risalah ad-deen bil.4
TRANSCRIPT
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
1/28
Terbitan Unit Penerbitan Pusat Islam Universiti Selangor BIL 4 : 2011 ( JULAI ~ OKTOBER )
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
2/28ADDEEN BIL.4 - M/S 02
Assalamualaikum Wrt. Wbt.Ahlan Wa Sahlan Ramadhan KareemSabda Rasulullah yang bermaksud :
Telah datang kepada kamu Ramadhan bulan yang membawa barakah. Allah menyelubungi kamu, lalu Dia menurunkan rahmat serta
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu. Allah SWT memperkenankan
doa dalam bulan itu. Allah juga melihat perlumbaan antara kamu dalam
bulan Ramadan dan menyampaikan kebanggaan-Nya terhadap kamu
kepada para Malaikat; oleh itu hendaklah kamu membuktikan kebaikan
kamu kepada-Nya. Sesungguhnya orang yang celaka itu ialah orang yang
dijauhkan atau yang diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmat-
Nya.
Bulan Ramadan bulan penuh keberkatan dan pengampunan.Kehadirannya amat dinantikan bagi setiap umat Islam. Ia adalah penghulu
bagi segala bulan.Dan padanya telah diturunkan Kitab al-Quran sebagai
petunjuk kepada manusia. Di antara sepuluh malam terakhir Ramadan dipilihsatu malam yang lebih baik daripa seribu bulan iaitu Lailatul Qadar. Selain
itu, bulan Ramadan juga dianggap bulan kesabaran di mana bukan sahajamenahan diri dari makan dan minum malahan mengekang hawa nafsu serta
menahan diri dari melakukan kemaksiatan dan memperelokkan amal dan
ibadah seharian. Seharusnya Ramadan dijadikan madrasah penyucian jiwa,
memandu diri serta melatih dan memantapkan jiwa agar lebih cekal dalam
melakukan amalan yang berterusan pada bulan-bulan seterusnya.
Kita menyingkap kembali peristiwa peperangan badar dan pembukaan
Kota Mekah pada ketika itu berlaku dalam bulan Ramadan. Rasulullah SAW
dan para sahabat membuktikan kecekalan, kesungguhan, keutuhan jati diridan sabar dalam menegakkan syiar Islam dan taat melaksanakan perintah-
Nya. Semoga kita dapat mencontohi keperibadian Baginda serta para sahabat
dalam usaha untuk memperbaiki amalan dan taqarrub (mendekatkan diri)
kepada Allah SWT. Sebagai permulaan, mulakan setiap hari dengan
membaca beberapa ayat al-Quran serta terjemahannya, zikrullah serta
beristighfar sambil melakukan pekerjaan. Dengan keikhlasan dan kesunggu-han, mudah-mudahan amalan kita diterima Allah, hati kita akan menjadi
tenang dan berada dalam petujuk Ilahi. Dan bertitik tolak dari sini juga kita
akan meningkatkan rasa kecintaan kepada-Nya.
Sesungguhnya mereka yang melakukan ibadah puasa dan membaca al
-Quran akan memperolehi syafaat pada hari akhirat kelak. Sebagaimana
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Puasa dan Al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada hari
kiamat. Puasa berkata : Wahai Tuhanku, aku telah daripada makan dan
minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah akumemberi syafaat kepadanya.
Al-Quran berkata : Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya dari-
pada tidur pada malam hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat
kepadanya. Maka diterimalah syafaat puasa dan al-Quran, lalu para
hamba (yang rajin berpuasa dan membaca al-Quran di dunia) masuk ke
dalam Syurga. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi al-Dunya, Al-Tabrani dan al
-Hakim daripada Abdullah ibnu Umar).
Marilah kita bersama-sama menjadikan amalan membaca al-Quran &
zikrullah sebahagian daripada budaya kehidupan. Kerana al-Quran itu suatu
mukzijat dan apabila kita jadikan al-,Quran sebagai santapan rohani, maka
jiwa kita akan ceria, hati tenang dan minda terbuka. Begitu juga akan terbuka
luas pintu kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan serta keredhaan Allah di
dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah Wassalam.
Pandu Diri, Latih Jiwa Bentengi Diri, Iman di dada..
Salam Mawaddah ([email protected])
Penaung
Datuk Dr. Rosti Bin Saruwono
PenasihatProf. Madya Hj. Zainal Abidin Bin KidamTuan Haji Mokhtar bin Haji Ridzwan
Editor
Ustazah Noor Azzah binti Mohd Yusof
PengarangUstaz Mohd Fathur Rahman bin KasdiranUstaz Abdul Rahman bin RidewanUstaz Nurdin bin DarmanUstazah Zahidah binti Muhd ZainUstazah Noor Azzah binti Mohd Yusof
Wartawan & GrafikEncik Mohd Azlizad bin Sulaiman
Edaran
Ustaz Mohd Sofyan bin Razali
Jurufoto
Encik Mohd Azlizad bin Sulaiman
Penerbit
Pusat Islam ,Universiti Selangor ,Jalan Timur Tambahan ,45600 Bestari Jaya ,
Selangor Darul Ehsan .
Tel : 03 - 3280 5059 / 5140 / 5132 / 5134Email : [email protected] : PUSAT ISLAM UNISEL
Sidang Redaksi Ad-Deen amat
mengalu-alukan sumbangan Fakulti / Institusi /
Pusat / Bahagian untuk diterbitkan diruangan
Ad-Deen. Sumbangan artikel hendaklah
berkaitan dengan urusan keilmuan dan
aktiviti universiti. Sila hantarkan
bahan - bahan tersebut kepada :
Pejabat Editor ,
Pusat Islam Unisel .
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
3/28
Syukurke hadrat Ilahiatas kurniaanNya, Ramadhan yangdinantikan telah tiba, penuh rahmat
dan maghfirah untuk kita semua man-
faatkannya selagi mana hayat ini.
Tiada siapa yang tahu mungkin esok
lusa kita kembali ke pangkuan Ilahi,
tidak sempat menemui Ramadhan
akan datang kerana roh yang berada di
dalam jasad ini bukan milik kita.
Justeru itu, mari kita rebut peluang
yang ada ini untuk memperbaiki ama-
lan seharian dan ibadah kita.
A l l a h m e n g u r n i a k a n
ganjaran yang berlipatganda bagi
umat Islam yang ikhlas dan bersung-guh-sungguh menjalani puasanya den-
gan amalan-amalan yang mulia. Se-
sungguhnya bulan Ramadhan di
dalamnya ters impan berbagai
hikmah.Jadikanlah Ramadhan kali iniyang terbaik, di mana kita bertambah
dekat dan mengingati Allah, bukan
bulan ketaatan sementara kepada
perintah-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang
beriman ! Diwajibkan ke atas
kamu berpuasa sebagaimana iadiwajibkan ke atas orang-orang
sebelum kamu ,supaya kamuberoleh taqwa
( surah al-Baqarah : 183)
Objektif atau pun sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan
Ramadhan ini ada dua keutamaan.Iaitu taqwa dan keampunan. Objektif
ini jelas disebutkan dalam maksud
a y a t 1 8 3 d a r i s u r a h
al-Baqarah.Perkataan taqwa datang
dari perkataan waqiya maknanya
memelihara. Iaitu memelihara diridari kemurkaan Allah dan hukuman-
Nya. Kerana itu perkataan taqwa
digunakan untuk menjelaskan
perbuatan melakukan sesuatu yang
diredhai Allah(halal) dan tidakmelakukan apa yang dibenci-Nya
(haram). Sewajarnya, berpuasa dapat
membantu kita memperolehi taqwa
kerana ia meletakkan kita dalam
suasana ketaatan kepada Allah.
Umar bin Abdul Aziz RA pula pernah berkata : Taqwa bukanlah
dengan berpuasa di siang hari , dan
bukan juga dengan solat pada malam
hari, bukan juga dengan kedua-
duanya sekali. Tetapi taqwa ialah
meninggalkan apa yang telahdiharamkan Allah dan melakukan apa
yang difardhukan Allah. Setelah ini
dapat dilakukan , Allah SWT akan
memberikan perkara-perkara yang
baik kepada orang itu.
Ibnu Juzayy dalam kamusistilahnya berkata dari pengenalan
tafsirnya : makna taqwa ialah takut,
berpegang teguh kepada ketaatan
terhadap Allah dan meninggalkan
derhaka terhadap-Nya. Inilah sekalian
kebaikan.
Untuk memperolehi taqwa dan
supaya tidak dilabelkan sebagai
Muslim Ramadhan , kita mesti mem- punyai keimanan yang kukuh dan
mantap berasaskan keyakinan,
memahami dengan jelas bahawa AllahPencipta alam dan kita sebagai hamba
- N y a m e n y e r a h k a n d i r i
sepenuhnya untuk tunduk dan patuhakan segala suruhan dan meninggal-
kan larangan, sebagai jalan mencapai
taqwa.
M a n a k a l a o b j e k t i f
mendapatkan keampunan , ternyatadari hadith sohih tentang Sayyidatina
Aisyah R.A yang bertanya kepada
Nabi Muhammad SAW yang
bermaksud : Ya Rasulullah,bagaimana pendapat anda seandainya
saya tahu malam jatuhnya Lailatul
Qadar itu, apakah yang harus saya
ucapkan waktu itu? Maka jawab
Nabi : Katakanlah : Ya Allah!
Sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun dan suka memaafkan,maka maafkanlah daku ini. (Riwayat
Ahmad, Ibnu Majah dan Tarmizi).
Apa yang kita lihat pada hari
ini, adalah menjadi kebiasaan bagi
sesetengah umat Islam bilamanahanya banyak beribadah serta
berbuat amal kebajikan dan berlumba-
lumba melakukan amalan sunat
tatkala bulan Ramadhan. Ianya hanya
peruba han sementar a bagi
kebanyakan dari kita. Sebaik sahaja
Syawal menjelang, semua amalan baik yang dilakukan bertukar dengan
melakukan perbuatan yang tidak
sepatutnya dalam rutin seharian
seperti masjid lengang jemaah masjid
berkurangan, yang menutup aurat
kembali membuka aurat, tidak men-jaga tatasusila.
Inilah yang dikatakan Muslim
Ramadhan dan bukan Muslim
Sejati. Jelas di sini mereka tidak
m e m a h a m i d a n m e n g h a y a t i
Ramadhan dengan sepenuhnya.
Allah SWT berfirman :
Bulan Ramadhan yangditurunkan al-Quran, sebagai
petunjuk bagi umat manusia, penjelasan bagi petunjuk dan
penentu(al-Furqan)
( Surah al-Baqarah : ayat 185)
Allah menurunkan al-Quran
pada bulan berkat ini supaya iamenjadi al-Furqan, pemisah hak dan
batil dalam semua amalan dan tinda-
kan kita sepanjang masa. Al Quran
merupakan panduan kehidupan, juga
cahaya yang menerangi akal, jiwa dan
hati manusia. Jadikanlah membaca al
-Quran al-Quran sebagai satu budaya,
bukan membaca hanya apabila
disuruh atau sekadar di bulan
Ramadhan. Sesungguhnya Al-Quran
& As-Sunnah itu adalah wasiatRasulullah SAW yang harus dipeli-
hara dan diikuti .
Firman Allah yang bermaksud :
Kami jadikan kematian dan
kehidupan untuk menguji siapakah yang terlebih baik
amalannya. Melalui Al-Quranmanusia mengetahui tujuan dan
matlamat hidupnya serta tugas-nya sebagai hamba Allah yang
memakmurkan bumi ini.(Surah al-Mulk : 2).
Oleh : Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Ridzwan
BA (HONS) Syariah & Undang-Undang Azhar CairoDip Pendidikan UKM
ADDEEN BIL.4 - M/S 03
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
4/28
Oleh : USTAZ MOHD FATHUR RAHMAN
BIN KASDIRAN
ADDEEN BIL.4 - M/S 04
Insan bertaqarrubdijanjikan ganjaran,kedudukan mulia di sisiAllah SWT. Apakah yangdimaksudkan dengan taqarrub danbagaimana iamenjanjikan kemuliaandi sisi Allah SWT ??
