risalah pusat islam ums bil.3/2018 · 2018. 8. 23. · risalah pusat islam ums bil.3/2018 penasihat...

3
RISALAH PUSAT ISLAM UMS BIL.3/2018 PENASIHAT : PROF. MADYA DR. MUHAMAD SUHAIMI TAAT EDITOR : i) USTAZAH NOORISAH TALJID ii) USTAZAH KARTINI MAIL @ ISMAIL M/S 1: Sidang Editor M/S 2 : Gambar Program Korban UMS SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA DAN IBADAH KORBAN 1439H/2018M

Upload: others

Post on 19-Mar-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RISALAH PUSAT ISLAM UMS BIL.3/2018 · 2018. 8. 23. · risalah pusat islam ums bil.3/2018 penasihat : prof. madya dr. muhamad suhaimi taat editor : i) ustazah noorisah taljid ii)

RISALAH PUSAT ISLAM UMS BIL.3/2018

PENASIHAT : PROF. MADYA DR. MUHAMAD SUHAIMI TAAT

EDITOR : i) USTAZAH NOORISAH TALJID

ii) USTAZAH KARTINI MAIL @ ISMAIL

M/S 1: Sidang Editor

M/S 2 : Gambar Program Korban UMS

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA DAN IBADAH KORBAN 1439H/2018M

Page 2: RISALAH PUSAT ISLAM UMS BIL.3/2018 · 2018. 8. 23. · risalah pusat islam ums bil.3/2018 penasihat : prof. madya dr. muhamad suhaimi taat editor : i) ustazah noorisah taljid ii)

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak

sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai

kepadaNYA ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari

kamu…”

23HB OGOS 2018|11 ZULHIJJAH 1439H

Page 3: RISALAH PUSAT ISLAM UMS BIL.3/2018 · 2018. 8. 23. · risalah pusat islam ums bil.3/2018 penasihat : prof. madya dr. muhamad suhaimi taat editor : i) ustazah noorisah taljid ii)

PENGENALAN TARANUM AL-QURAN

Taranum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu arannama, yatarannamu, taranum yang membawa maksud berdendang

atau menyanyi. Dr. Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan taranum ini ialah ran-

nama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik”. Taranum adalah suatu ilmu atau

kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu.

Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.

Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.

Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.

SEJARAH TARANUM

Sejarah telah mencatatkan bahawa, al-Quran diturunkan sekitar tahun 610 Masihi. Pada masa tersebut Rasulullah SAW

memerintahkan umatnya membaca al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin/taranum). Terdapat bebera-

pa orang sahabat yang masyhur sebagai qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud r.a, Abu Musa Asy’ari dan ramai lagi. Pada

zaman tabiin pula muncul qari seperti Alqamah bin Qis di Kufah sekitar tahun 62 Hijrah dan Abdullah b Saib di Mekah sekitar ta-

hun 70 hijrah serta ramai lagi. Begitulah sejarah pembacaan al-Quran bertaranum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

Oleh kerana taranum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur Qurra bersepakat bahawa tidak diketahui

secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah SAW pada ketika itu. Ketika zaman keagungan Islam dahulu, cabang-

cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai pelbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu taranum juga

membangun serta mempunyai pelbagai aliran yang popular antaranya Misri (Mesir), Hijazi (Mekah dan Madinah), Iraqi, Kurdi

(sempadan Iraq dan Turki), ‘Ajami (Iran) dan lain-lain. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh

dunia ialah aliran Misri. Qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubahsuai jenis tarannum tersebut

atau lebih dikenali sebagai ilmu maqamat yang diambil daripada aliran yang asal mengikut kebudayaan mereka

serta “mengarabkannya’ untuk bacaan al-Quran.

KUTIPAN TABUNG MASJID MINGGU INI