lampiran rmt 2013

Download Lampiran RMT 2013

Post on 13-Jan-2017

229 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1

    LAMPIRAN A

    Borang Permohonan RMT

    Borang Pengakuan Pendapatan Bagi Ibu/Bapa/Penjaga Yang Tiada Penyata Gaji

    Untuk Tahun (Diisi oleh Ibu/Bapa/Penjaga)

    1. MAKLUMAT MURID (a) Nama Murid : (b) Tahun/Tingkatan: .

    (c) Nama Sekolah : (d) Hubungan dengan murid: 2. MAKLUMAT IBU/BAPA

    3. MAKLUMAT PENJAGA

    (a) Nama: (a) Nama: (b) No. KP: (b) No. KP: (c) Alamat: (c) Alamat: (d) No. Telefon: (d) No. Telefon: (e) Pekerjaan: (e) Pekerjaan: (f) Pendapatan Purata Sebulan: RM (f) Pendapatan Purata Sebulan: RM 4. MAKLUMAT JUMLAH PENDAPATAN DAN TANGGUNGAN IBU DAN BAPA/PENJAGA DAN ISTERI (a) Dengan ini kami mengaku bahawa pendapatan purata bersama adalah sebanyak .. sebulan. (b) Jumlah tanggungan: .orang

    Perakuan Ibu / Bapa / Penjaga

    Peringatan Pernyataan butiran yang palsu dengan niat memperdaya atau mengelirukan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meluluskan Skim bantuan ini adalah melakukan satu kesalahan rasuah di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau silap itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000.00, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

    PERAKUAN IBU/BAPA/PENJAGA Saya telah baca peringatan di atas dan saya mengaku segala butiran yang diberi adalah benar belaka dan pendapatan yang diisytiharkan adalah pendapatan yang benar, sejajar dengan kehendak Borang Permohonan RMT dan sebarang pernyataan palsu akan mendedahkan saya kepada pendakwaan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia. Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga : Nama Ibu / Bapa / Penjaga : No.K/P : Alamat : Tarikh :

  • 2

    LAMPIRAN B

    PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

    TAHUN ........................

    JPN:.........................................................................

    BIL JPN/PPD/PPG/PPDk

    BIL MURID LAYAK (A)

    *KADAR SEHARI

    (B) (RM)

    JUMLAH KEPERLUAN SETAHUN

    (C) (RM)

    (C) = (A) X (B) X 190 hari

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    JUMLAH

    *Kadar kelayakan RM1.80 bagi semenanjung dan RM2.05 bagi Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

    Disediakan oleh: (..........................................................)

    Nama : ...........................................................

    Tarikh : ...........................................................

  • 3

    LAMPIRAN C

    PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

    TAHUN ........................

    JPN:.........................................................................

    BIL JPN/PPD/PPG/PPDk

    BIL TAMBAHAN MURID LAYAK

    (A)

    *KADAR SEHARI

    (B) (RM)

    JUMLAH KEPERLUAN SETAHUN

    (C) (RM)

    (C) = (A) X (B) X 190 hari

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    JUMLAH

    *Kadar kelayakan RM1.80 bagi semenanjung dan RM2.05 bagi Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

    Disediakan oleh: (..........................................................)

    Nama : ...........................................................

    Tarikh : ...........................................................

  • 4

    KERAJAAN MALAYSIA

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    PERJANJIAN PEMBEKALAN MAKANAN BAGI RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

    PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan 20__ (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Perjanjian ini") ANTARA KERAJAAN MALAYSIA yang bagi maksud perjanjian ini diwakili oleh Sekolah......................, yang beralamat di .................................. (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Kerajaan") bagi suatu pihak DENGAN Syarikat/nama individu yang dinyatakan dalam Jadual A (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Pembekal Makanan") sebagai pihak yang satu lagi. Dalam Perjanjian ini, dimana bersesuaian, Kerajaan dan Pembekal Makanan kemudian daripada ini boleh disebut secara perseorangan sebagai "Pihak" dan secara bersama sebagai "Pihak-Pihak". BAHAWASANYA Kerajaan telah menawarkan perkhidmatan yang dinyatakan dalam Pesanan Kerajaan dalam Lampiran A (kemudian daripada ini dirujuk sebagai Perkhidmatan) dan Pembekal Makanan telah bersetuju untuk melaksanakan Perkhidmatan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini. PIHAK-PIHAK TELAH BERSETUJU seperti yang berikut: 1. TAKRIF, TAFSIRAN DAN KESELURUHAN PERJANJIAN

    1.1 Takrif

    Dalam Perjanjian ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki sebaliknya dan jika digunakan dalam atau berkenaan dengan Perjanjian ini, perkataan-perkataan di bawah hendaklah mempunyai makna yang diberikan seperti berikut:

    Kerajaan ertinya Kerajaan Malaysia dan termasuklah

    (a) Kementerian Pelajaran Malaysia;

  • 5

    (b) Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia; (c) mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Negeri,