Diriwayatkan daripada Abu
Hurairah bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud :
Sesungguhnya Al lah berfirman:Sesiapa yang memusuhiwali-Ku (orang yang setiak e p a d a - K u ) , m a k a A k um e n g i s y t i h a r k a n p e r a n gterhadapnya. Tiada seorang pundar ipada hamba-Ku yang
bertaqarrub (beramal) kepada-Kudengan sesuatu lebih Aku cintaidaripada ia menunaikan semuayang Aku fardukan ke atasdirinya. Di samping itu, hendaklahsentiasa bertaqarrub kepada-Kudengan nawafil (ibadat sunat)sehingga aku mencintainya.Apabila Aku sudah mencintainya,nescaya jadilah Aku (seolah-olah)sebagai pendengarannya yang iamendengar dengannya; sebagai
penglihatan yang ia melihatdengannya; sebagai tangannyayang ia bertindak dengannya dansebagai kakinya yang ia berjalandengannya. Seandainya ia
memohon (sesuatu) daripada-Ku pasti akan Aku terima; dan
seandainya (pula) ia memohon perlindungan daripada-Ku pastiAku akan melindunginya. (Hadisriwayat al-Bukhari).
Taqarrub bermaksudmendekatkan diri kepada Allah
dengan sentiasa berbakti dan beramal
salih tanpa rasa malas. Allah amat
menyayangi dan memuliakan orang
sentiasa bertaqarrub kepada-Nya.
Sesungguhnya hadis ini menjelaskanpentingnya hubungan antara makhluk
(hamba) dengan Khaliqnya (tuan/
pencipta). Sebagai hamba, ia
sepatutnya patuh dan taat kepada
perintah tuannya iaitu Allah. Jika si
hamba itu patut dan taat setia, nescaya
Allah akan menyayangi dan
memuliakannya.
Jelaslah Allah amat mencintai
setiap hamba-Nya yang sentiasa patuh
dan taat kepada segala perintah-Nya
iaitu dengan mengerjakan semuaamalan wajib, malah ditambah pula
d e n g a n b e r t a q a r r u b i a i t u
memperbanyak amalan dianjurkan
syariat Islam. Orang mukmin sebegini
amat dicintai Allah serta diangkatkan
kedudukan mereka di sisi-Nyasehingga mereka sentiasa berada di
b a w a h n a u n g a n d a n
pemeliharaan-Nya.
Perjalanan manusia masih
j a u h . D u n i a s e k a d a r s a t u
persinggahan. Bak seorang musafiryang terpaksa singgah di satu
persinggahan untuk berehat setelah
penat berkelana bagi melepaskan lelah
dan untuk mengumpul kembali
bekalan dan kekuatan semangat dan
fizikal demi meneruskan lagi saki-
baki perjalanan yang masih panjang
menuju ke destinasi abadi. Begitulah
jua hakikat kembara seorang hamba di
atas muka bumi ini.Singgah seketika
mengumpulkan bekalan iman dan
taqwa untuk meneruskan perjalanan
menghadap Allah yang Esa.
S e b e n a r n y a d a l a mmendekatkan diri kepada Allah,
s e s e o r a n g i t u h e n d a k l a h
melakukannya secara berperingkat. Ia
s e m e s t i n y a d i m u l a i d e n g a n
mengerjakan amalan wajib iaitu fardu
ain mahupun fardu kifayah kemudian
barulah diikuti amalan sunat. Seperti
mana orang yang berhutang, sudah
tentu ia wajib membayar hutangnya
terlebih dulu sebelum ia memberi
derma atau sedekah.
Amalan sunat adalah amalansukarela daripada segala macam
ibadat zahir seperti membaca al-
Quran. Membaca al-Quran ini dikira
setinggi-tinggi darjat taqarrub kepada
Allah yang boleh dilakukan manusia.
Selain itu, Ibadat solat adalah
suatu perintah daripada Tuhan kepada
hamba-Nya. Banyak kelebihan,
keberka tan dan rahs ia yang
terkandung di dalam solat, malah
m e n g i r i n g i m e r e k a y a n g
mengerjakannya. Kemuliaan orangmukmin adalah pada solatnya, dan di
dalam solat terdapat segala ibadat
yang lainnya. ALLAH S.W.T
berfirman dalam Al-Quran tentang
orang-orang yang berbahagia : Iaitu
orang-orang yang beriman denganyang ghaib, mendirikan solat,
menafkahkan sebahagian rezeki yang
KAMI berikan kepada mereka.
(Surah Al-Baqarah, 2 : 3)
Setiap individu Muslimin dan
Muslimah wajib mengerjakan solat.Malah , bagi ke tua ke luarga
seharusnya memerintahkan ahli
keluarganya melakukan solat. Ibu
bapa pula wajib mengajar dan
membimbing anak melakukan ibadat
itu, seawal usia tujuh tahun. Solat
akan menjadikan seseorang sentiasa
mengingati Allah dan menghampirkan
diri dengan-Nya, sekali gus
menjadikan kehidupan seseorang itu
sentiasa berhubungan dengan
Tuhannya.
" Sesungguhnya Akulah
Allah, tiada Tuhan
melainkan aku, oleh itu,
sembahlah akan daku,
dan dirikanlah solat
untuk mengingati
daku. (Toha:14)
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
5/28
Solat adalah tanda kesyukuran
di mana manusia bersyukur atassegala nikmat dan rahmat tidak
terhingga yang Allah kurniakan
dengan melakukan ibadat kepada-
Nya. Selain itu Ibadat solat
menghapuskan dosa. Ini kerana
manusia tidak terlepas daripadamelakukan dosa dan solat lima kali
sehari dapat menghapuskan dosa yang
dilakukan. Sebagaimana satu hadisbermaksud:
"Dari Abi Hurairah r.a,
sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dansolat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosaantara jarak waktu solat-solat itu,selama dijauhinya dosa-dosabesar." (Hadis riwayat Muslim)
Solat merupakan ibadat yangpenting, unik dan istimewa kerana ia
satu ibadat yang menghubungkan
antara hamba dan pencipta-Nya iaitu
suatu perhubungan secara langsung.
Dalam kata lain, solat merupakan
talian perhubungan atau komunikasi
antara hamba dengan Allah Swt.
Sesungguhnya, solat adalah suatu
ibadat yang tidak membebankan,
kerana ia mampu dikerjakan oleh
setiap individu. Rasa dibebani atau
tidaknya bergantung kepada iman
seseorang .Seseorang yang kuatimamnya tidak akan berasa berat
untuk mengerjakan solat tetapi
sekiranya seseorang itu lemah
imamnya, ibadat solat akan berasa
berat baginya.
Adakah kualiti solatku tadi lebih
baik dari sebelumnya" Adakah
amalanku cukup sempurna di sisi
tuhan ?? adakah ku sanggup
berkorban demi agama??? Hanya
anda yang tahu jawapannya ....
Firman Allah SWT :
"Katakanlah kepada hamba-Kuyang beriman, hendaklah mereka
itu mendirika
solat." (Ibrahim:31)"Sesungguhnya berbahagia/
berjayalah orang-orang beriman.(Iaitu) mereka yang khusyuk
dalam sembahyangnya." (Al-Mukminun: 1-2)
Sumber :1. Al-Quran dan Hadis, 2.Ustaz Johari Yaman :
Bimbingan, penghayatan dan kesempurnaan solat edisi
baru, 3.Utusan Malaysia : Taqarrub kepada Allah
faktor utama kejayaan, 4.Abdul Aziz Ismail : Rahsia
solat lima waktu.
ADDEEN BIL.4 - M/S 05
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
6/28ADDEEN BIL.4 - M/S 05
Oleh : USTAZ ABD RAHMAN
BIN RIDEWAN
Mengimbau kembali laungan
merdeka tanggal 31 Ogos
1957.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!Telah hampir 54 tahun negara
kita Malaysia bebas daripada
penjajahan tanah dan kerajaan.
Tetapi adakah kitabenarbenar merdeka???....
Kemerdekaan sesebuah negara
adalah nikmat dan kurniaan yangAllah beri dan tidak semuamanusia dapat merasainya. Beraparamai umat dan bangsa yangmendiami dunia ini sejak dahulus e h i n g g a s e k a r a n g t i d a k
berhenti-henti berjuang hanyauntuk mendapatkan sesuatukemerdekaan. Segala-galanyadisekat dan dijajah termasuklahkehidupan untuk beragama dantunduk kepada Allah Taala den-
gan penuh ketenangan.
Berjihad dan berkorban jiwadan raga bagi mendapatkankemerdekaan negara dari belenggupenjajahan adalah sifat yang mulia
dan disanjung tinggi. Sebagaiumat Islam yang berhemah tinggi
kita harus menghargai pengorba-nan dan jasa pahlawan tanah airsamada yang masih hidup atau
yang telah gugur di medan
perang . Islam itu sendiri mem- bawa mesej kesejahteraan,kedamaian dan keamanan.Maksud- maksud ini semuanyamenjurus kepada kemerdekaan.
D a r i s e g i i s t i l a hk e m e r d e k a a n b e r m a k s u d
kebebasan dan kemampuanmelakukan sesuatu tanpa sekatanatau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu. Jikadiamati maksud istilah ini, maka
akan wujud percanggahan maksuddari pandangan Islam.
Seorang penyair Arab yang bernama Ahmad Syauqi berkatadalam syairnya : Kekal bangsake rana mul i a akh l aknya ,runtuhnya bangsa kerana runtuhakhlaknya
Islam amat menitikberatkankebebasan umatnya yang dapatmenyelamatkan diri dari segala bentuk tekanan, paksaan dan
penjajahan. Iaitu membebaskandiri dan pemikiran daripada
belenggu jahiliah, kekufuran,syirik, kemungkaran dan kemak-siatan yang menjurus kepadakeruntuhan akhlak dan kemurkaanAllah SWT. Kemerdekaan ataukebebasan juga bermaksudmembebaskan manusia daricengkaman kekuasaan yang tidakbenar dan zalim.
Tetapi senario yang kita berlaku hari ini, kebanyakannya
menganggap istilah merdeka itudianggap sebagai kebebasan dalamkehidupan,boleh memilih danmelakukan apa sahaja dan tidakterkongkong dengan aturan. Oleh
kerana kuatnya keinginan ini,mereka tidak lagi menghiraukanhukum agama kerana merekamenganggap agama sebagai belenggu semata.Sesungguhnya perbuatan yang menurut hawanafsu dan meninggalkan hukumagama akan menjerumuskan dirike arah kehancuran sebagaimanayang dijelaskan oleh Allah Taalad a l a m f i r m a n - N y a y a n gbermaksud :
Andaikata kebenaran itu
menurut hawa nafsu manu-
sia ,maka pasti binasalah langit
dan bumi serta semua yang ada
di dalamnya. Sebenarnya Kami
telah mendatangkan kepada
mereka peringatan (untuk)
mereka (Al-Quran) akan tetapi
mereka berpaling dari
peringatan tersebut.
(Surah Al-Mukminun :71)
Juga firman-Nya :
Dan janganlah kamu mengikutiorang yang telah Kami lalaikan
hatinya dari mengingati Kami,
serta menuruti hawa (nafsu)nya,
dan semua urusannya menjadi
rosak/buruk.
( Surah Al-Kahfi : 28)
Berdasarkan ayat-ayat diatas, maka kemerdekaan atau
kebebasan yang hakiki tidakmungkin dicapai dengan mening-galkan hukum agama bahkan
sebal iknya ini merupakankesempitan hidup dan belenggu
yang sebenarnya. Allah SWT telahmenegaskan bahawa kebahagiaandan kebebasan hidup yanh hakikihanyalah dapat dirasakan olehorang yang memberi komitmendengan agama-Nya dan patuh pada hukum-hukum syariatnya.
A l l a h S W T b e r f i r m a nmafhumnya:
Barangsiapa yang mengerjakanamal soleh, baik lelaki mahupun
perempuan dalam keadaan
beriman, maka sesungguhnya
akan Kami berikan kepadanya
kehidupan yang baik (di dunia),
dan sesungguhnya akan Kami
berikan balasan kepada mereka
(di akhirat) dengan pahala yang
lebih baik dari apa yang telah
mereka kerjakan.
( Surah An-Nahl: 97).
