak.

• Untuk mereka yang kesuntukan masa, bijirin sarapan adalah sarapan yang terbaik dan senang untuk disediakan.

• Ada pelbagai bijirin sarapan di pasaran. Ada yang mengandungi lebih gula, kurang fiber dan sebaliknya. Pilih bijirin sarapan yang mengandungi karbohidrat dan vitamin yang boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak.

Page 19: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

TIPS SARAPAN PAGI

Hidangkan sarapan yang

berkhasiat

mulakan dengan buah-buahan segar atau jus buah-buahan. Ini merupakan

pembuka selera dan pembekal

serat.

Sajikan makanan berasaskan bijirin

seperti nasi, bubur, mi, roti dan bijirin

sarapan. Hidangkan dengan sedikit daging tanpa

lemak, ikan atau telur. Roti boleh dimakan dengan

keju rendah lemak, mentega kacang

atau susu.

Susuli dengan minuman yang

berasaskan susu.

Page 20: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp
Page 21: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

PRINSIP SARAPAN PAGI BERKHASIATMakan pelbagai jenis makanandpt memastikan tubuh badan mendapat semua khasiat diperlukan. Gunakan Piramid Makanan sebagai panduan

Makan lebih buah-buahan dan sayurKebanyakan buah-buahan dan sayur mengandungi lemak yang rendah&membekalkan pelbagai jenis zat,serat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat adalah penting untuk melawaskan pembuangan najis dan dapat membantu mencegah penyakit

Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterolLemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu menyerap vitamin-vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga melazatkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan. Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak badan. Kehadiran lemak badan ini akan menyebabkan berat badan anda bertambah. Lemak yang berlebihan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti dan masalah-masalah kesihatan yang lain.

Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehariAir adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan mengeluarkan bahan sisa dari badan. Air diperlukan untuk menggantikan cecair tubuh yang hilang, terutamanya jika kita melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

Page 22: Pendidikan Kesihatan Rmt Ppt 5pismp

SEKIAN . . .