    Bahagian, Pejabat, Lembaga, Sektor, Unit, Institusi Pendidikan Guru, Pusat Kokurikulum, Pusat Matrikulasi, agensi atau sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkenaan dalam Perjanjian ini; atau

    (d) mana-mana Ketua Jabatan, Guru Besar, Pengetua, guru,

    pegawai atau kakitangan atau agen Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Negeri, Bahagian, Pejabat, Lembaga, Sektor, Unit, Institut Pendidikan Guru, Pusat Kokurikulum, Pusat Matrikulasi, agensi atau sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkenaan dalam Perjanjian ini dan diberi kuasa oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia;

    Pembekal Makanan ertinya syarikat atau individu yang dinyatakan dalam Jadual A dan termasuk wakilnya yang diberi kuasa, waris, pentadbir, agen, penerima serah hak, pegawai, kakitangan, Pembekal Makanan, subkontraktor, pekhidmat dan Pekerja;

    makanan bermasak ertinya apa-apa makanan, minuman, bahan makanan, bahan mentah, perasa atau ramuan yang berkenaan dengan Perkhidmatan dan termasuklah yang

    (a) beku, basah atau kering;

    (b) dalam bentuk pepejal atau cecair;

    (c) sedang, telah atau belum diproses;

    (d) disajikan, disediakan atau dipamerkan;

    (e) sedang atau telah dimasak;

    (f) diangkut, dilindungi atau disimpan;

    (g) dilupuskan atau dibuang; atau

    (h) diuji, dimakan atau dirasai,

    mengikut mana yang berkenaan;

    maklumat sulitertinya segala maklumat, sama ada teknikal dan bukan teknikal yang tidak hanya terhad kepada penyiaran multimedia yang terdiri dari data, video dan suara yang dibekalkan oleh sesuatu Pihak kepada Pihak yang satu lagi bagi tujuan Perjanjian ini dan juga segala maklumat yang terbit dari situ selagi dan setakat Pembekal

  • 6

    Makanan yang mana pengetahuan atau maklumat tersebut yang pada ketika ianya didedahkan belum menjadi urusan awam;

    Pekerja ertinya mana-mana orang yang diambil bekerja secara tetap, sementara, kontrak oleh Pembekal Makanan atau bagi pihak Pembekal Makanan untuk melaksanakan Perkhidmatan di Premis dan termasuklah Pembekal Makanan;

    peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan ertinya apa-apa peralatan atau alat kelengkapan yang digunakan bagi maksud Perkhidmatan dan termasuklah pakaian, apron, penutup kepala, penutup mulut, sarung tangan, sudu, garpu, pinggan, cawan, gelas, piring, periuk, kuali, senduk, dapur, peti sejuk, almari, silinder gas, penyapu, tong sampah dan pisau;

    Premis ertinya tempat atau kawasan Perkhidmatan dilaksanakan seperti yang dinyatakan dalam Jadual D dan termasuklah dalam bangunan, kantin, dewan makan, kafeteria, kelas, asrama, dapur, kawasan lapang, atau tempat atau kawasan yang diarahkan oleh Kerajaan untuk pelaksanaan Perkhidmatan;

    "Perkhidmatan ertinya Perkhidmatan membekalkan makanan bermasak di Premis kepada pelajar di Premis dan mana-mana pihak yang dibenarkan oleh Kerajaan Pesanan Kerajaan dalam Lampiran A yang dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Pembekal Makanan dan mengikut Skop Perkhidmatan yang dinyatakan dalam Klausa 2; dan

    stor ertinya mana-mana ruang, kawasan, bangunan atau tempat di dalam atau di luar Premis yang digunakan untuk menyimpan atau melindungi makanan bermasak atau peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan.

    1.2 Tafsiran

    (a) Apa-apa jadual, lampiran, apendiks, dokumen, nota atau

    penerangan yang dirujuk dalam Perjanjian ini dan apa-apa pindaan, perubahan, penambahan atau modifikasi bertulis padanya hendaklah ditafsirkan dan dibaca sebagai sebahagian dari Perjanjian ini;

    (b) Rujukan kepada Klausa atau Fasal hendaklah bermaksud rujukan

    kepada Klausa-Klausa atau Fasal-Fasal dalam Perjanjian ini; (c) Semua rujukan terhadap peruntukan-peruntukan dalam apa-apa

    Akta, Peraturan-Peraturan, Kaedah-Kaedah, Enakmen, Ordinan, undang-undang, Undang-Undang Kecil, Perintah, Arahan Keselamatan Kerajaan, Arahan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan, Arahan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan dan lain-lain Arahan Kerajaan hendaklah termasuk peruntukan

  • 7

    dipinda, dipotong, digantikan, diubah, dicetak semula atau digubal semula;

    (d) Penyataan "Perjanjian", Kontrak atau penyataan lain yang sama

    hendaklah mengandungi klausa yang terkandung dalam Perjanjian ini dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan, penambahan atau modifikasi dan perjanjian tamba