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
7/28ADDEEN BIL.4 - M/S 06
Para ulama salaf menafsirkan
makna Kehidupan yang baik (didunia) dalam ayat di atas dengankebahagiaan (hidup) ataurezeki
yang halal dan baik dan kebaikan-kebaikan lainnya yang mencakupi
semua kesenangan hidup yanghakik i . (Lihat Ta fs ir Ibnu
K a t s i r , 2 / 7 7 2 ) . S e b a g a i -
mana Taala menjadikan kelapangandada dan ketenangan jiwa dalammenerima syariat Islam merupakanciri orang yang mendapat petunjuk
dari-Nya, dan kesempitan sertaterbelenggunya jiwa merupakan pertanda orang yang tersesat dari jalan-Nya. Allah Subhanahu waTaala berfirman :
Barangsiapa yang Allah
menghendaki akan memberikan
kepadanya petunjuk, nescaya Dia
melapangkan dadanya untuk
(menerima agama) Islam. Dan
barangsiapa yang dikehendaki
Allah kesesatannya, nescaya Allah
menjadikan dadanya sesak lagi
sempit, seolah-olah ia sedang
mendaki ke langit. Begitulah Allah
menimpakan keburukan/seksaan
kepada orang-orang yang tidak
beriman.
(Surah Al-Anaam: 125).Oleh yang demikian, melepas-
kan diri dari aturan-aturan agamaIslam dengan alasan mencarikebebasan bererti menjerumuskandiri ke dalam penjara hawa nafsudan belenggu syaitan yang akan
mengakibatkan kesengsaraan dan penderitaan berpanjangan di dunia
dan akhirat.
S y a i k h u l I s l a m I b n uTaimiyyah mengungkapkan hal inidengan bahasa yang indah dalam
ucapan beliau:Orang yang dipen- jara adalah orang yang terpenjara(terhalang) hatinya dari Rabb-nya
(Allah) Subhanahu wa Taala, danorang yang tertawan (terbelenggu)adalah orang yang ditawan olehhawa nafsunya. (Dinukil olehimam Ibnul Qayyim dalam kitab
Al-Waabilush shayyib minal
kalimith thayyib, hal. 67).
Justeru itu, hendaklah kitasentiasa berazam untuk membebas-kan diri dari sifat-sifat yang
meruntuhkan kewibawaan manusia
dan menyelamatkan diri dariterpenjara oleh arahan nafsu dan
hasutan syaitan. Sentiasalah kitamemohon keampunan daripadaAllah Taala agar mendapatkeredhaan-Nya dan terlepas dariseksaan api neraka. Inilah erti dan
nilai kemerdekaan yang sebenar
yang diajarkan oleh Islam.
Bagi mengisi kemerdekaan inimaka kita perlu kembali kepada
Islam yang terbukti hebat dan adildalam memuliakan generasi sebelumkedatangan penjajah. Mengingatkembali ungkapan Sayyidina Umaral-Khottob ketika mahu menerimakunci Baitul Maqdis dari Romsebagai lambang kemerdekaandengan katanya yang bermaksud : Kita merupakan suatu bangsa yangdimuliakan oleh Allah dengan Islam.Maka selagi mana kita mencarikemuliaan selain dari Islam yangtelah memuliakan kita, maka selagiitulah kita akan dihina oleh Allah.
Hayatilah erti kemerdekaansebagaimana yang pernah diucapkanoleh panglima Islam Rubie binUmair ketika menjawab pertanyaan
panglima Farsi iaitu Rastammengenai tentera Islam mahumemerdekakan Farsi, di manakatanya dengan tegas : Allahmengutuskan kami (orang-orangIslam) untuk memerdekakan sesiapayang mahu di kalangan manusiadaripada perhambaan sesama
manusia kepada perhambaan dirihanya kepada Allah, memerdekakan
manusia daripada sistem ciptaanmanusia yang zalim kepada sistem
Islam yang adil, memerdekakanmanusia daripada pandangankehidupan dunia yang sempit
kepada keluasan hidup dunia danakhirat. Lihatlah sekeliling kita,adakah kita telah merdeka? Jikaianya benar, marilah kita bergerakmencapai kemerdekaan yanghakiki !!! Menjadi hamba Allahyang sejati
Rujukan :
~Islam dan Kebebasan, Ustaz Abdullah binTaslim al-Buthani
~Sistem Masyarakat Islam dalam Al-Quran
& As-Sunnah, Dr. Yusof Qardhawihttp://www.al-azim.com
http:// khutbahku.blogspot.com
PESAKA MERDEKA
Bergalang Tanah Bergadai Pesaka
Rebah Bangun Lintang Tiarap
Terlentang Minum Embun
Meniarap Makan Tanah
Bumi Pertiwiku Tetap diperjuang
Maruah Agama Setia digalas dipertahanMaruah Bangsa dan negara
Dikandung Badan Demi Kedaulatan
Negara Merdeka
Merdeka dari Penjajahan
Minda yang menjarahMerdeka dari Perhambaan
Ekonomi yang Memerah
Merdeka dari Penindasan
Politik yang Serakah
Tanahairku Mesti bangkit
Mendongak Dagu majuMembina Masa Depan
Gemilang dan Maju Membina Negara
Munajat Redha dan Restu
Aku , Engkau , Kamu Adalah
Anak Merdeka...Ayuuuuuh !
Tuntutlah Ilmu Binalah Jiwa
Jangan Alpa Usah LekaAmanah Ummah Merdeka
Adalah dibahu Kita
Amanah Negara Merdeka
Adalah dibahu Kita
Amanah Nusa Bangsa
Adalah dibahu Kita
Merdekalah Jiwa Merdekalah Minda
Merdekalah Bangsa Merdekalah Negara
Merdekalah Kita
Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
Atas Lebar HamparanTanah Tumpah Air Insan
Merekah Bumi Gersang
Tandus Nilai Kasih Sayang
Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
Menebus Maruah Balar Tercalar
Angkara Haiwan Berpangkat Bergelar
Dada dirobek Jantung dikelar
Bahasa diherdik Sesuku Ajar
Penguasa Membidik Bohong di Layar
Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?
http://www.al-azim.com/http://www.al-azim.com/http://www.al-azim.com/ -
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
8/28
NUZUL AL-QURAN
Sesungguhnya Al-Quran adalah wahyuIlahi dan Kitab yang terakhir diturunkanpaling unggul dan sempurna jikadibandingkan dengan Kitab-kitab sebelumnya.Ia menjadi petunjuk kepada manusia danmenjadi pemisah antara kebenaran dankebatilan serta menyelamatkan manusia darikesesatan. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlakupada malam 17 Ramadhan tahun ke-41daripada keputeraan nabi Muhammad SAW.
Perkataan Nuzul bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah. Oleh yangdemikian Nuzul Al-Quran itu menjelaskantentang penurunan Al-Quran ke atas BagindaRasulullah SAW sebagai petunjuk kepadaumat manusia sejagat.
Allah SWT telah menurunkan al-Quransebagai satu mukjizat yang membuktikankerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dankewujudan Allah SWT dengan segala
sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamal-kannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satukitab panduan hidup manusia dan rujukanutama di samping sunnah Rasulullah.Al-Quran bererti bacaan atau himpunan.
Di dalamnya terhimpun ayat yangmenjelaskan pelbagai perkara meliputi soaltauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains,teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran,
sering dicantumkan dengan rangkai kataAl-Quran mukjizat akhir zaman atauAl-Quran yang mempunyai mukjizat. Malahinilah sebenarnya kelebihan Al-Quran tidakada satu perkara pun yang dikecualikan atautertinggal di dalam Al-Quran. Dengan lainperkataan segalanya terdapat di dalam
Al-Quran. Al-Quran adalah hidayah, rahmat,syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagimanusia.. Segala isi kandungan Al-Quran itu
benar. Al-Quran juga dikenali sebagai An-Nur
bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antarayang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksudyang memberi peringatan.
Hal ini telah dijelaskan dalam dalildalildaripada al-Quran:
1- Ayat 15-16 surah al-Maidah yang bermaksud : Sesungguhnya telahdatang kepada kamu cahaya (NabiMuhammad) dari Allah dan kitab yangmenerangkan (al-Quran). Dengankitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya
ke jalan keselamatan, (dan dengankitab itu pula) Allah mengeluarkanorang-orang itu dari kegelapankepada cahaya yang terang benderangdengan izin-Nya dan menunjukimereka ke jalan yang lurus.
2- Maksud ayat 9 surah al-Hadid menyatakan bahawa : Dialah (Allah) yangmenurunkan kepada hamba-Nya
(Muhammad) ayat-ayat yang terang(al-Quran) supaya Dia mengeluarkankamu dari kegelapan kepada cahaya(Islam).
Jelas dari keterangan kedua-dua ayat di
atas menunjukkan bahawa fungsi sebenar
penurunan al-Quran ke atas manusia, tidak
lain adalah untuk menyelamatkan mereka dari
terus berada dalam kegelapan dunia yangterpaksa meraba-raba serta tanpa hala tuju
hidup yang jelas dan sempurna kepada cahaya
Islam, tidak cukup dengan itu, Allah SWT
melalui KitabNya itu bertujuan untuk memim-
pin mereka ke jalan yang benar dengan
memberikan kepada mereka petunjuk
kebenaran agar mereka ditempatkan ke dalam
syurga di akhirat kelak.
ADDEEN BIL.4 - M/S 07
Oleh : USTAZ FATHUR RAHMAN
BIN KASDIRAN
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
9/28ADDEEN BIL.4 - M/S 08
LAILATUL QADAR
Firman Allah SWT yangbermaksud :
Sesungguhnya Kamitelah menurunkan(Al-Quran) ini padaMalam Lailatul Qadar.
Dan tahukah kamuapakah Lailatul Qadaritu? Lailatul Qadar itulebih baik daripada seribubulan. Pada malam ituturun malaikat-malaikatdan malaikat Jibrildengan izin Tuhan merekauntuk mengatur segalaurusan. Malam itu(penuh) kesejahteraanhingga terbit
fajar(Surah Al-Qard : 1-5)
Melalui firman AllahSWT seperti yang dinyatakan diatas menjelaskan hubungkait-nya penurunan Al-Quran sertakehebatan Kitab-Nya dankemuliaan malam yang disebutsebagai Lailatul Qadar. Padahari tersebut Jibrail telahdatang kepada Rasulullah buatkali pertama membawaperutusan iqra (SurahAl-Alaq). Dalam sejarahkehidupan Nabi SAW ayatal-Quran yang mula-muladiturunkan Allah kepada NabiMuhammad SAW melaluiperantaraan malaikat Jibrailialah lima ayat pertama dari-pada surah Al-Alaq yang ber-maksudnya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan namaTuhan mu yang menciptakan(sekalian makhluk), Ia mencip-takan manusia dari sebukudarah beku; Bacalah, danTuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajarmanusia melalui pena dantulisan, -Ia mengajarkanmanusia apa yang tidakdiketahuinya. (al-alaq:1-5) .
Penurunan Al-Quran didahuluikalimah iqra iaitu bacalah Dimana membaca itu adalahkunci kepada penerokaan ilmu.
L a i l a t u l Q a d a rmerupakan satu malam didalam bulan Ramadhan yangdianugerahkan kepada umatNabi Muhammad SAW iaitumalam penuh keberkatankebiasaannya berlaku padamalam 10 terakhir Ramadhan.
Barangsiapa yang melaksana-kan ibadah dengan penuhk e i m a n a n d i a k h i r10 Ramadhan, dia akan berpeluang untuk menemuiLailatul Qadar. Komitmen kearah itu hendaklah dimulakansejak awal Ramadhan lagi.
Umat Islam digalakkanmelakukan Qiamullaildengan beriktikaf di masjid-masjid
pada malam-malam 10 terakhirkerana mengikut sunnah NabiMuhammad SAW. Kalimah itikaf bermaksud berhentiatau duduk di dalam masjiddalam jangka waktu yangditentukan dengan niat untukmelakukan amal ibadah sepertisolat-solat sunat, zikrullah,istighfar, tilawah Al-Quran dandoa.
Ini menjadikan amalankita pada malam tersebutseolah-olah beramal ibadahselama 1ooo bulan bersamaandengan 83 tahun 4 bulan. Padamalam itu juga para malaikatrahmat turun beramai-ramaidiketuai oleh Jibrail membawa
segala rahmat dan keberkatan .Malam itu juga Allahmentaqdirkan segala urusan ,rezeki , ajal dan ketentuansegala perkara lalu diserahkankepada para malaikat.
Para Ulama menyatakan bahawa malam-malam yang bermungkinan sebagai malamal-Qadar adalah malam-malamganjil iaitu malam 21, 23, 25,27 dan 29 bulan Ramadhan.Masa berlakunya LailatulQadar adalah rahsia Allah SWT
supaya setiap umat menghayati10 malam yang terakhirRamadhan dengan amal ibadatdan taqarrub (mendekatkandiri) kepada Allah.
Penutup
Peristiwa penurunan A l-Q ur an me n gan dun gihikmah kepada umat manusia. Al-Quran sebagai pedoman
kehidupan dan tersimpanpelbagai rahsia ilmu pengeta-huan untuk dianalisa, dikajidan diselidiki dan seterusnyamemajukan umat Islam sertamembebaskan mereka dari belenggu kelemahan danpenghinaan orang kafir. UmatIslam juga perlu memperting-katkan amalan dan ibadahdalam meraih keredhaan-Nyapada malam al-Qadar yangpenuh keberkatan.
Setiap individu Muslimsangat dituntut untuk mencaridan mendapatkan kelebihanLailatul Qadar. Ianya menjadisunnah nabi Muhammad SAWdan rebutan salafussoleh untukmendekatkan diri kepada Allah. Semoga Ramadhan kaliini dapat melatih dan mendidiksekaligus merubah diri kitakepada suka membaca,mengkaji serta beramal dengan Al-Quran serta meningkatkanrasa ketaqwaan dan lebihmendekati-Nya..
Amin Ya Rabb..
Sumber : 1.Al-Quran, 2.Majalah S o l u s i : T a f s i r S u r a hal-Qadr ,oleh :Ustaz Zahazan , 3.
Ustaz Zain Hashim : Muslim dan Al-Q u r a n , 4 . h t t p : / / h a -laqah.net :Penurunan Al-Quran
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
10/28
Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE
MUHD ZAIN
ADDEEN BIL.4 - M/S 09
Duit! Duit!Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tersepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri..............
Teringat lagu duit yang pernah
diputarkan di radio pada zaman 90an
yang cukup terkenal dengan penyanyi
M.Nasir dan Hattan. Duit bukanlah segala-
galanya tetapi hampir segala-galanya
memerlukan duit. Mama, RM 50 mana
la cukup nak beli barang. Nak beli nasi
ayam pun RM 4 belum lagi campur air
RM 2 ....Belum lagi sarapan pagi,
makanan tengah hari dan malam...tak
cukup tu....!!!!!!! !
Duit oh duit !!!!!!!! Itu belum lagi
bila tiba musim perayaan....sebelum
menjelang raya, kaum wanita terutamanya
yang para isteri dan para ibu sudah sibuk
menyiapkan senarai barang-barang raya.
Dua tiga bulan sebelum raya dah mula
window shopping. Panjanglah senarai
barang-barang yang hendak ditukar
daripada hiasan dalaman rumah seperti
sofa, langsir sehinggalah kepada
pengubahsuaian rumah..Mulalah para
suami dan bapa mengeluh panjang,
menggeleng kepala.......
Dulunya menjadi seorang pelajar
senang untuk meminta duit dari ibu
ayah.Bila dah berarah ke peringkat alam
pekerjaan bermulalah episod berdikari
dengan duit sendiri..Duit senang dicari,
senang dibelanja tapi susah untuk dijadikan
simpanan. Itulah realiti yang berlaku bagi
sesiapa yang baru mula berkerja.
Kos kehidupan semakin harisemakin meningkat. Ada sahaja barangan
keperluan harganya dinaikkan gara-gara
kenaikkan harga petrol. Ada orang berasa
selesa kalau setiap masa ada RM 50 di
poketnya, ada yang selesa dengan RM 100
di poket.Yang nyata , ada ringgit di dalam
poket menimbulkan rasa senang, ke mana
pun pergi tidak ada masalah.Pendek kata,
poket penuh, hati senang, hidup
tenang !!!!!.
Yang menjadi masalah ialah
apabila tiada duit di poket. Mulalah rasa
gelisah, cuak, pikir pasal hutang
terutamanya bila tiba di hujung bulan. Pada
asalnya ada RM 100 alih-alih tinggal RM
50 je..Bak kata orang ..bajet sudah lari.
Tepuk dada jangan tanya seleratetapi tanyalah iman. Jangan
sampai bagaikan tercekik
tulang menanggung beban
hutang, ( Mahdzir Md.Isa,
2010, p.71 )
Wang umpama baja; anda perlu
mengagihkannya untuk mendapat
pulangan yang lebih lumayan, (AKPK)
Justeru, bagi mengelak masalah
bajet lari, perbelanjaan perlu dilihat
kepada keutamaan yang mana keperluan
sampingan masih boleh ditangguhkan,
maka tangguhkan ia sehingga ada wang
lebihan. Beli mana yang penting
dahulu.....Ibarat pepatah Melayu, ingat
sebelum kena, jimat sebelum habis. Sebaik
-baiknya berhemah dalam perbelanjaan dan
jangan terburu nafsu kerana kita tidak tahu
apa menanti di hadapan dan keadaan
semakin sukar jika dalam keadaan
mendesak, tiada wang simpanan untuk
digunakan.
Dalam Islam, kita digalakkan berbelanja berasaskan beberapa kaedah
iaitu barangan yang dibeli adalah barangan
keperluan yang menjadi keutamaan. Kedua,
perbelanjaan yang dilakukan tidak
berlebihan-lebihan dengan kata lain tidak
boros. Firman Allah SWT dalam Surah
Al-Isra ayat 26-27 yang bermaksud:
Dan berikanlah kepada kerabatmu,
dan orang miskin serta orang
musafir akan haknya masing
-masing; dan janganlah
engkau membelanjakan
hartamu dengan boros yang
melampau. Sesungguhnya
orang yang boros itu adalah
saudara syaitan, sedang
syaitan itu makhluk yang
sangat kufur kepadaTuhannya.
Tidak salah untuk berbelanja untuk
barangan keperluan mahupun membeli-
belah ketika musim jualan murah ataupun
musim perayaan. In kerana, Islam sama
sekali tidak menghalang pengguna daripada
berbelanja tetapi mereka diajar tatacara
berbelanja supaya tidak berlebih-lebihan
atau boros. Sikap penting yang perlu
diamalkan ketika berbelanja ialah sentiasa
sederhana, elakkan pembaziran dan tidak
membeli sesuatu yang diharamkan.
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
11/28ADDEEN BIL.4 - M/S 10
Bagaimana saya boleh bercermat
atau berjimat?
Terdapat banyak cara untuk hidup dengan
duit yang sedikit dan di bawah adalah
beberapa tips yang dapat membantu anda
berhemat dengan wang ringgit anda:
Kurangkan perbelanjaan
harian anda dan rangka perbelanjaan-
sebelum anda membeli sesuatu, tanya diri
anda:
1. A d a k a h s a y a b e t u l -
betulperlukan ini?
2. Bolehkah saya mendapatnya di
tempat lain pada harga yang lebihmurah?
3. Bolehkah saya mendapatnya
secarapercuma?
Simpan sebelum belanja -
Setiap kali mendapat gaji
bulanan, apa yang perlu
diutamakan dulu ialah
m e m b u a t s i m p a n a n
kemudian barulah digunakan
untuk tujuan pembayaran
hutang dan perbelanjaan.
Namun, sering kali ramai
golongan muda apabila
menerima saja duit gaji, ia
terus digunakan untuk
membayar hutang dan
b e r b e l a n j a s e h i n g g a
simpanan dilupakan atau
simpanan dilakukan apabila
mempunyai lebihan wang.
Kurangkan penggunaan
tutup semua lampu apabila
tidak digunakan dan gunakan
lampu yang jimat tenaga,
kurangkan penggunaan hawa
dingin, basuh pakaian dengan
muatan penuh dan keringkan
pakaian di luar (daripada
m e n g g u n a k a n m e s i n
pengering) dan tutup semua
alatan elektrik apabila tidak
digunakan.
Guna semula atau Kitar
semula jika boleh, jadikan
sampah anda baja (yang
boleh digunakan untuk
menanam sayur anda
sendiri!), usahakan kebun
sayur dan tukarkan sampah
anda kepada duit! Perabot
yang lama diubah suai
menjadi baru seperti catsemula ataupun jadikan meja
besar lama kepada meja
t u l l i s . A n d a b o l e h
menggunakan kreativiti
ataupun idea baru untuk kitar
semula barangan.
Jadikan barang bertahan
lebih lama perbaiki
pakaian, kasut digam semula
dan baiki barang sebelum ia
tidak boleh dibaiki lagi.
Cari barang pengganti yang
lebih murah beli jenama
umum yang perlu mahal-
mahal , membeli-belah
semasa ada jualan murah,
ataupun menyewa lebih baik
daripada membeli !!!!!
Mencuba dahulu tidak
salah anda mencuba dahulu
sesuatu produk yang lebih
murah harganya dan
bandingkan dengan produk
anda gunakan selama ini.
Bak kata orang barang
murah tidak semestinya tidak
berkualiti.
Tawar menawar pilih
kedai atau pasaraya yang
menjual potongan harga
murah .Anda juga perlu bijak
memil ih barang dan
melakukan tawar menawar
sebelum berbelanja.
Prihatin dengan barangan
andaBila berbelanja dalam
jumlah yang banyak pastikan
anda menyusun barangan
yang baru dibeli dengan rapi.
Ketahui berapa jenis barang
dan berapa bungkus yang ada
supaya tidak tertinggal atau
bercampur dengan barangan
orang lain.
1. Kurangkan penggunaan kad
kredit kurangkan kad kredit
l e b i h k a n u t a m a w a n g
tunai.Gunakan kad hanya jikakeadaan terpaksa.
(Dipetik dari sumber Agensi Kaunselingdan Pengurusan Kredit (AKPK) danBerita Harian)
Berbelanjalah dengan penuhhemat dan berjimat.Kita perlu ingat,setiap perbelanjaan yang dapat dijimatkan
pada hari ini amat penting untuk masa
depan. Jadilah pengguna bijak dan berhemah dijelaskan dalam firman Allahyang bermaksud:
Dan juga mereka (yangdiredai Allah itu ialah)
y a n g a p a b i l amembelanjakan hartanya,
tiadalah melampaui batasdan tiada bakhil kedekut;d a n ( s e b a l i k n y a )
perbelanjaan merekaadalah betul sederhana
antara kedua-dua cara(boros dan bakhil)
i t u . ( S u r a h a l - Furqan,ayat 67)
Marilah kita renungkan dan
ingatlah bahawa setiap apa yanng kita
belanjakan, pasti ia adalah untuk
mendapatkan keredhaan Allah............
Sumber :Mohd Shukri Hanapi (21/1/2011) Islam
utamakan belanja secara berhemah,
bukan ikut nafsu. Berita Harian Alzahrin Alias ( 12/3/2011) Tip belanja
berhemah, elak jadi hamba duit. BeritaHarian
Agensi Kaunseling dan PengurusanKredit .Hidup dengan duit yang sedikit.http://www.akpk.org.my
http://www.akpk.org.my/http://www.akpk.org.my/http://www.akpk.org.my/ -
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
12/28ADDEEN BIL.4 - M/S 11
Penganjuran Training of Trainer
untuk Program Anda BijakJauhi Zinaadalah khusus untukStaf HEP Kampus Bestari Jaya dan
Shah Alam bagi menjayakan kempen
amar makruf dan nahi mungkar,
mencegah lebih baik dari
mengubati.
Program latihan ini telah berlangsung pada
23- 24 Mac 2011(rabu & Khamis) bertempat di Bilik
Syura Pusat Islam,Unisel. Seramai 17 peserta terlibat
dalam latihan tersebut. Puan Yusnani daripada
Raudatus Sakinah Master Training & Consultancy telah
berkongsi tentang visi dan misi kepada para peserta.
Seterusnya Bro. Mohd Syamil Yusuff mengendalikan
bengkel kemahiran penggunaan dan membina bahan
bermultimedia di dalam persembahan ABJZ;Sony Vegas.
Pada hari kedua latihan para peserta telah didedahkan
bagaimana membina bahan multimedia menggunakan
Powerpoint 2007 dan penggunaannya dalam program ABJZ.
Slot diteruskan dengan pembentangan Modul ABJZ kepada
para peserta. Program latihan ini berakhir jam 7.00petang.
Kuliah Maghrib dijalankan pada setiap hari
bermula pada 25hb Mei 2011. Tajuk kuliah yang
disampaikan berkaitan dengan Bimbingan Al-Quran
dibawah kelolaan Ustaz Abd. Rahman Bin Ridewan,
manakala Kekeluargaan Islam( Tn. Hj. Mokhtar Bin Hj.
Ridzwan), topik Imam Muda( Ustaz Mohd Fathur
Rahman B. Kasdiran) dan Ustaz Sofyan Razali bagi bab
Fathul Qarib . Slaid powerpoint sebagai bahan
bantu penyampaian lebih berkesan.
Pusat Islam Universiti Selangor
dengan kerjasama pihak Lembaga Zakat
Selangor telah menganjurkan sesi kaunter
bergerak zakat kepada warga Unisel pada
6hb 2011( Jumaat) bersamaan 2
Jamadilakhir 1432H bertempat di hadapan
Masjid Umar Abd. Aziz, Unisel.
Kaunter mula dibuka jam 11.00 pagi
dan berakhir pada jam 3.00 petang.
Program ini merupakan inisiatif yang
baik, membuka peluang kepada warga
Unisel menjelaskan zakat pendapatan juga
boleh mengajukan apa jua pertanyaan atau
kemusykilan berkaitan zakat.
( Gambar Disebelah )
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
13/28ADDEEN BIL.4 - M/S 12
Judul Buku : Indahnya Hidup Bersyariat
(Modul Fardhu Diri, Keluarga &
Masyarakat Sepanjang Hayat
Pengarang : Dato Ismail Kamus & Mohd
Azrul Azlen Ab. HamidTerbitan : Telaga Biru Sdn. Bhd. (2009)
Alhamdulillah, kali ini kita akan berkongsi maklumat satu lagi judul buku yang saya kira ianya sebagai ensiklopedia asas
bagi setiap individu. Buku ini juga sesuai untuk panduan asas bagi seisi keluarga, merupakan sebuah buku fardhu ain dan fardhu
kifayah yang disusun mengikut tahap perkembangan individu dari peringkat kanak-kanak,alam remaja,dewasa, hidup berkeluarga,muamalat, bermasyarakat dan akhirnya menghadapi kematian. Saya sukakan buku ini kerana pendekatan yang digunakan lebih
berkesan dan mudah difahami. Di mana sebahagian teks disampaikan dalam bentuk rajah, carta, peta minda dan jadual. Juga
disertakan gambar-gambar berkaitan teknik tayamum, solat dan solat orang sakit, cara memandikan dan mengkafankan jenazah, cara
pemakaian ihram, gambar susunan imam dan makmum dan pelbagai lagi berkaitan dengan isi kandungan yang dibincangkan.
Manakala persembahan buku menarik dan bewarna-warni.
Buku ini boleh digunakan sebagai modul dalam halaqah keluarga. Isi kandungannya terdiri daripada 7 bab dan 308 halamankesemuanya , iaitu : Bab 1 : Syariat Kelahiran, Bab 2 : Pendidikan Awal Kanak-kanak , Bab 3 : Syariat Berkaitan Remaja , Bab 4 :
Fardu Ain Asas , Bab 5 : Munakahat (Hukum Perkahwinan), Bab 6 : Syariat Dalam Bermasyarakat dan Bab 7 : Syariat Sunat
Harian Sepanjang Masa. Setiap bab mengandungi sub topik dan dibahaskan lebih jelas. Selain itu, turut dimuatkan adalah adab
berdoa, amalan membaca al-Quran, istighfar, selawat dan zikir serta himpunan doa dan zikir untuk amalan seharian juga mengubati
penyakit. Keseluruhannya, anda wajar untuk memiliki buku ini. Memang berbaloi, anda beli pasti tidak rugi!!...
Oleh : USTAZAH ZAHIDAH BTE
MUHD ZAIN
COOKIES, CHOC & CRAFT FELT
Pihak kami menerima tempahan coklat, biskut dan kraf felt.
Kami menawarkan harga yang berpatutan bagi homemade choc yang diperbuat
daripada dark choc, milk choc dan white choc dengan pelbagai pilihan filling iaitu
oren, nenas, strawberi, bluberi, peanut butter, oreo crumb, karamel, kismis dan
badam. Harga bergantung kepada: 1.Kuantiti tempahan, 2. Packaging/box, 3.Jenis & size .
Boleh dapatkan juga : - Biskut batikRM 30 (ukuran 1 loyang)
Cornflake Coklat Badam - RM27 ( 60 biji)
Biskut Makmor - RM26 (50 biji)Biskut Coklat Badam RangupRM29 (50 biji)
Tempahan untuk kraf felt juga diterima .Harga produk kraf felt bergantung
kepada harga pasaran. Harga ditentukan mengikut saiz , bentuk dan
material yang digunakan. Boleh memilih design yang diingini dan kami akanmembuat mengikut permintaan pembeli. Antara hasil produkproduk dari felt :
1. Coin Purse, 2. Pensil case, 3. Signage Room, 4. Brooch, 5. Keychain, 6. Tissue Folder,7. Pendrive Case, 8. Felt Patch/Felt T-Shirt, 9. HP Case / spectacle case, 11. Purse,
12. Pillow, 13. External hard Disk case dan lain-lain.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh call / sms di talian : 012 6343413 atau
email ke : nazmy_uk78 @yahoo.com
atau tempahan boleh call / sms di talian :
0126343413 atau email ke : nazmy_uk78 @yahoo.com
FROZEN FOOD & COOKIES
~Dapatkan pelbagai produk makanan dari kami
iaitu :1) Pau Goreng Frozen - RM4.00 (8 biji)
2) Karipap Frozen - RM4.50 (10 biji)3) Choc Chips Cookies - RM 3 / paket
- RM 26 sebalang~Juga menerima tempahan makanan (tidak lebih200 orang) harga boleh dirunding..
Berminat?! Segala pertanyaan dan pesanan bolehhubungi : Hafiza (017-3143228) atau email :[email protected]
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
14/28
ADDEEN BIL.4 - M/S 13
Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu
menjawab dengan pantas tanpa mengambil masa yang lama..OK? Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya
diri anda..... Anda sudah bersedia? Sila lihat ke bawah
Soalan Pertama:
Anda menyertai satu perlumbaan.. Anda mengejar danmemotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang
ke berapa?
Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah
tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua
sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!
Cuba jangan lihat ke atas semula untuk soalan seterusnya.
Sekarang jawab pula soalan kedua, tetapi jangan mengambil
masa yang terlalu lama seperti soalan pertama, OK ?
Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di
tempat...? (lihat bawah)
Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, andasalah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh
memotong orang yang terakhir?
Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya..
Soalan Ketiga:
Soalan bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan meng-gunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau-
pun kalkulator. Cuba lah...
Ambil 1000 dan campur 40 .
Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 ... Campur lagi
1000 Campur lagi 20 ...
Campur lagi 1000 Campur lagi 10 ...
Berapakah jumlah semuanya?
Lihat bawah untuk jawapan
A d a k a h j a w a p a n a n d a 5 0 0 0 ?
J a w a p a n s e b e n a r a d a l a h 4 1 0 0 .
Jika anda tidak percaya ,sila gunakan mesin kira-kira..!!Mungkin anda boleh menjawab soalan yang akhir ini dengan
betul
Soalan Keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2.Nena , 3. Nini, 4. Nani . Apakah nama anak gadisnya yang
terakhir?
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan..!!
Baiklah Cuba jawab soalan bonus:
Seorang bisu pergi ke mini market untuk membeli sebatang
berus gigi. Dengan menggayakan lakonan memberus gigi, dia
berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai. Akhirnya
d i a b e r j a y a m e m b e l i b e r u s g i g i i t u .
Seterusnya, seorang buta pergi ke mini market, untuk mem-beli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada
pekedai itu hasratnya....?
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang diha-
jati, dia hanya buta bukan bisu... Mudah sahaja..
Apa yang Anda Fikirkan..!!?
(Tujuh Keajaiban Dunia)
Sekumpulan pelajar kelas geografi sedang mempelajari
"Tujuh Keajaiban Dunia". Di awal pelajaran, mereka diminta
untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan"Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini. Walaupun ada beberapa
yang tidak tepat dan bersesuaian, sebahagian daripada mereka
memperolehi senarai yang berikut :
1) Piramid
2) Taj Mahal3) Tembok Besar Cina
4) Menara Pisa
5) Kuil Angkor
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon
Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memper-
hatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas jawapannya. Jadi, pensyarah
bertanya kepadanya apakah dia mempunyai masalah dalam
menyiapkan senarainya.
Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat
memilih kerana sangat banyak."
Kemudian pensyarah itu berkata, "Baiklah , katakan kepada
kami apa yang kamu telah senaraikan dan mungkin kami
dapat membantu memilihnya."
Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, "Saya fikir
"Tujuh Keajaiban Dunia" adalah,
1) Dapat melihat;
2) Dapat mendengar;3) Dapat menyentuh;
4) Dapat menyayangi;Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan kata-katanya
lagi
5) Dapat merasakan sesuatu;
6) Dapat tertawa;
7) Dan Dapat menyintai
Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.
Apa yang anda fikirkan???!!!
Mungkinkah anda ada senarai pilihan yang lain atau anda
bersetuju dengan senarai jawapan yang dikemukakan oleh
pelajar tersebut??!!...Anda boleh menghantar maklumbalas atau memberi ulasan
ke email kami di :[email protected]
mailto:[email protected]:[email protected] -
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
15/28ADDEEN BIL.4 - M/S 14
Seorang guru sufi datang kepadaseorang muridnya yang kelihatan murung
sejak akhir-akhir ini.
"Kenapa kamu selalu murung, nak?Bukankah banyak hal yang indah di dunia
ini? Ke mana perginya wajah bersyu-
kurmu? " si Guru bertanya.
"Guru..sejak akhir-akhir ini hidup saya penuh masalah. Terlalu sukar bagi saya
untuk tersenyum. Masalah datang seperti
tidak ada penghujungnya," jawab si
murid.
Si Guru tersenyum mendengar penjelasan
si murid . "Nak, ambil segelas air dan dua
genggam garam. Bawalah ke mari. Biar
saya perbaiki suasana hatimu itu."
Si murid pun bergerak perlahantanpa semangat. Dia melaksanakanpermintaan gurunya itu, lalu kembali lagi
m e m b a w a g e l a s d a n g a r a m
sebagaimana yang diminta.
"Cuba ambil segenggam garam dan ma-sukkan ke dalam segelas air itu," kata Si
Guru. "Setelah itu cuba kamu minum
airnya sedikit."
Si murid pun melakukannya. Wajahnya
kini terkejut kerana meminum air yangmasin.
"Bagaimana rasanya?" tanya Si Guru.
"Masin dan perut saya menjadi mual," jawab si murid dengan wajah yang
masih terkejut.
Si Guru tergelak melihat wajah
muridnya itu, "Sekarang kamu ikut saya."Si Guru membawa muridnya ke danau
yang berhampiran di tempat mereka.
"Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan
ke danau."
Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpabicara. Rasa masin di mulutnya masih
belum hilang. Ia ingin meludahkan rasamasin dari mulutnya, tapi tidak dilaku-
kannya. Rasanya tidak sopan meludahdi hadapan mursyid, itu yang
difikirkannya.
"Sekarang, cuba kamu ambil sedikit airdanau itu dan minum airnya" kata Si
Guru sambil mencari batu yang cukup
datar untuk didudukinya, berada di ping-
gir danau.
Si murid menangkupkan keduatangannya, mengambil air danau dan
membawanya ke mulutnya lalumeneguknya. Ketika air danau yangdingin dan segar mengalir di
kerongkongnya, Si Guru bertanyakepadanya,
"Bagaimana rasanya?"
"Segar, cukup segar sekali," kata si murid
sambil mengelap bibirnya dengan telapak
tangannya.
Tentu saja, danau ini berasal darialiran sumber air di atas sana. Dan
airnya mengalir menjadi sungai kecil di
bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang
tersisa di mulutnya.
"Terasakah rasa garam yang kamu
tebarkan tadi?"
"Tidak sama sekali," kata si murid sambil
mengambil air dan meminumnya lagi.
Si Guru hanya tersenyummemerhatikannya, membiarkan muridnya
itu meminum air danau sampai puas.
Nak, kata Sang Guru setelah muridnyaselesai minum.
"Segala masalah dalam hidup ituseperti segenggam garam. Tidak
kurang, tidak lebih. Hanyasegenggam garam. Banyaknyamasalah dan penderitaan yang
harus kamu alami sepanjang ke-hidupanmu itu sudah ditentukanoleh Allah, sesuai untuk dirimu.
Jumlahnya tetap, tidak berkurangdan tidak bertambah. Setiap
manusia yang lahir ke dunia inipun demikian. Tidak ada satu pun
manusia, walaupun dia seorangNabi, yang bebas dari penderi-
taan dan masalah."
Si murid terdiam, mendengarkan.
"Tapi Nak, rasa `masin' dari penderi-taan yang dialami itu bergantung kepada
b e s a r n y a ' q a l b u ' ( h a t i ) y a n g
menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak
merasa menderita, berhentilah jadi
gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu
menjadi sebesar danau."
P E R J U A N G A N M E N U N T U T
KESABARAN
Hidup adalah perjuangan, anda
akan menempuhi berbagai halangan,rintangan dan ujian, untuk mengujisejauhmana tahap keimanan diri. Dalam perjuangan memerlukan kesabaran.
Barangsiapa yang diuji lalu bersabar,
diberi lalu bersyukur,dizalimi lalu
memaafkan dan menzalimi lalu
beristighfar,maka bagi mereka
keselamatan dan mereka tergolong
dalam orang-orang yang memperolehi
hidayah. (HR al-Baihaqi)
Sebagaimana kisah yang telah kitabaca di atas, setiap masalah pasti ada jalankeluarnya, kesucian hati adalah penentunya. Islam amat mementingkan
persoalan hati kerana hatilah penentu buruk baik sesuatu perkara. Kita dapatmemahami bahawa kesabaran, kejayaandan kebahagiaan seseorang individu itu
berkait rapat dengan kekuatan jiwa atau
kalbu. Jiwa yang diumpamakan sepertigelas atau pun seperti danau. Oleh yangdemikian apa ingin disampaikan adalah
berkisar HATI dan kesan-kesannya
dalam kehidupan individu
Sabar itu datangnya dari hati dan
keimanan seseorang yang membuahkan
sifat redha, tenang, teguh dan yakin. Sabaritu terlalu sukar dan amat berat. Sabar itumasalah hati, dengan solat kita dapatmemperbaharui hati dan dapat terus
berhubung dengan Allah meningkatkankembali kesabaran kita dan meneguhkankeimanan. Sikap inilah yang akanmelahirkan kekuatan jiwa, tidak kecewa,
sedih, putus asa dan lain-lain. Yakin
dengan takdir Allah juga akan menjadisumber kekuatan luarbiasa di mana diaterus berusaha, menggilap potensi yang
ada dan bekerja keras.
Orang inilah yang memiliki nilai
diri yang amat tinggi. Musibah yangdatang dihadapi dengan tenang kerana
yang terjadi dengan kehendak-Nya jua.Tiada keraguan kerana te lah berusaha,Allah jua yang menentukan.
Tiada penyesalan tentang masa lalu, dia
meyakini dengan masa kini yang ditem- puhi dan berani menghadapi hari esok.
La haula wala Quwwata illa biLLah.
Tiada daya upaya dan tiada
kekuatan kecuali dengan pertolonganAllah. Kekuatan itu dari Allah, dan Dia
yang memberikan kekuatan pada diri kita.
Oleh : USTAZAH NOOR AZZAH
MOHD YUSOF
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
16/28
KEKUATAN HATI (QALBU)
Sebagaimana pesan Si Guru kepada
muridnya dalam kisah di atas bahawasebesar mana pun masalah yang dihadapi
semuanya bergantung pada kekuatan hati.
Jadikan jiwa sebesar danau
K E K U A T A N H A T I , J I W A
MEMBUAHKAN KESABARAN.
Kekuatan,kebahagian dan kejayaan
manusia bukan diukur melalui fizikal dankelengkapan material semata, akan tetapiianya terbina daripada gabungan antarakemampuan fizikal (jasad) dan kemantapan
spiritual (roh). Kesepaduan dankeseimbangan antara kehebatan jasmani danrohani akan meninggikan nilai martabat danharga diri seseorang itu. Imam Ghazali di
dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menjelas-
kan bahawa aspek roh di dalam diri manusiaitu merangkumi istilah al-qalb (kalbu),
al-nafs (jiwa) dan al-`aql(akal fikiran).
Al-Ghazali menggunakan keempat-empat istilah iaitu roh, kalbu, jiwa dan akal
bersifat rohaniah yang terdapat di dalam diri
manusia dan merupakan jati diri , intipatiatau hakikat sejati diri manusia. Menurutal-Ghazali lagi, aspek kerohanian yangistimewa inilah yang menyebabkan manusia
dilantik sebagai khalifah untuk
melaksanakan syariat Allah di atas muka
bumi ini.
Unsur rohaniah inilah yang men-
ghidupkan jasad manusia, juga berfungsimemberikan ciri kehebatan serta keunggulan
manusia. Dalam jasad manusia ada sebentukhati yang menentukan peribadi kita. Seperti
mafhum hadis Rasulullah SAW : Sesung-
guhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu
ada seketul daging, bila baik nescaya baik-
lah seluruh anggota tubuhnya, dan bila
jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota
tubuhnya. Ketahuilah! Iaitulah Qalbu(hati).( HR Bukhari Muslim). Qalbu itusendiri bermaksud berubah-ubah. Begitulah
sifat qalbu,kadang-kadang rasa benci,putusasa, dendam. Kadang-kadang rasa
kasih,sabar, pemaaf. Semua yang berlaku berkaitan dengan iman yang boleh bertam-
bah dan boleh berkurang. Sekiranya hati kita bersih, maka baik lah perilaku, jika kotor
hati kita maka buruklah perangai kita.
Ada 3 peringkat hati seseorang manusia :
1. Hati paling rendah yang mempunyainafs al-amarah iaitu mempunyai
kecenderungan memuaskan syahwat, mudah
marah, tamak haloba, sombong, bongkak,suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudahkecewa sehingga menyalahkan Allah kerana
terbeban dengan masalah yang dihadapi.Allah SWT berfirman yang bermaksud :
Dan aku tidak melepaskan hawa
nafsunya, kerana nafsu itu menyuruh
berbuat kejahatan kecuali siapa yang
disayangi Tuhanku. Sesungguhnya
Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (Surah Yusuf : ayat 53)
2. Nafs al-Lawwamahiaitu nafsu dari hati
yang menasihati diri akan kefanaan dunia.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Aku
bersumpah dengan hari kiamat dan aku
bersumpah dengan jiwa al-lawwamah iaitu
yang amat menyesali dirinya.(Surah
al-Qiamah : 1-2). Hati ini jika sentiasa
digilap dengan tasbih, istighfar dan zikrullahlama-kelamaan akan mencapai tahap nafs al
-mutmainnah
3. Nafs al-Mutmainah iaitu hati yangtenang damai. Firman Allah dalam surahal-Fajr : ayat 27-30 mafhumnya : Wahai
(nafs) jiwa yang tenang(suci), kembalilah
kamu kepada Tuhanmu dengan hati yang
redha dan diredhai (Tuhan). Maka
termasuklah kamu dalam golongan hamba
-hambaKu. Dan masuklah kamu ke dalam
Syurga. Hati yang mempunyai nafsal-mutmainnah sentiasa tenang menghadapiujian kerana merindukan kesenangan di
akhirat. Orang yang memiliki hati ini yakin
dengan janji Allah, tenang ketikamenghadapi masalah. Sebagaimana dalamsurah Insyirah ayat 5-6 : Sesungguhnya di
samping kesukaran ada kemudahan,
Sesungguhnya di samping kesukaran ada
kemudahan.
Di mana setiap kali diuji, mereka
teringat janji-janji Allah berdasarkan hadisQudsi (Riwayat Bukhari) yang bermaksud :
Aku sediakan bagi hamba-hamba-Ku
yang soleh sesuatu yang tidak pernah dili-
hat oleh mata, didengar oleh telinga, tidak
pernah dirasakan oleh hati.
MEMBERSIHKAN HATI
Kekuatan hati atau jiwa datangnya
dari iman yang teguh. Manakala iman yangteguh itu datangnya dari hati yang bersih.Dengan hati yang bersih menjadikan
seseorang itu bersifat redha, tenang, bersyu-
kur dan yakin dengan ketentuan-Nya. Bagai-mana untuk menyucikan kekotoran dan karat
yang ada dalam hati kita?
Rasulullah SAW mengingatkan kitadalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah
R.A berkata : Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya orang mukmin apabila
melakukan suatu dosa terbentuklah bintik
hitam di dalam hatinya. Apabila dia ber-
taubat, kemudian menghentikan dosa-
dosanya dan beristighfar, maka bersihlah
daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila
dia terus melakukan dosa, bertambahlah
bintik hitam pada hatinya sehingga tertutu-
plah seluruh hatinya, itulah karat yang
disebut Allah di dalam Kitab-Nya:
Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya
apa yang mereka usahakan telah menutuphati mereka.( Surah al-Mutaffifin :14).
(Hadis Riwayat al-Baihaqi).
Imam al-Ghazali pernah berkata,bahawa hati(qalbu) itu ibarat cermin. Ketika
seseorang itu melakukan dosa atau maksiat,maka ada satu titik menodai hatinya.Semakin banyak dosa, semakin banyak titik
itumenutupi hatinya. Jika sudah tertutup
dengan banyak bintik hitam, hati yang ibarat
cermin itu tidak mampu lagi digunakan un-tuk bercermin,oleh yang demikian kepekaanhatinya akan lenyap daripada dirinya. Makadia tidak lagi mampu mengenali dosa,
semakin jauh tersesat, berterusan melakukan
dosa-dosa besar dan menjadikan dia jauh
dari rahmat Allah
Adapun hati itu ada 3 jenis keadaan,
iaitu :
1. Hati yang bersih; akan merasa resah gelisah dan bersalah bahawa dia sudahmelakukan dosa. Mudah sensitif dengan
gerak geri laku perbuatannya.
2. Hati yang sakit; tidak akan merasa sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang
dilakukan. Walaupun masih sedar berbuat
salah tetapi menangguhkan taubat dan
istighfar.
3. Hati yang mati; hati yang gelap dan hitam
diselebungi dosa, terus tersesat dengan
melakukan dosa berterusan , halal dan
haram tiada bezanya.
Yang manakah gambaran hati kita yang
sebenarnya???
Rasulullah SAW menganjurkan kitamemperbaharui iman bertujuan untuk
menyucikan hati, mengikat qalbu(hati)
manusia kepada Allah kerana setiap dari kitasering melakukan kesalahan samada disedariatau tidak. Rasulullah SAW bersabdamaksudnya : Perbaharuilah iman kamu,
Baginda ditanya : Bagaimana kami bolehmemperbaharui iman kami,Beliau
menjawab : Perbanyaklah mengucapkan
kalimat Laa Ilaha IllaLLah. (Riwayat
Ahmad dan Al-Hakim)
Melalui solat, istighfar,doa dan zik-rullah,membaca al-Quran, memelihara perin-
tahNya dengan sebaiknya, maka hati manu-sia menjadi lunak, lembut dan sentiasa ber-hubung dengan Allah SWT serta mendapat pertolongan dari-Nya. Ini telah dijelaskan
melalui maksud Firman Allah SWT :
Wahai orang-orang yang beriman, kalaukamu membela (agama) Allah nescaya
Allah membela kamu (untuk mencapai
kemenangan) dan meneguhkan tapak
pendirian kamu.(Surah Muhammad : 7)
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan sabar dan (mengerjakan)
solat.(Surah al-Baqarah:45)
Semoga kita memperolehi kekuatan
jiwa dengan membersihkan hati dan
menjaganya selalu. Sedetik kita mahu
kembali ke pangkuan Allah, Allah akansambut kita dengan kasih sayang-Nya
Wallahu Aalam.
ADDEEN BIL.4 - M/S 15
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
17/28
Kami persembahkan nasihatini untuk saudara-saudara kami
khususnya para pemuda dan remaja
muslim. Mudah-mudahan nasihat inidapat membuka mata hati mereka
sehingga mereka lebih tahu tentang
siapa diri mereka sebenarnya, apa
kewajiban yang harus mereka tunai-
kan sebagai seorang muslim, agar
mereka merasa bahawa masa mudaini tidak selayaknya untuk diisi
dengan perkara yang boleh melalai-
kan mereka dari mengingati Allah
S.W.T sebagai penciptanya, agar
mereka tidak terus-menerus
bergelimang ke dalam kehidupan
dunia yang fana dan lupa akan negeriakhirat yang kekal abadi.
Wahai para pemuda muslim,
tidakkah kamu menginginkankehidupan yang bahagia selamanya?
Tidakkah kamu menginginkan jannah
(syurga) Allah subhanahu wataala
yang luasnya seluas langit dan bumi?
Ketahuilah, syurga Allah
S.W.T itu diperolehi dengan usaha
yang sungguh-sungguh dalam bera-
mal. Syurga itu disediakan untukorang-orang yang bertaqwa yang
mereka tahu bahawa hidup di dunia
ini hanyalah sementara, mereka
merasa bahawa gemerlapnya
kehidupan dunia ini akan menipu
umat manusia dan menyeret mereka
kepada kehidupan yang sengsara di
negeri akhirat selamanya. Allah
S.W.T berfirman:
Kehidupan dunia itu tidak lain
hanyalah kesenangan yang
menipu. (Ali Imran: 185)
Untuk Apa Kita Hidup di Dunia?
Wahai para pemuda, ketahui-
lah, sungguh Allah subhanahu wa-
taala telah menciptakan kita bukan
tanpa ada tujuan. Bukan pula mem-
berikan kita kesempatan untuk
bersenang-senang sahaja, tetapi untukmeraih sebuah tujuan mulia. Allah
S.W.T berfirman :
Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan
manusia melainkan agar mereka beri-
badah kepada-Ku. (Adz Dzariyat:
56)
Beribadah kepada Allah
S.W.T dengan menjalankan segala
perintah-Nya dan menjauhi semua
larangan-Nya. Itulah tugas utamayang harus dijalankan oleh setiap
hamba Allah.
Dalam beribadah, kita dituntut
untuk ikhlas dalam menjalankannya,
iaitu dengan beribadah semata-mata
hanya mengharapkan redha dan
pahala dari S.W.T. Jangan beribadah
kerana terpaksa, atau kerana pengaruh
terhadap orang-orang di sekitar kita.
Apalagi beribadah dalam rangka agar
dikatakan bahawa kita adalahorang-orang yang alim, kita adalah
orang-orang soleh atau berbagai
bentuk pujian dan sanjungan yang
lain.
Umurmu Tidak Akan Lama Lagi
Wahai para pemuda, jangansekali-kali terlintas di benakmu:
"beribadah nanti saja kalau sudah tua,
atau selagi masih muda, gunakan un-
tuk foya-foya." Ketahuilah, itu semua
merupakan rayuan syaitan yang men-gajak kita untuk menjadi teman
mereka di Neraka.
Ibadah yang Benar Dibangun di
atas Ilmu
Wahai para pemuda, setelah
kamu mengetahui bahawa tugas
utama kamu hidup di dunia ini adalah
untuk beribadah kepada Allah S.W.Tsemata, maka sekarang ketahuilah
bahawa Allah S.W.T hanya menerima
amalan ibadah yang dikerjakan den-
gan benar. Untuk itulah wajib bagi
kamu untuk belajar dan menuntut
ilmu agama, mengenal Allah S.W.T,mengenal Rasul-Nya shallallahu
alaihi wasallam, dan mengenal
agama Islam ini, mengenal mana
yang halal dan mana yang haram,
mana yang haq (benar) dan mana
yang batil (salah), serta mana yang
sunnah dan mana yang bidah.
Dengan ilmu agama, kamu
akan terbimbing dalam beribadahkepada Allah subhanahu wataala,
sehingga ibadah yang kamu lakukan
benar-benar diterima di sisi Allah
subhanahu wataala. Betapa banyak
orang yang beramal kebajikan tetapi
ternyata amalannya tidak diterima disisi Allah subhanahu wataala, kerana
amalannya tidak ditegakkan di atas
ilmu agama yang benar.
Ketahuilah, menuntut ilmu
agama merupakan kewajiban bagi
setiap muslim, maka barangsiapa
yang meninggalkannya dia akan
mendapatkan dosa, dan setiap dosa pasti akan menyebabkan kecelakaan
bagi pelakunya...Wallahu taala
alam bishshowab..
ADDEEN BIL.4 - M/S 16
Oleh : http://al-muwahhidun.blogspot.com
http://al-muwahhidun.blogspot.com/http://al-muwahhidun.blogspot.com/http://al-muwahhidun.blogspot.com/ -
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
18/28
Oleh : TUAN HJ.MOKHTAR BIN
HJ. RIDZWAN
ADDEEN BIL.4 - M/S 17
Jati diri atau huwiyah iaitu ciri-ciri yangmembezakan nya dari yang lain. Dalam
konteks melayu, yang membezakannyadari lain-lain termasuklah agamanya, ba-
hasanya dan budayanya,akan hilang jatidiri melayu apabila tidak lagi beragamaIslam, tidak lagi berbahasa melayu dantidak lagi menghayati nilai-nilai budaya
melayu.
Nilai Agama sebagai sumber ke-
kuatan, sumber nilai dan teras jatidiri dalam membentuk khairaummah ( Umat Terunggul) danmenjadikan al-Quran & as-Sunnah
sebagai sumber nilai sesuai denganimplikasi dan tuntutan tauhid.
Nilai Kemanusiaan untuk mem-
beri kesedaran dan kepekaan terha-
dap maruah, kehormatan dan hargadiri . Manusia adalah khalifahAllah di muka bumi dan generasimuda perlu diselamatkan dari ge-
jala dehumanisasi (penghakisannilai-nilai kemanusiaan). Gejala
Dehumanisasi adalah hilang rasakeperihatinan dengan bermacam
gejala yang tidak siha dan perkaramungkar yang berlaku.
Nilai Akhlak Mulia adalah teras
pembentukan insan kamil dan
ianya menjadi Sunnah Nabi yang
diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak mulia umatnya. Generasihari ini seolah-olah telah kehilan-
gan teladan dan idealism iaitumeneriama kebobrokan dan kebe-jatan sebagai hal yang normal.
Nilai Ilmu: Islam menerapkan
nilai ilmu dalam budayanya danseterusnya memulakan tradisikeintelektualannya dalam men-gangkat martabat orang-orang
berilmu, beriman dan bertaqwakepada Allah.
Nilai Keadilan iaitu dalam erti
ketepatan dan keseimbangan, me-
letakkan sesuatu pada tempatnya,memberikan hak kepada yang berhak adalah nilai teras yangselari dengan ajaran al-Quran.
Firman Allah dalam surah an- Nahl ayat 90 bermaksud : Se- sungguhnya Allah memerintahkan
kamu bersikap adil, ihsan, mem-
biayai kerabat, juga melarangkejahatan , kemungkaran, dankedurhakaan, dia memberi penga- jaran kepadamu agar kamu dapatmengambil pengajaran.
Nilai Persaudaraan:Persaudaraan
dalam bahasa arab disebutukhuwwah semangat kekeluar-
gaan berasaskan kesatuan aqidah(iman) adalah nikmat yang tidakternilai.
Jati diri perlu diperkasakan bagimelahirkan insan yang Rabbani,
yang kuat aqidahnya, kuat amalibadahnya, dengan kualiti
taqwanya, dapatmenghadapi ujian besar dan
cabaran yang mendatang.
Peranan Nilai dalam
Konteks Jati Diri
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
19/28ADDEEN BIL.4 - M/S 18
Barangs iapa d i b e r i petunjuk Allah SWT, maka tidak ada
satu pun kekuatan yang dapat menyesat-
kannya. Dan Barangsiapa yang disesat-
kan oleh Allah SWT, maka tidak adakekuatan pun yang dapat memberi pe-
tunjuk kepadanya.
Allah Azza wa Jalla telahmemuliakan kita semua dengan
Al-Quran yang berisi khabar umat-umat
sebelumnya ataupun sesudahnya dan
memberi keputusan di antara mereka. Al
-Quran adalah pemisah antara yang haq
dan yang batil. Tidaklah seorang yangsombong meninggalkannya kecuali
Allah swt mematahkannya.
Barangsiapa mencari petunjuk
selain Al-QurAn, maka Allah swt
menyesatkannya. Al-Quran adalah taliAllah yang teguh dan zikir yang
bijaksana serta jalan yang lurus. Allah
SWT telah memerintahkan kita untuk
membaca Al-Quran dan memperbanyak-
kan zikir memperingati-Nya. Penjelasan
tentang kelebihan dan keutamaannyaterdapat dalam banyak ayat Al-Qur'an
dan hadith-hadith Rasulullah SAW.
~ Diantaranya firman Allah swt yangbermaksud:
Sesungguhnya A l Quran in imemberikan petunjuk kepada (jalan)
yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawabagi mereka ada pahala yangbesar.(Surah Al-Isra : 9)
Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rah-
mat bagi orang-orang yang berimandan Al Quran itu tidaklah menambahkepada orang-orang yang zalim selainkerugian. (Surah Al-Israk : 82)
~ Adapun diantara dalil-dalil darihadis-hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud:
Sebaik-baik kamu ialah orang yangb e l a j a r A l - Q u r a n d a nmengajarkannya.(HR al-Bukhari)
Orang yang membaca satu huruf dariKitabullah maka baginya satu kebaikan
dan setiap kebaikan setara dengan sepu-luh kali ganda. Aku tidak mengatakanalif laam miim satu huruf akan tetapialif satu huruf, laam satu huruf danmiim satu huruf.(Hadis Riwayat
Tirmidzi)
~ Di antara ayat-ayat Al-Quran yang
menyebutkan tentang keutamaan zikir
adalah sebagaimana firman Allah yang
bermaksud:
"Dan Sesungguhnya mengingat Allahlebih besar pahalanya dari ibadah yangl a i n . " ( A l - A n k a b u t : 4 5 ) .
"Oleh kerana itu ingatlah kamu kepada-Ku, maka Aku ingat (pula) kepadamu."
( A l - B a q a r a h : 1 5 2 ) .
~ Manakala Hadith - hadith yang
menerangkan kelebihan zikir ini terlalu
banyak di antaranya adalah seperti
berikut:
Tiadalah duduk sesuatu kaum(kumpulan) itu di dalam suatu majlis yang mana ada zikrullah (mengingatiAllah) di dalamnya melainkan (disebut)
akan para Malaikat mengelilingi danrahmat meliputi mereka, dan mengingatimereka termasuk orang (yang dekat)
disisi-Nya. (HR. Muslim)
Orang yang mengingati Allah di antaraorang-orang yang lalai adalah sepertiorang yang hidup di antara orang-orang yang telah mati.(HR Ahmad)
Amalan-amalan baik yang kekal
adalah ucapan, La ilaha illallahu,Subhhanallahi, Allahu akbar,
al-Hamdulillah, wa la quwwata illabillahil aliyyil-azim.Lalu beliau
bersabda ,Seseorang yangmengucapkan (ucapan di atas),
dosa-dosanya pasti diampuni , meskipun
dosa-dosanya seperti buih di laut.
Seorang pembaca Al-Quran
seba ik-ba iknya da lam keadaan
berwuduk dan hendaklah mengagung-
kan Allah di dalam hati ketika
membacanya seolah-olah sedang berbicara dengan Allah SWT serta
memahami apa yang dibaca. Kerana didalam al-Quran tersimpan berbagai
rahsia dan keajaiban yang tidak
terhitung. Dan sesungguhnya zikir yang
bermanfaat adalah zikir yang mening-
galkan kesan di dalam hati dan berasa
tenang. Perbanyakkanlah bertasbih,
bertahmid,berselawat ke atas nabi dan
beristighfar serta digalakkan membaca
al-Mathurat.
Apa yang terjadi pada umat Islam
hari ini amat mendukacitakan.
Kebanyakan mereka sibuk mengejarurusan duniawi sehingga mengabaikan
keperluan ukhrawi. Sewajarnya kitamenyeimbangkan amalan seharian kita
iaitu wasatiah dalam kehidupan
(kehidupan di dunia untuk bekalan ke
akhirat dan sebagai jambatan ke
Syurga).
K h a l i f a h U m a r p e r n a h
menyatakan 3 tanggungjawab seorang
bapa te rhadap anaknya ia i tu :
1)memberikan nama yang baik2 ) m e n g a j a r k a n m e n g a j i
3) mencarikan ibu yang baik untuknya
Adakah anda tidak malu tergagap
-gagap untuk membaca Al-Quran di
hadapan bapa mertua kita kelak dan
mungkin saja al-Fatihah pun kita masih
tidak mampu untuk membacanya
dengan lancarBagaimana sekiranya
anak-anak anda yang masih kecil yang
belajar mengaji dengan ustaz lebih
lancar sebutan dan bacaannya
berbanding anda? Mari kita renung kem-bali
Apa yang harus anda lakukan???
Olahan : USTAZ NURDIN BIN DARMAN
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
20/28
KEISTIMEWAAN AL-QURAN
Di sini ingin dikongsikan
bersama antara keistimewaan al-Quran
supaya kita dapat memperbaiki amalan
dan istiqamah membaca al-Quran dan
memahami isi kandungannya serta
mengamalkannya :
Al-Quran merupakan cahayayang menerangi akal, jiwa dan
hati manusia serta panduan
kepada s is tem kehidupan
manusia. Ia menjawab persoalan
yang sentiasa terpahat dalam
pemikiran manusia mengenai
dirinya sendiri sejak sekian lama
iaitu dari mana ia datang, apakah
tujuan hidup dan ke mana ia akan
pergi. Kenapa kehidupan ini
adanya hidup dan mati. Al-Quran
menjawab kesemua persoalan
tersebut.
Firman Allah, maksudnya:
"Sesungguhnya telah datang kepada
kamu cahaya daripada Allah dan kitabyang menerangkan. Dengan kitab itulah
Allah memimpin orang-orang yang
mengikuti keredaan-Nya ke jalan
keselamatan."
( Al-Ma'idah: Ayat 15-16)
K e i s t i m e w a a n
al-Quran sebagai kitab yanglengkap, sempurna , t idak
mengandungi sebarang kecacatan
dan adil . Sebagaimana keadilan
Allah kepada hamba-hambanya
t a n p a m e n g i r a p a n g k a t ,
keturunan, warna kulit, lelakiataupun wanita. Al-Quran
menerangkan serta meletakkan
asas-asas umum yang diperlukan
oleh manusia.
Firman Allah, maksudnya:
"Dan Kami turunkan kepadamual-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan
sesuatu dan petunjuk serta rahmat
dan khabar gembira bagi orang-orangyang berserah diri kepada Allah."
(An-Nahl: Ayat 89)
Al-Quran merupakan kitab yang
mudah dan senang diingat.
Firman Allah, maksudnya:"Dan sesungguhnya Kami
memudahkan al-Quran untuk diingati,maka adakah orang mahu
mengambil pelajaran."
(Al-Qamar: Ayat 17)
Ramai di kalangan umat Islam
hari ini yang Buta al-Quran bukansekadar tidak tahu membaca seperti-
mana dalam pengertian umum tetapi
maksud buta al-Quran yang kita alami
kini ialah kehilangan ilmu pengetahuan
yang berteraskan al-Quran dan
al-Sunnah. Kita tidak memanfaatkan
segala dimensi-dimensi ilmu yang ada
pada al-Quran seperti ilmu kemasyara-
katan, ilmu jiwa dan ilmu akhlak.
Oleh itu, kaum Muslimin perlu
menjadikan al-Quran sebagai sumber
rujukan ilmu pengetahuan yang tepattentang pandangannya terhadap insan,
kehidupan dan kewujudan manusia serta pandangannya yang sesuai dengan
kehidupan sosial manusia dan fitrah
s e m u l a j a d i m a n u s i a y a n g
diciptakanNya.
Pengabaian perkara ini yangmengakibatkan gersangnya pemikiran
dan perspektif al-Quran dalam realiti
kehidupan kita. Lalu ramai yang
memilih jalan yang songsang dan
mengamalkan pemikiran barat sebagai jalan kehidupan yang diyakini mampu
memberi kebahagiaan.
Sebenarnya objektif al-Quran
adalah untuk membentuk manusia. Oleh
yang demikian, tuntutan al-Quran
ialah menyuruh manusia berfikir,
memahami, membuat penelitian serta
mengetahui tujuan dan sebab sesuatuperkara yang berlaku dan dijadikan.
Firman Allah, maksudnya: "Dansesungguhnya kamu mengetahuikebenaran berita al-Quran setelah
beberapa waktu."(Sad: Ayat 38)
Melalui pemahaman isi kandun-
gan al-Quran, kita lebih mengenali dan
mendekati Allah, sesama manusia dan
alam. Di mana sepatutnya umat Islam
bukan sahaja membaca semata-mata
t e t a p i j u g a h e n d a k -
lah tadabbur (memerhati, memikir dan
menghayati) dan melaksanakan perintah
yang terkandung dalam ayat-ayat al-Quran dan kemudian baru berpindah ke
ayat lain. Apabila para sahabat menden-
gar al-Quran terkesan penghayatannya
dalam jiwa mereka. Pernah Saidina
Umar bin Abdul Aziz mengulangi
ayat22-24 surah al-Saffat sepanjangmalam sehingga waktu subuh sambil
m e n a n g i s k e r a n a t e r k e n a n g
jikalau dia termasuk antara orang yang
dihumban ke dalam api neraka akibat
melakukan kezaliman di atas dunia ini.
Al-Quran diturunkan untuk
diamalkan, bukan diturunkan untuk
menghias dinding-dinding rumah, bukan
diturunkan untuk dibaca kepada
orang-orang mati tetapi diturunkan
untuk menjadi panduan bagi orang yang
hidup. Al-Quran diturunkan untuk
mengeluarkan manusia daripada
kegelapan kepada cahaya Ilahi.
Firman Allah, maksudnya:
"Ini adalah sebuah kitab yangkami turunkan kepadamu penuhdengan barakah supaya mereka
memerhatikan ayat-ayatnya dansupaya mendapat pelajaran
orang-orang yang mempunyaifikiran."
(Sad: Ayat 29)
Bagaimana kita hendak mendapatkan
keberkatan daripada Kitab al-Quran
sekiranya tidak mengamalkan suruhan
dan petunjuk yang terkandung di dalam
al-Quran?
Tepuk dada tanyalah iman
ADDEEN BIL.4 - M/S 19
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
21/28ADDEEN BIL.4 - M/S 20
1. Apabila isteri atau suami
marah-marah :
Maksudnya :
Ya A l l a h , T u h a n b a g i N a b i
Muhammad! Ampunkanlah segaladosaku, hilangkanlah kemarahan
hatiku dan lindungilah aku dari
fitnah yang menyesatkan.2. Doa anak untuk ibubapanya :
Maksudnya :
Ya Allah, ampunilah dosa kedua
ibu bapaku dan rahmatilah mereka
berdua sebagaimana mereka
pernah memeliharaku sewaktu aku
masih kecil.
3. Doa dan penawar agar dapatmenjauhi maksiat .
Surah al-Mukmin ayat : 3
yang bermaksud :
Ya Allah yang mengam-
punkan dosa,Yang mene-
rima taubat, Yang berat
azab-Nya, Yang melimpah-
limpah kurniaNya; tiada
Tuhan melainkan Dia.
- Amalkan doa selepas solatdan sebelum tidur.
4. Doa dipermudahkan urusan
Hadis Riwayat Ibnu Hibban
No. 2427yang bermaksud:
Wahai Tuhanku, tiada kemu-
dahan melainkan apa yang
Engkau jadikan mudah dan
perkara yang susah boleh
Engkau jadikan mudah,
apabila Engkau mengke-
hendaki.
5. Doa Pengasih (Buat Suami)
Hadis Riwayat Muslim yang
bermaksud : Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini
menyintai orang yang
beriman dan jadikanlah
orang yang beriman
menyintaiku.
6. Doa untuk mendapatkan
zuriat
Surah Ali Imran ayat 38 yang
bermaksud : Ya Tuhanku,anugerahkanlah kepadaku
seorang anak yang baik di
sisiMu, sesungguhnya
Engkau Maha Mendengar
doa.
Surah Al-Anbia ayat 89 yang
bermaksud : Ya Tuhanku!
Janganlah Engkau biarkandaku seorang diri (tanpa
anak) dan Engkau sebaik-
baik yang mewarisi.
7 . S e l a w a t S y i f a
( P e n g u b a t a n /
Kesembuhan Penyakit)
Maksudnya : Ya Allah, lim-
pahkanlah rahmat ke atas
junjungan Nabi Muham-
mad SAW yang menjadi
perawat segala hatinya
dan ubatnya,yang menjadi
penawar semua badan dan
penyembuhnya, yang men-
jadi penerang segala pan-dangan(mata). Juga lim-
pahkanlah rahmat kepada
kaum keluarganya dan
para sahabatnya sekalian.
Olahan : USTAZ NURDIN BIN DARMAN
Tips Penting BagiOrang Berpuasa
Perkara-perkara Sunnah KetikaBerpuasa
Segera berbuka ketika telahmasuk waktunya
Membaca doa berbuka Berbuka dengan mendahulu
kan buah kurma Melambatkan makan sahur
(berhenti 10 minit sebelummasuk waktu subuh) Mandi hadas besar sebelum
terbit fajar Membanyakkan sedekah Membanyakkan amalan
sunnah seperti membacaal- Quran, berzikir, dan solat-solat sunnah seperti Tarawih& lain-lain Iktikaf di dalammasjid
Perkara- perkara yang Makruh
ketika Berpuasa
Berkumur-kumur berlebihan Mencuba/ merasa makanan Berbekam, bertanam cacar
atau bersuntikBersiwak(menggosok gigi selepastergelincir matahari)
Adab- adab Ketika Berpuasa Jangan banyak meludah Jangan membuang waktu
dengan berbual kosong Menjauhkan diri dari melihat
perkara yang sia-sia. Elakkan dari mendengar
perkara yang haram Jangan mengeluarkan
kata-kata yang lagha;(mencarut, marah-marah,memaki hamun dansebagainya)
Mengawal anggota darimelakukan perbuatan maksiat
jika berlaku perkara-perkaradi atas,
katakan Sesungguhnya saya/kami berpuasa
-
8/4/2019 Risalah Ad-Deen Bil.4
22/28ADDEEN BIL.4 - M/S 21
Cinta adalah tanggung-jawab..Perkahwinanselalunya dimulakan olehcinta tetapi disempurnakandengan tanggungjawab.
Cinta bukan kata-kata. Cintaadalah tanggungjawab. Bila kita katakankepada seseorang, Aku cinta padamu,
samalah seperti kita berkata, Aku ingin
bertanggungjawab ke atasmu.Sebab itu jangan percaya kalau ada orang berkata,Aku tidak punya apa-apa, aku tidak punya kerja, aku tidak punya rupa, aku
tidak punya harta untuk mencintaimu.Yang ada hanya rasa cinta yang men-dalam. Awas! Penuturnya besar ke-mungkinan seorang pembohong. Jika
benar dia cinta, dia mesti mencari segalakeperluan dan kelengkapan untuk ber-
tanggungjawab ke a